Sebelum pergi menonton filem terbaru Peter Weir, 'Master and Commander: The Far Side of the World', saya sudah boleh mengagak bahawa filem ini adalah sebuah filem yang baik. Mungkin saya rasa begini kerana Weir merupakan di antara sutradara yang saya segani (filem 'Dead Poets Society' arahannya adalah filem yang telah 'mendidik' saya agar mengejar impian saya untuk menjadi seorang penulis). Setelah saya selesai menonton filem terbarunya yang panjangnya 2 jam 19 minit ini, saya terus memberitahu diri saya bahawa ini merupakan filem terbaik Weir, malah 'Master and Commander' merupakan filem terbaik yang telah saya tonton tahun ini.
'Master and Commander: The Far Side of the World,' adalah sebuah filem tentang pelayaran sebuah kapal perang kepunyaan England yang sedang dikejar oleh sebuah kapal 'privateer' dari Perancis tatkala perang Napoleon sedang meletus di Eropah di antara kedua-dua buah negara tersebut.
Kapten Jack Aubrey (Russell Crowe) adalah kapten kapal HMS Surprise, seorang ketua yang berkarisma, dihormati oleh anak-anak kapalnya dan di dalam masa yang sama, seorang strategis perang yang hebat. Kepada peminat Star Trek, The New Generation pasti akan membandingkan Kapten Picard dengan Kapten Aubrey. Mereka berdua tegas, tetapi dalam masa yang sama, masih mempunyai ruang untuk mengambil pendapat pegawai-pegawai yang terdekat dengannya dan menggunakan taktik yang luar biasa untuk memastikan kemenangan di tangan mereka.
Kapten Audbrey mempunyai hubungan yang paling rapat dengan Maturin, yang bertugas sebagai doktor. Watak Maturin dilakonkan oleh Paul Bettany, yang sebelum ini pernah digandingkan dengan Russel Crowe dalam filem 'A Beautiful Mind'. Watak Maturin adalah satu watak kegemaran saya dalam filem ini. Beliau adalah satu watak yang serupa seperti Charles Darwin; seorang ahli sains yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang biologi dan kita dapat melihat bahawa beliau berada di dalam kapal perang HMS Surprise agar beliau dapat menjajah ke pelosok dunia yang jarang dijelajah oleh manusia yang sezaman dengannya. Melalui Maturin, kita dapat melihat watak Kapten Aubrey yang lebih dinamik dengan minatnya kepada muzik 'chamber' (Aubrey bermain violin, dan Maturin pula bermain cello).
Filem ini telah diadaptasi oleh siri novel oleh Patrick O'Brian, seorang penulis sejarah perang laut yang terkenal. Di dalam novel yang asal, diceritakan tentang Kapten Aubrey mengejar sebuah kapal dari Amerika pada tahun 1812. Tetapi Weir mengambil keputusan untuk menukar seteru Kapten Aubrey kepada 'privateer' Perancis (Mengapa, ya? Ada kena mengena dengan isu kontemporari di antara sekutu UK/US dengan Perancis?). Walau apa-apa pun, adaptasi Weir dan John Collee, mereka berjaya membawa cerita yang direka oleh O'Brian ke layar perak dengan baik sekali.
Apa yang menarik tentang filem ini adalah hampir keseluruhan dari adegan yang kita saksikan berlaku di dalam lingkungan kapal HMS Surprise yang dikejar (dan kemudian mengejar) kapal 'privateer' Perancis, 'Acheron'. Walau bagaimanapun, arahan Weir yang teliti langsung tidak membuatkan penonton rasa terkongkong (baca: 'claustrophobic'). Yang menarik lagi, sebagai penonton, kita akan berkali-kali tertanya-tanya bagaimana Weir mengarahkan adegan-adegan penuh aksi dalam filemnya ini, di mana pergerakan kamera nampak begitu dinamik untuk menaikkan lagi rasa teruja di kalangan penonton. Perhatikan adegan HMS Surprise melawan ombak di Cape Horn. Adegan ini bagi saya, antara yang terbaik yang difilemkan untuk genre filem ini, malah lebih baik dari 'The Perfect Storm'.
Mungkin akan ada sebilangan penonton yang tidak berpuas hati kerana para petualang dalam filem ini tidak diperlihatkan sehingga ke bahagian akhir filem. Tetapi bagi saya, teknik ini sesuai untuk digunakan dalam filem ini, lebih-lebih lagi dengan adanya 'twist' pada bahagian akhir filem. Dan mungkin juga, Weir ingin kita merasakan apa yang dirasakan oleh anak-anak kapal HMS Surprise yang langsung tidak dapat melihat kapal Perancis, 'Acheron' yang telah menyerang mereka di kawasan laut berdekatan dengan Brazil.
Dalam filem ini kita akan dapat melihat stratifikasi masyarakat Inggeris pada abad ke-19, di mana mereka yang berkedudukan tinggi perlu dihormati dan disegani. Lord Blakeney, (Max Pirkis) walaupun masih berusia 12 tahun, telah diberi satu kedudukan di mana dia memimpin anak-anak kapal HMS Surprise. Dalam satu adegan lain, anak kapal yang tidak menghormati seorang pegawai bernama Hollom, (Lee Ingleby) dihukum pasung dan sebat.
Filem ini bukan sahaja penuh dengan aksi perang laut. Sebagai sebuah filem yang diadaptasi, unsur-unsur kemanusiaan diselitkan dengan baik. Pengarah kelahiran Australia, Weir sememangnya ahli dalam hal ini. Beliau sememangnya dalam membuat pelakon-pelakonnya membawa watak-watak yang diambil mereka dengan baik. Lakonan Crowe sebagai contoh, memang tidak boleh dinafikan lagi kecemerlangannya, tetapi Weir terus membuat watak Kapten Aubrey satu watak yang pastinya akan dihormati dan disanjung penonton.
Filem ini adalah sebuah filem yang cantik. Sinematografinya (Russell Boyd) cantik walaupun keadaan kapal yang kecil menyukarkan eksplorasi estetika visual (kecuali dalam adegan di kepulauan Galapagos). Skor muzik dalam filem ini juga baik dan penyerapan lagu-lagu klasikal memantapkan lagi filem ini. Filem ini telah dibuat dengan kajian dan ketelitian yang tinggi. Perhatikan di mana inilah di antara beberapa buah filem yang hampir kesemua pelakon-pelakonnya adalah lelaki. Jika projek ini diberikan kepada pengarah lain, mungkin filem ini akan ditokok tambah dengan watak wanita dengan unsur-unsur romantis yang pastinya akan merosakkan jalan cerita.
Saya memang suka kepada filem ini. Saya rasa, filem ini mempunyai peluang yang amat cerah untuk memenangi beberapa hadiah penting dalam anugerah Academy pada tahun hadapan, termasuklah untuk anugerah Filem Terbaik.
Seorang rakan pembaca yang berasal dari Indonesia telah menghantar VCD 'Tjoet Nja' Dhien' (disebut Cut Nya Dhien) Kepada saya. Sebelum ini, sememangnya saya mahu menonton filem ini yang pernah memenangi anugerah Filem Terbaik Festival Filem Indonesia 1988 (pemenang 8 Piala Citra; Sutradara, Skenario, Pemeran Utama Wanita, Cerita, Musik, Fotografi, Artistik dan 1 Piala Khusus). Pada tahun 1989, filem yang diarahkan oleh Eros Djarot (adik kepada sutradara Slamet Rahardjo) ini disertakan dalam Section parallèle di Festival Filem Cannes (filem Indonesia pertama yang di bawa ke Cannes).
Sutradara Eros Djarot yang berpendidikan di Jerman ini, (dan kemudiannya belajar untuk membikin filem di London) bagi saya adalah seorang sutradara yang berbakat besar. Tatkala menonton filem ini, kita boleh merasakan bahawa Eros seboleh-bolehnya mahu mempersembahkan sebuah karya yang ikhlas. Lagipun, bukan senang rasanya untuk membikin sebuah filem sejarah tentang seorang pejuang revolusioner wanita yang bernama Tjoet Nja' Dhien (disebut Cut Nya Dhien) tanpa dituduh melakukan percubaan histrionik dalam arahannya. Apabila di teliti filem ini, kita akan mendapati, terdapat unsur-unsur 'emotional detachment' dalam watak Tjoet Nja' Dhien yang telah dilakonkan oleh Christine Hakim (juga dalam watak Teuku Umar lakonan Slamet Rahardjo). Eros tidak mahu menganggungkan watak Tjoet Nja' Dhien sehingga beliau nampak terlalu 'perfect' (kesilapan ini sering dilakukan oleh mereka yang mahu membuat filem-filem patriotik - semak semula filem Leftenan Adnan oleh Aziz M. Osman, yang telah membuat watak Leftenen Adnan satu watak yang begitu superfisial sekali). Watak Tjoet Nja' Dhien dapat dilihat segala kekuatan dan kelemahannya yang ada, maka wataknya itu dimanusiakan. Dan sebagai manusia biasa yang mungkin terjebak dalam satu landasan peristiwa dan sejarah, (yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja) watak Tjoet Nja' Dhien dapat difahami penonton dengan lebih dekat lagi.
Tjoet Nja' Dhien menceritakan tentang perjuangan masyarakat Aceh yang telah memberontak ke atas penjajahan Belanda. Pemberontakan ini pada mulanya telah diketuai oleh Tueku Omar. Walau bagaimanapun, dari maklumat yang diberikan oleh seorang tali barut Belanja, beliau akhirnya mati dibunuh dan perjuangannya diteruskan oleh isterinya, Tjoet Nja' Dhien. Dalam filem ini, kita dapat melihat bagaimana Tjoet Nja' Dhien menjadi panglima perang Aceh untuk melawan Belanda. Tetapi perjuangannya bukan satu perjuangan yang senang. Srikandi Aceh ini terpaksa menghadapi pengkhianatan dari pihaknya sendiri dan beliau sendiri akhirnya menjadi uzur dan buta.
Filem ini sepatutnya ditayangkan pada Hari Raya Aidiladha di NTV7 pada tahun 2001, tetapi telah dibatalkan penayangannya. Menurut Zakiah Koya, wartawan malaysiakini.com: "Mungkin kah mesej filem ini terlalu 'terang' dan mempunyai persamaan yang begitu ketara dengan pergolakan politik tanah air? Apakah mungkin penonton Malaysia dapat melihat beberapa persamaan dengan seorang suri rumah Malaysia yang terpaksa terjun ke medan politik kerana suaminya?"
Sememangnya, sebelum menjadi seorang pejuang melawan penjajah, Tjoet Nja' Dhien adalah seorang suri rumah biasa. Beliau mengambil tempat suaminya kerana dirasakan itulah yang patut dilakukannya dan beliau juga mahu menegakkan keadilan. Jika kita perhatikan, ramai pemimpin-pemimpin wanita akan ada mentor lelaki (bapa ataupun suami) di belakang mereka yang mengalami nasib seperti suami Tjoet Nja' Dhien. Ambil sahaja contoh Corazon Aquino, Benazir Bhutto, Megawati Sukarnoputri dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Filem Tjoet Nja' Dhien ini sendiri, agak perlahan pergerakannya. Mungkin filem ini akan membosankan sesetengah penonton. Tetapi jika kita bersabar, kita akan dapat memahami mengapa filem ini dijulang.
Watak-watak yang ada dalam filem ini tidak pipih. Watak-watak penjajah Belanda tidak kesemuanya jahat, begitu juga orang-orang Aceh sendiri; tidak semua diperlihatkan baik semata-mata. Yang menarik di antara watak-watak sampingan yang ada adalah watak 'penyair'. Di sini, saya dapat melihat simbolik bagaimana pentingnya fungsi penyair (baca: seni dan seniman) dalam budaya Indonesia. Seni dapat mencetuskan revolusi. Justeru, Indonesia sehingga kini, para revolusionernya terdiri daripada penyair-penyair seperti Rendra dan Emha.
Para pelakon yang menjayakan filem ini juga telah berlakon dengan cemerlang. Sinematografinya, walaupun tidak seindah filem-filem Garin Nugroho tetap nampak menarik. Muzik dalam filem ini juga telah disusun dengan begitu menarik untuk menghidupkan lagi naratif visual yang dipaparkan.
Rating: 4/5
(Terima kasih ingin saya ucapkan kepada Jordan kerana telah menghantarkan filem ini kepada saya untuk ditonton - NZ)
Thora Birch is pretty, talented, and have a bright future ahead of her, period!
From a Quaker Oat girl, her portrayal of Jane Durham, a depressed, low self-esteem, and a contempt daughter in American Beauty; was so memorable in depicting the struggle of an angst sub-urban American girl who thinks that she is ugly in this Academy Award best film of 2001, that made me think Mena Suvari was nowhere compared to her.
In the 2003 Peter Levin’s [lifetimetv production] inspiring movie Homeless to Harvard, her true account portrayal of Liz Murray landed her the Lead Actress in a Miniseries or Movie Emmy Awards nomination.
In Homeless (recently shown here on Hallmark, Sunday November, 16), she was a struggling daughter of an openly drug addict and alcoholic parents in the backdrop of South Bronx New York. Her mom developed AIDS when she was 10, and as the family ties drifted apart, she became homeless. As she turned 15, she spent most of her time in the streets and hanging out at her friends’ place for occasional laundry and washing her hair.
As if life couldn’t reach anymore bottom, her mom died eventually. This turnaround event led her to put herself together by starting with a summer job. With dad’s inspiration for her education, she was enrolled in a Manhattan high school.
After two years of studying on staircases, working part time washing dishes in restaurant to earn money so that she won't have to go on food stamp, commuting the NYC subways, and living in the street, she managed to cram her four years of high school and graduated on top of her class!
Her intelligence was noticed by one of her teacher, Perry Weiner, who urged her to apply for the New York Times scholarship that would pay her Harvard education. And she won it! The movie ended here.
I learn from few follow-up readings of Liz Murray’s stories on the Net that she had left Harvard in order to be close to her HIV-positive father, whom she highly regards as her hero. She is now studying film in Columbia University and according to Elizabeth LeSure of Associated Press Writer,
“She has been taking care of her father, working on a memoir and giving motivational speeches, and plans to continue her college education with film courses over the summer.” Her memoir is due to be published next spring by Hyperion (Linda Lombroso, The Journal News).
I'd recommend this movie to anyone who wishes to inspire his or her students or children on life hardship and struggle to success.
And as far as Thora Birch is concerned, I can't wait for her big leading role in a movie. Given few more years, I can see this 21-years old girl becoming the next Nicole Kidman. And I am talking about Nicole Kidman in The Hours!
Wonder whether she's been on the Vanity Fair's 'IT' girls' list? [Picture: LifetimeTV.com]
Campy Lips, Thorny Issues The making of a Malaysian indie movie-maker By Amir Muhammad (NewMan magazine, Nov 2003) | (The following article is reproduced by very kind permission of the writer, Amir Muhammad)
I have often (OK, twice) been asked what inspired me to become an independent movie-maker. I would usually waffle and say something about how movies have always "inspired" me, or how the two summers I spent at New York University's film school "changed my life", or how I believed in the "democratisation of the image" (whatever that meant). All of which would be true ... up to a point.
But the actual story, one I have never recounted before, was this: It was good old-fashioned dengki (envy).
Dengki is not a very positive trait. It is corrosive and insidious and has ruined many a Malaysian life, reputation and bank balance. But as a short-term strategy, it can work wonders. And this is how it started:
Sometime in December 1999, I found myself deep in the bowels of Angkasapuri, about to go live on a RTM morning show. It was not even 6 am, a time when only hookers and TV guests are sitting around in make-up, waiting to perform.
Me and my friend Chee Sek Thim were about to promote these two plays we were about to stage, "The Malaysian Decameron" and "Ang Tau Mui" respectively. They were our first plays as directors. We were supposed to be given 15 minutes to talk about these sensitive theatrical explorations of the Malaysian psyche, and how the incessantly TV-watching public would be so much better-off it they would part with their money to watch these plays instead.
But when we got to RTM, we were surprised to find that we were to share this theatre slot with another production. And – get this – that other theatre production, whose name I shall not mention (but which, for the sake of argument, we can call "A Flight Delayed") dominated the segment! They seemed to be on air for half a million years (OK, closer to 25 minutes) while Sek Thim and I had to do our combined pitches in only 5 minutes. Worse, the TV host was this egregious bloke with a phony American accent. I hate egregious blokes with phoney American accents. And I hated being short-changed for air-time.
I stewed in resentment for days. How could "A Flight Delayed" get more publicity than "The Malaysian Decameron"? Did the former have "p---mak" as its first line of dialogue, or stylistic references to "Reservoir Dogs"? No, but my play did, damnit.
I concluded, all by myself, that "A Flight Delayed" won out because it had a Eurasian director, and I was just another victim of insidious post-colonial class politics. This Eurasian director (who, for the sake of argument, we can call Zahim) is someone I hardly even knew, and he certainly had given me no cause to feel any personal animosity. But I did not let facts stand in the way. I wanted revenge. I wanted to do something those other buggers had never done.
And that, quite simply, is how I decided to make a movie. A movie is, after all, something that is permanent, that can travel around the world. A play will only ever be seen by a select (elitist!) group and then be consigned to memory. Plus, plays were just too damn difficult. All that working with actors, who would often ask so many inconvenient questions. Who needed the hassle? There is a story about the young Katharine Hepburn's exasperated outburst after quitting an intense drama workshop: "I don't want to be an actress! I just want to be a movie star!" I felt pretty much the same way although, not being as pretty as Kate, I had to be content with behind-the-scenes work.
Some background: My column in The New Straits Times had just been terminated due to political content in the run-up to the general election. So I desparately needed something else to do. I didn't want to be an "ex-columnist" forever. And I wasn't cut out to be a theatre director either. This is where the magic of the movies came in!
I called up my friend Dhojee and asked him to be producer. Dhojee had never produced a movie but, among my friends, he seemed the one most likely to blossom into a sleazy businessman, and so was the best candidate for the job, since any self-respecting producer needs to appear like a sleazy businessman. He agreed to do it.
I thought of a title, "Lips to Lips" which seemed fun enough. I wrote the script in two weeks. We set the plan in motion in January and a scant six months later, "Lips to Lips" screened in KL in the (now flood-destroyed) Actors Studio Box. Never underestimate the momentum that can be provided by dengki.
Crucial to the making of the movie were two other friends, Zalee, a film graduate with more technical know-how even then that I will ever have, and multi-mediator Vernon Adrian Emuang, who helped raise the dough. I was also humbled to get such great help from full-fledged professionals such as Saidah Rastam and Yee I-Lann, and the sponsorship of AddAudio.
Oh, the references in "Lips to Lips" were many, from "Pulp Fiction" to "12 Storeys". It is a debut movie made by a film geek rather than a film-maker. It has a certain charm (if I do say so myself). The lead performers were James Lee and Anitha Abdul Hamid. I chose them because they were such talented, attractive, easy-to-work-with individuals who possessed the crucial attribute of being LESS FAMOUS THAN ME. The importance of this cannot be overstated. After all, if I had chosen Ning Baizura (not that she auditioned for it), it would forever be known as "that Ning Baizura movie." Not a good way for an indie auteur to launch his career. So I make sure to give the actors who are MORE FAMOUS THAN ME merely small roles.
The movie screened in festivals such as Hong Kong, Los Angeles, and Deauville. Granted, these are not exactly Cannes. But let's face it: the movie was not exactly "Kaki Bakar." The first festival we played at was Hawaii, which also premiered "Spinning Gasing" in the same year. It was a big boost to the underdog that our RM70,000 movie could share the same platform as a RM2.5 million undertaking. To many of the festivals, our main calling-card was that we were "Malaysia's first digital-video feature" and that we had stuff in there, such as same-sex groping and deadly papadams, they never would have expected to come from a conservative country such as ours.
Before it screened at the Singapore International Film Festival, I called up its Festival Director Philip Cheah to ask what he thought of it. His precise words were: "It's … erm … uh … very camp, isn't it?" I had never thought of the word before -- "camp" I mean, rather than "erm" or "uh." Seeing as how one of the definitions of camp is "deliberately bad", it may not have been such a compliment.
The reviews were mixed. I still vividly recall the worst review it got, from The Star's SB Toh. The heading was "Sex, food and one big yawn" and the text didn't get any better. Oh, we in the production crew stuck verbal pins in our imaginary SB Toh pinata doll for weeks afterwards, but I must have known he was right. "Lips to Lips" was effete, contrived, insincere. I wondered if this was the end of my movie career, whether I could now add "ex-director" to "ex-columnist." I had brashly announced that my second movie would be a lesbian vampire epic, "Blood Hotel." But suddenly I was not in the mood to pursue it. It would just be "Lips to Lips" with more blood (and lesbians).
I helped out when my lead actor James Lee went on to make his first feature "Snipers." Although made on a lower budget than mine, the result was wonderful because he put his heart right into it. It actually has pathos and grit. I thought his second movie, the doggedly experimental "Ah Beng Returns" was even better, although not many people could sit through it. James is a year younger but had found his niche. When would I find mine?
The answer came when I read an essay called "In Search of the Centaur" by the American critic Phillip Lopate. It was on the possibilities of "the essay-film", a genre I had never previously heard described. Think of it as a kind of personal non-fiction. I read it on the bus back home from Singapore (after a screening of "Lips to Lips"). The essay was so exciting, I practically jumped up and down in my seat. Here, I hoped, was the moment I had been waiting for, a genre I could feel comfortable with. Now all I needed was a topic …
God must have heard my request, for within minutes of arriving at the KL Railway Station (where the bus stops), my wallet got stolen. Half of me was dismayed and frustrated while the other half was thinking: "I could make a video-essay about this!"
So I borrowed a camera and shot the material that would end up as a 10-minute short called "Lost." It had no actors, just images and text; it was shot in one afternoon; the total budget was RM 35. The main subject was losing and then applying for another IC. I was interested in the themes of bureaucracy and also the control implicit in the very idea of having an identity-card. Oh, it's also a comedy. I was so happy with this that I decided to make five more shorts in pretty much the same way. These were shown collectively as "6horts" and I even released the VCD.
"Friday" was set in Masjid Negara and featured my thoughts on being a Muslim. "Mona" is a sort of tribute to Malaysia's most notorious murderess, since I was such a big fan of hers. "Checkpoint" was my thoughts on Singapore-Malaysia relations. "Kamunting" details a road trip to visit my friend Hishamuddin Rais, then held under the obnoxious Internal Security Act. And "Pangyau" is about nothing less than my first love, who has since emigrated – no, it was not because of me (I hope).
The images in "6horts" do not always correspond to the visuals, but work by way of (stick with me here) a process of visual and emotional association. For example, in "Lost", I had the text "Sound of fireworks." Instead of showing fireworks, I chose a shot of floating balloons in complete silence. Balloons and fireworks share a similar celebratory function, so why spell it out too much? This was the precise moment I realised I was a truly independent (rather than merely low-budget) movie-maker.
"Lost" became my first work to win an award (Best Asian Digital Short, 2002 Singapore International Film Festival). The cash prize was almost 200 times bigger than the budget. It got invited to Oberhausen, one of the most prestigious festivals for shorts, which accepts about 2% of all entries. "Pangyau" even got a North American distributor, and "Kamunting" won another award.
So all in all the making of "6horts" was a worthwhile exercise. I felt much closer to it. But still, I was aware that some Malaysian viewers found the thing "abstract". The fact that it was mainly in English hindered things somewhat, especially when I would screen it at college campuses. (You'd be surprised that, among our students, there are many whose England is not so tall).
So for the next project I wanted something more accessible. Something that would be mainly in Malay. Something that would have a clearly defined story which can permit asides and digressions. It would have to entertain, damnit. I am thankfully shallow enough to know that the first function of movies is to entertain.
And this is where a lone army dude with an M-16 came to mind ...
The last of the "6horts" was "Pangyau" which climaxed, as it were, in October 1987 when I was in Form 3. There are many things I remember from that period. One of them was Private Adam Jaafar, who ran on an amok with a rifle in Chow Kit. Although he only killed one person and injured two others, his amok sent the whole city into panic. People thought it would start a racial riot. Nine days later, the government arrested over 100 people in an Internal Security Act swoop codenamed "Operation Lalang".
Why did he run amok? Why were Malaysians so jittery at the time? And what happened next?
These were the things I wanted to find out. I placed ads in the papers to ask people to come forth and tell me what they remembered of the time. Over 100 people turned up. Many of them were actors or wannabe actors. I wanted this mix of documentary and fiction. Some of the stories in "The Big Durian" were experienced by the actual protagonists, while others were interpreted by actors from the experiences of others. It's a mixture of truth and adaptation. I also subversively wanted a history of people who READ the news, rather than MAKE the news.
The bulk of "The Big Durian" was shot in an amazing five days, this time with James Lee promoted from actor to producer. Over 20 people appeared in front of the camera. The style is deliberately rojak, a mixture of colours and languages, and short animation sequences too. This time, crucial support came from Red Communications and selected alumni of MultiMedia University.
Although "The Big Durian" concerns events in 1987, many of the themes continue to dominate the Malaysian political discourse, from Umno succession to Chinese education. We seem to be stuck in a groove. I hate to get all preachy on your ass, but an awareness of history and its various readings is crucial if this country is going to break out of this nasty cycle and discover its true potential. So "The Big Durian" started off as an account of Private Adam's last stand, and became an investigation into political demagoguery, media censorship, racial discrimination, judicial controversy, royalty ... all the sort of things that Malaysians actually do talk about at the mamak shops, but are not often depicted on the screen. "Thorny issues", hence the fruity title. And it had to be a comedy, too.
It was an interesting project for me. I had never seen any movie quite like it before, and so was making up the form as I went along. The awful thing about documentaries is that they have this staid image that scares off viewers. Perhaps in this age of Michael Moore, things will change. What was needed was an approach that doesn't take itself seriously. And any movie that calls itself "The Big Durian" can't be accused of taking itself too seriously.
It has since been invited to two of the most important documentary festivals in the world: Amsterdam and Yamagata. How's that for encouragement? Audience reactions during small screenings in Kuala Lumpur have been quite heartening, starting with its charity premiere in aid of my favourite site Malaysiakini.com... but I take the criticisms on board too. An elderly gentleman told me that it was very well-made but also cautioned me against "riak" (self-righteousness). "When you point out the flaws of (the politicians), you are setting yourself up as better than them. But do you have better answers?"
It's true that no matter how critical you are of your culture, you are still part of it. I can never imagine emigrating. So although Michael Moore is still quintessentially American in his seemingly anti-American rants, I think there are many ways of being Malaysian too. We must not allow the nebulous but burgeoning notion of a "Malaysian identity" to be congealed into a homogenous, reactionary lump, simply because there are many hitherto unrecorded voices that make up this country.
Yeah, I started off this movie-making thing as a lark, out of sheer spite. But now I am really enjoying its rewards and uncertainties and aches. I can be thrilled to bits by a sweet e-mail, I can have my heart lurch when a projection glitch ruins the tempo of a scene.
Thanks to 6horts, the kind folks at the Nippon Foundation offered me a grant to make a movie in Japan. So I am now here shooting "Tokyo Magic Hour". What's it going to be like? It's quite experimental (you have been warned) but is it any defence to say I find it entertaining? It is, among others, a story of a love affair that went off the rails. (I have such bad luck! But at least no one emigrated this time). It should be ready by April next year.
In the meantime, the Malaysian independent film scene is picking up. We aren't as happening as Thailand, but works by James Lee (whose latest, "Room to Let", got a rave review from the Hollywood bible Variety) and now Ho Yuhang (the gorgeously elliptical "Min") Yasmin Ahmad (the warm and wise "Rabun"), Ng Tian Hann (the sly comedy "First Take Final Cut"), Osman Ali (who found his voice very early on in "Bukak Api", so much so that the new "Malaikat Di Jendela" won't always be referred to as "that Ning Baizura movie" after all), and Namron (the raw-as-sushi, countercultural "Gedebe") are emerging. It would be pretentious to call this a New Wave, so I will do just that.
It's been a great ride but these are early days yet. Being in Tokyo has made me aware of new Malaysian subjects I want to tackle. Seeing stuff that foreigners can and have made has reawakened the patriot in me (as though he has ever been dormant). If they boleh, we also boleh! I cannot wait to come back. (On a side note, you can't get a decent cheap curry here).
Yes, I am still dumb enough to want to do everything. But I am grown-up enough to say that, hey, maybe "A Flight Delayed" wasn't such a bad play after all…
Filem 'Scary Movie' hasil kerja The Wayans Brothers bagi saya memang kelakar. 'Scary Movie 2' pula saya dapati tidak banyak meninggalkan kesan. Lawaknya basi. Mungkin The Wayans Brothers sudah ketandusan idea. Baru-baru ini, David Zucker pula mengambil projek 'Scary Movie 3'. Saya sudah tentunya teruja, kerana saya memang minat dengan hasil kerjanya.
David Zucker terkenal dengan filem-filem komedi yang penuh dengan parodi. Masih ingat lagi filem 'Airplave!'? Filem ini adalah sebuah filem komedi yang mampu membuat saya pecah perut ketawa tatkala mula-mula menontonnya dahulu. Kemudian, Zucker meneruskan kerjayanya dalam dunia perfileman dengan membuat filem-filem komedi seperti siri 'Naked Gun'. Untuk projek 'Scary Movie 3', Zucker telah mendapatkan pertolongan Jerry Zucker dan Jim Abraham untuk membuat komedi ala Mad Magazine ini.
'Scary Movie 3' adalah sebuah filem komedi yang pada hemat memang kelakar, walaupun lawaknya kadangkala keterlaluan. Tapi memang genrenya begitu dan konsisten (kalau tak konsisten, nampak macam lawak bodoh Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen pulak). Untuk memahami lawak jenaka yang diketengahkan, pengetahuan tentang filem-filem seram yang di parodi perlu ada, seperti filem 'The Ring', 'The Signs', 'The Matrix Reloaded' dan '8 Mile'.
Walaupun filem ini kelakar, tetapi ada juga bahagian yang kelakarnya tidak begitu menjadi. Tetapi perhatikan parodi filem 'Matrix Reloaded'. Memang kelakar, kerana siapa boleh sangka The Oracle pun boleh dijadikan bahan lawak. Ramai juga pelakon-pelakon cameo dalam filem ini seperti Queen Latifah, Ja Rule, Macy Gray, Master P dan Simon Callow dari American Idol.
Filem ini sebuah komedi ringan. Jadi tatkala menonton, tidak perlu lah banyak berfikir. Terima sahaja filem ini sebagai hiburan semata-mata.
Di Malaysia, kita patut ada 'spoof' seperti ini. Kita boleh namakan filem ini, 'Cerita Bangang', 'Wayang Bebal' ataupun 'Filem Bodoh'. Kemudian, kita 'spoof'kan filem-filem Melayu seperti 'Janji Diana', 'Laila Isabella', 'Cinta Kolesterol', 'Anak Mami' dan 'Mistik'. Pasti hasilnya meletop!
Saya tidak berkesempatan menonton Paloh tatkala tayangannya di pawagam. Mungkin kerana tempoh tayangannya yang singkat atau kerana kesibukan yang terlampau. Saya mendapat khabar yang kutipan Paloh hanya sekitar RM80,000 sahaja. Cukup untuk wang hantaran 2 1/2 Erra Fazira. Saya melanggan ASTRO Showcase untuk menonton filem Paloh. Beberapa kali saya tonton untuk mendapatkan pemahaman tentang filem ini. Mungkin kerana keselesaan di rumah menyebabkan konsentrasi saya terganggu lalu inti pati cerita tersebut saya tertinggal.
Apabila melihatkan ada diskusi serta tayangan khas Paloh di Actors Studio Bangsar, saya pergi menontonnya. Peluang yang ada tidak saya lepaskan untuk bersua muka dengan pengarah kontroversi filem tersebut, Adman Salleh. Saya akui Paloh merupakan sebuah filem yang memerlukan had kelayakan IQ untuk para penontonnya. Bukan sebarang orang boleh menonton filem sedemikian yang memerlukan otak memproses maklumat dengan pantas dalam keadaan non-linear.
Filem sebegini perlu diteliti dengan minda yang terbuka dan penumpuan yang terbaik. Penggunaan konsep non-linear menjadikan penonton perlu berfikir lebih untuk menikmati keseluruhan filem ini. Saya amat tertarik dengan filem ini dan berminat untuk mengulasnya adalah kerana ideologi filem ini. Pada pendapat saya, perjuangan komunisme telah diangkat ke satu tahap yang boleh dibanggakan oleh filem ini. Ideologinya jelas jauh tersimpang dengan apa yang selalu kita pegang yang mana komunis merupakan anasir jahat yang perlu ditentang habis-habis.
Paloh bermula dari kenangan Ahmad dan rakan baiknya Osman. Imbas kembali Osman membuka naratif filem ini dengan menggunakan shot Osman sedang menyiapkan karangannya tentang kisah-kisah lampau. Adegan atas adegan bergerak dengan pantas namun demikian masih terkawal dan kesan dramatiknya dapat dirasai oleh penonton sekali gus mencabar minda penonton. Itu kelebihan Paloh. Kita tertunggu-tunggu penghujungnya.
Dinilai dari aspek lakonan, boleh dikatakan para pelakon telah memberikan lakonan yang cemerlang. Watak mereka saling memperlengkap. Perwatakan masing-masing dibangunkan dengan baik oleh pengarah. Tetapi sayangnya kurangnya shot close-up membuatkan ekspresi lakonan mereka tidak dapat ditonton oleh penonton. Tidak banyak pandangan kamera jarak dekat yang memperlihatkan mood pelakon.
Pembikinan filem merupakan satu kerja yang melibatkan banyak pihak. Bermula dari penerbit sehinggalah kepada pembuat teh. Oleh itu kerjasama yang kukuh penting dalam menghasilkan sebuah filem yang berjiwa Malaysia. Kontroversi yang melibatkan pengarah dan penerbit benar-benar mengejutkan walaupun sekali gus ia membuktikan semangat Malaysia Boleh yang sering dilaung-laungkan oleh tunggak kepimpinan Malaysia.
Kekacauan filem ini mungkin kerana penglibatan pengarah yang dihentikan di pertengahan jalan atas alasan yang tidak munasabah. Durasi filem ini yang pada asalnya memakan masa lebih 2 jam telah dicantas tanpa kebenaran pengarah kerana pengarah tidak di bawa bersama sewaktu proses adunan akhir. Lebih mengacaukan filem ini tentunya kerana tiada cue apabila teknik imbas kembali digunakan menyebabkan penonton keliru yang mana bukan flashback dan yang mana flashback.
Melayu yang keliru jelas pada watak Ariffin Nur (Samat Salleh) dan pengikut-pengikutnya yang warak akhirnya menjadi anggota komunis, walaupun ideologi komunisme jelas menentang agama. Perkara ini wujud akibat kecewa mereka kepada keadaan yang berlaku pada waktu itu. Tetapi di dalam waktu yang sama mereka masih bermain gambus untuk menghiburkan hati di dalam hutan. Di mana letaknya komunisme mereka itu ? Saya jelas keliru
Paloh yang membabitkan bajet hampir RM4 juta itu tidak gagal sebenarnya sekalipun dikhabarkan filem tersebut mempunyai peluang yang besar untuk menyengat di Shiraz kerana memiliki kekuatan cerita dan nilai tema sejagat serta mutu lakonan yang cemerlang. Walaupun tidak berjaya memenangi apa-apa anugerah utama di Festival Filem Asia Pasifik di Shiraz, Iran, filem ini masih boleh berbangga kerana menduduki senarai akhir untuk beberapa kategori utama
Kegagalan pelakon Paloh untuk menonjolkan diri adalah kerana kurangnya close-up shot yang menampakkan ekspresi wajah pelakon. Terlalu banyak long shot serta angle jauh untuk filem Paloh lalu menyukarkan peluang mereka untuk dinilai sebagai pelakon terbaik.
Apa sudah jadi dengan filem Paloh? Di mana nilai Malaysia jika Vietnam, Iran dan beberapa negara yang jauh lebih terkebelakang menjadi ukuran untuk penilaian. Vietnam dan Iran nampaknya lebih maju industri filem mereka daripada kita. Malaysia masih belum mampu menyaingi negara-negara tersebut dalam beberapa kategori utama. Kita kononnya berbangga apabila berjaya menghasilkan sesuatu filem yang kita rasa terbaik tetapi apabila bersaing di peringkat antarabangsa filem kita gagal. Atau dengan kata lain Malaysia hanya syok sendiri.
Filem ini pastinya menjadi filem yang terbaik jika tidak kerana kontroversinya. Jika pengarahnya diberi peluang untuk menyiapkan hasil kerja yang terganggu angkara karenah penerbit yang tidak tahu bagaimana membuat filem. Kreativiti dan ide Adman Salleh akan dapat membuahkan sesuatu yang cemerlang, jika kerja-kerja terdahulu dijadikan perbandingan.
Pernah kah kita bermimpi, lantas mimpi itu dirasakan begitu nyata sehingga kita tidak dapat membezakan jika kita sedang bermimpi ataupun tidak? Atau pernah kah kita bermimpi, sedang kita berada di dalam tubuh orang lain, bahawa diri kita yang wujud dalam alam mimpi itu mempunyai perjalanan hidup dan sejarahnya yang tersendiri? Inilah yang cuba diutarakan oleh sutradara Richard Linklater (Slacker, Dazed and Confused) dalam filem animasinya: 'Waking Life'. Dalam filem animasi ini, kita akan mengikuti kehidupan seorang pemuda (Wiley Wiggins) yang cuba memahami serta membezakan di antara dunia realiti serta mimpi.
Dalam pencarian pemuda ini, beliau akan bertemu dengan pelbagai karakter yang akan berbincang serta berdebat dengannya tentang falsafah, sains, biologi dan sebagainya. Karakter-karakter yang ditemuinya secara individu mempunyai pandangan mereka masing-masing tentang kehidupan. Masing-masing layak bergelar pemikir. Apa yang mereka bincangkan lucu, mampu membuat kita berfikir jauh, sedih dan ada kalanya sukar untuk difahami.
Filem animasi ini tidak mempunyai plot - dan saya sememangnya meminati filem-filem tanpa plot seperti ini (filem yang terbaru dari sutradara kelahiran Malaysia, Tsai Ming-Liang bertajuk 'Goodbye Dragon Inn' juga tidak mempunyai sebarang plot). Filem ini sekadar mahu menghurai tentang persoalan mimpi. Persoalan tentang mimpi ini sudah tentunya satu perkara yang membabitkan penjelasan falsafah, dan dalam filem ini, segala jenis falsafah dikupas. Memang perkara yang melibatkan kupasan falsafah satu perkara yang kadangkala sukar untuk diikuti, tetapi melalui persembahan animasi dan bahasa yang selamba, falsafah Descartes pun boleh dijelaskan dan difahami dengan senang.
Ada kalanya apa yang dibawa berbincang oleh watak-watak dalam animasi ini membosankan, tetapi ada yang begitu menarik sehingga saya rasakan perlu untuk saya menonton 'Waking Life' ini berkali-kali. Perlu diingatkan bahawa filem animasi ini adalah untuk penonton dewasa, bukan untuk kanak-kanak. Mereka mungkin tidak akan memahami apa yang mereka tonton...
Antara 'watak' yang paling saya minat yang muncul dalam 'Waking Life' adalah Timothy Levitch (penulis 'Speedology: Speed on New York on Speed', sebuah buku yang mengilhamkan saya untuk menulis tentang Kuala Lumpur). Ada yang mengatakan Levitch adalah Oscar Wilde pada zaman ini, ada pula menganggapnya seorang 'cult figure'. Perhatikan kalimah-kalimah yang disebutkan oleh Levitch dalam filem ini, dan saya pasti anda akan terpegun dengan kata-katanya.
Animasi filem ini, bukan jenis anime Jepun, Pixar mahupun Disney. Animasinya nampak seperti sebuah lukisan impresionis bergerak. Para pelakon untuk animasi ini pada mulanya difilemkan lakonan mereka di Texas dan di New York. Kemudian, pengarah Linklater dan pengarah seni Bob Sabiston akan mengarahkan seramai 31 orang artis menggunakan komputer untuk melukis kembali 'footage' yang diberikan kepada mereka mengikut cara mereka sendiri. Hasilnya, 'Waking Life' adalah sebuah collage animasi yang menarik. Sebuah karya seni yang saya rasa layak dipersembahkan di muzium seni moden.
Bila saya perhatikan filem 'Walking Life' ini betul-betul, saya rasa filem ini bukan untuk semua golongan penonton. Mungkin golongan pelajar universiti (dan sesiapa sahaja yang suka meneliti persoalan kehidupan) akan lebih menyukai filem-filem seperti ini. Filem ini dipenuhi dengan dialog-dialog yang sarat, tetapi saya anggap cantik, malah mengingatkan saya kepada beberapa perdebatan tentang kehidupan yang pernah saya alami pada zaman universiti dahulu (terutamanya selepas kuliah falsafah atau sosiologi).
Rating: 4/5
Filem ini akan ditayangkan di Astro: Star Movies pada 21 November 2003
Awal minggu ini, buat kali kedua saya telah menonton filem Irreversible, sebuah filem Perancis arahan Gaspar Noe. Filem ini agak aneh. Irreversible bukan calang-calang filem. Filem ini adalah sebuah karya penuh dengan elemen dekonstruktif tentang masa dan manusia.
Ada pengkritik filem yang menyatakan bahawa filem ini adalah sebuah filem 'exploitative'. Tetapi sukar juga untuk menafikannya, walaupun nilai-nilai seni yang ada dalam filem ini agak ketara. Sewaktu menonton filem ini, kepala saya banyak berfikir, saya terpaksa bekerja keras untuk memahami filem ini. Ternyata, saya jenis penonton yang suka berfikir sewaktu menonton filem, jadi mungkin sebab itulah saya suka menonton filem ini (dan juga 'Momento'). Filem ini memaksa penontonnya berfikir. Yang membezakan filem ini dengan 'Momento' adalah teknik perfileman yang diguna pakai oleh Noe (yang telah dibuat agar ia nampak seperti sebuah program 'reality TV'; tetapi watak-watak yang ada tidak berinteraksi dengan penonton).
Naratif Noe agak pelik. Yang lebih pelik adalah senimatografinya. Filem ini berjalan secara terbalik. Bahagian akhir cerita dapat kita tonton dahulu. Kemudian, perlahan-lahan kita akan memahami peristiwa-peristiwa yang telah berlaku sehingga menyebabkan watak Marcus (Vincent Cassel) dibawa masuk ke dalam ambulans dan Pierre (Albert Dupontel) ditangkap polis. Isi filem ini terkupas dengan cantik semakin jauh kita menontonnya.
Filem Irreversible dimulakan dengan bahagian kredit yang diterbalikan. Bahagian depan filem ini, kita akan dapat melihat watak Marcus dan Pierre mencari-cari seorang lelaki di dalam sebuah kelab S & M gay (yang akan membuat kelab S & M dalam filem Matrix Revolutions nampak seperti sebuah muzium seni). Mereka berdua mencari lelaki tersebut yang dikatakan telah merogol Alex (Monica Belluci). Dalam pencarian mereka yang penuh kalut untuk membalas dendam, seorang lelaki telah dipukul oleh Pierre dengan sebuah alat pemadam api sehingga mati (dan setelah menonton buat kali kedua barulah saya sedar bahawa lelaki yang dibunuhnya itu, bukanlah lelaki dicarinya).
Filem ini penuh dengan adegan-adegan lucah dan ganas yang melampau. Ada kalanya, saya tertanya-tanya, adakah apa yang saya tonton ini sebuah kisah benar (dokumentari) ataupun sebuah filem. Perkara ini sukar untuk saya bezakan memandangkan filem ini kelihatan begitu 'real' sekali. Dan kerana inilah terdapat beberapa bahagian dalam filem ini yang akan membuatkan saya ternganga dan tertanya-tanya berkali-kali: "was that real?" Para pelakon pula, seperti Belucci dan Cassel berlakon dengan cemerlang, menambahkan lagi semangat realisme dalam filem ini.
Perhatikan adegan apabila kepala lelaki dipecahkan oleh Pierre dengan alat pemadam api. Perhatikan bagaimana ia telah dilakukan. Perasaan ngeri akan tiba-tiba menusuk ke dalam diri kita. Tidak cukup dengan itu, kemudian kita akan dapat melihat adegan Alex dirogol di dalam terowong. Bahagian ini sengaja dibuat dengan kamera diletakkan di atas lantai selama hampir sepuluh minit. Dalam adegan ini, kita akan dapat melihat Alex dirogol dengan kejam. Buat beberapa ketika, saya dapat merasakan kekejaman yang dirasai oleh magsa rogol seperti Alex. Bahagian ini memang sukar untuk ditonton, kerana ia mampu menghantui jiwa. Adegan rogol ini penting, terutamanya apabila kita ditunjukkan kepada hubungan intim di antara Alex dengan Marcus di bahagian-bahagian akhir filem.
Saya rasa untuk filem ini, hanya satu perspektif kamera digunakan. Saya tidak begitu kisah tentang hal ini, tetapi pada hemat saya, filem ini mungkin dapat difahami dengan lebih baik lagi jika Noe tidak menggunakan teknik pergerakan kamera yang terhoyong-hayang.
Struktur Irreversible pada hemat saya lebih dalam dari filem 'Momento'. Filem ini, setelah ditonton akan meninggalkan rasa gusar yang amat sangat dalam diri saya. Saya sukar untuk membuat keputusan samada saya suka atau tidak filem ini. Apa yang saya tahu, tatkala menonton filem ini, cara saya berfikir perlu saya ubah sedikit untuk memahami jalan cerita. Kerja-kerja berfikir ini sahaja sudah cukup untuk meletakkan filem ini sebagai sebuah filem seni. Jika tidak ada seni, kita tidak perlu banyak berfikir (sebab itu dinding kosong tidak kita panggil karya seni).
Filem ini pasti mengundang kontroversi. Filem ini sarat dengan unsur-unsur perkauman, homophobia, ganas, lucah dan entah apa lagi. Filem ini jijik lagi menjijikkan. Ia menampilkan secebis kisah yang pastinya wujud tetapi tidak pernah mahu diceritakan dalam bentuk naratif visual dengan berani. Maka, ia tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
Filem Ong-bak adalah sebuah filem Thai terbaru yang akan ditayangkan di pawagam kita tidak lama lagi. Sememangnya saya meminati filem-filem bermutu dari Thai seperti filem Nang Nak, Bang Rajan, Iron Ladies dan Tears of the Black Tiger. Jadi tanpa ragu-ragu saya pun menonton filem ini (melalui salinan VCD cetak rompak tanpa 'subtitle').
Plot Ong-Bak agak tipis. Mungkin kerana filem ini lebih tertumpu kepada 'showcase' aksi-aksi yang ingin ditonjolkan oleh pengarahnya. Ong-bak menceritakan tentang seorang pemuda bernama Ting (Panom Yeerum) yang terpaksa keluar dari kampungnya, Nong Pradu untuk mencari semula kepala patung Buddha (patung tersebut bernama Ong-Bak) yang telah dicuri dari kampungnya itu. Apabila beliau tiba ke kota, beliau telah menemui George (Mum Jokmok), seorang kaki judi dan Muay (Pumwaree Yodkamol) seorang gadis comel bersuara nyaring yang saya kurang pasti mengapa watak ini diwujudkan, kecuali untuk menyakitkan hati penonton dengan rengekkan suaranya.
Koreografi filem Ong Bak memang baik (malah saya anggap cemerlang). Sayangnya, suntingan serta arahan filem ini terlalu teruk. Jika kita ketepikan aspek ini dan tumpukan kepada koreografi, kita akan dapat melihat gerak langkah yang sebelum ini jarang-jarang dapat kita lihat. Dalam aksi lawan, pelakon utamanya, Panom Yeerum, banyak menggunakan pergerakkan Muai Thai. Aksi-aksi kejar-mengejar (juga aksi kejar mengejar dengan tuk-tuk) juga menarik dan menampakkan ketangkasannya. Memang menyeronokkan jika ditonton bahagian aksi dalam filem ini.
Panom Yeerum saya lihat beraksi seperti Jackie Chan (baca: Jackie Chan wannabe). Memang aksi yang dilakukannya menarik dan sukar untuk dilakukan, tetapi sayang, tidak ada kepelbagaian dan kreativiti seperti mana yang ditonjolkan oleh Jackie Chan dan Bruce Lee. Seperkara lagi, lakonannya terlalu kaku. Suaranya halus dan lembut (walaupun Stallone or Schwarzenegger bersuara monotone, suara mereka tetap keras dan jantan). Sukar untuk saya fikir jika Panom Yeerum dapat pergi jauh ke persada antarabangsa dengan lakonannya, kerana beliau tak ada karisma… Lagipun, watak apa yang boleh diberikan kepadanya?
Satu perkara yang menyakitkan hati saya tatkala menonton filem 'Ong Bak', adalah pengarah filem Ong-Bak, Prachya Pinkaew suka sangat mengulang-ulang (dan ulang dan ulang…) bahagian aksinya berkali-kali (macam filem B-rated tahun 70-an). Jika teknik ini digunakan sekali dua tidak apa, tetapi berkali-kali sehingga menggusarkan kepala saya dan seringkali saya tertanya-tanya jika Prachya Pinkaew benar-benar tahu tentang filem.
Yang lebih meloyakan, adalah 'pesanan' yang diletakkan oleh Prachya Pinkaew di dalam filemnya (dalam bentuk grafiti di hadapan sebuah kedai) kepada Steven Spielberg. Ternyata, kita dapat lihat di sini bahawa Prachya Pinkaew langsung tidak tahu tentang filem. Perlu saya nyatakan di sini bahawa, genre aksi seperti yang dibikinnya bukan satu genre yang sealiran dengan Spielberg, tetapi lebih menjurus kepada filem-filem yang diarahkan oleh Jan De Bont, Michael Bay dan James Cameron.
Filem ini terlalu banyak kelemahannya. Terlalu banyak stereotype dan klise sehingga mengaburi bahagian-bahagian yang sememangnya terdapat adegan-adegan yang menarik (lebih menarik lagi jika suntingan, arahan, skor muzik diselaraskan dengan betul). Filem ini saya rasa boleh diletakkan di dalam kelasnya sendiri. Maksud saya, ia pasti akan dianggap sebuah filem 'cult' oleh sesetengah penonton yang meminati filem aksi seperti ini.
SEMAN oleh MANSOR PUTEH dan GEDEBE oleh NAM RON: REALITI YANG TERANG DAN JELAS TETAPI MENJADI GELAP DAN KELABU oleh HASSAN MUTHALIB
PENDAHULUAN
Petikan dari kertas kerja DR ANUAR NOR ARAI, bertajuk: Mansor Puteh: SEMAN, Sebuah Filem Peribadi (Dewan Bahasa, 19 Oktober 2002), saya fikir wajar dan ada kaitan bagi membincangkan filem SEMAN dan GEDEBE. Kata Dr Anuar: Kebenaran memang kejam dan menghiris bila yang gelap dan kelabu menjadi nyata, tambahan pula jika semua realiti terang dan jelas……
Kita meletakkan yang menyentuh hidup kita di barisan depan order yang disusun dan cuba memahaminya dalam waktu yang sudah teranjak
Mansor dan Nam Ron cuba mencari dan memahami kebenaran. Jika keadaan gelap dan kelabu, sudah tentu menjadi sukar untuk difaham. Bagaimana pula jika ianya berlaku dalam keadaan yang terang dan jelas?
Sememangnya menjadi kejam dan menghiris.
Apa lagi jika ianya dialami oleh orang muda yang mempunyai ilmu dan idealisme serta semangat yang berkobar-kobar untuk meneroka dunia yang menghulurkan pelbagai janji. Mungkin inilah perasaan Mansor dan Nam Ron yang cuba memahami realiti di zaman mereka yang amat membingungkan.
PENDEKATAN SEMAN DAN GEDEBE
SEMAN menggunakan pendekatan counter cinema dan post-modern yang biasanya diguna dalam pembikinan filem eksperimental dan avant-garde. Naratifnya anti-plot tetapi imej-imejnya dialektik. Struktur dan tekstur diperlihatkan dilayar. Ruang dan masa jarang mempunyai kesinambungan dan seringkali disjointed. Watak-watak menjadi subjek dan bukan objek, sekaligus pendekatan ini menjadikannya anti-Hollywood.
GEDEBE sebuah filem pseudo-counter cinema. Walaupun pendekatan tekniknya mirip pada SEMAN, pendekatan yang diambil adalah sesuai dengan subjeknya. SEMAN dan GEDEBE tidak cuba untuk mengajak penonton bersimpati dengan watak-watak dan milieu mereka.(seperti filem genre yang menggunakan teknik identification atau empathy). Mereka menggunakan pendekatan distanciation. Distanciation merupakan satu strategi untuk membuatkan penonton berasa terasing dari apa yang ditonton. Dengan pendekatan ini, penonton akan lebih objektif dan kritikal, sekaligus berfikir tentang nawaitu pembikin filem.
Watak SEMAN dilahirkan begitu individualistik. Kelakuannya bizarre. Milieunya: …..taman kecil, kebun getah, tepi longkang besar, Bandar kecil, pondok telefon, ruang bermain teater, seluruhnya adalah a pile of memory yang crude, unrefined…..(Anuar Nor Arai). Punk dan skinhead sememangnya mempunyai reputasi buruk. Kelakuan mereka dalam GEDEBE sangat menjijikkan - memukul orang, kencing dikhalayak, hisap ganja dan sebagainya. Milieu mereka: Terowong, bilik yang berselerak, kawasan di bawah tanah dan jejambat yang kotor dan terasing Perasaan jijik dan terasing ini diutarakan oleh Mansor dan Nam Ron agar penonton dapat memikirkan tentang apa yang sebenarnya dibicarakan mereka. Inilah pendekatan distanciation.
Kedua-dua filem ini menggunakan pendekatan fotografi secara langsung (direct photography), fast editing, jump cut dan unmatched shots. Di segi perwatakan - watak-watak dua-dimensi yang kabur, dan kelakuan yang agak sukar untuk difaham - semuanya satu strategi untuk mengajak penonton mengambil satu pendirian yang kritikal dan objektif, agar melihat keadaan masyarakat sekeliling sebagaimana ianya ideologically and institutionally constructed.
SEMAN adalah filem tempatan yang pertama yang menggunakan pendekatan counter-cinema. Watak Seman menulis biografinya, tetapi dalam bahasa Melayu lama. Naratifnya bergerak tanpa sempadan masa dan ruang. Yang berada dalam ingatan putus-putus dan fragmented……waktu tidak dituntut dengan waktu kalendar. Waktu dituntut dengan emosi dan intelek (Anuar Nor Arai). Pada tahun 1988, Dr Anuar telah menyatakan bahawa SEMAN adalah sebuah filem yang 15 tahun ke hadapan. Selepas 18 tahun, isu yang dibawa dalam SEMAN masih relevan. Mansor berkongsi realiti hidupnya yang tidak pernah terkongsi sebelum ini kecuali dengan watak-watak yang bermain dalam ceritanya (Anuar Nor Arai).
Berbeza dengan SEMAN, GEDEBE sebuah straight narrative yang meng-isahkan laporan Brutus kepada Ketua Polis dan bagaimana ia dihasut oleh Cassius untuk membunuh Caesar. Melalui flashback dan parallel editing, kita melihat sebuah kisah tentang betrayal, honour & personal glory. It is political satire at its pernicious best (Johan Jaafar: NST, 23 Ogos 2003).
SEMAN menggunakan fotografi secara langsung (direct photography), pada keseluruhannya. GEDEBE juga menggunakan direct photography hampir keseluruhannya. Pada dasarnya ia merupakan counter-cinema tetapi sebenarnya pseudo-counter cinema. Budget yang rendah telah menentukan teknik produksi sebegini. Namun, teknik fotografi hand-held tanpa penataan cahaya dan disjunctive editing sesuai dengan subjek dan naratifnya.
GEDEBE SEBAGAI ADAPTASI DARI SHAKESPEARE
GEDEBE merupakan filem tempatan yang pertama yang bersandarkan cerita Julius Caesar, karya Shakespeare. Nam Ron memilih dua kumpulan samseng yang bertelagah - punk dan skinhead. Mungkin Nam Ron mendapat inspirasi dari 2 filem Hollywood yang mengadaptasi karya Shakespeare ke filem: West Side Story (Robert Wise - 1961), yang diadaptasi dari cerita Romeo & Juliet, dan William Shakespeare's Romeo & Juliet (Baz Lehrman - 1996). Kedua-dua filem ini menggunakan watak kumpulan samseng yang bertelagah sesama sendiri.
Dalam West Side Story, terdapat satu kumpulan bernama Jets (kumpulan samseng kulit putih). Kumpulan yang satu lagi ialah Sharks (kumpulan samseng berasal dari Puerto Rico). Filem Baz Lehrman pula menggunakan punk (kumpulan samseng kulit putih) dan samseng yang berasal dari Puerto Rico. Pendekatannya: gaya MTV di segi penggunaan suntingan, sinematografi dan musik - penuh dengan aksi ganas yang memperlihatkan urban apocalypse. Kedua-dua filem ini, dan GEDEBE, memaparkan watak orang-orang muda di zaman pasca-moden dan bagaimana tindakan mereka akhirnya membawa kepada kehancuran.
Kata Dr Anuar: Memahami zaman membesar bukan perkara remeh…..Dunia yang sarat yang berlonggok dalam akal dan fikiran…..itu perlu dibuka luas supaya senak, sesak, sempot, yang terselaput begitu lama, dapat dibuka bendungnya……dengan berkata: Ada benda aku nak kata.
Apakah yang ingin dikata oleh Mansor dan Nam Ron?
Dari apa yang dilakukan oleh Mansor, kita merasakan pemberontakan kecil dalam dirinya yang jauh tenggelam dalam siksa fizikal dan batinnya bahawa penipuan dan pembohongan yang terlalu bebas dan meluas dalam kehidupan biasa manusia sudah tidak terbendung lagi, dan Mansor membendungnya dengan sungguh-sungguh dalam Seman. Mansor sangat jijik pada hipokrasi (Anuar Nor Arai).
DHOJEE (penerbit GEDEBE), telah menjelaskan bahawa GEDEBE sebenarnya tentang keresahan Nam Ron terhadap beberapa peristiwa besar yang berlaku di Malaysia. Namun, sehingga hari ini, tiada siapa pun tahu apa yang sebenarnya telah berlaku, dan siapa yang sebenarnya yang bertanggungjawab. Semuanya gelap dan kelabu.
PENUTUP
Jika dibentuk satu soalan untuk gambarkan dilema yang dihadapi oleh pemuda seperti Mansor dan Nam Ron, mungkin ianya akan berbunyi begini: My essential nature seems inextricably bound up with processes and forces that I am forced to be part of. How can I have significance and purpose when I am thrown into situations over which I have no say or control?
Keresahan mereka ini dapat dilihat dalam beberapa adegan. Antaranya: Watak Seman dimarahi majikannya - bukan di bilik pejabat tetapi di dalam tandas. Betapa rendahnya dipandang Seman dan idea-ideanya. Dalam GEDEBE, kamera video merakam Cassius dan Brutus di dalam tandas. Diperlihatkan rakaman itu dalam bentuk hitam putih, sekaligus mengatakan Big Brother yang berkuasa itu adalah inhuman. Ramalan George Orwell dalam karyanya, 1984, sudah menjadi kenyataan.
Ya, kata Cassius. Merdeka. Bebas - tapi jadi kuli. Yang berkuasa, yang menentukan segala-galanya adalah Big Brother. Siapa sebenarnya hipokrit? Siapa sebenarnya pembohong? Siapa sebenarnya samseng? Realiti yang terang dan jelas telah menjadi gelap dan kelabu. Inilah realiti hidup dalam SEMAN dan GEDEBE. Bilakah ianya akan berakhir? Inilah benda yang dikata oleh Mansor Puteh dan Nam Ron. Di akhir filem SEMAN, kita dengar monolog Seman: Aku…. seorang pejuang bangsa, tak tahu khianat kepada negara….yang punya ugama, keluarga dan budaya. Kau baru tiba, nak rampas harta pusaka yang disemai oleh titisan darah ibunda….
Kata Seman lagi: Ini suratan. Takdir menentukan. Mansor serah kepada takdir. Ia menerima nasibnya. Bukan mengalah, tetapi konfiden. Ia memahami apa yang berlaku. Sejarah akan tetap berulang. Masa akan menentukannya.
Cassius dalam GEDEBE tidak mahu menerima takdir. Katanya: Inilah takdir, inilah nasib. Ia memberontak - dan akhirnya menerima padah. Nam Ron berbeza daripada Mansor. Namun mereka berdua adalah pemuda di bumi yang bertuah. Seman, Cassius, Brutus dan Caesar telah menerima suratan. Apakah nasib Mansor dan Nam Ron - dan ramai lagi pemuda yang bakal melangkah dan berjalan di atas bumi bertuah ini? Masa - dan Big Brother - akan menentukan.
A good e.g. of the potential dissonance between the story from the inside & the story from the outside lies in the discrepancy between what we think we know & what we actually do know. Your knowledge of the world around you is built up from the perceptions delivered by your 5 senses.
How do we know that what we call reality is not simply just a type of boring, coherent dream? Do we know? DESCARTES used this type of argument to undermine our confidence in the idea that we know very much at all (the scepter of ORWELL's 1984). He is heading towards scepticism, a view about our knowledge & in its simplest form, it amounts to: we can't have any of it! That is, it is not possible for us to know anything.
Apakah dimaksudkan dengan persahabatan? Benarkah tidak ada kawan atau musuh yang kekal di dalam hidup kita? Benarkah apa yang dianggap sebagai realiti mungkin bukan realiti tetapi satu realiti yang dicipta? Inilah perkara yang ingin diteroka oleh Nam Ron melalui GEDEBE.
--
HASSAN MUTHALIB adalah seorang pengarah/penulis filem yang telah menghasilkan filem public service, dokumentari dan animasi. Beliau terkenal sebagai seorang animator dan telah hasilkan beberapa filem animasi seperti siri Sang Kancil dan filem animasi pertama Malaysia, Silat Legenda. Selepas bersara atas pilihan daripada Filem Negara, beliau menjadi seorang pengarah filem bebas, penulis dan pensyarah sambilan dalam bidang filem dan animasi. Artikel beliau mengenai sinema Malaysia dimuatkan dalam buku Being and Becoming: The Cinemas of Asia (MacMillan India, 2002).
Kertas kerja ini dibentangkan pada sesi apresiasi filem SEMAN, GEDEBE dan CHOICE, anjuran Forum Filem Kuala Lumpur dan Dewan Bahasa pada 28 September 2003
Dalam masa dua hari, dua kali saya pergi menonton filem 'Matrix Revolutions'. Pertama kali pada hari Rabu dan kedua kali pada hari Khamis. Pertama kali saya menonton filem ini, saya rasa sedikit kecewa, mungkin kerana semangat saya terlalu membuak-buak untuk menantikan satu 'ending of all endings'. Setelah menonton buat kali kedua, setelah fikiran saya sedikit tenang, saya dapati senang sedikit untuk menerima filem ketiga dari siri 'The Matrix' ini.
Filem ini bermula seperti biasa dengan montaj kod Matrix, (disulami dengan corak 'fractal') yang menurut saya, agak cantik jika diperhatikan betul-betul. Kemudian kita diingatkan tentang keadaan Neo (Keanu Reeves) yang berada dalam keadaan koma. Neo, kemudian akan dapati sedang berada dalam sebuah dunia di antara dunia mesin dan dunia Matrix (tak tahu pula bagaimana perkara ini boleh berlaku).
Neo terperangkap di Mobile Ave.; (jika disusun semula perkataan 'mobile' akan menjadi 'limbo') sebuah stesen kereta api bawah tanah. Untuk kembali ke dunia Matrix, Neo perlu menaiki sebuah kereta api khas yang dikendalikan oleh Trainman (Bruce Spence). Walau bagaimanapun, Trainman ini bekerja untuk Merovingian (Lambert Wilson) yang menjadi petualang kepada Neo.
Adegan dalam stesen Mobile Ave. ini mengingatkan saya kepada filem sci-fi Stanley Kubrick ('2001, A Space Odyssey') yang diatur dengan set yang nampak 'sterile' dan tata cahaya yang terang (kemudian keseluruhan bahagian filem ini akan nampak gelap dan 'grimy'). Malah, perbualan Neo dengan keluarga berbangsa India (mereka adalah program) juga seakan-akan sama dengan 'style' arahan Kubrick. Dan seperti Kubrick, perhatikan bagaimana Wachowski Brothers suka mengambil pelakon-pelakon dari pelbagai lapisan bangsa.
Untuk menyelamatkan Neo, maka Morpheus (Laurence Fishburne) bersama Trinity (Carrie-Anne Moss) dengan pertolongan Seraph (Colin Chou) pergi berjumpa sendiri dengan Merovingian di sebuah kelab malam S&M untuk memintanya agar Neo dapat dibebaskan keluar dari Mobile Ave. Maka dalam adegan inilah kita dapat melihat aksi-aksi koreografi Yuen Wo Ping. Bahagian ini terdapat sedikit inovasi dari Wo Ping, tetapi terasa sedikit basi setelah kita sudah terbiasa sangat dengan adegan seperti ini (perhatikan bagaimana adegan dalam kelab S&M nampak seperti filem aksi klasik dari Hong Kong).
Sayang sekali watak Merovingian dan Persephone (Monica Belucci) tidak digunakan dengan sebaiknya. Persephone hanya meluahkan satu ayat dalam filem ini, sedangkan wataknya (seperti watak Boba Fett) saya pasti akan terus diingati sampai bila-bila sebagai satu watak berstatus 'cult' dengan pengikutnya tersendiri.
Pada filem Reloaded, penonton akan tertanya-tanya di mana perginya watak kesayangan mereka, Tank yang tiba-tiba sahaja hilang (pelakonnya, Marcus Chong tidak diambil semula berlakon kerana perselisihan faham dengan Wachowski Brothers). Dalam 'Revolutions' pula, watak The Oracle diambil oleh Mary Alice (setelah pelakon asalnya, Gloria Foster meninggal dunia). Perhatikan alasan yang diberikan oleh 'The Oracle' mengapa wajahnya bertukar. Agak mengelirukan. Tetapi, jika difikirkan, apa yang tidak mengelirukan dalam filem ini?
Filem ini penuh dengan adegan-adegan aksi yang menarik. Perhatikan adegan aksi dalam Dock Station dalam kota Zion. Adegan ini pasti akan membuatkan penonton yang meminati filem-filem aksi rasa teruja. Kemudian, diadakan pula adegan lawan ala Superman (atau mungkin ala adegan lawan dalam siri anime Dragon Ball Z?) di antara Neo dengan Agent Smith (Hugo Weaving). Tapi entah mengapa, saya rasa adegan ini terlalu meleret walaupun menarik untuk ditonton.
Wachowski Brothers memang ahli dari segi arahan adegan-adegan aksi - satu perkara yang sukar untuk dipersoalkan. Tetapi dari segi arahan watak dan dialog, mereka gagal. Lakonan-lakonan watak dalam filem ini kaku, ditambah lagi dengan dialog yang mungkin lebih sesuai digunakan dalam persembahan teater. Perkara ini membuatkan kita rasa sukar untuk mendalami watak yang ada. Sebagai contoh, sukar untuk saya mempercayai bahawa Neo dan Trinity adalah pasangan yang sedang bercinta. Dan tatkala Neo mengucapkan selamat jalan kepada Trinity sebelum memasuki dunia mesin, dialognya mampu membuatkan sebilangan penonton ketawa...
Nasib baik jugalah 'Revolutions' tidak terkandung bebelan falsafah seperti mana yang terkandung dalam 'Reloaded', jika tidak filem ini pasti membosankan. Wachowski Brothers perlu tumpukan perhatian mereka kepada adegan aksi dan itu sahaja, kerana mereka lebih ahli dalam hal ini. Tak perlu lah untuk membuat kepala penonton sarat dengan idea-idea falsafah yang berat. Cukuplah sekadar kita tahu bahawa terdapat golongan mesin yang menjadikan manusia sebagai bateri dan mereka semua hidup dalam alam Matrix (dan sebilangannya di Kota Zion). Persoalan-persoalan yang berat seperti idea falsafah Baudrillard sebagai contoh, hanya akan mengelirukan penonton.
Filem 'Revolutions' adalah sebuah filem yang cantik untuk ditonton. Efek tatavisual oleh John Gaeta sukar untuk ditandingi oleh filem-filem yang telah dibuat sebelum ini. Di tambah pula dengan susunan muzik oleh Don Davis yang saya anggap antara yang terbaik di antara filem-filem aksi yang telah diterbitkan sejak kebelakangan ini.
Filem Matrix Revolutions ini walaupun menarik untuk ditonton, tetap ada sesuatu di dalamnya yang mungkin tak cukup perencahnya. Pada bahagian akhir, ada dibayangkan bahawa kemungkinan, filem ini masih ada sambungannya kerana 'ending'nya sedikit tergantung (jangan cakap tak ada, di Hollywood. Siri 'Indiana Jones' yang dikatakan akan berakhir dengan 'The Last Crusade', kini akan ada sambungannya lagi). Jadi bagi kita yang penyabar, mungkin boleh menunggu. Jika tidak boleh terima dengan seadanya persembahan dari Wachowski Brothers kali ini, anggaplah filem ini sekadar hiburan semata-mata, jika tidak, kita akan rasa sedikit kecewa.
Bagi saya, filem ini mungkin tidak 'perfect', tetapi tetap menggegarkan.
Saya fikir, kemungkinan besar filem keempat 'Kill Bill, Volume 1' tak akan ditayangkan di Malaysia, jadi bagi penggemar-penggemar filem, tak payahlah menunggu untuk ia ditayangkan di panggung. Ia pasti tidak akan ditangkannya di sini (eh, ada orang ke masih menunggu filem Chicago ditayangkan di Malaysia?). Sebaik-baiknya, cari sahaja salinan DVD cetak rompak yang ada di pasaran sekarang. Sokong sahaja industri mereka agar mereka akan membawa lebih banyak lagi salinan filem-filem bermutu (terutamanya filem-filem dari Eropah) ke negara kita.
Saya cukup-cukup menghormati karya-karya sutradara Quientin Tarantino. Sejak menonton filem 'Pulp Fiction'nya dahulu, saya sering mengingatkan kepada diri saya bahawa seni (terutamanya filem sebagai sebuah naskhah seni) itu tidak semestinya membosankan. 'Pulp Fiction' merupakan sebuah 'tour de force' dari segi struktur dan penceritaan, sama lah seperti mana filem 'Citizen Kane' dan mengapa ia telah diangkat sebagai salah sebuah filem terbaik dari abad yang lepas.
Sehingga kini, Tarantino telah mengarahkan filem 'Reservoir Dogs', 'Jackie Brown' dan 'Four Rooms'. Kesemua filem-filemnya seolah-olah konsisten dari segi arahan dan kualitinya. Kita dapat melihat bahawa filem-filemnya adalah hasil seorang pencinta filem yang membikin filem. Dan keikhlasan inilah yang membuatkan kita (yang meminati filem) rasa dekat kepadanya. Seolah-olah dia berjaya merealisasikan segala rasa rindu dan nostalgia kita ke dalam bentuk naratif filem.
Perkara pertama yang mengasyikkan bagi saya tentang filem ini adalah pada bahagian hadapannya, di mana ia dibuka dengan logo Shaw Brothers (sebahagian dari filem ini dikatakan telah difilemkan di studio Shaw Bros. Di Hong Kong).
Kemudian, dipersembahkan pula filem ini yang nampak sangat 'trademark' Tarantino yang sering mendapatkan ideanya dari wacana filem 'B-rated'. Justeru, 'Kill Bill, Volume 1' sememangnya mempunyai jalan cerita 'B-Rated': kisah seorang wanita yang dipanggil 'The Bride'/'Black Mamba' (lakonan Uma Thurman. Jika Yusof Haslam suka menamakan watak-wataknya mengikut nama sebenar pelakon-pelakonnya, Tarantino pula suka menamakan watak-wataknya dengan nama-nama berunsur generik seperti ini) yang ingin membalas dendam setelah beliau hampir-hampir mati dibunuh (koma selama 4 tahun). Beliau telah dianiaya oleh anggota kumpulan pembunuh (Deadly Viper Assassination Squad) yang pernah dianggotainya tatkala beliau mahu meninggalkan kumpulan ini.
Apabila Black Mamba sedar dari komanya, terus beliau memburu mereka yang telah cuba membunuhnya: Copperhead (Lucy Liu), Cottonmouth (Vivica A. Fox), California Mountain Snake (Daryl Hannah), Sidewinder (Michael Madsen), dan ketua mereka, Bill (David Carradine).
Jadi filem ini tertumpu pada niat 'Black Mamba' ingin membalas dendam. Tetapi yang menariknya, jalan cerita yang digunakan agak kreatif. Setiap watak yang ingin diburu atau dibunuh akan diceritakan kembali (dan percayalah, kita memang mahu tahu tentang latar belakang mereka). Filem ini yang menariknya dibahagikan kepada 'chapter'. Salah satu 'chapter' yang ada, dipersembahkan dalam bentuk anime. Kepada mereka yang meminati genre anime ini, pasti akan suka kepada filem ini.
Filem ini adalah sebuah filem kung fu (atau wire-fu menurut sesetengah orang). Koreografi kung fu oleh Yuen Wo-Ping, (yang cukup laku di Hollywood. Hasil kerjanya dapat kita lihat dalam filem seperti 'The Matrix' movies, 'Charlie's Angels,' dan 'Crouching Tiger, Hidden Dragon') jadi tak hairanlah jika ada adegan yang nampak seperti dalam filem 'Crouching Tiger, Hidden Dragon' apabila Black Mamba bertempur dengan pengikut-pengikut Copperhead atau O-Ren Ishii dalam sebuah restoran yang besar.
Sememangnya Tarantino banyak mengikut (saya tak mahu gunakan istilah 'meniru', maka digantikan lah pula dengan istilah 'mengikut' di sini, kerana beliau dikatakan mahu 'pay homage' atau memberikan penghormatan kepada filem-filem yang disukainya) banyak teknik serta jalan cerita filem-filem dari Timur Jauh dan filem-filem 'B-rated' dari era 70-an dan 80-an dahulu. Jadi, akhirnya apa yang dipersembahkannya kelihatan seperti halwa mata kepada peminat-peminat filem. Kepada mereka yang tidak biasa menonton filem, mungkin sukar sedikit untuk memahami naratif visual yang diguna pakainya.
'Kill Bill, Volume 1' tidak banyak mengupas tentang watak Bill. Mungkin ini satu teknik bijak dari Tarantino agar penonton akan terus mengikuti Volume 2. Satu perkara yang menarik tentang Kill Bill adalah Tarantino menggunakan perbagai genre dan teknik naratif filem untuk bercerita. Tetapi mungkin perkara ini akan mendatangkan sedikit masalah kerana terlalu banyak teknik dicampuradukkan sehingga sukar untuk dicerna.
Ramai juga para pengkritik filem yang meminati filem 'Kill Bill, Volume 1' ini. Tetapi bagi saya, 'Kill Bill, Volume 1' bukanlah naskhah terbaik dari Tarantino (sebab itulah saya ingin menunggu kesudahannya nanti). Malah, kerana Tarantino jarang-jarang membikin filem, 'expectation' saya kepada filem ini pada mulanya tinggi, mungkin terlalu tinggi sehingga saya sedikit kecewa setelah habis menonton filem ini. Apa-apa pun, filem ini begitu menghiburkan. Tidak payah fikir jauh-jauh untuk memahami plot dan tema.
Filem ini tidak harus diketepikan begitu sahaja. Walaupun saya sedikit kecewa, saya masih anggap filem ini sebuah filem 'B-rated' yang baik, jika tidak yang terbaik tahun ini.
Pertama kali saya mendengar lagu 'Jika Kau Cinta' di corong radio, saya terus tertanya-tanya, siapakah gerangannya penyanyi lagu ini. 'Jika Kau Cinta' jika saya amati betul-betul mengingatkan saya kepada lagu-lagu Modern Rock yang muncul pada tahun 90-an dahulu, yang dipelopori oleh kumpulan-kumpulan seperti Lightning Seeds, Texas dan mungkin juga, The Smiths. Susunan muziknya memang bagus, lantas membuatkan lagu ini ceria, 'sublime' dan menghiburkan.
Akhirnya diketahui juga oleh saya bahawa penyanyi lagu popular 'Jika Kau Cinta' ini adalah Opick. Justeru, saya cuba mengenali penyanyi ini dengan lebih lanjut lagi, walau bagaimanapun, tidak banyak perkara tentang dirinya yang boleh saya temui menerusi carian di Internet. Mungkin Opick ini penyanyi baru jadi tidak banyak tentang perkaranya yang diberitakan di dalam laman-laman Internet.
Jadi untuk mengenali dengan lebih rapat lagi, saya pun terus pergi membeli albumnya yang bertajuk 'Tak Ada Habisnya'. Ternyata, setelah puas membelek dan mendengar isi album ini berkali-kali, bolehlah saya putuskan bahawa album ini seharusnya ada dalam koleksi peminat-peminat muzik Indonesia.
Lagu pertama dalam album ini adalah lagu 'Jika Kau Cinta'. Dari track pertama lagi kita sudah boleh merumuskan bahawa apa yang kita dengar adalah satu lagu yang akan terus melekat di dalam kepala kita sepanjang hari.
Tetap dengan konsep modern rocknya, track kedua album ini, 'Lelah Sepi Rindu Benci', kekuatan utama lagu ini terletak pada liriknya yang begitu puitis sekali (hampir kesemua lirik yang ada dalam album ini dibikin sendiri oleh Opick sendiri).
Secara ringkas, ingin saya nyatakan bahawa, selain dari kekuatan dari segi liriknya yang puitis, perhatikan susunan muzik yang terdapat dalam album ini, yang saya anggap cemerlang. Lagu-lagu seperti 'Siapa Aku', 'Yang Terindah'
Terdapat juga lagu-lagu perlahan dalam album ini, seperti lagu 'Kenalilah" dan 'Beku', tetapi tidaklah terlalu mendayu-dayu dan meleleh-leleh. Vokal Opick memang bagus, perkara ini tidak dapat disangkal lagi, maka apa sahaja yang dibawanya akan dapat dibawanya dengan baik.
Track terakhir, 'Jangan Pernah Terhenti' agak unik, memandangkan ia kedengarannya seperti sebuah lagu slow rock yang begitu mengasyikkan dalam nada melankolik tetapi dengan lirik yang saya rasa begitu optimis sekali.
Peminat-peminat muzik yang lebih sofistikated mungkin akan dapat menikmati album ini dengan lebih baik lagi, kerana rentak yang dipakai Opick agak progresif dan mungkin agak baru untuk halwa telinga mereka yang terlalu biasa dilamun dengan lagu-lagu yang berentak lebih mediocre.
Filem arahan F. Gary Gray (The Negotiator, Set it Off) ini menampilkan Vin Diesel (The Fast & The Furious, XXX) melakonkan watak Sean Vetter sebagai 'undercover' anti-narkotik, berganding bahu bersama Demetrius (lakonan Larenz Tate) yang juga merupakan teman baiknya, bersama-sama anggota skuad khas lain, berjaya menumpaskan Raja Dadah di Mexico iaitu Memo Lucero (lakonan Gino Silvo) setelah lebih 7 tahun memburu beliau. Memo merupakan penjenayah yang paling dikehendaki oleh kedua-dua negara tersebut berikutan dari kegiatan pengedaran & penyeludupan dadah di sempadan Mexico & US. Apa yang menjadikannya begitu licik ialah "beliau tidak akan bermalam di sesuatu tempat itu lebih daripada sekali". Walaubagaimanapun, beliau akhirnya tumpas (awal-awal lagi dalam filem ini) pada suatu malam tersebut seterusnya dipenjarakan hasil dari perancangan rapi skuad tersebut.
Tidak lama selepas meraikan kejayaan itu bersama isterinya Stacey (lakonan Jaqueline Obradors), dan juga rakan seperjuangan yang lain, Sean akhirnya terpaksa menerima akibat bahawa nyawa isterinya menjadi balasan terhadap penangkapan Raja Dadah tersebut, yang kini diketuai oleh ketua baru yang cuma dikenali sebagai Diablo. Isterinya ditembak mati, manakala Sean sendiri hampir terbunuh, namun dia terselamat. Di sinilah titik permulaan filem ini. Sean menjejaki dalang yang bertanggungjawab ke atas kematian isterinya.
A Man Apart merupakan filem yang boleh saya kategorikan ganas berikutan daripada banyak aksi-aksi ganas yang ditonjolkan, serta terdapat bahasa yang kasar dan beberapa adegan seks yang tidak keterlaluan. Saya memuji lakonan Vin Diesel dalam filem ini berbanding filem-filem beliau sebelumnya. Terdapat juga unsur emosi yang diwujudkan beliau setelah kehilangan isterinya namun saya fikir tidak cukup untuk mengajak penonton menghayati kesedihan beliau. Pengarah cuba sebaik mungkin mewujudkan rasa dendam dan kesedihan namun adakah aksi seorang polis membelasah sampai mati akan pembunuh upahan (yang membunuh isterinya) tersebut boleh diterima oleh sesetengah penonton? Walaubagaimanapun, saya akui yang juga tertarik dengan babak tersebut, yang memaksa rakannya melepaskan tembakan bagi menutup kesilapan yang dilakukan oleh Sean tersebut.
Filem keluaran New Line (yang biasanya menampilkan filem-filem hebat) ini terdapat kekurangan unsur cemas, skrip yang saya kira agak lemah, plot dan kesudahan yang tidaklah sukar untuk dijangka penonton. Sekali lagi, filem keluaran Amerika cuba menonjolkan aksi 'Hero Dunia' dengan menumpaskan penjenayah seperti Raja Dadah yang dikehendaki di seluruh dunia. Pun begitu, saya tetap menonton filem-filem sebegini hanya atas sekadar hiburan semata-mata. Malah, tidak pernah pula saya beli DVD original sebelum ini! (semua DVD Jack Sparrow!)
Kesimpulannya, A Man Apart hanya banyak bergantung pada kekuatan pelakonnya atau lebih tepat lagi populariti Vin Diesel sendiri. Melihat akan 'cover' & 'trailer' nya, pada mulanya saya menganggap filem ini pasti hebat, namun tidaklah seperti yang saya jangkakan. Walaubagaimanapun, saya sedikit tertarik pada babak kesudahan filem ini.... tidak pula saya menjangkakan akan penghujungnya sebegitu simple sekali.