"I suka baca Kisah Dua Wanita... Really funny and at the same time, touching." Ujar Kavita ketika sedang duduk bersamanya di ruang tamu rumah ibu dan emak Kahar.
"Ye ke?"
"Ya..." Kavita mengangguk cepat. "Sorry if I took that long to finally find time to read it. You know... Exams!"
Di dapur Kavita dapat mendengar suara ibu dan emak kahar berbual sesama dengan mesra ketika mereka sedang mencuci pinggan. Dia memikirkan tentang Kisah Dua Wanita. Dia cukup sedar bahawa Kahar telah mengubah nama serta situasi kisah ibu dan emaknya agar dapat dijadikannya sebuah kisah yang bersifat kontemporari yang dapat dipentaskan.
"Tak apa... Yang penting awak baca."
"But seriously... That's the best birthday gift I've had ever!"
"Terima kasih..."
"Ranjang Kedua pula bila akan selesai?"
"Tak tahu bila..." Kahar akur dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk menulis. Dia tak tahu sampai bila dia akan mendapat idea untuk menulis lagi dan menyiapkan projek Ranjang Empatnya ini.
Ibu Kahar masuk ke dalam ruang tamu dengan membawa minuman. Dia menghidangkan minuman di atas meja. Buat masa ini, dia cukup gembira Kahar kembali tinggal bersamanya selama Zek berada di London.
"Kahar... Semalam ibu terserempak dengan Indra di Mid Valley."
Wajah Kahar berubah. Tubuhnya kaku buat seketika.
"Dia kenal dengan ibu lagi?" tanya Kahar dengan suara teragak-agak.
"Ya... Dulu ibu selalu belikan dia coklat. Ingat tak? Indra suka makan coklat!"
Kahar mengangguk lemah. Nafasnya cetek.
"Bagaimana keadaannya sekarang?"
"Dia baik sahaja... Sihat."
"Maksud saya-"
"Dia berkerusi roda... Dia lumpuh."
Kavita duduk diam. Dia dapat melihat wajah Kahar pucat. Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya pada ketika itu.
"Apa lagi yang dia bualkan dengan ibu?"
"Dia tanyakan ibu tentang Kahar. Ibu kata Kahar dah kerja..."
"Dia buat apa sekarang, bu?"
"Dia mahu melanjutkan pelajarannya ke Mesir..."
"Baguslah macam tu."
"Dia mahu berjumpa dengan Kahar... Jadi mama jemput dia makan malam di sini hujung minggu ini. Dia beria-ia nak berjumpa dengan Kahar sebelum dia bertolak ke Mesir hujung bulan ini." Ibu Kahar menoleh ke arah Kavita. "Kavita datang sekali ya, tolong kami kemaskan rumah ni sikit."
Kavita mengangguk setuju. Dia menoleh ke arah Kahar. Dilihatnya Kahar menarik nafasnya dalam-dalam.
Seri: Tragedi yang menimpa…
Aku cuba mengingati kembali beberapa soalan fizik yang telah aku buat tadi di dalam dewan peperiksaan. Aku rasa aku ada buat banyak kesilapan. Beberapa kali aku mengeluh. Elina nampaknya seperti cukup yakin menjawab soalan-soalan yang diberikan. Eling pula seperti aku, kami takut tidak akan dapat keputusan yang baik untuk mata pelajaran Fizik.
Aku tekun duduk di atas meja belajar di dalam bilikku. Sebentar tadi Rosli ada menSMSku. Dia bertanya khabar buat sekian kali. Aku akhirnya menjawab SMSnya dengan memberitahu bahawa aku baik-baik sahaja setelah lama aku mendiamkan diri.
Rosli aku pasti dapat menjawab soalan kertas fizik dengan mudah. Sejak akhir-akhir ini aku lihat pencapaiannya semakin baik, walaupun pada mulanya dia banyak bermain. Rosli mahu belajar rajin-rajin agar dia dapat menjadi seorang arkitek. Itulah cita-citanya.
Pagi tadi aku menerima e-mel dari Abang Aizizi. Dia memberitahuku tentang pengalamannya berada di London. Katanya, cuaca di sana semakin sejuk. Walaupun sejuk, dia terpaksa bangun seawal 4 pagi untuk ke studio. Dia juga memberitahu dia mungkin terpaksa menetap di London dalam satu jangka masa yang lebih lama. Skrip filem yang dilakonkannya terpaksa ditukar pada saat-saat akhir. Wataknya tiba-tiba dikembangkan sedikit. Dia menerima dialog yang lebih panjang agar wataknya tidak terlalu pipih.
Aku memberitahu kepada Abang Aizizi tentang abang yang kini sedang berada di Bristol. Abang peminat nombor satunya. Aku bertanyakan kepada Abang Aizizi jika dia tidak keberatan untuk berjumpa dengan abang jika dia singgah di London semasa cuti musim Krismasnya nanti.
Di dalam e-melku kepadanya, aku sertakan sekali gambar abang yang terbaru. Abang kelihatan kacak bergambar di hadapan Cabot Tower di Bristol. Aku dapati, semakin hari, wajah abang semakin matang dan menarik. Aku pasti ramai gadis-gadis Melayu yang belajar di UK meminatinya.
Sedang aku mengelamun sewaktu mengulang kaji pelajaran kimia sebelum aku mengambil kertas kimia pada hari esok, aku mendengar bunyi cawan pecah. Diikuti oleh bunyi jeritan mama di ruang tamu.
Aku cepat-cepat turun ke bawah untuk mendapatkan mama. Aku dapati wajah mama pucat. Aku lihat papa sedang berada di ruang tamu. Hari ini dia tidak sepatutnya berada di rumah kami. Gilirannya tidur di rumah kami adalah pada hari hujung-hujung minggu seperti kebiasaannya. Jadi aku tidak berharap dia akan tinggal di rumahku pada hari-hari biasa seperti ini. Kehadirannya menimbulkan seribu tanda tanya di dalam benak jiwaku.
"Kenapa pa? Apa yang berlaku" tanyaku kepada papa apabila aku melihatnya berdiri tercegat di ruang tamu. Papa berwajah keliru. Papa langsung tidak dapat menjawab soalanku tadi.
"Kenapa ma?" tanyaku kepada mama pula.
"Seri... Mama dan papa terpaksa ke UK secepat mungkin." Beritahu mama dengan suara yang terketar-ketar. Dia merapatiku.
"Tapi kenapa?" tanyaku kembali. Aku tidak berani mahu mendapatkan jawapan darinya.
Suasana pada waktu itu terlalu tegang rasanya. Mama menangis di hadapanku. Dia terus mendakapku.
"Kenapa ma? Cakaplah!" aku tidak faham dengan apa yang telah berlaku. Aku menoleh kepada papa. Dia duduk di atas sofa sambil termenung jauh. Kaku.
"Abang Darwis kemalangan di Bristol, Seri..." mama memberitahu dalam sedu-sedannya.
Aku terasa seperti mahu pitam. Aku sedang terfikir tentang isi surat yang baru sahaja aku hantar kepadanya petang tadi. Ketika aku menghantar surat tersebut, aku sempat berdoa agar abang melupakan sahaja niatnya untuk betul-betul serius mahu meneruskan pelajarannya ke Pakistan. Aku tak mahu abang ke Pakistan selepas dia menghabiskan semesternya hujung bulan ini. Aku mahu dia terus berada di UK agar dia dapat menemaniku jika aku mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaranku ke sana kelak.
Aku masih tidak boleh menerima apa yang diberitakan kepadaku. Mungkin aku tersalah dengar.
"Abang Darwis koma, Seri... Jadi papa dan mama akan ke sana esok. Papa akan suruh Gina temankan Seri di sini."
Mataku berat dan basah. Pedih. Aku tidak dapat lagi membendung rasa sedihku. Aku takut kehilangan abang. Hanya dia sahajalah abang yang aku ada!
"Seri nak ikut mama!" pintaku sambil mengelap air mataku.
"Tak boleh Seri... Seri kena habiskan kertas peperiksaan Seri." Ujar papa kepadaku dengan suara yang sedih.
"Ma! Tolong ma! Seri nak jumpa abang!"
"Tak boleh Seri..." mama bersuara lembut. Dia mengusap rambutku.
Papa merapati mama dan diriku. Dia memegang bahu mama. Dia mahu ke atas. Dia perlu membuat tempahan tiket untuk ke UK, katanya.
Aku terus mendakap mama. Aku rasa tidak berdaya melakukan apa-apa pada ketika itu.
"Seri... Mama mahu Seri tumpukan perhatian Seri kepada kertas peperiksaan Seri nanti. Janji ya, Seri!"
"Seri janji... Tapi Seri mahu ke UK nanti, ma. Seri mahu berjumpa dengan abang!"
"Boleh Seri..." Mama tidak dapat mengawal perasaannya lagi. Dia memberitahu aku bahawa dia sayangkan kepada abang. Dia harap keadaan abang tidak terlalu kritikal. Tapi tu hanya harapan mama. Kami hanya mampu berdoa.
Kami hanya dapat harapkan yang baik-baik sahaja. Itu sahaja yang kami mampu harapkan buat masa ini.
*
Hari-hari berikutnya telah berlalu tanpa aku sedari. Seperti mimpi. Aku hanyut di dalam kesedihanku; mungkin banyak dari masaku dihabiskan begitu sahaja tanpa arah.
Baru sahaja tadi, mama telah menelefonku dan memberitahuku bahawa abang masih berada di dalam keadaan koma. Dia mangsa langgar lari. Ketika dia di dalam perjalanan ke rumah seorang kawannya, dia telah dilanggar. Nasib baik pada masa itu, dia ke sana dengan beberapa orang rakannya. Jika tidak, mama tidak dapat membayangkan nasib yang akan menimpa abang.
Buat masa ini, Gina ada disampingku untuk menemaniku di rumah. Aku tidak banyak bercakap dengannya, walaupun dia banyak kali cuba memulakan perbualan. Aku rasa tidak terdapat banyak perkara yang dapat aku bualkan dengannya, kecuali hal peperiksaan yang terpaksa kami tempuhi bersama serta beberapa hal lain yang tak masuk akal seperti, "Seri, teka harga beg Gina ni?"
Aku memandang ke arah beg galasnya. "Lapan puluh ringgit?"
Dia mengangkat dan menggayakan begnya dengan bangga sambil berkata, "Salah. Lima puluh jer. Beli kat Petaling Street." Kemudian beberapa hari kemudian aku akan ditanya, "Seri, cuba teka berapa harga baju Gina ni?"
Aku menjeling ke arah baju Tnya yang aku rasa terlalu kecil untukku pakai, "Enam puluh ringgit?"
Sambil menggaya-gayakan baju Tnya itu di hadapanku, dia berkata, "Salah. Tiga puluh ringgit jer!"
Aku cukup menyampah dengan keadaan Gina yang sentiasa ceria atau akan cuba sedaya mungkin mahu menceriakanku. Aku rasa, aku lebih suka menghabiskan masaku dengan Elina yang melankolik dalam dunia gothnya (kecuali ketika Nurul Ain berada di sampingnya. Baru dia nampak ceria sedikit).
Selama musim peperiksaan ini, kami ada mengambil peluang belajar bersama. Mengulang kaji pelajaran di saat-saat akhir. Itu sahaja. Kalau boleh, aku tidak mahu menghabiskan terlalu banyak dari masaku dengannya.
"Seri... Jangan sedih sangat. Makan yer, Seri. Esok kertas Bahasa Malaysia... Gina harap Seri dapat tumpukan perhatian Seri ketika menjawab nanti." Kata Gina kepadaku ketika Kak Erni menghidangkan makanan di atas meja.
Aku sekadar mengangguk. Minggu hadapan kertas terakhirku. Aku tidak sabar-sabar untuk terbang ke UK untuk menemui abang.
"Gina... Boleh Seri tanya, tak?" getusku dalam keadaan murungku.
"Apa dia Seri?"
"Gina rasa papa sayangkan kita?"
"Ya, Seri... Papa sayangkan kita semua."
"Tapi dia selalu tak ada..."
"Gina tahu. Tapi apa boleh kita buat?"
"Gina tahu fasal hal dia dengan pelakon baru nak naik tu?"
"Itu Gina tahu... Umur dia baru 23 tahun. Cantik orangnya."
"Gina rasa papa akan kahwin dengan pelakon tu ke?"
"Entahlah Seri... Itu hak dia."
"Seri rasa papa lebih sayangkan Gina-"
"Tak betul tu Seri... Papa lebih sayangkan Seri dan abang Darwis."
Perkara ini baru bagiku. Mungkin Gina berkata begitu kerana dia mahu menjaga hatiku.
"Tapi kenapa?"
"Seri dan abang Darwis anak Makcik Saliza... Itu sebabnya."
Aku mengeluh. Jawapan yang diberikannya tidak kukuh.
"Gina cemburu dengan Seri. Walau apa-apa pun, Seri tetap anak kepada isteri pertamanya. Seri selalu dapat perhatian yang lebih darinya dari Gina..."
Mungkin betul kata-katanya ini, tetapi kata-katanya tidak membawa sebarang makna bagiku.
"Seri... Tadi ada seorang budak nama Rosli. Dua tiga kali dia call sini. Kenapa Seri tak nak jawab panggilannya?"
"Seri nak tumpukan perhatian Seri kepada peperiksaan..." Itu sahaja alasan yang mampu aku berikan kepadanya. Aku menjamah makanan di hadapanku tanpa selera.
"Oh ya, petang tadi ada budak naik skuter tunggu depan rumah. Dia bagi Seri bungkusan ini..." Gina bergerak ke arah ruang tamu untuk mengambil sebuah bungkusan yang diletakkannya di atas sebuah kerusi kecil di hadapan pintu depan. Dia menyerahkan kepadaku bungkusan tersebut sambil tersenyum. "Budak tu Rosli, kan?"
"Ya..."
"Cute budak tu."
"Ye ke?"
"Uhuh... He's my type of guy." Aku tak tahu jika Gina serius atau dia sengaja mahu mengusikku.
Aku membuka bungkusan yang telah diberikan oleh Rosli. Aku dapati, dia telah memberiku sebuah sketchbook yang penuh dengan lukisan-lukisan serta haikunya. Ditulisnya di dalam sebuah nota kecil yang disertakan dengan hadiahnya ini:
"Saya harap awak tidak terlalu bersedih. Ini hadiah ikhlas dari saya agar awak akan ceria seperti dahulu."
Aku mengeluh. Masakan aku boleh ceria dengan keadaanku sekarang.
KISAH DUA WANITA Sebuah Monodrama oleh Wan Ahmad Kahar Wan Jasni
Pemain/Watak
Jaafar (J-Le)
Fiqah
Mazlee
*
Pra Set
Pentas gelap. Kedengaran lagu Selamat Pengantin Baru yang dinyanyikan oleh Anita Sarawak. Kemudian, pentas diterangkan perlahan-lahan untuk menampakkan kehadiran pelakon yang membawa watak Jaafar yang lengkap berpakaian pengantin yang sedang duduk di atas sebuah katil pengantin untuk mengelap mukanya dengan toner untuk menghilangkan bekas solekan di wajahnya.
Lagu pengantin perlahan-lahan dihentikan. Jaafar memandang terus kepada penonton...
Jaafar: Kejelitaan itu adalah milik semua insan.
Jaafar senyum buat seketika sebelum memulakan monolognya di dalam loghat Kelantan...
Nama mak... Maksud mak, nama jantan mak Jaafar. Nama woman mak Jojiena Letisha, atau J-Le... Bukan J-Lo. Tapi J-Le. Tapi ponen-ponen lahanat ni kata J-Le tu nama pendek untuk "Jaafar Lembut"!
Lembut-lembut lah, apa mak pedulik apa orang nak kata.
Selembut-lembut mak ni, mak ni best student masa kat sekolah menengah dulu. Sepondan-pondan mak, mak grad dari Ivy League: U Penn, Class of 96'. Selemah-lemah mak ni, mak akhirnya berkahwin dan dah pun jadi suami orang.
Haiyoh very der salah one, kan? Adik-adik dah salah konsep nih!
Kepada kak nam, kak nam tu, tak payahlah buat assumptions yang bukan-bukan pulak. Ini bukan kes kahwin paksa, occay! Mak berkahwin secara RELA!
Mak telah berkahwin dengan kawan baik mak sendiri. Namanya Fiqah...
Tentu korang nak tahu, macam mana lah mak boleh berkahwin dengan fag hag mak sendiri... Ceritanya panjang, tapi tak kisah, kita ada banyak masa lagi untuk bercerita, jadi mak boleh cerita.
Mak dan Fiqah... We've known each other since two years ago. The first time we came face to face was when I was called to her office... Kerana ada lahanat ni komplen kat HR kata mak pergi ke opis ala-ala semi-drag gituh. Boleh?
Fiqah kata...
Fiqah: Ada orang komplen kata encik Jaafar punya kening nipis... Betul ke encik Jaafar cabut kening encik Jaafar tu? Lepas tu, diorang komplen, encik Jaafar pergi ofis pakai seluar palazzo. Baju encik Jaafar nampak macam blaus ketat...
Jaafar: Hello, harus dia ingat blouse mak pakai ni jenis beli dah siap. Ni hah, mak tempah, pakai kain organza occay! Apa kelas Laura Ashley! Tak koser!
Cik Fiqah, saya tahu saya lembut. Walaupun saya ni lembut, pakai baju macam perempuan, berjalan pulak macam supermodel kat fashion show, tapi kerja tetap saya buat kan? Tak de masalah kan?
Lepas itu si Fiqah ni terdiam sekejap. Lama dia berfikir. Kemudian dia beritahu mak ada orang anggap mak sebagai lelaki lembut ni mengganggu konsentrasi diorang semasa bekerja. Macam mana tu?
Sekarang mak paham kenapa femfuan chanteks macam mak ni tak dibenarkan pakai lipstik kat Kelantan. Sebab kejelitaan wanita cantik kita ni boleh menggugat keimanan sesetengah lelaki, bley?
Penat nok berlakon jadi jantan. Tak kan dia tak faham, kan?
Dia akhirnya faham...
Sebenarnya, masa tu mak rasa kepala dia kat tempat lain. Dia bukan dengar pun penjelasan mak tu semua. Dia asyik termenung, looking at framed picture of an extreamly handsome man that was placed right on her table.
Masa tu sebenarnya mak merembes jugak tengok gambar jantan atas meja dia tu. Mak tanya gambar siapa. Dia kata itu gambar Mazlee, suaminya...
Laki Fiqah ni.... Haiyoh nokkkkk! Memang taste mak. You know, that handsome abang Melayu Kampung look with mustache and stubble bagai. Kulit tan, nice body... (mengeluh)
Kata Fiqah, umur dia dah nak cecah empat puluh tahun, tapi mak tengok muka dia nampak macam awal tiga puluhan. Badan masih maintain ni, sebab Fiqah kata laki dia selalu pergi gym.
Masa dia habis explain kat mak pasal laki dia ni... Dia mengeluh panjang.
Entah mengapa, masa tu... Walaupun kami baru berkenalan, Fiqah mula ceritakan tentang keadaan dirinya kepada mak. Dia beritahu kepada mak, perhaps there's a possibility yang her husband ni, tak sayangkan dia kerana keadaan dirinya yang kurang menarik.
You know lah, si Fiqah ni is a bit... Apa omputeh cakap... Big boned woman? Jenis kena pi shopping kat plus size store gituh...
Masa lunch dengan dia hari tu, mak beritahu dia, mak anggap dia cantik. Mak bukan nak spedo kata-kata ke apa. Mak ikhlas. Dia tahu mak ikhlas. Mungkin sebab itulah sejak hari itu mak dengan dia jadi kawan baik.
Dan sebagai kawan baik merangkap Kak Sri Siantan si Fiqah ni, mak cuba tolong dia dengan masalah dia. Ye lah, dia dah mintak tolong dari mak, mak terpaksa tolong dia, kan?
Sebagai contoh, mak ada jugak nak tolong dia dengan masalah berat badan dia. Segala-gala produk diet mak syorkan kepada dia. Tapi takde satu pun yang menjadi. Kalau berat badan dia turun pun, turun sekejap. Lepas tu naik balik. Entahlah nok, bukan semua orang dilahirkan cantik macam mak ni kan?
Mak juga ada ajarkan dia cara-cara untuk buatkan suami dia... puas. Bukannya apa nok, it all boils down to one thing: technique! Jadi Mak ajar dia lah. Stail Amelina gelek ikut lagu dangdut... Stail akaq Ani der bawak lagu-lagu etnik kreatif... Ni mak tak boleh tunjuk korang ala-ala detail sangat, nanti mak takut ada jugak orang pengsan kan? Tapi korang tahulah kalau kak Ani buat show macam mana kan? Ala-ala props berbagai kan? Segala-gala dia nak letak dalam satu show! Hazaaaab yaamatz!
And last but not least, stail Mak Idayu pegang mike... Tu pon mak ajar, jangan marrah!
Tapi, semua tak jalan nok. Sampai mandi bunga bawah tujuh jambatan pon tak jalan. Macam mana tuh?
Fiqah juga ada satu lagi masalah. Sejak tiga tahun dia berkahwin, tak beranak-beranak jugak.
Korang tahulah Melayu ni. Kalau isteri tak dapat anak, mulalah spekulasi macam-macam. Kak nam kan?
Yang akan dituduh mandul siapa lagi jika bukan pihak isteri.
Mak kesian dengan si Fiqah nok. Macam-macam cara dia cuba untuk mengandung. Keluarga sebelah dia dan sebelah si Mazlee selalu beri tekanan kepada dia. Si Mazlee selalu marah-marah. Katanya, dia kahwin dengan Fiqah pun kerana dia menurut kehendak mak bapak dia yang nak timang cucu. Buat apa dia kahwin dengan Fiqah kalau sampai sekarang Fiqah tak boleh mengandung!
Pada satu hari, Fiqah menangis-nangis telefon mak. Dia beritahu mak, Mazlee dah ceraikan dia dengan talak tiga. Mak sentaps sundel! Fiqah kata, Mazlee dah bosan hidup dengan perempuan mandul. Lepas tu, dia tuduh Fiqah main kayu tiga dengan mak sebab Fiqah banyak habiskan masa dia dengan mak!
Oh tidak! Itu semua fitnah semata-mata!
Nok, siapa tak sentap nok bila difitnah macam ni? Mak feeling-feeling Mahsuri occay masa tu! Kipas-kipas dada ni! Boleh pengsan nok!
Mak woman, dia woman. Kalau Mazlee outstation dan mak pulak ada show kat Blue Bar, mak jemput dia tengok. Tak kan lah kami nak dot dot dot in one of our girls night out! CHOOOOOIII!!!!! Very der salah one! Very der hubungan seks luar tabii! Ye lah, dalam Sex and the City pun, tak kan lah ada adegan si Carrie tu snogging with Samatha, Charlotte dan Miranda even though they are close friends!
Eh, mak bukan lesbian occay. Cuba tengok mak ni, mak wanita SERERET!
Fiqah diceraikan dengan cerai talak tiga. Cerai SMS lagik, boleh? Ye lah, nowadays with SMS pun Diva boleh dijatuhkan... Dengan e-mel tu jangan cakaplah kan?. By just pushing a few buttons on a cellphone a woman like Fiqah terus bergelar janda. Now, how can that be possible and how did we ever allowed this sort of things happen in this country...
Keadaan Fiqah berubah selepas dia bercerai. Dia macam hilang arah. Ala-ala ting tong gituh. Masa tu dia hilang hampir sepuluh kilo. Lepas cerai barulah berat badan dia jatuh, macam mana tu?
Fiqah really loves Mazlee. She can't let go of him. Apa tidaknya nok, dia dapat laki yang meletops. Ye lah, femfuan mana yang tak sayangkan laki, nak-nak yang naaallllaaa rekerks! Opps I did it again!
After three months of depression, tiba-tiba sahaja pada satu hari, Fiqah kembali ceria. Mak hairan jugak ler. Pompuan ni dah betul-betul ting tong ke apa? Mak yang telan Mavelon siang malam pon takdelah ting tong macam dia kan?
Jadi mak tanyalah dia kenapa. Kenapa dia happy macam adik-adik baru dapat sugar daddy mat surly yang sanggup spedo kasut Manolo Blahnik. Boleh?
Jadi dia pon jawab...
Fiqah: I happy sebab Mazlee nak ambil I balik sebagai isteri dia. It just shows that he loves me, kan?
Masa tu mak tak nak cakap apa. Mak speechless gituh. Lagipun masa dia beritahu mak tentang hal ni kami kat Isetan and Isetan was on Sale. Mak langsung tak boleh concentrate dengan cakap-cakap dia nak kahwin balik sebab masa tu mak dah nampak satu baju ni yang penuh dengan labuci ni diorang jual murah...
And the next thing I know, minggu depannya Mazlee nak jumpa mak. Haiyoh, sapa tak sentaps. Selama ni, dia anti sangat dengan mak, tetiba pulak dia nak jumpa mak.
Bila kami bertiga bertemu, Mazlee beritahu kepada mak tentang niatnya mahu berkahwin kembali dengan Fiqah. Dia kata:
Mazlee: Aku nak kau kahwin dengan Fiqah... Maksud aku, kau jadi Cina Buta. Jaafar, kau tahu kan apa yang perlu kau lakukan untuk kami?
Jaafar: Perkataan Cina Buta...
Ada orang cakap, perkataan Cina Buta ni mula muncul dalam sebuah filem lama P. Ramlee. Khelesss P. Ramlee kan nok, macam-macam istilah dia reka. Macam adik-adik lah kan, istilah segala akan muncul, lepas tu mula lah pengacara-pengacara perempuan kat TV tu ikut, lepas tu satu Malaya terikut-ikut. Tak sessswaaiiiii!
Cina Buta...
Tapi selama ni mak tengok yang selalunya buta orang Melayu nok, bukan Cina. Abang-abang Cina bila tengok mak dragoon selalu puji mak, occay.
Siou cheh... muka lu sikit-sikit macam Anita Mui masa muda-muda.
Mazlee: Aku sanggup bayar kau apa sahaja yang kau nak... Asalkan kau jadi Cina Buta-
Jaafar: Ini istilah betulnya cik Mazlee, "muhallal lahu". Encik Mazlee mahu saya menjadi "muhallal lahu" dengan mengahwini Fiqah. And for your information, in Islam there is no such thing as Cina Buta! In Islam, we respect our women. Islam does not endorse the oppression of women and denial of their basic rights of equality and human dignity.
Hah! Mak yang explain kat dia benda ni semua! HELLO, mak bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Jangan marrah!
Tapi last-last mak tak jadi ustazah ler kan. Mak jadi supermodel!
Mak kata mak tak nak buat apa dia suruh mak buat, buat apa kan? Macam lah takde benda yang lebih baik yang mak boleh buat...
Tapi Fiqah pujuk mak betul-betul. Dengan air mata, hingus dia yang meleleh segala -macam Kak Noor Kumalasari bila nyanyi lagu sedih, dia pujuk mak. Haiyoh very der tak perlu lah kan?
Lagipun, Fiqah tahu cita-cita mak selama ini adalah untuk drag ala-ala Christina Aguilera kat Sydney Mardi Gras. Jadi dia kata kalau mak sanggup jadi Cina Buta, Mazlee akan belikan mak pakej ke Sydney dengan tempat tinggal segala selama 14 hari 14 malam.
Haiyoh, sapa nak tolak, kan?
Mak akhirnya bersetuju. Sebenarnya mak bersetuju pun sebab mak kesiankan Fiqah...
Fiqah is my best friend. And I'm willing to do anything for Fiqah as long as I can see a smile on her face...
Jadi mak kahwinlah dengan Fiqah. Mak bapak mak yang selama ni dah ala-ala give up dan terima hakikat yang mak ni akan jadi andartu seumur hidup terus happy nih! Lagi-lagi mak kahwin dengan Fiqah, anak Datuk Mansur... Seorang wanita berpelajaran dan yang bergelar wanita korporat yang berjaya.
Mak rasa tak susah jadi Cina Buta ni... Lagipun sekejap jer. Tapi dalam masa sekejap tu kita kena... main. Barulah kami boleh bercerai. Macam mana tu?
Nok, sayangkan kawan punya pasal, mak sanggup buat apa saja ni!
Selembut-lembut mak ni ada juga kerasnya! Boleh?
Menoleh ke arah belakang - merasa-rasa cadar di katil
Jaafar: Nok dah nak tido ke?
Malam ni malam pertama mak dengan Fiqah. Mak nervous ni!
Pentas digelapkan. Pelakon masuk ke belakang pentas. Persembahan video perkahwinan dimulakan.
Fiqah: Nama aku Fiqah. HR Manager sebuah syarikat IT terkemuka di KL.
If you all really want to know, sebenarnya orang yang buat aduan tentang diri Jaafar sebagai lelaki lembut di syarikat aku, adalah aku sendiri. I was the one who wanted him to report himself to my office. I thought I could create my very own program Gerak Segak... You know, like the one in UPM. Program untuk keraskan lelaki-lelaki lembut macam dia.
You know what? I actually thought that I can change a lelaki lembut like him to a lelaki keras like Mazlee.
At that point of time... Aku tak faham kenapa lelaki sepertinya boleh jadi begitu. I have this fear that if a man does not act like what a real man should - he is weak... (dengan teragak-agak dan kelihatan bersalah) Just like a woman.
There are lots of things about him that I don't know when we first met... Tapi apa yang aku faham, Jaafar adalah seorang manusia yang tidak pernah mahu ambil endah kepada segala cemuhan yang diterimanya. Dia kata kepada aku: dia tidak dilahirkan untuk memuaskan ego orang lain. Bila dia turuti kemahuan orang lain, apa yang dia dapat? Dia kata, tak ada orang lain yang berhak menentukan jalan hidupnya, kecuali dirinya sendiri.
(ketawa kecil) If you want to know, bila aku mula-mula kenal dia dulu, aku terus bertekad nak jadi kawan baik dia.
Bukan sebab dia adalah di antara segelintir manusia yang mampu membuat aku rasa aku cantik, or because I think he's funnier than Golden Girls, French & Saunders and even Senario combined!. Tapi kerana aku lihat dia jujur, yakin dan yang paling penting, tabah... Just like a Malay, lelaki lembut version of William Hung.
Aku seboleh-bolenya mahu jadi sepertinya... No, not like William Hung, tapi macam si Jaafar lah! And why not?
Hubungan aku dengan Jaafar rapat. He's my best friend! He regards me as his fag hag. I guess, that's the best honor a woman could get from a person like him. Jadi, segala-gala yang terpendam dalam jiwa aku, aku luahkan kepadanya. Aku beritahu kepadanya kerana dia sedia mendengar dan memberi nasihat dengan ikhlas.
Aku beritahu kepadanya bahawa Mazlee selalu tidak ada di rumah. He was cold towards me from the first day we met... Tapi dia tetap berkahwin dengan aku di atas desakan keluarganya.
Mazlee ini sebenarnya jenis lelaki yang kahwin lambat. Aku sendiri tak tahu mengapa dia kahwin lambat, sedangkan dia seorang lelaki yang kacak, segak, dengan pekerjaan yang baik, rumah yang dihiasnya cantik. Ya, dia hias rumahnya itu sendiri, ikut style eclectic, katanya - ketika rumahnya ini ditampilkan dalam majalah Impiana: dalam edisi khas rumah-rumah lelaki bujang, beberapa bulan sebelum kami berkahwin.
Mazlee setahu aku... Never had a girlfriend. Alasannya, dia mahu menumpukan perhatiannya kepada pekerjaannya dan kepada parti politiknya. Mazlee adalah seorang yang boleh pergi jauh dalam politik... Sejak zaman dia di UK dahulu dia sudah aktif berpolitik...
(pause)
Sebagai seorang suami, dia jarang mahu menyentuhku. Kalau dia sentuh pun, dia rasa seperti dipaksa. Seperti aku ini terlalu jijik disentuh. Dan wanita seperti aku mahu disentuh. Aku mahu merasa kebahagiaan dibelai olehnya. Aku mahu diri aku disayanginya. Is this too much for a wife to ask from her husband?
You want to know what? Aku betul-betul menyayanginya setengah mati. He's everything to me. Aku tetap menyayanginya walaupun kami tidak pernah bermanja, and even though he had always insulted me by calling me names.. and even when he made sure that I know that he's disgusted with my body. Pernah sekali ketika dia marah, dia kata muka aku macam pembantu rumah Indon dan itulah pekerjaan yang paling layak aku buat... And of course, he had to go on and on to say that he can't stand sleeping with a cow every night and that I should consider liposuction...
Aku tetap sayang kepadanya kerana dialah satu-satunya lelaki yang wujud di dalam hidupku ini...
Selain dari papa dan Jaafar. Okay, perhaps not Jaafar! She's a woman...
Mazlee membenci Jaafar. I mean he really, really hates Jaafar. Mazlee benci melihat aku berkawan dengan Jaafar. Bermacam-macam-macam nama yang diberikannya kepada Jaafar; pondan, darai, nyah, kedi, bapuk, faggot, homo, Ah kua...
Bila Jaafar tahu tentang hal ini dari aku, kau nak tahu apa dia cakap: Kaedahnya nok, mak memang fonen! Eh sorry, mak woman! Selalu tersasulkan?
Aku tahu, jauh dalam hatinya, pasti jiwanya terguris. Dia pun macam aku juga. He is a human after all, just like any one of us here! Macam kau, kau, kau di tepi tu, dan kau yang sedang duduk tersengih-sengih dalam gelap tu.
Mazlee menceraikan aku dengan talak tiga, dan belum sampai seminggu tempoh edah aku selesai, dia merujuk kembali. I was so happy to hear this from him that I had accepted his marriage proposal without any hesitations.
Tetapi untuk kami dapat kembali bersama, I have to get married again to a stranger. I have to make love with the stranger before he can divorce me and only then, Mazlee is allowed to marry me.
Mazlee kata dia sudah mempunyai calon untuk aku... The despatch rider who is working at his law firm who is quite close to him. Quite a handsome young man. Just like him. Tetapi aku menolak. Jika aku perlu melalui benda ini semua, fikir aku, I might as well do this with someone I can trust, instead of a complete stranger.
Satu-satunya lelaki yang terlintas dalam kepala aku ketika itu adalah Jaafar.
Mazlee bersetuju tanpa banyak soal. Sikit pun dia tidak menanyai aku kenapa aku pilih Jaafar. Yang penting, Jaafar akan mengikut segala rancangannya, iaitu menceraikan aku dengan cerai talak tiga sehari selepas kami berkahwin...
(tukar tatacahaya)
Mengapa dengan senang-senang Mazlee ceraikan aku... dan kemudian, dengan senang-senang dia mahu ambil aku kembali.
Aku pula... Dengan senang-senang menurut sahaja segala kehendaknya. Kenapa?
Korang nak tahu kenapa aku kahwin dengannya in the first place? Aku rasa, ramai perempuan macam aku...
I know few women like me, who sets limit to themselves, by age sekian sekian sekian, kena kawin. And they actually did! They don't care about compatibility. Even love is not important to them. Yang pentingnya, takdelah kena gelar andartu... perempuan tak laku... Atau kena harrassed dengan makcik-makcik kampung yang kepoh yang selalu tanya: "Anak si anu tu, bila lagi nak kahwin? Takkan nak tunggu sampai benda tu bercendawan kot. Dah tua nanti susah nak pecah... dah liat orang kata." Maaflah, korang tahulah mulut-mulut makcik kampung ni x-rated sikit. Mengalahkan mulut pondan...
Whatever it is, Apabila aku berkahwin dengan Jaafar, aku mula berfikir. Jaafar yang buat aku berfikir...
Kalau perempuan macam dia boleh hidup sendiri dan begitu bertekad tidak mahu orang lain jadi penghalang kepada kebahagiaannya, kenapa tidak aku?
Macam ni, mak nak cerita sikit. Pasal perkahwinan mak ni lah kan.
Kaedahnya nok... Hari ini adalah harinya mak ceraikan Fiqah. Inai di jarri-jemarri mak masih basah lagik nih. Jangan marrah. But I still have to do this lah, dah buat perjanjian syaitan gituh kan?
Mak punya bag dah pack bagai ni. Human hair mak dengan night gaun segala mak dah pack. Ala-ala tak sabar nak fly ke Sydney nih! Ye lah, nak sambut hari raya adik-adik kat sana lah kan? Sydney Mardi Gras, here I come! Nantikan ketibaan Ratu Malaysia ke sana!
Tapi nok... Mak tengok wajah Fiqah macam lain sikit hari ni. Macam berseri-seri der anak dara baru pecah dara gituh. Alah that look lah, rambut ala-ala teknik rebonding, muka ala-ala baru kena injek botoxs. Senyum memanjang tak kenal keadaan. Eleh, macam korang tak tahu lah kan?
She looks... Happy!
Bila mak tanya kenapa, she said she's happy because she's now free. BEBAS!
Haiyoh, seswatuh statement pompuan ni kan? Macam statement-statement sentap Pontianak Sundal Malam gituh. Boleh naik bulu roma kan? Nasib baik dia tak mengilai, kalau tak, mak sure heart attack dibuatnya!
Jaafar: Bebas Apa ni nok?
Rina: Jaafar, I rasa bebas kerana I rasa I tak perlu takut lagi...
Cuba bayangkan... Selama ini I takut hidup sendiri. Bila I diceraikan, I sedih kerana takut digelar janda. I hate it when they ask me questions like:
Fiqah, what actually happened between you and Mazlee? Apa yang you dah lakukan?
Jika si isteri diceraikan suami, orang mesti cari kesalahan si isteri... Tak tahu jaga hati suami lah... Tak tahu melayan segala kehendak suami... Tak boleh dapatkan anak...
Semuanya salah si isteri. Jarang suami dipersalahkan.
Kalau kita jadi janda, macam-macam cemuhan yang kita dapat. Duda pula, sahamnya entah mengapa... Semakin naik. Ada experience kononnya. Experience apa? Experience as a failed husband?
Jadi... I jadi takut. I takut apa orang kata dan anggap ke atas diri I ini, but you know what? You've made me realise that life is more than that!
Jaafar: Haiyohhh sentaps! Pompuan ni seswatuh lah nok. Sah lah pompuan ni dah ting tong. Mak takut kalau-kalau dia kata: Jaafar, jangan ceraikan I because last night was great. Boleh? Ala-ala statement petir sabung-menyabung lah kan?
(Pentas digelapkan, kedengaran lagu I Will Survive versi Gloria Gaynor)
Fiqah: Nama aku Fiqah. HR Manager sebuah syarikat IT terkemuka di KL. Seorang wanita. Seorang janda. And soon to be a proud single mother.
Jaafar akhirnya menceraikan aku selang sehari selepas kami berkahwin. But he didn't go to Sydney as planned. In fact, he returned everything that Mazlee gave him. Alasannya, the fact that I'm happy is already the biggest reward anybody could ever give to him for doing what he has to go though as a Cina Buta.
Mazlee...
Aku kemudian beritahu kepada Mazlee bahawa dia tidak perlu tunggu aku sehingga aku habis edah. I realised that without me, he can never achieve his dream to become a politician one day. Without me, he is a nobody. I just had it with him. I've decided not to put up with people who are reckless with my heart. It's just not worth it. In fact, I told him that I don't want to see his face again.
I think Mazlee didn't take my decision really well. Dia pergi ke Sydney pada pertengahan Februari lepas dengan pakej pelancongan yang sepatutnya digunakan oleh Jaafar... And then, dia telah mengambil keputusan tidak untuk pulang ke Malaysia. From what I heard, he met someone in Sydney...
(Berdiri dari keadaan duduk di atas katil seperti seorang yang sarat hamil)
Jaafar and I... We are closer than ever now. Kami menjadi rakan serumah... Dua orang wanita yang duduk serumah yang akan menjaga seorang anak yang bakal aku lahirkan nanti.
I am happier now than ever. The strange thing is... It took a drag queen to teach me about happines. He taught me that I don't have to listen to cakap-cakap orang yang hanya tahu mencemuh, mengutuk dan memandang serong terhadap wanita seperti aku - yang bergelar andartu... janda... ibu tunggal.
Yang paling penting, aku perlu menerima hakikat bahawa aku ini seorang wanita yang berhak menentukan masa depannya sendiri. Aku tidak perlukan sesiapapun untuk memberitahu aku bahawa aku tidak boleh buat itu dan ini semata-mata untuk menurut segala kehendak mereka.
(Pada bahagian ini, si pelakon perlu memikirkan sebuah penamat berdasarkan pengalamannya kepada watak yang diambilnya ini. Watak Fiqah... Akhirkan pementasan ini dengan satu impak yang diharapkan akan menyedarkan penonton tentang emansipasi Fiqah sebagai seorang wanita).
Kahar cuba sedaya yang dia mampu untuk memastikan agar sambutan hari jadi Kavita akan dapat berjalan dengan lancar. Sejak pagi lagi dia telah ke rumah ibu dan emaknya untuk menghias rumah dengan belon-belon yang digantung serta kertas-kertas panjang berwarna-warni yang ditampal di atas siling.
Kahar awal-awal lagi telah menyediakan program untuk majlis hari jadi Kavita. Dan beginilah rupa programnya:
9-10 pagi: Bersihkan rumah 10-1 tengah hari: Hias rumah, masak 1-2 tengah hari: Rehat 2-3.30 tengah hari: Persediaan terakhir 3.30-5 Petang: Pengunjung mula datang 5-5.30 Petang: Upacara memotong kek 5.30-6 Petang: Upacara membuka hadiah 7 Malam: Majlis selesai dan bersurai
Kahar memberi program ini kepada emak dan ibunya. Sebaik sahaja Kavita sampai ke kondominium Desa Kudalari, dia menyerahkan program ini kepadanya. Kavita tersenyum.
"You are so organised!" ujar Kavita. Dia meletakkan beg galasnya ke dalam bilik lama Kahar yang kini kosong tidak dihuni sesiapa.
"Benda-benda macam ni memang kena aturkan betul-betul. Kalau tak, huru-hara jadinya." Kahar menjelaskan.
"I better help your mak dan ibu with the decorations..." Kavita ke ruang tamu. Dia melihat ibu dan emak kahar sedang meniup belon. Kavita duduk bersama mereka lalu mengambil sekeping belon merah lalu meniupnya.
Kahar memandang ke arah ketiga-tiga wanita yang sedang duduk bersama di ruang tamu. Tiga orang wanita yang amat-amat disayanginya...
Seri: Sambutan hari jadi Kavita
Aku dan Rosli sampai ke Kondominium Desa Kudalari pada pukul 4.05 petang. Mr. K menjemput kami di muka pintu. Dia merungut kerana kami lambat lima minit. Aku memandang ke dalam rumah. Terdapat lebih kurang sepuluh orang yang ada. Rumahnya itu agak luas juga untuk sebuah kondominium. Rumahnya ini di hias dengan hiasan dalaman ala Bali. Terdapat beberapa buah lukisan yang menghiasi dinding. Rata-ratanya lukisan ala Bali juga.
"Bila nak tiup lilin?" tanyaku kepada Mr. K.
"Sejam lagi lah kot..."
"Sorry lah kitaorang lambat lima minit." Kataku perlahan.
"Rosli... Tolong pecahkan ais kat dapur? Kavita tak boleh buat sorang-sorang..." pinta Mr. K. Rosli menurut sahaja tanpa banyak soal. Mr. K kemudian membawaku ke meja makannya. Seorang wanita bertubuh gempal sedang berada di sana sambil menyusun hidangan di atas meja.
"Ibu... Ini Seri. Vokalis kumpulan Limau Nipis..." Beritahu Mr. K kepada ibunya. Suaranya jelas manja. Aku tidak pernah mendengar nada suaranya begini sebelum ini.
"Apa khabar, Seri..." Kami bersalaman. Kemudian, seorang lagi wanita keluar dari dapur. Wanita ini berwajah ayu. Beliau membawa keluar beberapa botol minuman ringan. Ibu Mr. K tersenyum kepada wanita tersebut, lalu ibunya kembali masuk ke dalam dapur.
Jadi pada saat itu, Mr. K memperkenalkan aku kepada emaknya pula.
"Seri, ini mak saya..." katanya kepadaku dengan perlahan tapi dengan nada bangga. Dia merapatkan dirinya kepada emaknya itu.
Aku menghulurkan tanganku untuk bersalam dengan emak Mr. K. Aku dapati tangannya lembut. Kulitnya cerah dan rambutnya pula ikal dan panjang. Wajahnya cantik. Sekarang baru aku faham dari mana Mr. K mewarisi wajahnya yang kacak itu.
"Assalamualaikum aunty." Aku terus memandang ke arah wajahnya. Manatap wajah seorang wanita Melayu yang ayu.
"Waalaikumsalam... Cantik tudung Seri." Puji emaknya. Dia berjalan ke arahku. Dia memegang bahagian hujung tudungku untuk merasa fabrik tudungku ini.
"Tudung saya ini rekaan Eling." Jelasku. Aku menoleh ke arah Eling yang sedang berbual dengan Nurul Ain dan Elina di balkoni sambil memandang ke arah KLCC.
"Seri dah lama kenal dengan Mr. K?" dia bertanya kepadaku. Aku jawab, "nak kata lama tak lama juga, aunty. Saya mula kenal dengan Mr. K awal tahun ini."
"Mr. K kata suara Seri sedap..."
"Ye ke?" aku menoleh ke arah Mr. K. Dia hanya tersenyum ke arah emaknya itu.
Emak Mr. K mengangguk lembut. Dia tersenyum kepadaku, sebelum dia meminta diri untuk ke dapur.
"Seri... Dia bapa saya," tiba-tiba Mr. K bersuara kepadaku. Memberitahuku sesuatu tentang emaknya itu yang terus membuatku terkejut. Aku rasa dia berjenaka kepadaku.
"Excuse me?"
"Emak saya... Dahulu dia kahwin dengan ibu saya sebelum dia menukar jantinanya." Mr. K berterus terang. Suaranya tenang. "Dahulu dia lelaki... Sekarang dia perempuan."
"Emak awak tu dulu lelaki?" aku masih tidak boleh percaya. Aku rasa Mr. K sedang mempermainkanku. Emak Mr. K boleh dijadikan contoh wanita Melayu sejati yang baik - dengan kecantikan, kelembutan dan sopan santunnya yang ada.
"Ya... Dia telah menukar jantinanya ketika saya berumur 2 tahun."
"Biar betul!" aku bersuara kuat. Aku menutup mulutku yang terlopong itu.
"Saya nak bohong awak buat apa?"
"Ermm... Awak tak kisah tentang hal ini?" tanyaku yang ingin tahu jika perkara ini mampu membuat jiwanya kucar-kacir.
"Saya tak faham dengan soalan awak tu..."
"Maksud saya... Ada dua orang wanita yang menjaga awak sejak kecil." Aku cuba mengatur soalanku dengan betul agar tidak menyakiti hati Mr. K yang sensitif itu. Walaupun maksud sebenarku lain.
"Tak... Mereka sayang saya. Itu sahaja yang penting, kan?" Mr. K bertanya kembali.
"Ya..." Jawabku pendek. Aku memikirkan tentang papa. Aku ada seorang papa. Jantinanya lelaki. Dia ada tiga orang isteri dan dengar cerita, sekarang dia banyak menghabiskan masanya dengan seorang artis televisyen yang baru sahaja terkenal - jika dia tidak bersama Makcik Junaidah.
Ya, aku ada seorang papa yang sentiasa tidak ada di rumah bersamaku. Bapa Mr. K pula kini seorang wanita yang dipanggilnya emak yang aku pasti menyayanginya dan sentiasa mahu berada di sampingnya.
"Seri... Saya sayang dengan mereka... Dengan emak saya dan ibu saya." Beritahu Mr. K dengan bersungguh-sungguh kepadaku. "Saya harap awak faham. Walaupun mungkin awak rasa pelik melihat keadaan keluarga saya... Tapi merekalah satu-satunya keluarga yang saya ada."
"Kak Kavita tahu tentang hal ini?" tanyaku sambil memandang ke arah beberapa orang pengunjung yang tidak aku kenali. Rata-ratanya mereka kelihatan seperti pelajar. Pastinya mereka rakan seuniversiti Kavita,
"Sudah tentu..."
"Apa reaksinya?"
"Dia okay sahaja. Cuma dia beritahu kat saya, dia tak tahu bagaimana orang tuanya akan dapat menerima hal ini jika kami mahu lebih serius lagi dalam hubungan kami nanti."
Mengapa Mr. K perlu berfikir begitu jauh sekali? Adakah Mr. K sudah memikirkan kemungkinan dia akan memilih Kavita sebagai isterinya satu hari nanti?
"Mak awak cantik..." kataku tiba-tiba.
"Ya... Saya tahu."
"Bagaimana mereka bertemu?"
"Ibu dan mak saya?"
"Ya..."
"Mereka pernah mengajar di universiti yang sama satu ketika dahulu sebelum emak saya mengambil keputusan untuk membuka agensi pengiklanannya sendiri. Saya ada menulis tentang mereka dalam karya pementasan saya yang pertama... Tapi dalam cerita saya tu, banyak yang saya tukar, agar bersesuaian dengan suasana semasa."
"Apa tajuknya?"
"Ranjang Empat. Ranjang Pertama: Kisah Dua Wanita."
"Boleh saya baca?"
"Boleh... Nanti saya akan beri awak salinannya bila parti ini selesai."
"Terima kasih." Kataku perlahan.
"Saya belum bagi awak lagi skrip tu-"
"Bukan fasal itu... Tapi terima kasih kerana memperkenalkan ibu dan emak awak kepada saya."
"Sama-sama." Lama Mr. K merenung ke dalam mataku. Kemudian dia meninggalkanku di ruang tamu sambil memberitahuku dia mahu menyibuk di dapur.
Aku berjalan ke arah dapur. Dari luar, aku melihat keadaan Mr. K yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Dia manja dengan emak dan ibunya. Mereka bertiga nampak bahagia bersama. Aku mengeluh panjang. Keluarga aku sendiri tidak pernah sebahagia ini. Aku sendiri sudah lama tidak bergurau mesra dengan papa.
Kavita keluar dari dapur apabila loceng pintu berbunyi. Apabila Kavita membuka pintu aku dapat melihat abang Zek dan abang Fendi di luar. Mereka berdua memimpin seorang wanita tua yang kelihatan cantik berhias dengan baju kebayanya yang sedikit lusuh. Kavita mencium pipi wanita tua tersebut. Jeritnya ke arah dapur:
"Mr. K, Mak Mah dah sampai! She wants to see you!"
Mr. K keluar bersama emak dan ibunya. Mereka bersalaman dengan Mak Mah. Mereka terus membawa Mak Mah duduk di atas kerusi sofa di ruang tamu rumah mereka. Mereka nampak begitu mesra kepada Mak Mah.
Aku lihat, Abang Zek dan abang Fendi masing-masing membawa hadiah dengan pembalut yang sama. Hadiah abang Zek kecil dan abang Fendi pula besar. Mereka menyerahkan hadiah tersebut kepada Kavita. Kavita tersenyum lebar sambil mengucapkan terima kasih.
Beberapa rakan Kavita yang ada nampak teruja apabila mereka melihat abang Aizizi berada ke dalam rumah. Mereka berbual sesama mereka, mungkin meluahkan rasa ghairah apabila mereka dapat bertemu dengan abang Aizizi...
Setengah jam telah berlalu. Semakin ramai kawan-kawan Kavita yang datang. Mereka rakan sekelas dengan Kavita di UM dan kebetulan, ibu Mr. K adalah pensyarah mereka. Jadi apabila mereka dijemput untuk meraikan majlis hari jadinya, pastinya mereka akan datang...
Mr. K mengeluarkan kek yang telah dimasak oleh Elina lalu diletakkan di atas meja. Aku lihat Elina nampak puas. Emak Mr. K berseloroh kepadanya bahawa dia patut memikirkan untuk menjadi seorang chef satu hari nanti. Elina terus ketawa sambil memegang tangan Nurul Ain dengan erat.
Lilin di letakkan di atas kek, lalu api lilin dihidupkan. Kami ramai-ramai menyanyikan lagu hari jadi untuk Kavita.
Kavita nampak gembira. Dia meniup lilin di atas kes hari jadinya. Dia mengucapkan terima kasih kepada Mr. K serta kepada ibu dan emaknya. Aku sempat mengambil gambar peristiwa ini dengan kamera digitalku.
Rosli berdiri di sebelahku sewaktu perkara ini berlaku di hadapanku. Dia tidak banyak bercakap. Kadangkala dia akan merenung ke dalam wajahku. Aku rasa mungkin dia mahu mengingatkan saat-saat ini agar dia akan melukis wajahku nanti.
Aku membiarkan sahaja... Mungkin aku suka diriku diperhatikan begitu.
Aku dan Eling kemudian keluar menghirup udara segar petang di balkoni. Suasana di sana lebih tenang dari keadaan di dalam.
"I heard you naik skuter si Rosli untuk ke sini tadi... So. macam mana?" tanya Eling tiba-tiba kepadaku.
"It was terrifying!"
"Really?"
"I tak pernah naik motor... So it was a bit scary!"
"You just hold on to him lah...
"That's the problem lah. I rasa I peluk belakang dia kuat sangat. Nak-nak masa dia bawak laju sikit. So... tadi dia bawak laju-laju."
"Hehehehe!" Eling mentertawakanku.
Aku kemudian menunjukkan lukisan aku yang telah dilukis oleh Rosli kepada Eling. Eling langsung tidak nampak terkejut. Malah katanya:
Aku menunjukkan lukisan aku yang telah dilukis oleh Rosli kepada Eling. Eling langsung tidak nampak terkejut. Malah katanya:
"Kitaorang dah lama tahu lah fasal lukisan dia!"
"What?"
"You jer tak tahu!"
"How come?
"You see Seri... All these while you were so caught up with Mr. K sehingga you terlupa Rosli suka kat you."
Aku berdecit. Aku menoleh ke belakang. Aku lihat Rosli sedang menolong Mr. K mengedarkan kek kepada pengunjung-pengunjung yang datang.
"Dia selalu call I tanya apa you buat kat sekolah..." Eling memberitahu lagi.
"So all this while... You ni spy dia lah?"
"Ye lah, kot..."
Aku bercekak pinggang. Aku mendengus, tapi aku tidak dapat membuat apa-apa.
Tepat pada pukul 5.30, upacara membuka hadiah dijalankan. Kavita membuka hadiah-hadiah yang diberikan kepadanya. Hadiah yang paling menarik datangnya dari Mr. K. Mr. K telah menghadiahkannya salinan skrip 'Ranjang Empat. Ranjang Pertama: Kisah Dua Wanita' kepadanya.
Kavita membaca apa yang ditulis Mr. K di hadapan skrip tersebut kepada kami semua:
"Khas untuk Miss K, yang telah mengilhamkan segala-galanya - Mr. K."
Aku mengeluh lesu. Mengapalah tak ada sesiapapun yang memberikan aku seromantik ini?
Selepas semua hadiah di buka, emak Mr. K memberitahu kami semua tentang berita baik yang diterima oleh Abang Aizizi. Abang Aizizi memberi ucapan pendek dan berterima kasih kepada emak Mr. K kerana telah memberinya peranan sebagai pelakon iklan satu ketika dahulu, lantas telah membuka jalannya untuk menjadi salah seorang pelakon lelaki terkenal tanah air... Dia juga mengucapkan terima kasih kepada Mak Mah kerana telah memberinya perangsang selama ini untuk berusaha keras untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya. Kata Abang Aizizi, tanpa leteran dan teguran Mak Mak selama ini, dia mungkin dah lama mahu berhenti berlakon dan bekerja sebagai peguam sahaja...
Aku lihat Mak Mah menitiskan air matanya. Abang Aizizi kemudian mencium pipi Mak Mah. Air mataku mengalir. Sebak. Dalam masa yang sama, aku mula sedar Mak Mah bukanlah seorang wanita tua, tetapi seorang lelaki tua yang berjiwa wanita.
*
Pada hari ini, aku mendapat tahu bahawa Abang Aizizi akan menjadi seorang pelakon sebuah filem bertaraf antarabangsa yang mempunyai seorang ibu angkat bernama Mak Mah. Mr. K pula mempunyai keluarga yang bahagia dan seorang kekasih yang amat-amat disayanginya. Rosli pula pandai melukis serta suka melukis gambarku. Dan aku pula ada seorang papa yang semakin hari semakin jauh dari diriku dan mama...
Petang semalam aku ada membaca tentang gosip seorang pelakon TV yang dikatakan mama mempunyai hubungan dengan papa di dalam majalah Manga. Aku menatap gambar pelakon tersebut yang sedang berposing di dalam kolam renang dengan pakaian yang seksi dan basah lencun. Menurutnya dalam majalah tersebut:
"Saya tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana datuk. Kami hanya kawan baik sahaja!"
Aku mengeluh. Sebelum aku pulang dari parti Kavita sebentar tadi, aku diberi Mr. K salinan skrip baru yang ditulisnya.
Aku membuka lampu meja di sebelah kamarku. Aku membuka skripnya itu. Aku perlu membaca tulisannya untuk memahami dengan lebih lanjut kisah emak dan ibunya...
Zek baru sahaja menerima berita menggembirakan pada pagi itu dari pengurusnya. Dia tidak memberitahu kepada sesiapapun lagi. Dia masih tidak percaya bahawa dia menerima durian runtuh ini secara tiba-tiba.
Katanya kepada Kahar, dia hanya akan mengisytiharkan berita baik itu kepada orang lain pada hari esok. Buat masa ini, dia perlukan masa untuk mencernakan berita yang diterimanya ke dalam 'sistem'nya. Kerana katanya, dia masih terasa seperti dia sedang bermimpi...
"Jadi abang Zek akan ke London?" tanya Kahar dengan wajah mengantuk.
"Ya... Selama sebulan setengah."
"Mesti seronok!"
"Tu lah..." Zek tersenyum lebar. "Ada apa-apa barang yang nak pesan ke?"
"Nak abang belikan buku lah kot."
Zek mengangguk. Dia tahu, pasti Kahar akan memintanya membeli buku-buku yang dia sendiri tidak kenal dengan nama penulisnya. Zek termenung. Dia memikirkan kembali tentang lakonannya di dalam sebuah filem indie dari seorang pengarah muda dari Malaysia di mana filemnya mendapat sambutan di beberapa festival filem di luar negara tetapi langsung tidak pernah disebut malah diiktiraf di Malaysia. Lakonannya dalam filem itulah yang telah membuka mata seorang 'Casting Director' yang mahu memanggilnya berlakon di dalam projek filem sains fiksyen produksi sebuah studio besar dari Hollywood.
Zek termenung jauh. Pintu rezekinya terbuka luas. Kini, kedudukannya sebagai seorang pelakon akan diuji. Dia akan melakukan yang terbaik.
Dia mahu membuktikan kepada semua bahawa dia mampu buat yang terbaik!
Seri: Membeli hadiah Kavita
Malam semalam, Mr. K datang ke rumahku lantas mengambil kek yang telah disediakan oleh Elina. Dia kata kek yang dibuat Elina cantik dan pastinya sedap. Abang Aizizi ada bersamanya pada waktu itu. Abang Aizizi nampak ceria. Katanya dia baru sahaja menerima satu berita baik.
"Berita apa, bang?" tanyaku apabila Abang Zek mengeluarkan kek dari dalam peti ais, lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak kek.
"Abang telah ditawarkan untuk berlakon dalam sebuah filem berbentuk sains fiksyen arahan seorang pengarah terkenal dari Perancis. Wataknya kecil sahaja. Abang hanya perlu bercakap dua tiga patah perkataan sahaja."
"Abang berlakon sebagai apa?"
"Watak seorang anak kapal sebuah kapal angkasa yang akan mati dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan makhluk asing yang mahu menyerang bumi."
"Wah, seronoknya! Abang akan berlakon kat mana, ni?"
"Di Leavesden Studios, London... Antara pelakon-pelakon utama filem ini adalah Orlando Bloom, Ben Kingsley dan Winona Ryder."
Abang Zek betul-betul nampak seronok. Aku juga seronok sama, apakan tidak, Abang Zek akan berlakon di samping Orlando Bloom! Aku pasti akan memintanya meminta tanda tangannya dari Orlando Bloom nanti...
Mr. K pula diam sahaja. Sebelum dia keluar dari rumahku, dia memberitahuku bahawa dia rasa aku sudah bersedia untuk berjumpa dengan ibu dan emaknya.
"Kita jumpa esok, ya Seri... Jangan lambat pula." Kata Mr. K di dalam kereta sebelum dia memandu laju meninggalkanku di hadapan pintu pagar.
Pada saat-saat akhir, Elina menelefonku lalu memberitahu bahawa dia terpaksa membatalkan niatnya untuk menemaniku untuk membeli-belah pada tengahari ini. Katanya, dia terpaksa menemani ibunya ke pasar. Aku tak boleh memaksa. Dia menyarankan aku agar pergi menghubungi Rosli. Katanya, Rosli pasti akaan melakukan apa sahaja untukku.
Jadi aku menelefon Rosli pada pagi itu. Dia baru bangun. Jadi suaranya seperti suara orang baru bangun tidur.
"Awak sibuk tak?" tanyaku kepadanya.
"Tak... Tapi kenapa?"
"Tanya jer..."
"Saya tak sibuk ni... Awak nak apa?"
"Awak dah beli hadiah untuk Kavita?"
"Belum... Tengah pokai ni."
"Saya pun belum beli."
"Sama lah kita..."
"Kita share nak tak?"
"Boleh jugak."
"So... camna?"
"Macam mana apa?"
"Kita pergi bila hadiah dia sama-sama lah..."
"Okay. Bila?"
"Sekarang lah... Kalau lambat-lambat nanti tak sempat pula ke partinya tu."
"Ok."
"Kita pergi ke KLCC, ya?"
"Okay. Saya ambil awak kat depan rumah awak, okay?"
"Takpelah. Saya jumpa awak kat KLCC terus. Tak nak susahkan awak."
"Okay..." Aku dapat mendengar keluhan suara Rosli.
"Pukul 12 tengah hari, ya?"
"Jumpa di mana?"
"Depan Burger King."
"Okay!"
Rosli cukup ghairah menerima pelawaanku untuk keluar membeli-belah dengannya. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin betul kata Elina. Rosli akan melakukan apa sahaja permintaanku, kerana dia suka kepadaku...
Rosli tiba lebih awal dari masa yang telah ditetapkan. Dia berdiri tercegat di hadapan Burger King sambil mendengar lagu dari sepasang headphone yang menutup telinganya. Dia sedang mendengar lagu sambil menyanyi seorang diri.
"Dengar lagu apa, tu?" tanyaku kepadanya sambil menepuk bahunya sekali. Rosli nampak terkejut apabila mendapati aku sudah sampai. Mungkin dia sedang berkhayal di dalam dunianya sendiri tadi.
"Lagu Coldplay, The Scientist." Beritahu Rosli kepadaku. Aku memandang ke arah sekelilingku. Suasana di dalam KLCC hingar bingar. Terlalu ramai orang yang lalu laalang.
"Dah makan?" tanyaku kepada Rosli.
"Dah... Awak belum makan ke?" tanya Rosli yang mungkin bersedia untuk mengisi perutnya lagi sekiranya aku kata aku mahu makan...
"Tengah hari ni saya tak makan. Kat parti nanti saya akan makan..."
"Tak lapar ke?"
"Tak." Kataku walaupun perutku sudah mula berkeroncong. Aku tak mahu memulakan perbualanku dengannya pada tengah hari itu dengan menceritakan tentang masalahku dengan berat badanku yang kini semakin naik semenjak aku rasa begitu tertekan untuk menghadapi peperiksaan SPM yang bakal menjelang tiba.
"Awak nak belikan Kavita apa?"
"Frame gambar..."
"Okay. Sekurang-kurangnya kita dah fokus sekarang ni."
"Kita nak shopping kat mana dulu?"
"Entah..."
"Apa kata kita ke Isetan dulu."
"Okay."
Jadi kami ke Isetan. Kemudian kami ke Parkson. Dan ke beberapa kedai lain yang kami rasa ada menjual bingkai gambar. Tak ada satu pun yang berkenan di hati.
Rosli tak sekali pun mengadu kepenatan. Dia juga tak banyak bercakap. Aku tak tahu jika dia suka berjalan denganku. Tapi apa yang aku perasan, setiap kali kami naik tangga bergerak, dia akan berdiri di sisiku. Ketika kami berjalan di tepi panggung TGV tadi, ada seorang budak lelaki yang merenung ke arahku. Rosli cepat-cepat merapatiku dan merenung balik ke arah budak lelaki tersebut. Aku mahu ketawa melihatkan gelagatnya, tapi aku buat tak tahu sahaja, seolah-olah aku tak perasan.
Dua jam berlalu tanpa kami membeli apa-apa pun hadiah untuk Kavita. Kami telah ke Lovely Lace, Teddy Tales, Royal Selangor, Claycraft, Ombak - pendek kata hampir kesemua kedai-kedai yang ada dalam KLCC ini kami jelajahi. Namun, tak ada rekaan yang berkenan di hati.
"Kita pergi Aseana... Okay tak?" aku menyarankan. Rosli mengangguk. Inilah rasa-rasanya tempat terakhir yang akan kami tuju pada hari itu.
Di Aseana, aku terjumpa dengan bingkai yang aku suka. Harganya sedikit mahal, tetapi aku suka dengan bingkai yang diperbuat daripada kayu ini.
"Awak... Mahal lah. Saya tak mampu." Rosli mengeluh.
"Tak apalah... Saya bayar. Nanti kita letak nama kita dan bagi kat Kavita."
"Eh, tak nak lah."
"Alah... Saya tak nak berkira, lah. Lagipun dah pukul berapa ni? Nak kena balut lagi satu hal."
"Okaylah." Rosli akhirnya bersetuju. Dia menyerahkan wang Rm 10 kepadaku. Aku kata dia boleh simpan sahaja duitnya itu dan belikan aku kertas pembalut dan cellotape. Rosli mengangguk setuju.
Kami membeli sekeping kad hari jadi dan kertas pembalut hadiah di Memory Lane. Kemudian kami ke Starbucks untuk berehat sebentar dan untuk membalut hadiah yang mahu kami hadiahkan kepada Kavita.
Aku mengeluarkan gambar Mr. K yang telah aku ambil sendiri dan cetak sendiri dari dalam majalah Cleo yang telah aku simpan di dalam beg galasku, lalu aku letakkan ke dalam bingkai gambar. Rosli memerhatikan kerja-kerja aku tanpa banyak berkata-kata. Kemudian aku memasukkan bingkai gambar tersebut ke dalam kotak khasnya dan membalutnya dengan teliti.
"Tulis nama awak atas kad ni." Pintaku kepada Rosli. Rosli mengangguk lalu menuliskan sesuatu ke dalam kad tersebut.
Selamat hari jadi ke 21, Kak Kavita! Luv you!!!
Tulisan Rosli nampak bersih dan cantik. Kemudian dia lukis potret Kavita dan Mr. K dengan pen yang aku berikan kepadanya. Lukisannya cantik dan nampak hidup. Aku tak pernah tahu dia pandai melukis.
"Awak boleh lukis gambar saya tak?"
"Awak nak saya lukis gambar awak ke?" tanya Rosli kehairanan.
"Nak lah. Tu sebab saya tanya."
"Awak tak kisah kalau saya lukis gambar awak?"
"Kalau nak lukis muka saya atau muka orang lain... Kena mintak kebenaran tuan punya muka, ke? Tak payah, kan? Muka kita tak ada copyright control, kan?"
Rosli tersenyum lebar. Dia kemudian mengeluarkan sketchbooknya yang bersaiz kecil dari beg galasnya. Dia menyerajkan sketchbooknya itu kepadaku.
Aku membelek sketchbook yang diserahkan kepadaku. Aku dapati, selama ini Rosli telah menghabiskan masanya melukis wajahku. Hampir setengah sketchbook tersebut penuh dengan gambarku dan beberapa gambar anggota band kami yang lain.
"Awak marah ke saya lukis muka awak?" tanya Rosli dengan wajah yang serius setelah melihatku diam dengan agak lama.
"Tak... Cuma terkejut jer." Katanya bingung. Aku tak faham dengan perasaan yang tiba-tiba melanda ke dalam hatiku pada waktu itu.
Pada setiap lukisan potretku, Rosli akan menulis sebuah haiku. Tapi inilah haiku yang paling mengelirukan bagiku:
Seri tertangguh seketul hati, Yang aku sayangi...
The interrupted beauty Of a piece of heart That I love...
"Tak pahamlah..." Kataku sambil mengeluh.
"Apa yang awak tak faham?"
"Haiku yang ini..."
"Awak tak faham bahagian mana?"
"Seri tertangguh... Apa yang tertangguh?"
"Keindahan diri yang tertangguh kerana kadangkala seseorang itu tidak sedar akan keindahan yang ada di dalam dirinya..."
"Oh..." Aku masih tidak faham. Haikunya kabur, seperti sajak-sajak Mr. K. Adakah haiku ini ditujukan kepadaku. Adakah seri yang ada di dalam diriku ini dilihatnya tertangguh?
Haikunya ini membuat aku termenung buat beberapa ketika. Aku memandang jauh melihat air pancut di taman KLCC. Kemudian aku menatap lagi gambar-gambar aku yang dilukisnya. Rosli dapat melukis dengan cantik. Dia sepatutnya menjadi seorang pelukis, bukan seorang pemain gitar untuk sebuah band...
"Awak boleh bagi saya lukisan ini dengan haiku 'seri tertangguh' ni?"
"Boleh," Rosli mengoyakkan lukisannya itu dengan berhati-hati. Kemudian dia menyerahkan kepadaku lukisan tersebut. Aku menyelitkan lukisan itu ke dalam majalah Cleo kepunyaanku, lalu menyimpannya ke dalam beg galasku.
"Terima kasih," Aku ucapkan. Rosli kemudian memberitahuku bahawa kami patut bertolak ke kondominim Desa Kudalari. Aku bersetuju. Rosli mengesyorkan agar kami ke sana dengan menaiki skuternya. Aku terus mengangguk setuju, walaupun aku tidak pernah berpeluang untuk menaiki sebuah skuter sebelum ini...
Kahar memerhatikan ketekunan Rosli, Eling, Elina dan Seri belajar di ruang tamu rumahnya. Peperiksaan SPM akan menjelang tiba beberapa minggu lagi, jadi perasaan tertekan mula menyapa ke dalam jiwa masing-masing. Kahar telah mengambil keputusan untuk membatalkan latihan muzik yang selalu mereka adakan pada hujung minggu buat sementara waktu ini untuk memastikan mereka semua dapat mengulang kaji pelajaran mereka bersama.
Kavita duduk di sebelah Rosli untuk menunjukkannya cara untuk menjawab soalan matematik tambahan yang sukar untuk dijawabnya. Eling, Elina dan Seri pula terus menjawab latihan yang diberikan tanpa banyak masalah.
Kahar keluar dari dapur lalu ke ruang tamu dengan membawakan minuman. Dia menyuruh mereka semua berehat seketika dan memberitahu kepada Kavita bahawa masa untuk belajar matematik tambahan telah selesai. Mereka semua melepaskan nafas lega. Tetapi mereka juga sedar bahawa masa untuk mengulang kaji pelajaran fizik akan bermula sebentar lagi. Kahar sendiri akan membantu Kavita mengajar pelajaran ini jika kavita memerlukan bantuan...
"Kavita punya birthday minggu depan." Ujar Kahar kepada semua. Mereka mendongak lalu memandang ke arah Kavita sambil tersenyum.
"So... Kita nak celebrate kat mana?" tanya Eling kesukaan.
"Kat apartment emak dan ibu saya di kondominim Desa Kudalari. Kat sana ada ruang besar sikit kalau nak buat parti. Ahad ini bermula jam 4 petang. Jangan lambat!"
"Yeahhhh!" Eling menepuk tangannya.
"Besides celebrating my birthday... Kita akan buat parti chill out sebelum korang semua ambil SPM. I know you guys need this." Kavita meramas rambut Rosli yang berombak itu. Rosli tersengih-sengih.
Rosli memandang ke arah kawan-kawannya yang sekarang dianggapnya sebagai anggota keluarganya sendiri. Rosli tidak pernah membayangkan dia akan mempunyai kawan yang mengambil berat tentang dirinya dan di dalam masa yang sama, mempunyai minat yang serupa sepertinya.
Rosli cuma mengharapkan satu sahaja buat masa ini. Dia berharap dapat berkawan dengan lebih rapat dengan Seri. Selama beberapa bulan ini, Seri hanya mahu menganggapnya sebagai kawan biasa, sedangkan Rosli mahukan sesuatu yang lebih dari itu.
Rosli tahu bahawa Seri ada menyimpan perasaan terhadap Kahar, walaupun Kahar mempunyai hubungan yang intim dengan Kavita. Rosli tidak mengerti mengapa Seri begitu sayangkan kepada Kahar, walaupun Kahar hanya dapat menganggapnya sebagai seorang kawan semata-mata.
Apa yang ada di dalam diri Kahar yang membuatkan Seri begitu tertarik kepadanya?
Mungkin Kahar ada segala-galanya yang tidak ada di dalam dirinya.
Rosli mahu Seri menganggapnya lebih sebagai seorang kawan biasa. Rosli sanggup membuat apa sahaja asalkan dia dapat menarik perhatian Seri dan memberitahu kepada Seri tentang hasrat di hatinya.
Rosli pernah bertanyakan kepada bapanya bagaimana dia telah menarik perhatian ibunya ketika mereka mula-mula berkenalan dahulu. Kata bapanya, mereka pernah duduk di kawasan perumahan yang sama di Sentul. Jadi, setiap pagi, mereka menunggu bas di perhentian bas yang sama. Bapanya tertarik kepada ibunya, tetapi hanya mampu untuk memandang dari jauh. Jadi setiap pagi, bapanya hanya mampu melihat ibunya dari jauh tanpa membuat apa-apa, kerana bapanya itu seorang pemalu. Pada satu hari, bapanya terkena demam campak, lalu terpaksa bercuti selama seminggu. Apabila bapanya kembali bekerja, ibunya itu tiba-tiba sahaja bertanya kepadanya kenapa dia tidak ke tempat kerja. Selama seminggu ibunya menunggu kelibatnya muncul di perhentian bas. Kata ibunya, dia rindu melihat wajah bapanya yang selalu sahaja menunggu di perhentian bas tersebut bersamanya. Bapanya terkejut, kerana ibunya itu sedar akan kewujudan dirinya. Sejak dari saat itu, mereka terus berkenalan dengan rapat sehinggalah mereka akhirnya berkahwin.
Rosli, seperti bapanya juga seorang pemalu. Selama ini, dia tidak berani bercakap dengan Seri mengenai hal-hal lain - yang mungkin tidak ada kena-mengena dengan hal kumpulan muziknya atau tentang pelajaran.
Rosli pernah terfikir apa yang akan berlaku jika tiba-tiba sahaja dia tidak datang ke latihan muzik ataupun ke kelas tuisyen yang diadakan oleh Kavita dan Kahar. Adakah Seri akan sedar kehilangannya nanti?
Seri: Kek Hari jadi oleh Elina
Pada petang itu, Eling dan Elina datang melawat ke rumahku. Mereka datang untuk membawa beberapa bahan untuk memasak kek yang telah kami beli. Elina kata, dia pandai masak kek, jadi dia nak masak kek untuk sambutan hari jadi Kavita nanti. Aku rasa, lebih baik kami memasak di rumahku sahaja, memandangkan dapurku besar dan jarang digunakan.
"Ini ke rumah awak?" Tanya Elina di hadapan pintu pagar. Dia tidak pernah ke rumahku. Jadi seperti orang lain, dia juga tercengang melihat reka bentuk moden rumahku yang kelihatan berkotak, dengan tetingkap besi dan kaca - yang akhirnya membuatkan rumahku kelihatan seperti sebuah muzium seni dari sebuah rumah.
"Ya... Seri baru jer pindah semula ke sini selepas berbulan-bulan rumah ini dibina semula." Aku menjelaskan.
Elina masuk ke dalam rumah. Pasti dia hairan melihat keadaan dalam rumahku yang luas tetapi kurang jumlah perabotnya.
"Kerusi ini dikenali dengan nama Swan Chair rekaan Arne Jacobsen. Itu pula sofa rekaan Mies Van Der rohe, dan di hadapannya adalah meja Noguchi. Dan ini pula adalah Lukisan dua lelaki yang bersilat oleh Azhar Idris." Kataku meniru cara-cara Mr. Andrew pereka hiasan dalaman kami ketika dia mula-mula memperkenalkan rumah ini kepada aku dan mama dahulu.
"Cantik..." Itu sahaja komen yang mampu diberikan oleh Elina. Eling tersenyum. Dia terus membawa bahan-bahan memasak yang telah kami beli di Coldstorage, Bangsar ke dalam dapur.
Dapur baruku serba putih. Kak Erni tak suka memasak dalam dapur baru kami ini. Dia takut menyentuh perkakas-perkakas dapur yang serba baru di dapur kami. Dia takutkan kepada ketuhar gelombang mikro dan peti ais baru kami yang serba canggih. Dia takut mengotorkan meja kabinet marmar kami yang diimport dari Itali. Jadi sekarang, kerana kak Erti tidak biasa memasak di dapur baru kami... Kami selalu sahaja terpaksa makan luar.
Kami mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak lalu kami letakkan di atas dapur. Perkakas untuk memasak kek juga aku keluarkan. Elina dengan cekap mengeluarkan tepung, mentega dan telur dan terus melakukan tugasnya sebagai seorang chef. Aku dan Eling hanya mampu menyibuk sahaja.
"Seri... Awak dah belikan hadiah untuk Kavita?" tanya Elina kepadaku. Dia sedang membancuh tepung dan mentega di dalam sebuah mangkuk besar berkaca.
"Belum." Baik aku mengaku siang-siang dari berbohong tak tentu fasal.
"I hadiahkan dia dengan sehelai baju yang I design sendiri dari sehelai kain yang mak I beli dari London tu... Pagi tadi baru siap!" ujar Eling dengan bangga.
"Awak pulak?" tanya aku kepada Elina.
"Saya belikan dia buku penterjemahan Al Quran ke bahasa Inggeris oleh N. J. Dawood yang saya beli kat Kinokuniya. Dia pernah beritahu saya dia minat nak baca..." Jawab Elina dengan perlahan. Aku mengeluh. Nampaknya aku sahaja yang tidak ada hadiah untuk Kavita.
"So... Tak ada hadiah lah ni?" Elina bertanya untuk memastikan.
"Tak adalah... Seri busy jer sekarang ni."
"kitaorang pun busy jugak!" Eling mencelah. "You ingat you sorang jer busy ke?"
"You all busy tak esok? I nak carik hadiah untuk Kavita sebelum birthday party dia."
"I have to go to church lah, Seri." Eling ada kewajipannya sendiri. Aku menoleh ke arah Elina pula.
"Boleh kot. Tapi tak janji." Elina memasukkan beberapa biji telur ke dalam mangkuk.
Aku mengeluh. Aku masih tak tahu apa yang harus aku belikan untuk Kavita. Aku bingung. Tapi mungkin Elina boleh tolong. Dia rapat dengan Kavita!
*
Beberapa bulan telah berlalu sejak aku ditempeleng oleh suami Puan Rahimah. Aku hampir-hampir mahu melupakan peristiwa tersebut sehinggalah mama memberitahuku bahawa Puan Rahimah akhirnya telah diceraikan secara sah oleh suaminya. Puan Rahimah diberikan hak untuk menjaga Daniel dan Zainah. Entah mengapa, suaminya itu langsung tidak membuat tuntutan hadanah untuk menjaga Daniel dan Zainah...
Puan Rahimah kini berpindah ke rumah Ustazah Rohani dengan menyewa sebuah bilik di rumahnya itu. Aku pula terus mengajar tuisyen kepada Daniel dan Zainah di sana. Elina juga kadang-kala akan datang membantuku untuk menjaga Daniel dan Zainah, terutamanya ketika Puan Rahimah dan Ustazah Rohani ke pejabat mama untuk belajar cara-cara mengendalikan perniagaan mereka sendiri. Dengar cerita, Puan Rahimah dan Ustazah Rohani mahu menjadi rakan kongsi untuk membuka sebuah francais Layla Los Angeles di Seksyen 14, Petaling Jaya...
Mama memberitahuku bahawa Puan Rahimah terus membiarkan dirinya diseksa kerana dia takutkan perpisahan. Puan Rahimah takut hidup bersendirian. Sejak dia mengenali mama dan Ustazah Rohani, dia mula sedar bahawa seorang wanita boleh terus hidup seperti biasa tanpa perlu ada kehadiran lelaki di samping mereka.
Mama menegaskan kepadaku bahawa wanita bukanlah kaum yang lemah seperti mana yang telah dipahatkan ke dalam kepala kami selama ini. Hanya kaum lelaki yang lemah dan rasakan diri mereka tergugat sahaja yang akan mengatakan bahawa wanita itu lemah, walaupun sebaliknya. Lihat sahaja jumlah kemasukan pelajar wanita ke universiti - lebih ramai dari jumlah pelajar lelaki, kata mama.
Jelas mama lagi kepadaku, dia paling tidak suka dengan sikap dan pendapat papa tentang kedudukan wanita secara am. Papa pernah menegaskan semasa di dalam ucapannya di dalam Perhimpunan UMNO pada awal tahun ini bahawa:
1. Wanita itu lemah (jadi nasib kaum wanita perlu dibela). 2. Jumlah pelajar wanita yang terlalu ramai di universiti tempatan perlu di hadkan dengan menggunakan sistem kuota dan syarat-syarat kemasukan pelajar lelaki juga harus direndahkan agar lebih ramai pelajar lelaki dapat belajar di universiti. 3. Papa juga mempertahankan hak lelaki hidup berpoligami sambil menyebut ia adalah sunnah nabi...
Mama adalah seorang wanita. Mama bukan seorang manusia yang lemah. Maka, wanita bukanlah kaum yang lemah seperti yang didakwa papa selama ini!
Kahar dan Kavita bersungguh-sungguh membasuh sangkar si Hitam. Si Hitam dimasukkan ke dalam sangkar yang lebih kecil. Dia nampak tak puas hati. Dia asyik memandang ke arah Kavita dengan pandangan yang tajam. Kavita membalas dengan mengejeknya.
+ Cantik kau, nyah! Arkkk! - Really? + Takdemaknanya! - Enough you silly little animal! + Assalamualaikum - Waalaikumsalam
Kavita menjawab salam dengan perlahan. Dia memandang ke arah Kahar. Dilihatnya Kahar tersenyum.
"I think I should learn to say it properly..."
"Cara awak jawab salam tadi dah betul."
Kahar memasukkan tahi si Hitam yang telah lama terkumpul ke dalam beg sampah yang berwarna hitam. Kavita pula memastikan sangkar si hitam tidak berabuk dengan mengelapnya dengan berhati-hati.
"Oh... Tadi I tak sambung cerita I. You keep on interrupting me to talk about your writing!" keluh Kavita.
"Okay... Ceritakan lah." Seru Kahar ketika sedang duduk bercangkung di dalam tandas untuk memberus bahagian bawah sangkar si Hitam.
"Pagi tadi I pergi jumpa Elina kat Central Market. She was with her sweetheart, Nurul Ain." Kavita mencium tangannya, kemudian dia mencapai sebiji sabun untuk membasuh tangannya yang berbau itu.
"Nurul Ain budak perempuan yang pakai tudung serba hitam tu ke? Yang datang temankan Elina ke audition tempohari?"
"Yeah... That cute looking tudung clad gothic chick!" Kavita memperjelaskan lagi. Dia memberanikan dirinya untuk meletakkan jarinya ke dalam sangkar sementara si Hitam. "You know what, I just got to know that she's in UIA buat matrikulasi sains di sana. She was Elina's senior kat Assunta... That's how they met each other."
"Jadi kenapa korang semua bertemu di CM?"
"We were on our way to the British Council. But first, we've decided to meet at CM for breakfast."
"Buat apa ke British Council?"
"Dia nak buat rujukan di sana. You know lah, the public libraries here are hopeless. Yang boleh harapkan British Council tu jer lah."
"Apa kata you ajar budak-budak tu tuisyen." Kahar membuat saranan ini secara tiba-tiba.
"Budak-budak mana ni?"
"Band member kita lah."
"Oh... Diorang semua ambik SPM tahun ini, kan?"
"Ya... Kalau awak ajar diorang tuisyen. Awak tak payah kerja Burger King lagi. Kerja tu memenatkan. Kalau tuisyen... seminggu paling banyak pun, 6 atau 8 jam."
"Good idea!" Kavita nampak teruja. "Well... I'll have ask them about it. I want to see if they actually want me as their tuition teacher in the first place."
"Diorang mesti setuju!" kata Kahar beriaya-ia.
"I memang suka ajar tuisyen. Tadi masa I ajar Nurul Ain buat esei dia pun, I rasa seronok."
"Lama you lepak dengan diorang tadi?"
"Sampai pukul 2 petang. And then I terus ke sini."
"Apa yang korang bertiga bualkan lagi?"
"Tak ada apa-apalah... Just girly talk." Kavita mengesat peluhnya sambil menjeling. Kini dia dapat melihat Kahar baru sahaja selesai membersihkan sangkar si Hitam. Dia hanya menunggu masa untuk Kahar memindahkan si Hitam kembali ke sangkarnya yang kini bersih.
Setelah si Hitam berjaya di pindahkan, Kahar dan Kavita duduk di ruang tamu Sarimah untuk berehat. Kavita tersenyum melihat Sarimah yang kelihatan asyik menonton sebuah filem Hindi yang sedang ditayangkan pada petang Sabtu itu.
"Mak Mah dengar kau ada kugiran sendiri, Kavita." Ujar Sarimah sambil menghisap rokok tidak putus-putus.
"Ya, Mak Mah."
"Apa nama kugiran kau?"
"Tak ada namanya lagi..."
"Apa kata Mak Mah berikan nama kepada band kami tu?" sampuk Kahar. Dia mengeluarkan beberapa keping keropok yang telah disimpan Sarimah dalam sebuah balang kaca yang besar.
"Hmmm..." Kahar termenung sebentar untuk berfikir.
"Kenapa limau nipis?" tanya Kavita kepada Mak Mah.
"Limau nipis ni... Panggilan lama untuk orang-orang seperti Zek dan Fendi tu."
"Di luar keras, tetapi di dalamnya lembut..." Kahar meluahkan kata-katanya dengan perlahan hampir berbisik kepada Kavita.
"Well, limau nipis sounds good to me." Kavita merapatkan kedua-dua belah tangannya.
Kahar mendekatkan dirinya kepada Kavita sambil berkata:
"Bila band kita dah terkenal nanti... Lepas tu, bila orang tanya kenapa kita gunakan nama limau nipis, kita jawab-"
"Walaupun kami nampak brutal... Kami mempunyai hati yang lembut!" sambut Kavita dengan suara yang kuat diikuti dengan ketawa terbahak-bahak. Kahar dan Sarimah ketawa sama...
Seri: Hadiah dari Elina
Pada hari itu buat pertama kalinya anggota band kami berlatih sebagai sebuah kumpulan. Memang pada mulanya, kami merasa kekok bermain bersama. Kami terpaksa mengambil masa yang agak lama sebelum kami dapat mengenali rentak kami bermain. Aku sendiri susah untuk menyanyi, memandangkan aku masih tidak biasa menyanyi diiringi muzik yang dibawa oleh band kami ini.
Ketika kami sedang berehat, Elina mencapai begnya. Dia mengeluarkan hadiah untuk diberikan kepada kami. Katanya, sebagai tanda terima kasihnya kerana telah menerimanya sebagai anggota baru band kami.
Mr. K dihadiahkan beberapa batang pen (Mr. K selalu kehilangan pen - yang katanya telah diambil oleh pelancong dari masa akan datang yang ingin mencuri pennya sebagai cenderamata dari seorang penulis yang bakal terkenal satu hari nanti), dan sebuah buku nota yang baru - yang diharapkan akan digunakannya untuk menulis drama teaternya.
Kavita dihadiahkan buku "Mari Bersembahyang" untuk lelaki dan perempuan. Dengar cerita, Kavita mahu belajar cara-cara bersembahyang. Dia telah meluahkan kemahuannya ini kepada Elina dan Nurul Ain semalam.
Eling dihadiahkan dengan sehelai kain ela agar dia dapat mencipta rekaan tudung yang terbaru untuk Nurul Ain.
Rosli dihadiahkan dengan tiga pasang stoking putih, kerana kata Elina, Rosli memerlukannya.
Aku dihadiahkan dengan sebuah buku nota bersaiz kecil Hello Kitty, yang boleh aku gunakan bila aku mahu menemu ramah mereka yang mahu aku tampilkan di dalam blog aku nanti.
"Terima kasih, Elina." Ucapku perlahan. Elina tersenyum sambil memakan sandwichnya. Dia memberikan aku sekeping sandwich telur yang telah disediakan oleh ibunya itu kepadanya.
"Sama-sama."
"Macam mana awak tahu saya suka dengan Hello Kitty?" tanyaku sambil mengunyah sandwich pemberiannya.
"Kita kan sekelas..." Kata Elina seolah terkejut aku bertanyakannya soalan ini.
"Oh..."
"Cuma awak jer yang tak mahu tahu tentang saya..."
"Tu lah..." Kataku serba salah.
"Awak dan Eling popular kat sekolah... Kekadang tu saya nak jugak join group awak, tapi seganlah."
Popular? Aku tidak pernah perasan tentang hal ini!
"Ermm... Sorry lah kalau saya nampak sombong sebelum ini."
"Tak apa... Yang penting sekarang kita berkawan!" Elina senyum kepadaku. Aku memandang kepada matanya yang bercelak gelap itu. Dia nampak ikhlas mahu berkawan denganku. Mungkin betul katanya. Mungkin selama ini aku memang sombong kerana aku tidak pernah mahu mengambil tahu tentang dirinya...
Aku mengambil gitar bassnya. Aku sempat memujinya bahawa aku kagum dengan kebolehannya membawakan irama-irama yang sukar dan yang memerlukan ketelitian teknikal yang tinggi. Dia membalas dengan mengatakan bahawa dia suka mendengar suaraku.
Aku kemudian meminta Elina menunjukkan kepadaku cara untuk bermain gitar bass. Elina tersenyum lalu terus dia menunjukkan cara-cara asas untuk bermain gitar bass kepadaku.
Aku lihat Rosli bermain-main dengan gitarnya sambil mencuri pandang ke arahku. Rimas aku dibuatnya.
"Pengumuman!" Mr. K tiba-tiba berdiri di hadapan kami. Dia memandang ke arah Kavita sebelum menambah lagi. "Saya dah dapatkan nama baru untuk band ini. Mulai hari ini, band ini akan dikenali sebagai Limau Nipis!"
Kami semua terdiam. Ye lah, macam tak ada nama lain yang lebih glamor. Eling termenung. Aku pasti dia sedang memikirkan konsep warna hijau untuk rekaan pakaian terbarunya nanti...
*
Aku: Mama... Seri tak faham dengan perangai lelaki. Kenapa ada lelaki yang kita suka, tetapi dia pula suka dengan orang lain. Dan kenapa pula ada lelaki yang kita tak minat, tapi dia pula suka bagai nak rak dengan kita...
Mama: Seri... Ada budak lelaki yang minat kat Seri ke?
Aku: Takde lah mama... Seri tanya jer.
Mama: ...
Aku: Kenapa mama kahwin dengan papa?
Mama: Kerana dia suka dengan mama...
Aku: Mama sayang dengan papa?
Mama: Ya... Jika tidak. Tak adalah abang Darwis dan Seri dalam dunia ni.
Aku: Tapi mama... Adakah suami Puan Rahimah menyayanginya?
Mama: Mungkin rasa sayangnya dah hilang... Seorang suami yang menyayangi isterinya tidak mungkin akan memukulnya.
Aku: Cinta dan sayang itu sama, kan ma?
Mama: Seri, cinta dan sayang itu hanya perkataan semata-mata. Yang penting adalah perasaan yang ada di dalam diri kita.
Aku: Kalau perasaan cinta itu wujud di dalam diri kita... Adakah ia akan wujud untuk selama-lamanya?
Mama: Ya.
Aku: Mama sayangkan papa?
Mama: ...
Aku: Kalau papa sayangkan mama... Kenapa dia kahwin lain?
Mama: Kerana dia boleh berkahwin lain.
Aku: Dia berkahwin lagi kerana dia cintakan orang lain?
Mama: Ya...
Aku: Ma... Jadi ini bermakna lelaki mampu mencintai dua atau tiga perempuan dalam masa yang sama?
Mama: Mama bukan lelaki, jadi mama tak tahu jawapannya. Soalan seperti ini perlu Seri tanyakan sendiri kepada papa...
Aku: Ma... Bukankah papa curang kepada mama bila dia mula-mula mahu berkenalan dengan Makcik Ramlah dahulu?
Mama: Ya.
Seri: Jadi betullah papa curang kepada mama?
Mama: ...dan kemudian, dia curang pula dengan Makcik Ramlah dengan berkahwin dengan Makcik Junaidah. Baguslah tu.
Aku: Makcik Ramlah benci kepada Makcik Junaidah-
Mama: Mama tahu... Kerana usia Makcik Junaidah yang muda...
Seri: Makcik Junaidah cuma sepuluh tahun lebih tua dari Seri... Seri sepatutnya memanggilnya 'kakak', bukan 'makcik'!
Mama: ...
Seri: Mama tidak marah kepada papa apabila dia curang kepada mama dahulu?
Mama: Mama perempuan, Seri... Perempuan mana yang mahu dirinya dimadu?
Seri: Kenapa lelaki macam ni, ma?
Mama: Bukan semua lelaki seperti papa kamu, Seri...
Seri: Mama masih sayangkan papa?
Mama: ...
Seri: Papa masih sayangkan mama?
Mama: Entahlah Seri.
Seri: Dia selalu habiskan masanya di rumah Makcik Junaidah...
Mama: Mama tahu, Seri...
Seri: Mama tak cemburu?
Mama: Tidak, Seri... Mama tidak cemburu lagi.
Seri: Cemburu tandanya cinta, mama...
Mama: Kalau begitulah adanya... Mungkin rasa cinta mama dah tak ada lagi kepada papa.
Kahar menoleh ke arah pintu kedai buku Silverfish. Dia mendapati Rosli sedang berdiri di muka pintu yang bercermin itu sambil memandang ke dalam. Sebaik sahaja Rosli dapat melihat kelibatnya, Rosli mengangkat tangannya. Kahar menyuruh dia masuk.
"Assalamualaikum, bang." Rosli menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Kahar. Kahar menyapu tangannya ke bajunya sebelum dia menghulurkan tangannya kepada Rosli lalu menjawab salamnya. Kahar memandang ke arah Irman. Dia lihat Irman tersenyum-senyum memerhatikannya.
"Kau datang sini nak cari buku ke?" tanya Kahar ingin tahu.
"Saya nak jumpa abang."
"Buat apa? Tak boleh tunggu sampai hujung minggu ni kat studio?"
"Tak boleh lah bang..." Rosli memeluk topi keledarnya.
Kahar menjemput Rosli duduk di tempat membaca di bahagian hadapan kedai buku Silverfish.
"Kenapa ni? Kau tak boleh commit dengan band kitaorang ke? Kau nak back out?"
"Eh, takdelah bang!" Rosli menggeleng cepat.
"Dah tu, kenapa?"
"Fasal Seri..."
"Kenapa dengan Seri?"
"Saya cuba SMS dia... Sepuluh kali agaknya saya SMS. Tapi dia tak pernah layan."
"Kau SMS apa kat dia?"
"Saya kata saya nak ajak dia study sama... Kami ambil SPM tahun ni."
"Korang semua ambil SPM tahun ni, kan?"
"Ya, bang..."
"Kau nak tuisyen tak?"
"Boleh gak..."
"Kalau boleh... Aku nak Kavita ajar tuisyen. Tak payah dia kerja kat Burger King lagi."
"Baguslah kalau macam tu. Boleh kami ulang kaji pelajaran sama-sama." Mata Rosli bersinar-sinar.
"Kau suka dengan Seri, ke?" Kahar tiba-tiba bertanya.
Rosli tidak menjawab. Dia tersengih-sengih.
"Kenapa kau suka dengan dia?"
"Dia cool, lah bang." Jawab Rosli malu-malu. "Lagipun dah lama saya kenal dia dari jauh. Saya pernah nampak dia interview budak-budak kumpulan underground Nomad untuk blog dia. Saya memang respek tulisan dia tu."
"Jadi kenapa kau nak jumpa aku ni?"
"Nak tanya kat abang ler... Dia dah ada boyfriend ke?"
"Kau ni nak main band ke nak bercinta?"
"Takdelah bang... saya nak tanya jer."
"Tak ada..."
Wajah Rosli nampak puas dengan jawapan yang diberikan Kahar.
"Tapi saya rasa dia sombong, lah bang."
"Dia tak sombong... Dia biasa jer."
Kahar menerima mesej SMS. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam kocek seluarnya.
sender: Seri +6012651XXXX message: Saya sedih... Saya baru kena lempang. Sent: 29-May-2003 7.57pm
Kahar terkejut menerima SMS ini dari Seri. Dia cepat-cepat menelefon Seri. Apabila Seri menjawab telefon, di dapatinya Seri menangis teresak-esak memberitahunya tentang apa yang berlaku kepadanya.
Kahar hanya mampu memintanya bersabar...
Seri: Ditempeleng sehingga lebam
Pada petang itu mama telah memintaku untuk menjaga anak-anak Puan Rahimah yang sedang menumpang di rumah Ustazah Rohani. Kata mama, aku hanya perlu menjaga Daniel dan Zainah selama beberapa jam sahaja. Selain dari menjaga mereka, aku juga harus menjadi guru tuisyen kepada kedua-dua anak Puan Rahimah yang masing-masing berada di dalam darjah empat dan darjah dua. Mama menyuruh aku lakukan ini semua kerana katanya, Puan Rahimah perlu dibantu olah kami sejauh mana yang kami boleh bantu...
Mama memberitahuku, dia akan mengambilku pulang dari rumah Ustazah Rohani pada pukul 7.45 malam.
Aku telah ke rumah Ustazah Rohani pada pukul 4.30 petang. Mama telah menghantarku, ke sana, lalu berbual sebentar dengan Puan Rahimah dan Ustazah Rohani sebelum dia pergi membeli barang-barang makanan dan menempah baju kurungnya yang terbaru di Jaya Supermarket yang terletak di Seksyen 14 - di mana lokasinya tidak jauh dari rumah Ustazah Rohani.
Sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah Ustazah Rohani, Daniel dan Zainah terus berlari ke arahku dan mencium tanganku.
"Ni lah cikgu tuisyen baru kita." Beritahu Daniel kepada adiknya. Tiba-tiba sahaja aku terasa usiaku ditambah sepuluh tahun. Kalau mereka panggil aku 'aunty', aku mahu terus pulang!
Zainah tersenyum lebar. Dia menunjukkan kepadaku patung Barbienya. Aku kemudian memberitahunya aku mempunyai banyak patung Barbie yang masih lagi aku simpan. Aku berjanji kepadanya aku akan memberikannya koleksi baju-baju Barbie yang aku ada. Zainah bertepuk tangan kesukaan.
Aku meneliti hiasa rumah Ustazah Rohani. Dia tinggal dalam sebuah rumah teres yang telah dibina pada awal 70-an dengan lamannya yang agak luas yang telah digunakannya untuk bercucuk tanam. Bahagian dalam rumahnya itu telah dihias cantik, walaupun aku rasa terdapat terlalu banyak hiasan bunga plastik dari yang diperlukannya.
Daniel dan Zainah disuruh menutup VCD filem Monsters Inc. Yang telah mereka tonton buat kali keseribu. Ibunya menyuruh mereka duduk dan belajar. Mereka menurut sahaja, mungkin kerana terlalu gembira aku berada di sana dan menemani mereka membuat kerja sekolah mereka.
Pada petang itu, Daniel dan Zainah nampaknya begitu beria-ia mahu aku membaca buku cerita hasil tulisan Roald Dahl yang bertajuk Charlie and the Chocolate Factory kepada mereka. Aku tidak mempunyai pilihan yang lain kecuali memenuhi kemahuan mereka. Selepas membaca buku cerita selama 30 minit, barulah aku mula mengajar mereka mata pelajaran Bahasa Inggeris diikuti dengan matematik.
Pada pukul 6.50 petang, aku duduk di ruang tamu untuk menghabiskan kerja rumahku. Ustazah Rohani pula di dapur. Memasak. Puan Rahimah menghabiskan masanya di luar rumah untuk menyiram pokok bunga kepunyaan Ustazah Rohani. Daniel dan Zainah pula bermain sembunyi-sembunyi di dalam rumah.
Tiba-tiba, Puan Rahimah masuk ke dalam rumah. Wajahnya pucat. Cepat-cepat dia menutup pintu. Seorang lelaki telah masuk ke kawasan rumah lalu mengetuk pintu rumah dengan kuat. Berkali-kali dia menyalahkan dirinya kerana tidak mengunci pintu pagar...
"Kenapa bising-bising ni?" tanya Ustazah Rohani. Dia bergerak laju ke ruang tamu dari dapur.
"Suami saya kak... Dia datang nak buat kacau." Ujar Puan Rahimah. Suaminya mengetuk pintu dengan kuat. Dia menjerit-jerit di luar. Daniel dan Zainah memelukku dari belakang.
Aku berdiri ketakutan di ruang tamu. Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan.
"Bukak, aku kata bukak!" Jerit suami Puan Rahimah sambil menendang pintu dengan kuat. Daniel dan Zainah aku peluk dengan erat.
Ustazah Rohani mengambil keputusan untuk membuka pintunya walaupun ditegah oleh Puan Rahimah. Ustazah Rohani mahu menenteramkan keadaan.
"Bila lagi kau nak balik? Bini jenis apa kau ni?" Sergah lelaki berwajah bengis yang masuk ke dalam rumah tanpa di undang.
Puan Rahimah berdiri di sebelah Ustazah Rohani. Dia tidak berani memandang ke wajah suaminya itu.
"Sudahlah tu bang..." Puan Rahimah mahu menangis. "Saya tak mahu pulang lagi... Dah tak ada apa lagi sebab mengapa saya harus pulang kepada abang!"
Wajah suami Puan Rahimah menjadi semakin bengis. Dia menarik rambut Puan Rahimah untuk mengheretnya keluar. Entah mengapa, tiba-tiba perasaanku menjadi marah. Aku menendang tubuh suami Puan Rahimah dengan sekuat hati.
Tendanganku tidak meninggalkan apa-apa kesan. Malah, suami Puan Rahimah terus bergerak ke arahku dengan langkah yang angkuh.
"Perempuan haram jadah!" dia menengking sambil menempeleng mukaku dengan sekuat hatinya.
Keadaan berlaku terlalu cepat. Pipiku terasa sebal. Buat beberapa ketika telingaku pekak sebelum diikuti dengan rasa perit yang amat sangat. Aku menangis. Papa dan mama selama ini tidak pernah memukulku, inikan pula menempelengku. Hari ini, aku ditempeleng dan dimaki seranah seperti seorang perempuan murahan.
Ustazah Rohani masuk ke dalam dapur. Dia mengambil senduk besinya lalu memukul kepala suami Puan Rahimah dengan kuat. Dia memukulnya tanpa henti sehingga suami Puan Rahimah keluar dari rumah dengan memberi amaran bahawa dia akan datang lagi malam ini. Dia menggosok-gosok kepalanya yang benjol dipukul Ustazah Rohani.
Daniel dan Zaidah menangis. Mereka memeluk ibu mereka yang sedang menangis di atas kerusi sofa. Ustazah Rohani beristighfar berkali-kali. Dia memandang ke ke wajahku. Dia kata pipiku merah lebam.
Aku mengesat air mataku. Aku mengambil telefon bimbitku lalu menelefon mama. Mama terus bergegas ke rumah Ustazah Rohani dari butik tempat dia mahu menempah koleksi baju kurung terbarunya.
Mama tiba di rumah Ustazah Rohani 15 minit kemudian. Puan Rahimah meminta maaf kepada mama ke atas apa yang telah dilakukan oleh suaminya kepadaku. Mama mendakap tubuhku. Aku sudah berhenti menangis. Mama memerhatikan tanda lebam pada wajahku.
"Ada baiknya kalau cikgu-cikgu tumpang rumah saya malam ini." Kata mama kepada Puan Rahimah dan kepada ustazah Rohani.
Puan Rahimah mengangguk lemah. Kemudian dengan penuh yakin mama memberitahu kepada Ustazah Rohani bahawa suami Puan Rahimah tidak akan datang mengganggu ke rumahnya lagi. Ustazah Rohani yang dalam keadaan tubuhnya tidak henti terketar-ketar sejak tadi hanya mampu mengangguk.
Mama keluar dari rumah sementara menunggu Puan Rahimah dan Ustazah Rohani mengemaskan beg mereka. Mama membuat beberapa panggilan telefon melalui telefon bimbitnya.
Kami tiba di Wangsa Maju pada pukul 8 malam. Aku memberitahu mama bahawa aku akan menumpang tidur di dalam bilik Kak Erni pada malam itu. Mama sekadar mengangguk.
Pada pukul 10.00 malam, loceng pintu rumah kami berbunyi. Mama memanggil Puan Rahimah keluar bersamanya. Aku dapati terdapat tiga orang lelaki di luar rumah. Seorang dari mereka adalah suami Puan Rahimah.
Aku memegang tangan mama dengan erat ketika aku menemani mama ke luar rumah. Aku tidak tahu mengapa mama mahu berhadapan dengan lelaki ganas yang telah menempelengku tadi dan yang telah menyeksa hidup Puan Rahimah selama ini.
Mama membuka pintu pagar. Dia menyuruh ketiga-tiga lelaki itu masuk ke perkarangan rumah.
Dalam samar-samar cahaya lampu fluorescent yang menerangi kawasan perkarangan rumah, aku dapat melihat keadaan wajah suami Puan Rahimah yang lebam. Bajunya penuh dengan tompok-tompok darah yang turun dari hidungnya. Kedua-dua lelaki bertubuh sasa di belakangnya nampaknya sedang memegang tangannya dengan erat.
Puan Rahimah tidak mampu memandang keadaan suaminya pada ketika itu. Mama kemudian bertanyakan Puan Rahimah agar memberitahu kepada suaminya itu apa yang mahu diluahkan kepadanya dengan jujur. Kata Puan Rahimah dengan perlahan:
"Bang... Biar hubungan kita berakhir di sini sahaja bang. Lepaskan saya pergi..."
Suami Puan Rahimah mengangguk perlahan. Dia tidak berani memandang ke arah mama.
Mama kemudian bergerak menghampirinya. Mama membisikkan sesuatu kepadanya. Dia mengangguk lesu. Mama meminta kedua-dua lelaki itu membawa suami Puan Rahimah keluar dari kawasan perkarangan rumah kami.
Mereka kini masuk ke dalam sebuah jeep hitam.
"Mama tidak akan sekali-kali membenarkan sesiapapun menyentuh anak mama begini, Seri..." ucap mama dengan perlahan kepadaku. Dia memegang pipiku dengan lembut sebelum dia membawa Puan Rahimah yang sedang menangis teresak-esak itu kembali masuk ke dalam rumah.
Aku menarik nafasku dalam-dalam. Aku tidak faham apa yang berlaku pada waktu itu. Aku tidak kenal dengan kedua orang lelaki yang telah membawa kembali suami Puan Rahimah ke rumah dan aku tidak faham mengapa dia begitu takut kepada mama...
Kemudian, aku dapat melihat Kelisa kuning kepunyaan Mr. K berhenti di hadapan pintu pagar. Aku bergegas ke pintu pagar. Aku dapati Mr. K, Kavita dan Rosli keluar dari perut kereta.
"What happened to you, Seri?" tanya Kavita dengan lembut. Dia memandang ke arah pipiku yang masih merah. Aku dapati dia masih lagi memakai uniform Burger Kingnya.
"Kena tempeleng..." Jawabku bersahaja. Aku tidak sedih lagi. Aku membuka pintu pagar lalu menceritakan apa yang telah berlaku. Aku lihat, Rosli langsung tidak mengerlip mata ketika memandangku.
"Okaylah... Saya nak masuk dalam. I'll see you all on Sunday, okay!" kataku dengan nada ceria. Mereka saling berpandangan, mungkin tidak faham mengapa aku ceria begitu.
Aku rasa gembira kerana Mr. K telah datang melawatku pada malam itu. Tak kisahlah kalau dia bawa Kavita dan Rosli sekali. Sekurang-kurangnya dia datang...
Mr. K mengucapkan selamat tinggal. Kavita pula memberitahuku aku boleh menelefonnya bila-bila masa jika aku mahu berbual dengannya. Dia mendakap tubuhku erat-erat sebelum dia melambaikan tangannya kepadaku.
Rosli diam memanjang.
Mereka bertiga masuk ke dalam rumah. Aku tiba-tiba terfikir tentang papa. Aku lupa memberitahu kepadanya tentang apa yang berlaku kepadaku. Aku tidak pasti dia akan datang menjenguk walaupun aku memberitahunya nanti...