<$BlogRSDURL$>

Limau Nipis - AvantGo

Laman Avantgo Limau Nipis oleh Nizam Zakaria

Friday, October 31, 2003

Reviu 28 Days Later oleh Fairul Nizam Ablah

28 Days LaterSaya menonton filem ini kerana saya menggemari filem-filem dari UK. Penggiat filem di UK saya kira lebih kreatif dari segi pengolahan skrip, pengarahan seni dan mereka mempunyai 'sense of humor' yang tidak dijangka. Filem ini adalah hasil buah tangan Danny Boyle, yang terkenal dengan filem Trainspotting, malah dia mengarah salah satu filem kegemaran saya, A Life Less Ordinary!

Filem ini mengisahkan keadaan di England tatkala ia telah dijangkiti satu wabak yang menyebabkan seseorang menjadi gila dan mempunyai naluri membunuh yang tinggi. Dari mana datangnya wabak itu? Wabak itu datangnya dari beruk-beruk yang telah menjalani satu eksperimen dan beruk-beruk itu telah dipaksa menonton rakaman kekejaman dan huru-hara yang berlaku di serata dunia. Datang pula sekumpulan penyelamat haiwan yang cuba menyelamatkan beruk-beruk itu, tetapi akhirnya telah menyebabkan wabak itu merebak seluruh England.

28 hari kemudian, seorang pemuda bernama Jim terjaga di sebuah hospital di London dan mendapati kota London tidak lagi semeriah dulu. Dia tercari-cari punca kenapa kota London menjadi sunyi sepi hinggalah dia tiba di sebuah gereja dan diserang oleh seorang paderi bermata merah yang gila. Namun, bukan hanya paderi itu seorang yang gila malah terdapat ramai yang sekaum dengannya lantas Jim dikejar laksana kaum kanibal mengejar mangsanya.

Jim diselamatkan oleh dua manusia yang masih belum dijangkiti wabak itu, Mark dan Selena dan dari situ Jim mengetahui yang manusia kini sudah gila dan England sudah terputus hubungan dengan dunia luar. Dari situ, bermulalah pengembaraan Jim & Selena (Mark mati di tengah jalan) untuk menyelamatkan diri. Mereka disertai oleh Frank dan Hanna (ayah dan anak) yang kemudian menuju ke Manchester untuk mencari sekumpulan askar yang dikatakan mempunyai penawar wabak itu.

Filem ini sebenarnya mengutarakan banyak tentang survival. Manusia perlu berdikari untuk hidup dan manusia tidak boleh berseorangan untuk terus survive. Mesti ada hubungan lelaki dan perempuan. Mesti mempunyai kerjasama. Jika tidak, mati! Jim digambarkan sebagai seorang lelaki yang berhati lembut. Dia akan berfikir dua kali sebelum bertindak namun disebabkan pengalaman yang dilaluinya, Jim akhirnya mengerti erti survival dan bertukar menjadi ganas (gerun ketika saya menyaksikan babak dia membelasah salah seorang askar). Berbeza dengan Selena yang digambarkan tegas (malah Jim memerlukan dia untuk terus hidup di permulaan cerita) dan tidak teragak untuk bertindak jika diancam. Frank dan Hannah pula mempunyai hubungan ayah dan anak yang rapat malah mereka berjaya mengubah pendirian Selena yang selfish.

Filem ini saya kira hebat dari segi skrip kerana walaupun ianya sebuah filem seram + thriller, ia lebih banyak bermain emosi para pelakonnya dan tidak hanya memfokuskan kepada cerita makhluk-makhluk gila itu. Namun, saya agak hampa kerana virus yang tersebar itu hanya diberikan cara penyebarannya (melalui darah) tanpa menerangkan kenapa pada mulanya virus itu wujud? Sinematografinya baik (banyak shot yang sukar dan pelik)dan saya kira England mendapat promosi percuma (terutama ketika adegan mereka merentas lebuh raya, pemandangan sekelilingnya diambil dengan cantik sekali) kerana ini. Suntingannya kemas & lagu yang menghiasi filem ini membantu menambahkan lagi feel menonton filem ini.

28 Days Later adalah filem yang menyampaikan mesej di sebalik adegan seram + thriller yang disuntik ke dalam filem ini. Ia membuatkan kita berfikir bagaimana rasanya jika dunia ini tiada lagi manusia yang waras dan untuk terus hidup, hanya ada satu penyelesaian iaitu membunuh atau... dibunuh.
posted by Nizam  # 8:39 AM

Thursday, October 30, 2003

BUNUH BILL!!! oleh Fadz

Kill BillAdegan pertama filem ini, wajah Uma Thurman yang ter'cela', hitam putih, lalu Bill (Bill Carradine) berkata: "Do you find me sadistic?"

Di situ, kita dah tahu, apa 'insights' yang ingin Quentin Tarantino kemukakan. Shannon Ahmad tentu sukakan Kill Bill.

Dalam Kill Bill, bertemulah Sergio Leone (lagu dari The RZA mencedok beberapa lagu dari filem Leone) dengan genre 'martial arts' ala zaman kegemilangan Shaw Brothers (pembukaan kredit filem diberi penghormatan pada Shaw Brothers dengan...hehe, go see urself!). Tapi juga dengan penuh 'attitude', 'girl power' dan 'blood bath galore'.

Korang tau Tarantino kan? Si anak emas Hollywood tu. Kononnya Orson Welles 90-an, kerana revolusi Pulp Fictionnya. Filem lainnya, Resevoir Dogs (bagi aku, ini filem 'personal favourite' aku dari QT dan juga masterpiece yang terbaik daripadanya, membuka lambaran stail dan tekniknya), Jackie Brown; ketiga-tiganya amat 'cult' dan dipuja-puja oleh pengkritik filem dan 'film buffs'. Ramai juga yang meniru caranya, dan falsafahnya (Amores Peros tu satu contoh, Get Shorty tu pun juga). Apa hebatnya Quentin Tarantino (QT) sampai pencinta filem, ingin bercinta dengannya?

Kerana kalau filem-filem itu ditonton dan ditonton sekali dan sekali lagi, orang yang gila filem tu akan sedar, "Oh, dia ambil dari filem tu, dari filem ni, dari filem tu!" Itu stail Tarantino, penuh 'homage' dan 'reference'. Keduanya, filemnya tidak suka pada penceritaan linear. Ia suka berkait dan bertemu pada satu titik. Sebenarnya QT bukanlah orang pertama yang melakukannya, hanya beliau berjaya meng'revive' style cerita begitu.

Untuk Kill Bill? QT dah jadi 'mainstream'!(and a bit nuts) Aku mengaku, menonton Kill Bill, adalah sangat, sangat, sangat menghiburkan dan tidak perlu fikir panjang, tidak langsung berat seperti 3 filemnya yang terdahulu. Tapi adakah ini bermakna QT dah mula cari 'popular' dari 'substance'?

Kalau korang tengok hasil kerja QT, beliau ada dua jenis filem yang ditulisnya, pertama, yang heavy-heavy (Pulp Fiction, Resevoir Dogs, Jackie Brown) dan keduanya yang popcorn-friendly (From Dusk Till Dawn, Natural Born Killers, Kill Bill, True Romance). Tetapi adakah ini bermakna filem tulisan popcornnya itu hanya 'hiburan' semata-mata? Tak, tak sama sekali!

Kill Bill, pertama kali aku tonton (sebenarnya aku MARAH sebab aku tak dapat menonton filem ini dalam wayang. DVD cetak rompak yang aku beli pun tertulis: "Property of Miramax"... So bayangkan kualiti suara dan gambarnya...), adalah satu jalur 'rollercoaster' dan eye-candy (dalam kumpulan The 5th Element, Moulin Rogue, 8 1/2). Ia adalah, satu 'mimpi' yang termakbul dari seorang pengarah yang menyayangi filem. Ia membawa perkara-perkara trashy, offbeat dan pop-culture pada satu tahap yang 'cool'. Macam QT dah menciptakan satu genre baru:cool-trash. Dan Kill Bill dia ni, nampak saja 'campy', tapi sebenarnya, banyak gila benda-benda kecil yang membuat orang macam aku, terkekeh-kekeh, ya, Kill Bill bukan saja genre 'martial arts' tapi 'comedy'.

Sebenarnya aku malas nak menceceh. Sebab, filem-filem macam ni, lebih baik korang sendiri 'mengalami' warna, ruang, masa dan suaranya. Itu yang penting (ya, jalan cerita Kill Bill terlalu lah nipis, ia boleh terkoyak, tapi....). Tapi, dalam secara tidak sedarnya, ada dua tema utama yang mengangkat filem ini; 'chick flick' dan 'revenge genre'.

Pertama: TENTANG PEREMPUAN

Kill BillDan segala jati diri, sejati, juang dan hati perempuan, feminis atau tak, dipaparkan, dibogelkan dalam filem ini. Ramai penonton yang menonton filem ni, tak nampak tu, bahawa QT cuba 'naikkan' martabat perempuan. Aku tak salahkan mereka. Tiga filemnya yang lepas semuanya memperkecilkan perempuan, penuh testosteron, masochistic, jantan yang tak habis-habis kejantanannya. Maka ramai juga yang menonton Kill Bill tentulah lelaki. Jadi bebudak lelaki yang ada masalah dengan 'women with balls' (literally lah) akan ada masalah dengan Kill Bill. Sebab, macam Charlie's Angel, filem ini penuh teraju utama wanita, lelakinya antara bodoh/pandai, hanya 'supporting cast', dan penjahat utama, dah tentunya: Bill (objektif utama untuk The Bride hidup dan berjuang, mencari dan bunuh Bill).

Dan 'perempuan' yang menjadi titik tengah filem ini tentulah Uma Thurman sebagai The Bride atau Black Mumba (Aku suka lakonan Daryl Hannah dalam filem ni, fuh... Best! Dan, sape Sophie Fatale tu, cun melecun!). QT sedang mencipta seorang 'hero' baru untuk abad 21 ini, John Wayne/Clint Eastwood/Charles Brosnan si perwira Amerika, ketepilah. Uma kini datang, dengan jumpsuit kuningnya serta pedangnya, tidak lagi menunggang kuda, tapi bermotor, tidak berpistol tapi, pedang samurai -satu simbol 'perwira' baru orang Amerika.

Uma Thurman dalam filem ini, macam bidadari diselubungi darah. Antara lakonannya yang terbaik setakat ini, mencorakkan The Bride sebagai seorang yang bukan saja 'terseksa' tapi penuh emosi dalam dan juga seorang manusia, walaupun pedang yang ada dengannya adalah senjata maha ("If on your journey, should you encounter God. God will be cut.") membunuh.

QT pandai menonjolkan, walaupun pelik, tapi kena, falsafah pop-samurai dan feminsime lembut yang ada dalam Thurman. Sewaktu Thurman sudah membunuh Copperhead, anak Copperhead (ini jadi adegan kontroversi, yang sebenarnya satu ejekan QT pada masyarakat US yang hipokrit pada 'violence', perbandingan sikap dan perspektif penjaga dengan anaknya) menonton ibunya dibunuh, lalu The Bride berkata tenang:"It's not my intention, but Im sorry. You have my word for it, your mother had it coming. If you think this is wrong, then ill be waiting." Kalau itu seorang watak lelaki, sudah tentu dia pergi sahaja dari menegur anak Copperhead, atau bunuh saja anak itu.

Pedang juga simbolisme 'senjata' masing-masing (wanita juga boleh mengambil tempat lelaki). Ada satu adegan yang 'hillarious' bila seorang dari Crazy88 dipotong pedangnya oleh The Bride, hingga dia surrender, maka The Bride 'merotan' buntut budak itu: "Go back to your mother!"-sungguh lawak tapi juga subtle!

Kesamaran yang tidak diberitakan oleh QT juga membuat orang tertanya-tanya, juga membuat watak Uma, bukannya penuh suci. Ini dapat dilihat waktu sherif melihat Uma yang terbaring, "She's like a splattered angel" lalu Uma meludahnya (menunjukkan wataknya tidak pernah mati di dalamnya, juga sikap dan rohnya, hanya fizikalnya sahaja yang rosak).

Satu lagi adegan yang ramai kata, apa benda si QT ni, lagi sekali memberi simbolisme feminisme, membuat lelaki tak senang duduk. Adegan tu ada kena mengena dengan 'crotch bursting' dan Gogo yang gila: "Do you still wanna penetrate me? Or is it I who penetrate you?"

Kedua: BALAS DENDAM.

Kill BillFilem ini penuh tentang dendam kesumat. Maka, dendam juga berkenaan dengan peperangan. Amat kena pula dengan perasaan dan perjuangan masyarakat US pos-9/11. Satu line yang merumuskannya: "That women (boleh diertikan sebagai Uma, atau USA) deserves her revenge, and we deserve to die". Sebuah lagi falsafah, diberi oleh pembuat pedang Uma: "Membalas dendam ini seperti menyelusur hutan belantara. Takut nanti, dalam perjalanan dendam mu, kau akan tersesat dan tidak tahu maksud utama mu". Ha, camne tu?

Kebencian itu, (seperti bencinya rakyat US pada Osama/Saddam) yang membawa, membangunkan dan menyemarakkan The Bride. The Bride semacam simbolisme US itu sendiri (penuh semangat ingin menerima globalisasi, di'calar'kan terdahulu, mencari 'Bill', penyangak yang dituduh [osama]), sedangkan Orenisi (lucy Liu- wataknya seorang Chinese-Japanese-American. Mat Salleh takkan faham statement 'racial' yang dipaparkan oleh QT, tapi ia sebenarnya satu perkara yang amat serius bagi Cina dan Jepun. BTW, adegan kartun menerangkan mengapa Orenisi jadi jahat dalam anime stail, fuh, cun gila!!) semacam satu negara berdiktator, Copperhead semacam negara penuh licik, talam dua muka.

QT juga seakan berpesan (walaupun ia kena dengan genre martial arts dan komik Hong Kong ala Tony Wong yang kita selalu belek) dengan adegan dendam atas dendam atas dendam, bahawa manusia berperang, kerana 'benci' dan 'berdendam' antara satu sama lain, dan ia takkan berhenti (seperti Orenishi, anak Copperhead) dan sebenarnya lebih kompleks untuk diselesaikan (dendam mencipta anak dendam).

Seronoknya tentang Kill Bill ni (aku tahu, QT mesti seronok buat filem ni), ia satu filem yang boleh dinikmati oleh sesiapa. Orang biasa akan nampak biasa saja filem ni, tapi sebenarnya... Ada juga adegan-adegannya yang nampak bodoh (contoh; lidah lelaki kena tarik macam getah, macam adegan dalam Nightmare on Elm Street.) yang kemudiannya dibentuk dengan 'wit', lalu mempunyai simbolisme yang ingin dihujahkan. Tengoklah adegan "My name is Buck. And I'm here to Fuck", sekali lagi menonjolkan wanita tahu mereka ditindas oleh masyarakat lelaki, tapi tidak bermakna mereka diam sahaja.

Dan fuh, ada satu adegan ni, penggambaran yang diambil, sama macam Taxi Driver Scorsese (adegan klimaks). Mesti Spielberg ternganga sebab filem Minority Reportnya kecoh dengan adegan 'shot atas melalui ruang-ruang bilik'nya tak se'selamba' tukang gambar QT, Richard Richardson(?).

Ada juga orang bising dengan adegan Crazy88 massacre yang sama dengan Matrix Reloaded. Sebenarnya, kalau korang tengok betul-betul, itu adegan blood bath, lebih dekat pada filem-filem martial arts Shaw Bros. (dengan darahlah), taklah se'gore' mana (Dead Alive lagi gore) dan taklah seritma mana (Crouching Tiger adegan pergaduhan Zhang Zi Yi dikerumuni lelaki dalam restoran lebih cantik), tapi, ya, ia dibuat dengan bersungguh dan penuh 'detail'. Ada juga yang bengang dengan stail darah memercik (blood splatter) kerana ia terlalu 'komik' (kalau korang tengok betul-betul, semua bad boss [hehe ikut video game] yang dibunuh, dalam Volume 1, Copperhead and Orenisi, tidak memercik darah yang banyak, not spurting, tapi mati seperti mana orang biasa dalam filem lain mati bila dikelar/cucuk). Sebenarnya ia diambil dari filem-filem samurai lama (Akira pernah menggunakannya dalam Ran) yang memercik darah, menunjukkan 'kekuasaan' terhadap lawannya, atau keburukan lawannya dibalas, juga penyelesaian yang sudah terjawab (stail orang Jepun).

Tapi orang akan tanya, filem ni, boleh ke sampai Academy Awards..Dukacitanya, tak. Selalunya, filem rollercoaster ride+eye candy macam ni (Raiders of the Lost Ark, LOTR, Gladiator, Titanic, Around The World in 80 Days adalah contoh, hanya Around The World in 80 Days, TITANIC dan Gladiator saja yang pernah memenangi Best Picture), lagi-lagi yang offbeat habis macam Kill Bill, susah sikit nak capai 'Best Picture nomination'..tapi, doa-doakanlah..Apa-apa pun, filem ni, aku nak jerit: Kick Ass!!!
posted by Nizam  # 8:44 AM

Tuesday, October 28, 2003

Saksi

SaksiSetelah saya membaca flyer yang mengiklankan teater Saksi oleh Sekutu Teater-Indi Melayu, saya yakin bahawa saya akan dihidangkan dengan satu pengalaman menonton teater yang memberangsangkan. Saya fikir, saya akan menonton persembahan ini dalam sebuah pentas 'black box' memandangkan Saksi adalah sebuah produksi pementasan teater kecil yang dikatakan akan dipentaskan di 'stor teater'. Saya juga fikir saya akan menonton sebuah produksi Melayu dengan plot serta dialog yang bernafas baru. Tetapi setelah saya pergi menonton sendiri Saksi, perkara ini tidak berlaku.

Perkara pertama yang mengecewakan saya adalah tidak adanya teater 'black box' yang saya harap-harapkan. Rupa-rupanya, 'stor teater' yang digembar-gemburkan merupakan sebuah pentas yang telah dibina di atas lantai di Balai Budaya Tun Syed Nasir di DBP. Walau apa-apa pun, dalam masa yang sama, saya cukup kagum melihat set yang ada.

Apabila lakonan bermula, saya tercari-cari apakah yang boleh saya anggap baru dalam persembahan Saksi, tetapi saya terus menunggu dan menunggu. Saya mungkin terlalu mengharapkan satu percubaan ikonoklastik yang bersifat garda-hadapan yang diambil inspirasinya dari karya-karya terdahulu seperti Hikayat Hang Tuah, Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu dan Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. Mungkin juga silap saya sendiri kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang baru...

Kemungkinan, percubaan ikonoklastik dalam teater Malaysia sukar untuk dilakukan mungkin kerana tokoh-tokoh sejarah terlalu disanjung sehingga kisah hidup mereka tidak boleh disentuh. Perkara ini dibincangkan secara ringkas oleh saudara Alfian Sa'at dalam prakata antologi 'Bisik'. Dan sebab itulah saya faham mengapa drama 'Madu II' dapat ditulis malah dipentaskan di Singapura. Perkara yang sama mungkin sukar dilakukan oleh karyawan di Malaysia, lebih-lebih lagi sekarang ini dengan pelbagai sekatan oleh DBKL (walaupun pernah dan mungkin sering dilakukan satu ketika dahulu).

Maka di Malaysia, mungkin watak Dang Anum masih sukar untuk diberikan pemberdayaan (empowerment). Sebagai watak seorang wanita, beliau masih meraung, menangis dan meratap. Saya cukup kecewa dengan watak Dang Anum, kerana banyak yang boleh dilakukan melalui watak ini untuk menjadikan Saksi sebuah pementasan yang lebih baik dan lebih bermakna.

Sebelum menonton Saksi, sudah terpahat dalam fikiran saya, mungkin watak Dang Anum akan diberikan pemberdayaan; tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Kemungkinan besar, teks serta pengarahan (Saksi telah diarahkan oleh Rosdeen Suboh) terlalu mengikut naskhah-naskhah lama tanpa mahu melakukan sebarang percubaan ikonoklastik (walaupun dalam 'flyer' yang saya terima, ada mengatakan bahawa "naskhah Saksi ini adalah satu interpretasi baru..."). Interpretasi baru dari segi persembahan mungkin, tapi tidak lebih dari itu. Tak ada yang baru yang dapat saya cari dari segi dialog, plot dan jalan cerita yang pada hemat saya, harus sekurang-kurangnya ada interpolasi dari segi nilai-nilai politik semasa dan melieu masyarakat kontemporari.

Seperkara yang perlu saya puji adalah set 'Saksi' (arahan seni oleh Hamir Ayob). Set kelihatan seperti sebuah karya seni visual dengan beberapa kekotak dan surat khabar yang telah disusun rapi; yang saya fikir, mungkin mempunyai simboliknya yang tersendiri -- bagaimana akhbar dapat digunakan oleh mereka yang berkuasa untuk memutar belitkan peristiwa. Dan Saksi pada dasarnya adalah mengenai sebuah peristiwa yang telah diputarbelitkan.

Lakonan para pelakon boleh dikatakan baik, walaupun saya telah diberitahu oleh seorang rakan penulis dari Kakiseni, MR Al-Mustaqeem bahawa persembahan pada malam pertama lebih bertenaga. Pada malam persembahan yang saya tonton, para pelakon mungkin hilang sedikit tumpuan, walaupun tidak banyak. Tetapi, masih nampak profesional. Lakonan Melissa Saila, sebagai contoh, memang nampak mantap, begitu juga lakonan Adlin Aman Ramlie, Khir Rahman dan Rosdeen Suboh.

Saya tidak berapa suka dengan tata cahaya persembahan Saksi. Penggunaan tata cahaya yang malap membuatkan lakonan para pelakon sukar untuk diikuti (dan saya telah duduk di barisan hadapan). Keadaan muram dapat dirasakan, dan pastinya telah disengajakan, tetapi saya rasa, efek yang sama dapat dilakukan tanpa terlalu bergelap.

Gandingan koreografi oleh Aida Redza dan arahan oleh Rosdeen Suboh jelas menampakkan kematangan yang ada dalam teater Melayu. Saya suka melihat bagaimana pelakon kadangkala akan melakonkan adegan di dua bahagian pentas berbeza walaupun mereka jelas berinteraksi di antara satu dengan yang lain.

Penggunaan efek audio walaupun kadangkala tidak selari dengan dialog, tetap satu unsur yang saya alu-alukan. Arahan muzik oleh Susan Sarah John agak menarik malah kontemporari kedengarannya sehingga dapat meletakkan Saksi sebuah karya sejarah yang telah di pakej semula untuk penonton-penonton era MTV (ini satu pujian, bukan satu rungutan sinis dari saya). Sayangnya, teks (yang telah ditulis oleh beberapa penulis termasuk Uwei Hj Saari dan Adlin Aman) yang digunakan, masih termangu dalam era yang telah lama kita tinggalkan.

Mungkin ada baiknya, kita memerhatikan kembali mengapa persembahan teater Gedebe oleh Nam Rom yang berjaya dalam aspek penilaian kembali sebuah naskhah lama dan diberikan dengan nafas serta interpretasi baru. Perkara inilah yang saya harapkan dari Saksi, sayangnya perkara ini tidak berlaku. Akhirnya apa yang saya saksikan pada malam itu adalah sebuah karya teater yang berjiwa lama tetapi telah diberikan pakej baru.

Walau apa-apa pun, tahniah kepada Sekutu Teater-Indi Melayu kerana telah mempersembahkan sebuah wacana teater yang pastinya dapat memperkayakan lagi dunia teater Melayu di Malaysia. Pada dasarnya, persembahan Saksi merupakan satu persembahan yang memuaskan, tetapi masih dapat diperbaiki lagi dengan kemasan skrip dan visi yang lebih mantap yang tidak terlalu terikat dengan ideologi-ideologi lama.


posted by Nizam  # 11:06 AM

Friday, October 24, 2003

Ulasan Konsert Kiai Kanjeng

Kiai Kanjeng

Selama ini, apa yang kita kenal dari Indonesia datangnya dari kelompok budaya popular dari Indonesia. Kita mengenali Dewa, Padi, Gigi, Ada Apa Dengan Cinta, Jelangkung, Rendra, Taufiq Ismail, Goenawan Mohamad dan Ayu Utami dari enjin media massa yang menjadikan mereka ikon dari Indonesia. Mereka menjadi ikutan, malah ramai di antara pemuda-pemudi kita sendiri menjadikan mereka sebagai 'role-model'.

Bagaimana pula dengan ikon-ikon Indonesia yang namanya tidak pernah kita dengari? Salah satu darinya adalah Emha Ainun Nadjib.

Sebelum ini perlu saya akui bahawa saya tidak pernah mendengar nama Kiai Kanjang, mahupun mendengar nama Emha Ainun Nadjib, (ataupun 'Cak Nun') tetapi setelah saya diberi peluang oleh saudara Dhojee untuk mengenali tokoh budaya dan intelektual ini, saya mula sedar mengapa beliau begitu popular di Indonesia.

Saudara Dhojee telah melakukan satu eksperimen ringkas untuk membuktikan kepada saya bagaimana nama Emha ini dikenali oleh ramai pekerja (juga para pelajar) dari Indonesia. Beliau telah bertanyakan kepada seorang pelayan dari Indonesia yang melayani kami di sebuah restoran di Bangsar jika beliau mengenali siapa itu Emha. Ternyata, beliau mengenalinya, malah saya dapat melihat wajahnya menjadi berseri-seri apabila beliau diberitahu oleh saudara Dhojee bahawa Emha bersama kumpulan gamelan Kiai Kanjeng sedang berada di Malaysia untuk mengadalan persembahan mereka di sini.

Untuk mengenali Emha dengan lebih dekat lagi, saya telah menghadiri persembahannya yang telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada hari Selasa yang lepas.

Apa yang saya anggap satu perkara yang unik dalam persembahan Konsert Kiai Kanjeng adalah - Emha menyertakan sekali penonton dalam persembahannya. Mungkin di Malaysia, perkara ini sukar dilakukan, lebih-lebih lagi di atas pentas di dalam suasana yang agak rasmi. Tetapi saya telah diberitahu, di Indonesia suasana konsert lebih spontan. Penontonnya lebih ramai. Konsert Kiai Kanjeng di Indonesia mungkin kelihatannya seperti sebuah rapat umum. Di sana, penontonnya lebih senang berinteraksi dengan para pelaku di atas pentas. Dari para bupati, sehinggalah kepada golongan marhaen akan berjoget bersama. Saya kira, perkara ini senang dilakukan di sana, kerana mereka di Indonesia berkongsi sifat seperti mereka dari Amerika Latin (mungkin sebab itulah tradisi sastera dan seninya hampir selari); darah mereka lebih panas dari kita di sini - yang lebih suka duduk diam.

M. NasirPenonton sememangnya di ajak di naik ke pentas, pada hari itu kami agak beruntung kerana M. Nasir telah diajak naik ke pentas. Saya kurang pasti jika Emha kenal siapa itu M. Nasir, nampaknya seperti tidak, tetapi tidak penting ini semua. Yang penting, sifu kita mampu menghiburkan para penonton walaupun terpaksa melakukannya secara spontan.

Apa yang cuba dilaksanakan di atas pentas oleh Emha mengingatkan saya kepada apa yang telah dilakukan oleh Brecht dan Boal dalam pementasan teater mereka yang bersifat egalitarian. Mereka menggunakan pentas sebagai satu medium untuk berkomunikasi dan mengajak penonton berfikir tentang hala tuju nasib mereka sendiri. Emha, seperti Brecht dan Boal tidak menjadikan pentas sebagai medan pertarungan ideologi politik, tetapi tempatnya untuk mengajak penonton berfikir bagaimana keadaan semasa politik serta status quo yang ada mempengaruhi hidup mereka. Mereka ini semua berkarya untuk rakyat. Kerja-kerja mereka diusahakan oleh rakyat untuk rakyat.

Dan mungkin sebab inilah juga, para pelaku Konsert Kiai Kanjeng terdiri kebanyakannya dari para pemuzik amatur. Emha sendiri memperkenalkan pemuzik-pemuziknya ini dengan bangga sebagai mereka yang tergolong dalam kelas pekerja. Penentuan terhadap 'gebrauchsmusik' dalam Kiai Kanjeng ini cukup egalitarian malah melawan segala arus budaya popular Indonesia yang sedang meledak sekarang ini, (dan percikan ledakannya dapat dirasakan di seluruh Nusantara). Saya sendiri, sering memuji pemuzik-pemuzik Indonesia kerana berjaya membawa lagu dengan muzik serta seni kata yang sarat dengan struktur. Kiai Kanjeng, bergerak jauh dari ini semua. Maka, mereka membawa lagu tanpa perlu disarati dengan struktur yang tetap (kalau mahu cari makan dengan muzik, semua ini perlu diteliti). Jadi kita dapat melihat sesungguhnya mereka bermain muzik semata-mata untuk kepuasan mereka sendiri tanpa perlu memikirkan naik turun lagu-lagu yang mereka bawa di atas carta.

Bercakap tentang muzik tanpa struktur yang tetap, mungkin sebab itu jugalah agaknya Kiai Kanjeng banyak kali memainkan lagu-lagu berbentuk Jazz, dan jika dilihat dari segi rentak lagu yang mewakili golongan tertindas, dibawakan pula lagu-lagu berentak Blues. Emha banyak kali menegaskan bahawa beliau sangat fleksibel terhadap pilihan-pilihan lagu yang dibawakan oleh Kiai Kanjeng. Di Malaysia, pilihan lagu-lagu dibawa berlainan dengan apa yang dipersembahkan di kota-kota besar di Jawa. Di Malaysia, tidak banyak dibawakan lagu-lagu tradisional Jawa dan mungkin sebab inilah saya rasa sedikit terkilan. Pada awal konsert yang telah saya di saksikan di Balai Budaya Tun Syed Nasir di DBP, Kiai Kanjeng ada membawakan lagu berentak tradisional Jawa yang begitu melankolik dan mengasyikkan. Kemudian, apa yang dibawa lebih bersifat 'Islamic' dan barat. Kadangkala, lagu-lagu yang berunsur 'Islamic' ini menarik juga, walaupun mungkin tidak seasyik lagu-lagu yang dibawa oleh Nusrat Fateh Ali Khan. Pada bahagian akhir konsert, kerinduan saya kepada lagu dangdut terubat juga apabila sebuah lagu dangdut dibawakan oleh Kiai Kanjeng.

Emha berdakwah melalui karya-karyanya. Beliau amat-amat menitik beratkan soal estetika dalam karya-karyanya malah menekankan bahawa seni dan sastera perlu saling dialektik. Keindahan sajak-sajak tulisannya juga dapat kita nikmati dengan cara beliau mendeklamasi sajak (bersama seorang penonton, seorang pelajar dari Indonesia) diiringi irama gamelan-pop oleh Kiai Kanjeng.

Satu kekuatan yang ada pada diri Emha adalah kebolehannya untuk berinteraksi dengan penonton. Perkara ini amat-amat saya puji. Emha mempunyai karisma, tetapi beliau tidak ego mahu menjadikan Kiai Kanjeng satu platform untuk dia dan dirinya sahaja. Banyak kali beliau memberikan peluang untuk anak-anak buahnya, malah isterinya, Novia Kolapaking untuk menghiburkan penonton.

Emha bukan seorang ahli politik, tetapi seorang seniman yang mahu mendekatkan dirinya kepada rakyat. Saya rasa, perkara ini merupakan satu impian bagi mereka yang ikhlas berkarya, tetapi sukar untuk dilakukan. Bukan senang bagi seorang seniman turun ke padang dan di dalam masa yang sama, berkarya. Emha sendiri mengakui tentang perkara ini. Beliau tidak lagi dapat menumpukan dirinya untuk berkarya secara total.

Bagi saya, persembahan Kiai Kanjeng yang saya saksikan merupakan satu persembahan yang seharusnya di buat di sebuah padang yang besar dalam keadaan yang santai, tetapi telah dimartabatkan ke atas pentas. Jika diberikan peluang, saya pasti mahu mengikuti persembahan Kiai Kanjeng di kalangan ribuan pengikut-pengikut Emha di Indonesia. Pasti, pengalaman ini akan menjadi satu pengalaman yang mengagumkan buat diri saya.
posted by Nizam  # 11:05 AM

Wednesday, October 22, 2003

Review is on the "Rise of Nations" by Nick

For some of the computer gamers today, the idea of becoming armchair commanders of an imaginary world in the computer does hold an addictive appeal. It is this appeal that explains the popularity of computer game titles that are squarely defined in the real time strategy (RTS) genre like the WarCraft, Command and Conquer as well as the Battle Realms series. On the other end of the spectrum, there are equally a big collection of computer game titles that fall into the turn based strategy (TBS) that employ a wider scope in their gaming experience as shown in the Civilization and Alpha Centuri series. For quite some time, these two distinct camps of the strategy gaming market was set apart from each other and never would the twain be met until the release of a ground-breaking strategy game title that successfully combine the best ideas from both genres. This blurring of the lines bridged the gap between the two ends of the strategy gaming spectrum was realized in game designer Brian Reynolds' "Rise of Nations".

"Rise of Nations" (RoN) allows the player to control one of 18 distinct civilizations, each with their own unique military units and civilization advantageous, in a journey that spans 6000 years through all the epochs of human history. Players start off in the Classical Ages and work their way up to the Information Age by researching new technologies and collecting required resources while building an army big enough to sufficiently defend and expend their civilization borders. Like any other RTS games in the market today, players are tasked to efficiently manage their city and resources in order to achieve the maximum output in the shortest amount of time before they run into opposition.

While several game features are indistinguishable from other RTS games of its ilk, "Rise of Nation" sets itself apart from the other titles by placing emphasis on the city itself and the concept of city limits. In the cities of RoN, resource buildings are limited in number and must be placed within city limits which necessitates the need for the player to plan to expand the national borders by establishing other cities in the play continent. This makes each city an integral component of the civilizations well being and players can ill afford not to think ahead a little bit in order to ensure the survival of their cities. Cities are also important as a means of expanding the sphere of influence in this imaginary world which in turn generates income in the form of taxation which is proportional to the size of territory held.

It is the inclusion of the idea of national borders where RoN branches out into the turn base strategy game like the Civilization series. While national borders define the amount of taxes the territory will generate, it also demarks the point where forces of attritions began to impact invading armies. In RoN, the idea of attrition is referred to the damage that invading armies take to its units the farther they move into enemy territory. This concept, previously unseen in any RTS titles, is used to simulate the real life need to establish viable supply lines to support armies at war and this adds a new fresh level of realism in the game. Cities that are attacked in this game would also have the ability to defend themselves in the form of militia groups are generated the moment a city is attacked much like cities in real life. To further add to the level of realism in this game, cities that are conquered are not immediately transferred over to the invader but would need to go through a short period of assimilation before their borders are expanded with the inclusion of the invaded city.

In RoN, combat is resolved in a rock-paper-scissor like method. Each combat unit have been designed with a specific counter which it is vulnerable to. Since the size of the army allowed for each player can be limited by the amount of resources the player possess, it is in the player's best interest to create the most balanced army they can instead of preferring any particular unit to be the majority of their army. Unlike other RTS in the market, aspiring armchair commanders in this game can also employ quite sophisticated flanking and ambushed maneuvers in their plan of attack thanks to the intelligent game AI engine. Players would also notice that the units unique to each civilization are somewhat equally balanced and that the advantage that these units give the player are of limited duration. Experience players would be able to recognize this and fully exploit the advantage when the opportunity presents itself before its time comes to pass.

The user interface for RoN is fairly similar to other games of this genre and quite easy to understand. The logistics of unit grouping and waypoints creations are similar to other games which I believe is fast becoming a standard of this type of games. There are also a lot of short-cuts or hotkeys that would allow the player to quickly control the units and buildings which is a boon for experience gamers who use them for a fast and furious game. Players also would need to set aside resources to be used for technology research in order to advance in the game world. In RoN, the technology ladder is slightly simplified compared to those we see in other turn based strategy games like Civilization but it is sufficiently broad to capture the flavor of technological progress. An added feature that is welcomed in RoN is that all tech research is conducted in a single resource building which avoids the need to keep track of which building to go to upgrade a particular technology that we see in other RTS games in the market.

Graphic wise, RoN is not much different than the "Age of Empires" series produced by Microsoft Games. Most of the resource buildings look the same between one civilization to the other with the exception of some that have an Eastern feel to them. Units on the battlefield are sufficiently differentiated that trying to pick them out in a skirmish is not as bad as an experience it could be. Players are also able to zoom in close into the game with the use of a mouse wheel for surgical placing of units or buildings but for most of the time players would prefer the larger overview of the land. The soundtrack used in the game is sufficiently accomplished and varied that it was not distracting as some are in other RTS games. The sound effects are used to the maximum effect and are appropriate for each unit action.

The only weakness that can be counted against this game is the lack of storyline based adventure for the single-player gamers. Instead of a single-player adventure that we have come to expect for a game of this genre, RoN gives the single player with a Risk board game like of "Conquer the World" segment. In this segment, the single-player chooses to play one civilization against the other 17 with the goal of conquering the world in several episodic sessions. Each session are time-limited which means singe-player game play is time bounded and are comprised of different scenarios. In some, the player needs to defend their city from invasion while in some the players are tasked to invade another civilization. Users get to employ their turn-based strategy in the world map when they try to plan their invasion in order to grab the most territory in the least amount of time possible and switch to their RTS skills of resource management when the games goes into city mode. While this combination is fresh in its execution, it is hardly enough for single-players of the game. Although RoN does have other single-player scenarios, the strength of this game lines in the multi-player appeal much like other RTS games of the type.

As a game, "Rise of Nations" is an interesting and successful amalgamation of two previously different gaming camps in the strategy game spectrum. The introduction of real life concepts not found in other RTS games allows for a new level of realism in the game that puts the emphasis on strategy instead of the normal accumulation of resources. Although it has the potential to be an instant multi-player favorite, the game's only drawback is the weak single-player offering which lowers the replay value of this game for the lone armchair commander. Other that that seemingly glaring omission, "Rise of Nations" is poised to be one of the more interesting games to be released this year in the computer gaming industry.

Rating : 3/5 stars.


posted by Nizam  # 8:19 AM

Tuesday, October 21, 2003

Linkin Park Datang Ke Malaysia. Oleh Nazri B. Mohd Annuar

Linkin Park ConcertLinkin Park datang Malaysia. Semacam tak percaya sahaja bila berita tersebut sampai ke telinga saya. Namun nampaknya benar di sebalik kurangnya promosi, Linkin Park benar-benar akan mengadakan konsertnya di Kuala Lumpur.

Seperti konsert-konsert antarabangsa yang lain, harga tiket-tiket konsert Linkin Park agak mahal bagi golongan serba sederhana seperti saya (RM127, RM102 & RM82). Ini menyebabkan kedatangan mereka dipandang dingin oleh saya, merasakan tidak mampu untuk menonton konsert semahal itu. Ada beberapa lagunya yang saya minat namun mereka bukanlah tergolong dalam kumpulan muzik pilihan saya.

Namun terima kasih kepada saudara Nizam Zakaria yang secara tidak disangka-sangka sudi memberi tiket berharga RM102 kepada saya dan saudara Fairul Nizam.

Dan tibalah hari yang bersejarah buat saya menjejakkan kaki ke stadium merdeka pada 15 Oktober lepas, dikelilingi peminat-peminat setia Linkin Park sejak petang lagi memenuhi lokasi konsert, menanti dengan penuh sabar kemunculan sebuah kumpulan antarabangsa yang begitu terkenal sekali.

Penantian kami berakhir menjelang pukul 8:30 malam dengan pengumuman persembahan pembukaan dari Too Phat. (Pujian diberikan kepada pihak penganjur kerana menepati janji mereka untuk memulakan konsert pada pukul 8:30 malam). setengah jam kami dihiburkan oleh kumpulan Hip Hop terkenal Malaysia itu. Persembahan mereka tidaklah mengecewakan, namun mungkin kerana minda hadirin yang datang sudah di-"tune"-kan untuk menonton Linkin Park, peminat-peminat seolah-olah tidak sabar untuk melihat kumpulan Hip Hop itu beredar dari pentas dengan segera. Saya tertanya-tanya apakah perasaan Malique dan Joe tatkala mereka sedang menyanyi, orang ramai terpekik melaung nama Linkin Park. (Satu tanda bahawa mereka tidak mahu mendengar Too Phat barangkali?). Namun Too Phat bersikap profesional dengan meneruskan persembahan mereka dan masih terus berinteraksi dengan penonton.

Linkin Park ConcertPenyeksaan saya berakhir apabila Too Phat mengakhiri persembahan. (Maaf, mereka bukannya tidak bagus cuma bukanlah kumpulan muzik kegilaan saya). Pukul 9:30 anggota-anggota Linkin Park muncul dan mengambil tempat masing-masing. Mereka memulakan persembahan dengan lagu Don't Stay dan para peminat mula bersorak dan turut menyanyi bersama. Mereka seterusnya membawakan lagu-lagu dari 3 album mereka sebelum ini (Hybrid Theory, Re-animation dan Meteora) seperti Somewhere I Belong, Papercut, Crawling, In The End, Numb (lirik yang cukup menarik), A Place for My Place, Faint dan banyak lagi.

Persembahan mereka sememangnya amat mengagumkan. Interaksi dengan penonton cukup baik sekali. Buat kali ketiganya dalam masa seminggu saya mendengar laungan "Malaysia Boleh" dari mulut penyanyi antarabangsa. (Kali pertama ketika menonton boyband C21 melaungkannya di anugerah ERA dan kali kedua semasa menghadiri persembahan kumpulan yang sama di Nouvo pada keesokan harinya).

Setiap lagu yang mereka sampaikan dipersembahkan dengan begitu bertenaga sekali. Mereka menjadikan pentas di situ sebagai laman permainan, berlari ke sana, bergerak ke sini. mereka benar-benar telah menawan penonton.

Linkin Park ConcertLinkin Park membuat "gimmick" dengan meninggalkan pentas selepas menyanyikan "lagu terakhir" mereka. Namun peminat-peminat masih tidak puas dengan apa yang sudah dipersembahkan, menjerit supaya kumpulan itu keluar kembali. Tidak lama kemudian mereka muncul semula dan menyanyikan beberapa lagu lagi sebagai penutup konsert yang hebat itu. Mereka mungkin tidak membuat banyak "gimmick" seperti membuka baju, letupan di dalam pentas, menyalakan api, memasukkan berbelas penari latar (malah pentas pun dibina dengan ringkas sekali) tetapi peminat-peminat yang datang sudah cukup terhibur. Masa satu jam dua puluh minit itu saya rasakan amat singkat sekali, seolah-olah mahu mereka terus berada di atas pentas dan menyanyikan beberapa lagu lagi.

Namun seperkara yang agak menjadi tanda-tanya buat saya ialah mengapa menjadikan Too Phat sebagai "opening" untuk konsert seperti ini. Ianya seakan tidak kena, seolah-olah menjemput Britney Spears ke dalam konsert Metallica atau memasukkan Dr. Dre ke dalam konsert Iron Maiden. Maaf, mungkin tanda tanya itu disebabkan kecetekan ilmu muzik saya, mungkin juga mahu menunjukkan muzik itu universal, mungkin nanti jika Korn atau Avril atau Sepultura datang ke sini bolehlah kita menjemput Siti Nurhaliza atau Misha Omar atau Achik atau New Boyz untuk menjadi artis "opening".

Linkin Park datang memberikan satu kepuasan tak terhingga buat peminat-peminat, dan bagi saya yang memang suka menonton sebuah persembahan live-band, satu pengalaman yang amat berharga sekali. Semoga hari-hari yang akan datang lebih banyak artis-artis yang hebat datang membuat persembahan di sini.

untuk melihat gambar-gambar konsert boleh pergi ke www.dunia-vovin-photo.blogspot.com
posted by Nizam  # 7:27 AM

Monday, October 20, 2003

Ulasan Konsert Linkin Park oleh Fairul Nizam Ablah

Saya akui saya bukannya peminat fanatik Linkin Park (sekadar mendengar lagu mereka di corong radio) tapi apabila diberi peluang menyaksikan konsert mereka oleh saudara Nizam Zakaria, entah kenapa hati ini melonjak riang. Linkin Park, nama yang cukup sinonim dengan para remaja kita dan terkenal dengan kelantangan dan kekerasan muzik mereka.

Linkin Park Fans

Saya bergerak menuju ke konsert sekitar pukul 6 petang dengan menaiki LRT. Risau juga kerana menerima panggilan dari rakan yang menyuruh saya segera sampai kerana menurutnya stadium sudah mula dipenuhi penonton. Setibanya di stadium, saya dapat lihat ribuan penonton berkumpul di hadapan pintu masuk, rata-rata tidak sabar untuk masuk ke dalam stadium. Rakan-rakan dan saya bernasib baik kerana dapat masuk awal dan dapat duduk berdekatan dengan kawasan pentas.

Too Phat" 2 jam menanti bermulanya konsert dirasakan begitu lama dengan cuaca yang panas. Cuaca cerah bertukar gelap dan stadium yang kosong menjadi penuh. Kira-kira jam 8.30, Too Phat memulakan opening act mereka. Klise! Dimulakan dengan aksi tarian para penarinya (yang asyik menunjukkan skil yang sama) diikuti dengan 6 buah lagu, saya kira Too Phat gagal menaikkan mood para penonton untuk berkonsert. Mungkin juga bukan salah Too Phat kerana mereka menyanyikan muzik Hip Hop dan rata-rata peminat adalah peminat muzik keras! Kombinasi yang no-no! Vokal Joe dan Malique tenggelam dan butiran lirik yang dinyanyikan tidak jelas, Malahan komunikasi mereka dengan penonton ternyata kaku. Setengah jam yang diperuntukkan pada mereka saya rasakan seperti 2 jam.

Selesai giliran Too Phat, sementara menunggu Linkin Park mengambil alih pentas, kami dihidangkan dengan lagu latar berentak perlahan dari kumpulan Nine In Nails yang mengisi ruang stadium yang gelap dan kosong. Apabila Linkin Park muncul mengisi ruang pentas, penonton seperti dilanda histeria. Memulakan persembahan dengan lagu Don't Stay, mereka menaikkan adrenalin para penonton ke tahap maksima dalam masa 0.05 saat! Sepanjang konsert itu, saya dapat lihat betapa konsistennya vokal Chester Bennington dan Mike Shinoda, petikan gitar dan bass yang bertenaga dari Brad Delson dan Phoenix, ketukan drum yang hebat dari Rob Bourdan dan efek turntable mengancam dari Joseph Han.

Mereka menyampaikan lagu dari ketiga-tiga album seperti Somewhere I Belong, Papercut, Crawling (lagu kegemaran saya) namun saya paling suka ketika lagu Numb dimainkan. Para peminat memang sporting dengan turut sama menyanyi sepanjang konsert itu. Linkin Park memang hebat! Persembahan bertenaga tanpa henti selama 1 jam 15 minit (yang saya kira singkat) dirasakan begitu pantas. Baru nak panas dah habis! Ketika mereka meninggalkan pentas, penonton tidak berpuashati dan meminta mereka meneruskan persembahan. Nyata, mereka kembali menyanyikan dua buah lagi lagu dan One Step Closer dinyanyikan sebagai lagu penutup pada konsert mereka.

Set pentas pada malam itu biasa saja dan banyak bergantung pada efek cahaya, Sistem bunyinya hebat tapi bunyi bass yang kuat kadangkala menenggelamkan vokal Chester dan Mike. Mereka bernasib baik kerana kelemahan itu diselamatkan oleh penonton yang turut sama menyanyi di sepanjang konsert itu. Kesopanan Linkin Park yang berulang kali menyampaikan mesej agar saling bantu membantu antara sama lain dan menjaga diri menimbulkan pertanyaan pada saya (kerana ianya terlalu kerap) ; adakah mereka harus berkata begitu kerana mematuhi perjanjian untuk mengadakan konsert disini?

Malam itu, saya ucapkan syabas pada Linkin Park. Syabas pada penonton yang bertenaga dan supportive (Saya ikut melonjak, menyanyi bersama peminat lain yang sama-sama hanyut dengan muzik mereka).

Sewaktu melangkah keluar dari stadium, saya terlupa soal Too Phat yang tak menjadi, terlupa soal kecacatan yang timbul pada konsert ini kerana pada malam itu, odisi bersama Linkin Park membuatkan saya benar-benar puas hati!

posted by Nizam  # 8:12 AM

Wednesday, October 15, 2003

Kisah 2 Beradik & Kelawar Dari Neraka 2 oleh Fadz

A Tale of Twin Sisters

Orang akan bising kat aku, "Hoi, takde benda lain ke, asyik filem seram je ko nak tulis!" Aku nak buat camne, aku ni memang gemar filem SERAM. End of story.

Aku keluar dengan GF :) baru aku, Ina. Ingatkan nak tengok Down With Love, tapi kuasa 'darkside' aku lebih kuat lalu aku terus beli dua tiket filem seram korea ni, pengarah dalam siri filem Three tahun lepas. Lagipun, ini memang filem seram anticipated (selain Jeepers Creepers 2) yang adik aku sendiri katakan, selain ada sebuah lagi filem seram Asia yang aku tak tahu bunyinya, filem ini dia katakan sebuah lagi filem seram yang lebih seram dari The Ring.

Apa yang perlu aku kata? Va Va Voooom!! Filem ini adalah filem MESTI TONTON lagi-lagi kalau korang peminat filem seram. Orang akan samakan filem ni dengan Dark Water, The Ring serta The 6th Sense. Ya, betul tu, tapi bukan M. Night Shamalayan saja yang boleh guna stail 'bag of tricks in the end', orang lain pun boleh. Lagipun stail tu bukannya direvolusikan oleh dia, banyak lagi pengarah yang dah buat. Contohnya filem klasik Carnival of Souls adalah filem yang pertama menggunakan stail mengejutkan korang pada adegan akhir.

Dan teknik/stail gothic, shock dan horror pengarah korea ni yang aku rasa ada ejaan Kim-Ji ni, fuhhh, berlipat ganda lebih hebat dari pengarah The Ring. Ada satu scene bila hantu tu menghampiri Sum-Mi, ia seakan diambil dari stail hantu keluar TV The Ring versi US (talk about borrowing styles) Gore Vabrinski yang dicedoknya dari The Ring versi Jepun. Macam satu evolusi stail yang menjadi! (korang tengok dan bandingkan).

Kim-Ji juga pandai bermain dengan psikologi penonton. Mungkin ini saja plot-hole yang ada, seperti kata Ina, "Kenapa pula gadis tu boleh multiple-personality hanya kerana menyesal?" Well, aku bukan seorang ahli psikologi, dan aku tak tau sangat pasal 'different faces of Eves' ni (ingat tak filem Identity?), tapi kalau dah filem seram... Filem seram dibawah genre fantasi... So, go figure (hehhe, oklah, untuk menonton filem seram, memang perlukan sedikit logik. Tapi kalau perkara kecil macam ni dan tak serealistik Exorcist, it is ok kerana filem seram mementingkan jiwa penonton menjiwai rasa takut itu, dari segi lakonan, efek khas, muzik atau cara pengarah itu membawa cerita itu yang orang panggil mis-en-scenes).

Ada satu scene yang aku sendiri 'melompat' dari tempat duduk aku. Nasib baik tak terpeluk Ina. Scene itu adalah scene "Aku nampak ada sesuatu di bawah sinki". Gabra habis! (Kelakar, filem ni rated U???!!!!!!!)

Walaupun filem ni masih genre yang sama dengan filem seram Asia (Jepun-Korea) yang tidak boleh lari dari 'slow moving of character development', 'hantu nak balas dendam', 'Blood Gore', dan 'rambut hitam mengurai', tetapi dengan cara sentuhan suspens KIm-Ji (cun gila, sebab kita tak tahu bila shock treatment yang dia nak beri), tangkapan-tangkapan scene semacam filem art, muzik yang menyentuh serta menggerunkan, plot yang bermain dengan multiple-personality serta lakonan hebat pelakon-pelakonnya (lebih-lebih lagi GF bapak Sum-Mi, si jururawat yang menjaga ibu gila adik beradik itu) membuatkan filem ini antara filem 'rumah hantu' dan 'hantu' paling berjaya tahun ini.

Dan finale filem ni... CANTIKNYA!! Ini adalah antara filem seram yang cantik yang diakhiri dengan matahari yang memancar tinggi (Selalunya filem seram diakhiri dengan malam kerana siang menonjolkan kedatangan kebaikan, Tuhan, atau ketenteraman kembali. favourite lain aku yang menggunakan kedatangan siang seperti finale Rosemary's Baby, Evil Dead, Exorcist 3, 28 Days Later, Dark Water, The Others, Carrie, Day of the Dead). Ia mengakhirkan segala kepeningan dan ketidak fahaman kita tentang plot filem ini, mengejutkan serta menyeronokkan. Ia tidak diakhiri dengan 'shock' tetapi satu melodrama yang memikat, yang menjawab segala persoalan "jangan menyesal selepas ini...", semacam ada ciri eksistensialis dalam adegan akhirnya. Kalau orang menonton hanya finale end-credit filem ini, mereka akan ingatkan ini sebuah filem romantik (penuh ciri-ciri timeless). Hehe, satu ejekan yang pandai dari Kim-Ji. Tahniah Kim-Ji, sebab kau berjaya buat aku, Ina dan ramai lelaki dan perempuan dalam wayang menjerit dan meloncat ketakutan, juga tersentuh (dan ambil berat) dengan ceritanya juga watak-wataknya.

Jeepers Creepers 2

Hari Khamis tu, sewaktu aku beli dan tonton The Tale of Two Sisters, aku dapati ada Jeepers Creepers 2. Apa lagi... Aku tanya Ina, dia nak tak tonton dengan aku. Dia kata, cukup lah sehari. Jadi aku beli untuk diri aku untuk tayangan esok hari Jumaat.

Nampaknya menjanjikan sebab filem 'sequel'nya turut diarahkan oleh pengarah yang sama untuk filem pertamanya - Victor Salva (si ular sawa, hehe). Selalunya ada satu dua filem sahaja yang diarahkan kembali, dan selalunya filem-filem ini mendapat 'anticipation' yang tinggi. Filem Godfather 1, 2 misalnya yang diarahkan oleh Francis Ford Copolla, juga executive producer untuk filem ini serta filem pertamanya (yang menambahkan lagi semangat aku), Sembilu 1, 2 arahan Yusof Haslam (muahahah) Evil Dead 1, 2 oleh Sam Raimi pengarah Spiderman, Gremlins 1, 2 arahan Joe Dante, Star Wars episod 1, 2 arahan George Lucas, Scream 1, 2, arahan Wes Craven, Terminator 1, 2 arahan James Cameron, Harry Potter 1, 2 arahan Chris Columbus (dia juga mengarah Home Alone 1, 2... LOTR doesn't count sebab ia memang satu cerita yang dipecahkan pada tiga bahagian, lagipun ia dibuat serentak pada satu masa) dan Steven Spielberg untuk Jurrassic Park 1 dan 2 (banyak lagi, aku malas nak teruskan). Itu filem-filem yang (ada dan tiada) berjaya dipadankan dan diseimbangkan dengan filem pertamanya atau orang panggil kesinambungan. Tetapi ada juga filem yang tidak berjaya disinambungkan bila pengarahnya ditukar, siap BOMB dalam pasaran pulak tu, contohnya Exorcist 2: The Heretic arahan John Boorman (walaupun sebenarnya ia amat menarik bagi pencinta filem seram), Sting 2, Omen 2, Love Story 2, Grease 2 dan French Connection 2. Tetapi ada juga yang 'lebih' berjaya dari bahagian satunya seperti Aliens arahan James Cameron (filem fav. aku!) dan From Russia With Love yang lebih meletup dari Dr. No. (nota: Nak tahu lagi tentang 'rules' untuk filem sequel, tonton filem cult Scream 2)

Sebenarnya, apabila filem itu di 'part two'kan, ada dua jenis filem yang diterokai, adakah penciptanya ingin ulangi chemistry filem pertamanya, atau melantun jauh ke luar. Jenis yang pertama adalah jenis 'safe side' sebab mereka tau, orang yang inginkan yang pertama ada dalam yang kedua (package dah ada, hanya tampal pada watak dan suasana yang baru aje), tetapi masalahnya ia selalunya 'repetitive' dan membosankan. Filem-filem seram yang ada 'part 1 - entah ke berapa' sukakan stail ini, macam Amytiville Horror, Pumkinhead, Nightmare on Elm St., Friday The 13th, (Juga Police Academy!), Hellraiser, Halooween, Jaws, Futureword, bla bla bla...

Jenis yang kedua lebih 'menyeronokkan' tapi juga 'very risky' kerana penonton mungkin tidak suka melihat pembaharuan dalam kesinambungan watak atau ada watak yang mereka gemar mati atau ia terlalu JAUH dari filem yang pertama yang mempunyai ciri-ciri yang mereka cintai dalam filem pertama lalu ciri-ciri itu dibuang ke longkang. Tetapi, kalau mereka suka, believe me, filem tu meletup gila: Psycho 2, Aliens (filem ini dinominated best picture), Dawn of Dead, Texas Chainsaw Massacre 2, Terminator 2: Judgement Day, Gremlins 2 (ini 180 darjah dari Gremlins 1), Exorcist 2, SW: Empire Strikes Back (diarahkan oleh Lawrence Kasdan, yang bawakkan anda Dreamcatcher last summer), dan Godfather 2 (filem ini menang best picture).

Jadi yang mana letaknya Jeepers Creepers 2 (JC2)? Spoilers! Spoilers! Ia terletak pada jenis yang pertama.

Jom kita gi kat JC1, filem boogeyman (macam Nightmare, Halooween, Scream yang merosakkan dan merevolusikan genre ini, Friday The 13th, Hellraiser, Candyman) yang bagi aku paling kedua artistik dan penuh ciri cult selepas Halooween (bapak pada semua filem slasher dan boogeyman, walaupun Psycho yang memulakan, Halooween yang meletakkan undang-undangnya. Aku tak yah cerita kat sini apa undang-undangnya, cukup korang tonton filem Scream untuk mengetahuinya). JC1 yang aku cintai dan boleh aku gatal-gatal intrepertasi adalah satu filem segar dalam genre seram, walaupun orang akan kata, ia campuran rojak The Dual (alah, telefilem thriller Steven Spielberg tu) dan Boogeyman style.

Filem itu 'berlaku' sebelum kegilaan kejatuhan WTC New York lalu meletup sewaktu summer 2001. Seperti filem-filem seram Hollywood yang lain, JC telah mencorakkan satu 'tapestry' tentang Mimpi Amerika yang tak tercapai atau satu kebohongan semata-mata, juga ia mengkontrakan sikap orang urban yang celik dan selalu mahu penukaran (serta selalu ketakutan dan tidak boleh duduk diam) dengan orang desa yang masih tertutup (ignorant), mekanikal dalam ciri hidup sosial mereka. Dan kelawar tu? "It feeds on fear" kata makcik psycic kulit hitam tu, watak yang paling tak perlu dalam JC tapi sudah jadi watak cult dalam JC. Waktu pertama aku tonton JC, aku gambarkan (ya, fantasi aku) bahawa kelawar itu adalah seorang 'fallen angel' yang sudah hidup dan lama di dunia. Kenapa ya? Sebab jelas, tempat yang kelawar itu duduk adalah sebuah 'rundown church' yang seakan 'black church - makananya gereja yang sudah disetankan dalam witchcraft' sebab terbiarnya ia, serta gagak-gagak yang mengelilinginya (kontra dengan merbuk yang mengelilingi gereja). Kemudian, apabila budak 'rose tatooed' (lakonan Justin Long) terjumpa dengan mayat-mayat tu, ia semacam dia di dalam sebuah 'grosteque sistine chapel' yang mempunyai saduran lukisan siling Michealangelo menggambarkan akhirat (cantik gila!). Malaikat yang terlempar dari syurga itu seakan-akan cuba merealisasikan pengalamannya sewaktu di syurga. Dan teori aku tentang kenapa budak 'rose tatooed' itu terpilih untuk dimakan dari adik perempuannya kerana (selain dari sifat homoseksualiti Victor Salva) budak itu mempunyai ketakutan padanya, sepertimana 'ketakutan=taqwa'nya pada Tuhannya, sebelum malaikat itu 'rebel' dan menderhaka, lalu satu-satu cara untuk dia merasai kembali syurga adalah dengan merasai perasaan-perasaan manusia (Bukankah dalam Al-Quran juga ada menyatakan seperti Karut dan Marut, mereka menganggap manusia sebagai ciptaan Tuhan paling menyusahkan?). Kenapa mata budak lelaki itu diambil? Kerana dia telah melihat segala 'beautiful work' yang diakui sendiri oleh budak itu sewaktu terjatuh ke dalam lubang di bawah gereja itu (perasaan menyukai keindahan ada kena mengena dengan perasaan menyintai ciptaan Tuhan, lalu taksub dengan buatan Tuhan). Lalu 'exposed'nya kelawar itu kerana, dia tahu, Tuhan sudah memulakan armageddonnya (satu kesinambungan dengan Dogma arahan Kevin Smith, juga tentang malaikat yang merindui syurga dan mahu kembali ke syurga selepas menderhaka pada Tuhan, juga menganggap manusia seperti objek sahaja).

Dengan datangnya JC2, semua itu bertukar... Kelawar itu bukan lagi seorang 'fallen angel' tetapi memang satu raksaksa seperti raksaksa zaman dulu (it waits every 23rd spring, over 23 days... to eat). Kalau korang ada baca/menonton Stephen King's IT, atau membaca dongeng Yunani lama, atau klasik Cina Journey to the West, korang akan tahu apa yang aku bicarakan. Oh, tak perlu pergi jauh. Dulu orang-orang kita juga ada adat ni, hantar 'sajian' pada Dewa Laut supaya ribut tak ambil nyawa nelayan-nelayan. Hah, rupanya itulah si kelawar ni, satu arca purba (mungkin zaman King Arthur atau Middle-earth) yang ingin keluar kembali nak tunjuk ke'cool'lan dia.

Bukan itu sahaja... Dalam filem ini, Victor Salva macam datang dengan penuh berani, mengejek penonton-penontonnya tentang keterbukaan 'gay'nya dan 'pedeophile'nya (Oh, btw... Aku baru saja belajar [ya Yati, Ina] yang di Malaysia ni, ia bukan saja bersalah untuk menjadi Gay tetapi Gay-friendly juga adalah salah dari segi undang-undang mata kawan-kawan anda. Seseorang yang normal tapi senang dengan Gay juga boleh dikecam dan di'witch hunt' oleh orang-orang sekeliling mereka. Patutlah filem mainstream Malaysia seperti Senario, Senario Lagi seronok mengdegredasikan kaum ini.) Ya, dulu Victor dituduh kerana 'mencabuli' seorang 'minor' sewaktu penggambaran filem 'Powder'nya. Dalam JC2, bukan sahaja banyak 'pretty boys' yang tunjuk badan yang jenis Salva ni suka, juga sikap kelawar itu (sampai jilat cermin bas!) yang penuh bernafsu pada lelaki bawah umur (hehehe, celaka betul pengarah ni!) adalah simbolisme mengejeknya yang paling jelas (Simbolisme expose' kelawar itu sendiri dalam JC2 bandingan JC1).

Walaupun JC1 tidak ada plot yang jelas, ia tetap menarik, semenarik Texas Chainsaw Massacre. Untuk JC2 pula, apa yang aku perlu cakap ialah, jangan pedulikan, langsung dengan plotnya, dengan watak-wataknya (I wished that the old characters from the 1st movie is in here, even the stupid bragging old women, though the guy with the tatooed rose is in JC2), sebab kalau tidak, korang memang akan benci filem ni. Hanya layanlah magik teknikal (stunts, make up, editing and special effects) filem ini yang macam 'it's gonna be a bumpy ride!!'. Siap ada watak dalam filem ni menjerit "Jangan tanya aku macam mana aku tahu!!! Aku pun tak faham kenapa!!!" Hah, tu dia, 'in your face' nuansa yang diberikan oleh Victor Salva pada kita untuk tonton filem ni.

Dan mesej 'gay'nya tak berakhir di situ. Selalunya, dalam sesuatu filem, the 'fall guy'/mangsa dalam filem orang normal selalunya: the black, the wimp, the bitch dan the closeted-gay/gay. Dalam JC2, Victor Salva telah mendapatkan dendamnya kerana dia berjaya 'membunuh' watak-watak jock dalam filem ini (well, the stupid grown ups still die in here). Seorang budak gay dalam filem ni, Izzy mendapat pengiktirafan mati 'jihad' kerana berjaya mengopak kelawar itu 'into pieces' lalu membunuhnya dalam letupan lori sewaktu dikejar kelawar tu. Itu dendam Salva pada masyarakatnya, serta kesinambungan kehodohan Mimpi Amerika tentang survival (lebih-lebih lagi selepas 9/11) dan segregasi (diskriminasi pada 'coloured' dan 'gays'). Hmm, oklah, boleh tahan juga..Apa yang aku paling suka pula ialah, ada satu watak geek/wimp dalam filem ini yang dua kali diburu oleh kelawar tu, tapi dua-dua kali dapat selamatkan diri!!! Hehehe, the nerd rules!!! Akhirnya, Salva dah pecahkan satu undang-undang membuat filem slasher!
posted by Nizam  # 9:53 AM

Friday, October 10, 2003

Faster, pirate, put on your eyeliner! by Shanon Shah

(This article first appeared in Malaysiakini.com, Opinion. Wed Oct 8th, 2003.)

I haven't seen Johnny Depp in too many films, but have few doubts about his talent and integrity as an actor - for proof, watch Pirates of the Caribbean: Curse of the Black Pearl. I'm not going to review the movie here, but am simply bursting to share something that struck me about it.

For the uninitiated, Depp plays the lovable, mischievous pirate Captain Jack Sparrow in this swashbuckling epic from Disney. I won’t give much of the plot away, but I'll be talking a lot about Sparrow.

To summarise, Sparrow agrees to help young William Turner, an orphan who survives a maritime disaster without knowing his father was a pirate. This is to save Turner's love interest, Elizabeth Swann, who has been captured by Sparrow's nemesis, Captain Barbossa.

Sparrow comes across as one funny dude from the first moment we see him on screen. As he steps onto the pier from his sinking boat, we are introduced to a man who walks like a model and who has had one martini too many, to boot.

He waves his hands around in the manner of a certain male Malay celebrity chef, squints and winks to punctuate his colourful dialogue. He also wears jewelry and make-up. The more savvy readers can probably already tell where I'm heading. With all the recent ruckus about lelaki lembut (effeminate men), I just thought this was a refreshing portrayal of masculinity...in a mainstream Hollywood film at that.

Regulation of expression

I know there are a whole lot of people (not me) who are just dying to thank a certain Fairuz of UiTM, who sparked off this national drama by writing his letter (which reeked of sour grapes, by the way) to Utusan Malaysia, asking the media and Malaysians to stamp out the abhorrent proliferation of effeminate men and gay men.

And certain segments of the media responded quite predictably. It wasn't enough that we were all bombarded during prime time news with a sexually capricious Malaysia Airlines male flight attendant showcasing his, um, in-flight entertainment.

No, those quarters of the media decided that we needed to buck up and get out the machetes for lelaki lembut and gay men, too. And because women’s rights have made such inroads in this country, we soon had to deal with wanita keras (aggressive women) and lesbians, too.

Then, true to Malaysian tradition, a ministry got involved. A few ministries actually, but there was a particular one that took up the issue.

So the nation is finally at the stage where the state is trying to regulate citizens’ expressions of masculinity and femininity.

Boys have to be Tough. They have to camp in jungles, eat slugs and wade barefoot through rivers. This is nothing to be dismissed readily - even Arnold
Schwarzenegger would squeal his Republican tonsils out if he ever saw our rivers.

Men have to be Men. They have to dress like Men. Talk like Men. Walk like Men. Spit like Men. Have short hair like Men. Rip the flesh off chicken drumsticks with their teeth like Men.

Reconstructing heroes

Then along comes Jack Sparrow, with braided hair, wicked eyeliner, jewelry, fey hand gestures and sashaying gait. Talk about providence.

One of my female friends who watched the movie with me denied this. Granted, she is one Johnny Depp fan who'd practically drown in her own pheromones at the sight of his left earlobe.

And he plays a pirate! A swashbuckler! A dashing hero of the seas! Who fights with a sword! How could anyone even think that he’s, you know, camp?

Then again, are we saying that the only men in makeup and jewelry who are good at using swords can be pirates? I think you'll find a few patrons of Jalan Bukit Bintang who'd beg to differ - on pain of the consequences of Section 377a (‘unnatural sex’) of the Penal Code, of course.

Who are we to determine what makes a man? Even with all his off-kilter mannerisms, Sparrow was still the hero everybody adored, and with whom quite a few girls in the audience still ended up falling head over heels in love.

And yes, the other characters in the film did notice Sparrow's, um, unconventional style, and they did make remarks about it. But all in good faith. All in good humour. Nobody actually thought to ask him, "Er, but surely there’s a bit more yo ho ho to go with your bottle of rum?"

Before I am accused of deconstructing a Disney pirate comedy, I must admit that Johnny Depp has never said that he intended to play a pondan pirate. What he did say was this: "The way I walked, well, it was a couple of things. To me, it was like this guy who had spent a very, very long time on the ocean battling the elements. It was a guy who had spent way too much time in the sun, so maybe his brain was literally cooked a bit.

"And he was way more comfortable on the deck of a ship, in terms of the rhythm of the ocean, than he was on dry land. And I think he would also be a guy who would understand that, like, he could take that and use it to his advantage, you know. As if to hypnotise someone. He’d kind of go back and forth and hypnotise them, kind of like a cobra, a moving target. So, that's where it came from. I thought he would hate being on land."

Yeah, yeah, thanks for demystifying everything, Johnny. By the way, I didn't see Barbossa act like a "cobra". He must have hated being on land, too, no?

Persecution of differences

Aha, but you see, I'm doing it myself, too. Why do we need to assume that every man needs to act in the same way? Different men are different. And difference should never be used to extract doctrines and practices of inequality, or worse, persecution.

You see I studied at an all-boys secondary school. There, boys were respected if they were Army cadets, or district soccer players or track athletes. They were revered if they were all three. God forbid if they had a brain and could at least pass their exams - they’d be worshipped as saints.

I had a friend in that school who is a lelaki lembut. He was teased from Day One about everything - from the colour of his underwear, to the way he spoke, to his reluctance to play soccer.

He wasn’t just teased by fellow students. He was publicly humiliated by quite a few teachers, too. Being his friend, I came to his defence. A lot.

I was teased and humiliated, too, by association. Because I myself can’t play soccer to save my life. But at least I excelled in studies, I wrote well, I spoke English fluently, I entered debates and won.

I was a prefect, I knew taekwondo. If any one of my Neanderthal classmates or teachers tried to challenge me, I’d just stare right back at them and flash my prefect’s badge.

But my lelaki lembut friend didn’t have any of those things. Many people couldn’t understand why we were friends. He thought it was pity on my part. They thought he was trying to take advantage of me.

Me, I just thought he was a great guy. A funny guy. A guy whom I didn’t need to impress to be his friend.

He runs a beauty salon now. I call him up every now and then. I ask him how he’s doing. I laugh when he tells me about botched perms, or 50-something Datins who want to look like Erra Fazira.

When our former classmates ask me about him, I tell them proudly that he has his own beauty salon. But as much pride as I have in him, I can't wipe off their scornful smirks whenever they hear what I have to say.


"Does he wear makeup? Is he in drag? Does he still talk like...you know? Is he still attracted to... you know?"

If only it were just these idiotic questions he has had to deal with. But no - he also has had to deal with state religious officers threatening to fine him because his eyebrows are too thin.

He has been shooed away from male public toilets. He has been spat at by passers-by. His car was vandalised by a Datin who called him ‘Raja segala pondan’ (King of Transvestites).

Upholding dignity

So, when I see journalists and politicians trying to milk his pain for political mileage, I get really mad. I feel like I need to do something. I feel like he needs to do something, too.

But he gets so despondent. He tells me, ‘It’s okay lah, I’m just going to run my salon, buat kerja halal (do an honest job) and hope for the best’.

Once I quoted the Hadith where Prophet Muhammad (peace be upon Him) tells one of his companions (and I’m paraphrasing here),: "No, no, you don't just leave your camels here then go to the mosque to pray for Allah to guard them. You tie your camels up here and go to the mosque to pray for Allah to guard them."

My friend asked: "What in the world do camels have to do with my beauty salon? Are you calling me a camel? I’m not a camel, okay. I'm a wanita jadian. You can quote me on that. I may have a beard but I also need my Maybelline mascara."

No, silly, I replied. Run your beauty salon. Buatlah kerja halal. Shave your beard. Wear your mascara. Go ahead and pray for the best. But please, when push comes to shove, you also have to fight to defend your rights and your dignity as a human being.

He scoffed at the suggestion, saying that nobody else would stand up for him. I said, of course they would.....I would.

And at last count, so did nine organisations and more than 130 individuals - including me - who submitted a memorandum to the Human Rights Commission of Malaysia in August.

But I remember him in secondary school, looking defiant when our physical education teacher shouted at him and called him a useless pondan for the entire school to hear. I didn’t know what to say then.

However, if there’s a boy like that in secondary school now, who has been following the local media coverage about lelaki lembut, who is feeling just as alone and defiant, I’d tell him to go watch Pirates of the Caribbean.

He wouldn’t need to give up his eyeliner to be a hero. Savvy?


--------------------------------------------------------------------------------

SHANON SHAH is an analyst and a former journalist.

NB: Nizam Zakaria would like tell his readers who happens to be a 'lelaki lembut' (or 'wanita keras' for that matter) that he would stand up for them...
posted by Nizam  # 5:51 PM

Thursday, October 09, 2003

Ulasan album Satelit Ink, O@G

Satelit Ink - OAGSaya telah diperkenalkan kepada kumpulan OAG (kini dieja O@G) sejak di Amerika Syarikat lagi. Tatkala itu, seorang rakan telah meminta saya mendengar sebuah lagu Inggeris dendangan OAG (tak salah saya, lagu 'Spactic Youth') yang telah dihantarkan kepada saya melalui MP3. Saya cukup-cukup terpesona mendengarnya lagu yang telah diberikan kepada saya. Saya tidak menyangka sama-sekali bahawa lagu yang saya dengar tu ini datangnya dari anak-anak muda Malaysia yang jika diberikan peluang, boleh bersaing diperingkat antarabangsa dengan lagu-lagu yang mereka bawa.

OAG pada mulanya dicapkan sebagai sebuah kumpulan 'alternatif', walaupun saya tidak begitu faham mengapa mereka diletakkan ke dalam kategori ini.

OAG konsisten membawa lagu-lagu retro 60-an dengan kombinasi susunan muzik kontemporari. Bagi peminat-peminat muzik Indonesia, pasti akan menyamakan apa yang cuba dibawa oleh OAG dengan kumpulan Naif. Memang sukar untuk dinafikan bahawa persamaan ini ketara, lebih-lebih lagi apabila OAG mula membawakan lagu-lagu mereka dalam Bahasa Malaysia. Tetapi dengan iklas ingin saya nyatakan di sini, setelah mendengar album baru mereka, 'Satelit Ink' saya mulai yakin bahawa apa yang mereka persembahkan adalah jauh lebih baik dari kumpulan Naif (walaupun ada beberapa lagu dari kumpulan Naif yang cukup kuat dari segi liriknya).

Saya anggap album 'Opera Radhi-o-Friendly' sebuah album yang baik. Album ini begitu menghiburkan dengan lagu-lagu yang 'radio-friendly' yang dibawakan dalam Bahawa Malaysia, lantas memperkenalkan OAG kepada peminat-peminat muzik yang sebelum ini tidak begitu mengenali mereka. Lagu seperti 'Slumber' dan 'Biru' menjadi siulan anak-anak muda kita yang sudah muak mendengar lagu-lagu meleleh dendangan kumpulan gitar kapok yang sudah nampak 'poyo'. Jika anda minat dengan album 'Opera Radhi-o-Friendly', anda pasti akan lebih menyukai album terbaru dari mereka ini.

Lagu pertama yang diperkenalkan dari album ini sudah beberapa bulan berkumandang di radio; 'Akustatik'. Lagu ini cukup popular dan mengasyikkan. Tetapi bagi peminat-peminat setia OAG, mungkin lagu 'Nowwhy2' akan mereka anggap sebagai antara lagu yang terbaik yang pernah dicipta Radhi dari OAG.

Lagu 'Nowwhy2' agak keras iramanya, mengingatkan saya kepada rentak yang sering dibawa oleh kumpulan Smashing Pumpkins, terutamanya untuk album mereka; 'Mellon Collie And The Infinite Sadness'. Lirik lagu ini menampakkan kematangan dan yang lebih penting lagi, keikhlasan Radhi dalam membuat lagu. Saya suka lagu ini kerana susunan lagunya menarik.

Lagu kedua mereka, 'Konspirasi Bising International' juga sama. Tetapi lagu ini lebih bersifat ceria dalam melankolik liriknya. Seperti biasa, Radhi mempersembahkan lirik yang luar biasa yang tidak biasa kita dengar dari kumpulan-kumpulan muzik yang lain. Yang saya rasa bersifat puitis simbolik dekat kepada karya-karya Rimbaud.

Lagu kegemaran saya dalam ini adalah lagu ketiga dari album 'Satelit Ink' ini yang berjudul 'Venusia'. Aduh, lagu ini cukup istimewa kepada saya. Lagu ini mengasyikkan, lantas mampu membawa saya ke satu suasana indah dalam fikiran saya yang sudah lama tidak saya terokai. Lagu ini, dibuat dengan tradisi 'mellow' lagu-lagu 'The Beach Boys'. Lagu ini saya fikirkan sesuai untuk dibuat iklan. Lebih-lebih lagi untuk iklan-iklan seperti Celcom dan Astro yang kita lihat baru-baru ini. Untuk menikmati lagu ini, (seperti lagu-lagu lain dalam album ini) kita hanya perlu tutup mata dan membiarkan diri kita dibuai mimpi-mimpi di siang hari...

'Beautifool' adalah sebuah lagu Inggeris yang dibawa OAG dalam album dwi-bahasa ini. Lagu ini rancak, menarik dan bertenaga. 'Danish' dibuka dengan suana anak kecil yang menangis. Lagu ini juga mempunyai lirik yang dalam oleh Radhi. Sebuah lagu penuh bermakna dengan lirik yang ringkas di bawa dengan irama yang segar. Lagu 'Stereokumonomu' juga sebuah lagu yang senafas dengan 'Venusia'. Tetapi lagu ini lebih bersifat riang dan girang.

Lagu 'Angelik' adalah sebuah lagu rancak dengan irama gitar yang keras. Sekali lagi dalam lagu ini Radhi memakai ungkapan 'karisma', satu perkatan yang saya rasa menjadi kegemarannya. Lagu ini menonjolkan sama sekali tema utama album ini, mengenai angkasa lepas segala...

Saya tidak hairan jika lagu 'Akustatik' menjadi lagu kegemaran mereka yang mendengar lagu ini. Sememangnya lagu ini sedap didengar dengan lirik tentang perasaan rindu yang kita semua lalui tanpa perlu dibuat mendayu-dayu.

Lagu 'TV 60-an' pula adalah versi Bahasa Malaysia lagu Inggeris yang pernah dibawa mereka satu ketika dahulu. Track 10 dan 11 merupakan versi minus-one 'Nowwhy2' dan Venusia (track 11 hanya ada dalam versi CD).

Dalam album Satelit Ink, Radhi telah memberi peluang kepada anggota-anggota OAG yang lain seperti Alim dan Nazar untuk sama-sama berganding bahu membuat lirik untuk lagu-lagu dalam album mereka ini. Album ini telah diterbitkan oleh Paul Moss bersama Luke Mason dan Greg Henderson dari Synchrosound Studios.

Semua lagu-lagu yang ada dalam 'Satelit Ink' bagus. Sukar untuk saya mencari kelemahan yang ada, kerana album ini memang superb! Walaupun begitu, saya tidak berapa suka teknologi 'Copy Control' yang digunakan kerana komputer saya sering kali terpaksa di 'restart' apabila saya memainkan album ini terlalu lama...

Rating: 4/5


posted by Nizam  # 12:15 PM

Tuesday, October 07, 2003

Review of Michael Buble's self-titled debut album by Nick

Michael BubleI've always been partial to American music from the 40's and 50's. In my mind, selections from that time period always represented my ideal image of Americana culture. I discovered most of the music from this time period from old American movies that I used to watch as a child as well as some of the newer ones that they shown locally. Most often than not, a song would come through in the movie that would simply captivate me and start me on a journey to discover the artist and their other works. It was by this way that I learned about Ella Fitzgerald, Frank Sinatra, Dean Martin and Sarah Vaughn among others. Their timeless songs and tunes have been reinterpreted by many and the latest name to put their mark on this illustrious list is Michael Bublé (pronounced boo-blay).

I first found out about this 25 year old Vancouver native from his appearance on a local music variety show a few weeks back. The first thing that struck me about this young artist is how mature he sounds despite his young age. In the show, they showed a music video clip of his rendition of "Sway" that immediately impressed me with the vitality of his interpretation. As an artist, Bublé specialized in covering songs that my grandparents used to hear and unfortunately have been overlooked by my generation. The songs that he covers in his self-titled debut items are best loved standards that have been lovingly reinterpreted for a new generation of listeners to appreciate.

The 13 track album, running just under 49 minutes, starts off with a smoldering rendition of Peggy Lee's, Fever. His smooth vocals tease out the sensuality of the song with each note and he puts in just enough of an edge in the song that could easily heat up any situation. The slow burn transitions effortlessly into the next song, Van Morrison's "Moondance". Bublé's rendition of this song is backed by an instrumental arrangement that harkens back to the Big Band period that gives the song a very welcomed bounce and leaves the listener with an enjoyable finger-snapping tune.

George Michael's "Kissing a Fool" is given a slow piano lounge remake as the album's 3rd song. I have to say that I personally liked the original version better but I have to admit that Bublé did admirable work in his interpretation. His cover invokes the image of an intimate and smoky piano lounge show specially performed for us, his listeners. "For Once in My Life", which comes next, is an up tempo swing song that showcase Bublé at his best covering Ole Blue Eyes himself, the late Frank Sinatra. Bublé effortlessly channels the same energy and styling of the master with a hefty dollop of charm oozing with each line he sings.

I found that the inclusion of the Bee Gee's song "How Can You Mend a Broken Heart" a bit jarring compared to the rest of the album. I guess this is because I didn't get the same old time vibe from this song compared to the rest. On its own, this song is a soulful ballad of yearning perfectly presented by this young artist but as part of this album, it sounds tonally out of place. Fortunately we get back on track with the next song, "Summer Wind" which is another timeless swing song. I'm not sure if this song was originally sung by any of the Rat Pack but I definitely am reminded of them at the height of their success while listening to this song.

I was slightly confused by the next song, "You'll Never Find Another Love Like Mine" since it sounded so much like "Now It Can Be Told" by Ella Fitzgerald. I wasn't sure if this is an original song or a cover of an earlier song that sampled Ella's song. Although an enjoyable torch song to listen to, the confusion the similarities caused somewhat bugged me in this track. The choice of redoing Queen's "Crazy Little Thing Called Love" into an up tempo Graceland-Presley vibe is an interesting choice. It does imbue a level of swinging energy boost that fits well with the theme of the album although some Queen purists seem to hate Bublé's version with a vengeance.

The song that follows can only be described as the best swoon-worthy rendition of Leif Garret's (or Paul Anka's depending on who you ask), "Put Your Head on My Shoulder". This timeless standard was given the royal treatment that easily stirs the heart and awakens the romantic inside no matter how jaded the audience it. It would easily point to this song as the showpiece of the whole album followed very closely by the next song, "Sway". This perennial swing standard is given a Latin boost by the percussions and smoothly styling that reminded me of a young Dean Martin. The rhythm and beat easily invokes the sensuality of the song that is hard to resist.

I wished that I like Bublé's version of "The Way You Look Tonight" that follows but I have to say, although it was an accomplished attempt on his part, I just happen to like the Tony Bennet version better. I guess that I feel that this song is best sung at a slower tempo than the one Bublé covered to better appreciate the mood of longing this song carries with it in its beautiful lyrics. I have the movie "My Best Friend's Wedding" to blame for this preference. I will never be able to listen to this song without thinking about Julia Robert's character in that movie and how she was pining away for her best friend.

The quintessential Frank Sinatra song, "Come Fly With Me" is given yet another royal treatment by Bublé which further emphasis the fact that he can do Frank better than anybody else in the business today. Bublé effortlessly imbues the song with the right amount of charm and mischief that the listener is left soaring with each foot taping, finger snapping note. As an encore presentation, we are presented with a wonderful slow burn torch song "That's All" that easily invokes the beauty and glamour of the Big Band era of 40's Americana. This song is a perfect bookend to a wonderful album that encapsulates 50 years of swing and timeless standard in a package that spans a mere 49 minutes.

Filling in the void left behind by Harry Connick Jr., Michael Bublé effortlessly steps up to the plate with his good looks and smoldering vocals. In an age of hip hop and nu metal, artiste such as Norah Jones, Josh Gorban and now Michael Bublé are a welcomed addition to the music scene. In their own way, they are showing successfully that not all that are old are to be forgotten and sometimes old can be new with the right touch. As for Bublé, I seriously think that his natural style and flair for this genre of music is refreshing and this debut album is much superior that Robbie William's effort released some time back. Although there are many who calls this young artist as the next Frank Sinatra but I definitely think that he has the goods to step out of that distinguished label and step out very soon as himself, Michael Bublé, the crooner for this generation.

Rating: 4/5 stars


posted by Nizam  # 8:38 AM

Monday, October 06, 2003

Eliana, Eliana oleh Oca

Judul Filem : Eliana Eliana
Sutradara : Riri Reza
Lakonlayar Oleh : Riri Reza & Prima Rusdi
Genre : Drama
Durasi Filem : 1 jam 45 minit
Negara : Indonesia
Bahasa : Bahasa Indonesia
Barisan Pelakon : Rachel Maryam Sayidina, Jajang C. Noer, Henidar Amroe, Marcella Zalianty, Arswendi Nasution...


Menonton kisah-kisah realiti kehidupan manusia yang dipersembahkan dengan jujur biasanya memberi impak yang cukup memuaskan. Ketika bermulanya Festival Filem Temasya di GSC Mid Valley, aku agak tertarik dengar satu-satunya filem Indonesia yang ditayangkan menerusi slot tersebut. Eliana ELiana judulnya. Nama yang tidak pernah aku dengar sebelum ini, tapi melihatkan ia telah menyertai beberapa festival filem antarabangsa dan berjaya menggondol 2 anugerah dari Festival Filem Antarabangsa Singapura 2002 dan satu anugerah di Festival Filem Vancouver, Kanada, pastinya ia bukan sebuah filem yang biasa. Setelah berjaya 'catch' tayangannya yang terakhir malam tadi, aku cukup berpuas hati dengan filem ini biarpun terlewat hampir 20 minit. Sesekali terasa seperti menonton filem Iran, Memadangkan gaya penceritaannya mengambil pendekatan separa dokumentari. Kalau ada perkara yang kurang memuaskan pun, mungkin dari segi teknikal sahaja memandangkan kualiti visual filem ini adalah hasil penggunaan teknologi kamera digital. Mujur juga layar besar di GSC Mid Valley membuatkan ia agak selesa ditonton...

Eliana, Eliana bercerita tentang kisah satu malam yang penuh dramatik diantara Eliana (Rachel Maryam) dan Ibunya (Jajang C. Noer). Tiga tahun sebelum itu, Eliana melarikan diri dari rumahnya di daerah Padang untuk tinggal di Jakarta. Suatu hari dia kehilangan pekerjaan dan menerima amaran daripada pemilik rumah sewanya, tanpa disangka olehnya, si Ibu muncul secara tiba-tiba dengan membawa dua buah tiket pesawat pertama untuk mengajak Eliana pulang ke Padang...namun, demi membuktikan pendiriannya Eliana mengajak si ibu menaiki teksi, menjelajah segenap pelusuk kota Jakarta untuk mencari teman serumahnya, Heni (Henidar Amroe). Perjalanan satu malam ini telah mer ungkap banyak perkara mengenai hubungan si ibu dan anak tunggalnya itu, hubungan mereka dimasa lalu, sekarang dan kemana hala tuju hubungan mereka di masa akan datang.

Aku pernah menonton filem artistic Indonesia yang berjudul Bulan Tertusuk Ilalang karya Garin Nugroho dan berpendapat filem itu boring giler walaupun ia turut menyertai banyak festival filem antarabangsa. Berbeza dengan Eliana Eliana, filem ini aku rasakan lebih "enjoy" walaupun masih mengutarakan persoalan berat. Umumnya filem ini menunjukkan situasi hubungan antara ibu tunggal dengan anak perempuan tunggalnya, namun dalam kembara mereka berdua sepanjang malam itu kita turut didekatkan dengan suasana, gelagat, politik dan kehidupan sosial masyarakat Jakarta... Misalnya dalam satu adengan perbualan antara Eliana dengan pemandu teksi yang membawa mereka, penonton cuba dibawa menyoroti serba-sedikit tentang hubungan antara lelaki dan wanita, institusi perkahwinan dan institu si keluarga dalam masyarakat Indonesia moden. Selain daripada itu secara tidak langsung, filem ini turut memuatkan pertentangan nilai antara generasi tua dan muda walaupun sutradaranya Riri Reza pernah mengatakan "Filem ini lebih menjadi sebuah statement tentang keringkihan manusia" Katanya lagi: "Dan saya tidak pernah berpikir bahwa film ini akan menjadi statement tentang persoalan perempuan, atau persoalan tentang generasi tua dengan generasi muda. Karena bagi saya film ini bercerita tentang manusia biasa, yang diceritakan dengan cara yang tidak biasa."

Jangan sangka filem ini merupakan Maria Mariana versi Indonesia pula. Sebaliknya Eliana Eliana merupakan sebuah naskah yang jujur mempersoalkan sistem sosial dan budaya yang menjadi amalan masyarakat Indonesia hari ini...mungkin atas sebab-sebab itulah ia menjadi cukup "bernilai" untuk dibawa ke peringkat antarabangsa. Syabas kepada pengurusan GSC kerana telah memberi peluang kepada penonton di Malaysia untuk menghayati sebuah lagi produk filem yang bermutu....

Director's comment

Dengan hanya bersandarkan kos yang rendah, menggunakan satu kamera digital dan tempoh masa penggambaran selama 14 hari, sutradara Riri Reza tetap berjaya membawa filem Eliana ELiana ke arena antarabangsa...."Bagi saya, ini film yang paling menantang secara komunikatif. Dalam film ini saya mencoba untuk lebih mempercayai insting-insting kreatif saya sendiri, untuk bergerak menurut intuisi saya sendiri sebagai penulis, kreator, dan sutradara....dalam memproduksi film ini, pilihan format digital, dan skema produksi berbiaya rendah seolah terus melakukan diskusi yang akan melahirkan film dengan kualitas artistik tertentu. film ini memberi saya ruang pencarian hampir tanpa batas, mulai saat mengembangkan skenario hingga penyelesaian editing." kata Riri Riza< /I> tentang Eliana, Eliana....

"Setiap filmmakers harus punya ruang untuk berekspresi sesuai dengan kegelisahan dia. Kegelisahan-kegelisahan yang timbul setelah dia melihat perkembangan hidup dan dunia di sekitarnya. Eliana timbul dari kegelisahan itu...Eliana dan Bunda(ibu) adalah dua individu dari dua generasi yang mempresentasikan kompleksitas manusia Indonesia hari ini. mereka adalah bagian masyarakat yang sudah terbiasa hidup dalam krisis dan keringkihannya masing-masing. manusia yang penuh dinamika dan akan membawa kita ke dalam ruang-ruang urban sinematik masa kini." ujarnya lagi.

Selain daripada ELiana Eliana, sutradara Riri Reza pernah mengarah sebuah filem yang berjudul Pertualangan Sherina sebelum itu....Riri juga pernah terlibat sebagai produser untuk filem blockbuster Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta...


Award & Nonimation :

* 2002 Singapore International Film Festival
Won - FIPRESCI Award & Yong Cinema Award
Nonimated - Silver Screen Award for Best Asean Feature Film
* 2002 Vancouver International Film Festival
Won - Dragons and Tigers Award - Special Citation

posted by Nizam  # 9:43 AM
Eliana, Eliana oleh Sofea

Dari launching album OAG,aku terus mencari taksi mau ke GSC Mid Valley, Bimbang macep di jalanan,gue terus meninggalkan makan-makan di Bintang Shack. Nyata perut yang kosong ngak bisa mengalih minat gue terhadap Eliana.

Semalam nonton Eliana, Eliana terbitan Miles Production. Dalam film ini, Riri Riza tidak hanya berperan sebagai sutradara, tapi juga sebagai penulis cerita, penulis skenario (bersama Prima Rusdi), dan produser. Waduh… Cerita ini bagus bangat. Walau tak seindah perjalanan cinta sang Rangga & Cinta dan menolak terus unsur cinta Uda dan Dara, karya Eliana ini bagus (pendapat gue). Perjalanan cerita simple mungkin tapi persoalannya tetap berat. Maha Berat.

Eliana, sorang cewek yang prinsipil, keras dan penuh rasa! Mahu tonjol apa yang ada dalam dirinya walau tiada sapa yang nampak existnya. Eliana, walau benci tahap gunung terhadap ibu yang mahu mengahwinkannya dan tidak membenarkan belajar ("Kamu itu hanya bagus dalam Inggeris dan Ilmu Bumi", kata Bunda) namun rasa hormat terhadap bunda jua tinggi. "Bentar bunda"... Itu ungkapan yang kerap dibicarakan. Bunda... Perkataan Bunda itu sendiri menyatakan rasa respek buat ibu yang sayang amat terhadap anaknya. Eliana punya rasa cinta yang berat terhadap persahabatan walau ianya membunuh diri sendiri. Rachel Maryam Sayidina… Memeran watak Eliana, nyata berjaya. Feature muka yang lebih kemas dan cantik walau tak secomel Dian tetap menarik perhatian. Bagi aku Rachel ni cewek yang cantik dan indah.

Penghayatan bagus…Berjaya kamu jadi Eliana!

Bunda… Jajang C. Noer bermain kuat sekali sebagai Bunda. Jajang seperti memerankan dirinya sendiri. Bahkan tattoo Jajang di punggung telapak tangan kanannya juga muncul di Eliana, Eliana. Cerewet tapi tabah dan sabar!

Nyatanya, perjalanan cerita satu malam, @ "satu baju" bagi aku ini sangat menarik. Walau yang nonton cuma beberapa kerat, aku bangga punya teman yang sama minat dan rasa. Yang memenuhi panggung (walau tak penuh) nyata orang-orang berhaluan kiri (Ujar Remin), aneh tapi tampan-tampan heheh…

Perjalanan satu malam ini mengungkapkan banyak hal tentang ibu dan anak tunggalnya, masa lalu mereka, hubungan di antara mereka saat ini, dan seperti apakah mereka nanti di masa datang. Walau pernah punya dendam, aku a.k.a penulis tak akan dan tak mampu buat ibu begitu. Sayang terhadap ibu punya kuasa yang Maha ajaib di dunia. Ada adegan-adegan yang bisa buat aku insaf dan menangis... Waduh, kasih ibu.

"Melawan nature produksi film, sesekali saya ingin mencari ruang eksplorasi yang total dan lebih individualistis," ucap Riri Riza. "Eliana, Eliana bagi saya adalah itu. Film ini adalah bagian dari sebuah manifesto pembebasan sinema dari 13 pembuat film muda Indonesia yang kami sebut I Sinema - Eliana adalah ruang kerja dimana saya mencoba percaya sepenuhnya pada intuisi kreatif saya, dan melepaskan diri dari risiko komersial yang terlalu besar." Katanya lagi.

Riri bagi aku masih mahu menonjolkan karya agungnya dengan persoalan cinta (walau bukan kekasih), persahabatan, rebel dan nilai kekeluargaan. Karya asli, bukan plagiat (bukan nyuntik punya orang ya, Mil!) Bagus… Dalam… Punya rasa. Nyatanya aku... Aku suka bangat..

Makasih buat Nin & Remin, (si pemberi informasi. Jagoan kamu berdua!) dan abg Cik yang meneman...

Rating: 4/5
posted by Nizam  # 8:59 AM

Thursday, October 02, 2003

Reviu Konsert Gigi oleh Fairul Nizam Ablah

Gigi
Foto-foto Gigi oleh Irfan

Saya tidak pernah menonton konsert besar sepanjang umur saya walaupun saya amat gemar menonton persembahan live band. Sekali-sekala, saya akan menonton mini konsert atau persembahan live band di Planet Hollywood atau Hard Rock Cafe (itu pun amat jarang). Hinggalah pada 26 September lalu, apabila saya berpeluang menonton konsert Gigi yang bertempat di dewan PGRM, Cheras.

Saya bukanlah peminat fanatik Gigi cuma saya akui saya amat senang dengan lagu-lagu dari Indonesia, samada solo atau berkumpulan. Gigi pula bukanlah nama yang asing bagi saya, kerana pernah menonton persembahannya di malam Anugerah Industri Muzik beberapa tahun dulu dan menonton klip videonya di saluran Astro.

Saya tiba awal pada malam itu bersama rakan dan kelihatan peminat-peminat Gigi sudah mula memasuki ruang dewan. Setelah mengambil tempat (saya duduk dan tidak berdiri di hadapan pentas), saya dapat lihat ruang dewan yang kosong mula dipenuhi penonton sedikit demi sedikit.

Konsert bermula agak lewat (satu senario yang klise saya kira) dengan opening act dari Radhi dan OAG. Persembahan OAG sekadar pemanas badan buat kami yang tak sabar menunggu penampilan Gigi. OAG mempersembahkan 5 buah lagu dan saya amat tertarik dengan lagu Nowhy2. Saya kira OAG mempunyai masa depan yang cerah jika mereka menggilap lagi mutu persembahan mereka. Selesai persembahan mereka, Gigi mengambil tempat untuk memanaskan lagi suasana yang sememangnya makin panas. Secara keseluruhan, ternyata Gigi rock! Vokal Armand nyata hebat ditambah petikan gitar Thomas dan Budjana serta ketukan dram dari Buddhy.

GigiSaya hanya tahu beberapa lagu sahaja yang mereka nyanyikan tetapi, bagi saya itu tak penting kerana saya mahu mendengar muzik live! (saya rasa mahu saja turun ke bahagian depan pentas) Ketika mereka berhenti rehat, kami tidak dibiarkan termangu malah dihiburkan dengan persembahan solo dari setiap ahli kumpulan. Bermula dengan Budhy yang mempersembahkan skil mengetuk dram secara solo diikuti petikan bass Thomas (skil slap dan feel yang hebat darinya) dan lead dari Budjana, saya ternganga melihat kehebatan dan keserasian mereka.

Armand ternyata bijak berkomunikasi dengan penonton malah sempat memberikan mesej kedamaian untuk Indonesia, Malaysia dan dunia ketika menyanyikan lagu Rindukan Damai. Begitu juga dengan ahli Gigi yang lain malahan, saya tergelak lucu apabila Buddhy cuba meniru iklan 'angkat kain di jemuran' dengan lenggok Bahasa Melayu Malaysia. Tapi, saya kira yang membuatkan peminat-peminat wanita Gigi tak tidur malam ialah bila Armand memperlihatkan bahagian dadanya (walaupun separuh!).

Jika bergantung pada persembahan yang baik saja, tentu tak memastikan yang konsert itu berjaya. Walaupun dengan set pentas yang sederhana, namun sistem bunyinya bagus bangat! Jantung saya bergetar tiap kali muzik dimainkan. Sistem cahaya pula berjaya ditangani dengan baik sekali. Dua jam bagaikan tak cukup menonton persembahan mereka dan apabila Gigi menutup persembahan mereka dengan lagu Andai (lagu kegemaran saya), saya nyata mengharap agar mereka keluar lagi membuat persembahan tambahan (menurut rakan saya Sofea, Gigi sebenarnya mau menyampaikan 2 lagu lagi untuk penutup, tapi dibantutkan oleh para peminat yang balik awal! Grrr!).

Gigi ternyata hebat (setaraf dengan namanya) dan saya pasti akan menonton konsert mereka lagi Andai mereka turun lagi ke Malaysia kerana saya Terbang bersama muzik Gigi pada malam itu!

*terima kasih pada Sofea atas info untuk menulis artikel ini.
posted by Nizam  # 1:25 PM