“Kenapa dia macam tu, ah?” tanya Nora kepada Zek. Nora sedang membelek-belek majalah Vogue yang terbaru di bahagian majalah di toko buku Kinokuniya di KLCC.
Zek tidak menjawab. Dia mengetapkan bibirnya sambil tersengih. Zek tahu bahawa Nora telah bertanyakan kepadanya tentang Kahar.
“Before you came... We talked. And you know what, macam biasa, Mr. K kept on talking about himself. Like... Non stop!” Nora memberitahu sambil menyelak beberapa muka surat majalah Vogue tanpa memandang ke arah majalah tersebut.
“Pasal apa?”
“His writing... About himself and more of his writing.”
“Kau tak suka ke? I thought you like listening to him?”
“Suka... If a handsome young man like him talking non stop macam tu... Perempuan mana tak suka, yang?”
“So what's your problem?”
“He's so into himself, kan?”
“Biarlah... Dia kan memang macam tu.” Kata Zek dengan nada serius. “Bukan dengan semua orang dia cakap macam tu. Kalau dia tak nak cakap dengan kau... Dia akan duduk diam macam patung. Kau suka ke, kalau dia buat kau macam tu?”
“Mr. K tu sebenarnya seorang yang pendiam?”
“Not only that... Dia ni jenis pemalu.”
“No kidding!”
Si Nora yang bekerja sebagai seorang penulis bebas itu meletakkan majalah Vogue yang sedang dibelek-beleknya, sebaik sahaja Zek memberi isyarat bahawa dia mahu keluar dari toko buku Kinokuniya. Nora bergegas mendapatkan Zek yang nampaknya sedang berjalan mendapatkan Kahar yang terus keluar dari toko buku Kinokuniya tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan.
“Kau dah dapat buku yang kau cari tadi?” Tanya Zek sambil mencuit bahu Kahar. Kahar menoleh sambil mengangguk cepat. Kemudian dia memerhatikan bahagian bahunya yang telah dicuit Zek dengan wajah terkerut - kerana dia tidak suka disentuh begitu.
Kahar menunjukkan kepada Zek beg plastik Kinokuniya berwarna biru gelap. Zek mengambil beg plastik tersebut dari tangan Kahar. Dia mengeluarkan buku yang baru sahaja dibeli Kahar.
“Siapa suruh kau beli buku pasal Philippe Starck ni?” Tanya Zek dia memasukkan kembali buku tersebut ke dalam plastik. Dia menoleh kepada Nora sekejap sebelum berpaling semula kepada Kahar.
“Ibu suruh saya belikan... Dia bagi duit, jadi dia suruh saya beli. Jadi saya belilah.”
“Dulu kan dia ada buku ini? Philippe Starck by Philippe Starck…”
“Bukunya itu sudah hilang.”
“Aku lupa nak pulangkan, kot.” Zek menggaru-garu kepalanya. Dia pasti buku tersebut telah dipinjamnya, tetapi dia tidak pasti di mana lokasi buku itu sekarang. Dia menyerahkan kembali beg plastik Kinokuniya itu kepada Kahar.
“Actually the book is with me, lah… You yang bagi I pinjam, kan?” soal Nora kepada Zek. “You bagi I pinjam, tapi tak mintak I balik.”
“Apa pulak! I bagi you pinjam tapi you nak buat harta.” Balas Zek sambil menggeleng.
“Sebenarnya... I pun tak tahu mana I letak buku tu.” Nora menggigit jarinya.
Wajah Zek terkerut seribu. Kemudian dia berpaling semula kepada Kahar sambil berkata:
“Nanti aku bayar balik harga buku ni kat ibu kau.”
Kahar mengangguk sekali. Kemudian dia menggaru-garu bahagian pipi dan dagunya yang dipenuhi dengan jambang yang baru hendak tumbuh itu.
“Kau lapar tak?” tanya Zek kepada Nora. Nora mengangguk cepat.
“Lapar lah. Sehari suntuk aku tak makan.” Jawab Nora. Dia memandang kepada jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 3 petang. Keadaan KLCC tidaklah sesibuk seperti masa makan tengahari tadi.
“Kau nak makan apa?”
“Cantonese fried kuey-teow.”
“Kita pergi Madam Kwan’s?”
“Tak kisah.” Jawab Zek. Kemudian dia menoleh ke arah Kahar. “Kau tak kisah, makan di situ, Kahar?”
Kahar menggelengkan kepalanya. “Saya tak lapar... Saya nak lepak kat bawah. Okay tak? Nak balik nanti beritahu saya.”
“Lepak bawah mana pulak ni?” tanya Zek ingin tahu.
“Kat depan air pancut lah... Nak lepak-lepak sambil isap rokok jap.”
“Nanti aku call.” Ucap Zek, kemudian berdesup Kahar berjalan ke arah lif yang terletak berhadapan dengan Petrosains itu.
“Budak tu… Entah. Macam aku cakap tadi. Pelik!” kata Nora dengan perlahan.
“Pelik macam mana pulak ni?”
“Tadi, sebelum kau tiba ke sini, aku ada berbual dengan dia sekejap...” Jelas Nora yang menceritakan tentang pertemuan mereka untuk berbincang di sebuah kafe yang terletak di tingkat atas, toko buku Kinokuniya.
“Apa yang kau bualkan dengan dia? I mean, besides him talking incessably about himself?” tanya Zek. Kini dia berada di pintu masuk restoran Madan Kwan’s. Dia meminta pelayan supaya membawanya ke tempat duduk yang membolehkannya melihat ke arah luar.
“Aku tanya dia tentang manuskrip sajaknya itu lah.” Kata Nora, dia mula membakar hujung putung rokoknya. Dia menjemput Zek supaya merokok bersamanya, tetapi Zek menolak. Bukan kerana dia tidak merokok, tetapi sebagai seorang ‘social smoker’, dia hanya merokok tatkala ‘mood’nya untuk merokok itu menyinggah jiwanya.
“Apa yang kau tanya kat dia?”
“Aku tanya kenapa budak madrasah macam dia tu nak buat sajak yang... So intensely dark and filled with melancholic sadness. I thought boys like him should be a happy lot, kan?”
“Well... Since when you become the foremost authority on budak-budak madrasah macam dia ni?”
“I know a lot of things, okay!”
“Mana kau tahu ni?”
“I used to date one very cute looking ustaz once.”
“Yeah... This must had occured ages ago, kan?”
Nora membeliakkan matanya. “Whatever it is, my ustaz is a happy ustaz. He's very funny to the point I thought I have to leave him because I thought I don't want to have a clown for a husband.”
“Either that or barang kemas tak meriah, kan?”
“Kau ni... Tak pernah nak serius kan? And by the way, I'm not a slut, okay! At least not in front of that abang ustaz of mine.” Suara Nora yang ceria memperjelaskan percubaannya untuk melawak. “I think you don't have any idea what I'm talking about, kan?” “About what, again?”
“Sajak si Mr. K kita lah... About it being so dark and all.”
“Tak.” Jawab Zek pendek dengan nada yang jujur. “Manalah aku tahu.”
“Kau pernah baca sajak-sajak dia tak?”
“Tak pernah... Dia ada bagi bagi baca . Tapi aku... Mana ada minat dengan benda-benda ni semua!”
“Ye lah, 'benda-benda' macam ni mana kau minat kan? Kau minat dengan 'benda-benda' lain, kan?”
“Okay seriously... Apa sebab-sebab yang dia bagi kat kau kenapa dia tulis sajak-sajak dia macam tu?”
“Dia kata dia sekadar menulis mengikut gerak hati dia dan apa yang terpendam dalam perasaan dia.”
“Oh begitu...”
“Is he a depressed individual?”
“Takdelah... Aku tengok macam biasa jer... Or maybe all these arty farty types are gloomy and suicidal to start with.”
“Well I'm not.”
“Maybe because... You're hooked on Prozac?”
“Eh, tak perlu lah, I'm naturally high okay!” Nora menjeling.
“No you're not! You're high on ciggy you incorrigible chain smoker you!”
“Okay, enough bitching about me...” Nora menyedut rokoknya dalam-dalam sebelum menyambung. “Zek, you know that I'm still in the process of editing his koleksi sajak...”
“And then what?”
“Aku masih tidak faham mengapa si Mr. K kita tu masih tidak mahu memberi tajuk kepada koleksi sajaknyanya. Dia telah meminta Fendi menamakannya... Boleh?” tanya Nora. Sekali lagi dia menghisap rokoknya dalam-dalam. Kemudian dia memandang ke kiri dan ke kanan. Dia mula merasa ragu jika dia dibenarkan untuk merokok di restoran ini. Dia cepat-cepat melepaskan putung rokoknya jatuh ke atas lantai, lalu mematikannya dengan memijak putung rokok itu dengan kasut tumit tingginya.
“Fendi of all people?” tanya Zek tidak percaya.
“Ye lah, si kenit tu lah... Lepas tu siapa lagi?”
“But why Fendi?”
“Because he, unlike you, actually reads his poems!”
“Jadi kau minta Fendi berikan nama kepada buku tu?”
“I actually did... Itu yang aku minta dari dia. But you know Fendi, kan?”
“What do you mean I know him?”
“Eh, you people are housemates, apa!”
“But that doesn't mean I know him that well...”
“He's your best friend, kan?”
“Ya...” Jawab Zek sambil memuncungkan bibirnya. “Jadi apa yang dia kata?”
“Fendi diam sahaja. He never give me an answer.”
“He's always like that, kan? Jadi apa yang kau buat selepas itu?”
“Aku beri dia contoh nama buku-buku Melayu…”
Zek ketawa kecil sambil menepuk pehanya. Tanya Zek selepas itu:
“Bagitahu aku contoh-contoh nama buku Melayu yang kau beri kepadanya—“
“Kiambang di tasik madu… Permata yang pudar... Dakapan musim salji...”
Zek tidak dapat menahan dirinya dari ketawa terbahak-bahak. Kemudian dia berkata:
“Aku ada satu lagi… Titisan madu di celah kelengkang.”
Nora menjeling. Tetapi dia sendiri tersenyum melihat gelagat Zek.
“You know dear... Sometimes I think you are so fucked up up there.” Nora mengetapkan giginya. Jarinya menuding ke kepala Zek. “Kau ni kan, suka sangat nak main-mainkan aku. Samalah macam perangai si Fendi tu... And you know what? Setiap kali bila aku berjumpa dengannya, dia terus nak ajak aku tengok wayang dengan dia. Salah haribulan, orang akan ingat I have a midget as a boyfriend... Boleh?”
“Alah... Ko temankan jer lah si Fendi tu. You know he works at night... Mana ada masa nak jalan-jalan waktu malam. Kawan waktu siang yang dia ada, cuma kau jer kan?” tanya Zek sebelum dia berkata lagi: “You're his fag hag dear, so better act like one!”
“Yeah me... The fag hag to a gay midget merangkap seorang freelance writer who is perpetually jobless!”
“Eh, bukan kau jadi skrip editor that silly Malay soap opera Villa Andaman? I thought they paid you well.”
“Alah... Sometimes I rather slit my throat then editing that God forsaken script.”
“Sabar jelah...”
“Whatever it is... I need to pay my bills, dear. So, I don't mind selling my soul just to make sure I tak bankrupt. Kalau tak kerja siapa nak bayar hutang kredit card I tu semua?” Nora menjeling. “And that's why lah I tolong si Mr. K kita tu edit sajak-sajak dia... Pro Bono lagik. So that I can tell myself that I'm doing something worth while for someone who still aspires to be a writer.”
“Apa lagi Kahar beritahu kepada kau tadi? I mean... You did talked to him for a while before I came, right?”
“Dia kata dia tak nak menulis sajak lagi...” Nora menjelaskan. “Kemudian dia termenung melihat keadaan taman KLCC dari tempat duduk kami. Lama dia termenung. Aku panggil namanya berkali-kali pun dia tak jawab. Sehinggalah kau tiba ke meja kami tadi.”
“Dia memang begitu bila dia sedang mengelamun.” Beritahu Zek. “Ermm... Dia tak beritahu kau kenapa dia tak nak menulis sajak lagi?”
“Dia kata... Dia nak cuba menulis benda lain pulak. He said he wants to be like Heiner Muller... He needs to reinvent himself all the time.”
“Pulak!” Zek menggelengkan kepalanya. “I don't know who Heiner Muller is, but I sure know Madonna always reinvents herself in every album she made. Sebab tu lah sampai sekarang pun dia masih vogue!”
“Uhuh... You and your Diva.” Nora meninggikan keningnya. Dia diam sebentar sebelum dia menambah lagi: “Well... He took it badly lah.”
“Took what badly?”
“My comments lah.”
“Komen pasal apa pulak ni?”
“Pasal sajak dia... Aku kata aku perlu edit a few words that I think is too harsh. But he keep on insisting to me that he wrote his sajak with... metre and sound in mind. He said, if he make any changes... It will distort the rhythm of his poems.” Nora menjelaskan sambil mendagu sambil merenung ke dalam mata Zek.
“Kau tak kan tak tahu dia tak suka kena komen.”
“Itulah... Budak tu cepat naik darah lah.”
“Itu sebab dia tinggalkan kau dengan aku kat Cafe dalam Kinokuniya tadi?”
“Itulah... Nih dia tak nak makan sama dengan kita pun sebab merajuk lagi lah tu!”
“Entahlah... Agaknya lah kot...”
“Tell him, I'm sorry okay.”
“Sorry apa pulak?”
“For being too harsh on him just now.”
“Listen Nora... Sometimes you have to be harsh with him, because the problem with him is that, he's talented but he cannot control his emotions when he's dealing with people.” Zek menjelaskan, lalu menyambung lagi. “You kena bagitahu dia dengan ikhlas pendapat you, walaupun mungkin dia tak boleh terima pada mulanya. Mr. K memang macam tu orangnya. Balik rumah nanti aku pasti dia akan tukar ayat-ayat dalam sajak-sajak dia seperti mana yang you suruh tukar. Memang perangai dia macam tu... Dia memang cepat naik angin.”
“Okay... Whatever it is, cakap kat dia jangan kuat merajuk yer! I bagi pointers kat dia tadi tu pun sebab nak tolong dia. I know dia tak nak bukukan kumpulan sajak-sajak dia. Tapi kalau nak bagi kat kawan-kawan dia pun, dia mesti buat yang terbaik, kan?”
“I know...” Zek mengangguk setuju. “Nanti aku beritahu dia.” Zek mengutus janji. Dia kemudian menjamah nasi ayam pesanannya yang baru sahaja dihidangkan oleh pelayan...
Blog Seri: Supergurrrlz dan metamorfosismrk
Ketika sedang berada di dalam makmal, Eling tiba-tiba memberitahu kepadaku bahawa dia mula berhubungan dengan Mr K melalui Yahoo Messenger. Eling dengan nicknya: ‘supergurrrlz’. Manakala Mr K pula menggunakan nick: ‘metamorfosismrk’.
“I chat dengan dia sampai pagi!” beritahu Eling dengan suara penuh ghairah. Dia menggoncang lengan ku. Aku hanya mampu menjeling. Aku mengeluarkan buku latihan fizik dan meletakkannya di atas meja.
“You chat pasal apa dengan dia?” tanya ku. Aku menjenguk-jenguk kalau Puan Rahimah, guru fizik kami sudah masuk ke dalam bilik makmal. Dia lambat lagi. Tetapi keadaan kelas tetap senyap.
“Alah, pasal macam-macam lah.”
“Like what?”
“Kita orang cakap pasal filem. Pasal buku. Pasal rancangan TV kegemaran kami…”
“Itu saja ke?” tanyaku, bibirku dengan sendirinya mencebik.
“Eh, you jeles ke?”
“Nak jeles apa pulak?”
“Sebab I rapat dengan dia lah!”
“I kenal dia pun tidak!”
“Ye lah, mana tahu... You jeles I rapat dengan dia ke...” Eling sengaja mengejek.
“You nak jadikan dia your new boyfriend ke, laki ke... Apa I pedulik? I'm not your lesbian partner, tau!”
“I tahu lah! I sengaja nak sakat you.” Eling melirik tersenyum manja. Puan Rahimah masuk ke dalam makmal. Wajahnya jelas nampak sedih.
Aku rasa dia masih ada masalah dengan suaminya. Aku pernah dengar cerita suaminya suka memukulnya. Pernah sekali dia datang ke sekolah dengan cermin mata hitam. Aku dapat lihat bahawa matanya lebam kebiruan. Bekas kena tumbuk. Bila aku tanya kenapa, dia kata dia terlanggar stereng semasa memandu. Aku tidak percaya.
Puan Rahimah meminta kami membuka buku latihan makmal. Kami di suruh melakukan uji kaji nombor 5.
“I ajak dia keluar.” Tiba-tiba Eling berbisik kepada ku apabila dia sedang mengukur seutas tali yang akan digunakan untuk mengikat pendulum.
“Siapa?”
“Mr K lah!”
“Eh, you gila ke?” getus ku sedikit marah. Puan Rahimah memandang ke arah meja kami. Aku hanya mampu tersenyum.
“Gila apa pulak?”
“You tak kenal dia!”
“Sebab itulah I nak you ikut sekali—“
“Apa?”
“Ikut sekali bila I jumpa dia nanti.”
“You ni memang gila, lah!”
“Alah, boleh lah Seri!” Eling merengek.
Aku mengeluh. Nak marah pun ada. Aku sebenarnya malas untuk melayan kerenah Eling ini. Tetapi aku adalah kawannya yang paling rapat. Kalau bukan aku yang sentiasa bersamanya, siapa lagi?
Jika aku tak menemaninya nanti, aku takut-takut jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kepada Eling. bagaimana pula jika Mr K itu sebenarnya seorang yang tidak boleh dipercayai? Bagaimana nanti jika dia cuba apa-apakan si E-ling? Ada banyak kes gadis-gadis diperdayakan oleh lelaki yang mereka temui tatkala berchatting.
Aku tak mahu Eling jadi mangsa mereka nanti!
“Okay, I akan temankan you.” Aku akhirnya berkata.
“You are my bestest friend ever!” Eling tersenyum gembira. Dia buat-buat tepuk tangan dengan kedua-dua telapak tangannya tidak tersentuh agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi.
“Yeah, whatever!” Kata ku cepat-cepat, seperti yang dinyanyikan oleh Liam Lynch dalam lagunya, ‘United States of Whatever’. Lagunya ini sedang terngiang-ngiang dalam kepalaku. Susah untuk aku menghilangkannya.
Aku memandang ke hadapan. Aku lihat Puan Rahimah sedang termenung memandang ke luar tingkap makmal. Berkali-kali aku dapat melihatnya mengeluh. Pada waktu itu, aku mengeluarkan kamera digitalku dari dalam beg. Aku ambil gambar Puan Rahimah. Selepas aku mengambil gambar, aku masukkan kembali kamera ke dalam beg.
Pada waktu itu aku berdoa agar satu hari nanti, aku akan diketemukan dengan seorang lelaki yang bukan seperti suami Puan Rahimah. Aku tidak mahu mencintai seorang lelaki yang akan menyeksa jiwa dan ragaku nanti.
Lelaki yang seperti papa... Yang mungkin menyeksa jiwa dan raga mama.
Kalau ada masa, dan tak ada pelanggan yang ramai masuk ke kedai buku Silverfish Kahar akan membaca buku-buku yang ada di dalam kedai buku itu. Segala buku-buku baru yang ada akan dibacanya dahulu. Dalam kepalanya kini penuh dengan buku.
Kahar benci bekerja pada hari-hari hujung minggu. Dia tidak boleh duduk dan membaca buku pada hari-hari tersebut. Yang masuk ke dalam kedai buku Silverfish pada hari-hari tersebut kebanyakannya adalah para pengunjung ke Bangsar yang terdiri dari pengunjung tetap atau mereka yang datang hanya sekadar mahu melihat-lihat. Mereka akan melihat-lihat akan masuk ke dalam kedai buku, membelek-belek buku yang nampak menarik, kemudian keluar dari perut kedai.
Kahar membaca sebanyak mana buku Inggeris yang dia mampu kerana seboleh-bolehnya dia mahu membaiki tahap penguasaan bahasa Inggerisnya. Dia mampu memahami apa yang dia baca, tetapi sukar untuknya bertutur dengan fasih dalam bahasa Inggeris seperti orang tuanya ataupun Zek. Sejak dia mula bekerja di kedai buku ini, tahap penguasaan bahasa Inggerisnya bertambah baik dari sehari ke sehari. Kahar tidak kekok lagi. Itu pun berkat kesabaran Raman, majikannya yang banyak membantunya untuk belajar bertutur dengan betul dalam bahasa Inggeris.
Raman cukup senang dengan Kahar kerana cepat dapat menangkap segala apa yang dipelajarinya. Maka memang betullah kata-kata ibu Kahar bahawa anaknya itu memang cerdik orangnya.
Pada mulanya memang sukar untuk Raman menerima Kahar bekerja dengannya. Kahar tidak mempunyai apa-apa kelulusan formal. Kahar tidak mempunyai apa-apa sijil peperiksaan selama lima tahun dia belajar di Madrasah Miftahul Ulum yang terletak di Kuala Selangor.
Ketika Kahar berusia 12 tahun, Kahar telah mendesak ibu dan emaknya untuk menghantarnya belajar di madrasah. Kahar telah memberitahu ibunya dengan bersungguh-sungguh sehingga mencucurkan air matanya bahawa dia mahu menjadi seorang Al-Hafiz. Katanya, minatnya adalah ke situ.
Ibu dan emaknya tidak dapat melakukan apa-apa, walaupun mereka menolak telah permintaannya itu pada mulanya. Mereka tidak kisah jika anak tunggal mereka ini mahu menjadi ahli bomba, tentera, doktor atau peguam sekalipun. Tetapi kemahuannya untuk menjadi Al-Hafiz agak pelik. Apa akan berlaku jika minatnya ini tiba-tiba sahaja pudar apabila dia beransur dewasa kelak? Apa yang akan dilakukannya pada waktu itu?
Ibu dan emaknya akhirnya akur dengan kehendak anak tunggal mereka itu. Mereka terpaksa menurut sahaja kehendak Kahar, lebih-lebih lagi apabila Kahar telah mengunci dirinya di dalam biliknya selama 3 hari tanpa makan dan minum. Jadi, apabila rakan-rakan Kahar yang lain masuk ke sekolah menengah, Kahar belajar di Madrasah.
Selama 5 tahun Kahar belajar di Madrasah Miftahul Ulum. Selama itulah dunianya hanya tertumpu di sana. Dalam kehidupannya di sana, Kahar tidak dibenarkan menonton TV, mendengar radio dan melakukan apa-apa sahaja yang di luar lingkungan pembelajarannya. Memang pada mulanya, Kahar suka berkeadaan begini. Kahar suka kepada keadaan hidup yang mengikut jadual yang teratur. Dia juga suka mendalami pelajaran agama dan bahasa Arab yang dipelajarinya.
Masalah hanya timbul apabila beberapa orang senior Kahar cuba mengganggu seorang pelajar junior bernama Indra yang rapat dengan Kahar. Dalam pada itu, mereka juga dapati Kahar seorang yang pelik. Kahar tidak suka bercampur gaul dengan orang lain kecuali dengan ustaz-ustaznya. Kahar lebih suka menyendiri dan dia tidak mempunyai ramai kawan. Yang berkawan dengannya adalah mereka yang sememangnya sepertinya juga - jenis pelajar yang tidak mempunyai ramai kawan, rajin menelaah pelajaran dan lebih suka menyendiri.
Indra suka berkawan dengan Kahar kerana Kahar adalah pelajar terbaik dalam bidang pengajian Tahfiz al-Quran di madrasahnya. Menurut seorang ustaz yang dikenalinya, Kahar mampu menghafal ayat-ayat Al-Quran tanpa menghadapi sebarang masalah, seolah-olah otaknya bagaikan sekeping span yang mampu menyerap apa yang dipelajarinya. Indra mahu berkawan dengan Kahar kerana diharapkannya, Kahar akan dapat sekurang-kurangnya menurunkan petua untuk menghafal ayat-ayat Al-Quran melalui cara talaqqi dan musyafahah kepadanya.
Pada satu hari, Indra telah dibuli dengan teruk oleh senior-seniornya yang telah menuduhnya mencuri beberapa keping kitab kepunyaan seorang senior. Malangnya, Kahar telah mendapat tahu tentang hal ini apabila semuanya telah terlambat. Dia langsung tidak dapat menolong...
Indra telah dipukul oleh senior-seniornya. Kahar hanya mendapat tahu tentang hal ini apabila dia dapat melihat beberapa orang pelajar yang lari berkumpul di belakang tempat mandi. Kahar lari sama, kerana dia mendengar desas-desus yang menyatakan ada seorang pelajar yang teruk kena pukul.
Apabila Kahar sampai ke tempat kejadian, dia mendapati Indra sedang berkeadaan terlentang dengan tidak sedarkan diri di atas lantai bilik mandi dengan wajahnya lebam-lebam dan kepalanya berlumuran dengan darah.
Indra telah dipukul dengan teruk sehingga dia koma selama dua minggu.
Kahar menyesal tidak sudah kerana Indra telah mengadu tentang masalahnya ini kepadanya beberapa kali sebelum dia dibuli, tetapi Kahar tidak mampu memahaminya - mahupun menunjukkan sebarang rasa simpati kepadanya. Kahar sendiri tidak tahu jika Indra mahu bergurau dengannya atau sebaliknya (kerana Indra selalu bergurau dengannya). Lagipun, Indra telah memberitahu kepadanya bahawa beberapa orang seniornya telah mengugut mahu “memecahkan kepalanya”.
Kahar mendapati sukar untuk dirinya mencerna kata-kata Indra ini kerana setahunya, kepala manusia susah untuk pecah. Dari apa yang diketahuinya, para saintis mendapati bahawa tengkorak Homo Erectus tebal, mungkin kerana dengan adanya tengkorak yang tebal dan keras, agar sukar untuk haiwan liar membunuh mereka dengan menyerang bahagian kepala mereka. Para saintis itu juga percaya, kemungkinan besar juga, untuk memilih pasangan, Homo Erectus perlu mempunyai tulang tengkorak yang keras (jadi mereka mungkin mempunyai ritual mengetuk kepala dengan belantan untuk memilih pasangan yang keras kepalanya).
Manusia moden walau bagaimanapun tidak mewarisi tengkorak sekeras Homo Erectus. Tengkorak manusia moden lebih tipis agar otak yang lebih besar dapat diisi di dalamnya dan tulang yang lebih tipis dapat mengelakkan otak dari menjadi terlalu panas. Akan tetapi, tengkorak manusia tetap keras, agar otak dapat dilindungi secara maksimum dari kecederaan.
Indra adalah seorang manusia dan bukan Homo Erectus. Dan dari apa yang dapat Kahar lihat sendiri, kepala manusia sememangnya rapuh. Walaupun kepala Indra tidak pecah, dia tetap mengalami kecederaan pada bahagian otaknya.
Rasa penyesalan yang tidak terhingga menghantui diri Kahar. Lebih-lebih lagi apabila Indra akhirnya lumpuh akibat dipukul oleh enam orang pelajar senior dengan teruk. Kahar memberitahu kepada dirinya berkali-kali jika dia mendengar luahan perasaan Indra lantas dapat memahaminya dengan betul, mungkin dia dapat mengelakkan Indra dari menjadi mangsa buli.
Tetapi semuanya telah terlambat.
Kitab yang dikatakan dicuri Indra akhirnya dijumpai di dalam surau madrasah, kerana tuan punya kitab tertinggal kitabnya itu di situ. Yang menjadi mangsa adalah Indra kerana dia tak banyak bercakap dan senang disalahkan dan dijadikan mangsa. Akibatnya kini, keluarga Indra telah mengambil keputusan untuk menamatkan pengajiannya di madrasah, dan para pelajar yang telah dibulinya dihadapkan ke mahkamah.
Enam orang pelajar telah dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 149 akta itu kerana mendatangkan kecederaan teruk terhadap Indra.
Kahar pula, mengambil keputusan untuk berhenti belajar sama sekali.
Kahar tidak mahu belajar lagi di madrasah tempat dia belajar atau di mana sahaja. Dia memberikan kata putus ini beberapa hari selepas Indra dimasukkan ke dalam hospital dan terus dia pulang ke pangkuan emak dan ibunya. Sejak kali terakhir Kahar memegang tubuh Indra yang berlumuran darah di dalam bilik mandi madrasahnya, dia tidak lagi dapat bersemuka dengannya...
Kini. Setelah Kahar berhenti belajar di sana, Kahar bebas melakukan apa yang dia suka, walaupun jiwanya sentiasa rasa terganggu oleh kejadian yang telah menimpa Indra.
Di antara perkara pertama yang telah dilakukan Kahar setelah dia keluar dari madrasah tempat dia belajar selama lima tahun itu adalah menonton kesemua koleksi DVD filem-filem seni kepunyaan emaknya dan beberapa buah VCD filem-filem lama Melayu kepunyaan ibunya. Dalam sekejap masa sahaja dia mula mengenali karya-karya Fellini, Kurosawa, Ray, Scorsese, Godard, S. Kadarisman, Nordin Ahmad, M. Amin dan Hussein Haniff.
Seperti emak dan ibunya, Kahar hauskan sesuatu yang baru yang boleh menambah pengetahuannya dan dapat memberikan jaminan kepadanya bahawa dunia ini indah dan penuh dengan kepelbagaian dan bukan sahaja dipenuhi dengan kebencian dan kekejaman.
Jadi dalam rasa dahaganya itu, Kahar mula belajar menggunakan Internet, membaca dan menonton sebanyak filem yang boleh dicarinya…
Blog Seri: Hiasan dalaman Abydos
Mama sibuk pada hari ini kerana katanya penulis dari majalah Anjung Seri akan datang ke rumah kami untuk ambil gambar. Pada mulanya mak tak benarkan, kerana dia sebenarnya mahu penulis-penulis dari majalah Impiana yang menampilkan dekor rumah kami.
Impiana adalah majalah dekor pilihan mama.
Kata mama, majalah Anjung Seri tidak sekelas majalah Impiana. Lagipun, mama cemburukan isteri kedua papa, Makcik Ramlah, kerana majalah Impiana telah menampilkan rumahnya itu pada awal tahun ini di majalah mereka.
“Rumah apa ni? Everything's white! Perabot pulak ada dua tiga saja!” Mama merungut kepadaku apabila dia melihat gambar penthouse Makcik Ramlah di dalam majalah Impiana. “Macam mana lah papa kau tu boleh duduk rumah macam ni!”
“Mama, itu konsep dekor minimalis namanya.” Aku memberitahu mama sesuatu yang tidak mahu didengarnya. Aku sebenarnya tahu tentang konsep dekor minimalis ini pun dari membaca majalah Impiana keluaran bulan yang sama.
“Minimalis?”
“Ye mama… Minimalis.”
“Do you know how much she asked your papa bila dia nak renovate dan tukar segala perabot dalam rumah dia tu?”
Dah berapa puluh kali agaknya mama beritahu aku tentang harga yang terpaksa dibayar oleh papa kepada syarikat perhiasan dalaman yang digunakan oleh Makcik Ramlah untuk menghias penthousenya itu. Mama beritahu kepadaku, harga sofa ‘B & B Italia’nya itu sahaja berharga lebih RM35,000 - itu belum lagi dicampur harga-harga perabot-perabot lain yang semuanya diimport dari Eropah dan Amerika Syarikat.
Selama berminggu-minggu mama membebel tentang perkara ini. Tetapi cuma pada hari itulah mama akhirnya dapat melihat sendiri sofa tersebut dan beberapa perhiasan lain di rumah Makcik Ramlah dari majalah Impiana. Mama tidak pernah ke rumah Makcik Ramlah dan dia tidak mahu menjejakkan kakinya ke sana.
Mama tak faham bagaimana perhiasan dalaman rumah Makcik Ramlah dikatakan menarik, sedangkan baginya ia kelihatan terlalu ringkas. Mama tidak faham mengapa hiasan rumah kami, yang dipenuhi dengan kerusi-kerusi ‘antik’, dengan perhiasan kaca (yang kegunaan utamanya adalah untuk mengumpul habuk berkilo-kilo beratnya jika dikumpulkan), tidak boleh dianggap sesuai untuk ditampilkan di dalam majalah Impiana.
Penulis Salimah Mahmood dan juru fotonya, Razlan Tajudin dari majalah Anjung Seri telah datang ke rumah kami pada petang tadi. Mama sibuk melayan segala pertanyaan dari Kak Salimah. Abang Razlan pula sibuk mengambil gambar segala sudut di rumah kami. Aku hanya memerhatikan gelagat mereka dari anak tangga rumahku.
Ketika itu, pembantu peribadi mama menelefon dari pejabat, ada hal penting. Seorang stokis dari Singapura hendak memesan beberapa produk mama yang sekarang ini telah diberhentikan pengeluarannya; di antaranya adalah jamu Sari Rapert perasa cherry yang perlu dimakan oleh si isteri untuk menjamin kebahagiaan si suami ketika bersama memadu asmara di dalam kamar tidur (aku sekadar meluahkan kembali tulisan yang aku baca di atas paket jamu Sari Rapert ini).
Mama telah meminta diri untuk menguruskan soal perniagaannya. Pada waktu itu, Kak Salimah dan Abang Razlan duduk sambil menikmati hidangan petang yang telah disediakan oleh Kak Erni.
“Alahai, tak kan lah setiap kali kau bagi aku assignment, rumah klon mak datin baru kaya macam ni jugak yang aku dapat! Semua rumah sepesen. Tak ada taste langsung!” Getus Abang Razlan kepada Kak Salimah sambil bertepuk tampar.
Tanpa mereka sedari, suara mereka boleh didengar olehku yang terus bersembunyi untuk memerhatikan mereka dari anak tangga di tingkat dua. Beginilah keadaannya rumahku, segala perbualan mereka yang berada di ruang tamu boleh di dengar sehingga ke tingkat dua. Terutamanya jika keadaan sekeliling sunyi.
Pada waktu itu, aku menoleh ke belakang. Aku dapati mama ada di belakangku. Mama telah mendengar kata-kata abang Razlan tadi. Wajahnya pucat. Aku kurang pasti jika mama marah ataupun di sedang menahan malu.
Mama kemudian turun ke bawah untuk menemui kembali tetamunya seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi. Wajahnya seceria sebelumnya. Mungkin lebih ceria lagi, kerana aku lihat dia tidak henti-henti senyum.
Wajah mama berubah muram apabila Kak Salimah dan Abang Razlan keluar dari rumah kami. Mama mengeluh berkali-kali.
“Rumah kita ni buruk sangat ke, Seri?” Tanya mama kepada ku dengan nada yang sedih.
“Tak lah mama. Cantik apa!” Kata ku, separuh berbohong. Aku sememangnya merasakan rumah kami ini terlalu banyak perabot kayu berkerawang yang aku dapati tidak selesa untuk digunakan untuk duduk mahupun berbaring.
“Dulu mama tinggal kat kampung, Seri. Rumah papan—“
“Tahu mama!” Cepat-cepat aku memintas kata-katanya itu. Aku benar-benar berharap dia tidak akan bercerita pula bagaimana dia terpaksa berjalan berbatu-batu jauhnya untuk ke sekolah pada setiap hari. Entah sudah berapa ribu kali agaknya aku telah mendengar ceritanya ini, yang aku mula rasakan hanya cerita rekaannya semata-mata. Kerana setahu aku, keadaan hidup keluarga sebelah mama tidaklah sedaif mana. Datuk aku mempunyai sebuah kedai runcit dan beberapa buah rumah yang disewanya kepada orang kampung di kawasan Perserai, Batu Pahat.
“Kenapa dia kata rumah kita ni rumah klon, Seri?”
“Seri tak tahu lah mama.”
“Don't tell me you don't know anything, Seri! Kau tu kan pandai macam bapak kau!” mama tetap tidak mahu mengalah mahu aku berterus terang kepadanya.
“Rumah kita cantik mama… Cuma Seri rasa, tak ada yang istimewa yang ada dengan rumah kita. Semua rumah mak-mak Datin yang baru kaya Seri tengok sama saja.” Kataku dengan keikhlas mungkin. 'Mak-mak Datin baru kaya' yang aku maksudkan adalah pelanggan-pelanggan tetap mama yang sering datang bertandang ke rumahku yang bergelar Datin seperti mama... Dan seperti mama juga, kebanyakan dari mereka baru sahaja mengecapi kemewahan dari kekayaan melimpah ruah yang datangnya dari suami mereka.
“Tukang ambik gambar tu kata—“
“Nama dia Razlan—“
“Hah, si Razlan tu kata, mama kau ni tak ada taste. Mama kau ni klon mak-mak Datin baru kaya. Sampai hati dia kata mama begitu!”
“Apa-apa dia nak cakap tu hak dia, mama.”
“Tapi betul kan apa yang dia cakap? Don't you think he's telling the truth?” Soalan mama ini sukar untuk aku jawab. Kalau boleh aku tidak mahu menjawabnya. Tapi kalau aku tak jawab, mama akan berleter sampai ke pagi.
“Betul apa, mama... Mama kan mak Datin baru kaya, Jadi betulah apa dia kata, kan mama?” aku tanya kembali kepada mama. Mama mengangguk lemah.
Jawabnya kemudian dengan teragak-agak:
“Betul kot.”
Mama mengeluh. Dia berjalan ke arah almari di mana dia ada menyimpan majalah-majalah lama. Dia mengeluarkan majalah Impiana yang muka hadapannya ada menunjukkan sudut ruang tamu rumah Makcik Ramlah.
“Mama rasa mama nak ubah hiasan dalaman rumah ni. I want everything in this house to change!”
“Ke situ pulak! Mama ni... isk! Mengarut je lah!” getusku terkejut. Dah buang tebiat ke orang tua ni?
“Mama nak ubah rumah kita ni jadi… Apa yang tadi kau cakap tu Seri?”
“Minimalis?”
“Hah, yang itu.”
“Elok jugak, tapi bilik saya jangan sentuh ya, mama!”
Mama tidak menjawab. Dia cuma mencemikkan mukanya yang hanya mempunyai satu makna yang cukup-cukup aku fahami:
Permintaan ku itu tidak akan diendahkannya.
Pada petang itu juga mama menyuruh pembantu peribadinya mencari nombor telefon penghias dalaman yang telah digunakan oleh Makcik Ramlah untuk menghias penthousenya. Mama akhirnya mendapat nombor tersebut dan terus menelefon Abydos Design House yang beribu pejabat di Plaza Mont Kiara.
Kahar bangun dengan bunyi hujan lebat membuai suasana. Biliknya terasa dingin.
Waktu pagi sudah menyapa, cantik. Kahar bangun dari tidurnya dalam keadaan separuh sedar. Dia berjalan keluar dari biliknya. Dia dapat mendengar bunyi dari set TV di ruang tamu rumahnya.
“Awal kau bangun pagi ini.” Sebut Zek yang sedang menonton rancangan CNN dengan suara sinis. Setiap kali Kahar terserempak dengannya di ruang tamu, pasti dia akan dapat melihat Zek menonton segala jenis rancangan di kaca TV. Kalau tak ada rancangan menarik, dia akan menonton DVD pula. Perli Zek kemudian: “Selalunya, bila waktu tengahari baru kau nak bangun.”
“Entahlah bang Zek, sejuk sangat. Susah nak tidur.” Jawab Kahar dengan sugul. Dia menggosok-gosok matanya. Kalau boleh dia mahu terus tidur sampai tengahari. Dia melihat Zek sedang terbaring di atas sofa dengan hanya memakai singlet putih dan berkain pelekat corak dam.
“Kalau orang lain, time-time macam ni lah sedap tidoq.” Ujar Zek dengan loghat Kedah, yang hanya akan digunakannya jika dia ingin bergurau, terutamanya dengan Kahar, yang telah dikenalinya dengan rapat sejak 3 tahun yang lalu - ketika dia berusia 26 tahun.
Zek sebenarnya telah mengenali Kahar melalui emaknya, yang telah dikenalinya ketika beliau mula-mula datang ke KL dahulu. Ketika itu, Zek telah diberi peluang untuk berlakon dalam sebuah iklan minuman ringan, dan emak Kahar yang bernama Yusni itu pula menjadi Pengarah Seni dalam pembikinan iklan tersebut.
Tiga tahun yang lalu Zek sibuk mencari tempat tinggal, dan kebetulan pula, ibu dan emak Kahar memiliki sebuah pangsapuri kosong di Kampung Baru, jadi pangsapuri tersebut telah disewakan kepada Zek. Menurut cerita yang Zek dengar, pangsapuri itu pada mulanya dipunyai oleh emak Kahar yang telah menetap di sana ketika di zaman bujangnya dahulu.
Rumah tingkat lima Pangsapuri Adfiz yang terletak di Jalan Syed Mahadi itu pada mulanya hanya didiami oleh Zek seorang diri, sehinggalah Kahar yang pada ketika itu berusia 17 tahun mengambil keputusan untuk berpindah ke pangsapuri tersebut. Alasan Kahar, dia mahu hidup berdikari, lagipun menurutnya, rumah Mak Mah terletak agak berdekatan dengan Pangsapuri Adfiz. Emak dan ibu Kahar terpaksa menurut kehendak anak tunggal mereka ini, walaupun mereka lebih suka jika Kahar duduk sahaja bersama mereka di rumah mereka di kondominim Desa Kudalari yang letaknya tidak jauh dari KLCC.
Pada waktu itu, Kahar baru sahaja berhenti sekolah dan terus berdegil tidak mahu meneruskan persekolahannya. Pada waktu itulah Kahar belajar berdikari sendiri dengan bekerja di sebuah kedai buku di Bangsar Baru. Dan pada waktu itu jugalah dia mula mengenali Fendi, kawan baik Zek yang berpindah ke Pangsapuri Adfiz untuk memenuhi sebuah lagi bilik kosong yang ada. Jadi sejak tiga tahun yang lepas, mereka bertiga duduk serumah.
“Hari ini abang kerja tak?” Tanya Kahar. Dia melihat jam dinding. Pukul 10.35 pagi. Selalunya Zek sudah menghilang dari rumah. Seawal 7 pagi.
“Tak. Hari ini aku cuti. Hari ini hari Sabtu. Aku tak kerja hari Sabtu.” Jawab Zek dengan bersahaja. “Kau selalu saja lupa.”
Kahar tersenyum tawar. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Rambutnya pendek. Dia mendapati terdapat kepingan-pepingan kelemumur yang melekat di kukunya.
“Abang Zek dah makan?” tanya Kahar, kemudian dia memandang ke arah pintu bilik Fendi. Ia masih tertutup rapat. Mungkin Fendi telah pulang sejak awal pagi tadi, atau mungkin dia belum pulang lagi.
“Belum… Kenapa? Kau nak masak?”
“Ya.”
“Kau selalu masuk kerja pukul 2 petang, kan?”
“Ya.”
“Tak apa, nanti aku hantar.” Kata Zek dengan suara tegas seolah memerintah. “Lagipun aku dengan Fendi cadang-cadang nak ke Mid Valley. Aku nak pergi Top Shop. Aku nak pergi beli baju baru... Nak pergi clubbing malam ni dengan Fendi.”
“Oh...”
“Kau nak ikut ke?”
“Takmo lah! Saya tak suka tempat-tempat ramai orang ni. Rimas lah!”
“Aku tahu kau tak nak pergi. Aku tadi tu pun ajak-ajak ayam jer.”
“Kenapa... Ayam ikut sekali?” tanya Kahar. Wajahnya serius.
“Forget it...” Zek mahu ketawa, tapi dia cuba menahan dirinya dari ketawa/
“Apa... Cakaplah bebetul!”
“Maksud aku tadi, aku cuma ajak sekadar bertanya, walaupun aku tahu jawapan yang akan aku terima dari kau.”
“Jadi kalau dah tahu jawapannya kenapa bertanya lagi?” tanya Kahar dengan nada mendatar. Sukar untuk Zek meneka jika Kahar marah ataupun dia sekadar bertanya.
“Sebab... Sometimes we say things for fun. Get it?” Zek melihat Kahar sedang merenung ke arah kaca TV sewaktu berbual dengannya, seperti mana yang dilakukannya selalu. Kahar nampaknya sedang berfikir dan mencerna kata-kata Zek tadi. Dia mengambil masa yang agak lama untuk memahami apa yang telah dimaksudkan oleh Zek melalui kalimah-kalimahnya.
Zek kemudian mencapai katalog Ikea yang berada di dalam tempat meletak majalah di tepi sofa. Katalog itu sudah nampak usang walaupun ianya katalog untuk tahun ini. Kahar tahu jika Zek mencapai katalog itu, dia pasti mahu menggunakan tandas. Jika Zek ke tandas, pasti dia mahu melayan perasaannya sambil memerhatikan gambar-gambar perabot Ikea.
Kahar tersenyum sendiri, kemudian dia masuk ke dalam dapur. Dia mengeluarkan beberapa biji telur, sebiji bawang besar, cili boh dan beberapa keperluan lain untuk membuat nasi goreng.
Kahar pandai memasak. Dia perlu memasak sendiri bukan kerana dia suka memasak, tetapi kerana terpaksa. Sejak kecil lagi, Kahar mendapati, emak dan ibunya - kedua-duanya tidak faham dengan kehendak pemakanannya. Mereka tidak pernah faham bahawa dia tidak suka makan sembarangan. Cerewet.
Selain dari makanan-makanan yang tidak halal, berikut merupakan senarai makanan yang tidak boleh dimakan oleh Kahar:
Emak dan ibu Kahar sering merasa risau dengan perangai anak mereka yang pelik ini. Ada kalanya, Kahar langsung tidak mahu menjamah makanan yang telah mereka sediakan, walaupun mereka telah menyediakan makanan yang mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkannya. Ada kalanya Kahar tidak mahu makan kerana makanan yang mereka sediakan terkandung terlalu banyak lemak ataupun garam. Ada sahaja alasan yang diberikannya.
Dia telah mula memasak sejak umurnya 8 tahun.
Pada satu hari ketika Kahar berusia 8 tahun, dia telah mengambil keputusan untuk membeli beberapa bahan-bahan dapur lalu dia mencuba untuk memasak sendiri.
Kahar mendapati apa yang dimasaknya sedap. Kahar seperti mempunyai kebolehan semulajadi untuk mengubah apa sahaja jenis bahan makanan yang mentah lalu menjadi makanan yang sedap. Sesiapa yang pernah merasakan hasil masakan Kahar pasti akan terkejut dengan apa yang dapat dirasai mereka.
Ibu dan emak Kahar sedar akan kebolehan luar biasa anak mereka ini. Setelah Kahar berhenti sekolah, mereka telah memujuknya berkali-kali untuk menyambung pelajarannya ke salah sebuah kolej swasta di KL ini, lalu mempelajari selok-belok memasak dan perhotelan. Tetapi Kahar tidak mahu.
Kahar tahu dia pandai memasak. Dia juga tahu dia suka memasak, tetapi dia tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang chef. Kahar tidak mempunyai sebarang kemahuan dalam hidup ini, kecuali untuk menjadi seorang penyair dan tukang masak rasmi rumah nombor 1A, Tingkat 5, Pangsapuri Adfiz...
Blog Seri: Siapa Mr. K?
Semalam aku membaca sesuatu yang aneh yang tertulis di atas tag di dalam blog ku. Penulisnya mengenalkan dirinya sebagai Mr. K. Di tulisnya:
Mr. K: So what if Aizizi is gay?
Aku terkejut menerima soalan seperti ini. Dia telah membaca tulisan aku tentang desas-desus yang mengatakan bahawa Aizizi adalah seorang lelaki gay. Dalam tulisan aku, ada aku nyatakan bahawa aku tidak percaya akan desas desus tersebut, kerana:
1.Aizizi tidak nampak lembut.
2.Aizizi mempunyai wajah yang kacak dan diminati oleh ramai gadis di Malaysia termasuk aku!
3.Aizizi berasal dari keluarga yang baik-baik. Bapanya kalau tak salah aku, imam di kampungnya di Sik, Kedah.
4.Aizizi memegang ijazah sarjana muda kelas pertama dalam bidang undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa.
5.Aizizi pernah mengacarakan rancangan Motivasi Remaja di TV1 setahun yang lepas, di mana beliau disebutkan di dalam majalah Remaja sebagai seorang artis yang patut dicontohi kerana beliau mempunyai latar belakang yang baik dan berpelajaran tinggi.
Mr. K ada meninggalkan e-melnya. Aku tak tahu jika Mr. K mahu aku membalas pertanyaannya ini atau dia mahu aku diam sahaja.
Siapa Mr. Kini sebenarnya? Semalaman aku berfikir tentang Mr. K. Aku tidak mengenali identitinya. Mungkin Mr. K telah lama mengikuti blog ku, tetapi hanya kini dia menyuarakan pendapatnya.
Adakah Mr. K marah dengan ku? Kenapa dia perlu marah?
**
Pagi tadi aku bangun dari tidur. Aku pergi ke bilik air, dan seperti biasa aku mengukur berat badanku. Naik dua kilo! Aku panik. Aku pandang ke cermin. Aku kurang pasti jika wajahku semakin tembam. Cermin memang sukar dipercayai. Ia merupakan satu alat yang mampu menipu kita. Mama pernah beritahu kepada aku bahawa sesetengah cermin di bilik persalinan pakaian di pusat membeli belah telah dibuat dengan sebegitu rupa agar pelanggan nampak kurus, walaupun tidak. Cermin mampu membuat kita nampak cantik padahal sebaliknya. Melihat wajah kita ke dalam cermin adalah seperti kita mendengar suara kita sendiri. Kita hanya sedar betapa anehnya suara kita hanya selepas kita mendengar suara kita yang telah direkodkan.
Jadi untuk memastikan jika ada apa-apa perubahan yang mendadak yang telah berlaku ke atas diriku, aku ambil kamera digital, lalu mengambil gambar diriku sendiri.
Aku lihat memang benar keadaan aku tembam sedikit dari apa yang aku perhatikan bulan lepas. Mungkin kerana aku terlalu banyak makan dan terlupa untuk bersenam. Lagipun sekarang musim hujan. Petang-petang selalu sahaja hujan. Jadi aku terpaksa terperap di dalam rumah.
Aku mula risau melihat perkembangan ini. Aku rasa aku perlu sekat makan lagi, walaupun abang berkali-kali menegahnya.
Tapi apa yang dia tahu? Dia boleh makan sebanyak mana yang dia suka tetapi tak pernah gemuk.
**
Petang tadi aku keluar dengan Eling. Dia kata dia mahu berjumpa denganku. Katanya ada sesuatu yang penting yang mahu dikongsinya bersamaku. Jadi kami berjumpa di KLCC.
Eling seperti biasa pergi membeli pakaian baru di MNG. Ada ‘sale’, jadi dia tak mahu lepaskan peluang dari membeli baju baru, walaupun aku tengok, baju yang ada dalam almarinya berlambak-lambak. Ada yang langsung tidak terpakai.
“You rasa baju ni cantik tak?” Eling membelek-belek sehelai baju yang aku rasa nampak jarang.
“Okay kot. Sesuai dengan you. Lagipun kulit you cerah.” Aku menjawab dengan ikhlas, kemudian Eling tersenyum puas.
Aku memandang kulit ku. Aku sedar aku tidak mempunyai kulit secerah abang. Mama telah menurunkan segala kecantikannya kepada abang, dan bukan kepadaku. Aku pula ikut papa. Kulitku sedikit gelap, seperti papa. Papa yang berasal dari Pulau Pinang itu mempunyai darah Jawi Peranakan di sebelah ibunya.
Mama telah memberiku sedozen krim pencerah kepadaku ketika aku berusia 14 tahun. Krim Pemutih Puteri Berseri adalah antara produk kecantikan keluaran mama yang paling laris (yang paling laris sudah tentunya jamu Ratu Langsing). Kata mama, dia telah menamakan krim pemutih itu dengan nama 'Puteri Berseri' sempena nama aku, jadi diharapkannya agar aku pakai krim pemutihnya itu.
Mama telah memastikan agar aku memakai krim pemutih itu pada setiap hari agar kulitku tidak gelap lagi. Katanya, tidak ada sesiapapun yang suka kepada anak gadis yang berkulit gelap seperti aku.
Jadi kulitku perlu cerah, jika tidak, sampai bila-bila pun tak akan ada lelaki yang akan menganggap aku ini seorang gadis yang menawan.
Kadang-kala aku tidak faham mengapa aku perlu berkulit cerah, sedangkan aku telah dilahirkan gelap. Aku tidak tahu siapa yang telah menetapkan piawaian bahawa seorang gadis hanya akan dikira cantik jika dia berkulit putih dan gebu.
Apabila aku menonton TV, aku dapati ada sahaja iklan krim pencerah yang akan ditayangkan. Ada satu iklan yang menunjukkan seorang gadis yang bekerja di sebuah stesen keretapi yang hanya disedari tentang kewujudannya apabila kulitnya semakin cerah. Satu lagi pula, seorang pelajar lelaki di kolej mengatakan: “Why didn't I notice her before?” apabila dia mendapati wajah rakan sekelasnya itu berubah cerah (dan iklan ini telah dilakonkan oleh Aizizi). Yang aku hairan, mengapa perempuan-perempuan ini masih mahukan lelaki-lelaki yang hanya akan sedar tentang kecantikan mereka apabila kulit mereka cerah dengan cara yang dibuat-buat dan bukannya semulajadi?
Mengapa mereka mahu jatuh hati dengan lelaki yang sukakan kepada kepalsuan? Mungkin wanita-wanita seperti ini akan melakukan apa sahaja untuk membuat lelaki-lelaki kacak seperti Aizizi jatuh hati kepada mereka walaupun mereka terpaksa menggunakan cecair peluntur untuk memutihkan kulit mereka...
“You tak nak shopping sekali ke?” tanya Eling, sambil dia menggigit jarinya tatkala dia ternampak sepasang seluar yang telah diturunkan 70% dari harga biasanya. Seluar itu bersaiz L. Terlalu besar untuk dipakai Eling. “Semua yang sale ni I tengok saiz-saiz besar. Tak ada yang saiz S, I tengok.”
“Biasalah, Sale. Saiz yang orang tak beli diorang jual.”
“I rasa saiz you banyak kat sini. You pakai saiz L kan?” tanya Eling dengan selamba tanpa memandang ke arahku.
“Alah, I dah banyak sangat pakaianlah!” Aku memberi alasan, sedangkan aku sendiri tahu tidak ada sehelai baju pun di kedai MNG ini sesuai untuk aku. Saiz bajunya yang paling besar tetap akan nampak sendat jika aku memakainya. Dadaku besar, ikut saiz keluarga sebelah papa yang rata-ratanya bertubuh besar dan gempal.
Kadang-kala aku dapat merasakan kedai-kedai pakaian seperti MNG mempunyai agenda tersembunyi untuk membuat gadis-gadis seperti aku yang mempunyai saiz tubuh yang besar rasa bersalah tentang diri kami. Baju-baju yang mereka jual semuanya kecil-kecil dan aku rasa hanya boleh dipakai oleh gadis-gadis bertubuh langsing seperti Eling.
Aku menoleh ke arah cermin berdekatan. Kemudian, aku cepat-cepat menoleh ke arah lain. Aku segan melihat keadaan diriku ini jika dibandingkan dengan Eling. Pakaian yang dipakai Eling memang ranggi. Cukup sesuai dengan keadaan dirinya yang tinggi lampai itu. Aku pula hanya bertudung (hari ini aku ikut style Wardina) dan memakai T-shirt bersaiz L berwarna hitam (dengan gambar seorang bayi bertindik, ihsan pemberian abang).
Selepas Eling selesai membeli pakaiannya, kami keluar dari MNG di Isetan, kemudian kami terus ke arah Burger King. Kami mencari tempat duduk tanpa membeli apa-apa makanan di sana. Eling masih berdiet, aku juga ikut berdiet walaupun perutku sudah mula berkeroncong.
“I dah break dengan Ratnam.” Beritahu Eling sambil memegang hujung rambutnya. “It’s now over and done with!”
“Yeah, whatever. Dua minggu lepas you cakap benda sama juga!” Kataku sambil menguis kening ku. Aku menoleh melihat gelagat beberapa orang pemuda di bahagian paling hujung Burger King. Mereka sedang ketawa berdekah-dekah sebelum mereka berdiri, lalu meninggalkan tempat duduk mereka. Mereka semua aku pasti seusia denganku dan seperti aku dan Eling, akan mengambil peperiksaan SPM mereka pada tahun ini.
“I dah tak tahan dengan perangai dia. Dia asyik nak kawal hidup I.”
“Dia tu kan lelaki.”
“So?”
“Itu kan kerja lelaki.”
“Maksud you, kawal hidup kita?”
“Ya.”
“That’s the stupidest thing I’ve ever heard coming out of your mouth.”
“I know.” Aku tersenyum. Sengaja mahu mengusiknya. Dia juga tahu aku sedang berseloroh dengannya. Dia tahu aku tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa kaum lelaki patut mengawal hidup kaum wanita seolah-olah kaum wanita terlalu lemah sehingga tidak mampu menjaga hal-ehwalnya sendiri.
“I rasa I nak tumpukan perhatian I kepada pelajaranlah—“
“It’s about time, kan?”
“Ye lah, I tahu.”
“Dah tu, kenapa you gatal nak ada boyfriend dulu?”
“Alah, bukan I yang buat rancangan nak ada boyfriend. He used to be my church friend… Tapi, lepas itu, dia mahu berkenalan rapat, kemudian dia yang nak lebih.”
Aku tak tahu apa yang Eling maksudkan dengan, “dia yang nak lebih”. Mungkin aku tak mahu tahu, walaupun aku boleh mengagak apa yang telah pun berlaku di antara Eling dengan Ratnam.
“Alah lupakan sajalah dengan dia… Lagipun dia kan terlalu tua untuk you. Berapa umur dia?”
“22 tahun…” Jawab Eling sambil mengeluh. Ratnam adalah seorang pelajar kejuruteraan sivil di UPM. Eling pula hanya tertarik kepada lelaki-lelaki yang lebih tua darinya. Padanya, budak-budak lelaki yang seumur dengan kami semuanya ‘budak-budak yang masih mentah yang tidak tahu apa-apa tentang kehidupan’.
Eling termenung jauh. Entah apa sahaja yang sedang difikirkannya pada waktu itu.
“Jadi, you nak jumpa I kat KLCC hanya untuk beritahu I pasal benda ni lah?” Aku menyoal, terus Eling tersentak dari lamunannya. “Is that it?”
“Tak, sebenarnya I nak suruh you temankan I shopping.” Jawab Eling sambil tersenyum nakal.
“I dah agak dah.” Kata ku sambil mencebikkan bibir ku.
“Oh ya… You nak tahu satu benda tak?”
“Apa dia?”
“Semalam I baca blog you… Lepas tu I baca komen Mr. K—“
“Jadi kenapa?”
“I tulis e-mel kat dia.” Jawab Eling penuh bersahaja. Aku memang tidak faham bagaimana Eling baru sahaja bercerai kasih dengan Ratnam boleh menulis e-mel kepada seorang yang tidak dikenalinya seperti Mr. K dalam masa yang sama.
“Untuk apa?”
“Berkenalan lah.”
“With a total stranger? Have you gone mad?”
“Ye lah, itulah tujuan kita berkenalan… Untuk berkenalan dengan orang yang kita tidak kenali!”
“Macam mana kalau dia tu sebenarnya… Psycho?”
“Oh, jadi sekarang you rasa blog you ni jadi bahan bacaan psycho lah ni?”
“Tak lah sampai begitu sekali. Maksud I, he could be anything!”
“That’s the point dear. It adds up to the excitement!”
“You ni macam-macam lah Eling!”
“You marah ke?”
“Marah apa pulak ni?”
“I tulis e-mel kat Mr. K...”
“Tak lah. I tak boleh sekat you menulis kepada pembaca I kan?”
Eling memuncungkan bibirnya. Kononnya hendak nampak comel macam heroin filem Taiwan. Dia memang nakal, tapi dialah satu-satunya kawan aku yang paling rapat. Yang paling memahami diri ku ini. Atau sekurang-kurangnya, itulah yang aku fikirkan selama ini.
“Anyways… Mr. K replied my e-mel this morning. Dia kata dia tak kisah kalau I nak berkenalan dengannya.”
“Oh ye ke? I wonder what else you want to tell me about this mysterious Mr. K--”
“Dia ada beri ID Yahoo Messengernya kepada I.... Dia kata dia free pada lewat malam sahaja. Sebab waktu siang dia terpaksa bekerja.”
“Dia dah kerja?” Aku mula membayangkan Mr. Kini adalah seorang pakcik yang seusia dengan papa.
“He works somewhere in Bangsar Baru.”
“Kerja apa?”
“Entah, I tak tanya.”
“Apa yang you tanya lagi?
“Umur dia...” “So, how old is this Mr. K? 30? Okay don't tell me he's 40!”
“He’s 20 lah!”
“Dia bukan student ke?” Tanyaku meminta kepastian. Kerana aku tidak mengenali sesiapapun yang berusia di lingkungan umur Mr. Kyang telah bekerja. Mungkin dia bekerja sambil belajar.
“Tak, dia memang dah kerja. I think! That's what he told me...”
“You ada mintak gambar dia tak?” Tanya ku dengan suara penuh mengharap.
“Tak... Whatever for?
“Ye lah, nak tahu jugak... Sekali muka macam psycho ke?”
“Apa psycho-psycho sejak tadi ni? You minat dengan lelaki psycho ke?”
“Eh, takdelah. I'm just curious lah. Tak boleh ke?”
Eling mengejekku. Kemudian Eling berhenti buat beberapa ketika sebelum dia berkata dengan perasaan teruja:
“I think he’s cute!”
“Eh, I thought you tak tengok gambar dia lagi. Macam mana you tahu dia cute?”
“I have this feeling that he’s cute lah! Trust me on this.”
“Mungkin pada you dia cute. Tapi pada I dia tak cute.” Kata ku bersungguh-sungguh, kerana aku tak pernah menganggap Ratnam itu kacak orangnya. Walaupun Eling tidak pernah penat untuk memberitahu kepada ku bahawa bekas kekasihnya buat kali keseribu itu adalah lelaki yang paling ‘cute’ selepas Brat Pitt.
“Alah, you jeles kan?”
“Nak jeles apa pulak?” Jawab ku dengan bertanya kembali. Keningnya terkerut seribu. Eling pula mencubit pipi ku seperti biasa, seolah-olah aku ini teddy bear kesayangannya. Aku tepis, kemudian dia ketawa panjang.
Beberapa orang pengunjung Burger King memerhatikan gelagat kami berdua. Aku mengeluh sendiri.
Kahar pulang ke rumahnya pada malam itu dengan beberapa buah buku yang dipinjamnya dari Raman, tuan punya kedai buku tempat dia bekerja. Raman telah meminjamkannya sebuah buku tulisan Che Guevara yang bertajuk ‘Motorcycle Diaries: A Journey Around South America’, sebuah buku oleh Lester Bangs yang bertajuk ’Psychotic Reactions and Carburetor Dung’ dan sebuah buku oleh Jack Kerouac yang bertajuk ‘On the Road’.
Buku-buku ini akan ditelaah oleh Kahar sebaik sahaja dia masuk ke dalam biliknya itu nanti, setelah dia mandi dan menggunakan Internet selama sejam. Seperti mana yang dilakukannya pada setiap malam. Kahar telah mengambil keputusan untuk membaca buku Kerouac dahulu.
“My witness is the empty sky."
Kahar mendapat tahu tentang mutiara kata dari Kerouac ini di sebuah laman Internet beberapa minggu yang lalu. Kemudian hampir setiap hari dia memikirkan tentangnya.
Kahar suka memandang ke langit. Langit sebenarnya tidak pernah kosong. Ia dipenuhi oleh partikel-partikel habuk dan debu yang memenuhi atmosfera. Matahari kelihatan merah atau oren tatkala ia mahu tenggelam di ufuk barat kerana terdapatnya partikel-partikel debu di angkasa yang menyerakkan cahaya matahari. Langit berwarna biru pada waktu cahaya terang kerana terdapatnya molekul-molekul air di angkasa yang menyebabkan cahaya biru matahari diserakkan, maka kelihatanlah langit berwarna biru.
Jadi mengapa agaknya Kerouac mengatakan langit itu kosong?
Langit kita dipenuhi juga oleh zarah-zarah air yang berkumpul dan terbentuk menjadi awan. Secara amnya, terdapat tiga jenis awan - stratus, kumulus dan cirrus.
Ketika kecil Kahar sering memandang ke arah awan yang memutih berarak megah memenuhi langit (yang telah Kahar pastikan merupakan awan jenis kumulus). Dia suka membayangkan pelbagai jenis haiwan dan benda seperti kereta, rumah dan UFO yang boleh terbentuk dari kepulan-kepulan awan itu. Kahar suka berangan-angan. Sejak kecil lagi dia suka begitu, mungkin kerana dia tidak mempunyai ramai kawan yang seusia dengannya, ataupun kerana dia lebih suka berada di dalam kesepian.
Kahar meneruskan rutinnya di rumah. Dia akan mandi, kemudian dia terus menghidupkan komputernya. Kawan serumahnya Zek menjemputnya makan, tetapi dia memberitahu Zek bahawa dia sudah makan. Dia dah makan roti telur di Devi's Corner, Raman yang belanja.
“Your mak and your ibu came just now at 7. Diorang ingat kau akan balik awal. Diorang bawak makanan.” Zek memberitahu ketika dia sedang bersantai di ruang tamu.
“Bang Zek... Orang kata orang dah makan lah!” jawab Kahar dari dalam bilik.
“Tahu, sebab tu si Fendi dah makan sebelum dia keluar kerja.” Jelas Zek sambil terus menonton TV.
“Baguslah tu...” Kahar menjawab perlahan. Dia menekan-nekan papan kekunci komputer jenama Apple kepunyannya secara rawak. Menyesal pula rasanya dia tidak dapat merasakan makanan emak dan ibunya, walaupun dia telah menegaskan kepada Zek bahawa dia sudah makan kenyang. Fendi yang bertubuh kecil itu pasti telah memakan makanannya sehingga habis.
“Diorang bersihkan bilik kau.” Beritahu Zek dengan suaranya sayup-sayup kedengaran dari dalam ruang tamu.
“Siapa?”
“Your mothers lah... Both of them.”
Kahar memandang ke dalam biliknya. Memang di dapati biliknya nampak teratur dan bersih.
“Apa diorang cakap?”
“Tak cakap apa-apa. Tapi diorang bawak balik baju kotor kau. They asked you to take your laundry back this weekend at their place.” Ujar Zek sebelum menambah lagi. “Diorang membebel, kata kau ni pengotor. They said, they want you to be more like me. But I told them, you probably have to force yourself to like Judy Garland, Bette Midler, Barbra Streisand, Liza Minelli, Diana Ross and Madonna before you can be like me...”
“Tu jer ke?” tanya Kahar untuk memastikan. Dia memerhatikan lantai biliknya. Tidak ada lagi baju dan seluar dalam kotor yang bersepah di atas lantai. Tong sampah yang dahulunya penuh dengan kertas tisu yang digunakan untuk mengesat air maninya setiap kali dia melancap pun dah kosong.
“Diorang bagi duit. Ada aku letak kat atas meja sebelah katil kau. Diorang suruh bagi RM 100 kat Mak Mah, yang lain kau ambik.”
“Okay.” Kahar menoleh ke arah meja kecilnya dan kemudian mengambil wang yang telah diberikan oleh emak dan ibunya. Dia mendapati mereka telah memberi duit nota RM50 sebanyak sepuluh keping banyaknya.
“Bila kau nak jumpa Mak Mah?”
“Tak tahu lagi.”
“Kirim salam kat dia kalau kau jumpa dia.”
“Okay.”
Kahar memeriksa e-melnya. Kosong, yang ada cuma surat-surat spam. Tak ada sesiapa yang telah menulis kepadanya, kerana dia tidak ramai kawan.
Kahar melayari masuk ke dalam beberapa buah laman blog. Kalau boleh, Kahar mahu juga membuat blognya sendiri, tapi dia tak tahu apa yang mahu ditulisnya nanti. Kerana dirasakan kehidupannya terlalu membosankan. Kahar memang suka benar membaca blog-blog yang ditulis oleh beberapa orang penulis yang tidak dikenalinya. Dia kadang-kala dapat rasakan seolah-olah dia telah lama mengenali mereka dengan hanya membaca tentang catatan kehidupan seharian mereka.
Tetapi hari ini fikirannya sedikit terganggu apabila dia membaca blog hasil tulisan oleh seorang gadis bernama Seri. Gadis yang mana blognya telah diikutinya sejak setahun yang lalu ini telah menulis tentang seorang artis tanah air terkenal bernama Aizizi…
Kahar menghidupkan api lantas membakar putung rokoknya. Dia termenung buat beberapa ketika sebelum dia menulis sesuatu ke dalam tag Seri. Inilah kali pertama Kahar meninggalkan apa-apa pesanan di dalam tag Seri.
“Mr. K... Your ibu asked me to tell you to stop smoking and you should go to the dentist.” Getus Zek dari arah dapur pula. “Dentist?”
“Pergi periksa gigi kau lah. Diorang kata kau mesti periksa gigi kau setiap 6 bulan and you should stop biting your nails or you will chip your tooth again.” Zek mengajuk cara perbualan ibunya.
Sejurus selepas Kahar selesai menulis, Zek mengetuk pintu biliknya. Kahar membenarkan Zek masuk. Zek membawa secawan Milo panas. Zek telah meminta Kahar supaya jangan tidur lewat lagi. Kahar mengangguk sekali, walaupun dia tahu bahawa dia akan tidur lewat pada malam itu seperti malam-malam sebelumnya…
Blog Seri: Warkah dari abang
Aku terima surat dari abang. Bila aku nampak suratnya dalam peti surat, aku cepat-cepat sembunyikan surat tersebut sebelum diketahui mama. Memang abang telah meminta aku supaya isi suratnya tidak diketahui mama.
Aku tak tahu kenapa abang tidak menggunakan e-mel atau chat sahaja dengan aku macam orang lain. Dia kata dia tak suka menggunakan e-mel. Kalau aku hantar e-mel, dia hanya jawab satu atau dua patah perkataan. Macam susah sangat nak dapatkan apa-apa jawapan darinya. Pelik aku rasa, kerana setahu aku dia sentiasa berhadapan dengan komputer, kerana abang seorang pelajar jurusan kejuruteraan komputer di Universiti Bristol.
Aku pernah bertanyakan kepadanya kenapa dia tidak suka gunakan e-mel. Katanya, dia hanya gunakan e-mel dengan kawan-kawannya. Tetapi aku lain. Aku istimewa, katanya.
Aku adiknya.
Jadi kalau aku adiknya, dia mahu apa yang ditulisnya istimewa. Baginya, menulis di atas kertas adalah sesuatu yang istimewa baginya. Dia kata dia suka duduk di atas mejanya pada waktu malam dan menulis kepadaku. Terutamanya pada malam-malam musim dingin. Kerana katanya, pada musim dingin, malam cepat melabuhkan tirainya dan dia selalu sahaja rasa kesunyian.
Apa yang ditulisnya pada aku berjela-jela. Kadang-kala macam tak cukup kertas untuk ditulisnya. Kalau aku kumpul apa yang ditulisnya sejak dia berada di UK sejak tiga tahun yang lepas, dah boleh buat novel yang tebal agaknya.
Aku koyakkan surat yang aku baru terima darinya. Ada lima keping kertas semuanya. Dia tulis dengan tulisan yang kecil. Kadang-kala sukar untuk aku fahami apa yang dia tulis kepada ku. Ada masanya dia akan tulis dalam bahasa Melayu. Ada masanya pula, dalam bahasa Inggeris.
Kali ini dia tulis dalam bahasa Melayu. Dia memberi sebab mengapa dia tidak mahu pulang ke Malaysia setelah dia mendapatkan ijazahnya dalam bidang kejuruteraan komputer nanti.
Aku menjadi resah. Aku mahu lihatnya pulang ke sini. Sekurang-kurangnya semasa musim panas tahun ini. Tetapi tetap berdegil. Dia tidak mahu pulang ke Malaysia. Katanya, tidak ada apa yang dia boleh cari di Malaysia. Dia benci kepada segala-galanya yang ada di sini.
Katanya dalam suratnya yang terbaru:
1.Dia kecewa dengan suasana politik di Malaysia
Abang bukan sahaja aktif dengan Tabligh. Dia seorang ahli jamaah yang agak aktif, katanya. Dia pernah bagi aku gambar dia berserban dan bercelak. Aku tak tunjuk kepada mama, lebih-lebih lagi kepada papa. Aku pasti mereka akan terkejut. Kalau silap hari bulan, papa boleh dapat serangan sakit jantung. Apa tidaknya, papa penyokong kuat UMNO. Berkali-kali dia telah memberitahu kepada aku dan kepada mama bahawa dia maju dalam perniagaannya kerana hubungannya yang rapat dengan UMNO. Dialah yang telah menggalakkan mama terlibat aktif dalam pergerakan Wanita UMNO. Tetapi mama tak ada masa dengan politik, tetapi perniagaan mama tetap maju. Papa juga mahu aku jadi ahli Puteri UMNO. Borangnya ada tersimpan dalam laci bilikku. Aku masih belum tulis apa-apa lagi. Aku suka kepada warna rasmi Puteri UMNO – merah jambu. Warna kegemaranku.
2.Dia mahu mendekatkan dirinya kepada beberapa kumpulan ekstremis Islam di UK dan mungkin dia mahu ke Pakistan untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang agama ke sana.
Sukar untuk aku menerima kenyataan ini. Aku harapkan abang hanya main-main. Kerana sebelum abang ke UK selepas dia mendapat keputusan yang baik untuk peperiksaan SPMnya, aku tidak pernah melihatnya mempunyai sebarang minat untuk mendalami hal-hal agama, nak bersembahyang lima waktu sehari pun jauh sekali. Selama ini, yang selalu bersembahyang di rumah ini pun hanya aku dan Kak Erni - pembantu rumah kami yang berasal dari Banyuwangi di Jawa Timur.
Aku tak kisah langsung kalau dia hendak ke Pakistan untuk belajar agama, tapi janganlah sampai dia terlibat dengan kumpulan militan ekstremis. Kalau dia nak belajar agama pun, buat apa belajar di Pakistan? Di Pakistan kata abang, dia mahu melanjutkan pelajarannya di Jamiah Alimiyyah al-Islamiah yang terletak di Karachi. Tapi aku rasa, di Malaysia ni pun ada tempat untuk dia melanjutkan pelajarannya dalam bidang agama jika itu yang dia pilih - entah-entah, dia boleh mendapatkan yang lebih baik dari apa yang boleh dipelajari di sana. Apa kurangnya Universiti Islam Antarabangsa yang kita ada di sini?
Aku sebenarnya tak tahu apa sebenarnya yang mahu dicarinya di Pakistan nanti. Aku tak tahu kenapa sampai ke situ arahnya. Apa yang telah berlaku kepada abang? Siapa kawan-kawannya?
3.Abang tidak puas hati dengan papa. Dia kecewa.
Itulah sebab terakhir abang. Dia kecewa dengan papa. Katanya, papa tidak sepatutnya berkahwin lagi dan hanya mahu berjumpa dengan mama dua kali dalam seminggu. Dalam masa dua hari itu pun, papa jarang berada di rumah. Dia akan bermain golf dengan kawan-kawannya dan hanya akan berada di rumah pada malam hari. Itu pun kalau dia ada. Kalau dia out-station, dia tak akan pulang langsung untuk menemui kami di rumah. Aku rasa mama sudah masak dengan kerenah papa. Mama dah lama aku lihat tidak merungut apabila papa pulang lewat atau jika dia tidak pulang langsung. Kata abang, papa tak sepatutnya melakukan ini semua kepada mama, tapi berkali-kali aku berkata kepada abang, sebenarnya mama tidak kisah lagi.
Mama sekarang terlalu sibuk dengan perniagaannya sendiri untuk melayan kerenah papa.
Hubungan aku dengan papa juga aku rasa macam tak wujud. Semakin hari semakin segan untuk aku menegur sapa dengannya. Jadi, kalau dia balik, aku hanya duduk diam. Aku tak tahu apa yang boleh kami bualkan. Papa juga tidak banyak bertanyakan khabar kepadaku. Kalau dia tanya sepatah, aku akan jawab sepatah. Dia selalu akan tanya hal-hal berkenaan dengan sekolah.
Soalan papa: “Seri tahun ini ambil SPM, ya?” Jawapan yang aku berikan: “Ya, pa.” Jawapan yang tidak terluah olehku: “Ya pa... Kan Seri dah cakap banyak kali dengan papa... Tahun ini Seri akan ambil peperiksaan SPM!”
Soalan papa: “Seri ada ambik kelas tuisyen?” Jawapan yang aku berikan: “Ada pa. Dua kali seminggu.” Jawapan yang tidak terluah olehku: “Ada pa. Cikgu tuition akan datang ke rumah ni setiap hari Rabu dan Jumaat malam masa papa tak ada di sini. Cikgu tuisyen ingat saya anak yatim tidak berbapa sebab dia tak pernah nampak papa di rumah.”
Soalan papa: “Mana pergi kawan baik Seri si Sherliza tu?” Jawapan yang aku berikan: “Tak kawan lagi dengan dia, pa.” Jawapan yang tidak terluah olehku: “Pa, saya dah lama tak kawan dengan dia lah! Dia dah pindah ke JB sejak tiga tahun yang lepas.”
Soalan papa: “Seri masih ambil kelas vokal yang mama suruh Seri ambil tu?” Jawapan yang aku berikan: “Masih lagi, pa.” Jawapan yang tidak terluah olehku: “Ya, walaupun saya tak suka masuk kelas vokal tu. Saya nak jadi penulis, pa. Bukan penyanyi macam mama satu ketika dahulu.”
Lepas itu dia akan akhiri perbualannya dengan: “Belajar rajin-rajin ya, Seri!”
Aku tidak faham mengapa abang memarahi papa. Aku tak faham apa yang ada di dalam kepalanya sehingga dia seperti berdendam dengan papa. Mungkin kerana papa pernah menyayangi dan memanjakannya satu ketika dahulu, kemudian, setelah papa berkahwin lagi, rasa sayang papa kepadanya berkurangan.
Setelah aku membaca surat abang yang panjang lebar itu. Aku masukkan isi surat itu kembali ke dalam sampul suratnya, lalu aku memasukkannya ke dalam sebuah kotak yang telah aku sediakan khas untuk menyimpan surat-suratnya. Kotak ini aku sorokkan di bawah katilku. Tidak ada sesiapapun yang boleh menyentuhnya, termasuk juga Kak Erni. Sejak dari awal lagi aku telah memberitahu Kak Erni dia boleh menyentuh apa sahaja dalam bilik aku ini kecuali apa yang terdapat di bawah katil.
Jadi bawah katil aku memang berhabuk. Yang lainnya bersih, kerana aku rasa memang Kak Erni tidak berani melihat apa yang aku simpan di bawah katilku. Aku beritahu kepadanya, mama ada ilmu dan dia ada simpan penunggu (atau suster ngesot, genderewo, leak, kuntilanak – hantu-hantu yang terkenal di Indonesia agar dia lebih memahami) di bawah katil. Mungkin sebab itulah Kak Erni takut untuk menjenguk ke bawah katilku sebab dia memang lemah semangat orangnya.
Pada malam itu aku banyak berfikir tentang abang. Aku belek kembali gambar-gambar lama kami bersama semasa kami kecil dahulu. Pada waktu aku kecil, sukar untuk aku dapat membayangkan keadaan hidup aku berjauhan dengan abang. Seboleh-bolehnya aku mahu dia sentiasa ada dengan aku di rumah ini.
Tapi sekarang kami hidup berjauhan. Dah lama rasanya aku tidak dapat bermanja dengannya.
Aku harap abang akan membatalkan niatnya mahu terus menetap di UK. Lebih-lebih lagi dengan niatnya ingin ke Pakistan. Aku menulis surat yang panjang memintanya memikirkan kembali cadangannya. Jika dia tidak mahu pulang ke Malaysia, aku tidak kisah. Asalkan dia tidak menghilangkan dirinya di Pakistan. Lagipun, mama bercadang mahu menghantarku belajar ke sana selepas peperiksaan SPM aku nanti. Jika abang masih berada di UK, mungkin kami boleh duduk di kota yang sama. Di kota Bristol…
Aku mengakhiri suratku kepada abang dengan kata-kata: “Belajar rajin-rajin ya, bang!”
Kahar dapat melihat ramai orang bersesak beratur untuk menaiki bas nombor 5 di perhentian bas Klang. Dia mengeluh seorang diri.
Kahar cukup benci jika bas yang dinaikinya penuh. Lebih-lebih lagi jika bas yang hendak digunakannya itu adalah bas yang akan membawanya ke tempat kerjanya. Kahar paling benci bila berada di dalam sebuah bas yang penuh dengan penumpangnya kerana dia tidak suka berdiri berhimpit dengan penumpang-penumpang yang lain. Paling dia benci apabila dia terpaksa bersesak dan bersentuhan dengan orang yang tidak dikenalinya.
Kahar tak suka disentuh. Sejak kecil lagi dia tidak suka dipegang, didukung dan dicium. Ketika Kahar berusia 2 tahun, emak dan ibunya (ibu biologi Kahar), mula sedar bahawa Kahar akan menangis setiap kali mereka cuba mendukungnya. Kahar seorang anak yang comel bermata besar tetapi aneh. Dia lebih suka menyendiri. Setiap kali ada orang datang melawat ke rumah mereka, Kahar akan masuk ke dalam biliknya dan terus menyorok di sana. Dia telah memilih untuk hidup menyendiri seperti jalan kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kaspar Hauser...
Ketika Kahar berusia empat tahun, emak dan ibunya mula mengesyaki Kahar mungkin seorang anak istimewa. Dalam usia yang begitu muda, Kahar sudah mulai suka membaca buku-buku dari Dr. Seuss. Ketika dia berusia sembilan tahun, banyak buku yang telah dibacanya dan dia telah menjadi seorang ahli (profesor kecil) dalam hal-hal yang bersangkut paut dengan dinosaur era Cretaceous yang berakhir pada 65 juta tahun dahulu, paranormal (kerana dia fikir dia mungkin mempunyai kebolehan psikik untuk membaca fikiran orang lain), watak-watak dalam komik X-Men (kerana dia yakin dia seorang mutant) dan segala fakta mengenai filem-filem sains fiksyen terutamanya Star Wars dan Star Trek (dia fikir dia juga kemungkinan besar seorang makhluk asing yang hanya menunggu masa untuk dibawa pulang ke planet asalnya).
Dalam kebosanannya di dalam bas, Kahar mengeluarkan sepasang ‘headphone’ yang disimpan di dalam beg galasnya, lalu dia menekan butang ‘play’ pada ‘iPod’nya itu. Kahar lebih suka berkeadaan begitu apabila dia boleh melenyapkan bunyi-bunyi di sekelilingnya dan hanya tertumpu kepada lagu yang didengarinya. Dengan cara ini, Kahar dapat masuk ke dalam dunianya sendiri tanpa perlu ambil tahu tentang orang lain dan keadaan di sekelilingnya. Dia tidak mahu tahu. Kalau boleh, dia mahu terus hidup dalam dunianya ini buat selama-lamanya tanpa diganggu oleh orang lain.
Kahar sedang mendengar koleksi lagu-lagu dari kumpulan Flop Poppy. Buat beberapa saat fikirannya melayang masuk ke dalam alam MTV di mana dia menjadi penyanyi dalam muzik video kumpulan Flop Poppy. Kahar memang suka berangan-angan. Bermimpi di siang hari. Masyuk hilang di dalam dunianya sendiri.
Kahar menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu berangan-angan sebegitu jauh. Dia sering terpaksa mengingatkan kepada dirinya bahawa dia sekarang sedang berada di ‘dunia nyata’. Dia bencikan perkataan ini:
“DUNIA NYATA’
Bagi Kahar, 'dunia nyata' melambangkan satu dunia yang begitu asing baginya. Kadang-kala, dia merasakan bahawa dia adalah seorang makhluk asing yang mungkin telah dibawa ke dunia ini dan diambil sebagai anak angkat oleh emak dan ibunya. Dia berkata begini kerana sukar untuk dia memahami segala-galanya yang ada di sekelilingnya.
Kahar sukar untuk faham mengapa terdapat sesetengah orang yang membenci daripada mahu memahami sesuatu yang mereka tidak fahami atau yang asing bagi mereka. Kahar tidak faham mengapa ramai orang yang bodoh dan sombong di dalam masa yang sama. Kahar tidak memahami mengapa nombor 42 adalah jawapan kepada “ Meaning of Life, the Universe, and Everything” seperti mana yang dinyatakan oleh superkomputer bernama Deep Thought dalam novel Hitchiker's Guide to the Galaxy.
Kadang-kala Kahar akan terlupa bahawa dia sedang berada di dalam dunianya sendiri. Kadang-kala dia akan menyanyi seorang diri dan lebih teruk lagi bercakap dengan diri sendiri macam orang gila.
Kahar tidak mahu dituduh gila. Dia mahu jadi seorang manusia yang senormal mungkin. Tetapi apa yang dianggapnya normal, mungkin tidak akan dianggap normal oleh orang lain.
Bas Intrakota nombor 5 yang dinaikinya itu bergerak laju meninggalkan perhentian bas Klang, lalu bergerak ke arah Bangsar Baru.
Hari ini, Kahar terpaksa berdiri di dalam bas. Dia berdiri di sebelah pemandu jauh dari penumpang-penumpang lain. Dia membuka volum pemain cekera padatnya kuat-kuat kemudian dia memakai cermin mata gelapnya. Kahar menutup matanya buat beberapa ketika.
Apabila bas tiba di daerah berdekatan dengan Jalan Telawi, Kahar menekan butang “stop” untuk memastikan agar bas yang dinaikinya berhenti. Terdapat beberapa penumpang lain yang turun sama, tetapi kebanyakan dari mereka berasal dari Indonesia, kecuali seorang gadis berbangsa Punjabi yang Kahar tahu bekerja sambilan restoran Burger King.
Mata Kahar mengekori gerak langkah gadis tersebut. Dia memandang ke arah failnya yang kelihatan tebal dengan kandungan nota yang telah diambilnya dari kuliah-kuliah yang dihadirinya. Gadis tersebut juga sedang membawa sebuah buku teks tebal yang bertajuk Applied Numerical Linear Algebra oleh James W. Demmel. Kahar pasti gadis tersebut mungkin menghadiri kuliah yang dianjurkan oleh ibunya, kerana Kahar pernah ternampak judul buku tersebut di dalam kereta ibunya.
Gadis tersebut menoleh ke arah Kahar. Dia tersenyum. Kahar cepat-cepat menoleh ke arah lain dengan tersipu-sipu. Kahar membuat nota mental agar jangan sekali-kali memandang ke arah gadis tersebut lagi. Dia tidak mahu gadis itu terfikir bahawa dia adalah seorang 'stalker' atau setidak-tidaknya seorang 'sex maniac' yang yang tidak ada kerja lain selain dari merenung ke arah gadis yang berwajah cantik dan ranggi sepertinya.
Kahar rasa gadis tersebut pasti berusia 20 tahun sepertinya. Tetapi Kahar, tidak seperti gadis tersebut kerana dia sudah lama berhenti sekolah dan bekerja. Ini semua pilihannya walaupun emak dan ibunya telah berkali-kali memintanya supaya menyambung pelajarannya.
Kahar tidak mahu meneruskan pelajarannya. Dia sudah bosan dengan sekolah dan peperiksaan.
Lagipun dia rasa dia akan mati muda.
Sejak dari kecil lagi Kahar fikir dia tidak mungkin akan mempunyai banyak masa untuk hidup di dalam dunia ini. Semuanya bermula apabila dia menyaksikan banyak kematian yang berlaku ketika dia masih kecil.
Semuanya bermula dari kawan-kawan emaknya yang satu persatu meninggal dunia dalam usia mereka yang agak muda. Ketika Kahar berusia 6 tahun, seluruh anggota keluarga Mak Long, kakak kepada emaknya yang agak rapat hubungannya dengannya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya yang dahsyat. Dua tahun kemudian, ibu Kahar terpaksa berhadapan dengan kematian bapanya, datuk kepada Kahar. Nenaknya pula meninggal dunia setahun selepas kematian datuknya, yang menurut telahan ibu Kahar, neneknya itu telah meninggal dunia kerana dia tidak mampu hidup keseorangan setelah pemergian suaminya itu.
Tetapi ibu Kahar nampaknya boleh hidup tanpa kehadiran seorang suami yang sentiasa berada di sisinya…
Mungkin sebab itulah Kahar cukup obses dengan konsep kematian. Kahar selalu menghabiskan masanya memikirkan tentang kematian dirinya, atau kematian ibu dan emaknya, walaupun mereka semua masih muda dan berada di dalam keadaan sihat walafiat.
Mungkin kerana terlalu memikirkan tentang kematianlah, Kahar merasa terlalu rindu kepada emak dan ibunya walaupun mereka masih hidup. Kahar sering memikirkan apa yang akan berlaku kepada dirinya jika mereka tiada lagi di dalam dunia ini untuk melayan segala kerenahnya…
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Kahar, dia mendapati bahawa terdapat ramai orang-orang terkenal yang mati muda. James Dean, Chairil Anwar dan Jim Morrison semuanya mati muda. Yang paling ketara, Kahar mendapati bahawa ramai penyair yang mati muda.
Kahar menganggap dirinya sebagai seorang penyair. Jadi, jika dia mengikut teori 'Sylvia Plath Effect', dia pasti akan mati muda.
'Sylvia Plath Effect' adalah satu fenomena di mana seorang profesor psikologi dari California State University, bernama James Kaufman yang mendapati dari kajiannya bahawa jangka hayat seorang penyair lebih pendek dari jangka hayat orang biasa.
Sylvia Plath adalah seorang penyair kelahiran Boston. Emak Kahar pernah menuntut di Boston, tapi dia tidak pernah membaca karya-karya sajak Sylvia Plath.
Kahar mula mengenali Sylvia Plath dan sajak-sajaknya sejak dua tahun yang lalu, tapi tidak satupun sajaknya yang diminatinya – terutamanya sajak “Daddy” yang ada mengatakan bahawa semua wanita suka kepada lelaki fasis yang berhati keras...
Itali pernah dikenali sebagai sebuah negara fasis di bawah pemerintahan Benito Mussolini atau dikenali sebagai "Il Duce". Dan di bawah pemerintahan Il Duce, sistem keretapi di Itali telah diuruskan dengan baik - keretapi datang dan berlepas tepat mengikut jadual. Jadi, fikir Kahar, mungkin fasisme itu mempunyai kebaikannya tersendiri walaupun Itali telah diperintah oleh seorang diktator yang gila kuasa seperti Il Duce.
Sylvia Plath mungkin tidak suka kepada sesuatu yang teratur dan yang mengikut jadual. Mungkin sebab itulah Sylvia Plath akhirnya mati dengan membunuh diri. Dia telah menulis sajak yang bertajuk 'Bell Jar' kemudian dia bunuh diri. Mungkin Sylvia Plath membenci banyak benda di dalam hidupnya termasuklah bapanya, fasisme, lelaki dan dirinya sendiri. Seperti Sylvia Plath, Kahar juga banyak membenci itu dan ini, tetapi berbanding dengan Sylvia Plath, Kahar suka kepada jadual hidup yang teratur.
Terlanjur Kahar memikirkan sebab-sebab mengapa dia tidak sukakan kepada sajak-sajak Sylvia Plath, dia terfikir pula tentang Chairil Anwar, penyajak kesayangannya yang telah meninggal dunia ketika beliau berusia 27 tahun. Kini Kahar berusia 20 tahun. Dicongak-congaknya, Kahar mempunyai masa selama 7 tahun untuk memastikan dia boleh menjadi terkenal sebagai seorang penyajak agung seperti Chairil Anwar. Masanya untuk berkarya dirasakannya terlalu suntuk sekali.
Karya Chairil Anwar yang paling disukai oleh Kahar adalah sajak bertajuk 'Aku'. Seperti dalam sajak 'Aku', Kahar juga merasakan bahawa dirinya seperti “...binatang jalang dari kumpulannya terbuang”. Tetapi seperti dalam sajak 'Aku' itu juga, Kahar “mau hidup seribu tahun lagi”.
Kahar menarik nafasnya panjang-panjang. Dia mendapati dirinya sedang berkhayal dan fikirannya telah jauh melayang ke tempat lain. Buat beberapa ketika, Kahar tidak sedar di sedang bermonolog di dalam hatinya sambil duduk seorang diri di perhentian bas.
Kahar berdiri lantas cepat-cepat berjalan ke arah tempat kerjanya yang terletak di Jalan Telawi 3 – di sebuah kedai buku yang tidak ramai pengunjungnya.
Kahar tidak mahu lambat masuk kerja.
Kahar tidak pernah lambat, kerana dia sentiasa menepati waktu.
Seri: Anorexia dan Eling
Eling termenung jauh ke arah papan hitam. Entah apa sahaja yang difikirkannya pada waktu itu. Mungkin tentang boyfriendnya si Ratnam dari Victoria Institution tu. Mereka baru sahaja bergaduh lagi. Buat keseribu kali tahun ini. Malas dah aku nak fikirkan pasal kisah diorang tu. Asyik gaduh, gaduh, gaduh. Lepas gaduh baik balik. Bosan aku jadinya.
“You rasa I gemuk tak?” Tanya Eling kepada ku. Dia memegang pinggangnya yang langsing itu. Kalau aku tak kenal dia, agaknya aku fikirkan dia ni ada penyakit anorexia nervosa. Dalam kepada aku, mesti bayangkan dia ni jenis bulimic. Lepas makan dia akan muntahkan balik makanan dia.
Aku tahu pasal ini semua sebab, aku pernah buat kat diri aku sendiri.
Masa tu umur aku 15 tahun. Mama kata aku gemuk. Dia kata gadis seperti aku tak sepatutnya nampak gemuk. Lagipun aku anak dia. Aku rasa dia malu kalau orang lain dapat tahu aku gemuk. Ye lah, dia ada jual ubat langsing yang diperbuat dari jamu. Jamu langsingnya adalah produknya yang paling laris. Ketika produk jamu langsingnya ini mula diperkenalkan melalui infomercial yang dihoskan oleh mama sendiri, berpuluh ribu botol jamu langsingnya dapat dijual dalam masa sehari.
“Tak kan lah mama yang jual jamu langsing ni ada anak gadis yang gempal macam Seri”, itulah kata mama kepadaku satu ketika dahulu. Aku tak boleh lawan kata-katanya, walaupun kata-katanya itu membuat hatiku terguris. Aku hormati dia sebagai mamaku, dan aku sayang kepadanya.
Jadi aku sekat makan. Banyak kali juga bila dah makan aku muntahkan balik. Setelah lima bulan aku buat kerja ini dan berdiet tak sudah, akhirnya dapat juga aku turunkan berat badan aku. Memang nampak perubahan. Mama pun puas apabila dia nampak aku dah mulai nampak kurus. Aku gembira kalau mama gembira. Tapi aku terpaksa berhenti buat benda ni semua bila abang dapat tahu aku muntahkan balik makanan yang aku makan.
Abang dapat tentang keadaan aku bila dia bukak pintu tandas di dalam bilik aku (baca: vomitorium kombinasi warna putih dan pink dengan jubin hello kitty yang aku tampal sendiri), yang aku terlupa tutup lalu dia ternampak aku muntah. Dia ingat aku sakit. Dia nak beritahu mama tentang keadaan aku. Aku kata jangan. Aku beritahu kepadanya aku tak sakit. Dia hairan kenapa kalau aku tak sakit, aku muntah-muntah.
Dia paksa aku beritahu kepadanya kenapa aku muntah. Dia ingat aku mengandung. Masa tu dia tanya aku banyak kali kalau aku mengandung. Dah gila ke dia tu? Boyfriend pun aku tak ada, macam mana nak mengandung?
Lama-lama bila aku bosan dengar dia membebel, akhirnya aku beritahu dia bahawa aku muntahkan makanan yang aku makan sebab aku tak mahu gemuk.
Aku nampak dia menarik nafas lega. Kemudian dia peluk aku. Dia kata apa yang aku lakukan akan memudaratkan kesihatan aku. Entah mengapa aku nampak air mata dia meleleh. Aku tak faham mengapa dia menangis. Jadi aku tanya dia mengapa.
Dia kata sebab dia sayang aku. Dia tak sanggup lihat aku seksa diri kerana hendak nampak cantik. Senang untuk dia cakap ini semua. Dia ikut mama. Tubuh mama langsing dan cantik. Abang boleh makan seberapa banyak yang dia suka dan dia tidak akan gemuk-gemuk.
Aku pula ikut papa. Kalau makan lebih sikit sahaja berat aku akan naik. Badan papa gempal. Dan semakin hari, semakin naik pula badannya aku tengok.
Abang suruh aku janji supaya jangan muntahkan balik makanan yang aku makan. Dia suruh aku banyak bersenam. Dia kata sebelum dia balik ke sekolahnya di UK, dia akan temankan aku bersenam. Pada cuti musim panas tahun itu hubungan aku dengan abang semakin erat…
“You tak gemuk lah Eling!” Getus ku kepadanya. Dah lama aku kenal dengan Eling. Sejak tingkatan satu lagi. Aku memang pasti dia tidak gemuk. Dia kurus.
“You perasan tak, Victoria Becham, Calista Flockhart, Portia de Rossi dan Lara Flynn Boyle semua kurus-kurus.” Eling memegang pipinya sendiri seolah-olah pipinya itu tembam.
“So?”
“So, isn’t it fashionable to be thin?”
“Entah…”
“You rasa I akan nampak akan seksi kalau I kurus lagi?”
“I bukan lesbo lah macam si Elina tu. You tanya lah kat dia. Dia kan lesbian!” Mataku menjeling ke arah Elina si pengkit tu. Elina pada waktu itu sedang duduk sambil menggigit-gigit hujung penselnya. Pasti dia sedang menulis surat cinta kepada Lina, seorang junior yang telah dipilih untuk menjadi ketua pengawas sesi petang yang dia suka sangat tu.
“Eh tak baik lah you kutuk Elina macam tu. She's a nice girl!”
“Yeah, like whatever.” Aku menjeling bosan.
“Petang ni you free tak?” Tanya Eling. Dia memandang sekali ke arah jam dinding. Macam tak sabar-sabar lagi nak tunggu waktu balik.
“Kenapa?”
“Temankan I pergi Mid Valley, okay tak?”
“Shopping lagi?”
“Ye lah.”
“Shopping apa pula kali ini?”
“I nak pergi Watsons. I nak tengok dieting products kat sana.”
“Tak payah. I ada banyak kat rumah.”
“You are not talking about your mother’s jamu again, are you?”
“It works lah!”
“You ada cuba tak?”
Aku mengangguk sekali. Walaupun aku tidak pernah mahu mencubanya. Eling kemudian memerhatikan susuk tubuh ku seolah-olah dia tidak pernah memandangnya. Tapi betul cakap emak, kalau orang nak tahu sama ada jamunya berkesan, orang akan memerhatikan dirinya atau setidak-tidaknya aku sebagai bukti.
Keadaan diri aku sekarang bolehlah dikatakan okay. Tapi aku cepat tembam. Kalau aku tak sekat makan dan berjoging di waktu petang, berat badan aku cepat naik…
“Okaylah. Nanti I cuba.” Eling akhirnya berkata. Dia kembali termenung.
**
E-Ling: Thanks for the Jamu Langsing, Seri!
Eling tinggalkan pesanan ini ke dalam blog aku. emak berikan dia tiga botol Jamu Langsing. Pesan emak kepada Eling, lepas makan jamu ini dia akan sentiasa mahu ke tandas. Proses bersihkan toksin katanya. Eling kata dia tak kisah. Yang penting, dia mahu nampak cantik.
Tadi Eling kata dia mahu masuk ke dalam bilik abang. Tak tahu kenapa dia nak masuk ke bilik abang. Mungkin kerana pintu bilik abang terbuka kerana aku terlupa nak tutup bila aku nak pulangkan balik buku Stephen King pagi tadi.
Eling tengok buku-buku yang ada dalam koleksi abang yang banyak tu. Kemudian dia memandang ke arah poster-poster Aizizi Azwar yang abang aku dapatkan dari majalah URTV dan Hai dan dia tampal di atas dindingnya.
“He’s cute kan?” Tanya Eling sambil bergerak semakin dekat kepada poster Aizizi. Kalau dekat lagi, mesti dahinya akan terhantuk ke dinding.
“Maybe. But he’s definately not my type.” Aku menjawab dengan tegas.
“But he’s your brother’s type lah?”
“Subhanallah!” Kataku di dalam hati sebelum aku berkata: “Abang I bukan gay lah. Apalah you ni!”
“Yeah, whatever!”
“Dia normallah!”
“Yes, I believe you.” Kata Eling dengan nada yang selalu digunakannya kalau dia tidak percaya. Benci betul kalau dia buat nada suara seperti ini. Dia sengaja nak buat aku marah.
“Kenapa pula you cakap abang I gay?” Aku tanya kemudian setelah lama aku mendiamkan diri.
“Dia ada girlfriend tak?”
“Sekarang?”
“Ye lah… Sekarang!”
“Tak ada… Dia ahli tabligh kat UK. Dia tak ada masa dengan girlfriend tu semua. Kalau boleh, dia mahu emak carikan dia isteri bila dia dah bersedia nanti. Dia mahu emak carikan dia isteri yang soleh.” Aku menjawab, walaupun aku jelas berbohong kepadanya tentang keinginan abang mahu meminta emak mencarinya calon isteri.
“Okay.” Kata Eling sambil mencemikkan mukanya. Macam tak puas hati.
“Dia nak isteri yang macam mana? Macam I dia nak tak?” Eling berjalan beberapa tapak sambil memperagakan dirinya macam model.
“Tak. You’re not his type.” Jawabku cepat-cepat. Nak saja aku jawab dia tak akan mahu, sebab Eling tu... orang kafir. Aku termenung buat beberapa saat. Aku rasa aku perlu tarik balik perkataan “kafir” yang aku gunakan tadi. Perkataan itu terlalu keras untuk aku gunakan kepada Eling, kawan baikku. Jadi aku gantikan perkataan “kafir” dengan “bukan Islam”.
“Kenapa?”
“Dia suka gadis bertudung labuh.”
“Oh really? Just like you, lah?”
“Yes, really! And by the way, I only wear my tudung labuh when I feel like wearing it. If I feel I want to dress up, I buat ikatan tudung yang fancy-fancy sikit.”
“Enough about you and your tudung lah!” tempik Eling. “Now, how do you know that, I mean... That your brother is into tudung labuh girls?”
“I tanya dia lah!” sekali lagi aku berbohong kepadanya..
“Eh, I nak tanya... Kenapa your mother tak pakai tudung? Dia I tengok macam happening jer!”
“Alah, suka hati dia lah. Belum sampai seru agaknya.”
“Badan I dengan badan dia is about the same size, kan? Kalau dia dah sampai seru like what you said, all her designer's outfit bagi kat I je lah, okay!” Selamba sahaja Eling membuat permintaan ini kepadaku.
Eling kemudian memandang kepada sebuah poster filem di hadapannya. Aizizi ada berlakon dalam filem itu. Dia jadi hero. Filem itu kalau tak salah aku telah ditayangkan pada tahun 2001.
“Haven’t you heard?”
“Dengar apa?”
“You tahu kan, abang I kerja dengan stesen TV Gastro. It just happen that, dia kenal dengan producer rancangan KL Central tu. Jadi, to cut the story short, he said Aizizi is gay.”
“Eh, mengarutlah you ni!” Aku terkejut mendengarkan kata-kata Eling. Ini sudah dikira fitnah! “You ni, suka sangat dengar gossip-gossip yang mengaibkan orang lain. And why are we talking about gay all of the sudden?”
“Betul lah. I nak reka cerita buat apa? Abang I sendiri kata dia pernah nampak Aizizi keluar dengan this really gorgeous young man. On two different occasions! And just think about it for a second... He's cute, he has a nice fashion sense, he's perpetually single to the point that he was in Cleo's 50 Most Eligible Bachelor...” Ujar Eling dengan serius. “But then again, my brother cakap he is often seen with a midget... This Aizizi guy is very strange lah!”
“Tapi you tak baca ke majalah URTV keluaran bulan lepas. Kan dia digosipkan dengan si Natasha, pelakon dan model terkenal tu!” Aku akui aku ikuti semua ini. Aku sendiri meminati Aizizi. Aku suka kepada caranya berlakon. Aku tidak pernah lepas dari mengikuti perkembangannya sejak dia jadi model iklan Coke satu ketika dahulu, sehinggalah sekarang apabila dia menjadi pengacara rancangan KL Cental.
“You actually read all that crap?”
“Bacalah… Best apa! Banyak informasi yang kita boleh dapati di dalamnya.”
Eling bercekak pinggang. Mulutnya mencebik. Dia tak mahu kalah agaknya.
“And don’t tell me you read Remaja, URS and…”
“Yes, I read all that, missy!” Jawabku pantas. Aku menjeling lantas menolaknya keluar dari bilik abang. Cepat-cepat aku menyuruhnya masuk ke dalam bilik ku kembali.
Eling mentertawakan ku. Seolah-olah dia sengaja mahu memperkecilkan diriku. Ini bukan pertama kali dia buat aku begini. Tapi biarlah apa nak buat. Aku sikit pun tak kecik hati. Sebab dia kawan baik aku.
Berbalik kepada Aizizi, aku tak boleh percaya dia gay. Mengarut je lah cerita ni. Mana boleh percaya. Muka handsome macam dia tak kan lah tak minat dengan perempuan.
“…All the handsome men are gay…” Eling menyanyikan lagu yang bertajuk Supreme oleh Robbie Williams. Matanya terus kepada poster kecil Aizizi yang aku letak di belakang pintu bilikku. Dia menyanyi-nyanyi sambil menjeling ke arah ku. Apa-apa pun, itu hak dia. Tapi bagi aku, Aizizi tu lelaki normal!