Satu fenomena yang sangat berbeza antara gelagat peminat filem Indonesia dan filem Malaysia ialah kepercayaan dan penerimaan kedua dua kelompok ini terhadap album soundtrack yang dipasarkan seiring dengan penghasilan sesuatu filem. Di Malaysia, rata rata lagu tema sesuatu filem akan terus diadaptasikan di dalam album artis yang diberi mandat untuk menyanyikan lagu tersebut. Jikalau adapun album soundtrack yang dihasilkan, ia tidak mendapat perhatian umum sebagaimana populariti filem tersebut. Di Indonesia pula, album kompilasi - yang terhasil daripada pemilihan pelbagai genre dan variasi lagu - yang dimuatkan di dalam album soundtrack cukup mendapat sambutan. Buktinya, soundtrack filem Apa Ada Dengan Cinta merupakan antara album terlaris tahunan pada tahun 2003. Terbaru, soundtrack filem Eiffel I'm In Love juga mendapat sambutan hangat di Malaysia biarpun filem itu belum sempat menemui pawagam di sini. Saya tidak menonton filem 30 Hari Mencari Cinta, tetapi naluri saya berkata soundtrack ini ada daya tarikan yang tersendiri. Inilah kepercayaan saya terhadap mutu dan kualiti filem dan muzik Indonesia atau lebih jujur, saya memang peminat Sheila On 7. Selepas mengamati keseluruhan album ini, nyata ia berbaloi dengan ringgit Malaysia yang dilaburkan dan hasilnya tidak menghampakan biarpun tidaklah terlalu baik.
Intro
Album ini merupakan kompilasi lagu lagu baru dan lama Sheila On 7 yang diadaptasikan di dalam filem 30 Hari Mencari Cinta. Saya pasti ramai peminat seni hiburan tanah air yang mengenali nama besar Sheila On 7. SO7 merupakan band dari sebarang yang berjaya meraih populariti yang begitu menakjubkan bukan sahaja di Malaysia, malah di Singapura dan Brunei; apatah lagi di Indonesia, negara asal mereka sendiri. Mereka mula dikenali di Malaysia dengan lagu Dan dari album yang pertama. Kemudian lagu Sephia dan Sahabat Sejati dari album kedua mereka berjaya menjulang nama SO7 ke tahap yang lebih tinggi. AIM - Grammy Awards ala Malaysia sendiri pernah mengiktiraf kredibiliti dan bakat band yang agak berpengaruh di rantau ini.
Kritikan dan komentar
Saya tidak pasti sama ada filem 30 Hari Mencari Cinta itu memang menggunakan khidmat lagu dan core music SO7 sepenuhnya atau tidak tetapi album soundtrack ini memang diterajui oleh lagu lagu SO7 sahaja. Dominasi sebegini jarang berlaku di dalam mana-mana filem yang pernah saya tonton sehingga kini. Ia memuatkan 10 buah lagu baru dan lama SO7 dan 6 daripadanya merupakan lagu lama yang diremix semula. Melainkan lagu J.A.P, lagu lama yang diremix semula - Kita, Berai, Mari Bercinta, Tunjuk Satu Bintang, dan Kisah Klasik nyata memberikan feel yang berlainan dari segi susunan music dan gubahan melodinya. Kali ini SO7 mengambil inisiatif untuk 'meringankan' lagu-lagu ini dengan memberi sentuhan akustik yang tidak kurang hebatnya. Manakala lagu-lagu baru Melompat lebih tinggi, Untuk Perempuan, Berhenti Mengharap dan menyelamatkannya pula masih mengekalkan identiti SO7 sebagai sebuah band ska, funk dan pop rock yang saya kira trademark yang stereotype tetapi tidak menjemukan.
Saya memberikan 4 bintang kepada Eross kerana bakat beliau nyata setanding dengan pemuzik punk rock barat yang ada seperti Jimmy Eat World dan 3 Doors Down yang mempunyai pengaruh tersendiri. Beliau berjaya meletakkan SO7 sebagai sebuah band yang punyai identiti yang unggul dan disenangi ramai hasil penerbitannya yang cukup cemerlang. Lagu-lagu ciptaan beliau adalah lambang kualiti SO7. Biarpun tidak menampilkan perubahan yang drastik namun kelainannya masih ada. Sekalipun hanya 40 peratus sahaja lagu di dalam album ini merupakan lagu baru, namun 9 daripada 10 lagu yang diselitkan merupakan karya Eross. 1 lagi lagu lama 'Mari Bercinta' pula dihasilkan oleh drummer Anton. Dan menurut salah satu sumber yang saya baca, Eross juga berlakon dalam movie ini. Cuma saya rasa Eross perlu lebih inovatif untuk mempelbagaikan rentak dan melodi muziknya. Beliau sudah cukup kreatif. Tetapi dengan mempertaruhkan kualiti lagu yang sama samata mata tidak memadai untuk mengekalkan populariti mereka. Eross perlu mengadaptasikan lebih banyak elemen baru dalam karya beliau khususnya dalam susunan muzik supaya memberi nafas baru terhadap imej SO7 secara keseluruhan, Dalam senario band Indonesia yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, pembaharuan adalah kaedah survival yang mutlak. Saya percaya band yang tidak berganjak seiring dengan kemajuan teknologi dan ideologi akan cepat luput ditelan arus peralihan dan perubahan citarasa pendengar. Setakat ini saya melihat SO7 dari album pertama sehingga album terbaru ini memang ada peningkatan kualiti tetapi tiada perubahan produktiviti. Mereka harus mengimbangi faktor kreatif dan inovatif.
Mendengar lagu lama SO7 dalam versi akustik mengingatkan saya kepada Ada Band dari Indonesia dan Flop Poppy dari Malaysia. Iramanya lebih flat dan cenderung ke arah muzik unplug kerana unsur-unsur bingit khususnya drum dan gitar elektrik tidak dieksploitasi sepenuhnya, sekadar melancarkan tempo. Bagi saya yang sudah sebati dengan jenis muzik yang kompleks dan "complicated", penghayatan saya kurang fokus apabila dihidangkan dengan muzik rock yang tenteram. Lebih-lebih lagi versi asalnya memang sudah serasi dengan penerimaan saya. Perubahan konsep ini menjadikan emosi saya tenggelam timbul - seperti ada sesuatu yang dipenjarakan di dada, minta dibebaskan tetapi tersekat di anak tekak. Hendak muntah tak keluar hendak telan tak masuk. Mungkin kalau saya bukan peminat SO7 yang cukup setia, saya akan merasa bosan. Irama yang bersifat akustik kadang-kadang tidak dapat memberikan kepuasan dan rangsangan rock yang maksimum - seperti makan tidak kenyang, minum masih haus. Mujurlah vokal Duta yang magnetik itu menyelamatkan pergolakan ini. Duta berjaya bermain dengan vokalnya dengan berkesan untuk memberikan impak apresiasi yang lebih cantik dan seimbang. Seorang teman saya berkata teknik lontaran vokalnya sudah tidak seremaja dulu, perubahannya agak tampak dari segi teknikal terutamanya bagaimana Duta membunga - bungakan bunyi hujung lontaran vokalnya. Dia lebih dewasa, dan hilang kenakalannya.
Tetapi saya dapat rasakan suara duta masih ada chemistry (saya tidak pasti dari mana diksi ini mula diguna pakai tetapi rata-rata semua orang menggunakan perkataan ini untuk konteks yang sama) untuk menarik minat pendengar biarpun kali ini beliau berhadapan dengan varian melodi yang ala ala cintan-cintun. Beliau lebih bijak dan arif dalam usaha menghayati lagu dan seni persembahan vokal di studio. Berbanding dengan album Kisah Klasik Untuk Masa Depan, beliau yang sudah bergelar suami kini mempamerkan mutu nyanyian yang lebih matang dan stabil. Ini jelas terbukti dalam lagu hit 'Melompat Lebih Tinggi.' Dan menyelamatkannya. Ekspresi moodnya lebih tepat dan tidak terburu buru - ada prolog, kontroversi, klimaks dan epilog menjadikan keseluruhan lagu lebih funky, seronok dan lancar. Beliau mempamerkan persembahan vokal yang persis, ideal dan bertenaga dalam 4 buah lagu baru ini dan ia juga menjadi bukti bahawa seni persembahannya nyata sudah maju setapak ke hadapan. Saya gembira melihat perubahan ini, paling tidak beliau mula menghargai muzik sebagai seni dan hiburan, bukannya hiburan semata mata.
Epilog
Antara pro dan kontra, suka atau tidak suka, saya meletakkan pilihan dan keputusan saya di tengah-tengah. Album ini cemerlang dari segi pembikinannya cuma ia bukan genre muzik pilihan saya. Saya lebih suka SO7 yang lebih kompleks. Lagu-lagu dalam album ini bagus cuma sedikit simple berbanding SO7 yang lepas-lepas dan saya tidak menerima kaedah remix sebagai perubahan yang total. Secara peribadi saya menjangkakan ramai peminat remaja khususnya perempuan akan menyukai album ini - di mana mereka mungkin cenderung mengiktiraf Avril Lavigne, Michelle Branch atau t.A.t.U sebagai bintang 'rock' wanita yang berkaliber sedangkan saya hanya mengiktiraf Alanis Morisette, Bjork dan Amy Lee dari Evanscence. Itu soal citarasa semata mata, bukan standard. Jelasnya, jika anda pernah menjadi sebahagian yang mengkritik 'ada lagu SO7 yang terlalu bising dan entah apa-apa macam American Hi-Fi', maka anda akan suka album ini.
Kredit
Satu tragedi hitam semasa berlangsungnya konsert mereka di Banjar Masin, Indonesia telah mendesak mereka mengambil keputusan untuk berkabung selama 6 bulan. 4 orang peminat mereka dilaporkan meninggal dunia akibat dihempap dan dipijak oleh beribu - ribu peminat yang hadir menyaksikan konsert mereka. SO7 akan membatalkan semua konsert, tour dan promosi album mereka buat sementara waktu untuk meredakan kecaman dan kritikan hebat pihak media di Indonesia. Ini sudah pasti memberikan laluan kepada Ada Band, Gigi, Padi, Dewa, Cokelat dan Warna untuk melebarkan sayap dan mengembangkan karier mereka.
Populariti Eross dilaporkan meningkat secara mendadak hasil lakonan beliau yang sempoi dan selamba dalam filem 30 hari mencari cinta. Eross mula menjadi pujaan ramai peminat wanita di Indonesia selepas Duta kerana bakat dan perwatakan beliau yang sangat soft-life dan catchy. Filem ini merupakan filem komedi cinta yang diura-ura bakal menandingi Apa Ada Dengan Cinta dan Eiffel I'm In Love. Seperti kedua dua filem tersebut, ia membarisi beberapa orang pelakon wanita popular yang berbakat besar dan semestinya cantik seperti Dinna Olivia (Keke), Maria Agnes (Olien) - seorang model popular yang pernah membintangi filem horror Tusuk Jelankung dan Nirina (Gwen) yang merupakan seorang VJ lincah untuk MTV Indonesia. Penerbit filem Dimas Djadinigrat dan Erwin Arnada yakin filem ini bakal menaikkan bintang baru yang mereka ketengahkan untuk filem ini iaitu Revaldo (Bono) yang memegang peranan watak utama. Berbekalkan wajah yang tampan, ceria dan segar. Kini nama Revaldo sudah sebaris dengan populariti Nicholas Saputra, hero filem AADC. Secara ringkas, filem ini mengisahkan 3 sahabat baik iaitu Keke, Olien dan Gwen mempunyai misi untuk mencari cinta dalam masa 30 hari. Sepanjang pencarian mereka, pelbagai liku dan adegan lucu menghiasi pengalaman mereka. Apakah masing-masing berjaya menjumpai cowok pilihan mereka? Saksikan sahaja filem ini.
The Passion Of The Christ: Antara antropomorfisme dan komersialisasi budaya kristian oleh Taufiq ar-Rasyidin
Prolog Saya mengakui fikiran saya terjerumus bersama penghayatan watak Jesus Christ yang dimainkan oleh James Caviezel sejurus habis menonton filem ini.
Biarpun menonton filem The Passion Of The Christ ini tidaklah memerlukan imaginasi latar dan kefahaman fakta yang rumit seperti membaca novel novel Dostoevsky atau Henry Miller tetapi fikiran saya sangat ligat berputar - menjadikan filem ini semakin menarik pada pandangan saya. Sayangnya polisi di Malaysia tidak mengizinkan filem yang menyentuh isu sensitif seumpama ini ditayangkan. Jika tidak pasti anda akan bersetuju dengan saya. It was great! Saya anggap pembaca faham garis panduan yang diberi oleh Finas tetapi saluran lain masih ada - atas ikhtiar dan usaha anda sendiri.
Publisiti dan populariti Memberi nilai budaya kepada sesuatu karya komersial itu lazim, dan jarang menimbulkan agenda yang membingitkan. Tetapi mengkomersialkan konvensi budaya itu memang meraih kontroversi. Lebih-lebih lagi konvensi yang berunsurkan tema keagamaan. Implikasinya jelas berdasarkan pengalaman dari rentetan sejarah itu sendiri. The Passion of The Christ, sebuah karya ulung Mel Gibson berjaya mendapat publisiti percuma yang tidak diundangkan kerana menjadikan bahan konvensi berunsur agama sebagai tema filem. Sebelum ditayangkan lagi filem ini sudah menjadi perhatian umum dan kenyataan ini bukanlah sesuatu yang terlalu dangkal untuk disangkal. Buktinya, Akademy Awards baru sahaja melabuhkan tirainya hampir genap sebulan yang sudah. Kegemilangan yang digapai oleh LOTR: The return of the king baru sebulan cuma mendapat liputan di dada-dada akhbar, kini hampir kesemua trail blazer dan media di barat sudah mengalihkan fokus mereka kepada Mel Gibson, kerana The Passion Of The Christ.
Tha Passion Of The Christ terhasil dalam kontroversi. Ia bukan sahaja melibatkan perang kertas dan mulut antara golongan sekularis dan gereja tetapi kesannya tampak kepada golongan selain sekularis dan gereja. Ya, golongan Islam, dan penganut agama yang lain. Kontroversi dari sudut yang bagaimana? Secara peribadi, saya menyimpulkan bahawa - kerana konvensi budaya adalah hak mutlak sesuatu komuniti yang mempercayai dan mengamalkan budaya tersebut. Ia mungkin bercanggah dengan budaya dan penerimaan komuniti yang lain. Memfilemkan konvensi budaya dan menayangkannya di serata dunia seakan mempropagandakan hak mutlak komuniti sesuatu ras, agama atau negara untuk tujuan memprotes, bermegah dan kemudiannya menakluk. Lebih lebih lagi wahana yang dipilih ialah layar perak bollywood - kilang filem milik sedunia. Konvensi ini bukannya konvensi yang remeh-temeh, tetapi ia soal dunia dan akhirat. Mempertaruhkan tema keagamaan untuk tujuan komersial nyata meraih tafsiran yang pelbagai kerana masing-masing ingin melihat apakah kesalahan fakta yang boleh mengelirukan dan apakah bentuk protes dan penafian filem tersebut terhadap eksistensinya agama, budaya, kepercayaan dan amalan yang lain.
Apresiasi Ada apa dengan The Passion Of The Christ? Secara tidak langsung, filem ini memperlihatkan bagaimana penganut agama kristian mengapresiasi Tuhan mereka - Jesus Christ dan memindahkan keagungan Tuhan mereka dari sudut hati sehingga ke layar perak. Selama ini dunia barat cenderung melihat Tuhan sebagai satu kewujudan yang abstrak. Sesuatu yang abstrak memerlukan imaginasi untuk mentafsir kebenarannya. Maka ia dikatakan sebagai kepercayaan semata mata. No harm for give it a try. Walaupun dunia barat itu sebenarnya begitu sinonim dengan Kristianisasi tetapi ramai juga para pemikir Eropah pada abad ke 19 yang menghuraikan Tuhan adalah negatif, dikaitkan dengan kuasa gereja; manakala kuasa gereja pula melambangkan tamak dan haloba. Maka lahirlah golongan free thinker yang sangat berpengaruh. Mel Gibson cuba lari daripada tuduhan ini. Apa yang pronya melalui filem ini ialah Jesus sebagai penyelamat, Jesus sebagai bukti keTuhanan. Beliau secara tidak langsung cuba mengajak penontonnya menyelami dasar sejarah agama Kristian dan cuba menyakinkan kenabian Jesus Christ. Berjaya atau tidak usaha Mel Gibson pula memerlukan pengamatan golongan itu sendiri. Secara peribadi, saya katakan sebahagiannya berjaya.
Sebagai umat Islam, bagaimana pula saya menilai filem ini dari sudut spirituil selain teknikal? Ia sebuah filem yang mengembangkan minda fikir. Namun dasar konklusi saya jelas, ia menimbulkan kontradiksi diri terhadap penerimaan agama dan kepercayaan selain Islam secara umum dan Kristian secara khusus. Secara tidak sedar, filem ini menginterpretasikan keagungan Allah dan kebenaran Islam. Penonton harus bijak bermain dengan variasi fakta yang disalurkan.
Kontroversi 16 tahun yang lalu Martin Scorsese melalui The Last Temtation Of Christ pernah melakukan eksperimen yang sama. (Saya pernah berbalah dengan seorang pengulas filem popular mengenai nama Martin Scorsese.) Tahun 1973, Norman Jewison mempertaruhkan Jesus Christ Superstar (Saya pernah dimarah bodoh oleh seorang pensyarah kerana Norman Jewison) ¡V turut mengundang kontroversi yang serupa. Nyata isu Jesus Christ atau nama nama yang sewaktu dengannya terlalu sensitif tetapi sensasi untuk dbahas, paling tidak ¡V pada diri saya sendiri. Disebabkan sensitiviti dan sensasi inilah muncul 2 aliran konsepsi yang umum.
1. Golongan yang inginkan kelainan tema. 2. Golongan yang tidak mahu menerima isu agama sebagai kelainan tema.
Saya golongan yang kedua dengan alasan had dan limit saya ialah Al-Quran, as-Sunnah dan Hadis. Tidak kira yang termaktub secara terang benderang atau memerlukan tafsiran dan fatwa para alim-ulama, yang ditegah saya tidak akan persoal secara lanjut. Undang-undang dunia yang Tuhan garis untuk kita ialah undang-undang tetap - tidak memerlukan tolak ansur atau sebarang bentuk pertikaian yang lain. Atas keyakinan mutlak inilah saya menolak mentah mentah penerimaan golongan yang pertama dengan alasan golongan ini sebenarnya bukan inginkan kelainan tetapi penerimaan mereka saya sifatkan sebagai membuktikan citarasa mereka berseni. Saya tidak tahu bagaimana garis panduan yang diguna pakai oleh penyokong Martin Scorsese dan Norman Jewison untuk menyatakan penerimaan mereka terhadap 2 nama besar ini tetapi saya memilih untuk menyuarakan unsur penolak yang menjadikan saya tidak mengiktiraf mereka. Mereka diagung-agungkan seperti seorang ahli fikir yang hebat dan mewakili status pemikiran yang bercitarasa tinggi. Golongan ini memuja seorang artisan paradoks yang menolak kebenaran tidak tampak kewujudan Tuhan.
Kritik Seorang pengulas filem tersehor - Roger Ebert apabila mengulas Tha Passion Of The Christ menyatakan inilah the passion of Mel Gibson yang sebenarnya. Bagaimana seorang superstar yang jarang melangkah masuk ke dalam gereja untuk aktiviti keagamaan merakamkan penghargaan terhadap Tuhan di dalam filem. Tidak lain dan tidak bukan, beliau berkata Mel Gibson tahu ini boleh mendapat publisiti percuma melalui nama agung Jesus Christ. Kemudian membolot berbillion ringgit atas nama Jesus Christ. Tetapi ironinya Mel Gibson sudah tersenarai sebagai salah seorang pelakon paling kaya di dunia buat masa kini. Tahun 2000 sahaja beliau menerajui watak utama untuk 3 buah filem besar yang mencecah kutipan 1 billion. The Patriot, What Women Want dan Chicken Run. Filem Signs pula menjadi simbol kredibiliti beliau. Tetapi sepanjang penglibatan beliau, hanya The Passion Of The Christ sahaja yang benar benar meletakkan nama Mel Gibson sebaris dengan nama nama penggiat seni yang berjaya, bukan sebagai seroang pelakon, tetapi sebagai tulang belakang yang menerajui kamera. CNN melaporkan beliau akan mengaut keuntungan yang paling maksima hasil daripada filem ini. Antara duit dan apresiasi agama, hanya Mel Gibson sahaja yang boleh menjawab.
Di sebalik sudut agama, nilai estetik dan komersial filem ini sebenarnya boleh dibanggakan. Tetapi adalah telalu sukar untuk dinafikan peranan nama Jesus Christ dalam bicara kejayaan filem ini. Sebuah buku yang dipasarkan selari dengan promosi filem - The Passion terjual hampir 20 juta dalam masa yang amat singkat. Pertikaian pihak gereja dalam journal-journal antarabangsa turut membantu publisiti filem ini. Ditayangkan pada penghujung Februari yang lalu, kutipannya mencecah angka 1 billion dalam masa 5 hari. 2 Billion dalam masa 2 minggu. Nyata ia setanding dengan filem filem main stream yang lain seperti Spiderman, siri LOTR, siri Harry Potter dan Matrix biarpun ia bukan khazanah dunia sejagat. Ini sebuah filem cinta. Filem cinta Jesus yang sangat menyayangi umatnya. Jesus mengorbankan diri demi menebus dosa umatnya. Filem TPOTC banyak menggarapkan fakta sejarah dan catatan Injil sebagai kronologi perilaku Christ. Pergolakkan antara musuh dan Christ digambarkan dengan sederhana tetapi kesannya mendalam. Tetapi yang paling sukar difahamkan ialah tingkah laku Tuhan Jesus Christ yang selalu berdoa kepada Tuhan yang seorang lagi. Nama Tuhan tersebut tidak dinyatakan dengan jelas dan fungsi Tuhan tersebut tidaklah terlalu tampak melainkan ia bersama "angel" bersebati dengan Jesus Christ menjadi Tuhan Kristian. Perkaitannya adalah seperti berikut: Jesus berdoa kepada Tuhan, Tuhan melalui "angel" menyampaikan bantuan kepada Jesus. Tetapi ketiga tiganya Tuhan. Tetapi Tuhan bukan 3. Tuhan adalah Esa. Cuma ia terdiri daripada 3 orang. Sebab itulah saya katakan filem ini meyakinkan pegangan saya. Cuma saya memilih untuk tidak memaparkan persoalan saya di sini. Daripada rentetan filem tersebut, anda ¡V sebagai Islam yang faham serba sedikit mengenai Allah, Islam, Nabi Muhammad, dan Nabi Islam sudah cukup memadai untuk menilai kebenaran agama Kristian. Bukan Jesus.
Pergolakan bumi Amerika yang mutakhir ini cukup genting dengan isu keganasan, kemelesetan ekonomi dan bencana alam mungkin menjadikan rakyat Amerika mencari satu bentuk kekuatan yang virtual untuk perlindungan jiwa dan raga. Maka filem ini lahir tepat pada masanya. Cuma filem ini hanya memaparkan 12 jam terakhir bagaimana Jesus menemui bencana sehingga dipaku di atas salib. Fokus filem ini ialah bagaimana Jesus bergelumang dengan darah, dengan musuh dan kematian, bukannya paparan bagaimana Jesus menggunakan mukjizat yang Allah kurnia untuk menyelamatkan umatnya. Jadi secara langsung, Mel Gibson mempertaruhkan "keganasan" musuh dan "penyeksaan" Jesus sebagai tarikan utama untuk merangsang daya pemikiran dan imaginasi penonton. Tatapi sandaran adegan-adegan ini sudah cukup untuk mengembangkan kotak minda penonton bagaimana Jesus ¡¥die for all¡�. Seperti butiran air mata yang berpusar di kelopak mata, ia adalah hasil imaginasi saya terhadap keagungan Jesus semata mata.
Mungkin juga penonton memang menggemari filem keganasan. Jiwa remaja yang bergelora mencari kepuasan melalui adegan keganasan yang dipaparkan menjadikan filem ini turut laris dikunjungi para remaja Amerika. Mungkin. Kerana ini terlalu lazim di Amerika. Sebut sahaja keganasan, kita sudah boleh bayangkan senarai panjang lebar filem-filem sepanjang satu tahun yang jatuh pada klasifikasi ini. Yang tinggal hanya siapa yang lebih ganas sahaja. Keindahan dan nilai estetik adegan keganasan biarpun tidak wajar dijadikan fokus utama dalam filem ini namun ia perlu untuk memperlihatkan "keagungan" Jesus Christ. Hero filem ini bukannya pejuang maruah bangsa, pejuang ideologyi politik atau pejuang kebebasan bercinta semata mata, hero filem ini adalah seorang manusia yang agung - Jesus Christ. Jadi apabila Mel Gibson mensinonimkan adegan ketumpahan darah dengan perjuangan Jesus, kesedihan yang melanda para penonton bukanlah sekadar tahap melihat bagaimana Jack mati di dasar laut dalam filem Titanic, tahap penyayatan jiwa itu cukup berbeza dengan filem komersial yang lain kerana pengamatan penonton bukanlah melihat lakonan para pelakon semata mata. Ini adalah sejarah dan ia benar benar berlaku.
Jadi garapan ini menjadi sandaran kepada daya penarik filem ini. Umat Kristian sudah pasti memberi sokongan. Non-christian pula sekadar ingin tahu. Manakala kebanyakan penonton apabila terlihat gambar seorang "lelaki" yang bergelumang dengan darah - oh yes, I think this is a great movie. Bagaimana dengan golongan pencinta seni? Cukup saya katakan permainan sudut, set latar belakang, pemilihan lokasi, kostum dan bahasa yang digunakan sangat indah. Filem ini tidak menggunakan bahasa Hebrew, iaitu bahasa kitab Injil asal tetapi adaptasi bahasa Inggeris klasik yang mudah difahami dengan sedikit bahasa bangsawan berjaya memperindah filem ini.
Epilog Berdasarkan sejarah kegemilangan seni lakon Mel Gibson, ramai yang berpendapat mungkin beliau cuba memberi peluang kepada muka muka baru untuk mencuba nasib supaya lebih ramai Mel Gibson akan diketengahkan. Sebab itulah beliau bertindak bekerja sebagai krew belakang tabir. Sebelum inipun beliau pernah mengarah filem The Man Without A Face pada tahun 1993 dan kemudian pada tahun 1995, beliau mempertaruhkan Braveheart yang berjaya menggondol Anugerah Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik dalam Akademi Awards. The Passion Of The Christ merupakan sutradaranya yang ketiga. Seorang pelakon kelas kedua yang agak berpengalaman - James Cavieel telah diangkat menjadi peneraju filem ini. Tindakan Mel Gibson yang menyedari beliau tidak mempunyai ciri ciri klasik dan penghayatan watak sedih, balada dan permainan emosi yang menyayat hati kemudian sanggup melepaskan peluang ini kepada calon yang lebih layak membuktikan beliau bukannya seorang yang ego, gila glamour dan individualistik. Dan berdasarkan gilem ini juga, saya mula melihat Mel Gibson sebagai seorang penggiat seni yang kreatif dan mistik - cukup berbeda dengan watak watak "macho man" yang sering ditonjolkan dalam filem filemnya yang terdahulu seperti Mad Max, Lethal Weapon, The Patriot dan sebagainya.
Saya katakana saya benci dengan kontradiksi diri yang saya alami ini. Saya suka filem ini. Sangat suka. Tetapi saya bermain dengan emosi ¡V kenapa saya wajar, harus dan sudah menyukai filem ini. Sebab itu saya benci. Melihat dengan mata dan melihat dengan hati nyata berbeza. Tetapi melihat dengan mata dan hati itu menyeksa. Atau harus saya balik ke masa terdahulu - sekadar melihat dengan mata...
Telefilem Ronggeng Rokiah : Kaya makna visual oleh sultanmuzaffar
Dr. Anuar Nor Arai selepas tayangan telefilem Ronggeng Rokiah
Saya berpeluang untuk menonton tayangan khas telefilem Ronggeng Rokiah yang dibuat di Mini Auditorium P.Ramlee, FINAS.
Ronggeng Rokiah – teater noir karya dan arahan Dr. Anuar Nor Arai pernah dimartabatkan di Istana Budaya dan kini dipindahkan ke dalam bentuk visual di layar sebanyak dua episod telefilem.
Apa yang mampu saya katakan setelah hampir empat jam menonton telefilem ini ialah Ronggeng Rokiah di layar kaya makna visual. Lakonan yang bercara lahir penuh jujur kesan tatacahaya yang ada kelas.
Jika teater Ronggeng Rokiah memberi tafsiran yang begitu mendalam tentang senario industri perfileman Malaysia, telefilem Ronggeng Rokiah juga menggunakan tafsiran yang sama. Setiap watak telah menghidupkan watak-watak biasa dalam industri perfileman Malaysia.
Siapa Rahman Beduk, yang tidak boleh ditegur langsung, hanya tahu memukul orang ? Siapa Tengku Hussin, bangsawan yang diharapkan dapat membawa perubahan tetapi haram ? Siapa Aziz, kaki pukul yang akhirnya masuk polis ? Siapa Sumiton, primadona yang dilupakan ? Siapa Johhny, Melayu pertama menjadi Pengurus di Happy World ?
Setiap satu watak memberi gambaran tentang senario perfileman tempatan.
Noir Kekuatan konsep noir jelas pada tatacahaya expressionistic, skema visula yang tiada arah serta sudut kamera yang senget. Konsep noir yang dizahirkan jelas pada pergerakan kamera yang bebas menggambarkan perasaan klaustrophobia. Pergerakan kamera yang terumbang-ambing memberi makna alienated feel serta penggunaan hand-held camera menjelaskan lagi bahawa masalah itu sebenarnya dirasai oleh pelakon itu sendiri. Lebih mengkagumkan aspek tatacahaya yang secara tidak langsung melengkapkan lakonan para pelakonnya. Secara jujur, pelakon Ronggeng Rokiah versi telefilem adalah lebih baik mutunya, well-defined, lebih violence, brutal dan lebih suram dari versi Istana Budaya.
Lakonan Walaupun tidak mengekalkan pemain-pemain di Istana Budaya, aspek lakonan dalam telefilem ini tetap mantap. Ekspresi wajah para pelakon, serta solekannya jelas menampakkan kesuraman, kekalutan, kekacauan watak itu sendiri. Pada beberapa adegan yang gelap dan samar, hanya outline yang jelas kelihatan. Walaupun gelap, tanpa minda imej yang ingin dizahirkan oleh Pengarah tidak akan kelihatan. Watak Usman Players dilakonkan oleh Qhalid M. Keating dan Rokiah dilakonkan oleh Fatimah Sheikh Omar. Pertama kali beraksi di layar kerana sebelum ini mereka lebih dikenali sebagai penari. Kehebatan mereka bermain di kamera serta kesan tatacahaya yang sesuai telah melengkapkan lagi lakonan mereka. Watak Usman Players contohnya merupakan seorang “insecure loners” yang bersusah payah untuk terus hidup tetapi akhirnya kecewa. Rokiah sendiri sudah tentu seorang yang hidupnya penuh penderitaan. Hidupnya diselubungi misteri dan amat terdesak.
Visual Telefilem Ronggeng Rokiah telah mendedahkan saya tentang habitat manusia di Singapura sekitar zaman 50an. Persekitaran mereka divisualkan dengan baik melalui telefilem ini. Keadaan Melayu Singapura ketika itu, hidup dalam kegelapan, cahaya yang suram, pergaduhan sana-sini, terlalu kusam, kotor dan kelam. Hujan juga merupakan satu simbol noir yang kuat dalam telefilem ini. Johnny Bikin Filem juga kaya dengan imej hujan.
Perhatikan dinding rumah dan dinding cabaret yang kusam, kelabu dan suram serta lorong-lorong hitam yang gelap. Manusia-manusia Melayu Singapura ketika itu hidup dalam satu suasana yang gelap. Dinding-dinding yang retak secara tidak langsung menggambarkan kesan negatif lebih-lebih lagi ia divisualkan selepas adegan Rokiah menampar Tengku Hussin.
Qhalid M. Keating yang membawa watak Usman Players dalam telefilem Ronggeng Rokiah
Penggunaan warna merah dalam production design juga menggambarkan seksualiti dan keganasan. Warna merah banyak digunakan sewaktu adegan Rokiah bersama Tengku Hussin. Siapa Tengku Hussin ? Rokiah memang tidak menyukai Tengku Hussin tetapi beliau masih tidak faham-faham.Rokiah sendiri memohon untuk keluar dari neraka itu. Industri perfileman mahukan perubahan tetapi tiada apa yang mampu dilakukan oleh Tengku Hussin. Siapakah Tengku Hussin ? Rokiah tidak mahu terus-terusan dihancurkan dan menjadi makanan jembalang Happy World. Siapakah jembalang Happy World ? Yang kaya Tauke Robert tapi Rokiah miskin. Siapakah Tauke Robert ?
Sewaktu Rokiah pulang ke kampung, shot kamera di ambil dari bawah. Saya kira ia seakan menggambarkan pandangan kecil akan masa depannya. Pertunjukan bungapi sewaktu malam kemerdekaan, perayaan yang sepatutnya meriah tetapi tiada kemeriahan yang digambarkan pada layar. Hanya beberapa kereta mundar-mandir seakan-akan tiada hari besar yang sedang disambut.
Grafiti serta naga yang melingkari kabaret jelas suara bisu yang bersuara lantang dalam telefilem ini. Grafiti walau di mana-mana sahaja ia dilukis, ia tetap mewakili satu suara yang sebenarnya cuba bersuara lantang. Grafiti sebenarnya pekikan manusia yang ingin suaranya didengari. Saya amat tertarik dengan visual naga yang melingkari kabaret Happy World. Ia memberi satu makna besar. Pada satu adegan bila mana melibatkan Mak Dara, perhatikan unbalanced compositions pada tatacahayanya. Jelas ruang lakon Mak Dara digelapkan dan latarbelakangnya lebih cerah.
Pili bomba, lakaran biola, lakaran lelaki berseluar dalam serta tirai merah menonjolkan simbol phallic. Itu sekadar beberapa unsur seksualiti yang ingin ditonjolkan dalam telefilem ini. Sebenarnya beberapa simbol ini juga terdapat dalam Ronggeng Rokiah versi teater. Juga beberapa persoalan yang sering ditimbulkan tentang tango. Setiap 10 minit, mesti ada tango. Rentaknya sama, lagunya juga sama dan menimbulkan rasa bosan pada penonton. Apakah makna visual tango ? Mungkin penonton tidak bosan sekiranya adegan ranjang dipertontonkan secara terang-terangan, tetapi setelah adegan ranjang itu disimbolkan dengan tango, penonton bertukar jadi bosan. Tango berlaku di dalam bilik, latarnya tetap sebuah katil. Tafsirkan.
Pada satu adegan di hampir penghujung telefilem ini, anak ayam kelihatan berkeliaran di atas meja dan pada satu ketika Rokiah mengambil anak ayam tersebut. Saya begitu keliru. Apakah signifikan anak ayam tersebut berada di situ ? Setelah selesai tontonan dan sessi apresiasi diadakan, persoalan saya terjawab. Saya tersenyum. Memang telefilem Ronggeng Rokiah kaya makna visual. Tonton dengan minda bukan dengan mata.
MATA RABUN TAPI HATI CELIK: AN APPRECIATION OF YASMIN AHMAD’S RABUN by Hassan Abd Muthalib (A paper presented at CENFAD's ASPECT:RATIO CLUB on 19 Feb 2004)
INTRODUCTION
'Entertainment and enlightenment are ideally (if not deviously) interconnected.' - JONATHAN ROSENBAUM
Entertainment is treated more respectfully than art because it has more to do with making money. The artist is confronted with a choice - to be true to himself or run with the pack. With the emergence of the novel in the 16th century, storytelling took a new turn. Those unhappy with the world began to express themselves. GULLIVER’S TRAVELS by Jonathan Swift was a veiled attack on the mores of people who felt that they were above others intellectually. But the story entertained nevertheless, and for the discerning ones, enlightening. As Jonathan Rosenbaum has remarked, entertainment and enlightenment can be (deviously) interconnected.
Cinema has been around for a little over a hundred years. Though quite a number of Hollywood’s prodigious output is mindless entertainment, a few gems, nevertheless, have emerged. The Oscar award winners have been mainly those films whose stories were adapted from novels. And these have always been films that were strong on character.
What have we learned about film characters and the art of film storytelling over a hundred years? Are Malaysian films and filmmakers moving forwards in the art? Is RABUN worthy to be discussed as having entertained and enlightened us?
YASMIN AHMAD’S RABUN
'It’s not what happens to you but your reaction to what happens to you that determines your character.' - DALE CARNEGIE
I do not for a moment believe that RABUN is only a story about Yasmin’s parents (as she has always contended). Just like Zhang Yimou’s, HERO and the director’s explanation of his use of colours, I consider Yasmin’s statement a red herring - one that disguises her real subject. The myriad colours of HERO had no real meaning. The meaning lies in the calligraphy scroll that enlightens the Emperor. HERO is an anti-war film, commenting on the current state of affairs in the world. The culprit is not the leader. It is the faceless men who advise the Emperor. Like P Ramlee, Yasmin is concerned about her race. Like P Ramlee, she is calling upon them to change. And like P Ramlee, she is lemah dan lembut in her call. This approach is what makes RABUN interesting. And the character of her parents, as observed by Yasmin, is indeed interesting. Their world view is exemplary. They have discovered the secret to living a life profound – that life is too short to be little! Her parents, and Yasmin’s film, not only entertain us, but also enlighten us. In the words of Aristotle: Stories guide us as to how to live our lives.
YASMIN’S CHARACTERS
'True character, deep character, is shown in the choices a human being will make under pressure. The greater the pressure, the truer the choice is to character.' - ROBERT McKEE
The lotus is a Buddhist symbol of purity: To be in the world but not of the world. Maintaining calmness amidst chaos and turbulence - this perfectly describes Mak Inom and Pak Atan. Their daughter, Orkid and her boyfriend, Yasin will carry the baton (as the markers in the film show). At the end of the film, all the characters gather to play, forgetting their trials and tribulations. This world will become a better place to live in if we react positively towards the things that happen to us (at least, according to Yasmin).
Yasmin’s characters are very ‘P Ramlee’ – easy to identify and understand. It is perhaps this reason why P Ramlee’s films are a hit with everybody. RABUN is deceptively simple but in reality, very complex. Yasmin uses binary opposition throughout but very subtly. We see Yem and his step-mother about to perform the dawn prayer. Strangely, we never see Mak Inom or Pak Atan ever doing it (being religious does not necessarily mean that one is spiritual).
Mak Inom and Pak Atan are like Forrest Gump. Good-natured innocence will enable us to survive, and even prevail. YASMIN begins with the voices of children playing – and ends with adults playing. If only the grown-ups’ hearts could be like children, wouldn’t such enter the Kingdom of God? I may not share YAMIN’s total optimism, but I give her the right to dream of a world where good people live and their lives inspire us to do better, as Kurosawa showed in the final episode of DREAM. Likewise, Yasmin is using cinema to create a world that corresponds to her desires.
RABUN’S TREATMENT
'If you want to know what a filmmaker is saying, look at how he is saying it.' - INGMAR BERGMAN
Yasmin uses a formalist approach. One needs to pay attention to the patterns that Yasmin creates – what the characters do and say (including what they do not do and say), their reactions, their mannerisms, their dress, the cinematography, the editing, the use of sound and music – in order to appreciate the gestalt. Her story is multi-layered, details start to accumulate and form patterns. And in those patterns lie meaning. To find the story, observe the characters and their portrayal. The real story is in the style.
RABUN begins with a very long take of a tin in which are rubber bands. Children are playing ‘hit the tin.’ We never see the children at all – only hear their voices (contrast this with the end where the adults are seen but we do not hear their voices). This is an exercise in getting the audience involved by forcing them to visualize the characters. This method foreshadows Yasmin’s approach to storytelling.
RABUN is a radical break from the typical Malay drama or film. There are numerous long takes, non-diegetic sound in the form of voice-overs of people talking (also in long takes, but we are never lost as to who are actually talking). Voice-overs allow audience involvement and are more effective than the usual approach found in local telemovies. Distanciation (a la Bertolt Brecht), provokes objectivity – and in turn, contemplation of the subject.
CONCLUSION
Christian Metz had it wrong when he said, Cinema and narrativity is a great fact…but it was never predestined. According to the Muslims, when Adam was created, his first act was to sneeze and he exclaimed: Praise be to God. Christians would exclaim: (God) bless you, upon seeing someone sneeze. The Creator is invoked in both religions. The first shot ever taken in the world was, coincidentally, that of a man sneezing. If for everything there is a reason, then surely cinema must be a grace from God - for us to learn from the foibles of man as personified in the film’s characters. Characters that man’s art has ‘created’ with the ultimate objective of better understanding our world. Andre Bazin has said that the cinema screen is akin to a window through which we see the lives of others and in turn, we see our own lives reflected in them. Shouldn’t that be the function of art?
There are many scenes in RABUN that cause us to contemplate the lot of man. But nothing is more poignant than the scene of Mak Inom applying liniment to the body of Pak Atan, who had fallen down in the midnight chase of Yem (this scene is contrasted with an earlier scene of Yem and his step-mother. She calls out to him but gets hit by Yem in anger). As Mak Inom applies liniment, Pak Atan plaintively sings the song, Tg Katong. MAK INOM puts her head on his chest and cries silently, articulating her unspoken grief through the song’s lyrics: Sama sekampung, hai lagi dirindu…. Yem, Nor, Inom and Atan are all of the same kampong. Why should there be discontent and disharmony. Aren’t we all of Adam – whether Malays, Chinese, Indian or Thais. Shouldn’t living in peace and harmony be our ultimate aim?
Pak Atan mistakenly spoke to Mr Yap’s wife thinking it was Mr Yap. He can be forgiven, for he is rabun, but what about Yem, who is not? Can we forgive him? Pak Atan kills a blood-sucking mosquito on his arm, saying, Adios, amigo. But what can he do to a human blood-sucker in the form of his relative, Yem?
Yasmin has used cinema as a substitute to create a world that corresponds to her desires – one where there is no discord or enmity. Her plea is for us to do the same.
THE END
HASSAN ABD MUTHALIB is a scriptwriter/film director/animator, and lecturer in film and animation. He is the facilitator of The Film Forum of Kuala Lumpur which frequently presents papers on film.
SM: Boleh saudara perkenalkan diri saudara kepada para pembaca? Ceritakan serba sedikit tentang diri saudara, sebagai contoh; tempat di mana saudara dilahirkan, umur dan di mana saudara telah dididik satu ketika dahulu.
MJ: Assalamualaikum. Mula-mula saya perkenalkan nama saya dulu. Nama pendek: Mat Jan. Nama panjang: Mat Jaaaannnnnnnnnnnnnnnnnn. Saya dilahirkan di Alor Setar, dan dididik di Tadika Pak Omar, mengaji mukadam kat masjid Akar Peluru, sekolah rendah kat Sekolah Iskandar, mengaji Quran dengan mak saya, sekolah menengah kat Kolej Sultan Abdul Hamid, belajar memandu kat sekolah memandu Menara tepi jejambat sebelah stesen bas lama tu. Lepas tu buat A-Level kat Kolej Yayasan Pelajaran MARA, Cheras, dan masuk universiti belajar law.
SM: Boleh saudara ceritakan rutin kehidupan anda ?
MJ: Tak boleh.
SM: Siapakah tokoh yang anda kagumi menurut pendapat saudara?
MJ: Saya tidak mengkagumi mana-mana tokoh secara individu. Tapi, secara kelompok, saya mengkagumi golongan ilmuwan (orang-orang akademik). Maaf, saya tidak sanjung orang politik, walaupun gemar membaca tulisan mereka.
SM: Apakah warna kegemaran anda dan tentu ada cerita di sebaliknya?
MJ: Biru dan putih kot. Baju saya kebanyakannya biru, putih, atau biru-dan-putih. Biru itu range dari biru muda ala-Keadilan sampailah biru tua ala-BN. Tak tahulah apa sebabnya.
SM: Apakah buku yang benar-benar ingin anda miliki ataupun yang telah anda miliki ? Mengapa?
MJ: Yang ingin dan telah saya MILIKI? Kalau yang ingin dan telah saya BACA boleh? Yang ingin saya baca (kalau tak dapat miliki, dapat pinjam pun jadi): My Side of History (oleh Chin Peng). Dan Malaysia in Transition, dan Journey Through Southeast Asia (dua-dua oleh Karim Raslan). Dan Al-Maunah: Kebenaran Yang Sebenar (Zabidi Mohamad).
Yang telah saya baca, termasuk yang baca tak habis: Malay Dilemma (Dr Mahathir), Asian Renaissance (Anwar Ibrahim), Pilihanraya atau Pilihan Jalanraya? (Hishamuddin Rais), Tersungkur di Pintu Syurga (Zabidi Mohamad), Meniti Lautan Gelora (Said Zahari), dan yang tengah dok baca sekarang: Tumit Achilles (Khalid Jaafar).
Saya tak banyak baca fiksyen. Saya lebih suka baca PENDAPAT dan PENGALAMAN orang. Sejak sekolah lagi, kalau dapat nombor 1 hingga 3 dalam kelas, orang lain pilih buku cerita (fiksyen) untuk hari penyampaian hadiah. Tapi saya pilih buku Kanang (pengalaman askar Kanang anak Langkau), Debu Hiroshima (pengalaman anak Melayu di Jepun waktu Amerika bom Jepun), dan Gonzales (biografi Jeneral Tan Sri Ghazali Mohd Seth).
Sampai sekarang baca buku-buku begitu. Rugi jugak saya tak bernafsu baca fiksyen, sebab di rumah saya (di Shah Alam) ada novel karya sasterawan negara seperti Imam (Abdullah Hussain), Ummi dan Abang Syeikhul (Shahnon Ahmad), Salina (A Samad Said), dan lain-lain, milik rakan serumah.
Ada juga fiksyen yang saya suka. Saya suka ANIMAL FARM, novel satira politik oleh George Orwell. Dan antologi LCCU oleh Saharil dan Faisal.
Lepas ni, kalau boleh, nak baca lebih banyak fiksyen.
SM: Apakah rancangan TV yang paling ingin anda sertai?
MJ: Dulu, dalam tahun 2000, bila saya lihat pensyarah saya, Dr Shad Faruqi, jadi panel untuk talk-show GLOBAL (TV2), saya teringin nak jadi panel talk-show.
Tuhan makbulkan keinginan saya. Tahun 2002, saya dapat jadi panel forum untuk rancangan tv BICARA SISWA.
Dan saya dapat muncul dalam GEMILANG MALAYSIA, walaupun waktu rakaman di universiti, krew RTM tu kata itu untuk rancangan PANORAMA 1.
Saya teringin masuk kuiz jugak. Saya dapat masuk kuiz tv JUARA MINDA, kuiz antara IPT yang dikendalikan oleh Rosyam Noor. Tapi saya ditimpa kemalangan, maka tempat saya diganti oleh orang lain.
Yang teringin saya nak masuk: WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE?
Harap-harap Tuhan makbulkan keinginan saya yang ini.
SM: Dalam satu patah perkataan, jelaskan personaliti anda ?
MJ: Sinis.
SM: Apakah perkara paling nakal pernah anda lakukan sewaktu zaman remaja anda ?
MJ: Guna kanta pembesar dan bakar semut dengan cahaya matahari? Entah, saya budak baik, mana pernah buat benda nakal.
SM: Apakah filem Melayu yang pernah anda tonton lebih dari sekali ? Jika ada. Jika tiada, mengapa ?
MJ: Buli, Soal Hati, Ali Setan. Hanya BULI saja saya tonton dua kali di pawagam. Yang lain saya tonton di pawagam sekali saja. Lepas tu saya cari VCD dan tengok banyak kali. Saya suka drama tv Toll Gate Girl, saya ada VCD-nya, yang itu saya tengok berpuluh-puluh kali.
Saya suka tonton komedi. Romantic comedy terutamanya. Ada orang kata filem Melayu tak bagus sebab temanya sama: komedi, cinta, komedi, cinta. Tapi saya tak fikir begitu. Pada saya, tema tak penting, yang penting: CERITA. Gerak Khas The Movie temanya bukan komedi dan bukan jugak cinta, temanya kepolisan, tapi saya tak suka sebab ceritanya tak bagus. Soal Hati pulak, temanya komedi dan cinta, tapi saya suka, sebab ceritanya bagus.
Kalau cerita bagus, walaupun pelakonnya Erra Fazira, saya suka filem itu (contoh: Soal Hati). Tapi kalau cerita macam hampeh, walaupun ada pelakon hebat macam Afdlin Shauki dan Ida Nerina, saya tak suka filem tu (contoh: Gerak Khas II).
Masalah filem Melayu, pada saya, bukan tema atau pelakon, tapi CERITA.
SM: Pada pendapat saya dengan mengambil jurusan undang-undang menyebabkan anda berfikiran amat kritis. Bagaimana dengan pendapat anda?
MJ: Sangat setuju. Budak law memang kritis dan analitikal sebab kami diajar begitu. Kami berfikir macam hakim, kena dengar hujah plaintif dan defendan, atau hujah pendakwa dan tertuduh, baru boleh buat keputusan. Sebab tu saya tak boleh tolerate one-sided reports, baik dalam surat khabar atau dalam tv, baik berita politik atau rancangan hiburan sekalipun. Kalau ada dua pihak bertelingkah, mesti nak dengar atau baca, hujah kedua-dua belah pihak. Lepas tu baru buat keputusan. Membaca sejarah pun tak boleh baca satu sumber saja.
Bukan saja pada laporan berat sebelah, pada apa-apa pun yang berat sebelah, saya tak puas hati. Kadang-kadang menonton filem dan drama tv pun jika nampak perkara double-standard, yang produsernya tonjolkan sebagai perkara betul, saya jadi tak puas hati. Bila tak puas hati, kita kritik.
Bila kritik filem, atau sikap masyarakat, atau perkara lain, tak apa. Orang boleh terima. Tapi bila kritik sistem atau dasar negara, orang labelkan pro-itu atau anti-ini. Tapi hakikatnya kita kritik bukan sebab politik, tapi sebab benda tu tak sama dengan benda yang kita belajar.
Misalnya, kita belajar law, menghukum orang tanpa bicara tu salah. Tiba-tiba ada orang kata tahanan tanpa bicara tu betul. Kita kritiklah.
Analoginya macam kita belajar geografi-lah. Kita belajar Singapura terletak di selatan Semenanjung. Tiba-tiba ada orang kata Singapura terletak di utara Semenanjung. Mesti kita marah. Kita marah bukan sebab orang tu tak satu parti dengan kita, tapi sebab orang tu tak betul.
Kita belajar sejarah, negara kita merdeka pada 31 Ogos. Tiba-tiba ada orang kata negara kita merdeka pada 2 Mac. Mestilah kita marah. Sebab 2 Mac tu bukan tarikh merdeka, tapi tarikh birthday Mat Jan. Tahun depan, 2 Mac, jangan lupa beli hadiah.
Tentang Weblog
SM: Apakah definisi sebuah blog yang tidak bagus ?
MJ: Pertama: soal KULIT.
Blog berbeza dengan laman web peribadi biasa, sebab blog dibaca hari-hari. Sebagai laman yang dibaca hari-hari, dia mesti kemas dan cepat load. Jadi jangan semakkan dengan Flash movie, atau trailing cursor (bila kita gerak mouse ada huruf atau jam yang ikut), atau applet dan script yang tak perlu. Splash page pun tak perlu... terus saja ke catatan entries.
Sebab tu laman yang dibaca hari-hari, seperti akhbar (contoh: Utusan Online), dan search engine (contoh: Yahoo!), design-nya ringkas dan kemas. Dan cepat load. Cuma laman korporat yang di-update setahun sekali saja ada splash page, dan Flash movie, dan segala.
Blog yang sesak dengan script dan applet dan TRAILING CURSOR (uhh, very annoying) adalah blog yang tak bagus.
Kedua: soal ISI.
Saya tak kisah dia nak cerita apa. Dia boleh cerita pasal rutin harian, pasal filem, pasal politik, pasal makanan, pasal anak-anak. Tapi gaya tulisan tu, pada saya, yang menentukan blog itu bagus atau tidak.
Saya tak suka blog yang menceceh. Tulis panjang meleret-leret. Yang bila kita baca, kita akan rasa terseksa seperti mendengar leteran seorang ibu. Mengulang-ulang benda yang sama. Dan kita tak rasa teringin nak menggali arkibnya, membaca catatan lama-lama. Lebih teruk lagi, sudahlah tulis panjang-panjang, tak guna tanda baca yang betul pulak. Tiada noktah, tiada koma, tiada perenggan. Yang ada cuma "tiga titik" ( ... )
Contoh: "tadik ... aku pergi rumah dier ... rumah dier besar giler .... macam stadium besarnyer rumah dier ... tapik ... bla bla bla"
Tapi tak semua orang lihat kedua-dua aspek ini. Bak kata Amy Search: "Ada oranggg lihat KULIT, ada oranggg lihat ISINYA... isi dan kulittt!" (Mat Jan menyanyi sambil hangguk-hangguk kepala head-banging).
SM: Apakah yang mendorong anda menulis blog ? Bagaimana pula saudara memulakan projek blog saudara?
MJ: Yang mendorong saya adalah rasa ingin bertapak di alam cyber.
Saya kenal internet pada 1996. Zaman tu cyber cafe adalah cafe dengan tiga/empat bijik komputer di satu sudut kecil. Hari ni keadaan adalah sebaliknya: cyber cafe ada berbijik-bijik komputer dengan cafe di satu sudut kecil. Malah kadang-kadang, tak ada pun cafe! Zaman tu cyber cafe sejam RM8.00. Sekarang, dengan RM8.00, kita boleh main empat jam, atau 24 jam kalau tauke cyber cafe tu kawan kita.
Pada 1998 saya ada internet di rumah, jadinya saya ingin bertapak dalam internet. Saya belajar HTML dan pada Jun 1998, saya ada laman web sendiri, dalam Bahasa Inggeris, berjudul "The A-mfggh-C’s of Monkey Island". Laman ini tentang computer games kegemaran saya, Monkey Island.
Kemudian saya buat laman "Rimba Rekreasi Negeri Kedah", laman dwi-bahasa Melayu/Inggeris, tentang hutan lipur dan tempat peranginan air terjun di Kedah. Lepas tu laman "Syafizan Dot Net", 70% Bahasa Inggeris dan 30% Bahasa Melayu, ini personal homepage, cerita pasal saya, saya dan saya.
Lepas tu saya buat laman Kroni Cik Kiah, pasal kawan-kawan saya masa matrikulasi. Laman ini Bahasa Melayu sepenuhnya. Cumanya, bila buat laman web seperti ini, kita tidak update hari-hari, dan orang pun masuk sekali seumur hidup.
Satu hari, Saharil buat laman web baru, dalam tahun 2000. Saya memang peminat laman web lamanya yang saya jumpa pada 1997. Laman web barunya ada online log yang dia update hari-hari dan orang pun masuk hari-hari. Saya tertarik. Saya pun nyatakan hasrat saya untuk tulis blog, dan Saharil bagi contoh beberapa blog orang putih.
Maka pada 17 Jun 2000, hari pertama saya di Law Faculty, buat law degree, saya mulakan Jongkang Jongket saya. Saya maintain dua blog masa tu, sebab di laman Kroni Cik Kiah pun saya letak blog. Tapi lama-lama saya main Jongkang Jongket saja. Laman web saya yang lain semua dah pupus.
SM: Apakah misi blog saudara yang sudah tercapai ? Anda puas hati ?
MJ: Misi saya: nak berkongsi pengalaman, pengetahuan, dan pendapat. Saya rasa misi saya dah tercapai. Malah saya dapat bonus lagi dari blog ini: KAWAN. Saya dapat kawan baru yang berlainan latar belakang pekerjaan, umur, jantina, etnik (Cina ada, India belum), status perkahwinan, dan sebagainya. Saya merujuk kepada kawan-kawan yang saya kenal melalui Jongkang Jongket dan saya berjumpa mereka secara langsung. Ada antara mereka yang jadi kawan baik saya. Tak payahlah saya sebutkan nama, takut ada yang tertinggal, nanti kecik hati pulak. Itu tak termasuk yang saya berkawan secara cyber tapi tak pernah jumpa. Yang email-email dan telefon-telefon, tapi tak kenal muka, pun ada.
SM: Sehingga kini, teknologi blog semakin berkembang. Blog sudah boleh dikemaskinikan menggunakan handphone dengan gambar-gambar yang dirakam dari handphone dan sebagainya. Fotopages contohnya. Secara tidak langsung membuatkan blog yang ada di blogspot, geocities, tripod nampak terkebelakang dari segi teknologi. Apa pendapat anda?
MJ: Mengejar teknologi adalah seperti cuba menaiki bas yang sedang bergerak.
Blog di Geocities dan Tripod susah diurus, sebab perlu di-update manually. Tripod sendiri pun sedar hakikat ni maka mereka pun memasukkan ciri-ciri untuk blog dalam servis mereka.
Saya lebih selesa menggunakan enjin blog daripada meng-update secara manual. Saya pernah guna Pitas dan Diaryland. Sekarang saya guna Blogspot. Saya rasa Blogspot yang paling best.
Tentang update melalui sms dan fotopages, saya belum cuba. Saya belum mampu nak beli handphone yang ada kamera. Sekarang ni, kalau saya nak pakai handphone yang ada kamera, saya akan ikat kamera pada Nokia 3210 saya dengan getah gelang atau tali rafia.
SM: Apakah aspek yang paling mencabar dalam menguruskan blog anda?
MJ: Tiada akses internet di rumah. Maksud saya, rumah saya di Shah Alam. Kalau di Alor Setar ada akses. Sebagai langkah mengelakkan konflik, line telefon sengaja tidak dipasang di rumah sewa, sebab sejarah membuktikan bahawa kawan boleh jadi lawan sebab bil telefon tertunggak. Dan orang yang mendaftar line boleh di-blacklist oleh Telekom dan tak boleh pasang telefon kat rumah sampai bila-bila. Jadi, di Shah Alam, saya terpaksa pergi ke cyber cafe untuk menguruskan blog. Sebagai student, saya kena budget duit untuk internet ni seminimum mungkin. Computer lab di fakulti connectionnya tak boleh harap. Keduanya, masa yang terhad. Sibuk dengan tugasan, akademik dan bukan-akademik, di kampus. Kadang-kadang terpaksa abaikan blog demi pelajaran, dan kadang-kadang terpaksa abaikan pelajaran demi blog. Hahaha.
SM: Kenapa jongkang-jongket ?
MJ: Bukan saja-saja. Ada falsafah kehidupan, yang saya lihat, di sebalik permainan jongkang-jongket.
Satu: Bila main jongkang-jongket, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Begitulah juga kehidupan, ada naik-turunnya.
Dua: Permainan jongkang-jongket, kita tak boleh main sorang-sorang. Begitu jugalah kehidupan, kita tak boleh hidup sorang-sorang. Kita perlu bantu-membantu dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
Tiga: Untuk permainan jongkang-jongket berfungsi, pemainnya perlu berat badan yang agak seimbang. Jika seorang sangat gemuk, dan seorang sangat kurus, cuma seorang pemain saja akan berada di atas, dan seorang lagi akan sentiasa berada di bawah. Begitu jugalah kehidupan, perlu ada keseimbangan, perlu ada keadilan. Ketidakadilan dan penindasan perlu ditentang, dan golongan tertindas perlu dibantu.
Blog Jongkang Jongket menceritakan kehidupan saya. Ada tiga falsafah ini. Contohnya, falsafah satu (kadang di atas kadang di bawah): saya pernah dapat A dalam exam, dan pernah jugak gagal. Saya menang pilihanraya kampus dan berjaya menganjurkan program, tapi saya kalah debate dan kalah main bowling.
Falsafah dua (hidup bukan sorang-sorang): saya cerita tentang pensyarah yang mengajar saya, kawan-kawan yang menghiburkan saya, keluarga yang membantu saya, dan sebagainya.
Falsafah tiga (keadilan): ada catatan saya yang berunsur penentangan terhadap penindasan dan ketidakadilan.
SM: Cara anda twist setiap cerita semasa amat mengkagumkan saya. Antaranya SMS kepada Kanser payudara MAKNA dan teknik rebonding Gandalf. Dari mana anda dapat sentuhan sinis untuk ditulis di dalam weblog anda ?
MJ: Saya kira sentuhan sinis saya, dalam atau luar blog, adalah bakat semula jadi. Dan TV memberi pengaruh besar pada kepala hotak saya.
Tentang SMS MAKNA tu. Sebenarnya reply yang kita dapat adalah rawak. Ada mesej macam "30% kanser boleh dirawat jika dikesan di peringkat awal" atau "pemakanan dan cara hidup yang sihat boleh mengelak kanser" atau "jauhi daripada asap rokok". Tetapi, secara kebetulan, saya dapat mesej pasal "kanser payudara". Jadi saya sensasikan cerita tu, saya komedikan, untuk menarik orang ramai supaya sama-sama menderma kepada MAKNA (Majlis Kanser Nasional).
Dan lagi, saya dah tahu, orang lelaki pun ada kemungkinan dapat kanser payudara, tapi peratusannya rendah. Tapi saya saja bertanya soalan itu, supaya pembaca yang tahu akan respon. Saharil dan Day-z misalnya, siap tinggalkan alamat web lagi tentang tu. Kadang-kadang, dalam majlis ilmu, kita kena tanya soalan yang kita dah tahu jawapannya, supaya, bila guru jawab, orang yang tak tahu pun boleh tahu.
Dan teknik rebonding Gandalf. Saya memang suka buat lawak iklan tv. Atau lawak rancangan tv. Dalam material kempen pilihanraya kampus pun saya guna lawak iklan tv atau rancangan tv. Rakan serumah saya dan keluarga saya tahu hobi saya ni. Bila tengok berita tv pun, saya akan buat lawak. Contohnya, kalau pembaca berita kata: "Suri rumah dibunuh dengan kejam", saya akan kata: "Dibunuh dengan kejam? Ada ke orang dibunuh dengan sopan santun? Atau dengan baik hati?". Kalau bunuh, mesti kejam.
SM: Budaya cut & paste yang mudah apabila menggunakan komputer semakin menular. Adakah anda merasa tercabar apabila artikel atau tulisan anda diciplak ?
MJ: Saya tak kisah kalau orang pinjam baju saya. Tapi saya marah kalau orang pakai baju saya dan mengaku itu baju dia. Atau dia jual baju saya tu dan dia simpan semua duitnya.
Maksud saya, saya tak kisah jika tulisan saya di-copy selagi SATU: nama saya sebagai penulis asal dikekalkan, dan DUA: tulisan yang di-copy itu digunakan untuk tujuan bukan komersial. Tetapi jika orang copy tulisan saya dan dakwa itu tulisan dia, atau tulisan saya dijual (baca: diterbitkan dalam penerbitan komersial) dan saya tidak dapat apa-apa bayaran, saya marah.
Dalam kes baju tadi, senang kita nak ambik tindakan undang-undang, sebab kita boleh buktikan baju itu milik kita, dengan mengemukakan resit misalnya. Tapi nak buktikan tulisan yang kita publish di ALAM CYBER sebagai tulisan kita, apa "RESIT"-nya?
Dari segi undang-undang, ini memang masalah sejagat. Dalam bukunya "Code and Other Laws of Cyberspace", Lawrence Lessig berkata, "For the holder of the copyright, cyberspace appears to be the worst of both worlds -- a place where the ability to copy could not be better, and where the protection of law could not be worse."
Kalau tak ada resit untuk buktikan baju tu baju kita, kita simpanlah baju tu dalam almari dan kunci. Baru susah orang nak curi.
Maksud saya, disebabkan tulisan di alam cyber mudah di-copy, dan perlindungan undang-undang susah diberi, kita kenalah lindungi sendiri tulisan kita. Kita letaklah script yang disable orang meng-select dan meng-copy tulisan kat blog kita. Baru susah orang nak copy.
Saya kata SUSAH ya, bukan tak boleh langsung. Kalau dikunci dalam almari, orang boleh curi jugak baju kita, tapi dia kena pecahkan kunci atau pintu almari dulu.
Samalah kalau letak script kat blog, dia boleh copy jugak catatan kita. Tapi dia kena tengok source dan remove script dan save as new file. Jadi susahlah sikit.
Kalau ada orang yang nak guna tulisan saya untuk tujuan bukan komersial, dia boleh minta kebenaran melalui email, atau guestbook. Saya sendiri akan copy dan kasi kat dia.
Bila dia mintak kebenaran, elemen "curi" dah hilang (sila rujuk Kanun Keseksaan), saya anggap macam dia pinjam baju saya saja. Kalau pinjam baju, ada syaratnya: jangan lupa basuh lepas pakai. Kalau pinjam catatan blog, syaratnya: letak link ke blog saya.
SM: Pernahkah anda diekori oleh peminat anda ? Jika belum, inginkah anda diekori oleh peminat anda ?
MJ: Saya kira "peminat anda" itu merujuk kepada "pembaca Jongkang Jongket". Sebab ada juga "peminat saya" yang bukan "pembaca Jongkang Jongket", hahaha! Tapi itu cerita lain.
Dalam konteks "pembaca Jongkang Jongket", ada tiga insiden, di mana saya rasa diekori dan diperhati. Ini tidak menghairankan, kerana saya mendedahkan nama sebenar, tempat belajar, dan menyiarkan gambar saya dalam blog.
KES SATU: Ada orang sign guestbook saya pakai nama "A Simple Person Living a Simple Life". Dia selalu sign guestbook cakap benda macam: "Eh, tadi I nampak you beli karipap kat Abang Mat". Ah, saya jadi rimas. Rasa macam sentiasa diperhatikan. Saya tak kenal dia sampai sudah.
KES DUA: Dia sign guestbook saya pakai nama "Soraya Soraya". Dia pun sign guestbook cakap benda macam: "Tadi I nampak you pakai Hawaiian shirt colour hijau" atau "I nampak you tidur kat meja kayu Level 5, letih ke?". Aduhh, rimasnya. Tapi lepas saya menang campus elections dan jarang-jarang update blog, ada sorang budak pompuan yang saya tak kenal datang tegur saya. Dia tanya kenapa jarang update? Dan kenapa nampak macam susah hati saja? Tak ceria macam dulu? Memang pun saya susah hati masa tu, kecewa dengan campur tangan parti politik dalam pilihanraya kampus, jadi saya luahkan segalanya kat dia. Dia kenalkan diri dia, Soraya, budak Diploma Pentadbiran Awam. Jadi saya dah kenal dia. Sekarang bukan dia yang dok perhati gerak-geri saya, tapi saya pulak yang dok perhati gerak-geri dia, hahaha! Gurau aje!
KES TIGA: Hayazi. Budak Mass Comm. Dulu sign guestbook saya macam tu jugak: "Aku nampak kau tolong tunjuk jalan kat sorang pakcik tadi bla bla...". Ahh, rimasnya! Tapi satu hari dia datang dan cakap: "Hai Mat Jan, saya Hayazi, saya nak jadi ahli sekretariat MPP bla bla...". Saya suruh dia isi borang. Tapi disebabkan exco yang in charge sekretariat tu tak berapa efficient, tenaga Hayazi dan sukarelawan lain tak dapat di-exploit sepenuhnya, hahaha! Tapi kami jadi kawan.
Kesimpulannya, saya RIMAS diekori dan diperhati, jika saya tak kenal orang itu. Tapi kalau dia datang dan kenalkan diri, itu okay.
Sekarang ni tak ada kes "diekori" atau "diperhati" lagi. Tapi ada jugak yang merimaskan saya, bila ada orang sign guestbook saya pakai nama "Junior Mat Jan" atau pakai nama lain dan tulis: "eh, kau ni senior aku!". Saya rimas sebab dia kenal saya, tapi saya tak tahu siapa dia. Manalah tahu kalau-kalau saya ada satu kelas dengan dia.
Apa? Satu kelas dengan junior? Nampak sangat pernah repeat paper, hahaha!
SM: Adakah anda suka apabila dikenali di khalayak umum ?
MJ: Sudah tentu. Saya gila glamour, hahaha!
SM: Apakah kegunaan e-book memudahkan pembacaan blog atau sekadar syok sendiri ?
MJ: Daripada respon yang saya dapat, dan bukti yang saya lihat dengan mata kepala saya sendiri, memang ada pembaca Jongkang Jongket yang mencetak dan menjilid e-book saya. And not to mention, yang mintak saya sign autograf kat buku tu, hahaha!
Dan ada jugak yang simpan e-book saya dalam PDA. Saya duduk sebelah Cill masa majlis GJ kat Titiwangsa dan dia baca e-book saya kat PDA dia.
E-book yang dicetak, dan disimpan dalam PDA, sudah tentulah boleh dibawa ke mana-mana. Boleh dibaca bila-bila masa. Baik di kota, di desa, atau di hutan belantara, sebagai pengguna, e-book sentiasa di pihak anda!
(See? Saya buat lawak iklan tv lagi!)
Dengan adanya e-book, blog boleh dibaca walaupun tiada akses internet. Kalau itu tidak memudahkan pembacaan blog, beritahu saya apakah dianya?
Dan hakikat bahawa ada orang download, dan cetak, dan jilid, dan baca e-book kita, membuktikan bahawa kita bukan syok sendiri. Tapi kita syok ramai-ramai.
Gengjurnal.net
SM: Apakah misi Geng Jurnal telah tercapai ?
MJ: Kalau kita tanya: kanak-kanak, apakah misi kita? Mereka akan jawab: tiada kerosakan gigi! Tapi kalau kita tanya apakah misi Geng Jurnal? Lain orang lain jawapannya. Ini yang saya sembangkan dengan Wakdin, Poad, Nazmi dan Spyz waktu minum-minum di kedai mamak. Wakdin kata GJ tak ada satu misi yang tetap.
Kalau tanya saya, saya kira misi GJ tu adalah mengumpulkan penulis blog tanahair dan menjalinkan silaturrahim antara mereka. Saya rasa misi tu dah tercapai. Dan kalau pun GJ nak pergi lebih jauh lagi, destinasi itu pada saya mestilah atas landasan minat kita yang sama iaitu: menulis. Produk kita tulisan, kalau kita boleh jual tulisan kita, tersiar dalam majalah, atau dibukukan, itu sudah cukup berjaya bagi saya.
Tapi ada orang mahu lebih daripada itu. Mahu GJ keluar dari lingkungan penulisan. Mahu GJ jadi NGO yang menawarkan khidmat masyarakat, dan sebagainya. Saya tak harapkan itu dari GJ. Kalau nak buat khidmat masyarakat, saya dah boleh buat pun melalui gerakan aktivis yang lain. Tapi kalau nak jual catatan blog, belum ada badan yang boleh uruskan.
SM: Sepuluh tahun akan datang, di mana anda ingin lihat gengjurnal.net berada ?
MJ: GJ Publishing Sdn Bhd. Terbitkan majalah sendiri macam Karangkraf, Berita Publishing atau Utusan. Sultan Muzaffar jadi editor majalah hiburan, Pakdi jadi editor majalah dakwah, Nazmi jadi editor majalah sastera, dan saya jadi editor majalah porn, hahaha!
Serious mode: kalau sepuluh tahun lagi GJ masih wujud pun, itu sudah cukup membanggakan saya. Walaupun masih seperti GJ hari ni, dari segi legal status dan aktiviti, kerana yang penting: GJ memainkan peranan merapatkan silaturrahim.
SM: Negara manakah yang belum saudara lawati tetapi ingin saudara lawati dan kenali dengan lebih mendalam.
MJ: Saya tak pernah keluar dari Malaysia. In fact, Malaysia pun saya tak habis jelajah lagi. Saya sudah sampai semua negeri di Malaysia kecuali Kelantan. Saya teringin melawat Kelantan.
Oh, saya tipu, saya pernah keluar dari Malaysia. Sekali. Masa kat Sarawak, saya pergi Tebedu dan langkah sempadan ke Entikong, Kalimantan, Indonesia.
Saya hampir-hampir pergi Korea, dah buat passport pun, lawatan pemimpin pelajar tajaan Kementerian Pendidikan. Satu universiti dua orang. Saya sudah dipilih universiti, tapi Kementerian di saat-saat akhir mahu setiap universiti hantar seorang lelaki dan seorang perempuan. Damn! Saya sangat kecewa waktu tu sebab saya tak cukup duit untuk buat pembedahan tukar jantina. Kalau tidak, dah tentu saya dah ke Korea.
Saya teringin ke Mesir, China, India, Amerika Syarikat, Perancis, Itali dan Iraq.
SM: Katakanlah saudara terdampar di sebuah pulau di tengah2 sebuah lautan luas. Anda boleh pilih seorang individu yang akan menemani saudara. Siapakah individu tersebut.
MJ: Doraemon. Doraemon boleh bekalkan apa saja yang saya nak. Lagipun, dia cute.
SM: Soalan yang sama, tetapi kini, anda dibenarkan membawa tiga buah benda, apakah benda-benda tersebut?
MJ: Tiga benda? Err, laptop, handphone dan helikopter. Helikopter digunakan untuk pulang ke tanahair untuk charge bateri handphone dan bateri laptop.
SM: Dalam masa 20 tahun, dalam fikiran saudara, apa agaknya yang akan saudara lakukan nanti?
MJ: Saya akan jadi penulis blog sepenuh masa, dan peguam sambilan.
{nyanyi} que sera sera... whatever will be, will be... the future's not ours to see... que sera sera... {/nyanyi}
Saya berpeluang untuk menonton Buli, buah tangan Afdlin Shauki yang telah saya puji dan kagum melalui hasil album Fuyoo !! nya. Tetapi menonton hasil seni filemnya saya merasa sedikit kecewa dengan apa yang saya tonton di layar. Saya akui kerja membikin filem bukan satu kerja yang mudah, juga memerlukan ongkos yang besar. Tanpa sokongan banyak pihak, sesuatu filem itu tidak mungkin dapat dijual atau dinikmati secara kolektif.
Tema buli telah digarap menjadi satu cerita yang menarik oleh Afdlin. Beliau menggunakan pendekatan yang lebih bebas tanpa mengecilkan skop penceritaan. Kelebihan sebagai stand-up comedian dipergunakan sebaiknya oleh Afdlin untuk me
Ia berkisar kehidupan Nordin, seorang programmer syarikat komputer Michaelsoft yang mempunyai perasaan rendah diri berjaya membina keyakinan apabila hasil kerjanya dihormati. Sayangnya kerana bentuk fizikalnya yang gemuk menyebabkan dirinya mempunyai rasa inferiority complex.
Keadaan fizikal yang gemuk dan sering dibuli rakan-rakan ketika kecil termasuk Roy (Hans Isaac) mengikis kepercayaan diri Nordin. Nasib Nordin sering tidak baik apabila Roy sentiasa mengikutinya ke mana-mana.
Apabila melangkah ke alam pekerjaan, Nordin mula mendapat keyakinan tetapi Roy muncul untuk meranapkan semuanya. Nordin sekali lagi menjadi mangsa buli Roy, memperlekehkan semua usaha Nordin dan mencuri hasil kerjanya yang akhirnya menyebabkan Nordin dibuang kerja.
Ketika berdepan dengan kemelut hidup, Nordin dipertemukan dengan Dr Ika (Nasha Aziz), seorang doktor jiwa dan atas bimbingan Dr Ika, Nordin berjaya mengembalikan kepercayaan diri.
Pengarahan
Sebuah filem yang baik bukan sekadar lakonan semata-mata. Sebuah filem yang baik merangkumi semua, baik dari segi pengarahan, fotografi, suntingan dan skripnya. Filem ini ada kesemuanya walaupun tidak baik sepanjang 2 jam filem ini ditayangkan. Saya mengatakan sedemikian kerana saya amat kagum pada separuh awal filem ini dan sedikit kecewa apabila di separuh akhir filem tersebut. Arahan Adflin yang dibantu oleh Naa Murad sebagai Penolong Pengarah sedikit pancit di separuh akhir filem ini. Arahannya sedikit tidak terarah. Begitu juga dengan teknik suntingan filem ini. Di permulaannya saya kagum dengan teknik fast-cut yang digunakan. Filem ini bergerak amat pantas dengan kesan fotografi yang baik. Pergerakan kamera yang pantas mampu menaikkan mood penontonan. Tetapi saya lama-kelamaan teknik tersebut hilang. Mewujudkan animasi tiga dimensi sekadar membuang duit. Adegan sedemikian walaupun bertujuan untuk menimbulkan kesan dramatik dan di luar dugaan sebenarnya hanya merugikan. Kesan khas pada adegan kemalangan juga kelihatan cacat-celanya. Sekadar percaya kepada kebolahan anak tempatan, saya akur dengan hasil tersebut. Masih terlalu banyak yang boleh dipelajari dan diperbaiki untul filem akan datang. Khabarnya Cilok bakal menyusul.
Lakonan
Selepas meluangkan masa hampir dua jam menonton filem ini, bagi saya Buli sebuah filem yang menghiburkan dan wajar ditonton tetapi hanya pada separuh pertama filem ini. Lakonan Afdlin agak baik pada separuh filem ini tetapi kelihatan tidak terarah pada separuh yang terakhir. Beliau seakan-akan menjadi dirinya pada separuh akhir filem ini. Nasha Aziz sebagai Dr. Ika sekadar mencantikkan filem ini. Lakonan beliau tidak seperti yang diharapkan. Beliau telah meletakkan Trauma sebagai benchmark yang terbaik untuk tahun ini dan beliau wajar mengekalkannya. Hans Issac sebagai Roy juga mampu memberikan lakonan yang lebih baik sebagai seorang antagonis. Aspek lakonan yang mampu mencuit perasaan saya telah ditonjolkan oleh AC Mizal. Beliau telah menampilkan satu lakonan yang stylistic dan telah mewujudkan kesan humor melalui postur dan mimik muka beliau. Lakonan Patrick Teoh juga menarik dengan dialog-dialog sini yang menjadi identiti watak tersebut. Watak beliau seakan parodi kepada Lim Kok Wing.
Penceritaan
Seperti kebiasaan, filem Melayu tidak dapat lari dari sub-plot yang banyak. Mungkin juga salah satu cara penyelesaian masalah pembuat filem untuk tidak membuat banyak filem, adalah dengan memasukkan banyak sub-plot dalam sesebuah filem. Pada awalnya, Buli ingin bercerita tentang masalah buli dan secara tidak langsung mengaitkan keadaan fizikal sebagai penyebabnya. Tetapi sayangnya tanpa matlamat yang jelas, Buli telah menjadi medan pertarungan dua pengaturcara perisian untuk membuktikan mereka pengaturcara asli perisian tersebut. Satu yang pasti lawak-lawak di dalam filem ini bersifat matang dan tidak membodohkan penontonnya. Sesiapa yang menyukai siri Ah-Ha sudah pasti menyukai Buli begitu sebaliknya. Komedi cara Afdlin merupakan komedi urban.
Runut Bunyi/Video Muzik
Kebanyakan lagu yang diambil untuk filem ini datangnya dari album Fuyoo! Afdlin. Tidak saya pertikaikan kesesuaiannya. Sesuatu yang menarik hati saya tentunya video muzik Waras yang menjadi lagu tema filem ini, yang telah dibuat dengan baik dan amat kreatif. Memandangkan saya hampir telah menghafal lirik lagu Waras dan saya turut menyanyi bersama-sama watak orang gila di dalam video muzik tersebut. Walaupun kelihatan murah tetapi setidak-tidaknya beliau telah menimbulkan satu kesan absurd dalam filem tersebut apabila menampilkan watak-watak dalam video klip menyanyikan lagu yang sama.
Secara keseluruhan saya meminati filem sebegini dipertontonkan kepada penonton Malaysia. Sebuah filem yang bagus dan berada pada kelasnya yang tersendiri. Buli dibikin agar dapat membuktikan yang Malaysia sebenarnya mempunyai idea-idea baru dapat pembikinan filem yang baik. Buli telah berjaya lari dari lawak bodoh filem-filem terdahulu.
Bukan saya sengaja tidak mahu mengulas Incubus In Concert, tapi memang benar saya tidak menonton konsert mereka secara total. Apatah lagi meng'hayati' persembahan mereka. Saya tidak mahu menyuarakan ketidak-puas-hati-an terhadap mana-mana pihak kerana saya masuk percuma. Tidak bayar seratus ringgit seperti para penonton "live" yang lain. Saya masuk dengan pas. Dan ada sedikit komitmen yang dijanjikan bersama pihak penganjur apabila saya bersetuju 'memakai' pas tersebut. Hasilnya saya hanya menonton persembahan Pop Shuvit dan OAG sahaja. Jadi kalau anda beriya mahukan reviewnya, saya akan menulis berdasarkan apa yang saya 'dengar' dan sempat 'lihat' sekali sekala.
Saya seakan terkejut kambing apabila mengetahui Linkin Park akan mengadakan persembahan mereka di Malaysia. Tetapi Incubus in concert was really a dream-comes-true kinda miracle. Kalau anda mahu tahu, Incubus membawa maksud: "a person or thing that oppresses, such as a nightmare".
Saya tidak pasti garis panduan yang bagaimana pihak 'berkuasa' mengguna-pakai untuk membenar dan menghalang sesuatu band dari luar negara untuk mempersembahkan konsert mereka di Malaysia, tetapi saya jangka pihak 'berkuasa' tidak memahami maksud Incubus itu sendiri.
Berdasarkan apa yang saya baca, makna Incubus kepada mereka lebih kepada: "lascivious male demon said to possess mortal women as they sleep and to be responsible for the birth of demons, witches, and deformed children. According to one legend the incubus and his female counterpart, the succubus, were fallen angels. The belief in these demons was especially prevalent in the Middle Ages, and stories of assaults by incubi were not uncommon. There are similar spirits in many cultures". Anda sendiri harus menjadi hakim terhadap isu ini. Dan saya tidak mahu menerangkan maksud Incubus secara lanjut. Apa yang pasti, Incubus seringkali dijemput untuk menjadi "opening acts" oleh Linkin Park setiap kali road show mereka. Jadi Incubus sebenarnya adalah anak didik Linkin Park.
First of all, biar saya rungut sedikit pasal venue yang dipilih. Bukit Kiara Equestrian Resort was a nightmare! Tiada sebarang public transport yang boleh sampai ke tempat destinasi. Jadi ramai yang memilih untuk memandu sendiri. Mereka yang tiada kereta terpaksa memikirkan inisiatif sendiri. Teksi mungkin. Kemudian keadaan tempat meletak keretanya juga amat menyedihkan. Kecil dan sempit. Jadi saya percaya ramai yang terpaksa meletakkan kereta mereka di sekitar Damansara Heights. Beberapa gerai dapat di lihat di luar kawasan tempat meletak kereta, tetapi makanan yang mereka sediakan tidak begitu menyenangkan. Tapi itu adalah satu satunya tempat makan 'awam' yang ada untuk mengisi perut yang kosong. "Security" yang ada juga tidak profesional. Mereka cenderung menjadi 'simbol keamanan' daripada menjalankan tugas yang sebenar. Memang pihak penganjur kurang prihatin terhadap isu-isu seperti ini.
Persembahan dimulakan dengan Linkin Park wannabe Malaysia - Pop Shuvit. Mereka yang jarang menyertai gigs underground barangkali tidak mengenali nama 'besar' mereka kerana muzik mereka diharamkan di stesen radio tempatan dengan alasan terlalu bingit dan bising.
Seperti biasa mereka mempunyai "chemistry" untuk meng'hoo-haa'kan majlis. Tidak tumpah seperti satu Gig hiphop-hard. Persembahan rap-core mereka biarpun tidak sehebat Linkin Park yang sebenar tetapi saya dapat rasakan penerimaan penonton terhadap muzik mereka. Penonton melompat, menjerit dan berseronok dengan persembahan mereka yang bertenaga, sebiji Linkin Park versi Asia. Kemudian persembahan diteruskan dengan kumpulan yang paling selamba di Malaysia, OAG. Kali ini mereka memilih lagu Inggeris mereka yang terkenal yang diambil dari album lama 60's TV. Berbeza dengan Pop Shuvit, OAG sebenarnya sudah mempunyai sedikit populariti bukan sahaja dari golongan peminat Melayu sendiri, tetapi juga peminat berbangsa Cina dan India. Jadi persembahan mereka lebih pop-rock, dan secara jujur, lebih mantap dan stabil dari pelbagai segi berbanding Pop Shuvit. Radhi - lead singer OAG sebenarnya mempunyai tarikan yang luar biasa meriah. Beliau mempunyai kredibiliti yang sangat disenangi ramai pemuda pemudi zaman kini. Peminat music nu-metal, hiphop-hard, punk rock dan funk rock di Malaysia rata rata sudah lali dengan pengakuan mana mana artis yang mengatakan mereka itu 'mat gian'. Jadi mood dan penerimaan penonton malam tersebut seakan merestui bakat dan kredibiliti OAG. Saya rasa Pop Shuvit perlu berusaha lebih gigih untuk meraih hati penonton terutamanya cara interaksi mereka dengan penonton barisan depan yang benar-benar peminat muzik bersifat 'core'. Tidak semestinya penyanyi utama harus bersembang dengan penonton, tetapi beliau harus peka terhadap reaksi dan tindak balas penonton khususnya penonton barisan depan. Persembahan secara live bukannya penggambaran MTV, mereka harus perbanyakan gerakan tubuh badan dan dalam masa yang sama, mengimbangi persembahan vokal mereka agar tidak nampak kaku dan tidak bermaya.
Sejurus selepas OAG berundur, jeritan 'in-cu-bus' mula berkumandang, suasana majlis mencapai suhu kemuncak apabila Incubus muncul dengan lagu pertama Megalomaniac. Dan menerusi apa yang saya dengar, peminat memang cukup berpuas hati dengan persembahan mereka. Incubus kali ini lebih cenderung menyanyikan lagu dari album terbaru mereka A Crow Left of The Murder, yang saya pasti, ramai yang belum hafal lirik lagu-lagu baru mereka. Lagu kegemaran saya tidak kedengaran. Stellar dan Drive dari album Top mereka Make Yourself tidak dinyanyikan. Incubus jarang berbicara, seperti juga Linkin Park, mereka adalah teenage-icon yang menjadi ikutan, dari cara pakaian, komunikasi sehinggalah dandanan rambut, saya pasti ramai peminat fanatik mereka yang bakal mengikuti fesyen yang mereka tonjolkan sepanjang tour AustraAsia mereka. Rata-rata penonton mereka terdiri daripada anak-anak muda bawah 20 tahun.
Kini saya ternanti nanti konsert Matchbox 20 atau Jimmy Eat World di Malaysia. Mereka mempunyai pengaruh muzik yang amat kuat terhadap bands dari sekitar Asia. Dan secara peribadi, saya sangat berhajat untuk menyaksikan konsert Coldplay, bukan di Malaysia, tetapi kalau boleh di Madison Avenue atau London. "Feel" menyaksikan konsert di Malaysia dan barat pasti berbeza.
Pada pendapat saya, sukar untuk kita mencari filem-filem Melayu kontemporari berbentuk komedi yang tidak memperlekehkan minda penonton. Sekarang, sudah sampai masa agaknya untuk kita mula dihidangkan dengan filem-filem komedi yang lebih bermutu. Maka muncullah Afdlin Shauki, seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara (saya pun tak tahu apa yang beliau belum cuba lagi) dan kini seorang pengarah filem, yang mengarahkan sebuah filem berbentuk romantik komedi (bersama Na'a Murad) yang dilakonkan dan digarapnya sendiri.
Seorang sutradara yang saya kenali, Yasmin Ahmad telah menghantar SMS kepada saya sejurus selepas beliau selesai menonton tayangan perdana filem Buli. Beliau memberitahu kepada saya dengan bersungguh-sungguh bahawa inilah filem Melayu paling kelakar yang pernah ditontonnya selepas filem Pendekar Bujang Lapok. Katanya, beliau ketawa terbahak-bahak sewaktu menonton filem ini, walau bagaimanapun, tidak semua penonton yang hadir yang ikut ketawa. Ada yang hanya duduk diam. "Mereka mungkin terkejut melihat sesuatu yang baru dalam filem Melayu." ulasnya.
Secara kasar, filem ini adalah sebuah filem komedi, tetapi entah mengapa, saya rasa filem ini bukan untuk semua penonton. Ada yang akan menyukainya dan ada pula yang tidak. Saya rasa begini kerana sejak dari awal lagi saya mengesyaki bahawa penonton Melayu agak subjektif - sukar untuk kita meneka kehendak sebenar mereka.
Bagi saya, mungkin filem ini setaraf dengan filem-filem komedi arahan Othman Hafsham seperti Adik Manja dan Mekanik yang telah dibuat dengan baik pada era tahun 80-an dahulu. Maksud saya, ia adalah sebuah komedi yang cerdik dan tidak cuba untuk membodohkan penonton, seperti yang kita saksikan dewasa ini sebelum kemunculan Buli.
Filem diterbitkan Grand Brilliance Sdn Bhd. Filem dengan kos produksi RM1.4 juta ini sememangnya mempunyai banyak kelainan.
Filem Buli ini berkisar tentang Nordin (Afdlin Shauki,), seorang pengatur cara komputer dari syarikat MichaelSoft Computer yang mempunyai masalah dengan berat badannya (saya mula merasakan filem Melayu mempunyai obsesi dengan watak-watak yang mempunyai masalah berat badan. Pada tahun lepas kita telah menyaksikan kemunculan filem Cinta Kolesterol, dan VCD Paling Comel... Tahun ini, Buli pula. Kenapa ya?).
Keadaan diri Nordin yang gemuk telah membuat dirinya dibuli sejak dia kecil lagi, terutamanya oleh rakan sekampungnya bernama Roy (Hans Isaac), yang entah mengapa akan muncul di dalam hidupnya dari kecil sehinggalah dia dewasa; semasa sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan di tempat kerja!.
Mungkin kerana sering dibuli, ditambah lagi dengan sifat "inferiority complex"nya, Nordin sering berfantasi untuk lari dari terpaksa berhadapan dengan masalah dirinya.
Dalam kekalutan dunianya inilah beliau diketemukan dengan doktor Ika (Nasha Aziz). Nordin jatuh hati kepada doktor Ika, walau bagaimanapun, doktor Ika sudah pun mempunyai seorang kekasih.
Dalam pada itu, Nordin terpaksa pula berhadapan dengan Roy di tempat kerjanya, yang terus membulinya, di samping cuba menciplak hasil kerjanya.
Dalam filem ini, terutamanya dalam bahagian awalnya, Afdlin banyak menggunakan adegan-adegan yang menggunakan teknik fast-cut. Saya agak terhibur melihat adegan-adegan ini dan cukup sedar, banyak telah dilakukan Afdlin untuk memastikan adegan-adegan ini dapat dilakukan dengan baik (di antaranya, menyediakan sebuah "storyboard" yang teratur dan rapi). Imej-imej yang dipersembahkan oleh Afdlin ini merupakan perbendaharaan baru dalam dunia perfileman Melayu.
Mungkin ada yang akan mengatakan filem ini terdapat banyak adegan-adegan yang tidak logik, tetapi ia telah dilakukan dengan konsisten seperti filem-filem tak masuk akal Stephen Chow (atau dikenali dengan panggilan "mo lei tau" di Hong Kong). Naratif visual filem-filem "mo lei tau" Stephen Chou unik kerana tak masuk akal, selain dari itu, pengarah komedi dari Hong Kong ini juga banyak menggunakan permainan bahasa berunsur komedi yang hanya akan difahami oleh penutur-penutur dialek Kantonis. Saya rasa perkara yang sama berlaku dalam filem Buli, di mana permainan bahasanya hanya akan difahami oleh penutur-penutur Bahasa Malaysia - tetapi jika dialih bahasakan, akan hilang unsur komedinya.
Saya rasa dalam filemnya ini, Afdlin banyak memberikan penghormatan ataupun "pay tribute" kepada beberapa sketsa yang diambilnya dari komik-komik Melayu terkenal seperti Gila-gila dan Ujang. Sebagai contoh, perhatikan adegan "menconteng arang" yang jelas 'dipinjam' dari majalah Ujang, dan juga gelagat-gelagat lucu sampingan yang kita dapat lihat berlaku di latar belakang pelakon.
Yang menarik juga tentang filem ini adalah selitan animasi 3D yang sebelum jarang-jarang cuba diterokai dalam filem Melayu. Walau bagaimanapun, saya merasakan adegan ini jika tidak diadakan, tidak apa. Langsung tidak akan mengganggu jalan cerita.
Sewaktu menonton filem Buli pada setengah jam terakhir, saya rasa filem ini seperti sudah kehilangan arah dan tumpuan. Filem ini tidak lagi tertumpu pada permasalahan berat badan dan "inferiority complex" Afdlin, tetapi kepada masalah perisiannya yang diciplak Roy dan apa yang cuba beliau lakukan untuk mendapatkan kembali kepercayaan dari majikannya, Tan Sri Micheal (Patrick Teoh). Yang lebih memeritkan lagi adalah adegan dalam wad sakit jiwa yang mempunyai banyak harapan untuk kita menginterpretasikan kepelbagaian semiotik (seperti mana yang terdapat dalam bahagian-bahagian awal filem Buli ini), tetapi akhirnya berubah menjadi sebuah muzik video yang kekurangan bajet.
Mungkin inilah masalahnya dengan filem-filem Melayu. Kebanyakan pembikin filem Melayu seperti mahu meletakkan segala-galanya dalam filem mereka sehingga hilang segala tumpuan dalam filem. Ada baiknya jika Afdlin tumpukan jalan cerita kepada masalah berat badan watak Nordin serta cara-cara untuk beliau mengatasinya. Adegan yang rompakan bank yang diketuai oleh watak penjahat yang dilakonkan oleh AC Mizal, sebagai contoh, telah mengelirukan penonton.
Di lain masa, saya harap Afdlin akan cuba meneliti skripnya dan cuba mendapatkan seorang Penyunting Skrip ("Script Editor") yang baik agar dapat mendapatkan yang terbaik dari apa yang diluahkannya melalui skripnya itu (kalau tak salah saya, sentuhannya selepas ini dipanggil Cilok, yang akan dihasilkan bersama Hans Isaac). Bahagian-bahagian yang tidak penting, perlu dibuang dan tumpuan harus diberikan kepada struktur filem dan perkembangan watak dan cerita. Komedi bukan calang-calang genre. Bagi saya, ia merupakan sebuah genre yang memerlukan penelitian yang paling terperinci kerana bukan senang untuk membuat penonton ketawa. Dengan adanya seorang Penyunting Skrip, kemungkinan tumpuan kepada penulisan yang lebih baik dapat diperah dari seorang yang berbakat seperti Afdlin.
Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang ada dalam filem Buli, saya rasa inilah filem Melayu yang telah digarap dengan baik berbanding dengan filem-filem Melayu yang saya tonton di panggung sejak kebelakangan ini. Jadi, untuk sebuah naskhah filem Melayu, saya anggap filem ini bagus, walaupun Afdlin masih mempunyai banyak lagi ruang untuk memperbaiki mutu arahannya.
Jika ditanya kepada saya adakah saya menyukai filem ini, jawapannya tidak. Jika ditanya pula kepada saya jika filem ini adalah sebuah filem yang baik, jawapan saya adalah: Filem ini adalah filem Melayu genre romantik komedi terbaik dari mana-mana filem dari genre yang sama yang banyak ditayangkan di pawagam-pawagam kita sejak kebelakangan ini. Jadi filem ini saya anggap penting. Ia penting kerana diharapkan filem ini dapat mengejutkan ramai pembikin-pembikin filem Melayu yang telah lama tidur (juga penontonnya) dan sedar bahawa kini, masa untuk filem-filem Melayu dengan lawak bodoh sudah berakhir dengan satu noktah.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji Afdlin kerana telah mengambil pelakon-pelakon dari pelbagai bangsa di Malaysia seperti mana yang cuba dilakukan oleh Othman Hafsham satu ketika dahulu (walaupun tidak begitu ketara, tetapi tak apa, ini satu permulaan yang baik). Pelakon-pelakon ternama seperti Sharifah Shahirah, Kartina Aziz, Hattan, Ako Mustafa, Soraya Dean, Jeslina Hashim, Jalil Hamid dan ramai lagi banyak membantu untuk membuatkan filem ini menarik, selain dari dapat menarik penonton ke pawagam. Kesungguhan dan keikhlasan Afdlin untuk menyiapkan naskhahnya ini juga jelas dapat kita lihat.
Afdlin saya harapkan akan satu hari nanti dapat membuahkan hasil yang lebih baik dengan membuat filem-filem komedi ala Woody Allen ataupun Wes Anderson dan bukan menjurus kepada komedi ala Farrelly brothers mahupun komedi "mo lei tau" Stephen Chow. Saya yakin, satu hari nanti beliau mampu membuat sebuah filem Melayu berbentuk "black comedy" yang pastinya hebat, dan yang lebih penting lagi, kelakar.
Pemenang Anugerah Weblog Terbaik gengjurnal.net yang kedua ini merupakan seorang yang lembut budi pekertinya. Saya bertemu pertama kali dengan beliau sewaktu Gathering gengjurnal.net yang ketiga baru-baru ini. Saya tertarik dengan gaya bahasa yang beliau gunakan. Saya sendiri tidak menyangka yang beliau bekerja dalam aliran kejuruteraan dan bukannya bidang bahasa. Itu kelebihan beliau. Ikuti wawancara saya bersama beliau.
Tentang Diri
SM: Boleh saudara perkenalkan diri saudara kepada para pembaca? Ceritakan serba sedikit tentang diri saudara, sebagai contoh; tempat di mana saudara dilahirkan, umur dan di mana saudara telah dididik satu ketika dahulu.
Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kepada suadara juga yang sudi menemuramah saya.
Saya dilahirkan di Melaka. Saya datang dari keluarga yang besar. Saya merupakan anak kelima dari tujuh orang adik beradik. Saya orang kampung, bukan dari golongan yang mewah. Hidup kami sederhana. Kehidupan saya banyak dicorakkan oleh keadaan keluarga saya yang berdarah Jawa. Di samping itu, pemikiran saya banyak dididik dari pergaulan dengan orang di sekitar saya, terutama semasa saya belajar di MRSM Taiping.
Kini, saya bekerja di aliran kejuruteraan sebagai ahli akademik. Meskipun kerjaya saya lebih menjurus kepada dunia logik yang penuh dengan teori, pengiraan, fizik dan sebagainya, jiwa saya lebih terisi dengan seni. Saya kira jiwa seni yang mengalir di dalam jiwa saya ini mungkin semulajadi. Bapa saya adalah orang yang berseni juga rupanya (itupun saya ketahui apabila saya melihat satu lukisan yang dilukis oleh beliau di sebuah rumah jiran berdekatan dengan rumah arwah nenek saya). Terus terang saya katakan, saya benar-benar kagum. Lukisan tersebut cukup cantik dan menarik. Tapi itulah satu-satunya lukisan karya bapa yang pernah saya lihat. Abang saya pun pandai melukis, walaupun dia menjurus ke bidang kejuruteraan. Bapa saudara saya pula pandai menyanyi. Saya kira, seni adalah sebahagian daripada genetik keluarga.
SM: Boleh saudara ceritakan rutin kehidupan anda?
Apa yang menarik tentang kehidupan saya ya? Rasanya sama sahaja seperti orang lain. Setiap pagi terpaksa bangun awal dan bersiap untuk pergi bekerja. Apa yang berbeza, adalah tugas masing-masing. Tugas saya memerlukan saya berhadapan dengan pelajar setiap masa. Dulu, saya fikirkan tugas ini adalah kerja yang rileks dan mudah. Tetapi kini, barulah saya mengerti ianya adalah satu tugas yang memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang besar. Apatah lagi terpaksa menangani karenah pelajar yang penuh dengan ragamnya. Saya perlu sentiasa bersedia. Ilmu yang saya ada masih belum cukup untuk disampaikan kepada orang lain. Oleh yang demikian, setiap hari saya terpaksa membuat bacaan untuk mempertingkatkan diri saya sendiri. Saya kena sentiasa mempersiapkan diri saya untuk mengajar. Setakat ini, saya gembira dengan tugas saya.
Di masa lapang, saya suka menghabiskan masa untuk membaca novel. Kadangkala, saya akan menulis sesuatu untuk diisi di dalam weblog atau untuk simpanan peribadi. Jika tidak, saya lebih suka meluangkan masa untuk berjumpa dengan kawan-kawan atau berjalan bersendirian di mana-mana.
SM: Siapakah tokoh yang anda kagumi menurut pendapat saudara?
Nabi Muhammad SAW. Betapa kerdilnya diri saya jika dibandingkan dengan sifat baginda yang begitu disayangi oleh Tuhan. Dalam pada itu, kasih sayang baginda lebih kepada umatnya- melimpah ruah hingga ke akhir hayat.
Selain itu, saya amat mengagumi semua guru dan pensyarah yang pernah mengajar saya. Bagi saya, orang yang memberi ilmu adalah cukup mulia di mata saya, biarpun dia garang, tak sporting dan sebagainya. Sebilangan besar daripada mereka telah mencorakkan diri saya pada hari ini. Oleh itu, saya terasa terpanggil untuk menyambung perjuangan mereka.
Saya masih ingat lagi seorang pensyarah saya yang cukup hebat dengan ilmu dan penyelidikannya, tapi dia adalah seorang yang cukup rendah diri, baik hati dan prihatin dengan pelajar. Dia menjadi role-model saya secara tidak langsung untuk memperbaiki diri saya pada setiap masa.
SM: Apakah warna kegemaran anda dan tentu ada cerita di sebaliknya ?
Saya suka warna hijau kerana terasa tenang dengan warna tersebut. Tapi, terus terang saya katakan, warna kegemaran saya sering mengikut keadaan dan mood. Baju saya banyak yang berwarna biru. Kereta saya pula berwarna silver. Kadang-kadang saya jadi orang yang praktikal tentang warna. Warna pink pun saya suka!
SM: Apakah buku yang benar-benar ingin anda miliki ataupun yang telah anda miliki ? Mengapa?
Seorang penulis pernah berpesan kepada saya, untuk menjadi penulis yang baik, kita perlu banyak membaca. Saya membaca bukan kerana ingin menjadi penulis tapi kerana minat. Saya ada banyak koleksi buku yang saya miliki. Buku-buku tersebut terdiri dari genre seram, fiksyen, drama, fantasi dan muhasabah diri. Secara peribadi, saya lebih meminati buku yang bertemakan cereka fantasi.
Koleksi buku yang saya hargai adalah The Lord of The Rings. Saya baca buku ini sebelum filemnya dikenali di seluruh dunia. Sebelum itu, saya hanya lebih berkongsi minat dengan kawan-kawan yang pernah membacanya. Selain itu, saya mempunyai buku seperti siri Harry Potter, buku fantasi karya David Gemmell, The Princess Bride, 1515 (Faisal Tehrani), Bukan Legasi Lalang (Siti Rohayu) dan lain-lain lagi.
Buku yang ingin saya miliki adalah koleksi siri Saga Artakusiad yang lengkap, karya Ahmad Patria. Siri ini terdiri dari siri 1 hingga 6, dan saya hanya memiliki 2 siri sahaja. Siri buku-buku ini sudah tiada lagi di pasaran kerana ia diterbitkan sekitar tahun 80-an. Dan sesiapa yang memiliki kesemua siri buku ini adalah satu keuntungan dan dikira bertuah. Peminat siri ini sanggup berbuat apa saja untuk melengkapkannya, termasuklah saya. Biarpun begitu, saya amat menantikan dengan penuh sabar buku ke-7 siri ini yang akan dikeluarkan tidak lama lagi yang bertajuk Legenda Numerius. Insya Allah.
SM: Apakah rancangan TV yang paling ingin anda sertai?
Saya rasa macam nak sertai siri Survivor atau Amazing Race. Tapi, rasanya saya mesti akan terkeluar dengan lebih awal atau tidak layak langsung! Saya tiada stamina yang bagus. Kalau boleh, saya ingin mencuba siri Who Wants To Be A Milionnaire. Bukan Telebriti!
SM: Dalam satu patah perkataan, jelaskan personaliti anda?
Sensitif.
SM: Apakah perkara paling nakal pernah anda lakukan sewaktu zaman remaja anda?
Banyak! Ada sekali saya kena kejar keliling kampung dengan seorang nenek di kampung saya dek kenakalan saya. Nasib baik mak dan bapa saya tak tahu, kalau tak habis saya kena belasah. Bila ingat balik, rasa teruk sangat. Jahat betul sebab main-mainkan orang tua.
SM: Apakah filem Melayu yang pernah anda tonton lebih dari sekali? Jika ada. Jika tiada, mengapa?
Layar Lara. Filem itu sungguh unik. Lakonan pelakonnya cukup mantap dan menghiburkan. Kalau nak cerita filem Melayu yang banyak kali ditonton, sudah tentu filem Tan Sri P. Ramlee. Kemudian, filem Indonesia Ada Apa Dengan Cinta? – saya tak ingat berapa kali saya tonton filem ini. (Bolehkah saya kategorikan filem ini sebagai filem Melayu?)
Tentang Weblog
SM: Apakah definisi sebuah blog yang tidak bagus ?
Layakkah saya untuk memberi kriteria sesuatu blog itu bagus atau tidak? Bagi saya, blog ini adalah satu sifat yang cukup peribadi. Ianya terletak pada pemilik blog berkenaan tentang apa yang ingin disampaikannya. Ada yang berminat untuk menulis tentang kehidupan sehari-hari, ada yang bercerita tentang pengalaman, pengamatan tentang kehidupan, masalah dan bermacam lagi. Tapi, apabila kita menulisnya secara terbuka di ruang siber, maka penulisan haruslah ditulis dengan bijak. Jika tidak, orang akan berkata syok sendiri. Saya dapati, sesetengah blog itu terlalu peribadi hinggakan jika ada orang yang tidak bersetuju tentang sesuatu benda yang dituliskan, penulis akan terasa tercabar. Ianya seperti begini, kau sokong – kau kawan. Kau bangkang – kau lawan. Tapi, tidak semua begini. Kalau bukan penulis blog berkenaan, mungkin sesama pengunjungnya.
Secara peribadi, saya sukakan blog yang mempunyai mesej dan ada pengisian. Di samping itu, ia harus mempunyai satu karisma atau aura yang dapat menarik saya untuk kembali kepada blog berkenaan. Blog ini bagus untuk kita mengenali karektor dan peribadi seseorang dengan lebih rapat. Melalui blog, saya lebih memahami dan menghormati kehidupan orang lain.
SM: Apakah yang mendorong anda menulis blog ? Bagaimana pula saudara memulakan projek blog saudara?
Saya berkenalan dengan dunia blog ini secara kebetulan. Semuanya bermula apabila saya diberikan alamat laman web sahabat saya yang dikenali sebagai Peaqour. Dari situ, saya jadi tertarik dengan konsep yang ditulis oleh beliau, laman web yang berbentuk diari. Mula-mula memang terasa pelik, tapi saya akui saya kerap membacanya. Seperti ketagih. Melalui web ini barulah saya sedar, ada banyak lagi laman web yang menarik. Sebelum inipun, saya memang teringin untuk memiliki laman web sendiri, cuma saya belum pasti apa yang saya ingin sampaikan di dalamnya.
Kemudian, saya mendapat inspirasi untuk menulis blog apabila melihat laman web Saharil dan Anas. Sungguh cantik dan kreatif. Apatah lagi diisi dengan pelbagai kisah yang menarik. Saya benar-benar terdorong untuk menulis dan meluahkan apa yang saya rasa. Ketika itu, hidup saya dipenuhi dengan keperitan dan kepayahan menyiapkan projek penyelidikan sarjana saya. Sewaktu saya menjalankan research, ada banyak dugaan yang terpaksa dihadapi- bersendirian. Saya tidak punya ruangan yang luas untuk melepaskan ketegangan dan kesengsaraan yang saya hadapi. Dari situ, lahirlah fajaronline, yang pada mulanya lebih banyak menceritakan tentang impian dan harapan. Juga dengan kenangan, sesuatu untuk diingati.
SM: Apakah misi blog saudara yang sudah tercapai ? Anda puas hati ?
Secara peribadi, kadang-kadang saya merasakan blog saya sudah mencapai tahap tepu. Maksudnya, saya sudah tidak tahu lagi apa yang ingin diceritakan lagi tentang impian saya sekarang ini kerana hampir kesemuanya lebih bersifat peribadi. Walau bagaimanapun, dulu saya bercita-cita untuk menjadikan website saya sebagai satu ruangan untuk saya agar dapat menemukan kembali dengan kawan-kawan lain. Dan ianya berjaya. Saya cukup gembira.
Saya jarang menulis sesuatu yang sedih, dan saya cuba elakkan jika mampu. Jika adapun, ianya ditulis dalam bentuk puisi. Saya merasakan blog ini adalah satu ruangan yang cukup baik bagi saya menyampaikan ilmu dan sama-sama berkongsi pengalaman hidup. Blog saya adalah cukup istimewa. Ianya banyak menceritakan tentang siapa diri saya sebenarnya walaupun bukan secara menyeluruh. Sesuatu yang dapat saya ingati.
Dan yang lebih bermakna, saya dapat menjalin persahabatan dengan ramai insan di luar sana. Kadangkala hubungan saya dengan mereka lebih erat. Tidak dilupakan, saya bertemu dengan penulis yang saya cari-cari selama ini, Ahmad Patria Abdullah, melalui blog juga. Syukur. Saya puas hati dengan apa yang saya terima.
SM: Sehingga kini, teknologi blog semakin berkembang. Blog sudah boleh dikemaskinikan menggunakan handphone dengan gambar-gambar yang dirakam dari handphone dan sebagainya. Fotopages contohnya. Secara tidak langsung membuatkan blog yang ada di blogspot, geocities, tripod nampak terkebelakang dari segi teknologi. Apa pendapat anda ?
Ianya adalah satu perkembangan yang baik. Saya juga seronok melihat bentuk blog yang baru. Kadang-kadang kita juga penat jika hanya membaca dan membuat penilaian di kepala. Apabila melihat seperti gambar di Fotopages, ianya menjadikan kita lebih seronok. Gambar adalah benda yang lebih bersifat abstrak kerana ia mampu berkata-kata dengan banyak tanpa susunan kata yang panjang.
Saya rasa, setiap blog baik dari yang dikemaskini menggunakan handphone, PDA, Fotopages mahupun di blogspot dan sebagainya- mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Masih ada pengikut dan pembacanya selagi diterima.
SM: Apakah aspek yang paling mencabar dalam menguruskan blog anda?
Masa dan idea. Saya amat sibuk pada masa sekarang. Kadang-kadang blog saya seperti terabai pula. Bila ada masa, saya pula tiada idea. Secara jujur saya katakan, saya lebih berhati-hati dengan apa yang ingin saya tuliskan di blog saya. Saya menyedari siapa pembaca saya. Takut juga kalau apa yang dituliskan itu menunjukkan riak atau mungkin juga mengguris hati sesetengah pihak. Saya tidak suka menulis yang terlalu peribadi. Apatah lagi perkara-perkara yang sedih. Saya takut lari dari matlamat dan tema laman web saya: tentang impian dan harapan. Ada perkara dapat kita kongsikan bersama, tapi sesetengah perkara rasanya cukuplah disimpan buat diri kita sahaja. Semestinya setiap apa yang dikatakan mestilah sesuatu yang baik dan terselit rahmat, kerana apa saja yang tertulis adalah doa dari kita. Maka, mahukah kita menghimpun perkara yang sedih semata-mata?
SM: Apa makna fajar ?
Fajar dimaksudkan sebagai cahaya putih. Tapi, nama fajar bagi saya itu adalah luas ruang lingkupnya. Bercerita tentang nama ini, banyak ceritanya. Saya pernah mempertikaikan nama yang saya dapat dari mak saya. Kenapa dalam banyak-banyak nama di dunia ini, nama fajar yang mak saya pilih? Sudahlah begitu, kombinasi nama saya juga boleh membuatkan orang salah faham. Namun demikian, lama-lama saya dapat menghargai dengan nama saya. Saya sendiri merasakan nama ini ada rahmat yang saya sendiri tidak sedari.
Di dalam kehidupan, kita sering menghadapi dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Adakalanya, kita boleh lemah dan hilang semangat untuk terus berjuang. Ianya dirasakan seperti malam gelap, yang semakin larut dan pekat. Tapi, di sebalik kepekatan dan kegelapan yang kita rasai, pasti akan ada harapan. Kerana di setiap penghujung malam pasti sejalur sinar fajar akan datang menyusul. Memberi harapan bahawa mentari akan kembali bersinar.
SM: Saya memang meminati karya-karya fiksyen sains. Apa matlamat Saga Artakusiad ?
Saudara SM pernah membaca salah satu siri Saga Artakusiad? Sebenarnya, Saga Artakusiad ini adalah sebuah karya yang diterbitkan lama dulu. Seperti yang telah saya katakan tadi, buku-buku ini adalah sukar didapati apatah lagi dibaca oleh generasi pada masa kini. Mungkin ada yang bertanyakan apa istimewanya buku fantasi Artakusiad ini. Sebenarnya, buku ini telah menambat hati saya sejak di bangku sekolah lagi. Hidup saya dibayangi dengan dunia Aurora yang penuh mistik dan magik. Penggembaraan hero yang bernama Artakus adalah amat menarik dan menyeronokkan. Melalui siri inilah saya berkenalan dengan ahli sihir, naga, jin, jembalang dan pelbagai lagi makhluk di dunia meta. Kebiasaanya, karektor sebegini hanya boleh dibaca melalui buku Inggeris sahaja. Tapi buku ini adalah merupakan perintis kisah fantasi di Malaysia. Bukan itu sahaja, pengolahan dan susunan kata yang ditulis oleh Ahmad Patria Abdullah adalah amat menarik dan indah. Malangnya siri tersebut terhenti pada siri ke-6 sahaja.
Ketika itu, saya sibuk mencari maklumat tentang siri berkenaan dan penulisnya samada di internet dan di mana saja. Saya pernah menuliskan berkenaan Saga Artakusiad di weblog saya dan saya menerima maklumbalas yang cukup mengejutkan! Barulah saya ketahui bahawa ramai peminat siri ini di luar sana. Oleh itu, saya bersama beberapa orang rakan dan peminat siri ini membuat satu projek untuk menghasilkan satu laman web dikhususkan untuk peminat dan penghargaan buat penulisnya. Tanpa disedari, usaha kami telah mendapat perhatian dari mereka yang rapat dengan Ahmad Patria sendiri. Dan akhirnya Abang Pat sendiri telah membuat kunjungan ke laman web saya, Rudy dan Elaira, di mana hampir gila saya dibuatnya kerana terlalu terkejut dan gembira. Hinggalah satu detik yang cukup bermakna di mana kami dapat berjumpa dengan penulisnya secara peribadi. Akhirnya, siri tersebut akan disambung.
Satu website khusus telah saya bangunkan di www.artakus.net bersama Elaira. Di situ, kami cuba mengumpul peminat-peminat siri berkenaan dan mereka yang berminat melalui Kelab Aurora. Website berkenaan bukan saja dikhususkan untuk kisah Artakus, tapi untuk penulisan karya fantasi Ahmad Patria yang lain. Di samping itu, diharapkan ia dapat mencungkil bakat penulisan genre fantasi Melayu di kalangan peminat-peminatnya.
SM: Saya berani mengatakan anda pejuang bahasa. Anda mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memartabatkan bahasa Melayu ke satu peringkat yang lebih tinggi. Bahasa yang anda gunakan terlalu berjiwa seni dan saya kagum dengan cara pengolahannya. Adakah anda sedang bercinta ?
Cinta itu adalah anugerah. Saya menulis bukan kerana saya sedang bercinta. Apa yang telah saya tuliskan adalah apa yang telah saya rasakan. Mungkin satu hari nanti saya akan menerbitkan buku saya sendiri. Maka, penulisan di blog adalah satu titik awal buat saya. Ah, itu cuma angan-angan saja. Lagipun, sejak dulu lagi saya amat meminati subjek Bahasa Melayu. Saya sering berlumba-lumba dengan kawan baik saya untuk menulis karangan yang bagus. Lebih-lebih lagi karangan berbentuk imaginasi. Saya cuba menulis di blog mengikut tatabahasa yang baik. Pengolahan itu mungkin dari pengalaman dan pembacaan saya. Lagipun saya bukanlah orang yang arif di dalam bidang ini.
Mungkin disebabkan oleh minat, saya suka menulis sesuatu yang indah dibaca dan didengar. Jiwa saya bersifat melankolik. Mungkin juga jiwang. Tapi rasanya itu adalah sesuatu yang bukan diminta atau dipaksa kewujudannya. Jadi, saya hanya mengekspresikan apa yang ada di dalam hati dan jiwa saya kerana setiap orang ada cara yang tersendiri untuk melahirkan apa yang mereka rasa, samada melalui lukisan, lagu, puisi dan bermacam lagi.
SM: Budaya cut & paste yang mudah apabila menggunakan komputer semakin menular. Adakah anda merasa tercabar apabila artikel atau tulisan anda diciplak ?
Semestinya. Saya tak kisah sekiranya mereka mahu cut & paste, tapi kena buat secara berhemah. Saya sendiri tidak pasti samada tulisan saya pernah diciplak. Benda sebegini lebih menjurus kepada peribadi masing-masing. Tapi, saya kira pembaca saya cukup menghormati apa yang telah saya tuliskan. Sekalipun mereka ingin menyimpannya, mereka akan memberitahu saya. Dan saya tidak pernah pula menghalang. Melainkan untuk tujuan komersil!
SM: Pernahkah anda diekori oleh peminat anda ? Jika belum, inginkah anda diekori oleh peminat anda ?
Betul ke saya ada peminat? Bukan glamour pun. Tidak, saya tidak pernah langsung diekori peminat. Lagipun saya bukanlah artis hatta orang yang terkenal sekalipun. Kelakar pula soalan ini. Sebenarnya saya rasa rimas kalau orang perhatikan saya. Ia membuatkan saya jadi curiga dan tertanya-tanya. Selalunya peminat saya akan menjadi kawan-kawan saya. Saya lebih suka begitu. Biarpun, kebanyakan daripada mereka belum pernah bersua muka secara peribadi. Tapi, saya amat menghargai mereka.
SM: Adakah anda suka apabila dikenali di khalayak umum ?
Bergantung kepada keadaaan. Sekiranya dikenali sebagai orang untuk diceritakan tentang keburukan, saya lebih suka menjauhkan diri. Tapi, apa juga yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau boleh, biarlah saya jadi dengan apa yang saya ada sekarang.
SM: Anda belum menghasilkan e-book. Tidakkah anda teringin untuk menghasilkannya ? Jika ya, apa matlamat anda ?
Ya, saya ingin menghasilkannya. Tapi, saya belum berkesempatan untuk melaksanakannya memandangkan tugas yang cukup sibuk. Insya Allah, saya akan menghasilkannya. Mungkin untuk dijadikan hadiah saya kepada pembaca-pembaca saya. Tapi saya belum pasti bila. Semoga saya diberi kesempatan untuk itu. Lagipun saya sedikit cerewet dengan sesuatu yang saya hasilkan. Kalau boleh, biar saya benar-benar puas hati dengan apa jua yang saya lakukan. Jadi, harapnya e-book saya nanti orang akan rasa seronok untuk disimpan dan dibaca.
Gengjurnal.net
SM: Apakah misi Geng Jurnal sewaktu anda menerajui kepimpinannya?
Saya cukup malu untuk mengakui bahawa saya menerajui kepimpinan GJ. Saya tak sumbangkan apa-apa pun. Saya sibuk dengan urusan lain. Saya lebih banyak menghabiskan masa untuk artakus.net. Saya sekadar membantu apa yang termampu. Keadaan, masa dan jarak memberi kesan yang besar untuk saya sama-sama membantu jawatankuasa yang ada. Namun, saya benar-benar kagum dengan usaha yang telah dijalankan, lebih-lebih lagi saudara Mie dan beberapa rakan yang lain.
SM: Sepuluh tahun akan datang, di mana anda ingin lihat gengjurnal.net berada ?
Saya ingin melihat gengjurnal.net menjadi satu komuniti yang disegani dan dikenali bukan sahaja melalui penulisan di blog malah melahirkannya di dalam bentuk buku yang dapat dipasarkan. Semoga komuniti ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama penulis dan pembaca serta menjadikan kita lebih prihatin dan menghormati kehidupan orang lain. Bukan saja itu, diharapkan agar ianya dapat memberi sumbangan yang berbentuk kemasyarakatan juga. Banyak perkara yang dapat gengjurnal.net lakukan untuk membawa pemikiran masyarakat ke arah yang lebih baik, berwawasan dan maju. Insya Allah.
SM: Negara manakah yang belum saudara lawati tetapi ingin saudara lawati dan kenali dengan lebih mendalam.
Singapura yang dekat dengan Malaysia pun belum saya jejaki, apatah lagi negara lain. Kalau boleh, satu dunia mahu saya lawati. Saya tertarik dengan keunikan dan keistimewaan yang dimiliki oleh negara luar. Saya teringin untuk melawat ke Jepun, New Zealand, Swiss dan bermacam lagi. Mekah dan Madinah sudah tentu bukan.
Insya Allah, satu hari nanti weblog saya akan ditulis di luar negara. Perjuangan hidup saya masih belum selesai sebenarnya. Ini sebahagian dari impian saya.
SM: Katakanlah saudara terdampar di sebuah pulau di tengah2 sebuah lautan luas. Anda boleh pilih seorang individu yang akan menemani saudara. Siapakah individu tersebut.
Tricky betul soalan ini. Terus terang saya katakan, saya mengambil masa yang lama untuk soalan ini.
Mungkin sahabat baik saya. Atau mungkin seseorang yang ada kuasa ajaib untuk selamatkan saya! (ketawa).
SM: Dalam masa 20 tahun, dalam fikiran saudara, apa agaknya yang akan saudara lakukan nanti?
Semoga pada waktu itu, saya bahagia dan gembira dengan apa yang saya kecapi. Jika dihitung dengan material, semestinya apa yang kita miliki tidak akan cukup. Begitulah sifat manusia yang lemah. Saya boleh katakan, saya nanti mahu jadi seorang yang selesa dengan kedudukan kewangan yang kukuh, keluarga yang bahagia, harta dan sebagainya. Tapi, itu cuma keindahan dunia semata. Saya kerap mengingatkan diri untuk tidak terlalu terkejar-kejar dengan dunia. Sedangkan pada masa ini pun saya masih lagi tercari-cari di mana letaknya saya dengan fitrah sebenar sebagai seorang manusia. Impian saya tetap luas, dan setiap satunya terselit harapan. Hati saya sering berkata, setiap perjuangan itu akan ada kemanisan di penghujungnya. Biar sepayah mana pun, kita akan disediakan dengan satu ruang yang dikhususkan buat kita merenungi siapa kita sebenarnya dan menghargai dengan apa yang kita miliki.
Seperti yang selalu saya bicarakan di blog saya, ‘seluas angkasa, begitulah impian kita’. Semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Insya Allah. Biarpun terlalu banyak impian yang kita cipta, namun sebenarnya setiap impian itu adalah satu harapan buat kita. Menjadi pendorong dan matlamat hidup ini. Tanpanya, saya rasakan seperti kosong semata. Namun, apa yang pasti, setiap impian itu akan memerlukan perjuangan. Dan setiap pejuangan itu pula akan memerlukan pengorbanan. Terpulang kepada kita bagaimana mahu menjadikan impian kita itu menjadi realiti. Di hujungnya nanti, matlamat kita semua sebenarnya sama, mengharapkan keredhaan dan rahmat-Nya.
Nota: Tunggu siri terakhir wawancara bersama Pemenang Anugerah Weblog Terbaik Gengjurnal.net, bersama Mat Jan. Dah tengah bulan dah ni. Rasanya lepas pilihanrayalah kot