Julia berhenti di hadapan Sunway Hostel Kondominium. Dia mendapati Ariffin telah pun menunggunya di sana seperti yang telah mereka janjikan. Dia sedang memakai kaca mata hitam pada tengah hari itu. Wajahnya sedikit pucat.
"Dah lama tunggu ke?" tanya Julia sebaik sahaja Ariffin masuk ke dalam keretanya.
"Saya baru sahaja turun. Panas lah kalau tunggu lama-lama." Jawab Ariffin. Dia memakai tali pinggang keledarnya apabila Julia memberi isyarat tangan kepadanya agar berbuat begitu.
"Kenapa dengan bibir awak tu?" tanya Julia. Dia dapat melihat tanda lebam di bibir Ariffin.
"Tak ada apa-apa... tergigit masa bawak motor." Ariffin menjelaskan. Kemudian dia bertanya: "Jadi seronok tak awak kat sana?"
"Seronok! Rasa macam nak pergi lagi."
"Apa yang seronoknya kat Bali tu?"
"Saya seronok melihat pertunjukan tarian Kecak dan Barong. Saya seronok pergi bershopping dan berehat-rehat di sana. Dan yang paling penting sekali, saya seronok sebab dapat habiskan masa saya bersama bapak saya yang selalu saja sibuk dengan kerjanya tu." Katanya, lalu meminta Ariffin mengambil sebuah bungkusan plastik di belakang keretanya. Ariffin mengambil bungkusan tersebut. Di dapatinya di dalam bungkusan tersebut terdapat sebuah topeng. "Itu buah tangan dari saya dari Bali."
"Topeng?" tanya Ariffin. Dia melihat topeng tersebut secara dekat. T-shirt putih pemberian Julia masih tersimpan di dalam bungkusan plastik yang sama.
"Yer... Topeng lah tu. Nampak macam topeng kan?" Julia bersenda gurau. Ariffin menyambut dengan ketawa. "Saya belikan awak topeng Patih Manis."
"Patih Manis?"
"Ya, menurut cerita, Patih Manis ini dikatakan mempunyai perwatakan yang keras... Dia seorang yang angkuh." Julia meluahkan kembali apa yang dipelajarinya tentang topeng ini dari buku Balinese Masks oleh Judy Slattum dan Paul Schraub. "Sebagai penasihat raja, dia seorang yang cerdik dan banyak tipu muslihat. Topeng ini dipakai ketika karakternya perlu ditonjolkan sebagai 'manis'."
"Ada topeng bila mukanya masam ke?"
"Ada... Ia dipanggil topeng keras."
"Kenapa awak tak belikan saya topeng patih dengan wajah keras? Kan brutal sikit!"
"Awak kan manis orangnya..." Jawab Julia dengan cepat. "Kita jadi ke tengok wayang di One Utama, ni?"
"Ya, jadi..." Jawab Ariffin sambil memakai topeng Patih Manisnya. "Ho, ho, ho!" Katanya sehingga membuatkan Julia ketawa terbahak-bahak. Kemudian dia membuka bajunya untuk digantikan dengan baju pemberian Julia. Julia terus terdiam dan sesekali dia akan menoleh untuk melihat keadaan Ariffin menukar bajunya itu di dalam keretanya itu...
Sebaik sahaja Julia turun dari keretanya, Ariffin terus memuji busana yang dipakai oleh Julia. Dia mengatakan bahawa Julia kelihatan anggun dengan baju kebaya Bali yang dipakainya. Potongan kebaya ketat itu jelas menampakkan bentuk badan Julia yang menggiurkan itu.
"Baju ni nampak okay tak?" tanya Ariffin menunjukkan baju yang dipakainya dengan gambar Barong di hadapannya.
"Okay sangat!" ujar Julia tanpa mahu memuji lebih-lebih walaupun dia suka melihat Ariffin memakai baju-T pemberiannya itu.
Pada tengah hari itu, mereka meneruskan dengan rancangan mereka untuk pergi menonton wayang bersama, walaupun mereka terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan tiket. Julia tidak tahu filem apa yang mahu ditontonnya, jadi dia telah meminta agar Ariffin memilih filem yang mahu mereka tonton bersama. Ariffin suka menonton filem-filem aksi, jadi dia pun memilih sebuah filem aksi terbaru lakonan Tom Cruise.
"Selalunya awak keluar tengok wayang dengan siapa?" tanya Ariffin kepada Julia sebaik sahaja mereka duduk di dalam panggung.
"Dengan bapak saya." Jawab Julia. "Dia memang kaki wayang. Kalau dia tak sibuk, kami akan tengok wayang pada hari hujung minggu."
"Awak tak keluar dengan mak awak sekali ke?"
"Tak... Kami tak keluar sekali." Julia teragak-agak menjawab. "Mak dan bapak saya dah lama berpisah..."
"Maaf, saya tak tahu." Ujar Ariffin serba salah.
"Tak apa..." Julia cuba mengukir senyuman. "Saya selalunya akan keluar bershopping dengan mak saya."
Panggung digelapkan. Ariffin menghulurkan tangannya untuk memegang tangan Julia. Memang pada mulanya dia teragak-agak untuk menggenggam tangan Ariffin, tetapi akhirnya dia mengeratkan genggamannya. Julia dapat merasakan kehangatan tangan Ariffin. Ketika Julia menoleh ke arahnya, dia dapat melihat mata Ariffin terus ke layar perak. Dia kelihatan bersahaja, seolah-olah tidak ada apa-apa yang telah berlaku di antara mereka dan mereka telah lama berkasih mesra.
*
"Awak lapar tak?" itulah soalan pertama yang terpacul dari mulut Ariffin, sebaik sahaja mereka keluar dari panggung. Dia terus memakai kaca mata hitamnya kembali.
"Lapar juga... Kenapa, awak nak makan?"
"Ya. Tapi di mana, ya?"
"Awak nak makan apa?"
"Apa kata kita makan Burger King... Murah sikit."
"Okay." Jawab Julia walaupun dia tak suka makan makanan segera. Lebih-lebih lagi burger.
Mereka berdua berjalan ke arah bahagian bangunan baru One Utama. Julia tidak pernah ke sini sebelum ini, jadi matanya rambang melihat beberapa buah kedai pakaian baru yang terdapat di sini. Dia perlu mengingatkan dirinya agar membawa ibunya ke sini nanti...
Di Burger King, Ariffin memesan set makanan kegemarannya, set Big Whopper bersaiz besar. Julia punya sekadar memesan sepaket union ring. Julia membayar harga makanan yang dipesan oleh mereka, kerana katanya sebagai bonus setelah dia telah mendapat markah B untuk peperiksaan Business Lawnya.
Setelah mereka mendapatkan makanan yang mereka pesan, Ariffin terus membawa makannya tempat duduk di luar restoran. Senang sikit jika dia hendak merokok nanti, fikirnya.
"Awak dah daftar subjek untuk semester depan?" tanya Ariffin sambil membuka mulutnya untuk memakan Big Whoppernya.
"Sudah... Saya dah daftar mengikut ketiga-tiga subjek yang hendak awak ambil tu."
"Baguslah macam tu... Boleh kita study sama-sama."
"Betul tu." Tangan Julia mengais-ngais onion ringnya tanpa niat untuk memakannya.
"Kalau kita nak study sama-sama... Saya nak awak study bersungguh-sungguh."
"Ya. Saya janji." Julia mengangkat tangan kanannya seolah berikrar. "Saya dah belikan awak buku-buku teks yang kita perlukan untuk semester depan.."
"Buku-buku teks?" Ariffin mengulangi kata ganda yang digunakan Julia.
"Ya. Saya dah belikan kesemua buku yang kita perlukan-"
"Eh, tak payahlah. Saya main-main jer lah. Apa percaya sangat apasal?" Wajah Ariffin jelas risau. "Awak tahu saya main-main jer, kan?"
"Tak apalah... Lagipun saya dah beli. Ada dalam kereta saya buku-buku tu. Saya beli semalam. Balik nanti awak ambil, ya?"
"Hemm..."
"Okay, anggaplah sebagai hadiah dari saya. Saya hadiahkan kepada awak sebab awak tolong saya dapatkan markah yang baik untuk Business Law. Kalau tak, sampai bila-bila saya tak boleh grad!"
Ariffin tidak menjawab. Dia terus mengunyah burgernya.
*
Jali menerima pesanan SMS dari Ariffin. Jiwanya tenteram sedikit. Dirinya tidak lagi rasa tersekat-sekat ketika bernafas dan bilik yang disewanya di flat Kg Baru itu tidak lagi terasa sempit. Tak apalah jika Ariffin tidak dapat menghabiskan masanya bersamanya di Galeri Seni Kebangsaan pada hari itu...
Jali keluar dari biliknya. Dia ke balkoni flatnya di tingkat 14 yang menghadap ke arah KLCC itu. Dia menghirup udara segar pada tengah hari hujung minggu itu.
Jali memikirkan tentang Ariffin buat sekian kalinya pada hari itu. Hatinya cukup berat memikirkan tentang jalan hidup yang telah dipilih Ariffin. Kalau boleh, biar dia sahaja yang jahat. Biar dia sahaja yang dianggap sampah oleh masyarakat, tapi bukan Ariffin. Kerana Ariffin selayaknya mempunyai kehidupan yang lebih bererti buat dirinya.
Tiga hari selepas Ariffin dibelasahnya di Jurrasic Parknya, Jali telah mengambil keputusan untuk pergi melawatnya di hostelnya. Dia pergi tanpa diundang dan tanpe memberitahu Ariffin lebih awal, tetapi Ariffin tetap membenarkan dia masuk untuk berjumpa dengannya tanpa cakap soal, seolah-olah tidak ada apa-apa yang telah berlaku di antara mereka sebelum ini. Tapi itulah yang akan berlaku selalunya. Mereka akan bertengkar. Bergaduh. Ariffin akan dipukul oleh Jali. Jali akan meninggalkannya. Salah seorang dari mereka akan menghilangkan diri tanpa khabar berita buat beberapa hari, kemudian berkawan semula.
"Art okay tak?" tanya Jali sebaik sahaja dia dibenarkan masuk ke dalam hostelnya. Dirinya resah melihat kesan tumbukkannya di bibir Ariffin.
"Biasa je lah." Ariffin duduk di sofanya sambil menghidupkan puntung rokoknya. Matanya terus ke kaca TV. "Nak risau-risau tak tentu fasal ni kenapa? Macam tak biasa pulak!"
Kalimah-kalimah yang terpacul dari mulut Ariffin membuatkan Jali terkebil-kebil buat seketika.
"Jadi... Siapa lelaki yang tolong Art malam tu?" Tanya Jali sambil menyusun beberapa buah majalah yang bersepah di ruang tamu hostel Ariffin.
"Nama dia Zul."
"Lagi?"
"Lagi apa pulak ni?"
"Tentang dia lah-"
"Lawyer... Umur 35 tahun. Berasal dari Negeri Sembilan. Lagi apa kau nak tahu?"
"Dia suka dengan Art ke?"
"Ye lah kot... Tapi entahlah."
"Apa yang entahnya kalau dah suka?" tanya Jali dengan penuh cemburu.
"Dia tak nak aku sentuh dia..."
"Pulak, dah!" getus Jali, terus dia terduduk di atas kerusi sofa.
"Baguslah macam tu..." Jawab Ariffin bersahaja. Dia terbaring di atas sofanya dengan kepalanya di tepi paha Jali. "Dia tengah confuse tu... Dia ada tunang. Cun tunang dia tu. Nama tunang dia Aida... Anak orang kaya Brunei-"
"Tapi dia tetap cari Art, kan?" Jali cepat-cepat memotong sebelum Ariffin menceceh menceritakan hal-hal yang tidak perlu diketahuinya.
"Aku tak tahu apa dia mahu dari aku... Betul aku tak tahu."
"Dia mahukan Art... Cuma tunggu masa sahaja sebelum dia berani melakukan apa-apa." Ujar Jali sambil mengusap-usap rambut Ariffin. "Tentu Art tahu diorang ni semua serupa jer."
"Entahlah... Aku rasa dia lain." Kata Ariffin dengan jujur. Kata-katanya ini telah meresahkan jiwa Jali, kerana dia tidak pernah mendengar Ariffin bersikap seperti ini sebelum ini. "Dah tu... Aku rasa macam dah lama kenal dengan dia."
"Ye lah tu!"
"Betul! Aku serius ni! Aku nak kenal dia dengan lebih rapat lagi."
Jali mengeluh. Jauh di dalam hatinya, dia cukup-cukup tidak bersetuju jika Ariffin mahu mengadakan hubungan yang terlalu rapat dengan lelaki-lelaki yang ditemuinya selain dari melayani kehendak nafsu mereka untuk mendapatkan wang. Tetapi dia juga tahu dia tidak mungkin akan dapat melakukan apa-apa untuk menghalang kehendak Ariffin. Dia pernah mencuba berkali-kali, tetapi Ariffin terlalu degil orangnya. Jika dia mahukan sesuatu, tidak ada sesiapun yang boleh menghalangnya.
"Jadi, dia ada keluarkan duit dia untuk kau?" tanya Jali.
"Ada... Dia ada nak bagi aku duit tapi aku tak mahu terima."
"Kenapa?"
"Entah... Aku sendiri tak tahu. Tapi aku memang tak nak terima apa-apa lagi yang dia nak beri kat aku."
"Baguslah macam tu... Jadikan ini satu permulaan yang baik untuk kau." Jali cuba membuka langkah untuk memberi nasihat, "kau sendiri tahu aku tak suka tengok kau terima wang haram ni semua, kan?"
Ariffin ketawa sendiri. Langsung mempersendakan kata-kata Jali tadi. Katanya, seorang neo-Nazi Melayu yang rasis sepertinya tak layak Jali menasihatinya. Jali mengeluh. Dia tahu Ariffin biadap, tetapi dia tetap akur dengan kebenaran kata-katanya tadi.
"Jadi apa lagi kau tahu tentang Zul, ni?"
"Dia suka mengumpul lukisan dan dia ada banyak buku tentang lukisan!" Ariffin bangun dari keadaan baringnya lalu dia masuk ke dalam biliknya. Dia mengeluarkan dua buah buku yang tebal-tebal tentang koleksi lukisan abad ke-20 dan buku mengenai sejarah seni. "Kau pinjam buku dia ni. Kau kan suka tengok lukisan... Kau boleh tenung gambar-gambar lukisan dalam buku-buku ni lama-lama. Tak payah susah-susah pergi ke Galeri Seni Kebangsaan tu. Aku pinjam buku-buku dia ni pun sebab aku teringatkan kau!"
Jali membelek-belek buku tersebut. Dia memikirkan tentang cita-citanya yang hanya diketahui oleh Ariffin. Dia mahu jadi seorang pelukis. Dia suka melukis. Katanya kemudian dengan suara yang perlahan:
"Terima Kasih, Art..."
"Jaga buku tu baik-baik. Aku nak pulangkan buku ni kepadanya nanti. Lepas tu aku pinjam lagi buku dia yang lain biar kau boleh baca sendiri. Kalau kau tak faham, kau tanya aku. Jangan buat derk pulak. Kalau tak tahu tanya! Jangan bodoh sombong!"
"Ye lah, Jali tahu!" Jali membuka salah sebuah buku yang diserahkan oleh Ariffin kepadanya. Matanya kini terus kepada sebuah lukisan Lucien Freud yang bertajuk Interior in Paddington yang dipamerkan di Walker Art Gallery, Liverpool. Lama dia memandang ke arah lukisan tersebut, seolah-olah dia terkesima dengan apa yang dilihatnya lalu fikirannya melayang entah ke mana.
"Ini hadiah untuk kau... Aku beli pakai duit yang kau bagi untuk betulkan motor aku. Zul yang bayarkan..." Ujar Ariffin sambil membongkok ke bawah kerusi sofanya untuk mengambil hadiah yang telah disoroknya. Sebuah set lukisan yang terkandung buku sketch, pensel melukis, cat air dan berus lukisan.
"Terima kasih, Art." Ucap Jali dengan perlahan. Matanya tertunduk memandang hadiah pemberian Ariffin tadi. Sejahat-jahat Ariffin, kadangkala dia akan melakukan perkara-perkara kecil seperti ini yang mampu membuat hatinya cair kepadanya, fikir Jali sendiri.
"Kali ini... Aku tak nak dengar angan-angan kosong kau tu lagi. Aku nak kau betul-betul melukis." Kata Ariffin dengan serius. Dia pernah melihat lukisan-lukisan yang pernah dilukis oleh Jali di atas buku notanya. Dia tahu Jali sememangnya mempunyai bakat seni yang besar, cuma dia tidak pernah memperkembangkan bakatnya yang ada.
Jali mengangguk kepalanya dengan perlahan. Kemudian dia dapat melihat Ariffin membuka bajunya lalu meletakkan sebuah kerusi di sebelah kabinet TV.
"Aku nak kau lukis gambar aku..." kata Ariffin sambil meminta Jali duduk di kerusi tersebut.
"Sekarang?"
"Ya, sekarang."
Jali cepat-cepat mengeluarkan set lukisan dari bungkusan plastik yang telah diletakkan di atas pahanya. Dia mengeluarkan buku sketchnya serta pensil yang sesuai untuk digunakannya untuk melukis.
Ariffin terus menonton TV sambil membiarkan dirinya dilukis oleh Jali sambil terbaring di kerusi sofanya itu.
*
Jali terus memandang kepada lukisan Ariffin yang telah dilukiskannya tempohari ketika dia sedang terbaring sendirian di dalam biliknya. Dia mendapati dia telah pun melukis beberapa lukisan lain yang semuanya merupakan potret Ariffin. Kesemua lukisannya itu telah dilukisnya dengan realistik sehingga ada yang kelihatan seperti gambar foto.
Jali semakin bersemangat untuk melukis, walaupun dia merasakan, angan-angannya untuk menjadi pelukis yang terkenal tidak mungkin dapat dicapainya. Dia tahu dia siapa. Dia tidak mempunyai pelajaran, inikan pula latihan asas melukis. Tetapi dia ada Ariffin. Ariffin sudah cukup untuk membuatnya mahu melukis dan terus melukis...
Jali memanggil nama Ariffin di dalam ceruk-ceruk gelap Jurassic Park. Ariffin menoleh lalu memarahinya kerana tidak menepati masa. Jali nampak risau. Dia tak mahu membuat Ariffin marah-marah kepadanya. Dia tahu jika Ariffin terlalu marah kepadanya, dia tidak akan menjawab panggilan telefonnya malah berjumpa dengannya - kadangkala sampai berminggu-minggu lamanya. Dia tidak sanggup menghadapi situasi seperti ini.
Jali berusia 3 tahun lebih tua dari Ariffin. Dia berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan telah berhijrah ke Kuala Lumpur sejak dia berusia 18 tahun. Ketika itu, dia ke Kuala Lumpur dengan niat mahu mengikut kawannya untuk mencari kerja di sini. Setelah dia berada di sini, dia mula merasakan agak sukar untuk dirinya mencari pekerjaan yang sesuai ketika ekonomi tidak menentu, lebih-lebih lagi dia tidak mempunyai apa-apa sijil peperiksaan melainkan PMR.
Setelah menganggur selama beberapa minggu, akhirnya Jali bernasib baik kerana dia mengenali seorang kawan sekampungnya yang telah mendapatkannya pekerjaan di sebuah warung di Sungai Way, yang letaknya berhadapan dengan sebuah kilang sebagai seorang pembancuh air. Jali tidak suka bekerja di sini, tetapi dia terpaksa, semata-mata untuk menampung hidupnya di Kuala Lumpur.
Ketika di kota ini juga, Jali mula diperkenalkan kepada budaya skinhead. Dia mula bercampur gaul dengan budak-budak skinhead dan kesudahannya, cara dia berpakaian dan berfikir semakin hari semakin berubah. Jali merasakan dia cukup serasi dengan imej barunya ini. Dia mahu kehidupan yang sempoi. Dia mahu jadi manusia brutal. Dia mahu berambut pendek, memakai baju Fred Perry, seluar jeans singkat, kasut Doc Marten, mendengar lagu-lagu 'ska' dan 'rocksteady' serta bermotor vespa. Dia sekarang beridentiti Nazi/Melayu/fasis. Cheers! Oi!
Jadi Jali kini bergelumang di dalam dunia 'skinhead' dengan pemikiran neo-Nazi dengan ideologi 'Malay Power' angkara kecelaruan budaya dan ekonomi yang dihadapi oleh dirinya dan anak-anak muda sepertinya, atau sekurang-kurangnya itulah yang diberitahu oleh Ariffin kepadanya ketika mereka mula-mula bertemu dahulu.
Jali tidak pernah merancang untuk diketemukan dengan Ariffin yang telah dikenalinya lebih dua tahun yang lalu....
Jali mula-mula menyedari tentang kewujudan Ariffin ketika dia sedang menari dengan sekumpulan rakan-rakannya di kelab malam Movement. Tatkala itu, matanya terpaku melihat Ariffin yang sedang menari seorang diri di dalam sebuah sudut yang gelap. Ariffin berada di dalam dunianya sendiri.
Pada hari minggu-minggu berikutnya, Jali pergi ke kelab malam yang sama. Dia menari dengan rakan-rakan skinheadnya dengan matanya berkali-kali mencuri pandang ke arah Ariffin yang selalu akan didapatinya menari di sudut yang sama. Acap kali Jali akan dapat melihat Ariffin menari dengan sebuah botol air mineral terselit di belakang kocek seluarnya.
Lama juga Jali memerhatikan gerak-geri Ariffin, seperti seorang pegawai penyiasat lagaknya. Dari pemerhatiannya, dia mendapati Ariffin akan menari sehingga ke awal pagi apabila kelab malam ini ditutup. Apabila dia keluar, dia akan terus ke tempat dia meletakkan motosikal RXZnya. Kemudian dia akan menghilang entah ke mana.
Pada hari minggu itu, seperti biasa Jali akan pergi lagi ke kelab itu. Dan seperti biasa, dia akan menunggu ketibaan Ariffin ke kelab malam itu untuk menari. Tetapi pada malam itu, kelibat Ariffin tidak dapat dilihatnya. Jadi dia tunggu. Dia tunggu dan dia tunggu, tetapi Ariffin tidak juga kunjung tiba ke kelab malam yang sentiasa sesak dengan pengunjungnya itu.
Dia mencuba nasib pada keesokan harinya. Dia mendapati Ariffin masih tidak muncul-muncul. Dia berjalan ke seluruh pelosok kelab malam untuk mencarinya. Fikirnya, mungkin jumlah pengunjung terlalu ramai sehingga sukar untuk dia mengenal pasti kelibat Ariffin yang dicari-carinya itu.
Jali mula menyumpah-nyumpah dirinya kerana sanggup menghabiskan masa malamnya menunggu munculnya seorang pemuda yang namanya sendiri dia tidak tahu lagi. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia mahu sangat melihat wajah Ariffin, walau sesaat pun pada malam itu. Dia mula merasa bimbang ke atas apa yang mungkin difikirkannya telah berlaku kepada Ariffin yang mungkin tidak datang ke kelab malam itu seperti biasa kerana dia demam. Atau lebih teruk lagi, mungkin dia menemui kemalangan jalan raya yang dahsyat. Jali mula memikirkan yang bukan-bukan. Dia cukup takut jika dia tidak dapat menemui Ariffin lagi. Jali bingung dengan perasaan yang mula melanda dirinya sekarang...
Jadi di dalam keadaan hampa dan bingung, Jali terus menari di tengah-tengah kesesakan dewan tari. Ketika sedang menari, dia menoleh ke belakang. Dia dapat melihat seorang pemuda sedang menari seorang diri di belakangnya. Jali memberanikan dirinya lalu memusingkan tubuhnya untuk menari dengan pemuda yang sedang memakai topi beret dan berjaket denim. Dia kenal benar dengan pemuda tersebut.
Mereka menari bersama selama setengah jam sebelum pemuda yang mempunyai susuk tubuh lebih tinggi darinya itu mendekatkan dirinya ke telinganya.
"Kau ada E, tak?" jerit pemuda itu ke telinganya agar dia dapat mendengar permintaannya itu dengan jelas di dalam keadaan muzik "drum and beat' yang kuat dimainkan di dalam kelab tersebut.
Jali menggelengkan kepalanya. Dia melihat pemuda tersebut menjeling lalu berjalan meninggalkannya dengan merentasi lautan manusia yang memenuhi ruang tarian. Jali terkedu. Dia melihat pemuda itu berjalan ke arah pintu keluar sambil menghidupkan puntung rokoknya.
Jali memandang ke arah kawan-kawan skinheadnya yang sedang khayal menari. Dia mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka lalu mengejar pemuda tersebut.
Di luar, dia mendapati pemuda tersebut bergerak ke arah tempat dia biasa meletakkan motornya. Jali cepat-cepat mendapatkannya.
"Siapa nama kau?" tanya Jali dengan termengah-mengah, pekat dengan loghat Kelantannya.
"Art... Kenapa ni?" Tanya Ariffin dengan nada angkuh. Dia terus berjalan ke arah motornya. "Apa kau nak?"
"Kau dah nak balik ke?"
"Ya, tapi kenapa?"
"Kalau nak pop pill ecstasy... Aku ada."
Ariffin berhenti dari terus berjalan. Wajahnya berubah. Tak lagi bengis macam tadi.
"Kenapa tadi bila aku tanya, kau kata tak ada?"
"Aku tak kenal dengan kau."
"Apa pula tak kenal..."
"Apa maksud kau?"
"Aku tahu kau selalu perhatikan aku dari jauh."
Jali terdiam seketika. Entah mengapa tiba-tiba dia merasa segan untuk memandang ke arah Ariffin.
"Nama kau?" tanya Ariffin sambil menjemput agar Jali duduk dengannya di atas palang pemisah besi di hadapan kelab malam Movement.
"Jali..." Jawab Jali sambil meraba-raba belakang kepalanya yang botak itu. Dia mengeluarkan kotak rokoknya untuk merokok. Ariffin kemudian menghidupkan puntung rokok Jali dengan pemetik apinya.
"Kawan-kawan skinhead kau tu kat mana sekarang?"
"Ada kat dalam." Jali memberitahu. "Kau selalu ke sini?"
"Selalu... Tiap-tiap minggu."
"Kawan-kawan aku baru saja kenalkan tempat ini kat aku."
"Aku tahu... Aku tak pernah nampak muka kau kat sini sebelum ni. Sekarang kau baru nak jadi regular kan?"
"Ya," jawab Jali lalu mengeluarkan ½ butir pill ecstasy yang telah dikeratkannya dan dibalutnya baik-baik di dalam sekeping kertas aluminium. Dia menyerahkan bungkusan kecil itu terus ke tangan Ariffin.
Ariffin memandang ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tidak ada sesiapapun yang memandangnya lalu mengeluarkan pill tersebut lantas menelannya. Dia mengeluarkan air mineral yang telah disimpan di kocek belakangnya lalu meneguk air di dalam botol tersebut sampai habis.
"Okay... Terima kasih." Jawab Ariffin sambil memandang terus ke hadapan.
"Aku nak berkawan dengan kau-"
"Boleh. Apa salahnya." Jawab Ariffin sekadar melayan.
"Kau ni belajar lagi ke, dah kerja?"
"Belajar lagi." Macam nak tak nak Ariffin menjawab. "Kau pulak?"
"Kerja..." Jawab Jali perlahan. Sesekali dia akan memberanikan dirinya untuk memandang ke arah Ariffin. Dia masih tidak percaya dia sedang bercakap dengannya, kerana selama ini dia hanya berani memerhatikan Ariffin dari jauh.
"Jadi... Kau dengan kawan-kawan kau mana dapat duit sampai boleh pergi clubbing kat sini bawak awek-awek bohsia tu semua belanja minum?"
Jali tidak menjawab. Dirasakannya Ariffin tidak perlu tahu tentang apa yang dibuatnya selama ini untuk mendapatkan wang lebih untuk berfoya-foya. Dia terus mendiamkan dirinya. Keadaan diam yang terwujud di antara mereka kini membuatkan situasi menjadi kekok. Lebih kekok lagi apabila Jali mula dapat melihat perbezaan yang nyata ada di antara mereka berdua. Dia budak skinhead dan Ariffin pula sentiasa sahaja nampak kemas. Dia bertubuh sederhana dan Ariffin pula bertubuh tinggi. Dia merasakan dirinya tidak kecak manakala Ariffin pula dilihatnya sebagai sebaik-baik kejadian manusia.
"Okay... jom masuk dalam." Ariffin menepuk peha Jali. Jali menarik nafasnya lalu mengangguk. Jatungnya berdebar-debar apabila Ariffin menepuk pehanya tadi. Jali berjalan mengekori Ariffin dari belakang untuk masuk kembali ke dalam Movement. Ariffin pergi ke sudut kegemarannya lalu menari di sana. Jali ikut menari sama di sampingnya. Dia tidak menghiraukan kawan-kawannya yang lain... Jika mereka tanya nanti, dia akan memberitahu kepada mereka bahawa Ariffin ini adalah sepupunya yang datang belajar di KL...
*
"Kenapa kau lambat sangat?" tanya Ariffin lagi dengan nada marah-marah. Matanya tajam memandang ke arah Jali.
"Jali pergi gig. Lepas tu Jali lepak minum-minum dengan member-member Jali." Dia memberitahu. Dia cuba bercakap dengan perlahan. Dia tahu dia bersalah kerana tidak menepati janjinya.
"Bencilah kalau kau buat aku macam ni? Kau ingat aku ni tunggul ke apa?"
"Jangan cakap macam tu, Art! Jali bukan sengaja." Katanya dengan nada memujuk. "Jadi malam ni macam mana? Jali boleh lepak kat bilik Art tak?" Tanya Jali dengan mengharapkan.
"Boleh... Tapi esok bawak benda yang aku pesan tu." Kata Ariffin dengan kasar. Jali dapat melihat wajah Ariffin cukup serius, walaupun di dalam keadaan samar-samar di kawasan tertutup di Jurassic Park itu.
Jali memegang pipi Ariffin dan Ariffin terus berdiri kaku membenarkan. Nafas Jali turun naik. Dia cukup sayangkan kepada Ariffin walaupun dia tahu, rasa sayangnya yang tidak berbelas bagi itu tidak mungkin dapat dibalas olehnya. Ariffin bukan seorang lelaki sepertinya...
Jali, mat gedebe-anak Kelantan-skinhead-brutal-kaki pau itu mendekati Ariffin sambil menutup matanya untuk mengucupnya di dalam gelap. Tetapi dengan secara tiba-tiba Ariffin menolaknya setelah dia mendengar bunyi motornya yang diletakkannya berdekatan terjatuh di atas jalan. Jali dapat melihat Ariffin terus berlari ke arah motorsikalnya yang telah terjatuh lalu dilanggar pada bahagian tayar belakangnya oleh sebuah kereta BMW berwarna hitam.
Ariffin memaki hamun dengan kuat sambil mengetuk-ngetuk cermin kereta itu. Kereta BMW itu kemudian dengan laju meninggalkan kawasan tersebut. Jali berjalan mendapatkan Ariffin untuk membantunya mengangkat motosikalnya.
"Kimak lah!" jerit Ariffin sekuat hari. Suaranya berdengung memecahkan kesunyian malam yang kadang-kala akan diselingi dengan bunyi motor-motor mat rempit yang sering membawa motosikal mereka dengan laju di jalan-jalan besar berdekatan.
Jali menggeleng-gelengkan kepalanya. Dilihatnya bahagian besi tayar belakang motor Ariffin kemik dilanggar kereta BMW tadi. Dan kini, Ariffin memarahinya pula kerana telah datang lambat sehingga menyebabkan perkara ini berlaku. Jali kurang pasti apa kaitan dia datang lambat menemuinya tadi dengan motornya itu dilanggar, tetapi dia diam sahaja. Dia tidak mahu menambahkan lagi kemarahan Ariffin.
Ariffin duduk di bahagian tepi pembahagi jalan. Dia termenung ke hadapan. Fikirannya kosong.
"Biar Jali hantar motor ni pergi repair kat kedai motor Ah Seng..." Jali menyarankan.
"Bila?"
"Sekarang..." Jali memberitahu.
"Tapi kedai Ah Seng tutuplah! Dah pukul berapa ni?"
"Tak apa. Jali boleh tunggu."
Ariffin terus mendiamkan dirinya. Jali kemudian meminta Ariffin menunggu sebentar agar dia dapat mengambil motor vespanya. Dia selanjutnya membawa motor vespanya, lalu berhenti di hadapan motor Ariffin. Dia menyerahkan kunci motor vespanya kepada Ariffin.
"Art balik sahajalah. Jali tahu Art penat. Nanti esok tengah hari Jali ke tempat Art untuk ambil motor Jali ni. Esok tengah hari Art tak ke mana-mana, kan?"
"Tak." Jawab Ariffin pendek. Dia menyerahkan kunci motornya kepada Jali. Beberapa detik kemudian dia dapat melihat Jali menolak motornya itu ke hadapan. "Esok jangan lupa bawa benda tu!" dia mengingatkan.
"Malam... Jali akan bawa benda tu malam esok." Jawab Jali dengan perlahan. Suaranya sayup-sayup kedengaran.
Ariffin mengeluh lalu terus naik ke atas motor vespa kepunyaan Jali. Dia mahu pulang, fikirnya. Kemahuannya untuk pergi bersuka-suka ke kelab malam pada malam itu hilang begitu sahaja dek pening kepala memikirkan tentang motornya yang telah dilanggar itu.
*
Jali menelefon Ariffin. Dia memberitahu Ariffin agar menunggunya di tempat mereka selalu bertemu. Ariffin kemudian memberitahu kepada Jali mungkin dia akan tiba lewat sedikit untuk menemuinya malam ini.
"Art kat mana ni? Kenapa kat belakang bising-bising?" Jali ingin tahu. Nadanya jelas cemburu.
"Parti kawan satu U." Jawab Ariffin dengan pantas. "Okaylah, bila dah sampai nanti aku call." Ariffin terus mematikan panggilan dari Jali.
Jali terpaksa menunggu lebih dua jam sebelum Ariffin tiba di tempat yang dijanjikan. Ariffin dapat melihat Jali datang membawa beberapa orang rakan-rakan skinheadnya - budak-budak kaki pau yang sering berada di kawasan ini dengan kerja mengugut meminta wang perlindungan dan merompak.
Jali menyerahkan sebuah bungkusan plastik yang kecil ke tangan Ariffin. Ariffin nampaknya langsung tidak berpuas hati dengan apa yang telah diberikan oleh Jali kepadanya. Walaupun begitu, dia terus memasukkan bungkusan tersebut ke dalam kocek seluarnya.
"Mana cukup ni!" Ariffin menengking. "Aku mintak empat straw. Kau bagi aku satu straw ni apasal?"
Jali mengeluh. Dia telah mencuba sedaya mungkin untuk mendapatkan apa yang telah diminta oleh Ariffin darinya. Tetapi ini sahajalah yang termampu olehnya. Kemudian dia mengeluarkan wangnya dari kocek seluarnya:
"Ini untuk Art... Wang untuk betulkan motor Art tu." Jali memasukkan wangnya ke dalam kocek seluar Ariffin. "Jali tak ada banyak duit, tapi ini sahaja yang Jali mampu. Kalau Jali mampu, Jali akan beri lagi."
"Semalam apa yang aku mintak?" Ariffin menolak tubuh Jali. Dia hampir-hampir terjatuh. Jali memandang ke arah kawan-kawannya yang lain. Dia berharap mereka tidak akan dapat melihat apa yang telah dilakukan oleh Ariffin kepadanya.
"Dah lah tu, Art... Jali tak nak cari gaduh." Jali merapatkan tubuhnya ke arah Ariffin. Ariffin pula menolaknya lagi.
"Lepas ni... Aku tak nak tengok muka kau lagi!" Ariffin menudingkan jarinya ke wajah Jali. "Kau boleh berambus dari hidup aku! Kau ingat kau sorang jer boleh dapatkan aku apa yang aku nak?"
Wajah Jali merah menahan marah yang tiba-tiba sahaja singgah ke dalam dirinya. Dia tidak mahu kehilangan Ariffin di dalam hidupnya. Bagi dirinya, hanya Ariffin sahajalah satu-satunya manusia yang berupaya membuat hidupnya lebih bererti. Jadi dia cukup benci jika Ariffin mengancam untuk tidak mahu berjumpa lagi dengannya seperti ini.
"Pantang keturunan aku kalau ada orang berani nak ugut-ugut aku macam ni!" Jali menolah bahu Ariffin. Kemarahannya semakin memuncak apabila Ariffin berani melawan. Mereka bergelut. Jali menumbuk bibirnya apabila Ariffin menumbuk mukanya dengan kuat.
Kini rakan-rakan Jali masuk campur. Mereka sama-sama memukul Ariffin sehingga datangnya sebuah kereta BMW hitam yang berhenti di hadapan mereka. Seorang lelaki bertubuh tinggi keluar dengan sebatang kayu baseball.
Jali memberi isyarat kepada kawan-kawannya agar lari dari situ. Mereka lari lintang pukang. Kemudian Jali berhenti dari terus berlari untuk memandang ke arah Ariffin yang telah dipukulnya tadi. Dia dapat Ariffin dibantu untuk berdiri oleh lelaki yang tidak dikenalinya itu. Jali melepaskan nafasnya. Sekurang-kurangnya pada malam itu dia dapat memastikan bahawa Ariffin berada di dalam keadaan selamat.
*
Ariffin memeriksa pesanan SMS yang baru diterimanya dari Jali. Jali menghantar sepucuk SMS untuk bertanya khabar dan memberitahunya bagaimana dia merinduinya. Jali akan menghantar kepadanya mesej-mesej seperti ini hampir setiap hari, lebih-lebih lagi sejak peristiwa dia memukulnya di Jurrasic Park pada minggu lepas.
Ariffin telah pun memaafkannya. Malah, sebenarnya dia suka diperlakukan begini oleh Jali. Dia suka membuat Jali marah kepadanya lalu memukulnya. Dia tahu, sikap Jali yang suka berlembut dengannya itu ada batasnya. Jadi dia akan melakukan apa sahaja untuk membuatnya marah. Dia mahu dirinya dipukul. Kerana hanya ketika itulah dia dapat merasakan dirinya hidup kembali, walaupun untuk beberapa ketika.
Ariffin membalas dengan pesanan pendek yang mengatakan bahawa dia juga merindunya, walaupun dia tidak ikhlas dengan kata-katanya itu. Sebaik sahaja dia menekan butang 'send' dia dapat melihat kereta yang dibawa oleh Julia menuju ke arahnya...

Julia melabuhkan tubuhnya ke atas katil. Dia termenung ke hadapan memikirkan tentang peristiwa yang telah berlaku kepada dirinya di parti Sinta tadi. Dia telah memikirkan apa yang diketahuinya tentang fitnah yang telah ditaburkan oleh Hadi terhadap dirinya dan juga Ariffin yang memberitahunya bahawa dia ada menyimpan kemahuan untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi. Entah mengapa, wajah Ariffin terus terlekat di dalam hatinya. Dia mula memikirkan tentang Ariffin dan segala tingkah lakunya di dalam kelas tutorialnya. Memang tidak dinafikan, kadangkala dia akan dapat melihat Ariffin menoleh dan tersenyum ke arahnya sebelum ini - ketika mereka di dalam kelas, tetapi Julia tidak pernah mahu ambil peduli tentang diri Ariffin sebelum ini, kerana dia setia kepada Hadi...
Telefon bimbit Julia berbunyi lantas mengejutkan Julia dari lamunannya. Julia terus mengambil telefon bimbitnya itu lalu membaca pesanan SMS yang baru sahaja diterimanya dari Ariffin. Julia tersenyum sewaktu membaca pesanan yang diterimanya itu:
Saya mintak maaf ke atas apa yang telah berlaku tadi. Saya harap awak dah okay. Selamat bercuti ke Bali nanti!
Julia menarik nafasnya. Dia menekan butang reply untuk menjawab pesanan SMS dari Ariffin tadi, tetapi dia terus membatalkan niatnya. Dia benci berSMS. Dia lebih suka menelefon sahaja.
+ Hello. Ariffin? - Ya. + Saya baru sahaja terima SMS awak tadi. - Oh... So macam mana dengan diri awak. Okay tak? + Biasa saja... - Saya tak nak tengok awak bersedih lagi. Tadi saya tahu awak menangis seorang diri. Lama saya perhatikan awak menangis... + Hadi beritahu semua orang saya ni kaki kikis! - Saya tahu... + Mana awak tahu? - Sebenarnya ramai orang cakap macam tu sebab Hadi yang beritahu kepada semua orang. Saya rasa dia malu nak beritahu sebab sebenar mengapa awak reject dia dulu. Daniel dah beritahu kepada saya perkara yang sebenar. Dia dah ceritakan segala-galanya kepada saya. + Saya malu awak tahu tak? Saya tak tahu entah berapa orang yang percaya apa yang dia kata fasal diri saya. - Alah, pedulik apa cakap orang. Yang penting, awak tahu awak betul. + Saya rasa macam nak belajar tempat lain saja semester depan. - Eh, jangan mengarutlah Julia! Perkara ini perkara kecik jer! + Perkara ini perkara kecik bagi awak, tapi bagi saya perkara besar! - Okay... Kalau nak suruh orang diam, awak buktikan kepada mereka awak boleh berdikari sendiri. Tak perlu nak bergantung pada sesiapa. + Selama ini pun saya hanya bergantung pada bapak saya. Saya tak perlukan wang dia. Kalau kami keluar pun, kalau kami tak bayar asing-asing, saya yang akan belanja dia. Kalau nak fikirkan betul-betul... Selama ini dialah yang kikis saya! - Tapi masalahnya orang tak tahu, kan? + Itulah. Benda-benda macam ni orang mana nak tahu? - Macam ni... Apa kata awak berdikari sendiri... Cari kerja part-time ke + Kerja part-time? - Ya... + Klinik bapak saya tengah cari pekerja part-time di kaunter farmasi... Mungkin saya boleh kerja di sana. - Boleh. Lepas tu orang tak akan fikir lagi tentang apa yang berlaku di antara awak dengan Hadi, tetapi Julia yang mempunyai segala-galanya tetapi masih mahu berdikari sendiri. + Hemmm.... - Anggaplah ia satu branding exercise untuk awak, seperti mana yang pernah saya belajar di kelas marketing dua semester lepas. + Bagus idea awak tu! - Saya sekadar nak praktik apa yang saya belajar... + Awak kat mana ni? - Kat KL. Ada hal di sini... Kebetulan Daniel ke sini, jadi saya tumpang + Awak ada apa-apa yang awak nak pesan dari Bali? - Tak. Saya cuma nak awak rehatkan fikiran awak di sana nanti. Lupakan tentang Hadi. Kalau dia cuba nak kacau awak nanti, saya ada. Awak tak perlu risau lagi. + I want to get to know you better, if that is okay with you. - Boleh. Saya pun sama. Sebab tu saya nak ajak awak tengok wayang bila awak balik dari Bali nanti! + Okay. Cool. - Julia... Saya perlu berhenti di sini sahaja. Kawan saya yang nak berjumpa dengan saya dah sampai. Nanti kalau ada apa-apa awak SMS saya, ya? + Saya akan SMS awak apabila saya di Bali nanti. - Baguslah, hilang juga rindu saya kepada awak nanti... Okay. Bye Julia. Jaga diri awak tu baik-baik, ya? + Bye.
Julia melepaskan nafasnya lalu dia memeluk bantalnya erat-erat. Perasaan yang begitu asing baginya mula meresapi dirinya. Satu perasaan yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini walaupun ketika dia bersama Hadi dahulu. Cinta.
*
Zul merasa kebosanan. Bosan setelah semalaman dia duduk di hadapan keluarga tunangnya. Satu perkara yang tidak suka dilakukannya tetapi terpaksa dilakukannya demi menjaga hati Aida. Jadi, sepanjang masa dia di hadapan keluarga Aida, dia akan cuba kelihatan berminat mendengar segala apa yang mahu diperkatakan oleh bapa Aida -tentang tugasan-tugasannya di Brunei dan perihal teknologi terbaru cari-gali di minyak yang kini terbukti telah mendatangkan hasil yang lumayan bagi syarikatnya.
Untuk menghilangkan sisa-sisa rasa bosannya, Zul membawa kereta meronda-ronda di seluruh KL. Dia memang suka melakukan perkara ini, terutamanya di malam hari minggu seperti ini. Dia suka melihat keadaan malam di sini yang dipenuhi oleh anak-anak muda yang keluar bersuka ria di kelab-kelab malam di sepanjang Jalan Sultan Ismail. Dia suka melihat mat-mat rempit yang duduk melepak di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Pelancong-pelancong dari tanah Arab yang mundar-mandir di Bintang Walk sehingga ke larut malam. Atau deretan pelacur yang memperagakan tubuh mereka di Lorong Haji Taib dengan deretan kereta yang memerhatikan mereka satu persatu seolah-olah mereka sedang menyaksikan haiwan-haiwan eksotik di dalam lawatan mereka ke Midnight Safari.
Setelah puas meronda-ronda, Zul masuk ke kawasan tempat meletak kereta di sebelah Sogo. Dia melihat keadaan di sini tidaklah semeriah semalam. Mungkin terdapat rondaan polis yang selalunya akan datang ke sini untuk memantau pelumba-pelumba haram yang kadangkala akan berkumpul di kawasan ini.
Zul membawa keretanya masuk ke Jurassic Park. Dia melihat-lihat pengunjung yang berada di sana. Ada di antara pengunjung-pengunjung tersebut berpaling ke arah keretanya untuk melihat wajahnya. Zul berharap tidak ada sesiapapun di sini yang dikenalinya atau mengenalinya.
Tiba-tiba di bahagian hujung lorong yang gelap ini Zul dapat melihat beberapa orang anak-anak muda yang sedang bergelut. Seorang dari mereka telah diterajang dengan kuat sehingga dia jatuh tergolek di atas permukaan jalan. Dia terus disepak dan diterajang oleh keempat-empat anak-anak muda yang semuanya berambut botak dengan pakaian yang singkat dan ketat.
Zul terpaksa membuat keputusan dengan cepat. Dia perlu melakukan sesuatu.
Zul memandu keretanya dekat ke tempat kejadian lalu menghidupkan spotlightnya. Dia keluar dari keretanya lalu mengeluarkan sebatang kayu baseball yang diperbuat daripada aluminium. Dia bergerak ke arah mereka sambil menjerit Hoi!dengan kuat. Entah mengapa, gertakannya itu menjadi, lalu budak-budak yang kini dapat dipastikannya sebagai anggota kumpulan skinhead lari lintang pukang.
Apa yang dah jadi ni? tanya Zul menghulurkan tangannya ke arah seorang pemuda yang sedang memakai sepasang jaket denim yang sedang terduduk di tepi jalan yang sunyi itu.
Budak-budak tu pau saya... Jawab pemuda tersebut sambil memegang bibirnya yang lebam itu. Dia mendapati bibirnya pecah dan berdarah. Dia memegang tangan Zul lalu dia cuba berdiri dari keadaan terduduknya tadi.
Ye lah, itu aku tahu. Tapi mengapa?
Kan saya dah cakap... Diorang kaki pau, bang. Diorang nak duit saya.
Kenapa tak bagi saja duit kau kepada mereka?
Eh, gila ke bang? Mana saya ada duit? pemuda tersebut menjeling kepadanya.
Zul memandang ke arah wajah pemuda tersebut di dalam samar-samar lampu malam. Degupan jantungnya bergerak cepat setiap kali sinar lampu jatuh menyinari wajah pemuda tersebut. Dia tidak pernah melihat seraut wajah setampan pemuda di hadapannya ini sebelum ini.
Bang... Abang yang langgar motor saya semalam! getus pemuda tersebut sambil berdiri melihat kereta BMW kepunyaan Zul.
Apa?
Semalam! Abang langgar motor saya! Mana saya boleh lupa nombor kereta abang ni! WHE 42! Kata pemuda tersebut sambil tertunduk menahan kesakitan kepada bahagian rusuknya yang telah disepak dengan kuat tadi.
Kau okay ke tak okay ni? tanya Zul dengan penuh prihatin. Dia mula nampak risau.
Tak... Pemuda tersebut bersuara sambil meneran kesakitan yang amat sangat.Dia berjalan dengan terjengket-jengket akibat tulang kering di bawah lututnya yang tercedera diterajang tadi.
Okay... Masuk. Aku nak hantar kau pergi klinik. Perintah Zul sambil membuka pintu keretanya.
Pemuda tersebut memandang kepada wajah Zul. Dia menarik nafasnya. Ada sesuatu tentang diri Zul yang mengingatkannya kepada sesuatu, tetapi dia tidak pasti apa. Dia terus mendiamkan dirinya.
Zul memandang ke arah pemuda tersebut setelah dia memasuki keretanya. Dia memerhatikan gerak-gerinya sambil membawa keretanya maju ke hadapan.
Kita ke Ampang, ya? Di sana ada klinik 24 jam. Zul menyarankan.
Mana-mana saja lah bang.
Apa nama kau?
Art.
Umur kau berapa? 24? 25?
20 jer lah, bang.
Oh... Kening Zul ternaik. Pemuda tersebut berusia lebih muda dari yang dijangkakannya. Kau berasal dari Kedah ke?
Ya. Jawabnya sambil memandang ke luar tingkap. Dia cukup sedar loghat utaranya masih pekat walaupun sudah lebih tiga tahun dia berhijrah ke Kuala Lumpur.
Aku nak meminta maaf banyak-banyak tentang kejadian semalam...
Semalam kenapa abang lari? dia bertanya dengan nada tidak puas hati .
Entahlah... Aku panik. Aku memang tak mahu keluar dari kereta aku. Kau pulak aku tengok marah-marah.
Ya lah, abang dah langgar motor saya!
Apa dah jadi dengan motor kau?
Bang... Semalam bila abang langgar motor saya, saya kena tolak motor saya dari Jurassic Park sehingga ke kedai baiki motor Ah Seng tu kat Chow Kit. Kemudian saya kena tunggu dari pukul 2 pagi sehingga ke pukul 10 pagi bila Ah Seng bukak kedai motor dia tu. Lepas tu dia cakap tayar dan rim saya kena tukar
Jadi dah dibetulkan? tanya Zul. Di dalam pada itu dia dapat mencium bau darah pemuda tersebut. Satu bau yang sudah lama tidak diciumnya dari dalam keretanya itu.
Belum... Kalau dah betulkan pun, saya tak ada duit nak ambik balik.
Nanti aku bayar balik kos untuk membaiki motor kau tu. Zul berasa serba salah menyusahkan pemuda yang baru dikenalinya ini. Dia terus memandu keretanya laju ke arah Ampang.
Zul membawa keretanya ke Klinik Boon yang terletak di deretan kedai berdekatan dengan Ampang Point. Zul meletakkan keretanya berhampiran dengan klinik tersebut. Klinik yang dibuka 24-jam itu agak lengang kecuali dengan kehadirandua orang pengunjung yang sedang menunggu nama mereka dipanggil untuk mengambil ubat.
Zul memerhatikan kad pengenalan pemuda tersebut apabila dia diminta untuk menunjukkan kad pengenalannya oleh pembantu perubatan yang bertugas. Zul memerhatikan nama yang tertulis di kad pengenalan tersebut: Ariffin bin Nordin yang beralamat di Yan, Kedah.
Nama Ariffin dipanggil untuk masuk menemui doktor yang sedang bertugas beberapa minit kemudian.
Abang tunggu kat sini. Jangan pi mana-mana! pinta Ariffin.
Jangan takut. Aku tak akan tinggalkan kau macam semalam. Zul sememangnya tidak akan ke mana. Dia telah membuat keputusan untuk membantu Ariffin sejauh mana yang dia mampu pada malam itu.
Selepas lebih sepuluh minit Ariffin berada di dalam bilik rawatan, dia keluar dengan memegang jaket dan baju-Tnya. Dia pergi menemui Zul lalu menyerahkan pakaiannya itu. Ariffin terus pergi ke kaunter farmasi untuk menunggu agar namanya dipanggil. Zul memandang ke arah Ariffin yang tidak berbaju itu. Dia dapat memerhatikan bahagian hujung lengan dan tulang rusuknya rupa-rupanya terluka, lalu dibalut dengan kain pembalut luka.
Zul cuba mengelakkan dirinya dari memandang lama-lama ke arah tubuh muda Ariffin yang kekar itu - yang langsung mengingatkannya kepada patung-patung dewa Yunani yang pernah dilihatnya di British Museum ketika dia masih belajar dan bekerja di sana. Sejurus selepas Zul dapat melihat bahawa Ariffin sedar dia sedang mengamati dada dan otot perutnya yang terbentuk cantik itu, dia terus memandang ke arah lain dengan tersipu-sipu.
Sesudah Ariffin mengambil ubat-ubatnya, dia mengeluarkan dompet wangnya untuk membayar kos perubatan. Zul cepat-cepat bergerak ke arah kaunter lalu menjelaskan kos perubatan Ariffin.
Terima Kasih, bang. Ucap Ariffin bersungguh-sungguh. Dia mencapai kembali baju-T dan jaketnya dari tangan Zul. Dia menyarungkan jaket denimnya ke tubuhnya tanpa memakai bajunya kembali. Kemudian dia ketawa sendiri.
Kenapa?
Doktor tu ingat saya jatuh motor. Dia tak tahu saya kena pukul dengan budak-budak kaki pau dari Kelantan tu sampai jatuh atas jalan...
Kau nak kita buat laporan polis?
Eh tak payahlah bang! Ariffin meraba-raba kocek seluarnya sebelum dia menukar topik: Bang... Abang lapar tak? tanya Ariffin. Dia masih tidak boleh berjalan dengan betul. Ketika dia menuruni tangga, Zul terpaksa membantunya dengan membiarkan dia merangkul lehernya.
Tak.. Kenapa? Kau lapar?
Ya.
Mana kau nak makan?
Pi ke Kampung Baru boleh bang?
Di mana?
Nasi Lemak Antarabangsa.
Kau boleh makan ke?
Apa pulak tak boleh?
Bibir kau tu pecah.
Saya lapar lah bang...
Baiklah. Zul menurut sahaja kemahuan Ariffin. Dia terus memandu keretanya ke arah Kampung Baru. Sesekali dia akan berpaling ke arah Ariffin yang tidak berbaju tetapi hanya berjaket denim itu.
Gerai Nasi Lemak Antarabangsa dipenuhi pengunjung walaupun jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Zul dan Ariffin beratur untuk mendapatkan nasi lemak mereka. Di kaunter bayaran, Ariffin terus mengeluarkan wangnya lalu membayar harga makanan dan minuman yang telah dipesan olehnya dan Zul.
Zul serba salah melihat dirinya dibelanjai makan oleh Ariffin lebih-lebih lagi apabiladia dapat melihat dompet Ariffin kini kosong kecuali beberapa keping wang seringgit-seringgit yang ada.
Lain kali, aku tak nak kau buat macam tadi. Ujar Zul ketika mereka duduk di atas meja makan di gerai tersebut.
Buat apa, bang?
Keluarkan duit untuk belanja aku makan.
Alah, sekali-skala apa salahnya bang?
Sepatutnya aku yang belanja kau, bukan kau yang belanja aku!
Ariffin tidak menjawab. Dia terus menghadap juadah di hadapannya. Dia makan dengan lahap. Mungkin terlalu lapar gamaknya. Sesekali Zul akan tersenyum melihat gelagat Ariffin, lebih-lebih lagi apabila dia mengerutkan dahinya apabila sambal nasi lemak terkena pada bahagian bibirnya yang terluka itu.
Kau masih study ke, dah kerja?
Study lagi. Jawab Ariffin sambil mengunyah makanannya.
Study di mana?
Monash Universiti.
Sunway?
Ya.
Aku duduk dekat dengan Sunway
Kat mana tu, bang?
Subang Jaya.
Oh... Dekat sangat lah tu.
Kau pelajar jurusan apa?
Business and Commerce.
Kau minat belajar tu semua?
Minat lah... Dah tu?
Zul ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dah lama dia tidak berbual dengan seorang anak muda seperti Ariffin. Dia hampir-hampir terlupa bagaimana selambanya bahasa yang mereka gunakan ketika mereka berbual. Lain benar rasanya ketika dia berbual dengan Ariffin jika dibandingkan dengan perbualannya dengan kliennya ataupun rakan-rakan di firma guamannya. Dia sememangnya rasa seronok dapat berbual dengan Ariffin.
Kenapa kau tenung muka aku macam tu? tanya Zul apabila dia melihat Ariffin memandang ke arah wajahnya lama-lama. Sejak dari tadi aku lihat kau tenung aku macam tu.
Tak ada apa-apa... Muka abang ni macam saya kenal jer. Tapi tak tahu kat mana
Aku rasa aku tak pernah jumpa kau sebelum ini. Ujar Zul. Dia pasti tentang hal ini. Lebih-lebih lagi Ariffin mempunyai wajah yang terserlah kacak. Dia tidak mungkin akan dapat melupakan wajah seperti yang ada padaAriffin walaupun dia terpandang wajahnya dengan sekali imbas.
Kalau kau nak, ambil lah. Kata Zul sambil melihat pinggan Ariffin yang kosong dan licin itu.
Ariffin mengambil pinggan Zul yang hampir-hampir tidak terusik itu lalu digantikannya dengan pinggannya. Ariffin terus makan untuk menghabiskan nasi lemak Zul.
Zul menarik nafasnya sambil melihat Ariffin makan. Entah apalah nasibnya pada hari ini sehingga dia menemui karakter seperti Ariffin ini. Sesuatu yang tidak diduganya sama sekali.
Sejurus selepas makan, mereka berdua terus masuk ke dalam kereta. Zul menghidupkan enjin keretanya untuk bergerak keluar dari kawasan Kampung Baru.
Kau tinggal di mana?
Di Sunway Condominium Hostel... Kondominum pelajar di sebelah Sunway College tu.
Okay... Kita ke sana, ya sekarang? Aku nak hantar kau pulang.
Bang...
Ya?
Rumah abang ada makanan tak?
Kenapa? Zul kehairanan di tanya soalan sepelik ini.
Saya nak masak untuk abang.
Eh, kenapa pulak ni?
Saya pandai masak.
Dah tu, kenapa?
Esok saya tak buat apa-apa... Jadi saya nak masak untuk abang.
Ooo... Zul meraba-raba lehernya sendiri.
Abang tak buat apa-apa kan esok?
Tak... Aku duduk rumah, tak buat apa-apa. Nak berehat.
Kita makan pagi bersama, ya bang? tanya Ariffin dengan wajahnya berpaling terus ke arah Zul.
Boleh... Kalau tu yang kau nak. Tak salah rasa-rasanya.
Dah tu, bila kita sampai rumah abang nanti, abang nak buat apa kat saya buatlah. Kata Ariffin dengan serius.
Eh apa dah kena dengan kau ni? tanya Zul seperti tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya tadi.
Ye lah, abang pergi Jurassic Park tadi sebab abang nak
Ish, tidak lah! Aku tak pernah nak terfikir nak buat kerja-kerja tu semua! bantah Zul. Dia meraba-raba dahinya.
Ariffin terdiam. Matanya kaku memandang ke hadapan.
Kalau kau nak tumpang rumah aku tak apa... Lagipun esok aku bercadang nak kau bawa aku ke kedai motor Ah Seng kau tu untuk dapatkan kembali motor kau yang telah aku langgar tu.
Ariffin sekadar mengangguk. Zul berpaling ke arahnya.
Kenapa kau beriya-ia sangat nak masakkan untuk aku?
Bang... Saya tak ada duit nak makan. Jadi kalau saya dapat makan kat rumah abang, sekurang-kurangnya perut saya beralas sikit.
Kau memang tak ada duit lagi ke?
Tak ada. Nak makan pun tak cukup. Saya pun tak tahu nak buat apa musim cuti semester ni, sebab kawan-kawan saya semuanya pergi bercuti.
Kau tak balik kampung?
Tak... Mak bapak saya dah tak ada. Yang ada cuma mak saudara saya di Alor Star. Keluarga mereka ramai. Saya tak mahu menyusahkan mereka.
Zul mengeluh lesu. Dia membuka radio keretanya. Lagu terbaru dari Alicia Keys berkumandang memecahkan kesunyian malam.
Zul membelokkan keretanya ke arah Jalan SS19/4 yang terletak di sebuah kawasan perumahan eksklusif di Subang Jaya. Apabila keretanya tiba di hadapan lot 123, dia mengambil sebuah alat kawalan jauh yang diletakkan di tepi pintu keretanya lalu menekan butang kawalan jauh tersebut untuk membuka pintu pagar automatiknya.
Zul meletakkan keretanya ke dalam rumah banglonya yang mempunyai rekaan modenisme itu. Dia menjemput Ariffin masuk ke dalam rumahnya. Ariffin masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah dia melihat perabot-perabot Zul yang berkonsepkan rekaan Bali itu. Sekali imbas, dia merasakan dia sedang berada di dalam sebuah resort di tepi pantai dan bukan di dalam sebuah rumah bujang.
Dengan selamba Ariffin membuka jaketnya sambil memerhatikan keadaan ruang tamu Zul yang luas itu. Zul menarik nafasnya. Anak tekaknya bergerak-gerak menelan air liur. Sedaya mungkin dia cuba mengingatkan dirinya bahawa dia sudah lama bertunang.
Ini lukisan Amron Omar, ujar Ariffin apabila dia melihat lukisan dua orang pemuda tidak berbaju yang sedang bersilat di ruang makan rumah Zul.
Zul terkejut buat seketika. Tidak ramai yang mengetahui tentang lukisan ini. Inikan pula mengenali pelukisnya.
Ya. Lukisan Amron Omar dari siri Pertarongan. Tapi mana kau tahu tentang lukisan ini?
Kalau ada masa saya selalu lepak-lepak di Balai Seni Lukis Negara... Mereka ada koleksi lukisan Amron Omar di sana. Tapi saya lebih meminati lukisan batik Chuah Thean Teng dan karya-karya awal Mohd Hoessain Enas.
You are so full of surprises. Zul mengatakan sebelum dia membuka TV plasmanya lalu menghilang masuk ke dalam bilik tidurnya.
Apabila Zul keluar dari bilik tidurnya dengan membawa sehelai baju-T dan sehelai kain pelekat, dia dapat melihat Ariffinsedang duduk menonton TV sambil tersenyum ke arahnya. Buat sekian kali dia berdoa di dalam hati agar Ariffin berhenti dari melemparkan kuntuman senyuman kepadanya lagi, kerana setiap kali dia senyum seperti itu, setiap kali itulah degupan jantungnya akan berdentum kuat meluruhkan jiwa dan raganya.
Kenapa kau jadi begini? tanya Zul sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya untuk duduk di hadapan Ariffin.
Jadi apa bang?
Apa yang kau buat sekarang lah...
Ariffin mencapai sesuatu dari dalam kocek jaket denimnya. Dia mengeluarkan kotak rokoknya untuk menghisap rokok. Tetapi Zul tidak membenarnya. Dia mengambil kotak rokok itu dari tangan Ariffin lalu meletakannya ke tepi. Dia tidak suka jika ada orang yang cuba merokok di dalam rumahnya itu. Itu sahaja pantangnya.
Panjang ceritanya bang... Lagipun abang ingat saya buat kerja ni suka-suka ke? Ariffin bertanya dengan nada suara yang keras.
Kita ada banyak masa nak bercerita... Abang boleh dengar kalau Art bersedia untuk bercerita kepada abang. Zul mencapai alat kawalan jauh untuk mematikan suis TV Plasma Bang & Olufsennya. Dia mahu Ariffin memberi sepenuh perhatian kepada cerita yang hendak diberitahukan kepadanya itu.
Bang... Saya ni orang susah. Saya anak yatim piatu. Yang jaga saya di Alor Star sana adalah keluarga sebelah mak saya. Keluarga mereka besar. Mereka juga orang susah. Jadi bila ada peluang datang untuk saya bekerja di KL saya ambil
Bila perkara ni berlaku?
Sebulan selepas saya ambil peperiksaan SPM saya... Masa tu saya menolong makcik dan pakcik saya jual air di depan Stadium Darul Aman. Pada masa tu lah datang seorang chef yang terkenal yang mahu berkenalan dengan saya.
Chef terkenal mana pula ni?
Chef Zainal. Beritahu Ariffin. Zul tidak berapa mengenali personaliti TV ini, tetapi dia tahu Chef Zainal mempunyai rancangan masakannya sendiri dan dia popular di kalangan suri rumah di Malaysia.
Jadi apa yang Chef Zainal ini mahu dari Art?
Dia mahu saya ikutnya ke Kuala Lumpur. Dia kata dia boleh dapatkan saya pekerjaan. Saya pulak masa tu memang beria-ia sangat nak ke Kuala Lumpur. Saya tak pernah ke Kuala Lumpur, tapi banyak cerita yang saya dengar tentang Kuala Lumpur. Jadi saya kata, ya. Lagipun, saya tak nak susahkan lagi hidup makcik dan pakcik saya.
Lepas tu, apa jadi?
Saya ke KL. Tapi bang... Lepas tu lain pula jadinya.
Lain macam mana tu?
Dia paksa saya buat benda-benda tak senonoh dengan dia. Abang faham-faham je lah apa yang dia suruh buat. Mula-mula saya tak nak, tapi last-last saya terpaksa buat juga. Ye lah, saya mana ada nafsu dengan lelaki!Tapi apa yang dia suruh saya buat tu, ish!
Saya dah termakan budi, bang.Sebab bila mula-mula sampai KL, macam-macam yang dia belikan untuk saya. Dia belikan baju baru... Kasut baru. Handphone pun dia belikan jugak.
Jadi ini kes termakan budi, terjual body lah ni? Zul cuba berjenaka, tapi dia dapat melihat Ariffin langsung tidak ketawa.
Saya dah terjebak, bang. Saya tak boleh buat apa-apa. Bila saya nak balik Alor Setar, Chef Zainal ugut nak beritahu kepada pakcik dan makcik saya tentang apa yang telah berlaku di antaranya dengan saya. Saya jadi takut... Jadi saya menurut sahaja kehendaknya.
Jadi dia tanggung makan minum kau di sini?
Bukan itu sahaja bang... Selepas saya dapat keputusan SPM saya, saya nak sambung belajar di IPTA. Result saya cemerlang... Jadi saya rasa tak susah kalau saya nak dapatkan biasiswa. Tapi dia tak bagi. Dia nak saya belajar di kolej swasta supaya saya dapat balik hari ke rumahnya nanti. Sekali lagi saya menurut sahaja, lebih-lebih lagi apabila dia suruh saya apply ke Sunway College.
Seterusnya dari Sunway College, saya akhirnya diterima masuk ke Monash University... Jadi saya belajar di situ. Saya fikir-fikir, yang penting sekarang saya nak belajar
Jadi persoalannya sekarang, apa yang telah terjadi sehingga kau sanggup jadi money boy?
Saya kena halau dari rumah Chef Zainal, bang...
Apa yang berlaku?
Dia tuduh saya curi wang dia. Duit dia sebanyak RM 10,000 hilang dari rumahnya.
Jadi siapa yang curi?
Mana saya tahu bang!
Bila dia halau kau... Kau terpaksa cari tempat tinggal sendiri?
Ya. Ariffin tertunduk ketika dia menjawab soalan Zul tadi. Sejahat-jahat dia... Dia tetap langsaikan yuran universiti saya... Tapi bila saya keluar dari rumahnya, saya terpaksa cari tempat tinggal saya sendiri.
Pada mulanya, saya ingat nak cari bilik di hostel pelajar di belakang Sunway College, tetapi tak ada tempat kosong. Jadi saya terpaksa menyewa bilik yang lebih mahal di kondominium pelajar. Duit saya bulan-bulan habis di situ sahaja. Kekadang tu, nak makan pun tak cukup.
Kenapa Art tak cari kerja part-time je?
Bang... abang ingat saya tak fikirkan tentang itu semua ke? Sewa bilik saya RM 570 sebulan. Lepas tu saya kena fikirkan tentang belanja makan... Belanja beli peralatan sekolah dan buku teks...
Aku faham, tapi
Tapi apa bang? Kerja sambilan kat McD, berapa saja saya dapat? Katakanlah sejam saya akan dibayar RM 4. Kalau seminggu saya kerja selama 20 jam, saya dapat RM80. Sebulan dapat RM320. Mana cukup, bang?
Zul mengeluh lesu. Dia cuba memikirkan kembali cerita yang baru diluahkan oleh Ariffin kepadanya. Sukar untuk dia menerimanya.
Jadi sebab tak cukup wang, kau sanggup jual maruah kau tu?
Saya cuma ada setahun lebih sahaja lagi, sebelum saya dapatkan ijazah saya. Setahun sahaja lagi, bang. Kalau saya terpaksa berkorban seperti sekarang untuk dapatkan ijazah ini demi masa depan saya... Saya sanggup melakukannya.
Tapi bukan begini caranya!
Jadi dengan cara apa lagi? tanya Ariffin dengan matanya tajam memandang ke arah Zul. Kalau saya dah lapar, tak ada makanan sebab semua duit yang saya kumpul saya habiskan beli buku teks dan bayar sewa bilik hostel, saya nak buat apa lagi bang? Siapa yang boleh tolong saya? Kat KL ni bukan saya kenal sesiapa!
Kau sanggup buat benda ni semata-mata nak hilangkan rasa lapar?
Ya bang... Saya tak suka berlapar. Abang tentu tak mahu lalui apa yang terpaksa saya lalui... Masuk kuliah tak makan. Masuk kelas tutorial tak makan. Malam pulak makan biskut kering. Abang mana tahu masalah saya? Abang duduk di rumah besar ni cukup makan, cukup tempat tinggal. Berkereta besar, rumah besar dengan koleksi lukisan-lukisan yang lebih layak dipamerkan di muzium... Senang jer abang bukak mulut beri nasihat!
Abang ingat saya suka buat kerja saya ni? Abang ingat sayasuka layan kerenah nafsu serakah manusia-manusia macam abang ni?
Dah lah tu! Zul meminta Ariffin berhenti. Zul dapat melihat matanya merah. Dia kurang pasti jika Ariffin mahu menangis ataupun dia sedang menahan rasa marah yang amat sangat. Nafas Ariffin turun naik dengan cepat. Zul tidak tahu bagaimana dia akan dapat menenangkannya.
Kemudian dengan perlahan dia dapat melihat Ariffin berjalan ke arahnya. Dia berdiri di hadapannya sebelum dia duduk melutut.
Art! Apa ni Art! Zul menolak kepala Ariffin sebaik sahaja dia merapatkan kepalanya ke arah bahagian tengah kelangkangnya.
Ini yang abang mahukan dari saya sejak tadi, kan?
Subhanallah! Dibawakan mengucap, Art!
Zul berdiri dengan cepat. Dia sedaya mungkin cuba mengelakkan dirinya dari diperlakukan oleh Ariffin begitu.
Art... Abang nak tolong Art dengan ikhlas. Abang tak nak Art fikirkan yang bukan-bukan tentang diri abang. Abang bukan macam orang lain yang pernah Art jumpa sebelum ini.
Ariffin berdiri sambil memandang terus ke wajah Zul. Lidahnya menjilat bahagian bibirnya yang terluka itu.
Art pergi tukar pakaian. Art tidur di bilik di hujung sana. Kalau Art nak mandi, di dalam bilik tu ada bilik mandi dan tuala.
Ariffin mengangguk sekali. Matanya nampak redup. Dia mengambil baju serta kain pelikat yang telah diberikan oleh Zul tadi. Dengan perlahan dia berjalan ke arah bilik tamu yang dinyatakan oleh Zul tadi.
Zul masuk ke dalam biliknya. Degupan jantungnya masih belum reda gemuruhnya. Dia menutup lampu kamarnya. Dia terbaring di atas katil. Dia tidak dapat melelapkan matanya. Zul sedar kelakiannya terasa semakin mengeras. Lebih-lebih lagi apabila dia memikirkan tentang Ariffin dan tindak tanduknya terhadap dirinya tadi.
Zul tidak mahu memikirkan tentang perkara ini lagi. Sedaya mungkin dia cuba menghindarkan perasaan ini dari meresapi jiwanya. Dia bukan seperti itu, katanya berkali-kali, sehingga terbawa-bawa kalimah-kalimah ini ke dalam mimpinya.
Sinta membuka pintu kondonya lalu membenarkan Julia masuk bersama Daniel dan Ariffin. Sinta dan Julia berlaga-laga pipi. Sinta, seorang pelajar berbangsa Cina Indonesia itu mengucapkan terima kasih kepada Julia kerana sudi datang ke partinya ini. Kemudian dia menjeling sekali ke arah Daniel dan Ariffin sebelum dia memegang tangan Julia lalu memperkenalkannya kepada rakan-rakannya yang lain.
Julia masuk ke dalam kondo pelajar yang disewa oleh Sinta bersama dua orang pelajar perempuan yang lain. Kondo mereka nampak cantik. Hampir kesemua hiasan dalaman di dalam kondo ini dihias dengan perabot-perabot yang dibeli dari Ikea. Beberapa orang anak-anak muda sudah mula memenuhi rumah Sinta ini. Julia memandang ke belakang. Dia dapat melihat Ariffin dan Daniel sedang berdiri di hadapan meja makanan untuk memilih makanan yang ada.
"Okay don't tell me that you actually invited Hadi to your party?" tanya Julia kepada Sinta ketika mereka berdua berdiri di balkoni.
"Yes I actually did." Sinta tersenyum tetapi wajahnya jelas serba salah.
"Tapi kenapa?"
"Sebab dia jemput I ke party dia dulu."
"Bukan dia yang jemput you lah, I yang jemput you!"
"But you were together masa tu. Sama lah tu! I rasa bersalah pula kalau tak jemput dia sekali."
Julia memeluk tubuhnya. Mukanya monyok.
"Relak Julia. Kalau dia datang I'll make sure he won't come near to you."
"Okay!" Julia tersenyum ke arah seorang pemuda Cina yang tidak dikenalinya yang sedang merenung ke arahnya.
"Julia, I don't want to sound so dramatic... But why lah? I mean, bringing Daniel here is one thing, but Ariffin?" tanya Sinta dengan suara berbisik.
"Kenapa pulak dengan Ariffin? What do you have against him?"
"Well, Ariffin itu emang keren dan ganteng! Tapi-"
"Tapi apa-apaan sich?" Julia sengaja mengajuk dengan bercakap dengan loghat Indonesia.
"You tahu dia tinggal di kondominium hostel ini juga, kan?
"Ya I tahu... Tadi I dengan Daniel berjumpa dia di bawah sebelum kami ke parti you ni. Jadi kenapa?" tanya Julia dengan bersahaja.
"You tahu dia kawan si Boris tu?"
"Boris?"
"Boris that Russian student from Sunway College yang mati terjatuh dari kondominium ini..."
"So?"
"You know what? Boris wasn't exactly an angel..."
"Dahlinggg... We're not angels too!"
"Julia... Ariffin is a troublemaker, lah."
"Macam mana tu?"
"He's an asshole."
"Ye lah, macam mana?"
"Suka cari gaduh... Dia suka buli budak-budak junior yang tinggal sini. He's rude. And you do know that he sleeps around with the girls here, don't you?"
"Eh, mana you tahu cerita ni semua?"
"I know someone who knows someone who have slept with him. Like, I even heard that he's popular with the Aussie girls."
"And what else have you heard about him?"
Sinta menggigit bibirnya sebelum dia merapatkan dirinya ke arah Julia untuk membisikkan sesuatu ke dalam telinganya.
Julia ketawa kecil mendengarkan penjelasan Sinta tentang diri Ariffin. Katanya:
"No wonder lah budak-budak mat saleh tu nak sangat dengan dia... If the story about him is true lah. You tahu lah... I bukan suka sangat nak percaya dengan cakap-cakap orang..."
"Ye lah, you have to see it for yourself before you can believe it, kan?" perli Sinta. Julia bercekak pinggang sebelum dia mencubit bahu Sinta.
Julia memeluk tubuhnya. Dia memandang ke arah Ariffin dari jauh. Dia sukar untuk mempercayai cerita-cerita dari Sinta tadi. Lebih-lebih lagi desas-desus yang mengatakan Ariffin bersikap biadap. Mungkin kerana selama ini, tidak terdapat banyak perkara tentang diri Ariffin yang diketahuinya. Atau mungkin kerana dia sendiri tidak mahu tahu. Tetapi sekarang, dia seolah-olah mahu tahu segala-galanya tentang latar-belakang Ariffin dan segala apa yang dapat diketahuinya tentang dirinya.
Setengah jam berlalu dengan sekelip mata. Julia mendapati dia langsung tidak berpeluang berbual dengan Ariffin memandangkan dia terpaksa melayan beberapa orang rakan-rakannya yang mahu berbual-bual kosong dengannya. Beberapa kali pada malam itu Julia akan mencuri-curi pandang ke arah Ariffin. Dia dapat melihat Ariffin kini sedang berdiri di hadapan Kumar dan Daniel. Dia akan mendengar perbualan mereka berdua dengan tekun sebelum mereka bertiga akan ketawa berdekah-dekah.
"Eh, Julia! Dah lama sampai ke?" tanya Aliya sambil berlaga-laga pipi dengannya.
"Dah lama." Jawab Julia sambil memandang ke arah Hadi yang telah dibawa bersamanya. Julia menjeling benci.
"You datang dengan siapa?" tanya Aliya, pelajar dari Kolej Damansara Utama itu kepadanya. Julia telah mengenali Aliya melalui Hadi. Pada satu ketika dahulu Aliya pernah belajar di Sayfol International School bersama Hadi.
"With that guy over there..." Julia menjuihkan bibirnya ke arah Ariffin.
"You mean that tall cute guy, ke?"
"Ya." Julia menjeling ke arah Hadi. Dia dapat melihat wajah Hadi berubah. Cemburu.
Pada waktu itu Sinta dapat melihat Julia sedang memeluk tubuhnya sendiri dan Hadi pula sedang berdiri di sebelah Aliya. Sinta cepat-cepat bergerak mendapatkan Hadi. Dia memegang lengan Hadi sambil menariknya pergi jauh dari Julia sambil berkata:
"Can I borrow him for a while? I nak perkenalkan Hadi kepada kawan-kawan I dari HELP Institute."
Aliya tersenyum seolah membenarkan.
"So... You all bercouple ke sekarang?" Julia sekadar bertanya kepada Aliya, bukan kerana dia cemburu.
"Of course not! Kita kawan je lah. Lagipun dia beritahu kat I dia sayang you lagi!" tegas Aliya. Julia pula merasa tekaknya loya serta-merta.
"Eh, I tak nak dengar lah! Geli tau!"
"You boleh beritahu kat I tak, kenapa you all break up bulan lepas? I want to hear your side of the story." Pinta Aliya. Julia terpaksa mendekatkan dirinya kepada Aliya agar dia dapat mendengar suaranya dengan lebih jelas lagi, kerana lagu terbaru dari Ashlee Simpson dimainkan dengan kuat di system stereo yang terdapat di rumah Sinta.
"I don't want to talk about this lah..." Julia mengeluh. Matanya memandang ke atas. "And what about my side of the story? Apa yang dia beritahu kat you fasal I?"
"Dia kata dia break off dengan you sebab you materialistik... You nak jadi boyfriend dia sebab... He lives in a big house, drives a cool car and that because his dad owns a successful shipping company-"
"Apa? That fat bastard told you that?" wajah Julia merona merah. Dia jelas marah.
"Okay... Why don't you tell me what actually went on between the two of you?" tanya Aliya dengan penuh kesungguhan. "I janji tak akan beritahu sesiapa."
"Kalau you nak tahu sangat, si gemuk tu cuba nak raba I dalam kereta. Bila I tolak, he kept on insisting. I hate it okay! I never felt so violated!"
"Oh..." Aliya mengetapkan bibirnya. Dia tertunduk dengan wajah penuh bersalah. Julia pula membawa dirinya ke balkoni. Di sana tidak ada orang. Dia mahu bersendirian sebentar untuk menarik nafas segar.
*
"So... Awak ni memang suka sorang-sorang macam ini ke?" tanya Ariffin kepada Julia dengan suaranya yang masih pekat dengan loghat Kedah. Dia dapat melihat Julia cepat-cepat mengesat air matanya. Julia tidak menjawab soalan Ariffin tadi. Dia sekadar mengangguk lemah dan terus memandang ke hadapan.
"Awak menangis ke ni?" tanya Ariffin dengan wajah yang risau.
"Takde apa-apa. Mata saya masuk habuk. Kat sini berangin sangat."
"Betul ke ni?"
"Betul..."
"Jadi, macam mana dengan janji awak dengan saya?"
"Janji?"
"Janji nak belikan buku teks. Semester depan saya bercadang nak enroll ke kelas Investments and Portfolio Management-"
"Lagi kelas apa yang mahu awak ambil?"
"Business Data Modelling dan International Trade Law."
"Okay... Saya nak ambil kelas tu semua."
"Tapi kenapa?"
"Senang sikit kalau awak ada. Awak boleh tolong saya..."
"Mmm." Ariffin mengeluh kecil. "Bukan ke lebih baik kalau awak belajar sahaja."
"Susah lah. Otak saya ni lembap sikit."
"Awat jadi lagu tu?"
"Entahlah. Susah nak masuk apa yang saya belajar dalam kuliah. Saya rasa otak saya ni macam dah beku jer."
"Awak nak kalau kita sama-sama belajar? Kita buat study group. Saya, awak, Kumar dan Daniel. Nak tak?"
"Bagus juga macam tu!" mata Julia bersinar-sinar. Dia memandang tepat ke arah Ariffin. Dia mula sedar kening kiri Ariffin yang tebal itu terbelah dua pada bahagian hujungnya lantas seolah mengukuhkan lagi imej budak nakalnya.
"Kalau dah memang awak perlu ditolong lagi, nanti saya bagi awak tiru jawapan saya." Ariffin berjanji.
"Thanks! Kalau you ada senang sikit... I just want to pass my exams, graduate and move on with my life." Julia terus berhenti dari bersedih.
Ariffin tersenyum. Kemudian dia ketawa sendiri. Julia kehairanan.
"Kenapa awak ketawa sorang-sorang ni?"
"Takde apa... Kelakar rasanya."
"Apa yang kelakar? Beritahulah!"
Ariffin termenung dengan agak lama sebelum dia mengeluarkan kotak rokoknya lalu menghidupkan puntung rokoknya. Dia menghisap rokoknya dalam-dalam sebelum dia berkata:
"Sebenarnya saya enroll ke kelas Business Law sebab awak..."
"Apa?"
"Saya minta Daniel tanya kelas apa yang akan masuk semester ini, jadi Daniel beritahu. Saya mahu ambil subjek yang sama dengan awak." Ariffin memeluk tubuhnya sebelum menyambung lagi. "Dari awal lagi saya cari tempat duduk yang dekat dengan awak, saya ingat nak duduk belakang awak, tapi awak duduk di tempat yang paling belakang. Jadi saya terpaksa duduk di depan awak."
"Eh betul ke ni?" Julia mengusap-usap hujung rambutnya. "Tapi kenapa sampai jadi macam ini sekali?"
"Saya minat kat awak, tapi tak berani nak dekat."
"Kenapa?"
"Masa tu saya tahu awak ada balak. Jadi saya tak nak kacau. Saya perhatikan awak dari jauh sahaja."
"Saya dah break-"
"Saya tahu. Daniel yang beritahu."
"Tapi kenapa selama ini awak tak beritahu saya?"
"Beritahu fasal apa?"
"Yang awak minat dengan saya?"
"Alah, awak tu siapa, saya ni siapa?"
"Apa maksud awak?"
"Kita kan dari dunia yang berbeza. Saya budak kampung, awak tu pula anak lord... Tak kan awak tak tahu?"
"Eh, apa yang awak merepek ni? Sekarang ni bukan zaman P. Ramlee lagi lah!"
"Tapi ini kan memang kenyataan!"
Telefon bimbit Ariffin berdering. Dia melihat kepada skrin LCD telefon bimbitnya untuk melihat siapa yang telah menelefonnya tadi.
"Sorry... Nanti kita sambung lagi." Katanya kepada Julia sebelum dia mengambil panggilannya itu. Ariffin terus berjalan keluar dari rumah Sinta.
Julia tersenyum seorang diri. Dia memandang ke arah suasana malam dari balkoni Sunway Condominium Hostel itu. Dia tidak pernah menyangka pula Ariffin meminatinya selama ini...
"Julia!" dia dapat mendengar namanya dipanggil oleh suara yang dikenalinya. Julia tak mahu menoleh ke arah suara tersebut.
"Nak apa?" tanya Julia dengan suara terganggu.
"I tak nak you kawan dengan budak Ariffin tu."
"Eh apa pulak ni? Apa dah kena dengan you?" Julia memandang ke arah Hadi yang kini berdiri di sebelahnya di balkoni.
"He's bad news. And he's not like us."
"What do you mean he's not like us?"
"Tak kan you tak faham?"
" Tak faham apa ni?"
"You tahu ke latar belakang keluarga dia macam mana? You kenal ke dia tu siapa?"
"Eh... I nak kawan dengan dia ke, nak kawan dengan pak guard ke, apa you pedulik?"
"I peduli sebab I sayang dengan you-"
"Nonsense lah!" bentak Julia. "Lepas tu apa you dah cakap kat orang fasal I? No wonder lah orang tengok I lain macam jer sekarang ni. Rupa-rupanya all these while you've been telling people that you had dumped me sebab I ni kaki kikis? Hello, lain lah kalau I ni bohsia! Do you have any idea how much my mom and dad makes in a year? I nak kikis you buat apa? Pikirlah sikit! Gunalah otak tu kalau nak fitnah orang kalau ya pun!" Julia bercekak pinggang. Beberapa orang pengunjung parti Sinta memandang ke arah mereka.
"Dah lah tu Julia. Orang dah start pandang kat sini. Nanti apa pula orang cakap."
"Pedulik apa orang nak cakap. Biar diorang tahu apa you cuba buat kat I!"
Hadi memegang tangan Julia lalu menariknya pergi. "Dah... I nak hantar you balik. I tak nak you malukan diri you lagi kat sini."
"Eh, apa ni?" Julia meninggikan suaranya dan cuba menarik tangannya kembali.
"Kenapa ni?" tanya Ariffin yang tiba-tiba tercegat di hadapan mereka berdua.
"Hadi ganggu saya." Adu Julia. Hadi melepaskan tangannya. Julia memegang pergelangan tangannya.
"Kau jangan masuk campurlah!" herdik Hadi. Wajah Ariffin tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Dia terus berdiri di tempatnya.
Hadi kembali memegang tangan Julia. Kemudian dengan cepat Ariffin menolak tubuh Hadi yang jauh lebih rendah dari dirinya itu. Hadi ditolak sehingga ke balkoni, kemudian Ariffin memegang hujung baju-T Hadi. Dia terus menolak Hadi sehingga ke hujung balkoni. Mereka yang datang ke parti Sinta tersentak melihat pergaduhan ini, tetapi mereka tidak mahu masuk campur.
"Kalau aku nak tolak kau sampai jatuh, bila-bila saja beb. Kalau kau jatuh pun, ini bukan pertama kali aku lihat orang jatuh dari bangunan ni!" kata Ariffin dekat kepada muka Hadi. Hadi terkial-kial memegang palang besi di balkoni tersebut. Dia dapat mencium bau alkohol yang datangnya dari mulut Ariffin.
"Lepaskan aku!" kata Hadi perlahan sambil memandang ke belakang. "Aku janji tak akan kacau dia lagi."
Ariffin melepaskannya lalu berjalan mendapatkan Julia. Suasana di dalam parti yang tadi gegak-gempita kini menjadi tegang. Senyap.
"Saya nak balik." Ujar Julia kepada Ariffin. Ariffin mengangguk lalu menemaninya keluar dari rumah Sinta. Daniel dan Kumar mengekori mereka dari belakang. Pengunjung-pengunjung lain terus mendiamkan diri. Sinta pula sekadar melambaikan tangannya ke arah Julia.
Mereka berempat masuk ke dalam lif. Ariffin memandang ke arah siling lif. Julia berwajah pucat. Tangannya menggigil.
"Terima Kasih," ucap Julia dengan perlahan kepada Ariffin setelah lif yang mereka naiki tiba ke tingkat bawah.
"Sama-sama." Jawab Ariffin pendek. Dia terus menemani Julia ke tempat dia meletakkan keretanya.
"Cuti semester ini awak ke mana?" tanya Ariffin kepada Julia di hadapan kereta pacuan empat rodanya.
"Saya akan mengikut bapa saya bercuti ke Bali. Saya akan bertolak ke Bali pada hari Isnin ini sehinggalah ke Jumaat. Kemudian saya akan berada di KL ini sahaja... Tak ke mana-mana. Kenapa?"
"Kalau kita ada masa, saya ingat nak bawak awak tengok wayang. Itu pun kalau awak tak keberatan."
"Boleh. Nanti bila saya balik dari Bali nanti saya akan call awak."
Ariffin mengangguk. Dia menutup pintu kereta Julia. Julia pula memakai tali pinggang keledarnya sebelum dia memulakan enjin. Ariffin mengangkat tangannya ketika Julia bergerak pergi dari tempat meletak kereta.
Ariffin kemudian menoleh ke arah Daniel. Dia melihat Daniel dan Kumar tersenyum nakal. Dia bertanya kepada Daniel:
"Lepas ni kau nak pergi ke mana?"
"Pergi Blue Boy dengan Kumar." Jawab Daniel terang-terangan. "Kenapa?"
"Boleh aku tumpang kau sampai KL, tak? Ada hal lah sikit kat sana."
"Boleh... Apa salahnya." Jawab Daniel sambil berjalan ke tempat dia meletakkan keretanya.