<$BlogRSDURL$>

Limau Nipis - AvantGo

Laman Avantgo Limau Nipis oleh Nizam Zakaria

Wednesday, June 30, 2004

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 17



Linus telah mendapatkan tiket tayangan khas untuk menonton filem Spiderman 2. Pada mulanya dia telah menjemput Gundutz agar menonton dengannya. Tetapi Gundutz tak mahu. Gundutz bersungguh-sungguh tidak mahu ketinggalan menonton rancangan Akademi Impiana.

“Kau bawak jer si Rahmat tu. Dia cuti nyah!” saran si Gundutz.

“Nak ke dia ikut mak?” tanya Linus kembali.

“Apa pulak dia tak nak ikut? Ko ingat dia kekwats ke?”

“Entah nok. Mak macam tak konfiden jer dengan dia tu.”

“Kenapa? Sebab dia mat rempit ke?”

“Bukan, sebab dia kan ala-ala jantan taste mak gituh. Mak malu-malu lah sikit. Mak kan anak dara pengitan!”

“Hanjengs punya statementz!” Gundutz berkata kuat, sehingga bingit telinga Linus dibuatnya ketika mereka sedang berbual di telefon pada pagi itu. “Ko tanya jer lah. Kalau ko tak tanya, ko nak hem tanyakan ke? Hem kan mak ayam besar ala-ala akaq Azmil--”

Maka Linus bersetuju lantas meminta Gundutz bertanyakan kepada Rahmat tentang niatnya untuk memintanya menemaninya menonton wayang dengannya. Rahmat tidak keberatan, malah cukup teruja dengan pelawaan dari Linus ini.

Maka mereka pun berjumpa di MidValley seperti yang dijanjikan. Tepat pada pukul 7 malam, Linus pergi menemui Rahmat di hadapan toko pakaian Zara. Ketika Linus menemuinya, Rahmat nampaknya sedang memandang-mandang ke dalam toko pakaian Zara, tetapi takut-takut untuk masuk. Rahmat merasakan apa yang dijual di dalam toko pakaian tersebut terlalu mahal dan terlalu eksklusif. Nak masuk pun segan, dengan melihatkan pakaian yang dipakainya lusuh dan keadaan dirinya yang berserabut.

“Kau dah lama tunggu ke?” tanya Linus sambil tersenyum.

“Tak lama sangat lah, bang.” Jawab Rahmat.

“Eh, jangan panggil aku abang lah. Umur aku dua tahun lebih tua dari kau jer.” Linus tersipu-sipu malu. “Kau lapar tak?”

“Lapar jugak.” Jawab Rahmat. Sememangnya dia belum makan lagi sejak pagi tadi.

“Jom makan!” jemput Linus. Dia kemudian berjalan di sisi Rahmat untuk ke foodcourt yang letaknya di tingkat paling atas. Dia memerhatikan Rahmat, kemudian ke arah pengunjung-pengunjung yang ada. Mereka nampaknya sedang membawa hal masing-masing. Mereka langsung tidak mengendahkan dirinya yang nampaknya berpakaian pejabat yang serba kemas berjalan di samping Rahmat yang berpakaian serba sempoi.

“Tak banyak yang aku tahu pasal kau...” Jelas Linus ketika mereka berdua sedang makan nasi ayam yang telah mereka pesan.

“Alah, saya ni biasa je lah bang.” Jawab Rahmat. Linus masih rasa sedikit janggal apabila beliau dipanggil “abang” oleh Rahmat.

“Bukannya apa... Selalunya bila aku pergi ke rumah Gundutz dan bila kau pulak ada, kita tak banyak berbual.”

“Alah, abang yang sombong”

“Aku tak sombong. Cuma aku segan nak berbual dengan kau.” Jelas Linus.

“Ni kita berbual lah ni...” Ujar Rahmat dengan selamba.

“Kau asal mana sebenarnya ni?”

“Dari Muar.”

“Oh, orang Johor rupa-rupanya.”

“Tapi dah lama saya tak balik Muor.” Kata Rahmat dengan nada kecewa.

“Kenapa?”

“Tak ada apa yang boleh saya cari di sana.” Jelasnya dengan ikhlas.

“Bila Rahmat berhijrah ke KL?”

“Lama dah... Sejak empat tahun yang lepas.”

“Kenapa?”

“Nak cari makan di sini.” Jawabnya, setelah beberapa saat dia mendiamkan dirinya. “Saya orang susah, bang. Saya kena carik duit sendiri--”

“Keluarga Rahmat di sana macam mana?”

“Tinggal bapak saya sahaja. Saya seorang saja anaknya.”

“Tentu dia sayangkan Rahmat...”

“Dia memang sayangkan saya.”

“Emak pula?”

Rahmat memandang sekali ke arah Linus sebelum dia tertunduk menghadap makanannya. Agak lama juga dia diam sebelum dia menjawab:

“Dia tak ada lagi.”

“I'm sorry to hear that.” Ujar Linus serba salah. Dia memandang wajah sayu Rahmat. Linus mengeluh, lalu terus menjamah makanannya.

Setelah makan, mereka berdua terus berjalan di sekitar MidValley. Mereka tidak membeli apa-apa, sekadar berjalan sambil melihat barang-barangan yang ada di jual di sana. Apabila jam menunjukkan pukul 8.40 malam, Linus dan Rahmat terus bergegas ke arah panggung wayang.

Linus mengeluarkan tiketnya, yang kelihatan seperti sekeping poskad dengan gambar Spiderman di atasnya. Keadaan di bahagian lobi panggung sesak dengan pengunjung. Lantas Linus menyerahkan sekeping tiket kepada Rahmat agar senang nanti untuk mereka bertemu di dalam panggung jika mereka terpisah.

“Linus! What are you doing here?” tanya seorang gadis berbangsa Cina yang nampaknya berpasangan dengan seorang lelaki berkulit putih yang sudah agak berumur.

“Watching movies lah, Janet. Then what? Make movies, izzit? Randy and you are watching Spiderman also, I see...” ujar Linus dengan nada memerli. “Oh, by the way. This is my friend Rahmat.”

Mereka bersalaman. Rahmat kelihatan tersenyum segan. Kalau boleh dia mahu meminta beredar dari situ. Linus dapat merasakan keadaan Rahmat yang merasakan dirinya kekok berhadapan dengan rakan-rakan Linus yang kelihatan ranggi dan bergaya.

Rahmat merasa semakin kekok apabila teman lelaki Janet, Randy memandang ke arah Rahmat kemudian dia membisikan sesuatu ke telinga Janet. Dan Janet kemudian kelihatan seperti mengangguk setuju.

“Rahmat, kamu ingin duit lebih?” tanya Janet dengan tiba-tiba. Dahi Rahmat terkerut seribu.

“Saya tak faham.” Ujar Rahmat dengan jujur.

“Well, I think I should properly introduce myself. My name is Randy Cowan, I'm an Art Director at--”

Rahmat memasukkan kedua belah tangannya ke dalam kocek seluarnya. Sesekali dia akan memandang ke arah Linus yang sedang mendengar penjelasan dari Randy dengan teliti.Mereka nampaknya sedang berbual selama beberapa minit sambil beratur dan berasak-asak untuk masuk ke dalam kawasan panggung. Rahmat tidak tahu apa yang dikatakan Randy kepadanya dan kepada Linus, kerana loghat Australianya terlalu pekat untuk difahami.

Linus tersenyum. Kemudian dia memandang ke arah Rahmat. Linus tahu bahawa Rahmat tidak memahami kata-kata Randy kepadanya tadi. “Kita masuk ke panggung dulu. Nanti aku jelaskan segala-galanya di dalam.”

Rahmat mengangguk. Beliau bersalaman dengan Janet dan Randy yang nampaknya sedang berjalan ke arah panggung yang bertentangan. Mereka tersenyum lebar ke arah Rahmat sebelum mereka masuk ke dalam panggung tersebut...

**


Nampaknya, dalam musim yang baru ini, beberapa muka-muka baru telah diperkenalkan sebagai tenaga pengajar Akademi Impiana, sebagai contoh guru tari Carey, guru seni persembahan Puan Ogy Nawawi dan pakar motivasi, Dr. Cher. Persoalannya kini, apa akan terjadi jika pakar Feng Shui, Puan Vivian Foo diminta untuk menjadi penasihat serta tenaga pengajar Akademi Impiana?

Pelajar: Boboy
Nasihat: Bila you mahu menari beramai-ramai, you kena menari depan-depan sebab badan you ni seperti sebuah big mountain yang akan menyerap tenaga para pelajar lain. Banyak ong lah!

Pelajar: Indra
Nasihat: Rambut you kena dibuat tajam-tajam macam itu “poison arrow” biar you punya negative energy keluar dan kena pelajar lain.

Pelajar: Zaidi
Nasihat: You punya rambut bikin merah sikit, warna merah ni banyak ong bagi you.

Pelajar: Dara
Nasihat: You punya bibir bentuknya tak sesuai dengan wajah you. Jadi I cadangkan you cakap breep-breep saja biar bagi itu chi balance sikit.

Pelajar: Azam
Nasihat: I dapat tengok you punya tangan banyak keluarkan itu bad energies lah. You kena cover dengan handkerchief.

Pelajar: Fyrul
Nasihat: You punya badan ni simbolik macam papan lapis yang lembut dan rapuh. Tak banyak ong lah. Jadi you kena pakai baju kimono bagi cantik dan lebih in touch with your inner feminine self.

Pelajar: Sia
Nasihat: You punya muka ni nampak garang dan macam itu independent woman. Jadi, you kena nampak blur sikit biar orang boleh accept you senang sikit.

Pelajar: Khir
Nasihat: Rambut you mahu botak, tapi biarkan saja. Banyak ong lor. Bagi kilat-kilat lagi bagus macam cermin pa kua.

Pelajar: Linda
Nasihat: You punya Yang energy kuat sangat. Kena soften kan sikit dengan pasangan lelaki yang lebih lembut, macam Fyrul... Biar dia serap energy you itu nanti dan bagi stable itu negative energies.
posted by Nizam  # 5:32 PM

Tuesday, June 29, 2004

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 16



Timah baru selesai kerja shif malam. Dia keluar dari kawasan kilang tempat dia bekerja. Di luar kilang, dia mendapati Rahmat telah lama menunggu. Rahmat bekerja di kilang bersebelahan sebagai penjaga stor. Kerjanya membawa barang-barang keluar masuk ke dalam stor. Kerja Timah pula sebagai operator pengeluaran.

Timah dan Rahmat sebenarnya telah bersama sebagai sepasang kekasih sejak enam bulan yang lepas. Mereka telah diketemukan ketika Timah sedang berlari-lari anak ke arah perhentian bas untuk berlindung dari hujan lebat. Kebetulan pada ketika itu Rahmat, yang berusia dua puluh empat tahun, dua tahun lebih tua dari Timah, sedang menaiki motor kapcainya untuk pulang ke rumah sewanya.

Keadaan jalan raya yang becak telah membuatkan air dan lumpur terpercik membasahi pakaian yang dipakai Timah sewaktu Rahmat sedang membawa motornya di sisi Timah. Timah menjerit sekuat hati sambil memaki hamun apabila pakaiannya yang sedia basah itu kini dikotori lumpur. Rahmat berhenti untuk meminta maaf. Timah bermasam muka, tetapi Rahmat hanya mampu tersengih. Dalam keadaan hujan semakin lebat, Rahmat menjemput Timah agar menaiki motor kapcainya. Timah bersetuju, maka bermulalah persahabatan mereka yang nampaknya berkekalan sehingga ke hari ini...

“Semalam Akademi Impiana best ke?” tanya Rahmat. Dia menggaru-garu jambangnya yang baru hendak tumbuh itu. Matanya kuyu.

“Ada segment bila budak-budak tu hantarkan pesanan video kepada Adlina...” Beritahu Timah. Timah memakai topi keledar yang diberikan Rahmat sebelum dia menaiki motornya.

“Mesti diorang menangis lagi, kan?” tanya Rahmat, dia membawa motornya ke arah sebuah warung berdekatan untuk makan pagi.

“Biasalah.” Jerit Timah untuk memastikan agar suaranya dapat didengar Rahmat.

“Siapa yang paling kuat menangis?” tanya Rahmat bersungguh-sungguh.

“Farah dan Indra... Romantik kan?” tanya Timah kembali. Rahmat tidak menjawab. Dia terus membawa motornya laju-laju sehingga mereka tiba di warung.

Di warung di tepi kegemaran Timah dan Rahmat nampaknya dipenuhi dengan pelanggan-pelanggan yang datang untuk bersarapan. Seperti biasa, Rahmat memesan teh tarik dan Timah pula Milo panas. Mereka sama-sama memakan nasi lemak bungkus yang tersedia di atas meja.

“Tak sukalah tengok Akademi Impiana ni... Banyak kali tengok diorang menangis. Ntah apa-apa jer. Poyo!” tiba-tiba Rahmat bersuara.

“Alah, dalam keadaan diorang tu... Hidup tanpa hubungan dengan dunia luar. Tak ada TV, tak ada radio. Tak boleh berhubung dengan keluarga. Mestilah emosi!” bantah Timah.

“Tak kan lah lelaki pun nak emosi lebih-lebih?” tanya Rahmat.

“Awak tak kan tak pernah emosi?”

“Kalau sekadar nak berpisah sekejap, tak payah nak emosi lebih-lebih. Macho lah sikit!”ujar Rahmat bersungguh-sungguh. “Awak ada nampak saya menangis melalak-lalak ke bila saya hantar awak balik kampung kat Pudu bulan lepas? Tak ada kan?”

“Sebab awak tak sedih!”

“Siapa kata saya tak sedih?” Wajah Rahmat nampak serius. “Tu lah, kita dah bersama dah nak dekat enam tujuh bulan... Tu pun awak tak tahu perasaan saya.”

“Kalau awak sayangkan saya, awak dah menangis macam Indra.”

“Eh mengarutlah. Melalukan kaum lelaki jer. Awak ingat saya ni apa? Tak ada maruah ke?” Rahmat membantah. Nafasnya turun naik.

“Alah, kita nak gaduh-gaduh ni pun buat apa?”

“Takdelah nak gaduh.”Rahmat menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya. Dia mengunyah semahu-mahunya.

Timah berdecit. Dia suka melawan. Tetapi kali ini dia mendiamkan dirinya sahaja. Dia mendapati Rahmat tidak banyak bercakap seperti biasa yang dilakukannya. Rahmat terus makan tanpa sedikitpun memandang ke dalam wajahnya.

“Katakanlah saya mati... Awak menangis tak?” tanya Timah dengan perlahan.

“Menangis lah. Tapi tak kan nak menangis macam orang gila pulak macam si Indra tu.”

“Dia ada asma lah.”

“Dah tahu ada asma, cool lah sikit. Ini tidak!”

“Dia kan sayang kat Adlina! Sebab tu lah dia menangis!”

Rahmat menggaru-garu kepalanya dengan perasaan geram. Balik-balik itu juga yang diulang-ulang oleh Timah. Rahmat mahu menukar haluan perbualan.

“Saya tengok, ramai perempuan macam awak pakai tudung--”

“Jadi kenapa? Awak tak suka saya pakai tudung ke?”

“Bukan itu maksud saya... Tapi awak tengok lah budak-budak perempuan dalam Akademi Impiana. Ada yang pakai tudung ke? Tak ada kan?”

“Alah, hak masing-masing--”

“Tapi saya tengok kat rumah Gundutz hari tu... Ada ditayangkan sedutan mereka yang pergi audition. Saya tengok, ada dua tiga pelajar yang bertudung pergi audition. Suara mereka sedap, tapi kenapa tidak dipilih?”

“Tak cukup bagus lah tu. Dah diorang tak ada pakej!”

“Tak cukup bagus atau memang tak mahu ambil perempuan bertudung? Perempuan bertudung ni kira-kiranya tak ada pakej lah ni?”

“Eh tiba-tiba ke sana pulak kenapa ni?”

“Takdelah, saya nak tahu juga kenapa. Saya bertanya sekadar mahu mencari jawapan.” Rahmat melipat bungkusan nasi lemaknya. “Awak tengok diri awak tu. Tengok kawan-kawan awak. Alah, tengok aja lah akak-akak pergi pejabat yang beli kuih muih kat sini. Ramai yang bertudung. Tapi kenapa peserta-peserta Akademi Impiana dari musim pertama sampai sekarang tak ada walau seorang pun yang bertudung?”

“Saya tak tahu kenapa awak bangkitkan isu bertudung ni. Tapi awak sendiri suka tengok saya bila saya tak bertudung. Bila saya bukak tudung saya ni sikit jer awak dah... Stim. Ingat saya tak tahu ke?”

“Isk! Apa plak ni?” Rahmat tersipu-sipu malu. Timah merapatkan bibirnya sambil buat-buat senyum.

Timah memikirkan kembali kata-kata Rahmat tadi. Dia sendiri memakai tudung dan hampir kesemua rakan-rakannya juga bertudung. Tetapi dilihatnya, para pelajar wanita di Akademi Impiana kesemuanya tidak bertudung. Mungkin, artis-artis di Malaysia jika bertudung akan dilabelkan penyanyi lagu-lagu nasyid ataupun menyanyi dalam irama padang pasir. Mungkin itu sahaja layaknya penyanyi wanita yang bertudung di Malaysia, fikir Timah di dalam hati.

“Jadi apa lagi yang berlaku semalam? Ada pemilihan lagu baru, kan?” tanya Rahmat. Dia mula menghidupkan putung rokoknya.

“Sejak bila pulak awak berminat dengan Akademi Impiana ni?”

“Saja jer. Tak boleh ke?” jawab Rahmat dengan selamba.

“Boleh.” Jawab Timah sambil mengesat bibirnya dengan kertas tisu.

“Jadi... Fyrul yang awak minat sangat tu akan nyanyi lagu apa?”

“Lagu kumpulan Carefree... Kumpulan ni rasa-rasanya dari era 70-an.”

“Ye lah. Tak kan lah dari era 90-an pulak. Tak kan lah awak tak kenal dengan kumpulan Carefree.”

“Tak kenal lah. Mana saya ada dengar lagu-lagu lama ni semua...”

“Alah, kalau dia nyanyi lagu Carefree ni pon, nanti yang keluar suara kepit dia jugak.”

“Apa suara kepit?” Terbeliak mata Timah dibuatnya. “Ni mesti awak belajar cakap benda ni semua dari Gundutz kan? Bencilah awak ni!”

“Alah, sekali-sekala, apa salah. Dia kan kawan baik awak.” Rahmat ketawa kecil. Didapatinya wajah Timah berubah masam. “Sia dapat lagu apa?”

“Dapat lagu Tegar oleh Rossa... Dia kata lagu ni bermakna buat dirinya, sebab anak dia suka lagu ni.” Jawab Timah dengan cepat.

“Anak dia yang kecik-kecik tu pun dah minat lagu Tegar?”

“Lagu popular... Minat lah diorang.”

“Budak-budak zaman sekarang... Belum disuruh belajar membaca dan mengira dah pandai hafal lagu, kan?”

“Dah minat diorang ke situ...”

“Kalau saya ada anak... Saya nak ajar anak saya membaca dan mengira sebelum mereka nak habiskan masa diorang belajar menyanyi. Saya nak mereka rajin. Saya nak pentingkan pelajaran. Saya tak nak diorang jadi macam saya. Kena kerja berat angkat barang masuk keluar stor. Dapat duit tak seberapa.” Ujar Rahmat dengan nada perlahan. Dia menarik nafasnya panjang-panjang.

“Alah, kalau diorang nak jadi penyanyi pun apa salah! Penyanyi sekarang boleh jadi kaya. Boleh jadi glamor!”

“Tak salah. Tapi kalau boleh saya tak nak anak-anak saya jadi penyanyi. Carilah kerja-kerja biasa. Saya tak kisah. Asalkan jangan jadi penyanyi!”

“Awak anti sangat dengan penyanyi ni kenapa?” tanya Timah sambil bercekak pinggang.

“Tak ada apa-apa.” Jawab Rahmat pantas. Dia tertunduk ke bawah. Dia menarik nafas resah sebelum dia menyambung: “Timah... Awak tak pernah minat nak masuk Akademi Impiana ke?”

“Eh tak nak lah. Cukup lah si Gundutz tu berangan sensorang nak jadi artis! Saya tak mahulah. Saya segan.”

“Tapi awak ada bakat. Saya suka dengar awak menyanyi berduet dengan Gundutz. Suara awak memang sedap. Muka awak pun cantik. Awak tahu saya syok kat awak sebab awak cantik, kan?”

Timah tergamam. Rahmat tidak pernah memujinya begini. Malah, setahunya Rahmat tidak pernah memberitahunya mengapa dia mahu berkawan rapat dengannya sehinggalah mereka menjadi sepasang kekasih.

“Awak ingat tak, masa kita pertama kali jumpa? Masa tu keadaan awak basah kuyup. Saya tak pernah tengok wajah secantik awak. Terus saya suruh awak naik motor saya dan hantar awak pulang--”

“Eh, awak demam ke?” tanya Timah yang tidak percaya dengan apa yang didengarnya. “Awak ambik ganja lagi ke? Kan saya cakap jangan isap benda tu semua!”

“Eh takdelah. Saya dah lama berhenti!” Rahmat berdiri lantas menggerakkan kerusinya agar dia dapat duduk dekat kepada Timah. “Saya serius ni. Saya kenal dengan ramai budak-budak perempuan yang cantik-cantik--”

“Tahulah awak tu hensem. Budak-budak kat kilang saya pun ramai yang minat kat awak...” Timah memerli, walaupun dia tahu apa yang dikatakan itu benar.

“Awak tak bagi saya sambung... Apa yang nak saya katakan adalah, walaupun ramai budak-budak perempuan yang cantik-cantik yang saya kenal, bagi saya awak lagi cantik dari mereka semua. Awak sendiri pun tahu kan?”

Timah tersipu-sipu malu. “Adlina lagi cantik tau!”

“Entahlah... Saya tak minat dengan diorang tu semua. Saya tak suka dengan penyanyi tu semua.” Nada Rahmat berubah tegas. Dia memberi isyarat tangan kepada pelayan warung bahawa dia ingin membayar harga makanannya.

Timah menggaru-garu keningnya. Dia tidak faham mengapa Rahmat cukup benci dengan para penyanyi... Timah rasa, mungkin Rahmat ada menyimpan rasa benci yang amat sangat terhadap penyanyi-penyanyi Akademi Impiana tanpa pengetahuannya sendiri.


posted by Nizam  # 3:48 PM

Monday, June 28, 2004

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 15



Abang Besar: I think you're a genius!

Kakak Besar: Eh, kenapa pulak ni tiba-tiba?

Abang Besar: First, you made an unthinkable move to out Sia as a single mother. Now look at her. Dapat undian yang tertinggi. Kali ini, apa pula rancangan you?

Kakak Besar: We have to retain Fyrul. You know lah... We still need votes from silly girls who are so into pretty boys.

Abang Besar: Penting tu! Dioranglah yang paling ramai undi SMS.

Kakak Besar: And that's why it's about time we get rid of Adline.

Abang Besar: Tapi kenapa? She's good! I see potential in her. I think she has improved tremendously!

Kakak Besar: Hello... Ini Akademi Impiana, Bukan Malaysian Idol where we have to find contestants yang bertaraf dunia. Tujuan utama kita adalah untuk mendapatkan ratings yang tinggi dan jual SMS. Remember our main mission! Part cari bakat tu... Kalau ada pun, is only secondary. If we really actually found ourselves a talented singer, consider that a bonus!

Abang Besar: But it's not fare to her...

Kakak Besar: Tough luck. She has to face the fact that she's not cut to be a singer because people say so. Kalau dia ada album pun, ada orang nak beli ke? This is Malaysia, okay! In this country... Like I've said sampai mulut I berbuih, talent is not important. What is more important is good looks and gossip kisah-kisah cinta. Orang-orang Melayu, especially those K.G. dot com suka benda alah ni semua.

Abang Besar: They are into things they cannot obtain in real life -- like fame, fortune, good looks and love.

Kakak Besar: Face it, most of these losers can never find real romance, good looks, fame and fortune in their own lifetime. They look into these students as a form of escapism. So, they expect the students to be good looking, to fall in love with each other, and of course they should be made famous and be rewarded with fortune to boot! These students represent what they are not.

Abang Besar: So, We supply them with fantasies...

Kakak Besar: Sebab itulah rancangan asal “La Academia” kita tambahkan elemen “Impiana” di belakangnya. Akademi Impiana... Sebuah akademi menyanyi yang di tayangkan di laca TV di mana penontonnya boleh bermimpi dan terus bermimpi!

Abang Besar: Okaylah... I got it. Jadi apa yang you nak buat untuk pastikan Adlina akan terkeluar?

Kakak Besar: Well... You tentu dah tahu yang si Dara punya peratus undian konsisten rendah. Sebab itulah I arahkan agar kita berikan dia ikan emas. You tahulah, ikan emas ni bukan senang nak jaga. Kalau boleh hidup lebih 2 hari dalam akuarium besar tu dah kira bagus.

Abang Besar: Ikan tu dah mati--

Kakak Besar: That's the idea... Lepas tu dia akan menangis macam budak 12 tahun. Kemudian ramai yang pada mulanya mahu undi Adlina akan undi dia instead...

Abang Besar: Walaupun Adlina may be far better than Dara?

Kakak Besar: She has to go lah dear. You know, I personally don't like her.

Abang Besar: Alah, you don't like her because she reminds you of you when you were of her age, kan?

Kakak Besar: ...

Abang Besar: Kalau Adlina tak ada nanti... Indra kita nak kenenkan dengan siapa?

Kakak Besar: Fyrul kan ada... Hahahahaha!

Abang Besar: Kuang, kuang, kuaaaaaaggggggg!

**


“Rambut Fyrul macam rambut Aizizi geetoh!” Azmil mengusik si Fyrul. Dan si Fyrul ini pula mengibas-ngibaskan rambutnya seperti seorang ratu cantik.

“Rambut jer cantik?” Fyrul bertanya kembali, mengharapkan Azmil akan memujinya lagi.

“HAIYOHHHHH JAWAPANS!” jerit Gundutz kuat-kuat. Timah terkejut sambil mengusap-usap dadanya. Linus tersengih sambil matanya sesekali akan mengerling ke arah Rahmat yang ada bersama pada ketika itu. Rahmat sedang berada di rumah Gundutz, kerana beliau ingin menonton perlawanan bola Euro 2004 di antara Belanda dan Sweden yang akan diadakan pada malam itu.

“Rambut very der teknik rebonding ala-ala buat kat Afrika... Cantik ke nok?” tanya Linus. Gundutz ketawa sambil memegang perutsnya.

“Lain kali cubalah pakai tudung.” Azmil mengusik lagi. Linus ketawa sambil menampar dahinya sendiri.

“Nok. Koserlah Akaq Azmil kita ni... Apa motif dia nak pecahkan lobang si Fyrul yang dah pecah lobangs ni?” tanya Gundutz kepada Linus.

“Biasalah nok. Dia tak suka lah tu--”

“Apalah you all ni! Suka sangat buat fitnah.” Getus Timah sambil bercekak pinggang. Dia duduk di sebelah Rahmat sambil memegang lengannya dengan erat.

“Haiyohh... Akaq Timah sudah bersuara.” Linus menjawab nakal.

Fyrul mula menyanyi. Linus mengeluh panjang.

“Nok, dia kata dia nak luahkan suara dia... Tapi kepit jer nok mak dengar!” Keluh Linus dengan nada yang kecewa. “Mak yang woman ni pon suara very der jantan!”

“Alah nok... Bukan suara dia jer yang kepit...”

“Molot ko memang kak nam, kan?” Linus menjeling sambil membuat wajah yang dibuat-buat serius.

**


Neng Bairuza (Lirik oleh Dom Junior)


Selagi Ado... (kredit)


Telah ku tangisi penuh perasaan
Ker'na kukorbankan ikan emas
Namun undiku masih tak pernah tambah
Azmil akan pasti perli / *Apa yang harus lakukan
Pada malam konsert nanti / *Penyingkiran malam ini...


Ku tahu ku tak boleh menyanyi (lagu) /*Ku tahu ku tak boleh lari diperli
Kau tahu diriku tak berbakat /� *Oleh azmil pada malam konsert
Lagu yang diberi bukan pilihan ku / *Ikan emas mati pasti jadi topik
Apa yang engkau fikirkan
ingat bakat yang dinilai /� *Ingat senang pancing undi


Selagi ada kredit di handphonemu
Selagi itulah kau kan afundi
Selagi air mata ini mengalir
undimu tetap di beri
Ku takkan tercorot lagi,


Selagi kutak ter~keluar minggu nie
Biar budak lain ti~a~da lagi
tapi jika bakat yang dinilai pengundi
Pastiku akan sendiri...
Tersingkir pada minggu nie...


Selagi ada cinta yang digosipkan
Mereka pasti takkan terkeluar
Ku pasti ku antara yang tercorot
Ku terima segalanya
Walau hatiku merana...

*2nd version

**


Ada banyak perkara yang membuatkan perasaan Gundutz dan Linus runsing pada hari itu. Pada mulanya persembahan Fyrul yang menyakitkan hati mereka. Kemudian, kalimah “breep-breep” yang terpacul dari mulut Dara (dan mereka sama-sama dapati, kalimah “mesraaaaa!” yang digunakan oleh Boboy sudah boleh mereka terima, walaupun masih meloyakan). Kini, mereka menjadi semakin resah apabila Fyrul tidak diundi keluar dari Akademi impiana, tetapi Adlina.

“Haiyoh! Perlu ke Indra sedih sampai nampak macam berlakon, nok?” tanya Linus dengan mulutnya ternganga tidak mempercayai “drama” yang sedang disaksikannya.

“Siapa tak sedih nok... Fag hag dia dah takde lagi. Kalau si Timah ni nak pindah balik kampung dia pon, hem boleh nangis nok.”

Timah mencebik benci. Dia tidak menjawab kata-kata Gundutz. Air matanya bercucuran sedih pada ketika itu memerhatikan perpisahan di antara Indra dengan Adlina.

“Nok, ponen ni malukan kaum lelaki jer lah... OVER!” kata Linus dengan nada tidak puas hati.

“Tu lah nok... Perlu ke nak berlakon ala-ala nak pengsan bagai? Setahu mak, pondan macam ko jer yang buat macam tu. Ala-ala nak pengsan sampai hem kena kipas-kipas dada ko.” Perli Gundutz. Dia dan Linus tidak berpuas hati dengan apa yang sedang mereka saksikan. Mereka cukup meluat melihat keadaan Indra yang lagaknya seperti seorang makcik yang baru kehilangan suami apabila Adlina diumumkan akan keluar dari Akademi Impiana.

“Sejak bila pulak mak nak pengsan-pengsan ni. Over lah ko nok!”

“Alah, masa konsert Mariah Carey tu apa? Akaq Mariah keluar jer ko ala-ala tercungap-cungap gituh. Ye lah, ratu dah depan mana, kan?”

“Kejis lah ko, nyah. Segala-gala info tak relevan ko boleh ingat balik. Tak koser tau!”

Linus dan Gundutz kemudian asyik tertanya-tanya dari mana datangnya anting-anting yang dipegang Indra dan mengapa dalam banyak-banyak barang, anting-anting yang diberikan olehnya oleh Adlina. Gundutz menyatakan teorinya kepada Linus bahawa selama ini, Indra suka melihat anting-anting Adlina dan beliau mempunyai keinginan untuk memakai anting-anting tersebut di telinganya...

“Tak adil!” getus Linus kepada Gundutz.

“Memang nok.” Gundutz menggeleng-gelengkan kepalanya. “Ko tengok Azmil... Hem rasa dia pon tak suka dengan keputusan yang terpaksa dibacanya. Macam ala-ala bila dia baca keputusan Normah kena keluar dulu... Sama kan reaksi dia? Ala-ala motif kan? Memang keputusan kali ini tak adil!”

“Adil apa! I suka tengok Fyrul masih ada lagi di AI... Dia hensem!” sambut Timah. Rahmat kemudian.

“Tak koserlah. Gayah macam tu pon ko kata hensem!” Linus memeluk tubuhnya. Sesekali matanya akan menjeling ke arah Rahmat yang berseluar pendek. Linus cukup suka melihat bahagian betis Rahmat yang berbulu serta nampak kekar itu.

Linus tidak dapat memahami mengapa Timah boleh menyukai Fyrul, sedangkan Rahmat adalah seorang lelaki yang menarik baginya. Rahmat mempunyai segala ciri untuk menjadikannya tergolong dalam kategori seorang lelaki kacak. Mungkin beliau tidak mempunyai wajah lembut seorang model, tetapi Rahmat mempunyai wajah tampan yang nampak keras - lebih tepat lagi, Rahmat mempunyai perwatakan serta raut wajah yang “macho”.

“Alah, dah minat. Dia kan ada pakej untuk menjadi penyanyi!” kata Timah tanpa berselindung. Rahmat tidak berkata apa-apa. Dia kemudian memberitahu kepada Timah bahawa dia rasa mengantuk. Timah masuk ke dalam dapur Gundutz untuk menyediakan kopi untuk Rahmat.

“Pakej apa jadah kalau nyanyi suara kepitz!” kata Linus dengan perlahan.

“Tapi jumlah undian si ponen tu vote tinggi, nok! Sapa nak jawab?” tanya Gundutz.

“Ramai femfuan-femfuan macam Timah ni ala-ala undi dia sebab dia takde girlfriend.” Linus meluahkan pendapatnya. “Alah, ko tengok ler Zaidi. Ada bakat.... Boleh nyanyi. Tapi peratusan undi dia rendah. Sebab apa? Because he's taken! Si Zaidi dah ada girlfriend,” jelas Linus sebelum menambah lagi. “Si ponen lahanatz tu kan ala-ala single, so femfuan-femfuan ni nak feeling-feeling lah dengan dia!”

“Hello nok! Very der lesbo. Perlu ke? Hem rasa nak muntah pulak ni!”

“Alah nyeh, latent lesbian tendencies lah ni! Ala-ala femfuan-femfuan tak perlu ni suka betina sebenarnya, tapi ala-ala blur. Sebab tu lah diorang suka tengok lelaki lembut half-drag bagai dengan kimono segala. Sebenarnya diorang tak boleh terima hakikat yang diorang tu suka sesama pompuans. Ala-ala in denial, gituh!”

“Macam si Timah ni lah nok!” Gundutz sengaja menguatkan suaranya agar dapat di dengar oleh Timah yang sedang berada di dapur.

“Apa korang gossipkan pasal aku ni?” tanya Timah. Dia menjerit dari arah dapur.

“Takde apa-apa lah nok. Hem kata ko chanteks!” ujar Gundutz sambil tersenyum manja ke arah Rahmat yang nampaknya kelihatan mengantuk tatkala sedang menonton TV.

**


Bagaimana untuk penonton memahami maksud sebenar Juri Profesional (JP) yang selalunya tidak jujur ketika mengkritik para peserta Akademi Impiana:

(JP): Vokal anda masih boleh diperbaiki lagi
(Maksud Sebenar): Nyah, don't quit your day job as a fashion designer!

(JP): Komen saya semuanya sama macam Jeannie
(Maksud Sebenar): Aku komen ke tak, duit tetap masuk bank

(JP): Lagu itu sangat susah...
(Maksud Sebenar): I tak boleh nyanyi lagu you nyanyi masa I berkaraoke dengan kawan-kawan I

(JP): Kawalan suara/pitch you perlu dijaga...
(Maksud Sebenar): I takde modal lain nak komen you

(JP): You was awesome
(Maksud Sebenar): Aku komen ke tak, duit tetap masuk bank

(JP): A very retrosexual show
(Maksud Sebenar): I don't really know what the word means, whatever it is aku komen... Duit tetap masuk bank!

http://www.wordspy.com/words/retrosexual.asp

(JP): P.E.R.F.E.C.T... Perfect!
(Maksud Sebenar): Perfect ke? Apa-apa pun... Duit tetap masuk bank!

(JP): If you don't like the song, fake it!
(Maksud Sebenar): Macam lah tak you tak biasa “fake it” semasa berlakon dalam Akademi Impiana!

posted by Nizam  # 4:02 PM

Friday, June 25, 2004

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 14



Pada hari ini Gundutz pergi keluar makan tengahari dengan Linus. Seperti biasa, mereka akan pergi ke Shroom KLCC. Linus yang mengambilnya dari pejabat dan Linus juga yang akan belanja.

Mereka duduk di Shroom. Beberapa saat kemudian, pelayan datang untuk mengambil pesanan. Linus menghidupkan putung rokoknya. Kemudian, seperti seorang ratu, dia merokok. Matanya kini liar memandang seorang pakcik Melayu yang nampak bergaya yang sedang duduk di hadapannya.

"Nok, mak nak story kau ni..." Ujar Linus. Matanya masih tepat kepada pakcik tersebut yang kini telah berpaling ke arahnya sambil tersenyum. Linus membalas senyumannya sambil menghembuskan asap rokoknya ke arah Gundutz.

"Story apa nyah? Client ko ala-ala sexual harrasment kat ko lagik ke?" Gundutz memerli.

"Haiyoh, kau memang kak nam, kan? Ala-ala doakan mak kena sexually harrass dengan client mak yang tak perlu tu semua!"

"Okaylah... Hem tak nak kacau ko lagi. Ceritalah!"

"Alah... Semalam mak jumpa dengan kawan mak si Rama tu--"

"Rama mana ni nok? Rama-rama ke?"

"Hanjengs tau kau ni! Main-main pulak... Rama Balakrishnan lah. Make-up artis kawan mak tu."

"Oh si Rama tu... Kenapa dengan dia nok?"

"Dia kan ala-ala make-up artist kepada Terence, pemenang Akademi Impiana musim lepas."

"Oh, video baru Terence dia buat ke nok?"

"Ye lah, siapa lagik. Diorang kan kawan baik--"

"Jadi apa ceritanya, nok?" tanya Gundutz dengan penuh minat.

"Alah, dia kan rapat dengan Terence, jadi Terence banyaklah mengadu domba kat dia."

"Pasal apa nok?"

"Pasal karier dia. Pasal Gastro."

"Kenapa nok? Gastro nak tambah yuran lagi ke?"

"Bukan pasal tu lah sundels! Suka sangat ko merepek!" Linus menjeleng dalam-dalam. "Pasal dia tak puas hati dengan Gastro."

"Alah, dah jadi penyanyi bagai... Perlu ke tak puas hati?"

"Dia bosan... Orang asyik tanya dia: 'You dengan Leeza bila lagi nak kawin?'"

"Tak perlunya soalans!"

"Memang lah nok... Dia dengan Leeza mana ada apa-apa.. Kawan jer kan. Macam mak dengan ko ler. Tak nak mak kawan-kawan dengan ko, terus orang tanya kita, bila lagi nak kahwin, kan?"

"Choiii! Molot jahanams!" Jerit Gundutz. Suaranya kuat. Beberapa orang pengunjung menoleh ke arahnya. Linus ketawa sendiri sebelum dia merapatkan dirinya kepada Gundutz seraya berbisik kepadanya:

"Terence kata, dia jadi pelajar Akademi Impiana dengan tujuan nak belajar. Bukan nak bercinta. Tapi bila masuk sana... Semuanya tak macam yang dia bayangkan."

"Kenapa?"

"Dia kena paksa buat itu dan inilah... Ala-ala AI tu ala-ala semi realiti show, sebab para pelajar akan disuruh buat itu ini. Suruh menangis lah... Suruh bercinta lah--"

"Dia ala-ala dicouplekan dengan Leeza lepas Normah disingkirkan, kan?" Gundutz mencari kepastian.

"Tu lah nok. Ada ke ko pergi sekolah tiba-tiba ada cikgu cucuk jarum suruh ko bercinta dengan si anu. Kan very der salah one!" Linus menjeling sambil menghisap rokoknya dalam-dalam. "Nok... Sebenarnya ada 'puppet master' yang suruh dia buat itu lah, buat ini lah. Bercinta lah. Main dengan emosi lah..."

"Last-last dia ikut jugak kan?"

"Dia terpaksa... Dain sain kontrak bagai..."

"Siapa 'puppet master' ni nok?"

"Entah... Mak tak tanya pulak."

"Hemm... Ko ni buat hem saspen plak, kan?"

"Tapi semuanya ala-ala dirancang. Kalau tak dirancang, tak kan lah semalam kita nampak budak-budak AI pakai bandana Shotlink? Macam walking advertisement tak perlu pulak, kan?"

"Very der tak perlu lah. Semuanya ala-ala komersil! Budak-budak ni kena jual air dalam tin lah... Jual kertas tisu lah. Jual baju cap buaya lah... Macam-macam lah nok! Hem sekarang konfius. Hem dah tak tahu apa hem tengok dah. Hem tengok rancangan Akademi Impiana atau hem tengok iklan?"

"Sekurang-kurangnya kau tahu nyah... Budak-budak bodoh bawah umur ni semua mana tahu. Diorang tahu tengok jer. Lepas tu beriya-ia percaya." Ujar Linus perlahan. Caesar salad yang dipesannya telah pun sampai.Begitu juga club sandwich yang dipesan Gundutz.

**


Berikut adalah lagu hits "Kau Dan Aku" nyanyian Neng Bairuza, lirik oleh Dom Junior versi yang tidak akan dinyanyikan oleh Adlina dalam konsert ketiga Akademi Impiana nanti...

Kau Dan Aku

Rambut dye keemasan
Sinar menyilau TV
Dipadan spek warna
Kalah kak Nita...a....a...a....

Komen tergedik-gedik
menjadi host dia~ri
turut mengacari
imbasan 'kademi

Engkau dan aku
Ada punya persamaan
Bagai Indra dan Adlina
Sering digosipkan
Berputik cinta asmara
Hanya rekaan semata
Memenuhi citarasa penonton GAstro.
( Kau dan aku... )

ikan emas percuma
Warnanya kemerahan
Siapa pulak sponsor
Makanan ikan.

Ikan berenang lesu
di temani sang ketam,
Jangan tak bagi makan,
Tak lama 'kan terapung-apung

Quote of the day: "Cola ada 9 sudu gula" by Mas.

posted by Nizam  # 3:48 PM

Thursday, June 24, 2004

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 13



Kakak Besar: I think some people think that we should stop talking about Zurina's relationship with Khairi. They don't like it.

Abang Besar: Aku pun tak suka... Bukan aku dah cakap siang-siang ke?

Kakak Besar: Manalah I tahu... It was suppose to be a joke, remember?

Abang Besar: It's no joke to our sponsors! They think that it's bad press for Khairi. They don't want Khairi to look like a heartbreaker. He's supposed to be a sweetie remember???

Kakak Besar: Ye lah, the innocent one. The one yang kena dump by his girlfriend who is actually a slut. The one whose heart has been broken many times.

Abang Besar: So what are we going to do now?

Kakak Besar: I guess, I will talk to Zurina...

Abang Besar: You nak suruh dia buat apa?

Kakak Besar: I suruh dia buat confession depan one of the boys.

Abang Besar: Okay... You can get Fyrul to listen to her. Macam sister to sister talk lah.

Kakak Besar: Well... I dah plan pun untuk buat macam tu. Kita boleh suruh Zurina untuk buat confession kat tempat biasa. Biar satu Malaya tahu dia dah ada boyfriend baru. Lagipun the joke dah basilah...

**


“Nok... si Azam ni tak serik-serik ke?” Tanya Gundutz. Dia mengusap-usap rambutnya yaang pendek itu.

“Kenapa dengan dia?” tanya Timah sambil mengupas biji kuaci dengan giginya.

“Ko tengok lah dia tu... Tak serik-serik ke nok? Datuk Jusoh Hafsham kan dah tegur suruh nampak lebih lelaki. Ala-ala jangan nampak woman sangat. Ni tidak! Dia makin over plak!”

“Over apa pulak ni! Aku heran lah. Aku dah tengok betul-betul si Azam ni... Aku tak nampak langsung apa yang Jusof Hafsham dan kau nampak. Dia okay aja, apa!”

“Alah nok, pondan pecah lobangs macam si Kitchy Rashomon tu pon ko hengat jantan. Koser ler ko. Very der mata potek one!”

“Alah... Macam ko lah, semua lelaki dalam dunia ni adik-adik kan?”

“Eh mana ada!” Gundutz menafikan sekeras-kerasnya. “Rahmat tu seteret apa. Dia kan very der abangggggggsss! Taste hem okay! Vecaks mak tengok dia!”

“Eh gelilah kau ni!”

“Nok... Mak serius ni. Kenapa dia bertocang ni? Very der salah one lah nok.”

“Alah, biarlah dia nak tocang ke... Nak pakai riben ke. Dia punya pasal lah. Janji cute.” Ujar Timah bersungguh-sungguh.

“Zaman sekarang mak tengok... Ramai lelaki yang very der salah one. Pakai ala-ala skaf lah, pakai cekak lah. Koser tau! Mak yang woman ni pon ala-ala rambut pendeks. Macam mana tu? Terbalik kan dunia ni?” Gundutz merungut-rungut.

Timah terus makan kuaci. Perutnya rasa lapar, tetapi memandang sekarang waktu hujung bulan, dia terpaksa mengikat perutnya. Nasib baiklah si Gundutz akan memasak selepas selesainya rancangan Diari Akademi Impiana ini selesai, jika tidak, mungkin dia terpaksa makan maggie di rumahnya sahaja.

“Haiyoh... Semua pompuans menari sama-sama!” ujar Gundutz dengan ghairah. Dia sedang menyaksikan para pelajar diajar oleh guru tarian Lina Yasmin menari. Lina nampaknya sedang mengajar pelajar-pelajar wanita menari mengikut langkah tarian yang harus diikut oleh pelajar-pelajar perempuan.

“Apa pulak semua perempuan? Kan Fyrul ada menari sama!” bantah Timah.

“Woman lah tu nok. Dia kan very der woman gituh! Sampai tarian untuk femfuans pon dia nak ikut sama. Feeling-feeling woman lah tu!” Gundutz tersengih sendiri sambil mengambil beberapa biji kuaci kepunyaan Timah.

**


“Saya memang kecewa masa clash dulu. Siapa tak kecewa...” Ujar Zurina kepada Fyrul. Dia tidak mengharapkan Fyrul agar bersimpati kepadanya. Dia sekadar mahu mendengar ceritanya.

“Apa jadi sebenarnya?” tanya Fyrul dengan wajah prihatin.

“Dia tinggalkan saya. Bila dah terkenal, saya ditinggalkannya macam itu sahaja.” Zurina memandang ke lantai. Dia teringat kembali saat-saat sedihnya apabila ditinggalkan Khairi.

“You kena sabar. You tumpukan dengan yang satu tu--”

“Awak dah tengok boyfriend baru saya ke?”

“Dah... Kan awak dah tunjuk masa concert tu...” Katanya dengan laju, kemudian dia menambah lagi: “Ok lah dia tuh...hens... ermm... Not bad."

“Boyfriend saya muka dia macam awak, Fyrul. Tapi dia macho lah. Badan dia tak kurus macam awak...”

“Macam mana tu?” tanya Fyrul ingin tahu.

“Versi jantan you lah! Tak lembut.” Jawab Zurina dengan tegas dan jujur.

Fyrul hanya mampu tersenyum tawar...

**


Kelas Umi Fauziah... Pada peringkat awal beliau mengadakan sesi meluahkan perasaannya dengan para pelajar. Beliau meminta para pelajar untuk melahirkan apa yang terbuku di dalam hati mereka; Apa yang mereka tidak berpuas hati tentang cara beliau mengajar. Menurutnya, beliau tidak pernah bersekolah dalam bidang lakonan, hanya memperolehi ilmu berdasarkan ilmu-ilmu yang dikutip dari sahabat-sahabat sewaktu sama-sama bekerja dalam bidang lakonan. Mereka itulah guru-guru beliau. - SM

Berikut merupakan di antara jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh para pelajar Akademi Impiana apabila mereka disuruh oleh Guru Seni Persembahan, Puan Ogy Nawawi agar memberi komen serta kritikan tentang cara beliau mengajar.


Adlina: Umi adalah cikgu saya yang paling baik dan paling cute sekali. Saya sayang Umi!

Indra: Walaupun saya pernah diajar oleh Nora Noordin, umi tetap yang terbaik dari yang terbaik

Sia: Saya cukup memahami perasaan seorang ibu yang akan memarahi anaknya di atas nama sayang...

Fyrul: Umi memang baik. Satu hari nanti saya akan cipta rekaan fesyen tudung kepala yang lagik vouge untuk umi.

Dara: kaku ku kaki ke Lulu kok Brip-Brip.

Azam: Umi lebih baik dari KRU. Saya nak ikut style umi pula lepas ni. Saya nak ikat rambut saya macam umi buat masa umi muda-muda dulu.
posted by Nizam  # 4:24 PM

Wednesday, June 23, 2004

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 12



Gundutz kebosanan di dalam pejabat. Tugasannya telah selesai. Kadang-kala dia akan menguap sendiri. Kadang-kala pula dia akan menoleh ke belakang untuk melihat wajah Kak Zaidah yang sudah seminggu tidak menegurnya itu. Dia tidak kisah jika Kak Zaidah tidak menegurnya lagi sampai bila-bila. Lagi dia suka, kerana dia tidak suka berbual kosong dengan Kak Zaidah yang suka sahaja mengumpat...

Gundutz lantas mengambil keputusan untuk membuka laman Gastro yang ada menampilkan laman khas untuk Akademi Impiana. Di sana, beliau membaca sinopsis Diari Akademi Impiana untuk hari ini:

Hari ini, INDRA telah memberitahu satu 'rahsia' kepada ADLINA. Rahsia apa yer? Tapi kenapa pulak kena beritahu kat ADLINA saja? Kenapa tidak boleh beritahu rakan-rakan Akademi IMPIANA yang lain? Kalau nak tahu apa 'rahsia' tersebut, jangan lupa untuk menonton Diari Akademi Impiana 8.30 malam ini hanya di Gastro Warna.

Gundutz terkekek-kekek sendiri. Dia terus menggunakan telefon pejabatnya, lantas menelefon kawan baiknya Linus Lim, seorang peguam di sebuah syarikat guaman terkenal di Kuala Lumpur.

“Nyah, ko bz ke?” Tanya Gundutz.

“Ada lah sikit, tapi cakap jer lah nok.” Ujar Linus dengan petah dan fasih. Gundutz telah mengenali Linus sejak dari tingkatan tiga lagi apabila mereka bersekolah di sekolah menengah yang sama. Mungkin kerena mereka sama-sama lembut, maka dengan sendirinya mereka berkawan rapat sehinggalah Linus melanjutkan pelajarannya ke UK. Mereka kembali berkawan apabila Gundutz terserempak dengannya di sebuah kelab malam yang terletak berdekatan dengan Jalan Bukit Bintang. Walaupun Linus kini bergelar seorang peguam dan Gundutz pula sekadar seorang kerani biasa, Linus tetap berkawan rapat dengannya. Bagi Linus, Gundutz merupakan satu-satu sahaja rakannya yang memahami perasaan dan jiwa raganya...

“Alah, ko bukak website Gastro.” Saran Gundutz. Linus mengepitkan ganggang telefon ke telinganya lalu menaipkan sesuatu ke dalam laptopnya.

“Jadi kenapa?”

“Ko baca ler nok... Pasal Diari Akademi Impiana hari ni. Very der salah one!”

Linus membaca apa yang telah disuruh baca oleh Gundutz dengan sekali lalu.

“Tak perlu nyerrr!”

“Very kan?”

“Kenapa ah nok... Mak tak paham dengan diorang ni. What sick pleasure they get from match making people?”

“Entah nok. Mana hem tahu. Ko tanya hem buat apa, sundels! Hem bukan macam diorang tu semua.”

“But they really seemed to enjoy it. Entahlah. I tak paham you all orang Melayu ni. Ye lah, tengok wartawan hiburan you all. They have nothing better to ask the “artis” but; 'Bila lagi nak berlangsung' atau 'bila lagi nak kahwin dengan si anu tu'. Yang paling tak koser, wartawan hiburan yang dah sedia pecah lobang tanya kat artis der adik-adik soalan-soalan tak perlu ni. Macam mana tu? Sapa nak jawab?”

“Koser statementz! Tapi biasa lah... Nak idop. Orang kampung mana tahu, kan? Diorang ni semua nak jual majalah... Nak jual iklan kat TV, mesti lah buat benda-benda ni semua!”

“Whatever it is... I rasa kan, si Indra punya rahsia tu berkenaan dengan diri dia--”

“Ye lah. Hem pun rasa jugak!” Gundutz kemudian menambah lagi. “Hem rasa, mesti si Indra cakap kat si gedik tu: 'I nak bagitahu you satu benda pasal diri I. I ni sebenarnya adik-adik... Sebab tu kekadang I pecah lobang. Jadi I tak nak you tergedik-gedik dengan I lagi. I bukan lesbian macam you tau!'”

“Haiyoh! Very der!” Linus ketawa buat beberapa saat. “Mak kesian ler tengok couple dia. Tiap-tiap minggu datang konsert. Very der setia one ala-ala bagi sokongan.”

“Very kan, nok! Kalau hem... Tak sanggup lah! Nak-nak kalau ada pompuan gedik dok kacau laki hem.”

“Alah, it's all acting lah.” Linus membuat spekulasinya sendiri. “Semuanya dilakukan untuk dapatkan ratings. As if you don't know.”

“Alah, hem tahu...” ujar Gundutz perlahan, kemudian dia bersuara lagi. “Nok, kat dalam forum AI ada lahanatz-lahanatz ni yang jadikan isu agama si Lina. Diorang tak boleh terima Lina tu Kristian.”

“Haiyoh so salah one!”

“Itulah! Sampai topik sensitif tu terpaksa dikeluarkan bila ramai yang protes!”

“Mak heranlah nok. Just because she's berlainan agama, it becomes an issue.”

“Hem takde isu dengan kau pon nok!”

“Alah, kita kan sekaum! Koser lah ko ni!” getus Linus. “But to some people, Malaysia ni tempatnya hanya untuk Melayu-Islam sahaja. The rest... They are to be seen but not heard.”

“Alah, diorang ni semua memang macam tu lah nok. Tak boleh menerima orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka.”

“They are very der very sad bunch of humans. Tapi nak buat macam mana kan?” Ujar Linus sambil menarik nafasnya panjang-panjang.

Akademi Impiana – Dah Sakit?
posted by Nizam  # 4:51 PM
Dua hari lagi Festival Filem Malaysia ke 17 akan berlangsung membawa tema 'Filem Malaysia Era Globalisasi' oleh azmi/mot

Sungguh ironi bukan? Bukannya apa dari semua filem yang bertanding, tidak ada satupun yang diiktiraf diperingkat antarabangsa ataupun dapat bertanding ke final di mana-mana festival filem antarabangsa. Jadi di mana gobalnya festival kali ini yang nampak seperti 'terpaksa' dilakukan kerana ia adalah acara tahunan. Ini jelas kerana festival yang sepatutnya diadakan selama 3 hari dijadikan 2 hari kerana belanja telah dikurangkan dari 2 juta ke 1 juta? Jadi dimanakah festivalnya jika ia hanya ada malam anugerah dan sedikit bicara filem yang masyarakat Malaysia tidak lansung terasa festivalnya, sebagaimana rakyat malaysia tertunggu-tunggu akan Academy Awards kerana ia dijalankan secara langsung di televisyen dan promosi besar-besaran oleh media dan korporat-korporat. Mungkin festival ini hanya ditunggu-tunggu oleh kalangan orang filem sahaja. Renungkan..

Mungkin hanya rakyat Kuala Lumpur yang tahu kehadirannya kerana terdapat banyak bunting yang digantung sekitar kuala lumpur di mana langsung tidak tercatat di mana malam anugerahnya akan dibuat dan tiada website untuk dirujuk (penggunaan website adalah relevan dalam industri filem masakini jika kita ingin bercerita tentang globalisasi). Jadi apakah fungsi bunting itu jika hanya menunjukkan tarikhnya sahaja? Bincangkan...

Bila kita bercakap tentang globalisasi, sudah pasti kita mahukan filem yang bertaraf global. Walaupun usaha kearah itu sudah dapat dilihat, namun hanya segelintir yang berbuat demikian yang memandang bahawa pasaran luar amat relevan sekarang untuk kita menjengah minda dan persepsi global tentang FILEM KITA! Filem Malaysia! Dan saya rasa Datuk Yusuf Haslam pasti menentang keras pendapat saya kerana kalau saya dapat nukilan kata-katanya lebih kurang begini:

"kenapa kita harus memandang keluar jika pasaran tempatan masih tidak membanggakan"

Memang ada benarnya pernyataan itu, namun kalau kita asyik leka dengan pasaran tempatan dan melayan keranah dan citarasa tempatanyang kadangkala meloyakan (maaf) sampai bilapun filem kita akan berada ditakuk lama. Asyik dengan cerita yang sama, cinta, lawak bodoh yang sampai basi digunakan. Saya faham ia memang menarik minat penonton tempatan dan filem sebeginilah yang box-office di pawagam. Namun tidakkah ada inisiatif pengkarya filem (pengarah, penerbit, lakonlayar, dll...) untuk mendidik penonton kita? Cerita komedi boleh, tapi mesti ada pengisiannya. Seperti filem Eternal Sunshine Of The Spotless Mind yang feel good movie namun ada pengisian di dalamnya.

Namun di saat akhir dapat kita lihat filem Buai Laju-laju diterima ke dalam festival filem malaysia dimana U-Wei pasti tersenyum kerana beliau pernah berkata "saya amat berbangga jika filem saya dapat menyertai Festival Filem Malaysia" (lain macam je). Itulah penyelamat tema festival ini kerana adanya filem malaysia yang telah menyertai festival filem luar walaupun belum ada anugerah yg diterima namun u-wei lebih terkenal di arena global dari tempatan sendiri. Filem Berlari ke Langit juga sebuah filem hebat yang mampu dipasarkan ke luar kerana tema dan jalan ceritanya yang menarik serta jarang kita lihat dalam filem malaysia era mainstream (filem pendek atau indie mungkin ada). Pontianak Shumie juga sebuah filem yg mampu dipasarkan keluar dan dengar khabar Shumie tengah berlegar di pasaran luar sekarang mencari peluang.

Jadi bagi saya, jika sudah banyak filem yang bijak dan cantik seperti ini di malaysia, barulah sesuai kita gunakan tema 'Filem Malaysia Era Globalisasi' kerana sudah nampak tema globalnya. Namun selamat berjaya untuk semua yang bertanding dan selamat berfestival untuk semua!

* filem Buli pun bagus. lain dari yang lain. betul ke masih ada tayangan umum festival filem di GSC?

For more information: http://groups.yahoo.com/group/3fclub

--


posted by Nizam  # 2:40 PM

Tuesday, June 22, 2004

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 11



Lagu Baru dan cetusan hati para akademia apabila mereka menerima tugasan baru mereka ini:


Khir – Kenanganku oleh Jeffrydin
“Siapa Jeffydin? Tak pernah dengar pun nama penyanyi ni!”

Zaidi – Bila Resah oleh Anuar Zain
“Kenapa aku kena nyanyi lagu adik-adik ni?”

Fyrul - Kupetik Bintang Bintang oleh Kenny Remy Martin
“Kenapa aku kena nyanyi lagu ala-ala jantan ni?”

Adlina – Kau Dan Aku oleh Ning Baizura
“Wah, boleh lah nanti aku bergedik-gedik dengan Indra lagi untuk lebihkan lagi undian SMS!”

Lina – Living On The Jet Plane oleh Chantal Kreviazuk
“Wooowww... Hooooo! Arrrrr!”

Sia – Seksis oleh Anita Sarawak
“Sessuaiiiizzzz!”

Azam – Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta oleh Flybaits
“Siapa Fly-bites?”

Zurina – My Immortal oleh Evanescence
“Lagu omputeh... Mampus aku! Masalah aku sekarang... Pro-naun-zayshen!”

Indra – Slumber oleh OAG
“Lagu ni slamber, tapi aku tak slamber... Rambut tetap kena set.”

Boboy – Tanya Sama Itu Hud Hud oleh M. Nasir
“Takper... Janji messraaaaaaa!”

Nur – Seri Dewi Malam oleh Dato Sharifah Aini
“Lepas aku nyanyi lagu ni kat konsert nanti, mak ayam lahanat tu mesti kata aku ni Seri Dewi Malam si Boboy! Bencinyerrrrr!”

Dara – Janji Manismu oleh Aishah
“Hemmm... Nama Said dengan Minah tak sedap lah. Kena tukar nama ikan tu bagi glamer sikit. Baru senang orang nak undi aku nanti.”



posted by Nizam  # 11:04 AM

Monday, June 21, 2004

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 10



“Eh, Kak Nita atas stage ke?” jerit Gundutz ketika Konsert Akademi Impiana disiarkan.

“Kak Nita mana ni? Dia mana ada!” sambut Timah. Dia merenung ke dalam kaca TV untuk memastikan agar Anita Sarawak sememangnya tidak menghoskan rancangan konsert Akademi Impiana ini.

“Eh sorry. Bukak Kak Nita, Tapi Akaq Azmil der atas stage.” Gundutz ketawa sendiri sebelum dia menambah lagi. “Ye lah, diva-diva veteren ni makin tua makin serupa plak rupa mereka, ye tak? Dengan rambut blond bagai...”

Timah tidak menjawab. Lebih-lebih lagi apabila para Akademia menyanyikan lagu tema Akademi Impiana sambil memperkenalkan diri mereka.

Timah menjadi resah apabila mikrofon yang digunakan oleh pelajar kesayangannya, Fyrul rosak. Bukan sekali, tetapi dua kali.

“Konspirasi ke nok?” tanya Gundutz sengaja mahu mencucuk jarum. “Ye lah, ala-ala takut suara kepitz dia yang telah dijantankan tu takleh maintain. Baik off kan jer mikrofon dia tu!”

“Pandailah kau!” itu sahaja yang dijawab oleh Timah. Mereka kemudian terus menumpukan perhatian mereka kepada konsert ini. Timah seperti tidak sabar lagi untuk menyaksikan persembahan dari dua pelajar yang paling diminatinya, Khir dan Fyrul.

Ketika Boboy mempersembahkan lagunya, nampaknya Gundutz tidak senang duduk. Meremang bulu tengkuknya apabila Boboy meluahkan kalimah “Mesraaaaaaa!” seraya mengimbaskan tangannya ketika bersalaman dengan Azmil.

Gundutz seboleh-bolehnya mahu mencari kesilapan dari Boboy, tetapi sukar rasanya. Lebih-lebih lagi apabila Boboy memberikan persembahan yang baik.

“Nok... kesiannya Nur. Ala-ala mak ayam besar tu nak couplekan dia dengan Boboy! Kejis teramatz!” ujar Gundutz dengan wajah yang sengaja dibuatnya bimbang apabila melihat Azmil mengusik-usik Boboy.

“Alah, apa salah? Kan romantik!” ujar Timah. Timah menganggap perkara ini romantik, walaupun kita dapat melihat wajah Nur berubah sama sekali. Terkejut. Sukar menerima.

“Hello nok! Sejak bila pulak Nur ni chub chaser? Azmil ni sengaja tau nak nayakan anak dara orang!”

“Eh, suka hati dia lah nak couplekan Nur dengan Boboy! Tahun lepas kesian si Sahrul tak dapat couple dengan sesiapa. At least tahun ni, Boboy ada pasangannya!”

“Choiii lah kau ni. Very der salah one!”

“Apa choii, choii???”

“Ye lah... Kalau ko, nak ke dicouplekan dengan Boboy, ke?”

“Takmoh lah!”

“Apasal tak nak?”

“Boboy bukan taste I”

“Kenapa bukan taste ko?”

“Dia... Gemuk lah. I suka lelaki yang badan tough... Yang macho... Macam Rahmat.”

“Hah, tahu pon! Sah-sah lah Nur tu ada taste dia sendiri. Lagipun nyehhhhhh, Boboy tu kan kawan seperjuangan dia yang ala-ala sekaum gituh. Ko hengat ala-ala sitcom Friends ke? Last-last kawan couple sesama kawan! Very der recycle gituh. Koser lah!” Gundutz menjeling. Timah pula tidak menjawab. Malas agaknya dia melayan kerenah Gundutz yang suka meleter itu.

**


Kakak Besar: I think it's about time kita introducekan sedikit element of drama and surprises ke dalam konsert Akademi impiana.

Abang Besar: Betul tu. Tapi you nak introducekan drama macam mana?

Kakak Besar: Well, first we will try to inject the element of romance in the show?

Abang Besar: Tak cukup-cukup lagi ke?

Kakak Besar: The more the merrier.

Abang Besar: Siapa akan jadi mangsa rancangan you kali ini?

Kakak Besar: You know what? Boboy has been so irritating lately. Nur pula... I don't know lah. She reminds me so much of Ramlah Ram. And you know lah, I mana ada minat dengan Ramlah Ram. Apa kelas Ramlah Ram! So, lets pair them together!

Abang Besar: Damn! You are sooooo cruel!

Kakak Besar: Apa salah? This is what you call, a strategic positioning. Lagipun, people are saying that Boboy is so akaq! Well, we all know that he's a “lelaki lembut”, but we have to create this illusion that he's not. Come on lah, even Azmil was married once and all are forgiven!

Abang Besar: Lagi, apa strategic positioning yang you ada...

Kakak Besar: You know how Dara is so talented, yet with very few SMS votes?

Abang Besar: So... Apa you nak buat?

Kakak Besar: We give her a pet.

Abang Besar: Don't tell me you going to give her another cat!

Kakak Besar: No lah... Lets give her a pair of goldfish. Ye lah, good feng shui and all that. She needs that. Let's assume dua-dua ekor ikan tu jantan dan betina lah. Kalau dua-dua ikan jantan atau dua-dua ikan betina... Lain pulak jadinya kan?

Abang Besar: In that case... Lets name the fish, Said and Minah. Kalau ada Said dan minah ni... Banyak SMS yang boleh si Dara ni jual.

Kakak Besar: ...

Abang Besar: Now... You look like you have something else you are keeping from me. Spill it out!

Kakak Besar: Remember the biggest secret we have about Sia?

Abang Besar: Oh, that... What about that? I thought we want to keep it a secret?

Kakak Besar: I don't think we can keep this a secret any longer. People will talk. Lagipun, people are not stupid. You ada perasan tak? Bila dia nak nyanyi kat Konsert Akademi Impiana, cara dia betul-betul macam Fantasi Berrino. Mesti nak nangis!

Abang Besar: Mungkin sebab diorang tu single mothers kot.

Kakak Besar: Mungkin lah kot. That's my first guess.

Abang Besar: Jadi apa you nak buat sekarang? Nak expose kan dia ke?

Kakak Besar: I think we have to... Baik kita exposekan sahaja, before it blew out of propotion.

Abang Besar: And the consequences are?

Kakak Besar: Well... I think people in Malaysia can accept single mothers. They won't question anything if we pakage it well. It is all about pakaging afterall.

Abang Besar: Betul tu... Kalau kita buat drama, people will not question a thing. Walaupun in real life, macam-macam stigma yang terpaksa single mothers lalui. You tahu lah mulut-mulut orang kita.

Kakak Besar: So... To shut them off, we will orchestrate something sad and teary. Apa kata kita jemput her children to the concert. Lepas dia perform kita bawak anak-anak dia on stage together with her mother. Sure sedih kan? I bila pikirkan idea ni pun I sebak.

Abang Besar: Wah, sejak bila you ada perasaan? I ingat you ni winter queen.

Kakak Besar: Eh, jahat lah you ni. You ingat I takde perasaan ke?

Abang Besar: Eh... While we are on the subject of strategic positioning... I dah dapatkan footage “girl loving” budak-budak tu--

Kakak Besar: Now, what did you ask them to do???

Abang Besar: Nothing much... I suruh Dara dan Adlina gunakan rambut untuk korek telinga. Very erotic kan? I mean, girls doing that to themselves with no obvious purpose but pleasure. I can get a hard on just thinking about it!

Kakak Besar: And then, we can get Azmil to say silly things like: “Korang berdua ni... Apa lagi korang korek agaknya!”

Abang Besar: Isk... One of these days, I think I should put a soap into your dirty mouth lah!

Kakak Besar: Sex sells dear! And you should know this better than me...

**


Azam dengan sedaya mungkin cuba membawa lagu ala padang pasir yang telah diberikan kepadanya. Dia merasakan apa yang telah dipersembahkan agak baik. Lagipun, ramai yang menjerit-jerit dan bertepuk tangan di kalangan penonton.

Kini Azam hanya perlu mendengar pendapat Juri Profesional. Juri Profesional pertama, Jusoh Hafsham adalah pengarah kegemaran Azam. Beliau cukup-cukup meminati filem-filem arahan Jusoh. Banyak kali agaknya Azam menyimpan angan-angan untuk berlakon dalam filem Jusoh di samping anggota-anggota kumpulan KRU. Mungkin satu hari nanti, dia akan menjadi lebih baik dan lebih popular dari kumpulan KRU... Itu juga telah diangankan sekali.

“Saya rasa persembahan awak hari ini menarik...” Ujar Jusoh dengan tenang. “ Tapi saya nak awak bawa kan style lebih lelaki.”Jusoh seperti biasa akan berhenti sebentar dengan mengangguk perlahan sebelum menambah lagi: “Lebihkan kelakian!”

Azam terkedu sebentar. Wajahnya jelas berubah. Dia tidak faham mengapa peserta-peserta lain yang jelas lembut tidak diberi komen begitu. Dia tidak tahu apa salah dan silapnya.

Wajah Azam pucat. Kini jelaslah kepadanya mungkin beliau mempunyai wajah yang lembut yang layak dipanggil jambu. Mungkin sebab itulah agaknya abang-abang senior di sekolahnya dahulu sering mahu berkawan rapat dengannya...

**


Bagaimana untuk penonton memahami maksud sebenar Juri Profesional (JP) yang selalunya tidak jujur ketika mengkritik para peserta Akademi Impiana:

(JP): Awak mesti tambahkan feel!

(Maksud Sebenar): Bila awak nyanyi, awak macam baca berita

(JP): Penampilan anda perlu dijaga. Penampilan perlu menarik

(Maksud Sebenar): Face it! Kat Malaysia ni mana nak pentingkan bakat. Sini rupa sahaja yang penting.

(JP): Dah lama menyanyi ke!

(Maksud Sebenar): Dan lama menyanyi pun masih tak boleh menyanyi dengan betul

(JP): Dengan bakat yang awak ada... Dengan sokongan peminat yang dapat kita lihat menyokong awak di dewan. Saya rasa awak akan memenangi Akademi Impiana

(Maksud Sebenar): Awak hanya boleh menang jika pengundi dari Sabah hendak awak menang

(JP): Awak keliru di antara hidung dan tekak awak

(Maksud Sebenar): Suara awak memang sengau dan tidak patut menjadi peserta Akademi impiana

(JP): Anda beliau terlalu profesional untuk berada di Akademi Fantasia.

(Maksud Sebenar): Akademi Impiana ini telah diadakan untuk budak-budak yang tak ada bakat tapi ada rupa...

(JP): Bawakan style lebih lelaki lagi. Lebihkan kelakian!

(Maksud Sebenar): Minggu lepas awak macam KRU, minggu ni kenapa bila awak bawak lagu irama padang pasir, saya tengok awak macam Waheeda versi tak bertudung pulak?
posted by Nizam  # 11:43 AM

Friday, June 18, 2004

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 9



“Nok, mak tak suka lah diorang kena kumpul reramai pastu ala-ala ucapkan terima kasih macam anak-anak yatim. Macam kesian pulak mak tengok.” Kata Gundutz sewaktu dia melihat para pelajar Akademi Impiana, diketuai oleh Khir berdiri di hadapan kamera dan mengucapkan terima kasih kepada Restoran Putera Sulong yang telah menaja makanan mereka selama ini. Menurut Khir, mereka suka kepada makanan yang telah disajikan, tetapi merungut kerana makanan terlalu pedas.

“Alah apa salahnya. Kita orang Melayu. Kena selalu berterima kasih. Itu dah budaya kita!” tegas Timah.

“Tapi nok, hem buatkan ko kek... Bagi ko tengok TV hem ni. Jarang-jarang ko nak ucapkan terima kasih.”

Timah mengambil sedikit masa untuk menjawab. Dia mula sedar akan sifatnya sendiri yang jarang-jarang mengucapkan terima kasih kepada Gundutz walaupun Gundutz banyak membantunya dalam kehidupan sehariannya. Ketika dia mengalami masalah kewangan, Gundutz lah yang telah menolongnya apabila kawan-kawannya yang lain cabut lari. Gundutz lah yang telah mendapatkannya di tengah-tengah malam apabila bekas kekasihnya Razi menempeleng mukanya dan meninggalkannya di tengah-tengah Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur apabila Timah bertengkar dengannya setelah dia mendapat tahu bahawa bekas kekasihnya itu telah curang kepadanya. Gundutz juga lah satu-satunya kawan yang dia ada yang sanggup mendengar segala masalah dan suka-dukanya mencari nafkah di Kuala Lumpur apabila keluarganya berada di Tapah. Timah cukup sedar tentang hal ini. Dia rasa bersalah kerana ada kalanya dia akan berkasar dengan Gundutz tanpa sebab...

“Alah, restoran tu kan dah taja, jadi kenalah ucapkan terima kasih!” Timah mendegus. Kemudian dia tidak meneruskan lagi. Dia ingin menoleh ke arah Gundutz, tetapi dia membatalkan sahaja niatnya itu. Dia terus diam. Di datapinya Gundutz juga terus diam sehinggalah Azmil memberitahu tentang Fyrul yang telah mengajar pelajar-pelajar Akademi cara yang betul untuk berjalan sebagai model di pertunjukan fesyen.

“Haiyoh pecah lobangs! Hem dah agak dah!” Ujar Gundutz dengan seronok.

“Dah agak apa ni?” tanya Timah dengan wajah yang terganggu. Timah cukup benci jika Gundutz memberi komen yang bukan-bukan terhadap Fyrul yang diminatinya itu.

“Alah, dia kan bagus dalam hal-hal ni semua. Adik-adik kan selalu verengens nak jadi model der fashion designer bagai. Harus ler pandai jalan lenggangs der atas runaway! Patutlah badan dia nak ala-ala slim macam Kate Moss!”

“Alah kau ni? Apa salah? Yang jadi model kan macho-macho.”

“Eh, koser ler! Model lelaki ramai adik-adik okay! Kawan hem ramai yang ala-ala part-time model gituh!”

“Hek elleh!”

“Eh perlu ke nak iklankan kotak tisu dengan minuman ringan tu? Motif teramatz!” Getus Gundutz yang cepat sahaja menangkap apa yang dia lihat di kaca TV.

“Mana ada iklan! Kau ni over lah!” kata Timah, kemudian dia meneguk air Koka Kola. Bibirnya terasa basah, terus dia mengambil kertas tisu Prime untuk mengelap mulutnya itu.

Timah dan Gundutz kini nampaknya seronok menonton segmen “Asyik Aku aku aku” di dalam kelas kelolaan Puan Ogy Nawawi. Dalam kelas ini, para pelajar di minta melakonkan lima buah sketsa berlainan dengan hanya menggunakan perkataan “Asyik Aku aku aku” dengan emosi yang berbeza-beza.

Keadaan rumah Gundutz menjadi gegak gempita apabila Fyrul di suruh berlakon. “Kan mak dah cakap, dia pecah lobangs!”

“Pecah lobang apa ni?”

“Ko kan tengok dia berlakon ala-ala patah! Tiga lakonan dia pulak tu ala-ala patah!”

“Mana ada!” Timah menegaskan. Dia tidak paham apa yang dimaksudkan oleh Gundutz. Dia tidak mampu nampak apa yang dapat dilihat oleh Gundutz melalui kaca matanya itu...

**

Indra duduk di posisi yang sesuai untuk dirinya. Sebelum pergi berjumpa dengan Adlina, dia telah memastikan agar rambutnya kelihatan kemas dan tetap tercacak. Dia sengaja mencari tempat duduk yang strategik agak pencahayaan yang menarik akan jatuh ke wajahnya.

“I sebenarnya nak mintak maaf!” ujar Adlina dengan suara yang manja.

“You datang sini untuk apa? Untuk jadi penyanyi kan?” tanya Indra. Meremang bulu tengkuknya apabila Adlina kemudian menjelaskan bahawa beliau ada menyimpan perasaan terhadap dirinya.

“Focus on your goal, lah!” pinta Indra bersungguh-sungguh.

“Indra I nak minta maaf jika I menyinggung perasaan sesiapa.” Ujar Adline tersenyum-senyum.

Indra menunggu masa sahaja untuk Adlina melelehkan air matanya. Tetapi Adlina hanya tersenyum dan nampak manja. Indra keliru...

**

Abang Besar: Kreatif sungguh you ni!

Kakak Besar: Kreatif apa? I tak paham...

Abang Besar: Product placement kita lah. You pandai suruh budak-budak tu buat free advert... Ala-ala fashion show pulak tu!

Kakak Besar: Dah budak-budak tu suka... Diorang buat je lah. Macam you lah, suruh budak-budak tu kumpul depan kamera lepas tu suruh advertise Restoran Putera Sulong--

Abang Besar: Well... I thought it would be fun until they start asking for demands. Makanan tak nak pedas ler. Nak low carbs meal lah. Nak makanan vegitarian lah...

Kakak Besar: Eh... By the way, do you know how to attract the waning interest amongst the boys to watch AI? Yang tengok this show nowadays... ramai perempuan dan adik-adik jer. Tak ramai penonton lelaki!

Abang Besar: I know when you ask me question like this... You dah ada jawapannya!

Kakak Besar: You ni memang ler. Semua benda dalam kepala otak I you dah paham. Creepy lah!

Abang Besar: Creepy, meepy... So apa idea you?

Kakak Besar: You know how guys are so into lesbian chick cat fights and all that?

Abang Besar: Do I have to answer that?

Kakak Besar: Ye lah... I tahu you baik. Tapi ramai lelaki are into this kan? So apa kata kita buat some of our girls to peluk-peluk. Main kejar-kejar. Main tarik-tarik rambut. Sure you all seronok kan?

Abang Besar: ...

**

“Comelnya Khir!” Mata Timah bulat memandang ke kaca TV. Dia betul-betul meminati Khir walaupun dia sendiri sudah berboyfriend. Padanya, Khir adalah lelaki yang diidamkan walaupun Rahmat boyfriendnya sekarang mempunyai wajah yang agak kacak dan bertubuh agak tegap. Susah untuk kita meramal jika Timah akan memandang Khir dua kali jika Khir bukan seorang pelajar Akademi Fantasia.

“Haiyoh suara dia... Sesuatu one!” tempelak Gundutz.

Pada waktu itu, Khir menggunakan suara falsettonya. Bukan calang-calang orang yang boleh buat suara falsetto. Pada satu masa dahulu di Eropah, suara-suara falsetto ini selalunya datang dari lelaki-lelaki yang telah dikasi sejak kecil yang dikenali dengan nama “castrato”. Mereka telah dikasi agar suara mereka tetap halus dan tinggi ketika menyanyi. Antara penyanyi castrato yang paling terkenal adalah Farinelli.

“Nok... Hazami pon boleh buat suara ala-ala falsetto kan?” tanya Gundutz.

“Anuar Zain pon--”

“Ye lah... Dan penyanyi-penyanyi yang sewaktu dengannya.”

“Ish ko ni!”

“Hem punya suara pon falsetto apa!” ujar Gundutz bersungguh-sungguh.

“Ye lah...” Timah menjeling benci. Malas dia mahu melayan Gundutz yang mempunyai suara seakan Situ Nurhaliza itu. Timah terus melihat gelagat Khir yang membantu kawan-kawannya yang lain menyanyi. Dia terus meminta beberapa orang rakannya agar menyanyi menggunakan suara falsetto yang mampu dilakukannya dengan mudah. Timah kini pasti bahawa Khir mempunyai peluang besar untuk menjadi juara Akademi Impiana kali ini. Tanpa banyak soal, Timah terus mengSMS AUIDI untuk mengundi Khai, agar peratusannya naik ke tahap yang lebih tinggi...
posted by Nizam  # 4:44 PM

Thursday, June 17, 2004

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 8



Gundutz mendapati dia tidak mempunyai banyak duit untuk bulan ini. Kalau nak dekat-dekat hari raya, bolehlah dia mendapatkan pendapatan lebih dengan menjual kek dan kuih muih yang dimasaknya sendiri. Tetapi bulan ini, rezekinya agak kurang. Jadi, dia tidak dapat menambahkan kredit kad prepaid untuk telefon bimbitnya.

“Susahlah hem nak AIUNDI macam ni!” keluh Gundutz ketika rancangan Diari Akademi Impiana disiarkan.

“Kalau macam tu, jangan undi, kan bagus!” saran Timah sambil membetulkan ikatan tudungnya.

“Itu macam ke? Ko memang tak nak hem undi Lina dan Sia kan? Ko memang tak suka kalau si Lina dan si Sia tu menang!”

“Aku tak kira! Aku nak Khir jugak yang menang tempat pertama.” Timah melepaskan nafasnya seolah melepaskan nafas cinta. “Lepas tu aku nak tengok Fyrul pulak menang tempat kedua.”

“Tak kosernyer ko. Tapi tak apa... Kalau hem boleh undi pelajar yang sesama muhrim. Kau pun boleh kan? Barulah adil!”

Timah merapatkan mulutnya menahan geram. Dia ingin menjerit dan menampar bahu Gundutz, tapi dia tak jadi apabila dia dapat melihat Fyrul sedang menyanyi.

“Ponen ni memang tak boleh nyanyi lah nok. Rambut jer lebih. Kenapa tak potong jer. Tak pon buat style rambut kena seterika macam Khairi, kan bagus?”

“Eh, dia dah improve apa! Kau memang tak boleh tengok dia maju!”

Gundutz berdecit. Dia dapat melihat bahawa Fyrul semahu-mahunya menyanyikan lagu yang telah diberikan kepadanya, tetapi ada sahaja yang tidak kena. Gundutz tahu bahawa jika Fyrul menyanyi dengan suaranya tidak keluar dan terjatuh tergolek di atas pentas sekalipun, penonton-penonton seperti Timah akan tetap mengundinya agar mereka terus dapat menyaksikan Fyrul beraksi di Akademi Impiana...

**

Kakak Besar: You perasan tak... Diari Akademi Impiana ni makin boring. Nothing happens! I think I rather watch paint dry than watching them on TV.

Abang Besar: Kalau kita biarkan perkara ini berlaku, nanti rating kita boleh jatuh. Salah haribulan... I have this feeling people will appreciate Malaysian Idol more than Akademi Impiana.

Kakak Besar: Now... That's scary.

Abang Besar: I know! So how? Makan roti lor...

Kakak Besar: We have to reposition a few actors... I mean, pelajar. I think it's about time we bring forward Fyrul. Some of the girls I know are so totally into him!

Abang Besar: But why? This I don't understand.

Kakak Besar: You don't have to understand dear... I think some girls are into sissy boys with hairs longer than them who can cook and sew clothes for them.

Abang Besar: Alah macam you lah kan... Falling for Latif the interior designer yang buat rumah you tu lima tahun yang lepas.

Kakak Besar: Sorrylah... Mana I tahu boyfriend dia kawan di ofis lama you tu. My mistake okay. I thought I could get a massive discount kalau dia jadi boyfriend I.

Abang Besar: Tu lah, nak sangat carik yang hensem-hensem--

Kakak Besar: Whatever lah. Now back tu business!

Abang Besar: Apa kata kita tonjolkan sikit si Fyrul tu? Mana tahu dia memang boleh menyanyi...

Kakak Besar: By doing that, he's get more fans and his die-hard fans will SMS him like there's no tomorrow if he is about to get himself voted out.

Abang Besar: And you know what? AI2 ni tak macam AI1 dulu... There's just not enough romance lah. These students are so fake, sampai nak fake them liking each other pun susah.

Kakak Besar: Apa kata kita buat skandal?

Abang Besar: Scandal is always a good idea. You tahu lah kita orang Melayu kan suka dengan skandal--

Kakak Besar: Apa kata kita buat cinta tiga segi. Zaidi suka kepada Adlina dan agak cemburu dengan hubungannya dengan Indra. Dan Lina pula kita skandalkan dengan Fyrul... Yang penting, kita jadikan the “The Ambiguously Adik-adik Duo”, Fyrul dengan Indra jadi love interest of these girls!

Abang Besar: Euwwwwwwww... Tapi pandai you buat novel kan?

Kakak Besar: I kan dulu peminat setia buku-buku Mills & Boons.

Abang Besar: Patutlah sampai sekarang tak kahwin-kahwin...

Kakak Besar: Jahat lah you ni. Asyik-asyik nak kenakan I!

Abang Besar: Kalau macam tu, kita suruh mereka break the house rules. Kita suruh Zurina dan Lina write notes. Zaidi dan Adlina pula speak to each other in sign language. Make sure they do all this depan kamera. Susah pulak kalau dah disuruh berlakon tapi nak berlakon kat all the blind spots in house! Macam mana kamera nak rakam!

Kakak Besar: Kita suruh they all berlakon convincingly lah this time around. Si Adlina tu pandai berlakon. And since she has acid bleached face, I'm quite sure it'll be easy for her to make herself blush bila malu-malu ada orang nak gossipkan dia dengan Indra.

Kakak Besar: Nanti kita kena suruh our post-production guys edit their confession sampai nampak macam ada skandal besar.

Kakak Besar: Alah, biasa lah... budak-budak post-prod ni, kalau diorang nak buat video recording of nyonya-nyonya jual sayur sounds like they are gossiping about the new Prada sales pun boleh.

Abang Besar: When the time comes, kita suruh si Azmil kenen-kenen kan couple-couple ni semua like they are in love with each other! Especially in the coming concert. Well, I'll get our post-prod guys to prepare a few video footage for that too if needed...

**

Benarkah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul?

SEBENARNYA Sang Ketam tidak pernah menyuruh dan mengajar anaknya berjalan betul kerana Sang Ketam cukup yakin bahawa caranya berjalan, sebagaimana cara nenek moyang kepada nenek moyangnya, dan cucu cicit kepada cucu cicitnya berjalan, telah betul dan sempurna.

Sebaliknya bangsa Ketam pulalah yang merasa hairan dan takjub melihat manusia itu sendiri yang tidak habis-habis, malah bertambah-tambah dengan ajaran dan peraturan yang pelbagai macam, dari doktrin-doktrin, rukun-rukun, fatwa-fatwa sampailah kepada akta-akta, pekeliling-pekeliling dan memo-memo. Manusia telah menghabiskan waktunya untuk membuat segala macam peraturan dan mengawas perlaksanaan peraturan-peraturan; dari peraturan lalulintas jalan raya; peraturan datang ke pejabat dan peraturan berpakaian, sampailah kepada peraturan-peraturan bercakap di Parlimen dan di Mahkamah, peraturan menyekatkan air dan menggunakan elektrik, serta peraturan menyimpan rambut di kepala bagi kepala yang berambut.

Kehairanan Sang Ketam itu kian bertambah bila melihat manusia yang tidak pernah berjalan betul itu menghabiskan waktunya dengan mendandan mukanya, memelihara rambutnya, mengenakan pakaiannya, malah lebih aneh menahan makan dan minum untuk menguruskan badan, menelan kapsul dan jamu-makjun untuk memperkuatkan bahagian-bahagian anggota tubuhnya, mengumpulkan harta dan ringgit, menentukan jenis darah dan keturunan serta status dan gelaran, malah sangat teliti mencukur bulunya di samping berkelahi dan berbunuhan, menindas dan menipu sesamanya. Soalnya di sini, siapakah sebenarnya yang mengajar dan menyuruh anaknya berjalan betul, Ketam atau Manusia?

Usman Awang
1979

Para pelajar kini dibacakan sajak “Benarkah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul?” oleh Puan Ogy Nawawi. Sajak yang dibacanya telah dipotong, ditapis dan dikerat-kerat oleh Abang Besar dan Kakak Besar, agar hilang maknanya yang tajam dan yang bersifat agak subversif.

Setelah membaca, Puan Ogy meminta pelajar-pelajarnya agar cuba memahami apa maksud sajak tersebut dan meminta mereka meluahkan pendapat serta pandangan mereka tentang sajak yang baru dibacanya.

“Fyrul, apa yang awak rasa maksud sebenar sajak ini?” tanya Puan Ogy dengan nada yang tinggi.

“Saya rasa... Seperti dalam pertunjukan fesyen, kita di ajar untuk berjalan lurus di atas runaway. Tetapi jika ada model yang berjalan tak betul, saya fashion designer perlu tegur agar model berjalan betul ketika memperagakan pakaian mereka.” Jawab Fyrul bersungguh-sungguh dengan memastikan dia tidak menggunakan suara kepitnya. Puan Ogy pula hanya sekadar mendengar. Baginya, pelajar berhak melihat sesuatu karya itu mengikut pandangan jiwa dan hati mereka sendiri.

“Kamu pula, Boboy!”

“Bagi saya, sang ketam hairan dengan sikap manusia yang sentiasa mahu mengubah keadaan diri mereka. Yang gemuk sanggup makan pill untuk kurus. Bila nak jadi penyanyi, bakat semulajadi tak penting... Kalau suara macam katak puru pun tak apa!Yang penting muka kena cantik, kena hensem.”

“Apa pula pendapat kamu Adlina?”

“Saya rasa ketam takjub melihat manusia yang pandai menggunakan air mata dan lakonan untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.”

“Apa pendapat kamu Azam?”

“Ketam perlu joget ala breakdance walaupun tak sesuai dengan lagu. Untuk berjalan betul, si ketam kena ikut style KRU.”

“Apa pendapat kami Sia?”

“Saya tak tahu lah... saya blur!”

“Apa pendapat kamu Indra?”

“Ketam tu dari sarawak...”

**

“Haiyoh! So der fake one!” Kata Gundutz kuat-kuat sewaktu melihat adegan kamera menangkap beberapa orang pelajar melanggar peraturan di Akademi Impiana. Gundutz terasa seperti menyaksikan sesuatu yang bersifat dejavu, kerana perkara yang sama pernah pun berlaku di Akademi Impiana musim yang lalu. “Ala, ini semua gimik!” kata Gundutz kemudian.

“Apa pulak gimik? Apa yang keluar dari TV semuanya betul lah!” kata Timah dengan bersungguh-sungguh.

“Ye ker???” Gundutz menyoal kembali dalam nada mengejek.

“Kenapa pulak tak betul? Ini kan rancangan realiti?”

“Kalau rancangan realiti... Semuanya kena realiti?”

“Ye lah! Lepas tu?”

“Ikut suka hati kau lah Timah!” Gundutz malas nak melawan lagi. Baginya, apa yang sedang berlaku di depan kaca TV lebih menarik, kerana para pelajar yang bersalah kini mahu dihukum. Lina dan Zurina perlu memberitahu kepada semua tentang kesalahannya. Sewaktu para belajar berkata-kata, beberapa patah ayat mereka ditapis.

Ceritanya begini... Zurina telah menanyai Lina jika Lina sudah berboyfriend dengan si Fyrul. Tetapi Lina menegaskan bahawa Fyrul sekepala dan sehaluan dengannya tetapi “he's not my taste!” tegasnya.

“Haiyoh! Memang lah dinch taste... Lina bukan lesbo occay! Dia wanita tulens yang seteret!” Gundutz berkata sambil bercekak pinggang, “Tak kan nak kawan-kawan pon orang dah saspek nak bercinta-cinta? Ntah-ntah diorang bertukar pendapat tentang fesyen ke... Pasal baju organza mana yang sesuai diguna untuk malam konsert ke... Pasal macam mana nak jahit labuci ke... Terus kena gossip der tak perlu!”

“Eh best nyer kalau dapat belajar jahit labuci dari Fyrul!” Timah menyambut seronok.

“Apa nak jadi dengan diorang ni semua nok? Nak belajar ke nak berendut?”

“Alah biarlah. Apa salah? Kau yang jeles kan?”

“Hem serius ni nok. Macam mana pulak diorang boleh senang-senang nak jatuh cinta. Sesama kawan pulak tu. Very der salah one! Tak profesional langsung!”

“Alah, kan best tengok diorang bercinta!”

“Apa yang seronoknya? Bukan kau yang bercinta! Tak koser betul ko ni!”

Kini giliran Adlina pula menjelaskan mengapa beliau menggunakan bahasa isyarat ketika berbual dengan Zaidi. Adlina menjelaskan bahawa beliau tak ada apa-apa hubungan istimewa dengan Indra.

Gundutz tidak berpuas hati dengan apa yang ditontonnya pada malam itu. Lebih-lebih lagi dengan segala tapisan yang ada yang hanya akan menimbulkan lebih banyak pertanyaan dan andaian. Kini dia mula merasakan bahawa Akademi Impiana sudah menyerupai sebuah rancangan TV Amerika Latin, “Secreto de Amor” dan “Rosalinda” dari sebuah rancangan “reality TV” yang sebenar.
posted by Nizam  # 5:22 PM
AKADEMI FANTASIA 2 : Ke ‘puncak’ manakah sebenarnya dituju? Oleh Mahhass

Saya tidak mengharapkan apa-apa dari Akademi Fantasia musim ke 2 ini walaupun ia dilabelkan sebagai 'most anticipated' program realiti tv di malaysia. Apa yang dijangkakan saya sejak siaran ujibakat AF2 di Astro Ria menerusi rancangan Trek Selebriti sememangnya benar. Rata-rata anak-anak muda yang mencuba nasib semuanya terpengaruh dengan dunia penuh sensasi bekas pelajar AF1. Yang terpilih sudah membayangkan betapa popularnya beliau nanti. Yang tak terpilih pula tidak dapat menerima hakikat sehingga ada yang merungut "Kenapa aku tak terpilih sedangkan aku lagi bagus dari pelajar AF1?"

Lantaran AF2 pun bermula. Maka 12 muka baru menjadi tontonan seharian melalui Diari AF. Rata-ratanya menganggap diri mereka 'superstar' atau 'bintang' baru tanahair. Mereka tersilap sebenarnya. Mereka saya boleh umpamakan sekadar satu bentuk bahan hiburan yang bukanlah terlalu baru atau teruja untuk dibualkan ramai. Kebanyakan dari mereka tidak menampakkan ciri-ciri sebenar yang ada pada mana-mana 12 pelajar AF1 sebelum ini.

Masing-masing sudah sedia maklum yang diri mereka akan menjadi bahan tontonan seluruh Malaysia tiap-tiap malam kecuali Ahad. Masing-masing cuba TIDAK menonjolkan diri sebenar mereka. Maka tidak salah jika saya katakan mereka sebenarnya menghasilkan sebuah 'lakonan' walaupun tanpa penulis skrip dan sutradaranya. (Jika ada sekalipun tidaklah menghairankan). Malangnya lakonan mereka masih lagi kosong – tiada jiwa. Akibatnya, program realiti TV ini telah hilang sebahagian penontonnya berikutan hilang 'kejujuran'nya.

Barangkali mereka terlalu kemarukkan populariti. Seolah-olah cuba menjadi apa yang sudah pun ada dalam 'market'. Mungkin ada yang bercita-cita mencatas suara Anuar Zain, ada pula yang berfikiran dia bakal menggantikan tempat Siti Nurhaliza malah ada juga yang cuba meniru ketidakbagusan dan 'kesengauan' Yusry dan sebagainya. Yang tak bagus pun cuba ditiru, apa nak jadi entah. Apa sebenarnya yang penganjur mahu? Melahirkan 'superstar' atau semata-mata mengaut keuntungan SMS?

Maka kronologi yang sama akan sentiasa berulang lagi. Kitaran proses ini mengakibatkan tumbuhnya lagi selebriti atau artis-artis yang rata-ratanya kalau dinilai dari segi bakat (vokal, persembahan) terlalu mirip sangat, yang membezakan si anu dengan si anu ialah 'nama' dan 'imej' saja.

AF jika berlangsung seperti 'dijadual oleh penonton', maka akan ketiadaan impak. Pastinya akan ada di antara pelajar yang dianggap 'bagus' atau menjadi 'kesukaan' penonton akan 'dikeluarkan' sebagai turning-point penontonnya (bagi tujuan sms). Tetapi itu semua bukanlah satu unsur kejutan lagi. Rata-rata sudahpun menjangkakan senario atau elemen shock ini akan berlaku. Semacam plot wajib Akademi Fantasia. Jadi apa yang istimewanya lagi?

Sejak dunia hiburan kita melahirkan Siti Nurhaliza sebagai 'superstar' bermula seawal tahun 1994, belum ada lagi superstar baru muncul menghiasi persada seni hiburan tanahair. (Saya bukan peminatnya, cuma sekadar memerhati senario industri tanahair). Jika dikaji, kenapa Siti terlalu diminati? Jawapannya mudah. Beliau (pada awal-awal pembabitan) telah melakukan satu revolusi muzik tanahair.

Siti mencipta 'cult' untuk dirinya dengan lagu 'Cindai'. Kenapa lagu 'cindai' begitu terkenal dan diminati? Jelas kerana beliau (atau sebenarnya Pak Ngah) telah mengenengahkan elemen muzik kita, irama kita serta budaya seni kita. Bukan cenderong meniru barat (yang kononnya budaya mereka kita kutuk habis-habis, tetapi muziknya kita 'sembah' dan sanjung tinggi). Maka inilah yang terjadi. Melodi 'Cindai' menjadi siulan dari anak-anak kecil hinggalah ke orang tua. Inilah 'cult' yang kita mahukan sebenarnya.

Maka ramai yang mencuba nasib (walaupun agak keras untuk saya sebutkan) istilah 'meniru' paling sesuai untuk mereka-mereka itu. Hasilnya, kesemuanya kecundang jatuh hilang entah ke mana. Bukan sebab Siti, tetapi ketiadaan identiti pada diri mereka. Tidakkah mereka belajar dari kesilapan artis-artis yang cuba menjadi Jamal Abdillah, Allahyarham Sudirman dan sebagainya? Bukankah Tuhan telah menciptakan sesuatu makhluk itu unik dan tersendiri, kenapa pula kita cuba menjadi si anu atau si anu itu?

Barangkali ada benarnya kemunculan Dayang Nurfaizah cuba merevolusikan era Siti Nurhaliza namun sebenarnya konsep muzik yang dibawakan Dayang masih berkiblatkan barat. Cuma teknik serta lontaran vokalnya memberikan suatu pembaharuan dalam dunia muzik tanahair (bukan global) . Usaha tersebut boleh dipuji.

Berbalik semula tentang AF, dan apabila tamatnya AF2 ini nanti wajah mereka sudah pasti akan terpampang di majalah-majalah hiburan tempatan seperti juga mana-mana artis tanahair tatkala ini. Tiada apa yang baru lagi membaharukan dalam industri. Sama seperti sebelumnya. Kita pula tak henti-henti berSMS untuk membantu mereka mencapai impian mereka. Apa sebenarnya yang kita mahu? Apa impian mereka? Apa pula impian kita? Nak lihat 'bintang lama' berwajah baru?

Begitu juga halnya dengan pengkritik/juri samada yang tetap atau tidak - profesional mahupun amatur. Komen-komen yang diberikan seperti "...anda perlu tingkatkan lagi vokal" atau "..nyanyian anda bagus tapi..." dan berbagai lagi komen yang sebenarnya tidak jujur dan masih lagi membohong.

Kenapa tidak diluahkan sahaja ketidakpuasan hati seperti "Kenapa awak nyanyi macam tu? dah takde cara lain lagi dah?" atau "..MAAF, nyanyian awak tidak menarik hati saya.. cuba lagi!" atau "...apa yang sebenarnya awak belajar di akademi selama ini? Awak belajar atau main-main?".

Adakah segala komen yang akan diberikan perlu mendapat 'mandat' penganjur terlebih dahulu? atau penganjur takut sangat kehilangan majoriti pengundi? Kenapa harus takut? Bukankah mereka ini sedang dalam proses pembelajaran dan perlu bersedia sepenuhnya dari segi mental (emosi) untuk dikritik sepenuhnya? Ini bukan perkara main-main. Masa depan remaja itu terletak di tangan penganjur. Tanggungjawab mereka besar dan tak ubah seperti seorang penjaga mendidik anak atau guru mendidik anak murid. Jangan dipersia-siakan.

Baiklah, mungkin jika sudah terkeluar sekalipun mereka dari akademi, yang bagus mungkin ada habuannya. Ada yang ditawarkan untuk album malah ada juga yang menjadi pengacara dan sebagainya. Tapi itu sebenarnya tidak memberi satu jaminan mutlak buat mereka. Berapalah sangat nilai ringgit yang mereka dapat kecapi (melalui jualan album misalnya) berbekalkan bakat yang tak seberapa itu?

Bayangkan tatkala populariti mereka semakin pudar suatu hari nanti, ke mana pula 'PUNCAK' (kononnya gemilang cahaya) yang akan mereka tuju sejurus selepas itu? Tidakkah waktu itu baru mak bapak mereka akan sedar dan menyalahkan diri sendiri akibat terlalu ghairah mengejar sebuah impian yang ternyata hanya sekadar 'demam' sementara?

Mereka masih muda remaja. Langkah mengkaji semula had umur penyertaan mungkin berkesan bagi menarik lebih ramai penonton yang agak bosan melihat karenah remaja ini. Justeru adalah lebih baik untuk mereka mencapai impian kerjaya yang lebih kukuh dahulu sebelum kenal dengan dunia glamour. Mereka pastinya akan hanyut di bawa arus duniawi sehingga alpa mengejar cita-cita murni yang ditanam sejak kecil. Bakat (nyanyian atau lakonan) adalah bakat, kerjaya adalah kerjaya. Lebih bagus jika tidak dicampur adukkan. (Khabarnya kesemua mereka telahpun menandatangani kontrak selama tiga tahun sejurus sebelum memasuki akademi).

Apa 'konon'nya tanggungjawab kita? Menghantar SMS Afundi? Pesanan saya janganlah kita turut sama menjadi pendorong hidup penuh glamour dan sandiwara anak-anak muda ini. Mereka masih muda remaja. Tidak salah jika kita menjadi pendorong untuk mereka (walaupun bukan semua) agar meneruskan pelajaran terlebih dahulu sebelum muncul bergelar artis (sebagai kerjaya sambilan misalnya). Cukuplah dengan AF musim pertama.

Mungkin kita lupa yang kita sudah dikenakan bayaran untuk menonton salurannya. Tak perlu kita lihat beberapa muka surat 'ekstra' dalam bil telefon bimbit lagi ataupun menggores 5-6 keping kad prepaid dalam masa kurang dari tempoh sebulan. Dan yang penting sekali, tak usahlah lagi kita 'turut serta' mengeksploitasi masa depan mereka ini kononnya untuk menghasilkan "bintang" yang tak akan ke mana perginya.

Nota : Program Malaysian Idol (disiarkan di dua saluran 'free' yakni tak berbayar) bakal menerima rating yang lebih tinggi berikutan dari penyertaan pelbagai peringkat lapisan umur, dan yang pastinya juga dilihat bakal menarik pelbagai lapisan penonton tidak kira tua, muda, kaum dan bangsa. Apa yang paling ketara – program ini lebih tertumpu kepada pencarian bakat Malaysia 'sejati' (truly Malaysian) untuk akan terus di bawa ke peringkat antarabangsa, bukan hanya disensasi di 'majalah mangga'.
posted by Nizam  # 12:13 PM

Wednesday, June 16, 2004

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 7



Kakak Besar: See I told you so!

Abang Besar: Told me so... Apa? Tak paham lah!

Kakak Besar: Kan I dah cakap, kalau you letak harga tiket RM 20 pun orang akan beli. Dulu mati-mati you cakap harga tiket terlalu mahal... Takut orang tak pergi konsert. Takut dewan kosong!

Abang Besar: Ye lah, peminat-peminat Akademi Impiana pun kebanyakannya budak-budak.

Kakak Besar: Budak-budak sekarang banyak duit dalam poket mereka tu. Jadi kita kena pandai eksploit!

Abang Besar: How should I know budak-budak kita sekarang dah banyak duit. Dulu, zaman I kat UKM, nak keluarkan 20 ringgit untuk beli tiket bas untuk balik kampung pun berkira.

Kakak Besar: Budak-budak zaman sekarang lain dengan budak-budak zaman kita dulu. Sekarang, yang jenis belum habis sekolah menengah tapi dah ada handphone sendiri pun dah ramai. Kalau sekadar nak keluarkan RM 20 untuk beli tiket konsert, takde hal untuk mereka.

Abang Besar. So, macam mana dengan penjualan tikat sekarang?

Kakak Besar: I am pleased to inform you that the tikets had been sold out!

Abang Besar: Eh yer ke?

Kakak Besar: Apa tidaknya, mak ayam besar jadi tukang jual tiket!

Abang Besar: Siapa?

Kakak Besar: Azmil lah! You ni, dah tahu lagik nak tanya! Tapi tak apa, hari ini I nak si Azmil tu jual jugak tiket kepada para penonton... Lepas tu dia beritahu kepada penonton tiket dah sold-out. Surprise!

Abang Besar: Nakal lah you ni!

Kakak Besar: Alah, apa salahnya. SMS jual. Merchandise jual. Tiket konsert jual. Makin bertambah lah bonus kita tahun ini!

**


Di pejabat, Gundutz duduk di hadapan seorang kakak bertudung labuh yang bekerja sebagai seorang kerani Am di tempatnya bekerja. Kakak ini dikenali sebagai Kak Zaidah di kalangan kawan-kawannya. Kak Zaidah mempunyai anak-anak yang meningkat ke usia remaja. Mereka semua peminat Akademi Impiana. Kak Zaidah cukup risau dengan keadaan anak-anaknya yang terus mengikuti rancangan ini, walaupun telah ditegah sekeras-kerasnya olehnya. Kalau boleh, mahu sahaja dia menukar ke saluran lain setiap kali anak-anaknya menonton rancangan Diari Akademi Impiana ini, tetapi, entah mengapa, dia sendiri suka menonton rancangan ini.

“Saya tengok awak suka sangat bukak website Gastro? Awak suka mengikuti rancangan Akademi Impiana?” tanya Kak Zaidah dari tempat duduknya. Gundutz mengangguk perlahan. Dia jarang-jarang mahu berbual dengan Kak Zaidah. Lebih-lebih lagi apabila tahun lepas dia telah mendapat tahu bahawa Kak Zaidah lah telah memulakan cerita bahawa si Kamsiah dari jabatan HR adalah aweknya, sedangkan Gundutz rapat dengan Kamsiah kerana abang Kamsiah bekerja di Gastro dan Kamsiah boleh mendapatkan tiket percuma untuknya menonton konsert Akademi Impiana secara langsung. Sebagai balasan, Gundutz akan membuat kek blueberry cheese yang sedapnya tidak terhingga itu untuk Kamsiah, yang sememangnya suka memakan kek...

“Saya memang minat tonton Akademi Impiana.” Sebut Gundutz dengan ringkas. Dia menoleh sekejap ke belakang sebelum dia cepat-cepat merenung kosong ke dalam monitor komputernya.

“Akak rasa, Akademi Impiana yang selama ni orang dok heboh-heboh... Boleh tahan. Tapi tak sesuai dengan jiwa dan budaya Islam... Lelaki dan perempuan bukan muhrim ditempatkan dalam satu tempat. Hmm... Tak tau lah akak. Kita yang tengok ni pun dok sokong!” Kak Zaidah mengeluh. Seolah-olah dia sedang mengeluhkan masalah negara yang bakal membawa segala bencana dan kemusnahan.

“Entah lah kak. Dah orang nak tonton. Dah minat.” Gundutz menggaru-garu kepalanya. Tak tahu apa yang perlu dijawabnya lagi.

“Sebenarnya Akak rasa meluat tengok Akademi Impiana... Akak benar-benar terkejut dengan sikap dan tingkah laku setiap ahli AI ni. Macam takde maruah! Yang pompuan lagik satu hal. Memang takde maruah langsung!” Suara Kak Zaidah marah-marah. “Tergedik-gedik macam pompuan takda agama. Kalau kat Negara Barat tu akak tak kisah sangat! Memang dah menjadi 'stail' orang kafir yang suka mendedah sana sini dan sikap lepas laku.”

Gundutz menelan air liurnya tatkala mendengar kata-kata Kak Zaidah yang dirasanya pedas.

“Kebanyakan ahli AI ni orang melayu... Pompuan pulak tu. Mana nilai kesopanan gadis timur yang selama ini kita pegang? Lain ler kalau Terence yang memang bukan agama Islam. Akak tak kisah jikalau dia nak buat perangai yang kurang senonoh. Lagipun tempat dia memang sudah dijanjikan di neraka jahanam.”

Terkejut Gundutz mendengar kalimah-kalimah yang terpacul dari mulut Kak Zaidah. Terutamanya mengenai Terence, penyanyi kegemarannya dari Akademi Impiana. Mahu sahaja dia bersuara untuk membantah, tapi dia tidak berani. Dia hanya mampu mengurut-ngurut dadanya dengan tangan kanannya, sambil berkipas dengan tangan kirinya.

“Tapi nie... Hish!!! Rasa malu pulak akak nak mengaku yang mereka ni semua, terutama yang pompuan beragama Islam! Pegang sana... Pegang sini... Peluk sana... Peluk sini... Cium pipi sana... Cium pipi sini. Macam takde agama dan takde batasan langsung. Malu ler sikit! Kita Pompuan Melayu. Penuh dengan adat ketimuran dan kesopanan. Ada Agama yang membataskan antara yang halal dan yang haram. Dah ler mereka tu semua membuat dosa dengan memperdengarkan suara mereka kat khalayak ramai. Jangan ler tambahkan dosa lagik dengan membuat kelakuan tak senonoh di depan orang lain pulak!”

“Tapi Kak--”

“Akak tahu, kubur kita lain-lain, tapi tak salah kalau kita yang diciptakan oleh Allah ni diutuskan sebagai 'khalifah' mengingati antara satu sama lain. Betul Tak?” Gundutz tidak berani untuk memandang tepat ke dalam mata Kak Zaidah. Dia ingin menjawab, tetapi dia perlu mengaturkan kata-katanya dengan sebaik-baiknya.

“Akak kalau tak suka... Kenapa akak tonton? Kan bagus akak jauhkan dari dosa mendengar orang menyanyi dan berhibur dalam Akademi Impiana ni dengan mengaji ke... Melakukan amal jariah ke... Atau setidak-tidaknya melayan suami akak tu. Tak suka, jangan tonton. Banyak lagi rancangan yang berfaedah dalam saluran Gastro tu!” Gundutz berkata dengan teragak-agak. Kemudian dia menambah lagi. “Kita ni hidup bermasyarakat. Masing-masing dengan nilai dan cara hidup masing-masing. Kalau orang lain boleh hormat dengan cara hidup akak. Kenapa susah sangat akak menghormati cara hidup dan pilihan orang lain?”

Gundutz menarik nafasnya panjang-panjang. Tangannya terasa terketar-ketar. Dia berdiri dari duduknya, lantas terus berjalan ke arah pantry. Langsung dia tidak menoleh untuk melihat Kak Zaidah yang terkejut kerana Gundutz yang bersifat pendiam di dalam pejabat berani menegurnya.

**


Sia mendapati Zurina telah mengadu sakit kaki kepadanya. Wajah Zurina terkerut-kerut menahan sakit. Mungkin kerana banyak berlatih menari. Lebih-lebih lagi apabila beliau terpaksa berlatih menari dari dua orang guru penari, Carey dan Lina Yasmin.

Pada pagi tadi. Carey telah mengamuk kepada para pelajar kerana pelajar menari sambil lewa.

“Saya tak dapat feel! Sebab itu saya cepat naik hangin! Sebab itu saya cepat bengang!” Jerit Carey kepada para pelajarnya. Kemudian dia menambah lagi: “I don't want you to like the song. I want you to love the song!”

Selepas dimarahi oleh Carey. Giliran Lina Yasmin pula naik angin. Dalam kelas menari Lina Yasmin, para pelajar disuruh melakukan senaman aerobik. Ramai di antara pelajar yang tidak dapat melakukan senaman dengan betul. Terkerut-kerut muka mereka ketika sedang melakukan senaman.

“Kalau kau sakit aku boleh urut.” Kata Sia dengan jujur kepada Zurina.

Sia mengambil minyak cap kapak yang sentiasa ada di dalam simpanannya. Yang digunakannya ketika pening dan sakit-sakit badan. Sia menyuruh Zurina menyelak seluarnya agar senang diurut kakinya nanti. Zurina menurut sahaja.

Sia mengurut selama beberapa minit. Zurina kadang-kala akan mengeluh kesakitan. Tetapi dalam rasa sakitnya itu, dia telah berkata:

“Sedaplah kau urut!”

Ketika itu, datang pula Dara. Dia mengusik-usik si Zurina dan Sia. “Setengah jam berapa kau charge?” Tanya Dara kepada Sia.

“Seminit 15 ringgit!” sambut Sia dengan nada bergurau. Mata Zurina terbeliak besar. Lantas ketiga-tiga mereka ketawa bersama...

Di sebalik cermin, di dalam bilik rahsia, juru kamera nampaknya tersenyum sesama mereka. “Shot baik ni!” Kata jurukamera Rizal kepada kawan pembantunya Wong. “Malam ni mesti masuk diari...”

“Kalau ada pelajar lelaki... Katakanlah si Khir urut kaki Zaidi, lu rasa Kakak Besar dan Abang Besar bagi lepas keluar TV tak?” Wong menanyai kepada Rizal dengan suara yang perlahan.

“Tak kot...” Rizal ketawa kecil, diikuti oleh senyuman nakal dari Wong.

**


Kakak Besar dan Abang besar sedang membaca tulisan yang telah diterbitkan di dalam forum Utusan. Setelah mereka membaca, mereka senyum sesama sendiri. Seperti ada sesuatu yang membuatkan mereka rasa puas...

Saudara Pengarang,

SEMAKIN hari semakin banyak rancangan hiburan yang menampilkan persembahan peserta secara langsung. Ini termasuklah Akademi Fantasia 2, Audition, Who Will Win dan terbaru muncul, Malaysian Idol.

Apa yang menuntut saya menulis di ruangan ini adalah gelagat para pesertanya. Mereka tidak segan silu berpelukan di antara lelaki perempuan, terjerit-jerit dan menangis untuk sesuatu yang tidak wajar.

Hendak dikatakan suara sedap, maaflah... terus-terang saya katakan setakat jaguh kampung bolehlah! Yang membuatkan saya bertambah sayu, kehadiran emak, ayah dan saudara-mara yang memberikan sokongan. Masya-Allah, apakah semua ini?

Di mana ketegasan sebagai orang tua yang hanya tersenyum (dan mungkin hanya marah dalam hati) melihat anak gadis terkinja-kinja memeluk lelaki yang bukan muhrim?

Bagi peserta lelaki pula, mungkin merasa bangga, anak terunanya dipeluk atau mungkin nampak `macho' berani memeluk anak dara orang sesuka hati.

Saya memang tidak berkenan langsung dengan rancangan-rancangan sedemikian. Belum jadi `top star', `star' pun belum, sudah ditatang sedemikian rupa. Siapa mereka?

Masyarakat kawasan Shah Alam bimbang dan mengeluh perihal maksiat yang semakin berleluasa di sana, tetapi perkara ini yang terang-terangan di depan mata dibiarkan sahaja. Tambah menyedihkan, majoriti pesertanya anak Melayu kita. Orang lain berebut-rebut ke IPTA/IPTS, mereka ini berebut-rebut untuk sesuatu yang tidak pasti. Hanya mencari glamor, duit tak seberapa.

Sedarlah dunia semakin tua, perang sana sini, maksiat merata-rata (dengan skandal seks, video lucah, haruan makan anak, sumbang mahram, bersekedudukan tidak mengira bangsa dan seribu satu macam lagi). Bilakah ia akan berakhir?

- DANA ISMAL, Seksyen 8, Shah Alam.


**


Lagu khas buat para akademia...dan sponsor rasmi kertas tisu Akademi Impiana, Prime.
Terimalah lagu "Kertas Kertas Tisu" Nyanyian Tisha Omar, lirik oleh Dom Junior


KERTAS KERTAS TISU

Di kala ku kesedihan,
mengenangkan ibu bapak,
air mata ku berlinangan.

Di kala ku di marahi,
diherdik pengajar garang,
kertas tisulah yang d'perlukan,

Kini t'lah masuk musim kedua,
banyak barangan telah disponsor,
tak ketinggalan kertas tisu,
kertas oh tisuuu...

Lelehkan air matamu,
Gunakanlah tisu ini yang disponsor,
Gunakan sebanyak mungkin,
Nangislah penuh emosi,
Belailah muka nan basah dengan tisu,
inilah masa ke'masan untuk memancing undi,
kertas kertas tisu laku di 'kademi.

Di kala air tertumpah,
entah sengaja 'tau tidak,
kan ku lap dengan kertas tisu,

Di kala meng-kukukaki,
ku capai tisu seponser,
untuk mengesat air mata,

kini segalanya lebih mudah,
usah gundah dan usah gulana,
tisu sponsor sering tersedia,
tisu merata,

Lelehkan air matamu,
Gunakanlah tisu ini yang disponsor,
Gunakan sebanyak mungkin,
Nangislah penuh emosi,
Belailah muka nan basah dengan tisu,
inilah masa ke'masan untuk memancing undi,
kertas kertas tisu laku di 'kademi.

Hanya satu jenama yang kupinta,
ianya lembut serta gebu. oh...o...o...o.
walau setebal mana maskara,
berlinang meleleh,
tisu sponsor tetap adaaaa.......aaaaaaa.....aaaa....



posted by Nizam  # 4:23 PM