Jumairi mendapat tahu bahawa dia akan dibawa dengan sebuah ambulans yang telah ditempah khas untuk memindahkannya ke sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur pada malam semalam. Dia juga telah mendapat tahu bahawa Salina telah menguruskan segala-galanya agar perkara ini dapat dilakukan dengan lancar.
Jumairi banyak kali memerhatikan hubungan di antara Salina dan Rahmat. Sebelum ini, Rahmat tidak pernah memberitahu kepadanya tentang kawan-kawannya di Kuala Lumpur. Kali ini, ketika dia menemuinya, tiba-tiba sahaja Rahmat membawa Salina bersamanya. Perkara ini sememangnya telah mengejutkannya, namun begitu dia dapat menerima kehadiran Salina di dalam hidupnya dan khususnya Rahmat dengan baik.
Jumairi cukup senang melihat hubungan yang terwujud di antara Salina dengan Rahmat. Didapatinya Salina seorang yang cukup prihatin terhadap dirinya, juga orang-orang yang terdekat dengannya. Semalam petang, Jumairi telah berpeluang untuk bertemu dengan ibu dan bapa Salina yang telah datang melawat dari Johor Bahru. Mereka telah datang untuk melawatnya setelah Salina memberitahu kepada mereka tentang keadaannya dirinya yang terlantar di hospital.
Sejuk hati Jumairi melihat budi pekerti Salina yang baik serta perwatakannya yang sopan serta lemah lembut. Semalam, barulah diketahuinya bahawa Salina adalah seorang anak kacukan, walaupun persoalan ini telah bermain-main di dalam benak fikirannya sejak kali pertama dia bertentang mata dengan Salina. Bapanya, Leone Alberti atau nama Islamnya Sulaiman Abdullah adalah seorang yang peramah - maka fahamlah Jumairi di mana datangnya sikap peramah Salina itu dan kecantikannya pasti datangnya dari ibunya yang masih kelihatan jelita walaupun umurnya telahpun mencecah setengah abad.
Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, Jumairi telah meminta agar Rahmat pulang ke rumahnya di kampung dan mengambil sebentuk cincin yang masih tersimpan dengan baik di dalam almarinya. Jumairi telah meminta agar Rahmat membawa cincin tersebut kepadanya pada pagi itu sebelum dia dibawa ke Kuala Lumpur. Dan ada sesuatu yang penting yang ingin diamanahkan kepadanya nanti, katanya.
“Ibu dan bapak kamu bagaimana?” tanya Jumairi kepada Salina yang sedang mengemaskan beberapa barangan kepunyaan Jumairi lalu dimasukkannya ke dalam sebuah beg kecil. Salina menemani Jumairi sementara menunggu ketibaan pembantu kesihatan, sambil-sambil masih menanti ketibaan Rahmat yang pergi mengambil salinan bil hospital dari pejabat pengurusan.
“Mereka sihat sahaja. Sebelum mereka pulang ke JB malam semalam, mereka sekali lagi kirim salam kepada pak cik. Mereka harap pak cik akan beransur sihat. Mereka akan ke KL nanti untuk melihat perkembangan pak cik di sana.” Jelas Salina dengan tertib. Setelah jam tangan kepunyaan Jumairi dimasukkan ke dalam beg kecil yang dipegangnya, beg tersebut ditutup zipnya dengan penuh berhati-hati.
“Apa yang ibu dan bapa kau bualkan dengan Rahmat semalam. Lama aku tengok mereka berbual di luar.” tanya Jumairi.
“Mereka bertanyakan kepada Rahmat tentang pak cik. Mereka juga saya rasa mahu berkenalan dengan Rahmat. Mereka memang macam tu, pak cik. Sejak saya kecil lagi, semua kawan-kawan saya mahu mereka dikenali.”
“Kamu dengan Rahmat... Kawan sahaja?”
“Ya pak cik. Kami berkawan. Sebenarnya kami baru sahaja berkenalan.” Jawab Salina malu-malu. “Kami mula berkenalan bila dia datang ke pejabat saya--”
“Aku tahu kau suka dengan si Rahmat tu.” Jumairi melemparkan sekuntum senyuman kepada Salina yang bentuknya hampir sama dengan senyuman nakal dari Rahmat.
Salina tidak menjawab. Dia sedikit terkejut mendengar kalimah-kalimah itu keluar dari mulut Jumairi. Salina hanya mampu membalas senyumannya.
“Saya sebenarnya dua tahun lebih tua dari Rahmat, pak cik. Jadi--”
“Sejak bila pula umur jadi penghalang?”
“Penghalang kepada apa pak cik?” tanya Salina dengan nada mengusik.
“Pak cik tahu pak cik tak ada banyak masa lagi di dunia ni. Jadi, satu-satunya perkara yang pak cik mahu pastikan adalah kehidupan Rahmat terurus. Pak cik tak mahu dia melakukan segala kesilapan yang pernah pak cik lakukan dahulu. Pak cik mahu dia bahagia. Pak cik dapat rasakan, dia akan dapat kecapi kebahagiaan yang dia cari-cari semala ini jika dia bersama kamu.”
“Soal hidup dan mati, jodoh pertemuan tu semua di tangan tuhan, pak cik...” Salina memegang tangan Jumairi dengan erat. “Entahlah pak cik... Mak dan bapa saya pun cakap benda yang sama kepada saya semalam...”
“Apa yang mereka kata?”
“Mereka tanya kepada saya, bila lagi saya nak berkahwin. Mereka fikir saya dan Rahmat dah lama berkenalan dan kami mempunyai hubungan yang lebih erat dari sekadar seorang sahabat biasa. Mungkin salah faham tu berlaku bila mereka lihat saya telah ke sini mahu membantunya--”
“Kau ada hati dengan Rahmat?” tanya Jumairi sambil tersenyum walaupun dia sudah dapat meneka jawapannya.
Salina serba salah mahu menjawab soalan tersebut dari Jumairi. Katanya dengan suara yang tenang:
“Saya memang ada menaruh perasaan kepadanya. Tetapi saya tak tahu jika selama ini saya sekadar bertepuk sebelah tangan.”
“Aku sebenarnya cukup kenal dengan si Rahmat tu... Dari gerak-gerinya, aku dah boleh agak dia suka dengan kau, cuma dia belum bersedia untuk memberitahu kepada kau, agaknya...”
Salina tidak menjawab. Dia sekadar mendengar apa yang ingin dikatakan lagi oleh Jumairi kepadanya:
“Mereka tahu tentang pekerjaan Rahmat dan kedudukan keluarga kami?”
“Mereka tahu. Mereka tidak pentingkan itu semua. Mak saya sendiri dari sebuah keluarga yang susah. Mereka ada cakap semalam kepada saya... Mereka tidak kisah siapa yang saya pilih sebagai kawan... Atau calon suami, asalkan saya bahagia. Itu yang penting bagi mereka...”
Rahmat tiba-tiba masuk ke dalam wad. Dia menyerahkan bil rawatan hospital yang ada di tangannya kepada Salina. Salina cepat-cepat memasukkan bil tersebut ke dalam beg tangannya.
“Awak berbual pasal apa tadi?” tanya Rahmat sambil mendekatkan dirinya kepada bapanya.
“Kita gossip pasal awak lah, apa lagi!” Salina menjeling manja. Rahmat tersengih sendiri. Jumairi cukup senang melihat Rahmat kembali ceria dan tidak murung seperti semalam.
“Ayah... Ini cincin yang ayah suruh saya cari semalam. Hampir setengah jam saya mencari barulah jumpa.” Rahmat menyerahkan sebentuk cincin yang selama ini tidak pernah dilihatnya kepada Jumairi.
“Cincin ini kepunyaan ibu kamu, cincin kahwinnya. Dia tinggalkan cincin ini kepada aku bila kami berpisah dahulu,” ujar Jumairi dengan perlahan. Dia mengamati cincin emas yang bertatahkan berlian itu. Memori suka duka dia bersama bekas isterinya tiba-tiba membasahi jiwanya. Jumairi menarik nafasnya panjang-panjang. Nafas penuh rasa kesal. “Aku pernah sayang dengan ibu kau itu setengah mati, walaupun selama ini aku beritahu kepada kau yang aku membencinya. Aku mahu meminta maaf jika aku dah tanamkan rasa benci kau kepada ibu kau tu selama ini. Aku tak sepatutnya melakukan ini semua.”
Rahmat berdiri kaku. Perasaannya sedikit terganggu mendengar penjelasan dari Jumairi tadi.
“Salina, aku mahu kau terima cincin ini.” Jumairi memegang kedua belah tangan Salina lalu menyerahkan cincin tersebut kepadanya. “Tak banyak harta yang aku ada untuk aku serahkan kepada kau untuk membalas segala budi baik kau kepada aku. Tapi ini sahaja yang aku ada...”
Salina termanggu buat beberapa ketika. Dia memandang ke arah wajah Rahmat yang kini nampak sedikit kabur.
“Saya tidak boleh terima pemberian pak cik ini. Lagipun saya tolong pak cik dengan iklas.” perasaan sebak mula melanda dirinya. Salina berharap Rahmat akan mengatakan sesuatu kepada bapanya, tetapi Rahmat terus tercegat berdiri tanpa sepatah perkataan pun terkeluar dari mulutnya.
“Aku juga ikhlas mahu memberi. Aku harap, kau jagalah nanti cincin ini baik-baik.” Jumairi menyarungkan cincin tersebut ke jari manis tangan kanan Salina. Salina tertunduk akur.
“Rahmat... Aku harap kau akan dapat jaga Salina ini betul-betul. Salina ini baik budaknya.”
Rahmat mengangguk sekali. Dia perpaling ke arah Salina yang sedang memandang sayu ke dalam wajah Jumaini.
“Satu lagi... Bila kau pulang ke KL nanti. Aku harap kau akan mencari ibu kau tu. Mungkin dia akan dapat jelaskan segala-galanya kepada kau tentang aku dan mengapa dia tinggalkan aku dahulu. Aku mahu kau tahu sendiri darinya.”
Rahmat memegang tengkuknya sebelum dia mengangguk sekali lagi.
“Maaf encik, kami mahu menghantar Encik Jumairi masuk ke dalam Ambulans.” Ujar seorang pembantu perubatan kepada Rahmat. Mereka meminta agar Rahmat dan Salina keluar dari wad agar dia serta dua orang rakannya lagi dapat melakukan tugas mereka dengan lancar.
Rahmat mencium tangan bapanya. Diikuti oleh Salina. Mereka berdua memberi ucapan selamat jalan kepadanya dan memberitahu kepada Jumairi bahawa mereka akan menunggunya di Kuala Lumpur nanti...
**
Menangani Media - Berikut merupakan soalan-soalan cepumas yang akan ditanyakan oleh media kepada pelajar-pelajar Akademi Impiana 2 apabila mereka terkenal kelak dan apa yang mungkin akan dijawab oleh mereka
Soalan dari media: Terdapat tohmahan-tohmahan di dalam beberapa buah forum dan laman di Internet yang mengatakan kerana anda seorang pereka fesyen yang lembut ditambah dengan kecenderungan anda suka memakai pakaian ala wanita lengkap bertocang, bahawa anda adalah seorang lelaki gay... Jawapan: Bukan semua pereka fesyen itu gay! Saya tahu saya lembut tapi saya suka dengan perempuan yang pandai bergaya dan nampak jelita dan absolutely fabulous seperti saya.
Soalan dari media: Mengapa awak suka membetulkan dandanan rambut awak dan melihat wajah awak di cermin setiap tiga minit? Jawapan: Saya telah dinasihati oleh seorang pakar rambut agar melakukan membetulkan rambut saya setiap masa agar rambut saya nanti tidak gugur.
Soalan dari media: Adakah kamu sememangnya seorang jejaka yang nakal? Jawapan: Rilek lah brader. Tak syok lah nanti kalau Misha tahu pasal benda ni!
Soalan dari media: Kenapa saudari suka menyebut “breep-breeep?” Jawapan: Breep-breeeeeeeppppp!
Soalan dari media: Mengapa anda suka menukar irama sesebuah lagu yang anda terima kepada irama R&B sehingga mengubah jiwa lagu tersebut? Jawapan: (mengulangi kembali soalan yang dikemukakan kepadanya dengan lenggok R&B tanpa menjawab jawapan yang ditanya kepadanya)
Soalan dari media: Adakah saudari sedar suara saudari sumbang dan saudari mempunyai masalah untuk mengenali tone muzik? Jawapan: Ermm... (termenung selama dua minit) Apa kau cakap tadi? Kamik tak paham!
**
Mantera meng-R&B seperti mana yang tidak akan dinyanyikan oleh Khir di dalam Konsert Akademi Impiana nanti (Lirik oleh Dom Junior)
Oh! Sedapnya udang yang diberi Sehingga aku Memakan tanpa terhenti Agar aku bisa menyanyi Penuh lenggok stail Bagaikan berada di BB
Oh! sepuluh ekor udang lagi, Ku baham bersama
Boboy di sarapan pagi Tapi kini aku tanggungni disuntik kerna gatal dan alergi Telantar di sofa Untuk -ÃÂ menagih undi simpati
Biar apa lagu diberi Ku tetap kan R & B Berkali-kali telah diteguri Nyayian ku tetap R&B Ku seru mantera kusendiri Mantera meng - R&B.
“Eh tak kuasa hem tengok Akaq Azmil bukak step silat!” Ujar Linus kepada Gundutz sewaktu Azmil sakan bercerita tentang lagu Mentera Semerah Padi yang bakal dinyanyikan oleh Khir.
“Hem tengok pon takut, sundels! Ye lah, dengan rambut blond bagai dia tuh bukak pencak silat!” Balas Gundutz.
“Macam srikandi handalan gituh kan?”
“Macam Tun Fatimah der blond, bley?” Gundutz cepat-cepat berpaling ke arah Timah untuk menunggu balasan kata-kata pedas darinya. Tetapi Timah terus diam. Matanya kaku ke kaca TV.
Timah terus diam walaupun penyanyi kesayangannya, Khir sedang beraksi di kaca TV. Khir dengan lenggok suara lembutnya telah menyanyikan lagu Mentera Semerah Padi dengan bersungguh-sungguh. Seperti biasa, dia seboleh-bolehnya mahu meng-R&Bkan lagu ini sehingga Puan Siti Hawa terpaksa memintanya menyanyikan bait-bait lagu ini mengikut iramanya yang betul. Menurut Puan Siti Hawa kemudian: “Lagu ini dibentuk untuk orang yang berperawakan tegas.”
“No wonder susah si Khir ni nak bawak lagu ni,” ujar Gundutz dengan nada memerli, “si Khir ni kan sotong. Nak tegas macam mana, kan? Nyanyi macam gayah der siti coverina ada lah!”
Timah tak sekalipun berganjak dari tempat duduknya, mahupun bersuara untuk membantah apabila Gundutz mengeji penyanyi kesayangannya itu. Apabila Linus dan Gundutz mengajuk cara Khir berlakon seperti Mak Enon pun dia masih terus diam.
Linus kasihan melihat keadaan si Timah. Sebaik sahaja rancangan Diari Akademi Impiana selesai, dia terus bersuara kepada Timah:
“Timah... Kenapa dengan kau ni? Tadi bila kau datang ke sini aku tengok mata kau bengkak macam orang baru lepas nangis. Lepas tu, sejak semalam aku tengok ko diam jer. Seswatuh sangat!”
“Tak ada apa-apa lah.” Jawab Timah perlahan.
“Tak ada apa-apa apakejadahnya? Selalunya kau akan bagi statement: 'Tak ada apa-apa lah! Kau kepoh apasal?'” Linus sengaja mengajuk cara kebiasaan Timah menjawab kata-katanya sebelum menambah lagi. “Kalau kau rindu sangat dengan si Rahmat tu... Call jer lah!”
“Tak nak lah.” Timah menggeleng lemah.
“Kau off phone kau, kan?”
“Dah tu apasal? Tak boleh ke aku off kan phone aku sendiri?”
“Mana tahu si Rahmat nak call kau ke?”
“Biar lah dia nak call ke apa...”
“Tak baik lah Timah, oiiii!” Gundutz bercekak pinggang, “mana tahu dia cuba call kau ke, apa ke--”
“Malas lah nak layan dia lagi!”
“Sudehhhh! Takdamaknanya! Ko hengat hem tak tahu ko dok melalak kat rumah?” Gundutz menjeling, walaupun di dalam hatinya dia cukup kasihan melihat keadaan Timah sekarang. “Kalau ko rindu kat dia cakap je lah. Mengaku kat hem kan senang?”
“Kau sayang dia, kan Timah?” Linus bertanya dengan suara perlahan persis keibuan.
“Entahlah...”
“Nok... Kalau ko cakap ko vencis dia pon, adik-adik macam kita ni tahu apa yang tersimpan dalam lubuk hati kau tu.” Jelas Gundutz. “Sebaik-baiknya ko call dia nok. Sedih hem tengok keadaan ko tak semenggah macam ni. Hem rindu sangat dengan molot kak nam ko tu.”
“Aku rasa dia ada orang lain.” Timah ke dapur untuk mengambil bekal makanan yang selalu disediakan oleh Gundutz untuknya. “Sebab tu lah dia dah banyak berubah. Banyak sangat dia nak rahsiakan.”
Gundutz dan Linus saling berpandangan. Mereka rasa serba salah. Sememangnya mereka telah lama mengetahui tentang hubungan intim antara Rahmat dengan Salina.
“Kalau boleh, aku tak mahu tahu apa-apa pasal dia lagi. Malas dah aku nak layan kerenah dia tu. Lagipun kumbang bukan seekor!” kata Timah tak bertapis-tapis. Dia terus keluar dari rumah Gundutz. Di dalam keadaan marahnya itu dia masih tidak mampu melupakan Rahmat.
Timah pulang ke rumahnya. Timah seboleh-bolehnya mahu menanam rasa bencinya terhadap Rahmat agar dia dapat melupakannya. Sekurang-kurangnya buat sementara waktu ini...
**
Rahmat bangun awal pada pagi itu. Didapatinya, Salina sudah lama bangun dari tidur. Malah, Salina sedang berada di dapur bersama Mak Ngahnya sambil menyediakan sarapan pagi. Salina kemudian keluar bersama Mak Ngah sambil menatang dulang penuh dengan makanan dan minuman yang telah mereka sediakan bersama.
Salina sedang memakai baju kurung berwarna biru. Sebelum ini Rahmat tidak pernah melihat Salina memakai baju kurung, inikan pula baju kurung yang layaknya dipakai pada hari Raya. Salina memang kelihatan ayu pada pagi itu. Rahmat tergamam buat beberapa ketika melihatkan kejelitaan Salina.
Mak Ngah dan Pak Ngah nampaknya suka melihat kehadiran Salina di dalam hidup mereka. Sememangnya mereka tidak mempunyai anak perempuan. Anak-anak lelaki mereka pula masih bujang. Yang paling tua berusia 19 tahun. Dan mungkin sebab itulah Mak Ngah sakan melayan Salina yang suka berceloteh dengannya. Belum apa-apa, Mak Ngah sudah mahu mengambil Salina sebagai anak angkatnya sendiri.
Mak Ngah dan Pak Ngah pada mulanya terkejut melihat Rahmat membawa Salina ke rumah mereka lewat malam semalam. Tetapi Rahmat memberitahu mereka bahawa Salina adalah kawan baiknya dan ingin membantu. Di dalam benak fikiran mereka, sudah tertanam anggapan bahawa Salina adalah kekasih Rahmat, jika tidak, masakan Rahmat mahu membawanya pulang ke kampung?
Lagipun, layak benar jika Rahmat cepat-cepat mendirikan rumahtangga, fikir Pak Ngah dan Mak Ngah – itulah yang telah mereka bincangkan sewaktu mereka mula-mula berkenalan dengan Salina pada malam sebelumnya. Rahmat seusia dengan bapanya ketika bapanya dahulu mula mendirikan rumahtangga dengan isterinya dahulu. Dan mereka pula melihat Salina sebagai calon isteri yang cukup sesuai untuk Rahmat. Kedua-duanya sama-sama elok rupa parasnya. Tak elok juga rasanya mereka melihat Rahmat membawa anak dara orang seperti Salina ke mana-mana dia pergi. Lebih baik rasanya mereka berkahwin dari mengundang fitnah dari orang kampung! Itulah yang mereka fikirkan...
Selepas bersarapan, mereka berempat terus ke hospital dengan berkereta. Salina berkali-kali meminta maaf kepada Pak Ngah dan Mak Ngah kerana bahagian tempat duduk penumpang keretanya agak sempit. Mereka nampaknya tidak kisah. Tatkala dalam kereta, mereka lebih banyak berbual dengan Salina yang peramah itu. Pelbagai soalan yang mereka tanyakan kepada Salina, seperti pekerjaannya sehinggalah ke latar belakang keluarganya.
Mereka berempat tiba di hospital dan terus ke wad ICU untuk menemui Jumairi, bapak kepada Rahmat. Dari luar wad ICU, mereka dapat melihat bahawa keadaannya semakin stabil. Dia sedang berada dalam keadaan sedar, walaupun wajahnya pucat. Jururawat yang mereka temui hanya membenarkan seorang dua sahaja pelawat datang untuk melawat. Pak Ngah dan Mak Ngah mengesyorkan agar Rahmat dan Salina sahaja pergi menemui Jumairi.
Rahmat terus memeluk bapaknya sebaik sahaja dia masuk ke dalam kamar ICU.
Jumairi mendapati anak tunggalnya itu sedang menangis teresak-esak di atas dadanya. Jumairi cuba memujuk anaknya itu agak berhenti menangis, sambil sesekali memandang ke arah Salina.
“Dah... Jangan nangis lagi. Anak lelaki tak bagus nangis macam ni.” Jumairi mengangkat kepala Rahmat. Dia menyapu air mata Rahmat yang berlinangan jatuh membasahi bajunya.
Rahmat mengangguk patuh. Dia berpaling ke arah Salina. Kemudian kepada bapanya:
“Ayah... Ini Salina, kawan saya.”
Jumairi menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Salina. Dia tersenyum. Dia cuba duduk berbaring. Cepat-cepat Salina dan Rahmat membantunya.
“Keadaan ayah dah baik dah. Esok lusa keluarlah ayah dari hospital ini. Kau tak perlu risau.” Jumairi berkata dengan suara tenang.
“Ayah perlu berehat...”
“Aku tak suka lama-lama duduk dalam hospital ni. Nanti tak terbayar pulak--”
“Ayah tak perlu risau tentang hal tu semua. Duit boleh dicari, yah.”
“Aku tak mahu susahkan kau, Rahmat.” Mata Jumairi layu memandang ke arah anaknya itu.
Seorang doktor tiba-tiba masuk ke dalam wad. Dia memerhatikan Rahmat dan Salina. Dia bertanyakan kepada Rahmat jika dia adalah anak kepada Jumairi. Rahmat mengangguk. Doktor berbangsa Serani itu meminta agar Rahmat menemuinya di luar. Ada sesuatu yang ingin dibincangkan dengannya.
Rahmat mengekorinya berjalan keluar dari wad ICU. Salina menurut dari belakang. Doktor Fernandez membawa mereka ke bahagian yang agak sepi di hospital tersebut, lalu memulakan perbincangannya dengan Rahmat dan Salina:
“Kita perlu membawanya berjumpa dengan doktor pakar.”
“Tapi dia nampak sihat saja!” Ujar Rahmat. Suaranya tersekat-sekat. “Dia kata dia nak keluar dari hospital ni secepat mungkin--”
“Dia nampak sihat sahaja sekarang, tetapi pendarahan di kepalanya dah mencapai tahap kritikal.” Beritahu Doktor Fernandez dengan nada yang mendatar. “Jika dia terus dirawat di sini, kita mungkin tidak boleh menyelamatkannya. Terus terang ingin saya katakan di sini bahawa dia mungkin ada dua atau tiga minggu sahaja untuk hidup jika kita tidak melakukan rawatan lanjut terhadap dirinya.” Doktor Fernandez menggigit bibirnya sendiri. Memang menjadi kewajipannya untuk memberitahu kepada Rahmat tentang hal ini, walaupun dia rasa bersalah untuk memberitakan hal sebegini rupa kepadanya.
Wajah Rahmat berubah pucat. Salina memegang bahu Rahmat dengan erat.
“So when do you reckon we should bring him to see a specialist?” Tanya Salina dengan nada yang tegas.
“As soon as possible. But it can be expensive. That's all I can tell you right now. Encik Jumairi probably has go though a process called embolization, which involves closing off the vessels of the arteriovenous malformation in his brain by injecting glue into them. This is a very intricate process. Only a specialised neurosergeon in KL can perform this...”
“Just arrange everything for us doctor. For the time being, just make sure that he'll get to KL safely. I'll take care of any oustanding bill.”
“Awak tak perlu susah-susah nak bantu saya...” Rahmat memeluk tubuhnya sambil berpaling ke arah Salina.
Salina merenung ke dalam mata Rahmat dengan satu pandangan yang terus membuat Rahmat kelu. Rahmat seolah-olah faham bahawa Salina mahu melakukan yang sebaiknya untuk membantu.
Doktor Fernandez mengangguk. Dia bersalaman dengan Rahmat dan Salina. Dia kemudian berjalan bergegas ke pejabatnya untuk menguruskan kerja-kerja membawa Jumairi dari Hospital Muar ke Pusat Perubatan Pantai yang terletak di Bangsar.
Rahmat mendongak sambil belakangnya bersandar ke dinding. Dia mengeluh sedih.
“Saya tak tahu bagaimana nak membayar kos pembedahannya nanti. Kepala saya dah buntu. Saya bukan orang senang!” jelas Rahmat kepada Salina. Wajahnya masih pucat. Matanya berkaca-kaca.
“Kita jangan fikirkan tentang itu semua dahulu. Yang penting, kita dapatkan nasihat pakar di KL. Kita tanya berapa kos pembedahan tu nanti. Lepas tu kita cuba berusaha untuk dapatkan wang yang diperlukan...”
Rahmat mengangguk setuju. Salina mengeluarkan kertas tisu dari beg tangannya. Dia mengelap bahagian mata Rahmat yang lembab dengan lembut. Rahmat memegang tangan Salina lantas mengucupnya sekali sambil mengucapkan kalimah “terima kasih” dengan perlahan...
31.Si gadis terus memandu keretanya pada malam itu. Dia dapat melihat wajah si jejaka yang sugul. Si jejaka hanya mendiamkan dirinya. Hanya sesekali dia bersuara meminta si gadis agar jangan membawa keretanya terlalu laju. Si gadis kemudian cuba menenangkan fikiran si jejaka dengan memainkan kompilasi lagu-lagu lama tahun awal 80-an yang terdapat dalam koleksi cekera padatnya.
32.Lagu demi lagu dari cekera padat itu berkumandang memecahkan suasana hening pada malam itu. Kemudian, sewaktu lagu seorang penyanyi popular pada era tersebut dimainkan, tiba-tiba si Jejaka meminta agar lagu tersebut dihentikan. Si gadis menurut sahaja dalam perasaan kehairanan, kerana sebelum ini, lagu-lagu yang dibawa oleh penyanyi lain langsung tidak dipedulikan jejaka. Tanya si gadis:
“Kenapa awak tak suka dengan lagu tadi?”
“Saya ada sebab saya sendiri...”
“Saya cukup minat dengan lagu-lagu nyanyian Saliza Malik ni. Mak saya pun minat... Sekarang dia jadi pelakon pulak, kan?”
Si jejaka tidak menjawab. Dia memandang kosong ke luar tingkap kereta. Suasana malam agak gelap. Entah apa sahaja yang sedang direnungkannya pada ketika itu. Si gadis menambah lagi dengan harapan sekurang-kurangnya si jejaka akan terhibur dengan celotehnya pada malam itu:
“Kawan saya, dia ni wartawan hiburan... Dia pernah menemu ramah Saliza Malik untuk majalahnya. Ye lah, dia kan tiba-tiba jadi popular sejak dua tiga tahun lepas bila dia mula jadi spokesperson untuk produk kecantikan Layla Los Angeles. Kawan saya ada tanya dia... Mengapa wajah dia tiba-tiba sahaja makin muda. Bentuk hidung dan dagunya pun dah berubah. Dia kata berkat air sembahyang. Tapi kelakar lah kan, not like we are all stupid tak tahu apa tu botox dan kegunaannya. Macam lah kita semua tak pernah tonton rancangan Extreme Makeover tu semua!”
“Hmmm...”
“Bila kawan saya sempat juga tanya... Ke mana dia menghilang sebelum wajah dia ni tiba-tiba jer jadi semakin cantik. Dia kata pergi umrah. Tapi bila selidik punya selidik, rupa-rupanya dia pergi ke New York buat pembedahan plastik.”
Si jejaka mengeluh. Dia memandang ke arah si gadis, seolah ada sesuatu yang ingin diberitahunya kepada si gadis. Hatinya berat untuk memberitahu, tetapi dirasakannya dia perlu memberitahu kepada si gadis perkara yang lama terbuku di dalam hatinya:
“Saya minta maaf jika saya suruh awak berhenti dari terus memainkan lagu Saliza Malik tadi. Saya tahu lagu tu pernah popular satu ketika dahulu dan sebab lagu tu, sampai sekarang orang akan kenang dia sebagai artis popular tahun 80-an. Ada pula orang yang anggap dia diva seperti kawan saya Gundutz dan abang Linus. Tapi saya memang tak suka dengannya!”
“Kenapa?”
“Sebab dia pernah tinggalkan saya dan bapa saya semata-mata kerana nak kejar impiannya sebagai seorang penyanyi--”
“Saya tak faham--”
“Dia ibu saya, Salina. Ibu saya yang tidak pernah saya kenali... Dia tinggalkan saya ketika saya berumur 2 tahun. Dia ke KL sebab nak jadi penyanyi. Bila terkenal, kami terus dilupakannya, seolah-olah saya dan bapa saya tak pernah wujud di dalam hidupnya. Kemudian dia minta cerai dari bapak saya supaya dia dapat menjadi isteri kedua Datuk Hassan tokoh korporat yang terkenal tu. Cuba awak bayangkan... Saya membesar tanpa mengenali kasih sayang seorang ibu sepertinya.”
“Saya mintak maaf. Saya tak tahu hal ni...”
33.Si gadis memandang ke arah wajah si jejaka. Dia sedang menggosok-gosok wajahnya berkali-kali dengan kedua belah telapak tangannya. Si jejaka kemudian memeluk tubuhnya sambil berkata:
“Sebab itulah agaknya saya tak suka dengan penyanyi ni semua. Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan mereka jadi glamor dan terkenal. Ada yang sanggup tinggalkan anak sendiri semata-mata nak jadi penyanyi. Yang sanggup menipu dan berbohong tu jangan cerita lagi lah!”
“Apa yang ibu awak lakukan memang salah--”
“Sebab itulah saya tidak mungkin boleh maafkan dia. Saya pun tak tahu apa yang dia dapat dengan jadi penyanyi tu sampai sanggup tinggalkan bapa saya di kampung. Awak tahu tak? Malu bapak saya dibuatnya! Sampaikan ada orang tuduh dia tak pandai jaga bini sendiri!”
“Yang sudah tu sudah...”
“Saya telah ke KL dengan tujuan untuk satu hari nanti saya akan dapat bertemu dengannya.”
“Tapi kenapa?”
“Saya dah cakap dulu... Saya nak tahu mengapa dia lakukan ini semua kepada saya dan bapa saya.”
“Saya mungkin boleh membantu--”
“Bagaimana?”
“Saya kenal dengan director yang buat infomercial Layla Los Angeles dengan dia. Mungkin dia boleh membantu. Kalau tak, saya boleh tanya kawan saya wartawan hiburan tu...”
34.Si jejaka mengangguk. Dia nampak kelesuan. Perjalanan untuk ke Muar semakin dekat. Dia memikirkan tentang keadaan bapanya di sana. Timbul pula rasa kesal yang amat mendalam di dalam jiwanya. Katanya kepada si Gadis:
“Saya tak sepatutnya berada di KL bila saya tahu dia sakit di kampung. Ini semua salah saya.”
“Rahmat... Ini bukan salah awak. Dah takdir dia sakit. Awak tak boleh buat apa-apa kecuali berdoa agar dia cepat sembuh.”
35.Si jejaka mengeluh. Matanya kosong memandang ke arah jalan yang gelap di hadapannya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluarnya. Dia ingin melihat jika Timah ada menghantar mesej kepadanya seperti mana yang selalu dilakukan kepadanya. Tidak ada sebarang mesej yang diterimanya. Perasaan kecewa yang amat sangat mula menyelubungi dirinya...
**
Timah kelihatan sugul sewaktu sedang menonton rancangan Akademi Impiana pada malam itu. Dia langsung tidak berkata-kata mahupun menjamah mee goreng yang telah dimasak oleh Gundutz.
Timah langsung tidak memberi sebarang komen sewaktu Gundutz memberitahunya bahawa pelajar yang paling diminatinya, Khir terkena alergi gatal-gatal di kulitnya kerana terlalu banyak makan udang pada hari sebelumnya.
Timah masih terus diam walaupun Sia kelihatan seperti mahu dihumban oleh Puan Siti Hawa sewaktu beliau mengajarnya menyanyi dengan betul.
Setiap kali Gundutz dan Linus berceloteh, mereka akan memandang ke arah Timah, seolah-olah menunggu Timah untuk membalas kata-kata mereka. Tetapi Timah terus mendiamkan dirinya.
Gundutz dan Linus kini rasa seperti ada sesuatu yang yang tidak kena kerana Timah tidak mahu melayan celoteh mereka seperti selalu.
Sejurus selepas rancangan Akademi Impiana selesai, Timah terus meminta dirinya lalu keluar dari rumah Gundutz. Wajahnya jelas nampak sedih. Seperti dia kehilangan sesuatu yang berharga di dalam dirinya.
“Dia tahu ke?” tanya Linus kepada Gundutz.
“Tahu apa ni nok?” tanya Gundutz kembali. Dia menekan butang kawalan jauhnya untuk menonton saluran MTV.
“Pasal Rahmat ler. Kan dia balik kampung dia semalam.”
“Hem tak bagitahu dia lah nok. Dia tengah mengamuk dengan si Rahmat--”
“Baguslah dia tak tahu... Haruslah dia hangin kalau dia dapat tahu Rahmat pergi balik kampung dengan Salina, kan?”
“Tu lah sebab hem tak nak masuk campur hal orang ni, nyeh.” Gundutz menukar saluran TVnya sekali lagi. Kali ini ke saluran @15. “Eh, kenapa si Rahmat balik kampung tiba-tiba ni nok?”
“Bapak dia sakit... Si Salina pulak temankan dia ke sana. Kan mak dah cakap pagi tadi!”
“Hem, tak dengar sangat apa ko bebelkan. Ye lah, pagi tadi hem sibuk dengan kerja boss hem bagi. Serabut kepala hem!”
“Apa-apa pun... Mak rasa si Timah ni ada masalah dengan si Rahmat.”
“Ye lah, Rahmat makan luar! Mana dia tak mengamuk!”
“Jahatnya molot kau nok! Mana ko tahu? Main sedap molot jer kan?”
“Alah nok... Kalau dah jantan. Boleh percaya ke?”
“Entahlah... Tapi Rahmat tu baik budaknya. Bukan sebarang-sebarang mat rempit. Mak tahu dia sayang kat si Timah tu. Kalau tak, dia tak akan susah-susah hantar si Timah tu pergi kerja tiap-tiap malam.” Kata Linus. Dia mengambil majalah Media Riadah yang menonjolkan gambar Fyrul, Adlina, Indra dan Lina Yasmin pada bahagian kulit hadapan dengan tajuk-tajuk bahan cerita seperti: “Bukan semua pereka fashion itu gay” dan “Adlina dan Indra akui hubungan mereka memang rapat”. Majalah tersebut dibelek-beleknya sambil tersenyum. “Si Rahmat tu boleh pergi jauh. But I think he has to sort out his life first... Macam banyak sangat masalah budak tu!”
Si Gundutz menaikkan kedua belah bahunya seolah dia tidak ingin tahu perihal Rahmat. Dia duduk sebelah Linus sambil membaca isi majalah Media Riadah yang langsung membuatnya ketawa berdekah-dekah. Terutamanya pada bahagian artikel di mana Fyrul seboleh-bolehnya menafikan desas-desus yang mengatakan bahawa dirinya gay seperti mana yang diperkatakan di beberapa laman serta forum di dalam Internet...
Abang Besar: You tahu tak Ramlee OS popularity rate is at all time low?
Kakak Besar: I tahu... Sampai masuk paper komplen cara dia mengajar. Ye lah, orang kita mana boleh nampak cikgu yang tegas.
Abang Besar: So what do they want, actually?
Kakak Besar: Like what they've always wanted in school. Teachers that kiss their asses.
Abang Besar: You nak tahu apa... Cikgu-cikgu yang I ingat sampai sekarang adalah cikgu-cikgu I yang garang. Yang buat I belajar dengan lebih bersungguh-sungguh--
Kakak Besar: Dah I cakap, jangan samakan diri you dengan diorang ni semua. You kan scholar. Berapa kali I kena ulang? Not everybody in Malaysia are like you. You have to think of the masses! Kat Malaysia ni... Cikgu kena hormat murid, not the other way around. At least, that's the way to go according to many of Sia's supporters...
Abang Besar: Jadi sekarang apa you nak buat?
Kakak Besar: I think we should soften Ramlee OS' image a bit. You know what, people already start thinking that he is totally responsible in choosing the songs that are suppose to be performed by the students.
Abang Besar: Ye ke?
Kakak Besar: And they are accusing him of pilih kasih. You know... Giving the so called tough songs or boring songs to the students that he doesn't like.
Abang Besar: Lawak lah peminat-peminat fanatik AI ni.
Kakak Besar: This is not funny, okay! Whatever it is, kita buat dia nampak approachable--
Abang Besar: ...Kalau boleh kita kena buat dia seperti seorang father figure sikit.
Kakak Besar: Betul tu...
Abang Besar: So what do you propose we should do?
Kakak Besar: Apa kata kita buat pelajar-pelajar AI berikan dia hadiah, as a sign that they love and appreciate him.
Abang Besar: Macam mana kita nak buat? Suruh pelajar-pelajar tu buat kad?
Kakak Besar: Let's find something warmer... Something that's adorable and something that we can leverage on.
Abang Besar: Well... Cokelat W&W ada banyak sponsor kita sekarang, jadi apa kata kalau kita tonjolkan mereka lagi?
Kakak Besar: Good idea. We can get one of their stuffed W&W... Cute kan? They'll get their brands all over the academy!
Abang Besar: Let's get Siti Hawa to bring this idea to the students. Suruh diorang berlakon or something. Kita buat lah drama sikit. You know!
Kakak Besar: Okay. Nanti I bagitahu Siti Hawa... Oh, by the way, I ada satu kotak besar penuh dengan cokelat W&W dalam kereta I. Kalau you nak, ambil ler. I dah tak larat nak makan... I tengah diet lah, yang!
**
-- Hello, Timah. Hello! Kenapa senyap jer ni.
-- Saya rasa takde mood nak cakap dengan awak lah.
-- Kenapa tak turun lagi. Dah lama saya tunggu kat bawah flat awak ni.
-- Saya dah sampai kat Kilang. Saya naik teksi.
-- Isk! Kenapa ni?
-- Saya ada hal.
-- Hal apa pulak ni?
-- Ada hal kat kilang ni lah.
-- Sebelum ni awak selalu nak datang lambat. Ni nak datang awal pulak.
-- Saya tak suka lah kalau awak pikir yang bukan-bukan pasal saya. Awak ingat apa? Saya pergi dating dengan jantan lain ke?
-- Kenapa ni? Kasar semacam je?
-- ...
-- Lain kali kalau awak nak ke tempat kerja sendiri. Bagitahu saya awal-awal. Tak payah saya tunggu kat sini macam orang bodoh.
-- Dah lah. Saya sibuk ni. Saya nak off kan phone saya lepas ni.
-- Eh, dah kenapa ni Timah? Cuba explain kat saya... Ni mesti ada yang tak puas hati dengan saya ni!
-- Saya tak suka dengan perangai awak--
-- Perangai apa ni?
-- Kenapa awak tak bagitahu kat saya awak buat iklan?
-- ...
-- Kenapa senyap ni? Awak tahu awak salah kan?
-- Salah apa pulak ni?
-- Awak bersalah sebab awak nak rahsiakan benda ni dari saya, sedangkan semua orang dah tahu!
-- Mana ada semua orang dah tahu! Awak ni main sedap cakap jer.
-- Kenapa awak tak nak beritahu kepada saya yang awak dah jadi model iklan. Kenapa awak nak berahsia dari saya?
-- Saya nak surprisekan awak.
-- ...
-- Timah. Betul ni. Saya nak awak bangga dengan saya bila saya sendiri beritahu kat awak apa yang saya buat ni. Tapi masanya belum tiba lagi. Saya belum sedia lagi.
-- Tu semua alasan!Kenapa awak selalu nak kelentong dengan saya?
-- Saya nak kelentong dengan awak buat apa? Saya serius ni. Saya memang belum sedia. Saya harap awak paham.
-- ...
-- Timah... Saya mintak maaf.
-- Awak ni, tak habis-habis tu jer lah modal awak.
-- Timah, saya memang mintak maaf dari awak kalau-kalau perbuatan saya tu menyinggung perasaan awak. Mungkin cara saya tu salah. Saya paham. Tapi memang saya tak sedia nak beritahu kat awak atau sesiapa. Yang tahu abang Linus saja. Tu pun sebab dia yang usahakan saya dapat kerja tu dan kerja baru saya ni.
-- Saya rasa awak ada banyak lagi benda awak rahsiakan dari saya...
-- ...
-- Macam ni lah. Saya pun tengah sibuk ni. Awak tak payah nak susah payah call saya lagi. Esok pun awak tak payah nak tunggu saya hantar pergi kerja. Buat sementara waktu ni, kita tak payah nak jumpa makan sama-sama.
-- Eh kenapa ni Timah! Sabar lah kalau ya, pun!
Timah menghentikan perbualan dengan memutuskan talian telefon. Rahmat cepat-cepat menelefon Timah kembali. Didapatinya Timah telah mematikan fungsi telefon bimbitnya sama sekali. Rahmat mendengus marah. Mahu sahaja dia membaling telefon bimbitnya jauh-jauh.
Rahmat memakai topi keledarnya. Dia menghidupkan enjin motornya. Sewaktu dia mahu bersiap sedia untuk beredar dari kawasan perumahan tersebut, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering lagi. Terlintas di hati Rahmat bahawa yang menelefonnya adalah Timah. Mungkin Timah mahu menelefonnya kembali untuk meminta maaf.
Rahmat meneliti skin telefon bimbitnya. Dia mendapati Pak Ngahnya di kampung sedang menelefonnya. Hatinya berdebar kerana Pak Ngahnya jarang sekali mahu menelefonnya kecuali jika ada perkara yang penting yang ingin diberitahunya.
-- Assalamualaikum...
-- Waalaikumsalam Rahmat... Ini Pak Ngah. Ini... Pak Ngah nak beritahu hal bapak kau. Dia masuk hospital Muar.
-- Yaallah! Bila?
-- Baru saja tadi. Tu sebab Pak Ngah telefon kau ni.
-- Macam mana dengan bapak saya sekarang?
-- Dalam ICU sekarang ni...
-- Saya akan pulang ke Muar sekarang juga!
-- Baguslah kalau macam tu. Nanti kita jumpa saja di sini.
Kepala Rahmat tiba-tiba buntu. Kepalanya kosong buat beberapa ketika. Dia memandang ke telefon bimbitnya. Langkah pertamanya adalah untuk menelefon Timah. Dia ingin mengadu nasib kepada Timah. Tetapi dia tidak dapat menghubungi Timah.
Rahmat membuka topi keledarnya. Dia menarik nafasnya panjang-panjang. Dia rasa seperti mahu menangis, tetapi ditahannya air matanya itu dari mengalir.
Kemudian, seolah mengikut gerak hatinya, dia menelefon Salina.
-- Hello...
-- Hello, Rahmat. Tengah buat apa tu? Dah makan?
-- Belum...
-- Kenapa suara awak sedih je ni?
-- Entah, saya pun tak tahu kenapa saya call awak ni. Saya cuma nak beritahu pada awak esok kita tak boleh lunch bersama. Saya nak balik ke Muar.
-- Kenapa?
-- Arteriovenous malformation... Dia ada masalah pada bahagian saraf otaknya sejak beberapa tahun yang lepas, tapi sekarang dah kritikal agaknya. Kemungkinan ada pendarahan... Dia sekarang di ICU.
-- Awak... Apa kata kita ke sana dengan kereta. Maksud saya... Saya yang drive. Cepat sikit. Lagipun mungkin kepala awak berserabut sekarang ni. Nak bawak motor pun bahaya...
-- Saya tak nak susah-susahkan awak.
-- No I insist!
-- Tapi--
-- Rahmat... Saya ingin menolong. Saya ikhlas mahu menolong. Ini kata akhir dari saya... Saya akan berjumpa awak di kondo Linus dalam masa setengah jam. Kita berjumpa di sana nanti. Lepas tu kita terus bertolak ke Muar bersama.
-- Baiklah...
Rahmat tidak menolak pelawaan dari Salina. Yang penting baginya sekarang adalah untuk berana di Muar secepat mungkin agar dia dapat menemui bapanya yang sedang berada dalam keadaan tenat sekarang...
**
Berikut merupakan permainan "Denda Roda Impiana" yang dimainkan oleh para pelajar Akademi Impiana. Dalam permainan ini, roda diputar dan pelajar diwajibkan untuk melaksanakan "denda" yang terpaksa mereka lakukan mengikut putaran roda:
Denda 1: Hempaskan pen marker ke atas atas lantai dan jerit kuat-kuat: “Kamu ingat ini sekolah apa? Main-main ya?”
Denda 2: Cuba memahami dan menerima hakikat bahawa Johnny dan Jenny adalah sebenarnya kamera yang tidak bernyawa dan bukan seekor haiwan peliharaan.
Denda 3: Pelajar dimestikan mengepit suara dan memakai tocang serta memakai kimono setiap kali ke kelas Puan Siti Hawa selama seminggu.
Denda 4: Pelajar harus meniru gaya KRU untuk menyanyikan lagu yang diberikan kepada mereka untuk minggu ini.
Denda 5: Sebut perkataan breep, breeeeep seribu kali.
Denda 6: Pelajar mesti meng”R&B”kan lagu Negaraku pada setiap pagi selama seminggu.
Denda 7: Pelajar harus belajar Bahasa Tamil dari Penasihat Pelajar, Encik John lalu mengalih bahasa lirik lagu yang mereka terima ke Bahasa Tamil.
Denda 9: Pelajar perlu melakonkan adegan mereka diundi keluar dari Akademi Impiana dengan hanya menggunakan kalimah: "Kok kaku kakakku kaki kek".
Denda 10: Pelajar dimestikan pakai bedak tepung jagung ke muka mereka, kemudian menyumbangkan suara mereka seperti Sia, lalu mengikut gelek tariannya dan seterusnya cuba menangis untuk meraih simpati agar tidak perlu didenda lagi.
Kakak Besar: Please, please ask your favourite adik si Nur tu agar stay in character kalau-kalau dia kena voted out nanti.
Abang Besar: Isk you ni. Macam nak harap-harapkan dia keluar aja. Mulut you tu dah lah masin!
Kakak Besar: I cakap kalau... Ye lah. Sesiapa sahaja akan keluar minggu ni kecuali si Sia tu kan?
Abang Besar: Tu lah. Salah haribulan si Sia tu boleh jadi Juara Akademi Impiana, kan?
Kakak Besar: Kalau dia menang, she will only reflect that state of our music industry. Enuf said.
Abang Besar: ...
Kakak Besar: Now Back to Nur... I hope that she will stay in character as that budak pendiam yang serba lemah that I've created for her.
Abang Besar: You mean, she's not?
Kakak Besar: Don't be silly lah. She's just acting all along. Kalau dia nampak macam independent woman nanti, siang-siang haruslah dia akan kena voted out pulak kan? You know lah, she's smart enough to supply some people with their fantasies of a weak and hopeless Malay woman. Macam si Sia lah. Kalau dia tak melalak on every occasion, tak nampak bengap dengan IQnya yang lebih rendah dari batu kat tepi jalan, mesti tak akan ada orang nak undi dia. The rule of thumb is... If you're a woman, never show that you are strong and empowered.
Abang Besar: Tak sangka si Nur ni cerdik budaknya.
Kakak Besar: Of course she is. Tapi tu lah I takut... Tetiba bila dia diundi keluar nanti, penonton akan sedar she's not what people think she is.
Abang Besar: Lebih teruk nanti... Kalau namanya diumumkan keluar, dia tak menangis. Worst case scenario, dia akan tersenyum dan nampak happy. Macam mana Azmil akan timbulkan drama sedih?
Kakak Besar: Kalau tak sedih... Tak ada air mata... Marah pulak sponsor kertas tisu kita, kan?
“Dia ala-ala tension kot. Ye lah, filem dia kan akan ditayangkan tak lama lagi.” Jelas Linus. “Haruslah banyak kerja promo bagai. Nak-nak kat adik-adik kan? Ye lah, siapa lagik yang akan naikkan nama dia nanti kalau bukan adik-adik?”
“Nok, bercakap pasal Akaq Azmil... Hem musykil sikit ni... Kenapa dia suka kenen-kenenkan peponens AI, dengan budak-budak pompuan macam si Indra, Fyrul dan Boboy... Yang lain-lain tu dia tak kenankan pulak. Seswatuh occay!”
“Motif adik-adik lah, sundels. Perlu tanya lagik kat mak ke?” Linus terus menjawab. Gundutz pula terus menonton rancangan Konsert Akademi Impiana tanpa banyak bersoal-jawab lagi.
Linus mendapati konsert pada malam itu agak hambar. Tak ada apa-apa yang menarik rasanya. Dia hampir-hampir mahu tertidur sehinggalah apabila tiba giliran Lina pula untuk menyanyi. Gundutz menjerit-jerit sakan:
“Akaq Azmil pakai wig, terus macam Tina Turner, sundels!”
Pada waktu itu Azmil kelihatannya sedang memakai rambut palsu ala glam rockers sementara memperkenalkan “kezutan” untuk Lina - pemain gitar terkenal, Sham Kamikaze dan Man Kidal untuk mengiringi nyanyian Lina.
Dalam konsert yang serba hambar itu, tak banyak perkara yang berlaku yang boleh dijadikan tajuk perbualan oleh Linus dan Gundutz. Mereka berdua nampaknya lebih banyak diam dari berkata-kata.
Dalam pada itu, si Gundutz terus mengundi Sia. Dia betul-betul serius dengan kemahuannya untuk melihat Sia terus dibenarkan “bermain-main” di dalam Akademi Impiana. Jika tak ada Sia di dalam Akademi Impiana, bosan pula rasanya. Seolah-olah Akademi Impiana tidak akan ada lagi pelajar yang boleh membuatnya marah-marah atau benci.
Kemudian, tibalah masa untuk nama pelajar yang terkeluar diumumkan. Azmil mengumumkan nama Nur sebagai pelajar Akademi Impiana yang harus mengusung begnya keluar dari dewan.
Nur nampaknya tenang, malah gembira menerima keputusan. Si Azmil pula tak tahu bagaimana caranya untuk dia buat-buat sedih seperti mana yang selalu dilakukannya. Dia cuba “enterframe” berkali-kali untuk menarik perhatian penonton agar lebih menumpukan perhatian mereka kepadanya seperti selalu, tetapi personaliti Nur yang lebih menyerlah menenggelamkan dirinya terus.
“Mak nak tabik ratu kat Nur ni.” Ujar Linus dengan nada bangga. Buat pertama kali pada malam itu dia kelihatan tidak mengantuk.
“Tu lah nok. Nur very der poised kan? Ala-ala ratu gituh.” Gundutz menyambut sambil cuba mengingati setiap gerak-geri Nur agar boleh dijadikannya pedoman di atas dirinya nanti.
“Apa tidaknya nok... Zurina is a tough act to follow. Yang menangis nanti ko tengok ler siapa... Si kaki-melalak-untuk-tagih-undi tu lah... Siapa lagi?” Linus bersuara sinis. Dia melihat ke wajah Timah yang ada sekali pada waktu itu. Timah tidak banyak bercakap. Seperti ada sesuatu yang menganggu tumpuannya pada waktu itu.
Seperti yang telah diduga, rancangan Konsert Akademi Impiana berakhir dengan adegan si Sia menangis seperti budak 5 tahun menangis. Si Azmil pula kelihatan terpinga-pinga kerana lakonannya untuk buat-buat sedih tak menjadi minggu ini. Dan entah apa motifnya, wajah Khir ditunjukkan berkali-kali di kaca TV... Kononnya si Khir ini mempunyai perasaan cinta dengan si Nur dan akan menangis sakan seperti keadaan si Indra ketika si Adlina diumumkan terkeluar dari Akademi Impiana.
Gastro nak buat telenovela gamaknya, tapi macam tak menjadi, kerana:
Si Khir tidak menangis. Matanya sekadar terkebil-kebil. Si Azmil pula masih kelihatan keliru dek melihat keadaan si Nur yang tidak mengikut acuan “skrip”. Si Adam yang dikatakan mempunyai hubungan intim dengan si Nur pula sedang sibuk mencari cermin untuk membetulkan rambutnya. Dan si Sia yang akan terus menyanyi sumbang pada minggu-minggu berikutnya sedang menangis walaupun tidak ada seorang pun di antara rakan-rakan pelajar yang ada mahu mendekatinya untuk memujuknya ketika dia sedang menangis...
Si Timah sedang mengeluh seorang diri. Entah apa sahaja yang dikeluhkannya. Si Linus dan Gundutz memandang ke arah Timah yang tidak banyak bercakap pada malam itu. Si Gundutz nampak risau. Lebih-lebih lagi kerana si Timah tidak mahu menjamah kek browniesnya serta ice cream Haagen Dazs yang telah dibeli oleh Linus.
“Kenapa ni nok. Lain macam jer, ni... Datang bulan ke?” tegur Gundutz kepada Timah, sambil merapatkan dirinya kepadanya.
“Tidak ada apa-apa.” Suara Timah kurang bermaya. Dia sedikitpun tidak melawan kata-kata Gundutz seperti biasa.
“Ni mesti pasal Rahmat, kan?” tanya Linus pula sekadar meneka.
Timah mengangguk tanpa memandang ke arah Linus.
“Kenapa dengan Rahmat?” tanya Gundutz kepada Timah.
“Macam lain macam lah dia tu... Tak macam dulu. Macam semalam... Bila keluar makan dengan dia... Ada orang call. Lepas tu dia pergi tempat lain berbual. Lama pulak tu. Macam cakap dengan awek pulak.” Timah menjelaskan. “Kemudian dia nak balik awal. Selalunya kami lepak kat mamak tu sampai aku nak masuk kerja.”
“Hemm...” Linus memandang ke arah Gundutz. Ada sesuatu di dalam mata Linus yang cepat dapat dibaca Gundutz.
“Dia berbual dengan sedara dia tak nok... Tak pon dengan kawan-kawan mat rempit dia tu.” Kata Gundutz dengan nada memujuk. “Dia nak balik awal sebab dia ada race agaknya. Ye lah... Ko tahu lah perangai mat rempit macam dia tu. Pantang ada race. Nak jer join sekali, kan?”
“Dia macam dah berubah lah. Tengok ler keadaan dia sekarang... Smart semacam jer.” Timah memegang bahagian hujung kain tudungnya sambil memintal-mintal bahagian tersebut. “Sekarang, bila dia keluar dengan aku dia dah pandai pakai minyak wangi. Dulu tak pernah dia nak pakai minyak wangi depan aku!”
“Dia kan model! Mestilah!” kata Linus tiba-tiba, beberapa detik kemudian dia cepat-cepat menutup mulutnya kerana tersalah cakap.
“Apa?” Timah seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya tadi.
“Ermmm--” Linus menggaru-garu kepalanya. Gundutz pula menggelengkan kepalanya. Dia nampak kesal kerana Linus telah tersalah cakap.
“Korang berdua mesti dah lama tahu tentang hal ni... Tapi masih nak sembunyikan dari aku!” Rungut Timah. “Kawan apa korang ni!”
“Dia bagitahu kat aku jangan bagitahu kat sesiapa lah nok.” Linus cuba memujuk.
“Termasuk kat aku?” tanya Timah kembali.
“Ye lah kot...”
“Tapi kenapa?” suara Timah penuh kecewa, kini kepada Gundutz pula.
“Jangan tanya hem lah soalan-soalan cepumas ni semua!” Gundutz cuba mengelak dari menjawab. Dia masuk ke dalam dapur dengan beberapa keping pinggan kosong di atas mejanya.
“Mak rasa soalan-soalan ni ko kena tanya sendiri kat dia. Nanti jawab lah dia. Tentu dia ada sebabnya sendiri.” Linus menasihati. Dia melihat Timah semakin murung.
**
Kepada peminat-peminat Akademi Impiana yang suka berkaraoke, pastinya mereka mahu menyerikan lagi sesi karaoke mereka dengan mengikut cara nyanyian pelajar kesayangan mereka. Berikut merupakan tips-tips yang boleh mereka lakukan agar nyanyian mereka selaras dengan gaya nyanyian pelajar kesayangan mereka.
Boboy: Anda perlu menyanyi dengan gaya nyanyian skizofrenik dengan menyanyikan lagu pilihan anda dengan menggunakan pelbagai teknik suara. Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Mereka yang mempunyai suara yang “meletup” yang mahu “showcase” kebolehan mereka menyanyi.
Lina: Anda perlu menyanyikan lagu anda dengan nada suara yang sengau. Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Mereka yang merasakan diri mereka mempunyai wajah Pesona Bintang.
Azam: Menyanyikan lagu-lagu KRU atau men-KRU-kan lagu-lagu yang mahu anda nyanyian. Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Peminat-peminat setia KRU
Dara: Breep, breeeeeeepppppp! Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Teletubbies
Fyrul: Pastikan anda kepitkan suara anda ketika menyanyi. Jika ke pusat karaoke, jangan lupa untuk bertocang dan berkimono. Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Mereka yang bersuara kepit serta mereka yang tergolong dalam kategori Jantayu (Baca: Jantan Ayu) yang suka berhias dengan pakaian-pakaian yang pelik-pelik.
Khir: Setiap lagu yang ingin anda nyanyikan, perlu anda rosakkan serta ubahkan agar kedengaran seperti anda menyanyikan lagu berentak R&B (dengan lenggok BB*). Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Adik-adik *Blue Bar, Blue Boy, Velvet dan yang sewaktu dengannya...
Sia: Sumbang-sih-kan (Baca: sumbangkan) suara anda. Kemudian buat-buat blur ketika membaca lirik lagu, ditambah dengan tarian gelek ala Inul ataupun penari eksotik di kelab malam yang terletak di Patpong, Bangkok. Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Ibu-ibu tunggal, janda yang tak reti berhias, “Insan-insan Istimewa” yang mempunyai masalah pembelajaran dan mereka yang sememangnya mempunyai suara sumbang tetapi menganggap suara mereka yang sumbang itu sebagai unik.
Kakak Besar: You hate her... I know. We all do, dear!
Abang Besar: Dulu, why did you insist that we take her in? There are tons of people who are better than her!
Kakak Besar: Bukan I dah cakap siang-siang? She can sell SMS!
Abang Besar: Itu I tahu. Ramai yang sokong dia... Tapi--
Kakak Besar: Hah! Tahu pun. You ni macam tak biasa pulak dengan demografik penonton di Malaysia. They like anything that are godawful rediculous! Kalau tak, macam mana filem-filem Prof. whatever tu boleh laku dan rancangan Senario antara rancangan TV paling popular di Malaysia...
Abang Besar: Betul jugak kata you tu. Tapi I tak paham dengan sikap diorang ni... I kesian dengan Zurina yang terpaksa keluar. Yang tinggal sekarang pelajar lembab macam si Sia tu--
Kakak Besar: Sayang... For most people, the freedom of choice means choosing someone who is average, mediocre and banal – as majorities always are. If a truly exceptional person ever came along Akademi Impiana – someone with extraordanary talent, with a gift and a promise to entertain – he of she will never be voted, will never win the vote of the majority. Now that's a fact you have to accept.
Abang Besar: Dalam kata lain... Mereka yang sokong Sia ni dua kali lima macam mereka jugak lah ni?
Kakak Besar: Bukan semua orang top scorer dan scholar macam you... You have to think of people who are slow and below average! They want to see somebody like them represented on TV. Like, they probably tell themselves: “Aku bengap macam Sia, jadi aku mesti sokong Sia yang bengap macam aku.”
Abang Besar: The thing is... Ada di antara mereka yang salahkan tenaga pengajar yang ada. Diorang kata guru-guru yang ada terlalu garang lah. Terlalu strict lah. Tak professional lah.
Kakak Besar: Macam you tak biasa dengan perangai orang-orang bengap ni. Segala-galanya under the sun diorang akan salahkan. Diorang tak pernah salahkan diri diorang jika diorang yang malas, degil--
Abang Besar: Kalau ramai orang Malaysia yang bersikap macam ni... Hancur!
Kakak Besar: Bukan ke dah ramai dah?
Abang Besar: ...
Kakak Besar: Look at it this way. Peminat-peminat fanatik si Sia ni ramai. Bila kita tunjukkan footage Sia kena marah, ramai mengamuk. Makin ramai yang perang SMS kat saluran @15. Kita dah berjaya timbulkan polemik. Sebab tu lah I selected footages bila dia kena hentam hari-hari. Lagi teruk Sia kena marah, lagi banyak SMS kita dapat jual kat peminat fanatik dia tu!
Abang Besar: You memang pandai dalam hal ini kan? Kalau jualan SMS makin kurang, pandai jer you create a scene.
Kakak Besar: Hello, they didn't hire me for nothing you know!
**
“Cakap kat mak ko undi siapa? Mak tengok ko macam lain macam jer nok. Ala-ala senyum sorang-sorang bila SMS tadi!” Tanya Linus dengan raut wajah penuh musykil ketika sedang berbual dengan Gundutz di dapur.
“Hem undi Sia... Dah dekat 30 kali hem undi dia hari ni.” Jawab Gundutz dengan selamba.
“HAIYOHHH! Ko dah hilang akal ke nok? Ala-ala ting tong ponen operate!” Linus bercekak pinggang. Dia tak jadi membasuh pinggan mangkuk kepunyaan Gundutz yang perlu dibasuhnya.
“Hem tak ting tong lah sundels! Hem serius!”
“Kenapa nok? Boleh explain sikit? Setahu mak, ko kan vencis yaamatz dengan si Sia tu!”
“Mak nak dia stay kat AI, nok. Biar dia terseksa kat situ... Rasakan!”
“Ko memang kejam nok, macam penyokong-penyokong dia yang lahanatz tu semua! KIJAMMMSSS!”
Gundutz ketawa puas macam nenek kebayan yang jahat. Dia cukup benci dengan Sia. Baginya, inilah satu-satunya cara yang terbaik untuk melihat si Sia terus sengsara berada di dalam Akademi Impiana...
**
21. Si gadis mengeluh panjang. Dia melihat ke arah jam tangannya berkali-kali. Hari sudah lewat malam. Si gadis sedang menunggu bekas kekasihnya yang berusia 10 tahun lebih tua darinya itu. Si gadis telah mengenali bekas kekasihnya yang bernama Badrul itu ketika beliau sedang mengambil pengkhususan dalam bidang pembedahan otak di London satu ketika dahulu. Di kota itulah mereka mula-mula berkenalan lantas bercinta...
22. Si gadis mendapati bahawa Badrul masih belum tiba ke tempat yang dijanjikan. Si gadis hampir-hampir terlupa bahawa Badrul selalu datang lambat ketika mereka melakukan temu janji. Si gadis kini nampaknya resah menunggu. Si gadis sedang bersedia sedia untuk pulang, tetapi terus membatalkan niatnya apabila Badrul datang menyergahnya dari belakang:
“Maaf, I lambat. Ada patient kat hospital yang buat hal.”
“You memang selalu buat I macam ni. I was about to leave... Dah satu jam I tunggu!”
23. Badrul berkali-kali meminta maaf kepada si gadis. Beberapa pasang mata memerhatikan mereka tatkala pertengkaran kecil ini berlaku di Restoran Mahboub, yang terletak di Bangsar - di tempat yang selalu mereka kunjungi sewaktu mereka bergelar sepasang kekasih satu ketika dahulu. Si gadis nampaknya kembali tenang. Dia tidak marah-marah lagi. Dia menyerahkan sebuah beg besar yang terkandung beberapa barang kepunyaan Badrul yang tertinggal di rumahnya yang ada dibawa bersama pada ketika itu. Kata si gadis:
“This is it. Dah tak ada barang you lagi kat kondo I. So from now on, you tak payah kacau I lagi. Dah tak ada sebab lagi you nak jumpa I.”
“Janganlah cakap macam tu, Salina--”
“You ni apahal sebenarnya? Can't you just leave me alone?”
“I think we need to talk?”
“Kenapa baru sekarang you nak cakap dengan I? Bukan ke dulu you tak nak jumpa dengan I?”
“I just heard from someone that you are meeting someone new.”
24. Si gadis menjeling benci. Berita tentang dirinya cepat sampai ke telinga Badrul. Si gadis mula merasakan dia mahu pulang sahaja ke rumahnya. Katanya kemudian kepada Badrul:
“Oh... Jadi bila you dengar desas-desus I ada orang baru, terus you nak jumpa I? Apa kena dengan you ni? I've moved on, okay!”
“You dengan siapa sekarang? Dengan budak yang makan dengan you kat Starbucks semalam tu ke?”
25. Si gadis tidak menjawab. Dia sekadar tersenyum sinis. Dia cepat menangkap perasaan cemburu yang menyelubungi diri Badrul. Katanya kepada Badrul:
“He is just a friend. There's nothing special between us. Lagipun I baru kenal dia. I bukan macam you, okay! Baru kenal perempuan dalam chatroom terus nak berdating.”
“You tak perlu nak ungkit cerita-cerita lama I!”
“Sekarang apa dah jadi dengan si siapa tu namanya--”
“Ferina”
“Yeah... What ever happened to her?”
“Kita dah berpisah. I don't find her interesting.”
“Kenapa?”
“She's not like you... She's doesn't have an opinion of her own. Apa saja I cakap dia “ya” kan saja. You tahu I tak suka perempuan tu kan?”
“Bukan perempuan “pak turut” macam tu ke yang you nak pada mulanya?”
“It was all a mistake. I was stupid. Masa mula-mula I kenal dia, I tak tahu dia macam tu. To tell you the truth, I didn't know what I was looking for sehinggalah you dah tak ada dalam hidup I.”
26. Si gadis mengeluarkan sepuntung rokok dari kotak rokok kepunyaannya yang ada di atas meja. Dia menyalakan rokoknya lantas dia hisap dalam-dalam rokok tersebut. Kata Badrul sewaktu melihat si gadis merokok:
“I thought you've quit smoking.”
“I tension lah tengok muka you... Sebab tu I kena isap rokok. Bagi relaks sikit otak I yang berserabut ni!”
“I harap lepas ni you jangan merokok lagi--”
“You know what? I felt so insulted bila I dapat tahu yang you main kayu tiga belakang I dengan si Ferina whatever tu. Like, who is she? Apa kurangnya I? Kalau dia cantik, berpelajaran tinggi, I tak kisah. I redha you nak pilih yang lebih baik dari I. Ini tidak!”
“Like I said, I'm sorry. It was all a mistake. I buat salah. I dah mengaku.”
“Mesti keluarga si Ferina tu suka dengan you. Ye lah, dapat menantu doktor. Neurologist pulak tu--”
“Stop it, Salina.”
“No, you stop it! Stop bothering me again. I tak nak jumpa you lagi lepas ni. This time I'm really serious!”
“I nak jumpa you sebab I nak minta maaf. Dan...”
27. Si gadis seperti dapat meneka apa yang akan dikatakan selanjutnya oleh Badrul. Dia mengeluarkan dompet wangnya untuk membayar harga minuman yang telah dipesannya tadi. Dia mahu berganjak dari situ. Tetapi cepat-cepat tindakannya itu dihalang oleh Badrul dengan Badrul memegang pergelangan tangannya.
“I want you to come back into my life, Salina.”
“Let me go!”
28. Si gadis menarik kembali tangannya dengan paksa. Beberapa pelanggan restoran mermerhatikan mereka buat beberapa detik sebelum kembali memandang ke arah lain - seolah-olah tidak ada perkara yang berlaku di hadapan mereka tadi. Mereka tidak ingin tahu mahupun masuk campur. Kata Salina dengan pantas:
“Maaf Badrul. You know I can't and will never be able to accept you back into my life.”
“Kenapa? You nak budak mentah tu? I think he's younger than you. I dengar dia model sambilan cum despatch rider.”
“Whoever he is, he is non of your concern, Badrul!”
“Come on Salina! Don't tell me you are going out with a mat rempit! You deserve someone better... Someone like me!”
29. Si gadis bergegas berjalan keluar dari Restoran Mahboub. Dengan langkah yang pantas dia berjalan ke arah tempat dia meletak kereta. Badrul mengikutnya dari belakang. Cahaya lampu jalan yang samar-samar menerangi suasana malam di Bangsar. Kata Badrul kepada Salina:
“I nak tengok berapa lama you dapat bertahan dengan mat rempit tu! I know after this you will come back to me... Tengoklah nanti, Salina! I tahu you siapa. Setiap gerak langkah you I dapat baca! I know deep inside you, you still love me!”
30. Badrul melihat si gadis masuk ke dalam kereta Peugeot 206 cc yang berwarna biru kepunyaannya lantas mengunci pintu keretanya. Badrul mengetuk pintu tingkap kereta si gadis berlaki-kali. Si gadis buat tak layan, malah dengan sengaja, dia membuka radionya kuat-kuat agar dapat menenggelamkan suara Badrul yang sedang merayu di luar keretanya. Si gadis membawa keretanya keluar dari kawasan meletak kereta, lalu terus memandu dengan laju dari kawasan Bangsar. Si gadis kini menangis seorang diri di dalam kereta. Si gadis kini menangis dengan sepuas-puasnya setelah begitu lama dia tidak pernah menangis sebegini rupa...
**
Setelah sekian lama kita menonton Akademi Impiana, kita sudah dapat melihat belang sebenar beberapa pelajarnya. Walaupun begitu, ada sahaja alasan yang diberikan oleh peminat-peminat fanatik untuk membela nasib pelajar-pelajar yang mereka minati. Berikut merupakan senarai perangai buruk pelajar-pelajar AI serta alasan-alasan yang akan diberikan oleh para peminat fanatik mereka:
(Nama pelajar dan perangai buruk): Fyrul – Suara kepit (Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Suara dia unik. Suara dia sebenarnya macho. Telinga korang jer pekak!
(Nama pelajar dan perangai buruk): Fyrul – Memakai pakaian menyerupai wanita lengkap dengan tocang di kepala (Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Fyrul macho macam samurai Jepun. Fyrul Hensem bila bertocang. Fyrul ada great fashion sense. I wish I have a bf like him.
(Nama pelajar dan perangai buruk): Khir - Suka menukar segala-gala lagu yang diterimanya kepada irama R&B (Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Dia dapat menukarkan lagu yang boring kepada rentak yang lebih menarik dan up-to-date. Tak ramai penyanyi Malaysia yang dapat menyanyikan lagu R&B macam dia.
(Nama pelajar dan perangai buruk): Dara- Breep breepppppppp!! (Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Breepppppp breeeeeppppppppppp!!!
(Nama pelajar dan perangai buruk): Sia – Degil dan malas belajar untuk memperbaiki dirinya (Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Sia sebenarnya boleh perform dengan baik tapi akan mengambil masa yang lama sikit. Jika diberi peluang dan latihan yang betul-betul mantap,dia pasti akan lebih berjaya. Jadi, penyelesaian yang terbaik adalah memberinya masa yang lebih panjang untuk belajar dan menukar semua tenaga pengajar yang ada.
(Nama pelajar dan perangai buruk): Sia – Suaranya sumbang (Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Suara Sia unik dan husky. Sia punya suara yang unik tetapi kemahirannya tiada. Suaranya yang unik ini perlu diperkembangkan lagi.
(Nama pelajar dan perangai buruk): Sia – Lembab menangkap apa yang dipelajari (Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Sia datang dari latarbelakang yang tidak kondusif untuknya belajar. Dia ibu tunggal, kasihan dia kerana terpaksa tinggalkan anak-anaknya di kampung. Yang perlu disalahkan adalah guru-guru di AI yang terlalu garang dan tidak mahu menghormati penyanyi yang berbakat besar sepertinya. Insan Istimewa seperti Sia sepatutnya diberikan lebih banyak masa dan tumpuan peribadi agar dia dapat memahami apa yang diajar dengan betul. Masa untuk pelajar-pelajar lain belajar harus dikurangkan atau tak payah diajar langsung. Semua peluang pembelajaran dan masa harus diberikan kepada Sia dan Sia sahaja, kerana dialah yang paling berbakat antara mereka semua!
(Nama pelajar dan perangai buruk): Sia – Selalu kena marah (Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Sia tu tak ada cacat celanya. Yang bersalah semua adalah tenaga-tenaga pengajar yang terlibat! Semua! Termasuk cameraman, pengarah. penerbit dan lain-lain. Tenaga-tenaga pengajar semua tak profesional langsung. Asyik-asyik nak marah Sia saja. lepas tu cameraman asyik tunjuk Sia kena marah. Orang lain takder pun kena marah atau tak tunjuk pun kena marah. Kesian kat Sia! Tak adil betul! Tenaga-tenaga pengajar semua tu belajar takat mana ya, nak marah Sia tu? Layak ke dia orang marah Sia macam tu? Kalau Sia kena marah sebab dia tu pelajar, jatuhlah air muka dia. Tapi kalau Sia tak perform, jatuh air muka 6-7 orang cikgu tu, apalah sangat kan? Tenaga-tenaga pengajar bukannya sapa sangat, sebab Sia tu akan jadi artis dan artis adalah lebih penting dari segala-galanya! Lagi banyak Sia kena marah, lagi banyak kami akan undi dia agar dia terus tetap tinggal di Akademi Impiana!!!
**
Berikut merupakan secebis kertas yang ditemui tertinggal di meja Hetty Kos Anding setelah tamat rakaman Imbasan AI.... (Oleh Dom Junior)
Dua Insan (Dua cewek)
P: Bila kau senyum, ku gembira ( Kapan kau keluar, ku gembira) Bila kau sedih, ku menangis (Kapan kau kekal, ku menangis) Bagai taman rindukan kembang (Bagai ibu rindukan anaknya) Ku rindu pada mu oh! sayang (Ku meluat kat mu oh Siiaaa...)
L: Di mana saja kau berada (Di mana saja kau berada) Ku kan tetap bersama mu (Airmata ada bersama mu) Walaupun jasad mu jauh (Walau dah diajar berkali) Namun hati mu dekat selalu dah (Namun kau masih tone-deaf) Walau duri halangan menimpa (Walau dah di tegur berkali) Bila cinta ada ku tetap setia (Kerna terlalu malas dan terlalu degil) Hanya dikau dan asmara (Oleh cikgu dan Ramli OS) Membuat hidup ku bagai (Membuat hidupmu bagai) Dalam Syurga (Dalam Sinetron)
P: Biar masa berganti masa (Biar Azmil berdrama-drama) Biar pun musim berubah (Biar Azmil ber-enterfrem) Telah ku katakan padamu oh! sayang (Sungguh ku meluat padamu oh! Azmil)
P/L: Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan (Hanya kuasa undi dapat menentukan)
P: Jika kau tanya pada rembulan (Jika kau tanya pada pengundi) Mengapa cahaya berseri-seri (Mengapa tak keluar-luar lagi) Tentu jawabnya kepada mu (Tentu jawabnya kepada mu) Kerna dikau cinta pada ku (Kerna simpati, bukan bakatmu)
L: Ku persembahkan kepada mu Sekuntum bunga mawar merah (Seekor teddy bear warna pink) Kau terima sambil tersenyum (Kau terima buat-buat terkejut) Kembang yang harum kau cium (Tapi nyanyian masih jelek) Bila saja halangan menimpa (Ada saja alasan diberi) Kerna cinta ada ku tetap setia (Kerna kesian kau tetap kekal) Hanya dikau dan asmara (Hanya Si Sia dan Si Dara) Membuat hidupku bagai (Membuat hidupku bagai) Dalam Syurga (dalam kandang)
P: Dua insan sedang bercinta (Dua cewek masih kekal) Dua insan berjanji setia (Dua cewek nyanyian jelek) Telah ku katakan pada mu oh! sayang (K'pala ku pusing di enterframe oh! azmil)
P/L: Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan (Hanya kuasa undi dapat menentukan)
Kakak Besar: Banyak kerenah betul kampus baru ni. Macam-macam hal!
Abang Besar: Salah you jugak nak tempat yang diberi percuma.
Kakak Besar: Dah ada orang sponsor... Ambik je lah!
Abang Besar: Tapi sekarang, tengok lah apa dah jadi? Kesian I tengok si Nur tu. Selalu saja histeria. Semalam you tahu apa dia cakap masa bomoh datang cuba redakan keadaan?
Kakak Besar: Apa?
Abang Besar: Dia kata dia dari Banting. Macam mana tu?
Kakak Besar: Lagi?
Abang Besar: Dia kata umur dia 12 tahun...
Kakak Besar: Now, that's scary! Macam The Ring pulak, kan?
Abang Besar: Tapi kesian si Nur tu. You tengok lah keadaan dia sekarang... Lemah jer. Have you seen the dark circle around her eyes, lately?
Kakak Besar: Alah, make-up artiste boleh cover.
**
Selain dari Sia, Gundutz juga telah hilang tahap kesabarannya dengan Khir. Gundutz juga dapat merasakan bahawa guru vokal Zainal Abu Hassan sudah hilang tahap kesabarannya dengan si Khir yang suka sahaja merosakkan lagu-lagu ciptaan orang lain semata-mata untuk menutupi kelemahannya menyanyi.
Ketika menyanyikan lagu Jay Jay & Dayangku Intan, Kita Insan Biasa para pelajar lelaki yang lain nampaknya berjaya menyanyikan lagu ini dengan baik. Khir pula, apabila tiba gilirannya untuk menyanyi, telah mengubah melodi lagu sesuka hatinya.
"Ada CD lagu originalnya tak?" tanya Zainal tanpa ditujukan kepada sesiapa. Para pelajar mengangguk. Mereka faham bahawa soalan ini telah ditujukan kepada Khir.
Boboy memikirkan dia harus melakukan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan. Dia cukup mengerti jika dia melakukan perkara ini, orang akan menganggapnya cuba besar kepala atau cuba berlagak pandai, lebih-lebih lagi peminat fanatik Khir yang kurang rasional itu (sebenarnya, peminat-peminat fanatik mana-mana pelajar boleh dikatakan kurang rasional atau bersifat keterlaluan memuja pelajar yang mereka minati). Tetapi, demi persembahan yang cemerlang, fikirnya dia perlu membetulkan nyanyian Khir yang cenderung mahu merosakkan lagu yang dinyanyikan mereka secara berkumpulan.
Khir buat-buat mendengar pembetulan yang cuba dilakukan oleh Boboy. Dia cuba berlakon dengan sebaik mungkin agar Boboy tidak mengganggunya lagi. Apa yang penting baginya sekarang, dia perlu mengubah lagu ini mengikut citarasanya sendiri.
"Vencislah nok perangai ponen ni. Hem dah bosan teramatz ni." adu Gundutz kepada Linus dengan berbisik kepadanya. Dia memastikan agar Timah tidak mendengar apa yang diperkatakannya tadi.
"Inilah jadinya kalau range suara terlalu limited nok. Dah tu degil tak hengat!" Linus membalas. "Tu pon Timah nak vote. Perlu ke?"
"Tolonglaaa Sikit!" Bentak Timah tiba-tiba. "Khir ada cara dia menyanyi tersendiri. Dia tak cuba nak jadi klon. Korang nak tengok ke satu lagi Ferhad, satu lagi Glenn? Satu lagi Marcell? Ada satu sahaja Khir and he's the original. Yang lain dari penyanyi yang lain. So pleazzeelah korang nak cakap yang dia takde bakat, suara takde range dan merosakkan lagu... HE IS DEFINITELY NOT DOING THAT!!! Apa yang dia buat kepada lagu-lagu yang dia dapat adalah untuk fit kebolehan vokal yang dia ada! Khir ada bakat besar! So pleazeee lah, bukak mata korang yang torek tu!" Timah menengking dengan matanya terbeliak marah.
"Kan hem dah cakap, kalau nak komen pasal Khir tu kita kena bisik-bisik! Kan sekarang dia dah speaking London bagai!" beritahu Gundutz kepada Linus yang mengesat mukanya akibat tempias air liur dari Timah.
**
"Terima kasih kerana sudi temankan I lunch." Ucap Salina dengan malu-malu kepada Rahmat. Mereka bertemu di hadapan Starbucks seperti mana yang telah dijanjikan tepat pada masanya. Salina dan Rahmat masuk ke dalam Starbucks, Pusat Bandar Damansara, lantas terus mereka mencari tempat duduk yang sesuai.
"Hari ini saya belanja awak." Ujar Rahmat dengan suara yang yakin.
"Eh tak apalah!" Salina menggeleng laju. Dia tahu pendapatan Rahmat sebagai "despatch rider" tidaklah tinggi sangat.
"Saya serius ni... Saya nak belanja. Awak duduk saja di sini." Tegas Rahmat. Dia berjalan ke arah kaunter untuk memesan minuman dan makanan. Beberapa minit kemudian dia berjalan sambil menatang sebuah dulang kecil yang dipenuhi dengan makanan dan minuman yang telah dipesannya. "Saya tak suka kalau awak asyik keluar duit nak belanja saya."
"You are so old fashion!" bantah Salina sambil menyedut air frappuccinonya.
"I bukan lelaki metrosexual--"
"Thank God you are not!" Salina tersenyum manja. "By the way... Bank Kumpulan Lestari suka dengan iklan yang kita buat minggu lepas."
"Dah siap ke iklan BKL tu?"
"Rough cutnya baru siap kelmarin. Bila siap, mereka nak terus tengok! And they loved it!"
"Jadi... Iklan ni akan keluar di Indonesia sahaja?"
"Ya. And you know what? There's another Indonesian client that we have that might want to use you as a talent."
"Iklan apa pulak ni?"
"Iklan ubat gigi--"
"Lawak lah!" Rahmat ketawa berdekah-dekah.
"I'm not joking!"
"Kenapa nak ambil saya pulak?"
"You have a nice smile."
"Ye ke?"
"Well, sekurang-kurangnya, itulah apa Daniel Chang cakap."
"Siapa dia tu?"
"Art Director yang ditugaskan untuk buat iklan ubat gigi tu--"
"Kalau dia nak ambil saya kerja... Saya tak kisah. Rasa seronok pulak."
"Memang seronok jadi talent ni--"
"Dah tu, bagus jugak iklan tu keluar kat Indonesia."
"Kenapa?"
"Saya tak nak jadi terkenal kat sini. Rimas pulak nanti!"
"Kadang-kadang, benda macam ni kita tak boleh halang... If you are meant to be famous, you will be famous. Kalau seseorang tu gila glamer, tapi memang dia tak ditakdirkan untuk jadi terkenal... Sampai ke tua pun orang tak akan terkenal!"
"Betul jugak tu." setuju Rahmat. Kemudian dia dapat melihat perubahan di wajah Salina. Salina memandang ke hadapan. Rahmat menoleh. Dia dapat melihat seorang lelaki berjalan ke arah mereka.
"They told me you would be here." Kata lelaki tersebut dengan perlahan kepada Salina. Lelaki tersebut memandang ke arah Rahmat dengan wajah yang curiga. Lelaki yang berkulit sawo matang itu bertubuh tinggi dan kurus.
"Rahmat... This is Badrul." Jelas Salina. Badrul dan Rahmat bersalaman. Badrul menarik nafasnya dalam-dalam. Wajahnya terlukis raut penuh dengan rasa sesal.
"I nak jumpa you ada hal--" Badrul menggaru-garu pipinya.
"Hal apa?"
"You know... I thought we could talk in private. I didn't know you have company."
"I thought we've agreed not to meet each other again. I tak nak kacau hubungan you dengan... What's her name again? Fazliana? Farina?"
"Ferina Nurshahidah Putri--"
"Yeah, like whatever!"
"I think we have to talk. If only you could give me the chance to talk--"
"Di sini bukan tempatnya." Wajah Salina jelas serius. Dia kemudian memandang ke arah Rahmat. Di dapati Rahmat memandang ke arah lain seolah-olah tidak mahu masuk campur dengan hal yang dibincangkan oleh Badrul dan Salina.
Badrul tidak mahu berganjak. Salina mengeluh sebelum dia berkata:
"Okay, I promise I will call you afterwards if you promise to leave me alone right now. We'll find some time to talk. Lagipun, some of your stuffs are still in my condo. It's about time I give them all back to you."
Badrul mengangguk setuju. Dia berjalan keluar dari perut Starbucks dengan langkah yang lesu. Sesekali dia akan berpaling ke arah Salina, tetapi didapatinya Salina terus menumpukan perhatiannya kepada Rahmat.
"Siapa mamat tu?" tanya Rahmat kepada Salina.
"Ex saya--"
"Dah lama kenal?"
“Kami mula berkenalan ketika kami belajar di London dahulu...”
"Jadi dah lama lah ni?"
"Memang lama."
"Jadi kenapa berpisah?"
"Dia bosan dengan saya agaknya. Dia cari perempuan lain. Kemudian saya dapat tahu dia ada hubungan dengan orang lain. Akhirnya kerana tak tahan, saya yang minta agar kami berpisah."
"Isk... Bodoh!"
"Excuse me?"
"Dia bodoh cari perempuan lain." Rahmat berterus terang. "Bukan awak yang bodoh."
"Yes... I think he is. Bergelar doktor pun tak guna!" Keluh Salina.
"Awak tak suka dia datang menganggu awak macam ni?"
Salina menggeleng pasti. Sememangnya Salina tak suka. Kalau boleh dia tidak mahu bersemuka dengan Badrul lagi sampai bila-bila. Dia pernah sayang kepada Badrul setengah mati walaupun Badrul bukanlah tergolong dalam golongan lelaki kacak mahupun segak, kerana Salina telah menerimanya dengan seadanya. Salina pernah menyayangi Badrul kerana satu ketika dahulu Badrul pernah mahu berjanji untuk sehidup semati dengannya. Mereka pernah bercinta. Kini, semua rasa cinta Salina kepada Badrul telah lama musnah, malah digantikan dengan rasa benci. Salina cukup benci dengan Badrul kerana Badrul telah menghancurkan hatinya.
"Kalau dia cuba ganggu awak lagi. Awak beritahu kepada saya." Kata Rahmat dengan suara yang tegas. Dia dapat melihat Salina sekadar tersenyum. Kemudian dia terdiam. Salina tidak banyak bercakap dengan Rahmat sejurus selepas Badrul datang mengganggunya tadi...
**
Berikut merupakan rancangan Reality TV yang sepatutnya diadakan, tetapi tidak mungkin akan menjadi kenyataan di Malaysia... (dipetik dari blog AntiAF)
1. Who will become an Ustaz
Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan diuji ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib, menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan di akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji percuma.
2. Akademi Islamiah
Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak akhlaknya. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup islam. Mereka akan 'dikurung' di dalam sebuah rumah banglo lengkap dengan 13 kamera CCTV. Setiap minggu mereka harus menunjukkan apakah kepakaran dalam Islam yang telah mereka pelajari, di hadapan penonton secara "live". SMS penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa yang lalu.
3. Muslim Idol
Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di malaysia. Peserta yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara ke peringkat seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui SMS. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juga CD ceramahnya.
4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)
Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu berbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara tartil, bertajwid dengan betul, menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan mendapat cahaya nur Quran.
5. Audition
Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akan diberikan kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong Islam.
Gundutz cukup-cukup tidak berpuas hati dengan Sia. Bila diajar menyanyi, suaranya tidak pernah boleh dikeluarkan dengan betul. Yang dikeluarkannya adalah suara yang menyerupai kambing mengembek. Dia tidak pernah mahu mencuba untuk memperbaiki dirinya. Yang dia tahu hanya menangis, menangis dan menangis lagi untuk menagih undi penonton. Lagipun, itu yang dimahukan, agar dirinya terus kekal dan pelajar-pelajar yang lebih baik dikeluarkan.
Rasa marah Gundutz yang semakin membuak-buak marah itu tenang seketika apabila dia memerhatikan Sia dimarahi oleh Puan Siti Hawa.
Puan Siti Hawa cukup tidak berpuas hati dengan Sia kerana Sia tidak melakukan latihan vokal sehingga tidak menampakkan sebarang kemajuan di dalam dirinya. Kata Puan Siti Hawa:
“Kenapa tak buat? Suara dah bagus? Awak berlatih tak malam-malam?”
“Tak,” jawab Sia terkebil-kebil. Terus Puan Siti Hawa menjeling dan menumpukan perhatiannya untuk mengajar pelajar lain. Ternyata, Puan Siti Hawa cukup benci melihatkan perangai pelajar yang malas sepertinya.
“Koser nok! Vencis hem dengan perangai si Sia ni!” getus Gundutz marah-marah kepada Linus.
“Alah, salah cikgu vokal lah. Cikgu vokal langsung tak hormat murid!” sampuk Timah.
“Haiyohhhhhh! Sejak bila pula cikgu kena melayan kerenah murid yang malas?” balas Gundutz dengan nada marah. “Sesuatuh sangat statement minah sorang ni.”
“Tu lah... Perlu ke cikgu sembah kat si Sia tu suruh dia belajar?” sokong Linus. “Perlu ke sebab dia lembab, cikgu kena bagi tumpuan lebih ala-ala mengajar pelajar istimewa.”
“Dia memang insan istimewa nok... Ala-ala kena masuk kelas khas gituh!”
"Sia tu seorang yang jujur, kejujuran penting... Dia tidak berpura pura!" Timah memberi alasan.
“Perlu ke nak propa si Sia tu lagi?” marah Gundutz. Hidungnya kembang kempis.
“Dia berbakat okay! Kalau tak macam mana dia boleh jadi finalis Akademi Impiana?” Timah berani melawan.
“Itu hem pun tak paham... Ala-ala Misteri Nusantara gituh. Macam mana ntah penyanyi macam dia boleh masuk final 12. Seswatuh sangat!”
“Alah, taktik Gastro letak underdog tak perlu nyah--”
“Tapi ramai yang undi dia nok! Penyokong dia ramai!”
“Ko kena paham nok. Yang undi dia semua macam dia jugak. Ye lah, ala-ala boleh relate dengan dia gituh – jenis lembab dah tu malas nak belajar. Ye lah, you are who you vote, kan?”
“Itu lah nok. Hem setuju dengan pendapat kau. Yang jadi pengikut fanatik Sia tu sebenarnya perangai dua kali lima macam dia nok.” Ujar Gundutz dengan bersungguh-sungguh. “Perlu ke kita anggap dia antara yang terbaik kat Malaysia ni? Buat malu Malaysia je. Bayangkanlah kalau dia disuruh buat konsert dengan budak-budak Akademi Impiana Indonesia 2 yang meletop tu!”
“Korang ni kalau dibiarkan makin menjadi-jadi pulak!” Timah merenung tajam ke dalam mata Gundutz.
“Terasa lah tu!” Gundutz tersenyum puas. Dia memandang ke arah Timah buat beberapa detik sebelum dia kembali memberi tumpuan ke kaca TV.
**
Si Khir cukup benci membawa lagu-lagu yang tidak dikenalinya. Yang dia mahu hanya menyanyikan lagu-lagu R&B, R&B dan lagi lagu R&B yang berjiwa BB*. Pada minggu ini, dia telah menerima lagu Bunga Pujaan oleh Jamal Abdillah untuk dinyanyikan di dalam konsert Akademi Impiana nanti. Sebuah lagu yang dikatakan tidak pernah didengarinya sebelum ini (seperti lagu Epilog Cinta Dari Bromley oleh Suhaimi Meor Hassan, sebuah lagu popular yang sudah mencapai tahap klasik tetapi dia masih tidak mengenali lagu ini).
Jadi, jika dia tidak meminati sesebuah lagu (lebih-lebih lagu yang tidak dikenalinya), dirasakannya dia perlu mengubah lagu tersebut agar mengikut citarasanya (baca: lagu R&B yang berjiwa BB*).
Di dalam kelas Puan Siti Hawa, Khir telah diminta untuk menyanyikan lagunya. Apabila dia menyanyi, melodinya sumbang. Seboleh-bolehnya si Khir ini mahu mengubah lagu Bunga Pujaan kepada acuan irama R&B.
“Awak kena paham melodi lagu tu dulu sebelum nak tukar-tukar lagu tu!” tegur Puan Siti Hajar. Dia cuba mengawal marahnya. Dia sudah merasa cukup muak dan mual dengan tabiat degil Khir yang suka merosakkan melodi lagu yang sudah cukup baik disusun oleh komposer asalnya.
“Bila saya nyanyi saya tak boleh ikut melodi!” bantah Khir dengan nada degil.
“That's not an excuse!” balas Puan Siti Hawa dengan selamba kerana malas hendak melayan kerenah seorang pelajar yang belum apa-apa sudah mahu menunjukkan belang seorang diva...
**
Baru-baru ini, Guru Penasihat Perundingan Imej Puan Rohani telah dibawa masuk untuk mengajar para pelajar Akademi Impiana tentang cara-cara ketrampilan imej yang baik sebagai seorang artis. Berikut pula merupakan beberapa senarai Guru Penasihat yang telah dicadangkan oleh Gastro tetapi masih dalam pertimbangan.
(Cadangan): Guru Kaunseling Bercinta Sesama Pelajar (Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Pelajar dah arif sangat tentang hal ini, malah pandai menggunakan situasi bercinta sesama pelajar untuk menagih undi dari penonton yang berjiwa sentimental (baca: mentel).
(Cadangan): Guru Penasihat Imbasan Wajah Sedih (Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Para pelajar didapati sudah cukup arif menggunakan wajah sedih dan tangisan untuk meraih undi simpati dari peminat-peminat mereka.
(Cadangan): Guru Penasihat Interframe (Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Terdapat beberapa pelajar yang sudah cukup arif dalam bidang ini untuk memastikan agar aksi-aksi mereka dapat disaksikan oleh penonton. Lagipun, ratu segala enterframe, Azmil (ketika pelajar sedang menyanyi dan juri mahu memberi pendapat dia memang suka enterframe), telah menurunkan ilmunya kepada para pelajar secara tak langsung.
(Cadangan): Guru Penasihat Ubahsuai Ketrampilan Agar Lebih 'Woman' (Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Guru Penasihat ini pada mulanya dianggap penting untuk memastikan pelajar-pelajar wanita kelihatan lebih ayu dan feminin. Tetapi ditolak ketepi idea ini memandangkan pelajar-pelajar wanita yang nampak “gagah”, “perkasa” dan “kasar” boleh belajar untuk menjadi lebih lembut dari pelajar-pelajar lelaki yang lembut (baca: jantayu atau jantan ayu).
(Cadangan): Guru Penasihat Lakonan Iklan (Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Pada mulanya, para penaja mahu guru penasihat ini diperkenalkan agar para pelajar tahu bagaimana untuk mengiklankan produk mereka dengan lebih berkesan, tetapi akhirnya dianggap tidak relevan memandangkan para pelajar sudah cukup arif dalam bidang lakonan spontan untuk memperkenalkan produk jenama mereka (contoh, tangkai cawan dipecahkan secara misteri agar jenama penaja cawan dan pinggan mangkuk dapat disebutkan secara langsung).
(Cadangan): Guru Penasihat Agar Pelajar Tidak Pecah Lobang (Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Pada mulanya, guru penasihat dalam bidang ini dianggap penting, memandangkan hosnya sendiri, Azmil dah pecah lubang sejak azali dengan aksi lembut, bermake-up tebal dan berbaju ketat – tetapi akhirnya diketepikan, kerana jika terdapat pelajar Akademi Impiana yang pecah lobang dengan memakai kimono dan bertocang sekalipun, peminat-peminat fanatiknya tetap akan menganggapnya “macho”. Bak kata Pak Abu: Kalau Pak Abu nak ajar pelajar tu agar tak pecah lobang, Pak Abu kena tengok baju pengantin dulu sebelum Pak Abu boleh design pelamin... Eh sorry, mak... Errk, Pak Abu salah konsep lagi!
“Nok... perlu ke nak dapatkan Penasihat Imej bagai ni?” tanya Gundutz dengan wajah penuh geram.
“Eh perlu ke? Ala-ala Queer Eyes for Straight Guy--”
“Mana pulak? Kaedahnya straight guy satu jer.” Gundutz kemudian ketawa sendiri. “Tapi memang tak perlu ler noks.”
“Tu lah, sundels! Ko tengok Dr. Cher tuh. What a waste of time. Ala-ala you hire him for what? Untuk pegang-pegang tangan dalam satu bulatan pastu jerit-jerit. What is that all about.”
“Ko kena pikir nok. Artis-artis ni kan cepat ting tong. Jadi, guru motivasi ni penting. Kalau tak, budak-budak ni jadi ala-ala Micheal Jackson nanti macam mana? Siapa nak jawab!”
“Tapi kalau fikirkan betul-betul... Image consultant ni penting jugak. Just look at them, sometimes so salah one. I'm talking of the girls lah, especially si Sia. The boys, ko tahu lah adik-adik... Bab bergaya kan dah darah daging diorang--”
“Betul jugak kan?” Linus bersetuju sebelum menambah lagi. “Nok, ambik guru bahasa Inggeris kan lagi bagus. Ko tengok Bahasa Inggeris diorang... Very der tak perlu. Bila dapat lagu Inggeris macam dapat lagu Perancis, tak pun lagu Mongolia. Takut semacam ala-ala dapat lagu bahasa asing yang diorang tak boleh sebut...”
“Tu lah. Tak koser kan?”
“Nak-nak si Sia tu nok. Kat Sabah tak belajar B.I. Ke?”
“Tak kot... Kat sekolah Sabah belajar buat satay jer, agaknya--”
“Korang ni berdua kan... Kalau tak kutuk si Sia tu tak boleh ke?” tempelak si Timah. “Kesian aku tengok dia tau! Ada anak dua orang, lepas tu dah lama tak jumpa.”
“Koser lah ko Timah!” Gundutz menjawab. “Si Sia tu asyik-asyik nak menangis. Perlu ke? Sampai pelajar-pelajar AI pon dah muak.”
“Alah, korang mana paham hal pompuan? Yang korang tahu, mengutuk, menambahkan dosa. Tu je lah!”
“Wah, wah wahhhhh! Ustazah kita ni. Kheles gituh nasihatkan orang.” Gundutz menjeling benci. Mahu sahaja dia menyebut tentang hukum berjudi ketika Timah bertaruh siapa yang akan keluar dari AI seperti mana yang telah dilakukan olehnya bersama rakan-rakan sekerjanya. Tetapi dia diam sahaja.
“Eh, dah dapat ke duit betting dari kawan-kawan you?” Linus bertanya kepada Timah, seolah membaca fikiran Gundutz.
“Dah ler. Sejak hari Ahad dah buat collection, ok!”
“Wah kaya kau, Timah!”
“Dia dah habis belanja duit dia tu nok!” Gundutz memberitahu.
“Beli apa?” tanya Linus lagi.
“Adalah!” Timah tidak menjawab. Dia senyum-senyum malu...
**
“Baju baru ke?” Tanya Rahmat kepada Timah. Dia melihat baju yang dipakai Timah yang dipakainya sebelum masuk kerja dalam cahaya samar-samar warung tempat mereka selalu makan malam.
“Baru beli. Semalam beli.” Jawab Timah dengan selamba. Suka benar dia melihat Rahmat memerhatikan baju-T biru yang telah dibelinya di Espirit.
“Banyak duit awak.”
“Dah rezeki orang--”
“Selalunya hujung-hujung bulan awak takde duit.”
“Alah awak ni. Banyak soal pulak!” Timah mengeluarkan sebuah kotak kecil dari beg galasnya. “Ini untuk awak.”
“Eh apa ni?” tanya Rahmat. Dia mencapai kotak tersebut dari tangan Timah.
“Hadiah untuk awak. Saya beli kat CM semalam.”
“Lah... Buat susah-susah jer!”
“Bukaklah!” saran Timah. Rahmat menurut sahaja. Dia membuka kotak yang telah dibungkus dengan rapi oleh Timah. Didapatinya di dalam kotak terdapat seutas rantai tangan perak yang selalu dipakai oleh mat-mat motor sepertinya.
“Eh mahal ni!” ujar Rahmat dengan dahinya terkerut. Dia seperti tidak dapat menerima pemberian dari Timah ini.
“Hadiah ini ikhlas dari saya.” Timah mengeluarkan rantai tangan tersebut lalu dipakaikannya ke lengan kanan Rahmat.
Rahmat terkedu buat seketika. Dia tidak mampu untuk berkata apa. Kepalanya kosong buat seketika.
“Hadiah ni mahal... Dari mana awak dapat duit nak belikan hadiah ni kepada saya.”
“Saya main kutu kat tempat kerja.” Timah berbohong. Matanya sedikitpun tak terkelip.
“Terima kasih.” Kata Rahmat dengan suara yang perlahan. Dia memerhatikan rantai tangan perak pemberian Timah. Matanya menjadi redup. Dia menarik nafasnya panjang-panjang. Banyak perkara yang sedang difikirkan di dalam kepalanya sekarang yang membuatkan dia diam tak tentu...
**
Apakah yang telah dinasihatkan dan diperkatakan oleh Penasihat Imej, Puan Rohani ketika menemui pelajar-pelajar Akademi Impiana tetapi tidak disiarkan oleh Gastro
Zaidi: Rambut awak tu patut dihitamkan kembali. I think we have to move on from the Malay jinjang look.
Lina: Kalau awak nak rupa pesona bintang, plastikkan sikit diri awak tu seperti Erra Fariza.
Dara: Loose that breep-breep nonsense, dahhling!
Boboy: Loose 20 more kilos and then, I get back to you.
Khir: Rambut awak tu nak botak. Pergi treatment untuk elakkan dari terus botak.
Nur: You nak I buat makeover kepada teddy bear you yang besar ni sekali ke?
Sia: (sambil melatah kerana terkejut) Opocot hantu... Eh, hantu kuat menangis untuk tagih simpati... Eh hantu takde bakat tapi masih malas nak belajar untuk tingkatkan diri... Eh hantu Sabah... Isk! You ni takutkan I je lah! I ingatkan terserempak dengan hantu residen AI ni tadi!